LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI
SESI 2020/2021
TARIKH:
1 FEBRUARI 2021 HINGGA 23 APRIL 2021
FAKULTI MUZIK SSENI PERSEMBAHAN TARI DENGAN
KEPUJIAN
AA56
ANANIAS NGAU PHILIP
D20181081571
II
PENGHARGAAN
Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, dengan ini
saya Ananias Ngau Philip (D20181081571) siswa Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Tanjung Malim Perak yang mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan (Tari)
dengan kepujian telah berjaya menamatkan sesi Latihan Industri di Majlis Seni Sarawak
(MSS, Kuching)
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi
penghargaan kepada seluruh kakitangan Majlis Seni Sarawak (MSS, Kuching) terutamanya
kepada En. Sharkawi Bin Haji Amit selaku Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Seni Sarawak
yang sudi menerima saya sebagai pelajar praktikal disini. Ucapan penghargaan ini juga
ditujukan kepada Pn. Rahamah Binti Mohamad Ekbar selaku penyelia industri serta seluruh
kakitangan Majlis Seni Sarawak (MSS, Kuching) yang telah banyak memberi tunjuk ajar,
bimbingan dan berkongsi ilmu mengenai selok belok kerja dan tugas yang harus saya lakukan
sepanjang saya menjalani latihan industri di syarikat tersebut. Tanpa bantuan mereka sudah
pasti saya tidak dapat menjalani latihan industri ini dengan jayanya seperti ini.
Selain itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Universiti
Pendidikan Sultan Idris terutamanya kepada para pensyarah di Fakulti Muzik dan Seni
Persembahan Dan Latihan Industri kerana telah memberi kelonggaran kepada saya untuk
mencari sendiri tempat untuk melakukan latihan industri. Begitu juga dengan nasihat dan
tunjuk ajar dengan mengadakan sesi taklimat untuk menjalani Latihan Industri dan kaedah
penyediaan untuk menyiapkan sebuah buku laporan Latihan Industri yang lengkap dan
memenuhi kriteria yang ditetapkan.
Sekalung budi ditujukan kepada semua pensyarah di Fakulti Muzik dan Seni
Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris khususnya kepada pensyarah serta penyelia
latihan industri saya iaitu En Nor Shuradi Bin Haji Nor Hashim serta Pn Nur Nabila Michael
Lung Bin Abdullah kerana telah banyak memberikan sokongan, bantuan, semangat dan
nasihat kepada saya sebelum saya menjalani latihan industri. Tidak lupa juga kepada semua
pegawai latihan industri kerana telah menguruskan tempat latihan kami. Akhir sekali, jutaan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat yang membantu saya sehingga terhasilnya
laporan ini. Semoga Allah sahaja yang dapat membalasnya.
III
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA
1. PENGHARGAAN SURAT
II
ISI KANDUNGAN III-IV
SENARAI JADUAL V
RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI VI
BAB 1: PENGENALAN ORGANISASI 1
1.1 LATAR BELAKANG ORGANISASI 1
1.2 VISI DAN MISI ORGANISASI 2
1.3 OBJEKTIF ORGANISASI 2
1.4 STRUKTUR ORGANISASI 3
1.5 OPERASI HARIAN ORGANISASI 4
2. BAB 2 : LAPORAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI 5
2.1 PERKONGSIAN ILMU BAGI PELAJAR LATIHAN INDUSTRI
(UPSI) & PRAKTIKUM MODUL ASAS TARI, MAJLIS SENI 5-7
SARAWAK
2.2 LAWATAN KE MAJLIS ADAT ISTIADAT 7-9
10-12
2.3 PEMBELAJARAN MODUL ASAS TARI ETNIK BUMIPUTERA 12-14
SARAWAK, MAJLIS SENI SARAWAK
15
2.4 BENGKEL PERANCANGAN STRATEGIK MAJLIS SENI
SARAWAK 2021
2.5 PROGRAM MALAM KEROHANIAN ASH SHAKUR
3. BAB 3 : TUGASAN KHUSUS 17
3.1 PERLAKSANAAN KELAS BIMBINGAN ASAS SENI DAN KELAS 17-20
BIMBINGAN SENI PERSEMBAHAN, MAJLIS SENI SARAWAK.
3.2 JURUTUNJUK TARIAN ETNIK MELANAU 21-27
4. BAB 4 RUMUSAN & CADANGAN 28-29
5. RUJUKAN IV
6. LAMPIRAN
30
31-34
SENARAI JADUAL V
NO. PERKARA MUKA
JADUAL Jadual harian bekerja di Majlis Seni Sarawak SURAT
Jadual 1 VI
Jadual 2 Aktiviti Perkongsian Ilmu bagi Pelajar Latihan Industri 6
(UPSI) dan Praktikum Modul Asas Tari Majlis Seni
Jadual 3 Sarawak 8-9
Jadual 4 11
Jadual 5 Pelaksaan Aktiviti Pembelajaran Modul Seni Tari
Etnik Bumiputera Sarawak MSS
Jadual pelaksanaan lawatan ke Majlis Adat Istiadat
Jadual pelaksanaan Bengkel Perancangan Pelan 13-14
Strategik Majlis Seni Sarawak 2021
Jadual 6 Jadual Program Malam Kerohanian Ash Shakur 15-16
Jadual 7 Kelas Bimbingan Asas Seni mengikut Kawasan 19
Jadual 8 Kelas Bimbingan Asas Seni mengikut Kumpulan 19
VI
RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI
Secara ringkasnya semasa saya melakukan latiha industri di Majlis Seni Sarawak selama 3
bulan bersamaan 12 minggu bermula pada 1 Februari 2021 sehingga 23 April 2021. Berikut
merupakan jadual harian bekerj di Majlis Seni Sarawak.
ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT SABTU AHAD
CUTI
8.00 8.00 8.00 8.00 8.00 CUTI
Pagi Pagi Pagi Pagi Pagi
-----
5.00 5.00 5.00 5.00 5.00
Petang Petang Petang Petang Petang
Jadual 1 : Jadual harian bekerja di Majlis Seni Sarawak
1
BAB 1
1.0 PENGENALAN ORGANISASI
1.1 LATAR BELAKANG MAJLIS SENI SARAWAK
Pada tahun 1973, Bahagian kebudayaan telah diwujudkan dan dikendalikan oleh dua tenaga
pengajar budaya kanan yang didatangkan khas dari Indonesia. Pejabat sementara bahagian
kebudayaan berpusat di Pejabat Kebudayaan Belia dan Sukan Persekutuan yang terletak di
jalan Tan Sri Datuk Ong Kee Hui.
Pada tahun 1974, bahagian kebudayaan telah dicantumkan dengan bahagian Belia dan
Sukan, dan telah mewujudkan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Sarawak
pada masa itu.
Manakala pada tahun 1992, Majlis Seni Sarawak beroperasi di bangunan Yayasan
Sarawak di jalan Tun Abang Haji Openg. Pada tahun 1995, Majlis Seni Sarawak telah
berpindah ke rumah Sarawak sehingga kini.
Pada tahun 2008, Majlis Seni Sarawak telah mendapat kelulusan ordinan oleh Dewan
Undangan Negeri Sarawak iaitu Sarawak Arts Council Ordinance, 2008 (cap. 66). Ordinan
tersebut telah diperkenankan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak.
Sarawak Arts Council Ordinance juga telah diwartakan di dalam Warta Kerajaan Sarawak.
Pada 25 Mac 2009, ahli-ahli majlis telah dipilih dan dipersetujui oleh YAB Ketua
Menteri Sarawak. Perubahan ahli perlu dibuat kerana perubahan jawatan yang telah dipegang
sekarang. Terdapat 110 jawatan dimana sebanyak 84 jawatan telah diisi (69 UPK & 15 KUP).
Pada 2020, Majlis Seni Sarawak telah mula beroperasi sepenuhnya di bawah
kementerian Pelancongan, kesenian dan kebudayaan Sarawak.
2
1.2 VISI DAN MISI ORGANISASI
Visi
Menjadikan Majlis Seni Sarawak dikenali masyarakat sebagai pengkarya seni
Misi
Membina masyarakat seni yang apresiatif melalui penggerakan tenaga kerja Majlis Seni
Sarawak yang positif, produktif, kreatif dan evaluatif.
1.3 OBJEKTIF ORGANISASI
1.3.1 Membudayakan dan mempertingkatkan penglibatan masyarakat dalam pelbagai
aktiviti seni dan kebudayaan khususnya seni persembahan melalui tiga teras iaitu
pemeliharaan, pemuliharaan dan pengekalan.
1.3.2 Menonjolkan kepelbagaian identiti etnik Sarawak melalui seni persembahan
1.3.3 Menggiatkan usaha-usaha pendidikan dan apresiasi dalam kalangan masyarakat
terhadap seni persembahan melalui program latihan dan pembangunan seni
1.3.4 Mengetengahkan produksi persembahan yang berkualiti dan bertaraf profesional
3
1.4 STRUKTUR ORGANISASI
Rajah 1: Carta organisasi Majlis Seni Sarawak (seperi yang diluluskan daam MMKN)
Rajah 2 : Carta Organisasi Baharu (Sesi Pemurnian Pra-Perancangan Strategik 1.0)
4
1.5 Inisiatif Organisasi
Terdapat beberapa inisiatif yang pernah dan sering dijalankan oleh Majlis Seni Sarawak.
Antaranya ialah :
a) Kursus Asas Seni / Kurses Seni Persembaha / Permintaan Semasa
b) Festival Tari dan Lagu Melayu Asli / Praktikum Seni / Waterfront Idol / Pertandingan
Muzik Kreatif / Musical Drama Photography
c) Acara Tonggak / Konsert / Teater / Persembahan Mingguan
d) Dokumentasi 27 Busana Etnik Sarawak / Recording Muzik Tradisional
e) MSS Open Day / Pameran Atas Jemputan
f) DUN Lama Sebagai Pusat Seni Persembahan Sarawak
g) Kongres Seni / KPRD / Sekolah Seni / DCF / AKYBMS / DBNA / Forum / The Dance
Academy
h) Penstrukturan Semula
i) Pameran Seni Visual dan Busana Etnik Sarawak
j) Melatih Komuniti
5
BAB 2
LAPORAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI
2.1 Perkongsian Ilmu bagi Pelajar Latihan Industri (UPSI) dan Praktikum Modul
Asas Tari Majlis Seni Sarawak - 17 hingga 19 Februari 2021
Aktiviti ini bertujuan meningkatkan kemahiran diri serta menyumbang kepada
perkembangan profesionalisme dalam sesebuah organisasi. Selain itu, dapat menerapkan sifat
kerjasama antara kakitangan dan mampu bersedia untuk bertukar dan berkongsi ilmu yang
dimiliki di samping mengekalkan hubungan yang harmoni dalam organisasi.
2.1.1 Pelaksanaan aktiviti
Aktiviti ini berlangsung selama tiga hari yang bertempat di bilik mesyuarat dan dewan
tari Majlis Seni Sarawak di mana setiap hari yang terbahagi kepada dua sesi iaitu pagi dan
petang. Seramai 17 orang terlibat dalam melaksanakan aktiviti ini di mana tujuh orang
merupakan pelajar latihan industri dan 10 orang kakitangan dari unit Kapasiti dan Akademi.
Pada 17 Februari, seramai tiga orang pelajar latihan industri telah melakukan
pembentangan secara fizikal bersama kakitangan dari Unit Kapasiti dan Akademi. Aktiviti ini
berlangsung dari jam 09.00 pagi hingga jam 03.00 petang. Pelajar yang terlibat adalah
Noorfaiezzuan bin Rakawi dengan tajuk pembentangan ‘Keseimbangan Peranan Lelaki dan
Wanita dalam Baiyant’, Nadia binti Nada dengan tajuk pembentangannya, ‘Apresiasi dan
Kritikan Tari’, dan Samson Kidau yang membentangkan ‘Simbolik dalam Nyigar Simutur
oleh masyarakat Bidayuh Singai di Singai Bau, Sarawak.
Pada 18 Februari pula, seramai empat orang pelajar latihan industri membentangkan
tajuk masing-masing di mana sebelah pagi Abigail Remina dan Sharelyn Wilson
membentangkan tajuk mereka iaitu ‘Project IDIC 2019’, manakala saya sendiri
membentangkan mengenai ‘Pergerakan Kreatif’, serta Sheeren Erang Wan yang
membentangkan tajuk ‘Busana dan Tatarias’.
Pada 19 Februari pula, modul asas seni tari didedahkan kepada pelajar latihan kami.
Antara modul yang didedahkan adalah adab gelanggang, Ngajat Induk dari suku kaum Iban,
Tolak Bala dari suku kaum Bidayuh, Zapin Asli Saratok oleh suku kaum Melayu, Menyak
6
oleh suku kaum Melanau dan Datun atau Tu’ut dari kaum Orang Ulu. Sesi ini berlangsung
dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.
Pelaksanaan Aktiviti Perkongsian Ilmu bagi Pelajar Latihan Industri (UPSI) dan
Praktikum Modul Asas Tari Majlis Seni Sarawak
Tarikh Masa Tempat Aktiviti
17/02/2021 0900-0930 Bilik mesyuarat Majlis Pembentangan oleh
Bin
Seni Sarawak Noorfaiezzuan
Rakawi
17/02/2021 1000-1030 Bilik mesyuarat Majlis Pembentangan oleh Nadia
Seni Sarawak binti Nada
17/02/2021 1430-1500 Bilik mesyuarat Majlis Pembentangan oleh
Seni Sarawak Samson Kidau
18/02/21 0900-0930 Bilik mesyuarat Majlis Pembentangan oleh
dan
Seni Sarawak Abigail Remina
Sharelyn Wilson
18/02/2021 1000-1030 Bilik mesyuarat Majlis Pembentangan oleh
Seni Sarawak Ananias Ngau Philip
18/02/2021 1430-1500 Bilik mesyuarat Majlis Pembentangan oleh
Seni Sarawak Sheeren Erang Wan
Jadual 2 : Aktiviti Perkongsian Ilmu bagi Pelajar Latihan Industri (UPSI) dan Praktikum
Modul Asas Tari Majlis Seni Sarawak
7
2.1.2 Refleksi Aktiviti Perkongsian Ilmu bagi Pelajar Latihan Industri (UPSI)
dan Praktikum Modul Asas Tari Majlis Seni Sarawak.
Sesi perkongsian ilmu yang melibatkan tiga hari ini telah berjaya dilaksanakan. Di
samping itu, sesi perkongsian ilmu ini telah banyak membantu dalam meningkatkan ilmu
pengetahuan sesama individu. Hal ini kerana, sesi perbincangan dan pemikiran yang kritis
dapat di terapkan dalam diri saya. Namun begitu, semasa mempelajari asas seni tari terdapat
segelintir jurulatih menggunakan kaedah pendekatan gerak yang berlainan dan tidak sama.
Oleh itu, cadangan yang diusulkan adalah menstruktur dan memurnikan kembali modul asas
seni tari supaya struktur gerak dapat diseragamkan.
2.2 Pembelajaran Modul Seni Tari Etnik Bumiputera Sarawak Majlis Seni Sarawak
Pembelajaran merupakakan aktiviti yang telah dilakukan secara praktikal bersama
pengajar di Majlis Seni Sarawak untuk mengajar pelajar latihan industri mengetahui
bagaimana sebenarnya tari asas ditarikan Pembelajaran ini juga adalah satu pengenalan dari
Majlis Seni Sarawak untuk pelajar latihan industri melihat modul yang telah diguna pakai
untuk mengajar peserta-peserta yang mendaftar Kelas Bimbingan Asas Seni Tari di Majlis
Seni Sarawak.
2.2.1 Pelaksaan Aktiviti
Aktiviti ini telah dilaksanakan selama dua hari di Dewan Tari bersama pengajar-
pengajar Majlis Seni Sarawak (MSS) yang dilakukan secara fizikal dan diturut serta oleh
beberapa warga MSS secara atas talian melalui Zoom Meeting.
Dalam modul ini juga terbahagi kepada lima iaitu tari asas Melayu, tari asas Iban, tari
asas Bidayuh, tari asas Melanau dan tari asas Orang Ulu. Terdapat juga modul untuk abad
gelanggang dimana ianya bertujuan untuk menghormati guru, rakan-rakan dan dewan tari
sebelum memulakan pembelajaran tari asas. Setiap modul yang terdapat di MSS sudah
diamalkan selama lima tahun dari tahun 2018 sehingga kini. Modul ini bertujuan untuk
mengekalkan keaslian bagaimana tari etnik bumiputera Sarawak ditarikan. Kerisauan pihak
MSS adalah apabila ramai penari menggunakan struktur atau lenggok badan yang salah
semasa menari tari etnik Sarawak. Apabila perkara ini tidak diambil tindak, maka struktur
yang salah akan diteruskan tanpa dibetulkan.
8
Pelaksaan Aktiviti Pembelajaran Modul Seni Tari Etnik Bumiputera Sarawak MSS
Tarikh Masa Tempat Aktiviti
19/2/2021 0830-0930 Dewan Tari, MSS
Pemanasan badan ketuai oleh pelajar
19/2/2021 0930-1030 Dewan Tari, MSS latihan industri (UPSI)
19/2/2021 1030-1130 Dewan Tari, MSS Adab Gelanggang diketuai Encik
Halmi bin Junaidi dan Puan Jamilah
19/2/2021 1130-0100 Dewan Tari, MSS Razali.
19/2/2021 0100-0200 Dewan Tari, MSS Menari tari asas Iban (Ngajat Induk)
19/2/2021 0200-0330 Dewan Tari, MSS diketuai oleh Encik Nicoglas
Gambal
20/2/2021 0830-0930 Dewan Tari, MSS
20/2/2021 0930-1000 Dewan Tari, MSS Menari tari asas Bidayuh (Tolak
Bala) diketuai oleh Encik Halmi bin
20/2/2021 1000-1100 Dewan Tari, MSS Junaidi
20/2/2021 1100-1200 Dewan Tari, MSS Rehat
Menari tari asas Melayu (Zapin Asli
Saratok) diketuai oleh Puan Jamilah
binti Razali.
Pemanasan badan ketuai oleh pelajar
latihan industri (UPSI)
Adab Gelanggang diketuai Encik
Halmi bin Junaidi dan Puan Jamilah
Razali.
Menari tari asas Melanau (Menyak)
diketuai oleh Puan Mastuyah binti
Bakery
Menari tari asas Orang Ulu (Datun
atau Tu’ut) diketuai oleh Puan Uli
9
Bilong.
20/2/2021 1200-2000 Dewan Tari, MSS Menari kesemua tari asas etnik
Sarawak yang telah diajar (adab
gelanggang, tari asas Iban, tari asas
Bidayuh, tari asas Melayu, tari asas
Melanau, tari asas Orang Ulu)
Jadual 3: Pelaksaan Aktiviti Pembelajaran Modul Seni Tari Etnik Bumiputera Sarawak MSS
2.2.2 Refleksi Pembelajaran Modul Seni Tari Etnik Bumiputera Sarawak Majlis
Seni Sarawak
Sepanjang aktiviti ini telah dijalankan selama dua hari berturut, terdapat banyak yang
dapat dipelajari dari aktiviti ini. Antaranya adalah memahami lebih mendalam lagi tentang
setiap tari etnik yang telah dipelajari semasa aktiviti ini dijalankan. Terdapat juga bebrapa
ragam dari tari etnik tersebut baru diketahui, contohnya tari asas Melayu iaitu Zapin Asli
Saratok. Oleh sebab itu, menjalankan aktiviti ini memberi faedah bukan sahaja kepada pelajar
latihan industri, tetapi kepada komuniti seni. Namun begitu, semasa mempelajari asas seni
tari terdapat segelintir jurulatih menggunakan kaedah pendedahan gerak yang berlainan dan
tidak sama. Oleh itu, cadangan yang diusulkan adalah menstruktur dan memurnikan kembali
modul asas seni tari supaya struktur gerak dapat diseragamkan.
10
2.3 Lawatan ke Majlis Adat Istiadat - 24 Februari 2021
Lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar latihan
industri mengenai adat dan kepelbagaian budaya yang terdapat di Sarawak. Selain itu,
lawatan ini bertujuan untuk mengumpulkan dokumentasi yang berkaitan dengan kesenian dan
kebudayaan pelbagai kaum di Sarawak. Lawatan ini juga membuka peluang kepada pelajar
industri untuk terlibat secara lansung dalam menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman
dalam meluaskan lagi jaringan sosial terhadap aktiviti - aktiviti kesenian dalam negeri
Sarawak.
Aktiviti ini melibatkan tiga orang pegawai Bahagian Kapasiti Seni dan
Akademi Seni serta tujuh orang pelajar latihan industri dan seorang pemandu. Lawatan ini
diadakan pada 24 Februari 2021 ( Rabu ) bertempat di Majlis Adat Istiadat Sarawak, Kuching.
Lawatan ini dijalankan pada waktu pagi dan selesai pada sebelah petang.
2.3.1 Perlaksanaan Aktiviti
Perlaksanaan Aktiviti Lawatan ke Majlis Adat Istiadat
Tarikh Masa Tempat Ativiti
23/02/2021 1430 - 1530 Bilik Mesyuarat Mesyuarat tentatif program
24/02/2021 0800 Majlis Seni Sarawak Taklimat
0815 Majlis Seni Sarawak Pergerakan ke tempat lawatan
0910 Majlis Adat Istiadat Ketibaan dan Pendaftaran
Sarawak
0920 - 0930 Majlis Adat Istiadat Slot pengenalan adat istiadat
Sarawak masyarakat Melanau
0930 - 0950 Majlis Adat Istiadat Slot pengenalan adat istiadat
Sarawak masyarakat Bidayuh
1010 - 1015 Majlis Adat Istiadat Slot pengenalan adat istiadat
Sarawak masyarakat Iban
1020 - 1100 Majlis Adat Istiadat Slot pengenalan adat istiadat
masyarakat Orang Ulu dan
11
Sarawak pengisian borang maklum
maklum balas cadangan dan
penambaikan yang disediakan
oleh Majlis Adat Istiadat
Sarawak sendiri
1120 Majlis Adat Istiadat Seisi fotografi bersama Pegawai
1130
Sarawak Majlis Adat Istiadat Sarawak
Majlis Adat Istiadat Pergerakan balik ke Majlis Seni
Sarawak dan aktiviti tamat.
Jadual 4 : Jadual pelaksanaan lawatan ke Majlis Adat Istiadat
2.3.2 Refleksi
Terdapat kelemahan yang dapat diperhatikan melalui aktiviti ini iaitu dari degi
sumber pendokumentasian bahan pameran. Terdapat beberapa aspek yang dicampur adukan
dengan bahan yang sedia ada. Misalnya, sumber pameran yang berlainan diletakkan pada satu
ruangan yang sama. Bagi orang luar yang tidak mengenali sesebuah etnik pasti akan berlaku
kecelaruan mahupun kesalahfahaman maklumat yang didapati. Oleh itu, sumber-sumber ini
perlu dikaji dengan lebih teliti. Cadangan yang diusulkan adalah seperti melakukan
penyelidikan dengan lebih mendalam lagi serta merujuk kepada salah satu sumber yang sahih
supaya tidak berlakunya campur aduk dalam pondokumentasian Lawatan kali ini berlangsung
secara dalaman (indoor) dan tidak melibatkan pergerakan keluar masuk sesuatu kawasan
dengan kerap.Keadaan ini turut menjaga penjarakan sosial dan keselamatan diri.
Walaubagaimanapun, sepanjang tempoh aktiviti berlansung, etika dan peraturan masih tetap
dipatuhi. Selain itu, pelajar latihan industri turut mendapat faedah daripada pameran yang
dilakukan.
12
2.4 Bengkel Perancangan Strategik Malis Seni Sarawak 2021 - 10 hingga 11
Mac 2021.
Bengkel ini merupakan bengkel yang dianjurkan oleh Majlis Seni Sarawak dalam
merangka pelan MSS dalam jangka masa pendek dan panjang dalam membentuk
perancangan yang jelas bagi perjalanan organisasi ini.
2.4.1 Pelaksanaan Aktiviti
Bengkel ini telah berlangsung selama 2 hari yang bertempat di UCSI Hotel dimana
melibatkan semua unit yang terdapat di dalam organisasi Majlis Seni Sarawak. Selain itu,
program ini melibatkan kesemua Board of Director MSS untuk menjadi panel dalam bengkel
tersebut. Aktiviti ini dijalankan secara fizikal yang mematuhi SOP yang ditetapkan. Pada 10
Mac 2021 ini merupakan sesi bengkel yang pertama yang berkaitan dengan perancangan
setiap unit yang diketuai oleh Timbalan Ketua Eksekutif Majlis Seni Sarawak dalam
membimbing kesemua unit tersebut dalam merangka perancangan unit. Selain itu, pada hari
ini juga Board of Director juga telah memberi pandangan dan pendapat tentang organisasi ini
untuk terus menjadi tonggak dalam memastikan kesenian di Sarawak menjadi keutamaan.
Pada 11 Mac 2021, ini merupakan hari yang ke-2 bagi bengkel ini dimana dalam sesi ini
kesemua hasil perancangan strategik yang dihasilkan oleh kesemua unit dibentang dan
dimurnikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MSS da juga Board of Director bagi
penambahbaikan. Seterusnya, pada jam 2.00pm merupakan sesi rumusan pembentangan
bersama YB Menteri Pelancongan, Kesenian da Kebudayaan oleh Ketua Pegawai Eksekutif
En. Sharkawi Bin Hj Amit yang mewakili kesemua unit yang terlibat. Pada hari kedua ini
juga mengadakan majlis penutupan bagi bengkel. Pada hari ini juga terdapat juga aktiviti
penyampaian sijil penghargaan kepada staff GETS 2020/2021.
13
Perlaksanaan Aktiviti Bengkel Perancangan Strategik 2021 Majlis Seni Sarawak
Tarikh Masa Tempat Aktiviti
10 Mac 2021 0800-0830 UCSI Hotel Pendaftaran peserta
10 Mac 2021 0830-0845 UCSI Hotel BOD Brainstorming
10 Mac 2021 0845-0900 UCSI Hotel Welcomin Remarks oleh
Setiausaha Tetap
Kementerian Pelancongan,
Keseniandan Kebudayaan
En. Hii Chang Kee
10 Mac 2021 0900-01200 UCSI Hotel Perbincangan
10 Mac 2021 01200-1400 UCSI Hotel Makan tengahari
10 Mac 2021 1400-1545 UCSI Hotel Pembentangan
10 Mac 2021 1600-1700 UCSI Hotel Sambungan pembentangan
10 Mac 2021 1700 UCSI Hotel Bersurai
11 Mac 2021 0800-0830 UCSI Hotel Pendaftaran
11 Mac 2021 0830-1200 UCSI Hotel Pembentangan/Pemurnian
11 Mac 2021 1200-1400 UCSI Hotel Makan Tengahari
11 Mac 2021 1400-1545 UCSI Hotel Pemurnian
11 Mac 2021 1545-1630 UCSI Hotel Pembentangan Rumusan
oleh CEO kepada YB
11 Mac 2021 1630-1700 UCSI Hotel Menteri Pelancongan,
Kesenian dan Kebudayaan
Majlis penutupan
14
11 Mac 2021 1630-1700 UCSI Hotel Penyampaian Sijil
UCSI Hotel Penghargaan kepada staf
UCSI Hotel
GETS 2020/2021
11 Mac 2021 1630-1700 Jamuan
11 Mac 2021 1630-1700
Bersurai
Jadual 5 : Jadual pelaksanaan Bengkel Perancangan Pelan Strategik Majlis Seni Sarawak
2021
2.4.2 Refleksi Aktiviti Bengkel Perancangan Pelan Strategik Majlis Seni Sarawak
2021.
Melalui penglibatan dalam bengkel ini, selama 2 hari yang bertempat di UCSI Hotel ini
dapat membuka minda kami pelajar latihan industri tentang bagaimana sesebuah organisasi
merancang pelan startegik untuk jangka masa panjang dan pendek. Disamping itu, bengkel
ini juga dapat membantu kami untuk mengenali golongan yang terlibat secara langsung
dalam organisasi Majlis Seni Sarawak melalui kehadiran Board Of Director dimana
memainkan peranan yang baik dalam memastikan kelangsungan MSS ini. Banyak ilmu yang
diperoleh dalam bengkel ini terutamanya dalam bidang pengurusan. Penglibatan kami pelajar
latihan industri dalam proses membantu dalam mengemukakan idea sepanjang bengkel ini
merupakan satu pengalaman baru buat kami. Namun begitu, semasa bengkel ini dijalankan
kekangan dari segi masa merupakan salah satu kekurangan sepanjang bengkel ini. Maka,
untuk sesi bengkel yang akan datang diharapkan masa untuk bengkel ini ditambah bagi
memberi impak yang lebih baik dari segi perkongsian idea.
15
2.5 PROGRAM MALAM KEROHANIAN ASH SHAKUR 9 APRIL 2021
Program ini merupakan salah satu program kerohanian yang dianjurkan oleh
Bahagian Simfoni Okestra Negeri Sarawak (SONS) yang diadakan pada Jumaat 9 April 2021.
Program ini melibatkan pengurusan dan professional serta kumpulan pelaksana. Selain itu,
turut menjemput, ketua menteri sarawak Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Abang Abdul
Rahman Johari Abang Openg dan barisan pelaksana yang lain yang turut hadir. Oleh itu,
kami turut dijemput dan memegang tanggungjawab sebagai ahli jawatankuasa makanan dan
Usher bagi menjayakan program ini. Kami diarah untuk tiba di tempat kejadian seawal 4
petang.
2.5.1 Perlaksanaan aktiviti
Program malam kerohanian Ash Shakur
Tarikh Masa Aktiviti
1630 Ketibaan ahli jawatankuasa
1700 Pengagihan doorgift ke tempat kerusi duduk peserta
1900 Pengumuman daripada pengacara majlis
1930-2035 Ketibaan para tetamu jemputan
2035 Program bermula
- Bacaan doa pembukaan
-Bacaan Ayat Suci Al-Quran
- Assalamu Alyka dinyanyikan oleh Khairul (Wildaniey)
- Maghfirah dinyanyikan oleh Qiesya
PURNAMAdinyanyikan oleh Wildaniey & Qisya
2230 Penyampaian hadiah dan cenderamata
2240 16
2300
Persembahan
- Aisyah dinyanyikan oleh Nurhijrah Yahya
- Seroja dinyanyikan oleh Iwan Hj Dasri & Mohd Kaderi
Abu Bakar (Kadoi)
- Hanya Namamu dinyanyikan oleh Mohd Kaderi Abu
Bakar (Kadoi)
- Keagungan Tuhan dinyanyikan oleh - Iwan Hj Dasri
- SONS - Old Beirut
Aktiviti tamat
- Bersurai
Jadual 6 : Jadual Program Malam Kerohanian Ash Shakur
2.3.2 Refleksi Program Malam Kerohanian Ash Shakur
Sepanjang aktiviti ini berlangsung saya mendapat pelbagai manfaat bermula dari segi
disiplin dalam menepati masa dan jadual yang telah ditetapkan. Bukan itu sahaja,
pembahagian tugas dan peranan yang telah dilakukan turut bersesuaian dengan
tanggungjawab yang diberikan. Seiring dengan itu, semua peserta berjaya mematuhi
peraturan dan penjarakan sosial yang telah ditetapkan.
17
BAB 3
TUGASAN KHUSUS
3.1 Perlaksanaan Kelas Bimbingan Asas Seni dan Kelas Bimbingan Seni Persembahan,
Majlis Seni Sarawak
3.1.1 Pengenalan
Kelas Bimbingan Asas Seni merupakan salah satu kursus yang dijalankan oleh
organisasi Majlis Seni Sarawak pada setiap tahun. Tempoh perlaksanaan kursus tersebut
dijalankan selama lebih kurang lapan bulan berdasarkan sukatan modul pembelajaran yang
telah disediakan. Terdapat beberapa pecahan subjek atau program yang diajar melalui sesi
pengajaran dan pembelajaran kelas bimbingan asas seni. Antaranya adalah asas tarian
tradisional, muzik tradisional, muzik moden, vokal, dan seni visual. Kelas bimbingan asas
seni ini dijalankan secara atas talian menggunakan platform zoom dan secara bersemuka di
Dewan Tari Majlis Seni Sarawak, yang bertempat di Rumah Sarawak. Justeru, kursus
tersebut adalah terbuka kepada setiap individu yang berumur 7 tahun ke atas.
Walaubagaimanapun, bagi peserta yang berumur 17 tahun ke bawah adalah diwajibkan untuk
mendapatkan kebenaran daripada pihak ibu bapa atau penjaga masing-masing. Sepanjang
tempoh perlaksanaan kelas bimbingan tersebut, para peserta akan didedahkan tentang asas-
asas seni yang terdapat dalam sukatan modul pembelajaran. Manakala, di fasa seterusnya
mereka akan dinilai melalui tiga jenis ujian yang merangkumi 70% praktikal, 10% teori, dan
20% disiplin. Sijil hanya akan diberikan kepada peserta yang telah berjaya menamatkan
kursus dan mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Majlis Seni Sarawak.
Walaubagimanapun, setiap peserta hendaklah memenuhi syarat kelayakan penerimaan sijil
Kelas Bimbingan Asas Seni tersebut. Berikut merupakan peratusan yang harus diikuti oleh
peserta untuk layak menerima sijil tamat kursus :
a) Kelas Bimbingan Asas Seni
i. Kehadiran yang mencukupi 80% hingga 100% (Baik)
ii. Kehadiran yang mencukupi 70% hingga 79% (Sederhana)
iii. Kehadiran yang mencukupi 50% hingga 69% (Memuaskan)
iv. Kehadiran yang mencukupi 40% hingga 49% (Penyertaan)
v. Kehadiran yang mencukupi 1% hingga 39% (Tidak akan menerima sijil)
18
b) Kelas Bimbingan Seni Persembahan
i. Kehadiran yang mencukupi 80% hingga 100% (Kecemerlangan)
ii. Kehadiran yang mencukupi 70% hingga 79% (Kepujian)
iii. Kehadiran yang mencukupi 50% hingga 69% (Penyertaan)
iv. Kehadiran yang mencukupi 1% hingga 39% (Tidak akan menerima sijil)
Setiap peserta juga adalah diwajibkan untuk menghadiri kelas-kelas mengikut jadual
yang telah ditetapkan oleh penyelia. Sekiranya peserta tidak dapat menghadirkan diri
sebanyak tiga kali berturut-turut tanpa sebarang alasan bertulis, maka penyertaan peserta
tersebut akan dibatalkan dengan serta merta. Manakala, peserta yang berada di bawah
kawalan dadah atau alkohol adalah tidak dibenarkan untuk menyertai atau membuat
persembahan yang akan dianjurkan oleh Majlis Seni Sarawak.
3.1.2 Pelaksanaan Kelas Bimbingan Asas Seni (Semasa)
Kelas bimbingan asas ini dilakukan pada setiap hujung minggu iaitu pada hari Sabtu
bermula pada jam 8:30 pagi sehingga jam 6:00 petang. Pengajaran kelas ini dijalankan
secara praktikal dan atas talian. Semasa kelas bimbingan asas seni ini berjalan beberapa
kumpulan akan diagihkan untuk disertai oleh para peserta. Terdapat tiga kumpulan iaitu
terdiri daripada golongan dewasa, kanak-kanak dan peralihan. Ketiga-tiga kumpulan ini
dipecahkan dan disertakan dengan masa yang bersesuaian mengikut peringkat kumpulan
tersebut. Selain itu, pembahagian sesi kelas bimbingan asas seni juga dilakukan mengikut
daerah yang terdapat di Sarawak seperti Kuching, Sarikei, Betong, Sri Aman, dan Bintulu.
Seterusnya, jurulatih juga menerangkan aspek keselamatan yang perlu dijaga sepanjang kelas
bimbingan ini berjalan. Hal ini adalah amat penting untuk memastikan semua peserta tidak
mendapat sebarang kecederaan sepanjang tempoh perlaksanaan kelas berlangsung. Justeru,
semasa kelas bimbingan ini dilakukan secara bersemuka, kesemua peserta dan jurulatih
adalah diwajibkan untuk memakai pelitup muka bagi memastikan SOP berjalan dengan
lancar. Proses pengajaran kelas bimbingan asas seni di dewan tari juga melibatkan
penerangan dan aplikasi yang digunakan oleh jurulatih dan guru pada peringkat permulaan.
Seterusnya, aplikasi ini mewujudkan proses peniruan kepada peserta. Justeru, para pelajar
19
industri juga turut terlibat dalam kelas bimbingan asas seni tersebut sebagai jurulatih
sambilan. Hal ini demikian adalah bertujuan untuk pelajar industri mendalami lagi aktiviti
yang berkaitan dengan kesenian yang dilakukan di Majlis Seni Sarawak. Berikut merupakan
agihan jadual kelas bimbingan asas seni sepanjang hari Sabtu mengikut kawasan dan
kumpulan yang telah diagihkan :
Kelas Bimbingan Asas Seni (Kawasan)
MASA KAWASAN
09:00 pagi - 01:00 petang Kuching
02:00 petang - 03:00 petang Sarikei
03:00 petang - 04:00 petang Betong
04:00 petang - 05:00 petang Sri Aman
05:00 petang - 06:00 petang Bintulu
Jadual 7 : Kelas Bimbingan Asas Seni mengikut Kawasan
Kelas Bimbingan Asas Seni (Kumpulan)
MASA KUMPULAN
09:00 pagi - 10:00 pagi Peralihan
10:00 pagi - 11:00 pagi Kanak-kanak (1)
11:00 pagi - 12:00 tengahari Kanak-kanak (2)
12:00 tengahari - 01:00 petang Remaja / Dewasa
Jadual 8 : Kelas Bimbingan Asas Seni mengikut Kumpulan
20
3.1.3 Refleksi
Para peserta kelas bimbingan tersebut telah menunjukkan komitmen yang baik
sepanjang tempoh perlaksanaan kelas dijalankan. Selain itu, mereka juga dapat menghadiri
setiap sesi yang telah dijadualkan walaupun keadaan tidak mengizinkan untuk mereka
menghadiri kelas secara bersemuka. Hal ini justeru tidak membuatkan mereka berasa putus
asa untuk mempelajari dengan lebih lanjut lagi tentang asas-asas seni yang diajar oleh guru.
Para peserta malah kelihatan lebih bersemangat menikmati keseronokkan sepanjang tempoh
sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Secara keseluruhannya, kursus ini merupakan
salah satu platform untuk meningkatkan produktiviti masyarakat seni khususnya di Sarawak.
Hal ini justeru mampu meningkatkan kesedaran dalam diri masyarakat Sarawak bahawa
betapa pentingnya pemeliharaan sesebuah kesenian dan kebudayaan yang terdapat di negeri
tersebut. Selain itu, kursus ini juga mampu memberi sebuah dimensi baharu khususnya dalam
kalangan generasi muda sebagai legasi penerus mengenai asas-asas yang telah dipelajari.
Perlaksanaan kursus ini mampu membentuk keyakinan dalam diri setiap peserta agar dapat
menampilkan diri di khalayak umum sekali gus mamberikan kemahiran kesenian dan
membangunkan bakat seni yang terpendem dalam diri setiap peserta. Akhir sekali, adalah
diharapkan agar terdapat lebih ramai lagi penyertaan kursus ini pada tahun akan datang agar
mampu meningkatkan mutu kesenian negeri Sarawak.
21
3.2 Jurutunjuk dalam tarian etnik melanau
3.2.1 Pengenalan
Suku kaum Melanau adalah suku kaum yang mndiai daerah muara sunga di Sarawak
iatu sungai Rajang, Baram dan Bintulu. Kehidupan masyarakatnya adalah seBagai petani dan
nelyan. Suku kaum Melanau daat di bahagikan lagi kepada beberapa pecahan sukuan di
antaranya ialah:
1. Seduan
2. Segalang
3. Beliun
4. Bintulu
5. Matu
6. Rajang
Setiap pecahan suku kaum melanau ini mempunyai dialeknya tersendiri. Di samping
itu, suku kaum ini amat banyak unsur keseniannya yang unik halus dan menawn terutamanya
dalam seni tari. Kebisaanya, tarian-tarian mereka persembahkan pada ‘Pesta Kaul’ atau puja
pantai dan juga menyambut orang kenamaan serta upacara perkahwinan.
3.2.2 Tarian Suku Kaum Melanau
Hingga ke hari ini masih banyak tarian dari suku kaum ini belum diketahui ramai. Hal
ini kemungkinan kurangnya penyelidikan dan pendedahan yang dilakukan. Terdapat 4 jenis
tarian Melanau yang diketahui kini, antaranya adalah :
I. Mengarang Menyak
II. Seladai
III. Aluk-aluk
IV. Mengalai
22
3.2.3 Gerak Tarian Melanau
Pada awalnya, gerak tari dalam tarian Melanau adalah secara gerak tunggal di mana
tumit diletakkan dahulu ke lantai kemudian permukaan tapak kaki di hentakkan ke lantai
untuk menghasilkan bunyi, apabila selesai melangkah gerak.
Saya telah ditugaskan untuk menjadi jurutunjuk tarian Melanau bagi kelas bimbingan
asas seni tari di Majlis Seni Sarawak. Oleh itu, kami dilatih untuk menjadi jurutunjuk
sebelum kelas bimbingan asas seni dijalankan. Terdapat 13 jenis ragam asas tarian Melanau.
Berikut merupakan ragam asas tarian melanau yang didedahkan kepada saya.
23
Rajah 3: Ragam asas tarian Melanau
24
Rajah 4: Ragam asas tarian Melanau
25
Rajah 5: Ragam asas tarian Melanau
26
Rajah 6: Ragam asas tarian Melanau
27
3.2.4 Alat Muzik
Tarian Melanau ditarikan dengan iringan alat muzik seperti
I. Engkeromong
II. Gendang
III. Canang
IV. Ketawak
Alat muzik suku kaum Melanau hampir sama dengan alat muzik iban yang dimainkan
secara ensemble hanya cara memainkan serta melodinya sahaja yang akan membezakan di
antara keduanya, terutama memainkan alat muzik gendang di mana dalam persembahan
muzik tradisional Iban, gendang dimainkan dengan cara menggunakan tangan sahaja.
Manakala, untuk memainkan muzik gendang Melanau ia harus menggunakan dua rotan
sederhana, besarnya yang dipegang pada kedua belah tangan pemainnya.
28
BAB 4
RUMUSAN DAN CADANGAN
4.1 Rumusan
Latihan industri adalah satu medium yang berkesan untuk pelajar mempersiapkan diri
dari segi mental dan fizikal sebelum memasuki alam pekerjaan sebenar yang penuh dengan
cabaran. Pelajar boleh mendapat banyak pengalaman tidak kira dari segi teori ataupun
praktikal. Pelajar dapat memperolehi banyak pengetahuan semasa latihan industri di Majlis
Seni Sarawak yang benar-benar membantu untuk memperbaiki meningkatkan kemahiran
pelajar.
Di samping itu,ilmu yang diperolehi sepanjang pengajian di UPSI dapat diaplikasikan
sepenuhnya dalam dunia pekerjaan. Perbezaan semasa pengajian di UPSI dan menjalani
latihan praktikal adalah amat berbeza sekali terutamanya secara berkomunikasi dengan orang
luar. Gaya komunikasi mereka kelihatan lebih matang dan merupakan satu kelebihan yang
saya peroleh bagi meningkatkan lagi tahap komunikasi. Justeru, latihan ini amat baik dan
wajar diteruskan bagi melahirkan graduan yang lebih berkualiti selaras dengan hasrat
kerajaan untuk melahirkan golongan profesional yang dinamik.
Selain itu, sebagai jurutunjuk, saya juga perlu menjawab setiap persoalan yang
diajukan sekiranya terdapat individu yang tidak memahami apa yang ingin saya sampaikan.
Jika dilihat dengan lebih spesifik dari sudut komunikasi, saya mendapati bahawa kemahiran
komunikasi secara profesional antara orang sekeliling dapat ditingkatkan. Hal ini justeru
memberi pendedahan awal khususnya dalam diri saya sendiri agar terus mampu berdiri teguh
untuk mencapai matlamat dan tujuan hidup suatu hari nanti.
4.2 Cadangan
Sepanjang tempoh 12 minggu menjalani latihan industri di Majlis Seni Sarawak,
banyak perkara yang perlu dititikberatkan oleh pihak syarikat. Antara beberapa cadangan
yang ingin saya kemukakan adalah pihak syarikat perlu menambah baik infrastruktur dan
29
kemudahan kerja disana. Tujuannya adalah untuk menjadikan Majlis Seni yang berkebolehan
dan mempunyai tempat yang lebih sesuai bagi menyediakan kemudahan kesenian.
Pihak syarikat juga perlu menerapkan nilai positif dalam diri seperti mengekalkan
disiplin dalam menepati masa untuk menghadirkan diri di tempat kerja. Sepanjang latihan
diadakan, pelajar memberi komitmen yang tinggi untuk menghadiri ke tempat kerja sebelum
jam 8.00 pagi. Perkara ini amatlah dititikberatkan bagi kemajuan syarikat pada masa akan
datang.
Seterusnya, mengamalkan nilai ramah mesra antara satu sama lain. Hal ini kerana,
nilai ini mampu mengeratkan lagi hubungan antara kakitangan dan juga orang luar supaya
tidak menjejaskan imej syarikat. Nilai ini adalah penting bagi memudahkan kita untuk
berkomusnikasi dengan lebih baik tanpa melibatkan kesalahfahaman antara satu sama lain
yang mendorong kepada kerosakan imej syarikat.
Akhir sekali adalah berkaitan dengan elaun pelajar Latihan Industri. Selain
memperluaskan skop penempatan Latihan Industri, saya juga bercadang agar pihak universiti
atau fakulti hendaklah menyediakan elaun kepada para pelajar yang akan menjalani Latihan
Industri. Hal ini demikian adalah untuk meringankan beban kewangan para pelajar khususnya
bagi mereka yang tidak berkemampuan. Maka, adalah amat perlu jika sekiranya pihak
universiti atau fakulti mampu menyediakan elaun Latihan Industri.
30
RUJUKAN
En Sharkawi Bin Haji Amit
Ketua Pegawai Ekseutif
Majlis Seni Sarawak
Pn Rahamah Binti Mohd Ekbar
Penyelia Industri
Majlis Seni Sarawak
Pn Uli Bilong
Pembantu Penyelia Industri
Majlis Seni Sarawak
31
LAMPIRAN
32
33
34