BMMB3083
DRAMA DALAM PENDIDIKAN
KUMPULAN 5
Carol Rayong
Nurjanna Mohd Yusof
Rebecca Lu Yann Ru
Rismaya Abbas
SOALAN TUTORIAL TAJUK 9
Secara berkumpulan anda diminta untuk menulis skrip drama pendek yang
sesuai untuk murid-murid sekolah rendah dengan memberikan penekanan
pada aspek berikut:
❖ Tema dan isu
❖ Penyerapan aspek tatabahasa
❖ Unsur didik hibur
❖ Gaya bahasa
SKRIP DRAMA (Tajuk: Bunga)
BABAK 1
Kelihatan banyak bunga-bunga yang cantik tumbuh mekar dan berkembang di taman
bunga sedang bernyanyi. Bunga-bunga yang indah dan berwarna-warni itu sangat
menarik perhatian lebah. Terdapat juga sebatang pokok yang tua di lereng bukit itu.
Bunga Matahari dan kawan-kawannya : (sambil menggoyangkan badan kiri ke kanan)
Tanya sama pokok,
Apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok,
Angin yang goncang
Waaaaaaaaaaaa
La la la la la la la
Bunga Matahari: Oh! Cantiknya pagi ini. Nyaman dan sejuk.
Bunga Mawar : Ya, betul tu… (menganggukkan kepalanya)
Bunga Orkid : (sambil menghidu kelopak Mawar) Mmmm.. Harumnya kelopak kamu,
Mawar.
Bunga Mawar : Terima kasih, kamu pun sangat cantik dan berseri pagi ni.
Bunga Kertas : (sambil memaut tangan kawan-kawannya) Jomlah kita bermain kawan-kawan.
Bunga Mawar : Kita nak main apa kawan-kawan?
Bunga Orkid : Kita tunggulah lebah datang dulu. Nanti kita main sama-sama dengan lebah.
Bunga Matahari: (sambil menuding jari) Haaa…kawan-kawan tengok tu…lebah dah datang.
Bunga Kertas : Yeay…bolehlah kita mula main.
BABAK 2
Seekor lebah datang menghampiri Bunga Matahari dan kawan-kawannya.
Bunga Matahari dan rakan-rakan : (menyapa lebah tersebut) Hai lebah…
Lebah : (sambil berterbangan dan bergembira) Wah! Bunga-bunga tumbuh cantik
dan berseri-seri. Harum baunya.
Bunga Kertas : Mahukah kamu main sama-sama dengan kami lebah?
Lebah : Ala…minta maaf kawan-kawan. Saya datang ni untuk mengambil madu.
Bunga Matahari dan rakan-rakan: Oooo… takpalah lain kali kita main.
Bunga Orkid : Ambillah lebah.
Lebah : (terbang rendah sambil menghisap madu bunga dan apabila sudah kenyang
ia terbang pula). Terima kasih kawan-kawan.
Bunga Matahari dan kawan-kawan : Sama-sama lebah.
BABAK 3
Dua orang budak nakal kelihatan berlari-lari datang ke taman bunga. Mereka membuang sampah merata-rata.
Mereka datang menghampiri Bunga Matahari dan kawan-kawannya.
Danial : (sambil memegang kelopak bunga) Cantik sungguh bunga-bunga di sini. Jom kita petik.
Aiman : (memandang sekeliling) Jangan! Kita tidak boleh sesuka hati memetik bunga-bunga di sini.
Danial : (sambil mencebik bibir) Ala...bukan ada orang nampak pun.
Aiman : (masih takut-takut) Saya tak mahulah. Nanti orang nampak.
Danial : (sambil menarik tangan Aiman) Jomlah…bukan ada orang pun.
Aiman : (mengikut arahan Danial) Ok..jomlah..cantik juga kan bunga-bunga di sini.
Danial : Bolehlah kita simpan dalam pasu bunga nanti. (terpijak bunga-bunga yang baru tumbuh)
Danial & Aiman : (bergembira tanpa rasa bersalah memetik bunga di taman. Mereka juga memijak pokok-pokok
bunga ketika berjalan pergi dari situ).
Pak cik Pokok : (sedih melihat tingkah laku dua orang sahabat yang nakal itu). Oh My God sampainya hati
mereka. (keluh Pak cik Pokok)
BABAK 4
Keesokan pagi, lebah datang semula untuk menghisap madu. Tetapi lebah mendapati bunga-bunga sudah mati.
Lebah : (sedih dan menyoal Pak cik Pokok) Ha… apa yang telah terjadi? Kenapa semua
bunga itu mati?
Pak cik Pokok: (sambil memandang lebah) Hm…bunga-bunga itu telah dimusnahkan
oleh budak-budak nakal semalam. Mereka pijak dan petik semua bunga sesuka hati.
Saya tidak dapat berbuat apa-apa.
Lebah : (sedih dan kecewa) Sampainya hati mereka. Jika tidak ada bunga, tidak adalah
madu. Terpaksalah saya pergi ke tempat jauh untuk mencari madu. (sambil terbang pergi dari
situ)
Pakcik Pokok : (hanya memandang lebah madu terbang pergi. Ia berasa sungguh sedih) Saya harap
bunga-bunga itu akan mekar berkembang sekali lagi.
TEMA DAN ISU
Tanggungjawab terhadap alam sekitar.
❖ Dalam Drama Kisah Si Bunga tersebut, dapat dilihat bahawa terdapat
budak-budak nakal yang tidak bertanggungjawab dan tidak mempunyai
kesedaran terhadap betapa pentingnya penjagaan alam sekitar.
❖ Peristiwa: Hal ini digambarkan melalui perbuatan budak nakal iaitu Aiman
dan Danial yang telah memetik bunga-bunga di taman sesuka hati dan
mereka juga telah memijak pokok bunga yang baharu sahaja mahu tumbuh.
❖ Perbuatan mereka juga telah menyebabkan Lebah kehilangan sumber
makanan iaitu madu dan Lebah terpaksa mencari tempat baharu yang
mempunyai bunga-bunga yang segar.
❖ Sikap mereka ini bukan sahaja mendatangkan kemusnahan habitat bunga
semata-mata, malahan serangga iaitu lebah juga turut kehilangan sumber
makanan utamanya.
TEMA DAN ISU
Isu kemusnahan alam sekitar.
❖ Bunga Matahari, Bunga Mawar, Bunga Kertas, Bunga orkid dan bunga-bunga yang lain di taman telah musnah akibat sikap
manusia yang tidak menghargai keindahan tumbuh-tumbuhan.
❖ Contohnya;
Pak cik Pokok : (sambil memandang lebah) Hm…bunga-bunga itu telah dimusnahkan oleh
budak-budak nakal semalam. Mereka pijak dan petik semua bunga sesuka hati. Saya tidak dapat
berbuat apa-apa.
Isu tiada kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar.
❖ Budak-budak nakal iaitu Danial dan Aiman telah memetik bunga di taman. Mereka juga memijak pokok-pokok bunga ketika
berjalan dari taman itu.
❖ Buktinya;
Danial : Bolehlah kita simpan dalam pasu bunga nanti. (terpijak bunga-bunga yang baru tumbuh)
Danial & Aiman : (bergembira tanpa rasa bersalah memetik bunga di taman. Mereka juga memijak pokok-pokok bunga ketika berjalan pergi dari
situ).
Watak
Watak:
❖ Watak Danial dan Aiman yang tidak bertanggungjawab terhadap penjagaan
alam sekitar.
❖ Watak Lebah yang meminta izin kepada bunga-bunga di taman untuk
mengambil madu.
❖ Tuntasnya, sebagai seorang manusia, kita sepatutnya bertanggungjawab
untuk menjaga kelestarian alam sekitar supaya keseimbangan ekosistem
dapat dikekalkan.
PENYERAPAN ASPEK TATABAHASA
★ Penggunaan kosa kata/diksi yang sesuai dengan tahap murid-murid
a) menuding
-menunjukkan ke sesuatu arah dengan jari telunjuk, tongkat dan lain-lain.
Contohnya; Bunga Matahari: (sambil menuding jari) Haaa…kawan-kawan tengok tu…lebah dah datang.
b) harum
-enak baunya, wangi
Contohnya; Lebah : (sambil berterbangan dan bergembira) Wah! Bunga-bunga tumbuh cantik dan berseri-seri. Harum baunya.
c) mencebik
-menyorongkan bibir bawah ke depan seperti orang mengejek atau hendak menangis.
Contohnya; Danial : (sambil mencebik bibir) Ala...bukan ada orang nampak pun.
d) mekar
-mulai berkembang.
Contohnya; Pakcik Pokok : (hanya memandang lebah madu terbang pergi. Ia berasa sungguh sedih) Saya harap bunga-bunga itu akan mekar
berkembang sekali lagi.
PENYERAPAN ASPEK TATABAHASA
★ Ayat tunggal yang mudah
a) Cantiknya pagi ini. (FA)
Buktinya; Bunga Matahari: Oh! Cantiknya pagi ini. Nyaman dan sejuk.
b) Kita tunggulah lebah datang dulu. (FN + FK)
Buktinya; Bunga Orkid : Kita tunggulah lebah datang dulu. Nanti kita main sama-sama dengan lebah.
c) Cantik sungguh bunga-bunga di sini. (FA)
Buktinya; Danial : (sambil memegang kelopak bunga) Cantik sungguh bunga-bunga di sini. Jom
kita petik.
PENYERAPAN ASPEK TATABAHASA
★ Struktur ayat yang ringkas dan jelas.
a) Bunga Kertas : (sambil memaut tangan kawan-kawannya) Jomlah kita bermain kawan-kawan.
b) Lebah :(sambil berterbangan dan bergembira) Wah! Bunga-bunga tumbuh cantik dan
berseri-seri. Harum baunya.
c) Aiman : (masih takut-takut) Saya tak mahulah. Nanti orang nampak.
★ Penggunaan golongan kata dan pola ayat yang mudah
a) Pakcik Pokok : (hanya memandang lebah madu terbang pergi. Ia berasa sungguh sedih)
Saya harap bunga-bunga itu akan mekar berkembang sekali lagi. (FN + FK)
b) Bunga Orkid : Kita tunggulah lebah datang dulu. Nanti kita main sama-sama dengan
lebah. (FN + FK)
c) Danial : Bolehlah kita simpan dalam pasu bunga nanti. (terpijak bunga-bunga
yang baru tumbuh) (FN + FS)
UNSUR DIDIK HIBUR
● Unsur nyanyian dalam skrip drama.
● Nyanyian merupakan salah satu kaedah yang paling digemari oleh murid kerana iringan muzik memberi impak
kepada nyanyian dan dapat membantu murid merasai kosa kata, sebutan, intonasi, rima dan struktur ayat.
● Contoh nyanyian dalam srkrip drama:-
Bunga Matahari dan kawan-kawannya : (sambil menggoyangkan badan kiri ke kanan)
Tanya sama pokok,
Apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok,
Angin yang goncang
Waaaaaaaaaaaa
La la la la la la la
● Unsur nyanyian dapat menarik minat murid-murid untuk memberi tumpuan sepenuhnya terhadap topik
pembelajaran.
GAYA BAHASA
❏ Penggunaan bahasa Inggeris
- Pak cik Pokok : (sedih melihat tingkah laku dua orang sahabat yang nakal itu). Oh My God
sampainya hati mereka. (keluh Pak cik Pokok)
❏ Diksi
- Menggunakan kata kerja untuk menggambarkan suatu peristiwa yang terjadi seperti berkembang,
bermain, berterbangan.
Bukti:
1. Kelihatan banyak bunga-bunga yang cantik tumbuh mekar dan berkembang di taman bunga sedang
bernyanyi. Bunga-bunga yang indah dan berwarna-warni itu sangat menarik perhatian lebah. Terdapat juga
sebatang pokok yang tua di lereng bukit itu.
2. Bunga Kertas : (sambil memaut tangan kawan-kawannya) Jomlah kita bermain kawan-kawan.
3. Lebah : (sambil berterbangan dan bergembira) Wah! Bunga-bunga tumbuh cantik dan
berseri-seri. Harum baunya.
- Menggunakan kata kerja untuk menggambarkan suatu tindakan seperti bernyanyi, memaut,
mengangguk, menghidu, memandang, mencebik.
Bukti:
1. Kelihatan banyak bunga-bunga yang cantik tumbuh mekar dan berkembang di taman bunga sedang
bernyanyi. Bunga-bunga yang indah dan berwarna-warni itu sangat menarik perhatian lebah. Terdapat juga
sebatang pokok yang tua di lereng bukit itu.
2. Bunga Kertas : (sambil memaut tangan kawan-kawannya) Jomlah kita bermain kawan-kawan.
3. Bunga Mawar : Ya, betul tu… (menganggukkan kepalanya)
4. Bunga Orkid : (sambil menghidu kelopak Mawar) Mmmm.. Harumnya kelopak kamu, Mawar.
5. Aiman : (memandang sekeliling) Jangan! Kita tidak boleh sesuka hati memetik bunga-bunga di
sini.
6. Danial : (sambil mencebik bibir) Ala...bukan ada orang nampak pun.
- Menggunakan kata sifat seperti nyaman, sejuk, harum, cantik.
Bukti:
1. Bunga Matahari: Oh! Cantiknya pagi ini. Nyaman dan sejuk.
2. Bunga Mawar : Ya, betul tu… (menganggukkan kepalanya)
3. Bunga Orkid : (sambil menghidu kelopak Mawar) Mmmm.. Harumnya kelopak kamu, Mawar.
4. Bunga Mawar : Terima kasih, kamu pun sangat cantik dan berseri pagi ni.
GAYA BAHASA
❏ Sinkope : Penyingkatan kata
Bunga Mawar : Ya, betul tu… (menganggukkan kepalanya) - itu
Bunga Mawar : Terima kasih, kamu pun sangat cantik dan berseri pagi ni. - ini
Bunga Matahari : (sambil menuding jari) Haaa…kawan-kawan tengok tu…lebah
dah datang. - itu , sudah
SEKIAN, TERIMA KASIH