CERPEN KANAK-KANAK PENULIS-PENULIS Carol Rayong Nurjanna Mohd Yusof Rebecca Lu Yann Ru Rismaya Abbas
Suatu hari, hujan turun dengan lebatnya seolah-olah langit akan runtuh. Nopal berasa sudah tidak sabar untuk bermain di luar. Dia seperti cacing kepanasan menunggu hujan berhenti. Tidak lama kemudian, hujan pun reda.
Nopal keluar untuk bermain lalu terlihat ada pelangi di langit. “Wah, cantiknya pelangi itu ibarat taman bunga yang berwarna-warni. Agaknya, di manakah penghujung pelangi itu?”, tanya Nopal dalam hati.
Nopal bercadang untuk mencari hujung pelangi itu. Selepas bersiap, Nopal pun mula bergerak mengikut arah pelangi.
Dalam perjalanan, Nopal menyanyi kegirangan. Tiba-tiba, dia terdengar jeritan yang kuat. “Tolong! Tolong!”, jerit suara tersebut. “Siapa pula yang menjerit dalam hutan ini?”, bisik Nopal sendirian. Tolong! Tolong!
Nopal pun melihat ke kiri dan ke kanan untuk mencari suara jeritan tersebut. Akhirnya, Nopal ternampak sebuah lubang tidak jauh dari situ. Nopal bergegas ke arah lubang itu lalu terlihat seekor landak terperangkap. Nopal pun berusaha menolong landak itu.
“Terima kasih manusia kerana menolong saya. Siapa nama awak? Apa awak buat dekat sini?”, tanya Landak. “Sama-sama, Landak. Saya Nopal. Sebenarnya, Nopal ingin mencari penghujung pelangi. Tahukah Landak laluan untuk pergi ke sana ?”, balas Nopal. “Oh, kalau begitu Landak boleh teman Nopal ke sana. Landak tahu arahnya. Jom!”, kata Landak. Mereka pun pergi bersama.
Seketika kemudian, mereka terlihat cahaya pelangi. “Kita dah semakin dekat!” kata Landak. Nopal dan Landak pun berjalan dengan lebih pantas.
Setibanya di hujung pelangi, Nopal dan Landak melihat Pari-pari yang sedang memetik bunga daripada hujung pelangi.
“Selamat petang Pari-pari”, sapa Landak. “Selamat petang Landak. Siapakah budak lelaki ini?” tanya Pari-pari. “Ini Nopal, dia telah membantu saya ketika saya tersangkut pada batang pokok tadi. Kebetulan Nopal dalam perjalanan nak ke hujung pelangi”, balas Landak.
“Kenapakah Nopal hendak ke hujung pelangi?”, soal Pari-pari kepada Nopal. “Saya ingin tahu apakah yang ada di hujung pelangi.”Baiklah, Nopal. Mari Pari-pari bawa Nopal melihat sekeliling tempat ini.”
Semasa berjalan di kawasan tersebut, Nopal amat terpegun dengan keindahan tempat itu. “Sudah lewat ni, Nopal rasa sudah tiba masanya untuk pulang. Bolehkah Pari-pari menghantar Nopal pulang ke rumah?”, tanya Nopal.
Sebagai tanda kenangan, Pari-pari memberi Nopal sekuntum bunga yang sungguh harum baunya. Dengan menggunakan kayu saktinya, Pari-pari menghantar Nopal pulang ke rumah. Setibanya di rumah, Nopal menceritakan pengembaraannya kepada ibunya. Nopal berasa sangat gembira dengan pengembaraan yang dilaluinya pada hari itu.
~Tamat~