The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syamarah.altijar30, 2023-01-17 18:46:45

Skema Percubaan Tauhid 2023 JPN

Skema Percubaan Tauhid 2023 JPN

JABATAN PENDIDIKAN KELANTAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SEMESTER 1 2023 (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE ) ===================================================================== SKEMA JAWAPAN USULUDDIN KERTAS 1 (ILMU TAUHID)


1. (a) Nyatakan maksud akidah dan berikan dua ciri akidah dalam Islam. [4] JAWAPAN PERMARKAHAN Maksud akidah: Bahasa: Berasal dari kalimah عقد yang beerti ikatan atau simpulan. 1 x 1 markah Istilah: Keyakinan dan kepercayaan yang terikat padu dan tersimpul mantap dalam jiwa sehingga tidak mungkin tercerai antara insan Muslim - Mukmin dengan Allah swt dan rukun-rukun lainnya. 1 x 1 markah Ciri akidah: 1. Yakin syarat mutlak dan zati dalam akidah 2. Menepati dengan yang sebenar-benarnya pada hakikat yang diyakini 3. Berdasarkan dalil dan bukti yang boleh ditunjukkan dan dibuktikan 4. Akidah benar 5. Sesuai 6. Sempurna 2 x 1 markah (b) Mengapakah manusia perlu kepada agama? [6] JAWAPAN PEMARKAHAN Manusia perlu kepada agama kerana: 1. Manusia bersifat lemah dan kekurangan 2. Manusia perlukan satu kuasa (Tuhan / Allah) untuk mengadu memohon keampunan dosa 3. Manusia merasa tidak pasti dalam hidupnya (uncertainty) jadi memerlukan panduan 4. Manusia tanpa agama cenderung mengikut hawa nafsu dan mudah berlaku zalim (3 isi + huraian) x 2 markah (c) Bincangkan empat keistimewaan akidah Islam berbanding akidah yang lain. [10] JAWAPAN PEMARKAHAN Empat keistimewaan akidah Islam berbanding akidah yang lain: 1. Akidah rabbaniyyah 2. Akidah syumul (menyeluruh) 3. Akidah tetap 4. ‘Alamiyyah (sejagat) 5. Akhlaqiyyah (berasaskan akhlak) - Beserta huraian (4 isi + huraian) x 2 markah Kesimpulan 2 markah


2. (a) Nyatakan definisi adab menurut Islam. [2] JAWAPAN PEMARKAHAN Bahasa: mengundang atau mengajak (1 bahasa + 1 istilah) x 1 markah Istilah: menggunakan perkataan, perbuatan dan perkara yang baik-baik sekaligus meninggalkan sesuatu yang membawa ke arah kekejian serta keburukan. (b) Huraikan empat adab pelajar terhadap guru. [8] JAWAPAN PEMARKAHAN 1. Pelajar hendaklah menghormati dan menghargai segala jasa guru sebagaimana maksud sabda Nabi SAW : ليس من أمتي من لم يجل كبيرنا ويرحم صغيرنا ويعرف لعالمنا حقه (4 isi + huraian) x 2 markah 2. Pelajar ditegah mencari-cari kelemahan dan kesalahan guru dengan niat untuk mengaibkannya serta menjatuhkan maruahnya disebabkan oleh guru tersebut menghukumnya kerana melanggar disiplin sekolah. 3. Pelajar hendaklah mematuhi segala arahan serta bimbingan para guru supaya kelak menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. 4. Pelajar sewajarnya mendoakan kesejahteraan dan keampunan untuk para guru kerana tanpa mereka mustahil dapat melahirkan modal insan yang cemerlang dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Atau mana-mana jawapan yang munasabah diterima (c) Bincangkan pandangan Islam terhadap ideologi dan fahaman yang menyesatkan.[10] JAWAPAN PEMARKAHAN 1. Dalam aspek pemikiran wujudnya fahaman seumpama liberalisme. Islam melihat fahaman yang menyesatkan ini cuba mengalihkan pemikiran umat Islam daripada petunjuk al-Quran dan hadis kepada penggunaan akal secara mutlak sebagaimana yang dilakukan oleh golongan anti hadis yang mendakwa perlunya dilakukan penilaian semula. (4 isi x huraian) x 2 markah


2. Dalam aspek sosial wujudnya fahaman seumpama feminisme. Islam melihat fahaman yang menyesatkan ini cuba mencampur adukkan sistem akhlak dan nilai Islam dengan budaya hidup masyarakat Barat yang bebas daripada ikatan agama, sebaliknya bertunjangkan kepada nafsu dan keinginan manusiawi. Kononnya, di atas dasar memperjuangkan hak asasi manusia segelintir wanita muslimah yang dipengaruhi fahaman ini bukan sahaja mengingkari perintah berhijab malah turut mempertikaikannya kerana didakwa mengongkong kebebasan wanita. 3. Dalam aspek politik wujudnya fahaman seumpama sekularisme. Islam melihat fahaman yang menyesatkan ini bakal melahirkan golongan pemimpin yang sanggup melakukan apa sahaja demi merealisasikan cita-cita mereka dalam arena politik dengan pelbagai cara yang tidak bermoral dan bertamadun berpaksikan prinsip ‘matlamat menghalalkan cara’. 4. Dalam aspek ekonomi pula wujudnya fahaman seumpama kapitalisme. Islam melihat fahaman yang menyesatkan ini mendorong manusia ke arah kegiatan perekonomian yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata sehingga mengabaikan tanggungjawab sosial sesama insan misalnya eksploitasi harga barangan dan perkhidmatan oleh segelintir peniaga dan juga korporat. Akibatnya, golongan kaya bertambah kaya manakala golongan miskin semakin tertindas dan hidup dalam kesengsaraan. Kesimpulannya, Islam memandang serius terhadap pelbagai fahaman atau ideologi yang sesat sekaligus menolak sekeras-kerasnya daripada berkembang biak dalam kehidupan umat Islam kerana pengaruhnya memberi impak negatif kepada akidah, akhlak, hubungan sosial dan juga solidariti umat Islam sarwajagat. Atau mana-mana jawapan yang munasabah diterima. Kesimpulan 2 markah 3. (a) Kemukakan dua ayat al-Quran yang menerangkan kebenaran akidah Islam dalam perkara ketuhanan. [4] JAWAPAN PEMARKAHAN i) Sekiranya Tuhan lebih daripada satu, nescaya akan rosak binasa alam ini. Firman Allah dalam Surah Al-Anbiya' ayat 22: و نَ نع مّا َن صُِف مّص نَ ِّص ٱۡر نَرِۡص َن فُرۡ حنٰ نَ ٱ ن نُ نُ نََناا ۡ مّف صّم ٱ نَاۡص نٌَة ا نرو نَا نَ َصي صَ نّاا ۡ ٢٢ Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan. 2 ayat x 2 markah


ii) Akan timbul pertelingkahan dan perebutan kuasa jika Tuhan lebih daripada satu. Firman Allah SWT dalam al-Mukminun ayat 91: نَ ص نّا نََن ِ صۢه ۡحن ص م نَ نَ نَ َف لّ ا صذٗا ۡ ا ٍۢا ۡحن ص ن دَ نَ نِا نَا نَ نِ نَ فۢۥ صِ رَ ا صَِ نَۡ مّف م نَ نَ ٱ و نَ ٩١ نِا ٱَ مّص نع مّا َن صُِف ننَ نَ ِنرَ فُ فَ رۡ نعَن حٰ ِنرَ دۚا فُرۡ حنٰ نَ ٱ َۡن Allah tidak sekali-kali mempunyai anak, dan tidak ada sama sekali sebarang tuhan bersamaNya; (kalaulah ada banyak tuhan) tentulah tiap-tiap tuhan itu akan menguasai dan menguruskan segala yang diciptakannya dengan bersendirian, dan tentulah setengahnya akan bertindak mengalahkan setengahnya yang lain. Maha Suci Allah dari apa yang dikatakan oleh mereka (yang musyrik) itu. Tiada suatu pun yang menyerupai Allah dalam segala hal kerana andai ada sesuatu yang menyerupai Allah, maka Dia bukan lagi Maha Esa serta sangat jauh dan berbeza dengan makhluk-Nya iii) Al-Ikhlas ayat 1-2+ huraian iv) Al-Imran ayat 18+ huraian (b) Huraikan tiga perkara sam’iyyat menurut al-Quran. [6] JAWAPAN PEMARKAHAN 1) Soal, Azab dan Nikmat Kubur Dimaksudkan dengan alam kubur atau alam barzakh ialah tempat kembali manusia setelah bercerai roh dari jasad, sama ada mati kerana terbakar, dimakan binantang buas, dimakan burung dan sebagainya. Ini kerana seluruh manusia tidak dapat lari daripada memasuki alam barzakh setelah kematiannya, sekalipun mereka mati dalam apa situasi sekalipun. Firman Allah dalam Al- Mukminun ayat 99-100: و صَ ٩٩ ا نَ نَ ِّص ٱرَ صَِف نّرو فُ َن نَ نَ فَ فۡ ٱۡر ن نَ َ نٗا نِاا ص ا اٰح مَّن Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia). ١٠٠ ن ثوَ ُ َع ۡن ُُ ث مِ 쿞Ὁ 쿞 ن ٰى ن زَخ ِ￾م َ ن َۡ َ م ُ.ن ِم م اِ ٓ ر ۡن ￾ن مومَ َن ۖ ￾ن ُ م ُ ٓاِ ￾￾نۖ ثن ُُ م￾خ ملن ￾ن ك َن ۖ ن اَ ۚٓ ِرم ن ￾ن ّ ر ۚك ُ َن .￾ن م ف쿞َ ن ۖ َ م ٗۖ ِ ُُ ٰ نى ۡ َن ن ٓ رِ 쿞ٰ ّ َن ك ن" َSupaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara- perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat). (3 isi + huraian) x 2 markah 2) Al-Ba’th (Hari Kebangkitan)


(c) Bincangkan dua ayat al-Quran yang mengisbatkan kebenaran akidah Islam. [10] JAWAPAN PEMARKAHAN i) Menolak fahaman yang menafikan Hari Kebangkitan. Firman Allah dalam Yaasin ayat 78-79 نۡ نَ صَ نَ نَصِي مۡ ٧٨ صَ حٰن ا نَ نَِ َف رَٰص ٱۡر صُ نَ نََر نَۥفۥۢ َن نَا نِنثذَ نََن ن ۡ ِنۡ نَنَ ن Serta ia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu), da ia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil ia bertanya: "Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?" (2 ayat x 2 markah) (2 huraian x 2 markah) Al-Ba'th ialah dihidupkan dan dikeluarkan manusia daripada kubur setelah dicantumkan keseluruhan anggotanya untuk dihitung amalannya semasa di dunia. Setiap makhluk akan dibangkitkan bersama roh dan jasad. Firman Allah dalam al- Mujadalah ayat 6: مّف نَٱ مّف نََن فُو فۚا فۢ ٱ ن رَ نِٰح َ ا اواْ ص نّا نع صَّف مّف نِ صّيذَا َنفينَّۡصُف فَۡ ِ َنرو نَ َنرۡنَثف فَ فۡ ٱ نَ رَدَ نَ صَي ةَ ٦ ص ّّفٰ َح نَنع Semasa mereka semuanya dibangkitkan hidup semula oleh Allah (pada hari kiamat), lalu diterangkan kepada mereka segala yang mereka telah kerjakan. Allah telah menghitung amal-amal mereka itu satu persatu, sedang mereka telah melupakannya. Dan (ingatlah), Allah menjadi Saksi akan tiap-tiap sesuatu. 3) Hari Kiamat Hari Kiamat atau Akhirat ialah hari akhir dunia di mana akan berlaku kehancuran seluruh alam, serta mati segala yang hidup. Seepas itu Allah SWT menggantikan alam yang baru dengan menghidupkan semula seluruh manusia yang telah mati untuk dihisabkan amalan mereka semasa di dunia, sama ada untuk ditempatkan di syurga atau neraka. Firman Allah SWT dalam Surah Muhammad ayat 18: ن فَ رۡ م حٰ ۡ أنَ َن فُ نَاا ن رَنۡا نَ َ َصين فَۡ ِنرۡنّذٌۥ َن نَرَ نِاا َ َنأر ن صّم ٱۡ مُا نع نٌ َ نَ رّ َنَ فٰفَۡ نَ ا َن نََر فَ رۡ صٗرَنٰۡح فَ رۡ ١٨ نٗا نِاا ص ا (Kiranya golongan yang ingkar masih tidak mahu menerima peringatan yang diberi kepadanya) maka tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, kerana sesungguhnya telah lahirlah tandatanda kedatangannya. Kalaulah demikian, maka bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan yang diberi kepada mereka - apabila saat kiamat itu datang kepada mereka? iv) Syurga dan Neraka Syurga telah diciptakan oleh Allah sebagai ganjaran kepada mereka yang beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT. Allah SWT telah menyediakan pelbagai nikmat kehidupan di syurga Neraka pula dijadikan sebagai tempat seksaan kepada hamba Allah yang tidak mentaati perintahNya. Pelbagai seksaan yang tersedia untuk mereka yang ingkar.


نعَصي ةۡ ٧٩ نََرٍَ ص فُ ّّص ۡ دۖۥ نَ فَنو ِ َ نَ نِم م ن نَاا َ نَ نَأن م صَ آ َ َف رّ َف رٰيصي نَا ٱۡ Katakanlah: "Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya; dan la Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya) ii) Menolak hujah golongan yang tidak beriman dengan rasul-rasul utusan Allah SWT. Firman Allah dalam al-Isra' ayat 94-95: ِن نَذۡا مّف نِننَ نَ ٱ َ اواْ اۡف َ َن ن صّما َ نَ فَ فۡ ٱۡر فَ نَ حٓا ا نِاا صٗر ا صِفَاواْ َ َفۡر ن َم فُوذّ ٩٤ نَ نِا نِنَ نَ ٱَۡما نَ َ Dan tiadalah yang menghalang orang-orang musyrik itu dari beriman ketika datang kepada mereka hidayah petunjuk, melainkan (keingkaran mereka tentang manusia menjadi Rasul, sehingga) mereka berkata dengan hairan: "Patutkah Allah mengutus seorang نَا نعَنري صَۡ ِّص نَ "?Rasul menjadi manusia ّۡر نَم ن نُ مٌ َن رّ فَو نَ فِ رۡ نُّصَّصي نَ ۡ ُص نَِحنا مرو نَا نَ َصَ ٱرأنرَِص َفّ ۡ صَ نَِنذُا َم فُوذّ ٩٥ ٱۡ مُ نّاا Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalau ada di bumi, malaikat yang berjalan serta tinggal mendiaminya, tentulah kami akan turunkan kepada mereka dari langit, malaikat yang menjadi rasul". iii) Menempelak golongan yang mendakwa cakerwala ialah Tuhan. Firman Allah dalam al An'am ayat 76-79: َ صَ ل ف ا نَ نّا َ نّ َن َن ن َن مّاا َ ا نَ حنَ نَا نَِّص ۥَ َن مري فّ نَنَا نَرو نَۡذاۥ َن َن مّا نِ مَ نعَنري صۢ ٱۡ َن َصَصي نَ ٧٦ ٱرأا Maka ketika ia berada pada waktu malam yang gelap, ia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu ia berkata: "Inikah Tuhanku?" Kemudian apabila bintang itu terbenam, ia berkata pula: "Aku tidak م رۡ َنرَ صََصَ ."hilang terbenam yang kepada suka ُصَ ۡ ن ا نَ ۡ نّ َن َن ن َن مّاا َ ا نَ حنَ نَا نَِّص ۥَ َن َن مّا نَنَا ٱۡر نَ نّنۡ ِناصِذٗا َن َن ّصي نَ ٧٧ ۡ مُاا وَن مَ صِ نَ ٱۡر نَرو صَ ٱۡ َف نأنَ صَِّن Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: "Inikah Tuhanku?" Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: "Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang ا نَ ."sesat َن رۡ َن َن ن َن مّاا َ نرَۡنۡۥف َن ا َ ا نَ حنَ نَا نَِّصَ حنَ نَا َن مّا نَنَا ٱۡ مَرّ نَ ِناصِ نٗذٌ َن َن و نَ ٧٨ مّا َف رَصَۡف صۡ آمَ ِّص صَّصَ ِن َحن نَرو صَ ا Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: "Inikah Tuhanku? Ini lebih besar". Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya). َنِ ص نَناا نۡ ٱۡ مُ حنّ حنوُص نَٱرأنرَ نِ نََصيذُاۥ نَ نِاا َ صَّصَ نَ مِرَ فۡ نَ رِ صَ نَ ۡصَم صَٓ َنۡن ا فّ رَصَۡصي نَ ٧٩ رۡٱ" Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid


dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)". Kesimpulan 2 markah 4. (a) Berikan maksud Ru’yat Allah. [2] JAWAPAN PEMARKAHAN Maksud Ru’yat Allah ialah melihat Allah SWT dengan penglihatan mata atau penglihatan hati. ابلقلب بلني ا راءية 2 markah (b) Terangkan pandangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Muktazilah mengenai Ru’yat Allah di akhirat. [8] JAWAPAN PEMARKAHAN Menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah: Hukum melihat Allah harus pada akal dan wajib pada syarak. Allah akan dilihat oleh orang- orang yang beriman dan soleh di akhirat nanti semasa di syurga. Ru’yat Allah berdasarkan ilmuNya dan kehendak Allah juga ditegaskan di dalam hadis-hadis sahih. Ru’yat Allah tidak boleh ditakwil dan dianggapi oleh hawa nafsu mengenai kebenaran itu. Pandangan ASWAJA (2 isi x 2 markah) Menurut Muktazilah Allah tidak dapat dilihat oleh manusia di dunia dan di akhirat. Firman Allah dalam surah Al-A’raf ayat 143 : Bermaksud: Maka Nabi Musa berkata : Wahai tuhanku, perlihatkanku zatMu yang Maha Suci supaya aku “ memandang kepadaMu. Allah berfirman : Engkau tidak akan sesekali melihatku.” Mereka menafikan penglihatan itu berdasarkan kepada tafsiran mereka dengan perkataan yang menafikan masa sekarang dengan masa akan datang. Mereka menafikan ru’yat Allah kerana ia akan membawa kepada menjisimkan dan memberi arah kepada Allah. Pendapat Muktazilah adalah batil dan tidak berasaskan Al-Quran dan Al-Sunnah. Para sahabat, tabiin dan imam-imam dalam Islam termasuk ahli hadis dan kelompok Ahli Sunnah Wal Jamaah telah mengisbatkan ru’yat di akhirat. Pandangan Muktazilah (2 isi x 2 markah) (c) Pemahaman yang berbeza di kalangan umat Islam terhadap ayat-ayat al-Quran dan hadis


telah melahirkan pelbagai aliran pemikiran akidah Islam. Bincangkan. [10] JAWAPAN PEMARKAHAN Isu Berkaitan al-Quran Sebagai Faktor Kelahiran Pemikiran Akidah Islam. 2 isi Isu Al-Quran x 2m 1. Al-Quran kalamullah, makhluk dan bukan makhluk - Golongan Al-Asyairah mengatakan al-Quran adalah kalamullah dan bukannya makhluk @ qadim. - Manakala, Muktazilah berpendapat bahawa al-Quran adalah hadis (baru) dan menyifatkannya sebagai makhluk. 2. Ayat-ayat Muhkamat & Mutasyabihat 3. Galakan al-Quran supaya berfikir. Isu berkaitan Al-Hadith sebagai faktor kelahiran aliran pemikiran Islam. 2 isi Isu Hadis x 2m 1.Perbezaan dalam aliran Al-firaq Kalamiah Kalangan yang berselisih ini mencipta hadis-hadis palsu untuk menyokong firaq mereka@menolak dan mengkritik golongan yang menentang mereka. Ada disebut bahawa seorang tokoh besar Khawarij setelah bertaubat berkata,”perhatikanlah daripada siapa kamu mengambil agama kerana apabila kami sukakan sesuatu perkara, lalu kami ciptakan hadis untuknya.”. 2. Penggunaan hadis-hadis palsu yang berkaitan dengan akidah. Penggunaan hadis-hadis palsu dalam Islam dilakukan oleh golongan tertentu yang bermotifkan kepentingan untuk mendapatkan sokongan dan kepercayaan masyarakat sama ada bersifat dorongan politik atau pengaruh. Kesimpulan 2 markah 5. (a) Berikan empat ciri Liberalisme. [4] JAWAPAN PEMARKAHAN Ciri-ciri Liberalisme 1. Memberi hak secara mutlak dan kebebasan individu 4 isi x 1 markah untuk mentafsir kitab suci berdasarkan akal dan fahaman mereka sendiri. 2. Mengharuskan segala amalan riba’ serta sebarang unsur berbentuk riba’. 3. Menentang aliran keagamaan. 4. Memperjuangkan hak asasi manusia. 5. Pembebasan wanita


(b) Jelaskan pemikiran Liberalisme dari aspek akidah. [6] JAWAPAN PEMARKAHAN Pemikiran liberalisme dari aspek akidah : 1. Berpaksikan konsep pluralism. Konsep pluralisme menjadi pegangan utama dalam pemikiran liberal yang berpendirian bahawa setiap agama mempunyai konsep, persepsi dan respon tersendiri terhadap Yang Maha Agung. 2. Akal adalah wahyu. Aliran dan fahaman ini membahagikan wahyu kepada dua kategori iaitu wahyu bertulis dan wahyu tidak bertulis. Wahyu bertulis ialah al- Quran dan ianya adalah teks semata-mata. Manakala wahyu tidak bertulis pula ialah akal manusia. Bagi mereka, akal sebenarnya yang menghidupkan teks al- Quran berdasarkan tulisan dan suasana semasa. 3. Meragui keaslian al-Quran. Aliran pemikiran Liberal mendakwa bahawa al-Quran telah diresapi oleh kebudayaan Arab. Hal ini demikian kerana orang Arab menjadi pemilik Bahasa tersebut. Selain itu, Nabi Muhammad juga penyampai risalah Islam juga terdiri daripada kalangan Arab. Justeru, keaslian dan kesahihan al-Quran sudah tiada lagi. Hakikatnya, apa yang ada hanyalah kebudayaan Arab. (3 isi + huraian) x 2 markah (c) Cadangkan langkah langkah untuk mengatasi penyelewengan akidah yang terdapat dalam fahaman Liberalisme. [10] JAWAPAN PEMARKAHAN Langkah-langkah untuk mengatasi penyelewengan akidah yang terdapat dalam fahaman Liberalisme (a) Pihak Jakim perlu mengeluarkan garis panduan supaya berpegang pada akidah ASWJ dan penerangan tentang fahaman yang benar dan salah (b) Pihak kerajaan menguatkuasakan undang-undang penyelewengan akidah (c) Pihak ibubapa berperanan mengawasi anak-anak daripada terjebak dengan fahaman libralisme (d) Pihak media massa menyebarkan risalah tentang ancaman libralisme (e) Pihak Kementerian Pendidikan mengubal sukatan berkaitan ancaman libralisme dan keburukannya. (5 isi + huraian) x 2 markah


Click to View FlipBook Version