The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Contoh Teks Pengacara Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amirzihni, 2024-02-03 17:15:55

Contoh Teks Pengacara Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Contoh Teks Pengacara Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Teks Pengacara Majlis Sambutan Maulidur Rasul aturcara teks SALUTASI بسم الله الرحمن الرحیم َل ِلیْن ْ َح ْمدُ ِ�ِ َ ر ِّب ْ ُمْر َس ا َ ْش َر ِف ال َى ا َ ُم َ عل ُ َ و َّ السلا َة یْن ،و َّ الصلا َ ِم َ َال ْع ، ال َ ْج َمِعیْن ِ ِھ ا َ ْص َحاب َ ِى آل ِھ َ وا َو َعل Sirih berlipat , sirih pinang, Sirih dari pulau Mutiara , Pemanis kata selamat datang , Awal bismillah pembuka kata. Assalammualaikum w.b.t. Yang dihormati, Ustazah Norasmaniza bt Saleh, Ketua Penyelaras Darjah Khas. Ustazah Asma binti Topandi, Dan Ustazah siti Norazizah bt mohd Nawawi Seterusnya yang dikasihi rakan-rakan sekalian. Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Rahmat Pencipta kerana di atas limpah kurnia dan rahmat-Nya kita dapat bersama-berkumpul pada hari ini di majlis sambutan Maulidur Rasul 1445 hijrah. Hadirin yang dirahmati,


KATA-KATA ALUAN PENGACARA Kayu dibelah di tepi paya, Sampai di baruh gelap gelita, Lahirnya Rasulullah membawa cahaya, Menerangi seluruh alam semesta. Sampai di baruh gelap gelita, Suram cahayanya di rumah bonda, Menerangi seluruh alam semesta, Dengan berkatnya kelahiran baginda. Sesungguhnya, kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. yang merupakan Khatimul Anbia’ dinanti-nantikan oleh sekalian makhluk. Kelahiran Baginda membawa sinar cahaya yang menerangi kegelapan jahiliah. Baginda memandu hati dan jiwa dengan menjunjung Islam sebagai penunjuk arahnya. Justeru, sambutan Maulidur Rasul 1445 Hijrah ini merupakan satu pembuktian cinta kita terhadap Baginda Rasulullah s.a.w. yang tidak berbelah bahagi selain mengamalkan sunnah Baginda dan menjadikan Rasulullah sebagai idola sepanjang zaman. Hadirin yang dihormati,


BACAAN DOA Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, pihak majlis menjemput dan mempersilakan, saudara Aiman Haziq bin Rejab untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan. – Amin, amin ya Rabba; ‘alamin. Semoga bacaan doa sebentar tadi memberikan kelancaran majlis kita pada hari ini. Bacaan Berzanji Hadirin yang dikasihi sekalian, Majlis diteruskan dengan bacaan berzanji Untuk itu, majlis mempersilakan Saudara Alif Firdaus untuk memperdengarkan bacaan berzanji. - Terima kasih diucapkan kepada Saudara Alif Firdaus Bacaan Selawat Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah, Majlis kita akan dimeriahkan lagi dengan alunan selawat.. Tanpa melengahkan masa, pihak majlis menjemput dan mempersilakan Saudara Adib bin Azly untuk mengetuai alunan selawat. Dipersilakan.


UCAPAN GURU bESAR Hadirin dan hadirat yang dikasihi, Majlis kita terus beranjak dengan atur cara seterusnya. Pihak majlis berbesar hati menjemput dan mempersilakan, Yang dihormati Ustazah Norasmaniza bt Saleh, Ketua Penyelaras Darjah Khas untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. – Majlis merakamkan ucapan setinggi tinggi terima kasih. CERAMAH MAULIDUR RASUL Para guru dan murid, Majlis diteruskan lagi dengan agenda utama majlis iaitu tayangan ceramah Maulidur Rasul. – Semoga kita dapat mengambil ibrah dan tarbiah daripada tayangan ceramah sebentar tadi. Kuiz Rakan-rakan yang dikasihi sekalian Majlis Sambutan Maulidur Rasul pada pagi ini diteruskan dengan slot pertandingan Kuiz.


- Tahniah diucapkan kepada semua yang Berjaya menjawab soalan dengan tepat. BERSURAI Hadirin dan hadirat yang dihormati, Dengan itu, berakhirlah majlis Sambutan Maulidur Rasul. Bagi pihak majlis, kami memohon kemaafan sekiranya terdapat kekurangan dan keterlanjuran kata sepanjang kami mengacara majlis. Para hadirin dijemput untuk menikmati juadah yang disediakan. Sekian, Assalammualaikum w.b.t


Click to View FlipBook Version