REFLEKSI
Refleksi
Secara keseluruhannya, repositori merupakan salah satu pelantar yang digunakan
untuk menyimpan segala bahan PdP atau pentaksiran. Repositori ini amat berguna
kerana bahan-bahan tersebut dapat kita gunakan di kemudian hari. Tambahan pula,
repositori ini turut menjadi pelantar yang memudahkan semua pihak kerana
bahan-bahan yang disimpan di repositori tersebut dapat diakses pada sebarang
waktu dan sebarang tempat dengan syarat adanya capaian rangkaian Internet. Projek
repositori ini telah memberikan banyak manfaat dan ilmu yang boleh saya pratikkan
dan terapkan dalam kehidupan seharian. Misalnya mencari, mengumpul dan
menyimpan bahan-bahan nota atau bacaan dalam repositori yang dihasilkan.
Bukan itu sahaja, malah projek repositori ini juga memberikan ilmu teknologi yang
baharu kepada saya. Contohnya, saya dapat mengetahui cara-cara untuk membina
repositori dengan menggunakan Google Sites. Saya juga turut memperoleh maklumat
yang baharu mengenai tema yang saya pilih. Misalnya cara untuk membina perisai
atau aplikasi yang digunakan untuk menilai dan mengukur sejauh mana
pengetahuan, pemahaman dan daya ingatan murid berkenaan dengan topik yang
telah diajar oleh guru-guru. Dengan ini juga, guru dapat mengetahui atau mengesan
murid-murid yang kurang mahir mengenai topik yang diajar. Jelaslah bahawa semua
pihak, sama ada guru atau pelajar perlu menggunakan repositori digital terutamanya
semasa kuliah secara atas talian dilaksanakan. Repositori digital ini juga turut banyak
membuka dimensi pemikiran saya terhadap dunia pendidikan.
Analisis SWOT
Strengths Weaknesses Opportunities Threats
(Kekuatan) (Kelemahan) (Peluang) (Cabaran)
Setiap muka surat dalam Strengths Merujuk kepada
repositori digital tersebut (Kekuatan) kelebihan,
menggunakan keistimewaan atau
kepelbagaian warna, kebolehan yang
ilustrasi dan sebagainya. dimiliki.
Repositori digital yang Contoh:
dihasilkan menggunakan Repositori digital yang
dihasilkan tidak
pelbagai jenis perisian mudah hilang.
untuk memenuhi kriteria
kehendak tugasan.
Weaknesses Kelemahan menunjukkan sesuatu yang kurang dalam
(Kelemahan) sesuatu projek.
Saya menemui dan mendapati terdapat beberapa
kelemahan dalam repositori yang dihasilkan.
Contoh:
- Perisian atau aplikasi yang digunakan hampir sama.
- Tulisan terlalu banyak digunakan.
Opportunities (Peluang)
Banyak pilihan Banyak maklumat Ramai rakan yang
perisian yang boleh diperoleh sehingga boleh dibawa
digunakan. menyebabkan berbincang dan
kerja-kerja pencarian berkongsi-kongsi idea
maklumat yang atau pendapat.
diinginkan menjadi
mudah.
Threats (Ancaman)
Data-data yang Terlalu banyak Ramai pesaing Ulasan yang
diperolehi berisiko tinggi saingan yang baharu yang kurang baik
sedang
untuk dicerobohi oleh melakukan berkembang. daripada
golongan-golongan inovasi. pelanggan awal.
yang tidak
bertanggungjawab
seperti penggodam.
Sekian, terima kasih.