The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amirzihni, 2021-09-11 11:21:45

TUNKU ABDUL RAHMAN

Amzar Zihni Bin Amir

TOKOH

KEMERDEKAAN:

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid

Halim Shah

PENDAHULUAN

Terdapat ramai tokoh kemerdekaan yang terdapat di
negara Malaysia.Tunku Abdul Rahman merupakan
bapa kemerdekaan kita. Tunku Abdul Rahman telah
banyak berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan.

Biodata Peserta

Nama: Amzar Zihni Bin Amir
Umur: 15 tahun

Sekolah: Sekolah Menengah Kebangsaan
Lenga,Muar,Johor

NO TEL:0196560227
Alamat: Jg 28/9/2=PTD 8391 KG BUKIT RAJA KG BT 28
JLN GOMBANG.LENGA 84600.PAGOH,MUAR,JOHOR

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan
Abdul Hamid Halim Shah

Biodata Tunku Abdul Rahman

• Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj diputerakan pada 8 Februari 1903 di
Alor Star, Kedah. Tunku merupakan putera ke-20 kepada Sultan Abdul
Hamid Halimshah, Sultan Kedah yang ke-24 dan isteri beliau iaitu
bonda kepada Tunku Abdul Rahman bernama Nearng atau lebih
dikenali sebagai Makche Menjalara. Bonda yang dicintai itu adalah
seorang keturunan Thai anak kepada Luang Nara Borirak (Kleb),
keturunan Chao Phya Maha Kota, Ketua Negeri Mataban dalam jajahan
Siam di Shan Utara Thailand.

• Ini bermakna Tunku dilahirkan di istana sepertimana beberapa tokoh
UMNO yang lain. Tunku tinggal di Istana Kota Lama yang dikenali
sebagai ‘Istana Tiga Tangga’. Nama timangan Tunku ialah ‘Awang’
yang disebabkan kulitnya yang hitam manis akibat bermain panas
manakala ayahandanya memanggil beliau dengan nama ‘Putra’. Beliau
Putera Raja yang mempunyai adik beradik yang ramai dan kaum
kerabat yang besar jumlahnya, tetapi tidak dalam lingkungan yang
akan mewarisi takhta kerajaan negeri. Tuhan telah menentukannya
menjadi menjadi pemimpin rakyat seluruh negara. Pemerintahannya itu
tidak berdasarkan warisan tetapi atas pemilihan rakyat.

Rasionalisasi Tunku Abdul Rahman

Kepimpinan Tunku Abdul Rahman amat terserlah dalam bidang politik iaitu
sebagai Yang Dipertua Agong atau sebagai seorang pemimpin negara yang
berwibawa dan berkebolehan dalam mentadbir negara dan rakyatnya.

Peranan TunkuAbdul Rahman Putra Al-Haj dalam usaha mencapai
kemerdekaan negara amat penting.Sebagai seorang pemerintah, beliau
bertanggungjawab dalam mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu daripada
pihak penjajah pada tahun 1957 dan turut memainkan peranan membentuk
Malaysia pada tahun1963.

Atas kejayaan Tunku Abdul Rahman mendapatkan kemerdekaan TanahMelayu
telah mengangkat nama beliau sehingga digelar sebagai “Bapa Kemerdekaan
dan Bapa Malaysia”. Inilah imej Tunku Abdul Rahman yang telah dikenali
umum dalam kalangan rakyat Malaysia.

Biarpun tidak pernah merasai kepimpinan Tunku Abdul Rahman, saya sangat
tertarik dengan identiti Tunku Abdul Rahman yang berjuang membebaskan
negara dari dibelenggu penjajahan asing. Merdeka dikecapi, hidup kita
harmoni. Terima kasih Tunku Abdul Rahman. Oleh itu adalah wajar untuk saya
mengetengahkan negarawan unggul ini dlm buku skraf digital saya.

Kelebihan Tunku Abdul Rahman

Memainkan peranan penting dalam usaha Telah membawa pelbagai perubahan kepada
membebaskan negara daripada belenggu Malaysia dengan membentuk strategi pembangunan

penjajah tanpa pertumpahan darah jangka panjang bagi tempoh lima tahun bermula
pada1957 dengan Rancangan Malaya pertama pada 1956
hingga 1960 dan Rancangan Malaya kedua 1961

hingga 1965.

Telah membawa Malaysia ke arena
antarabangsa dengan menubuhkan
Pertubuhan Asia Tenggara pada 1961
yang seterusnya dikenali sebagai ASEAN.

Berjiwa Rakyat

Beliau sanggup menyuarakan bantahan terhadap Malayan Union dan
menghadiri perjumpaan-perjumpaan untuk menentang Malayan Union Di

Alor Setar.

Semangat Perpaduan

Beliau telah meninggalkan segala kerjayanya untuk
mengambil alih teraju kepimpinan UMNO.

Bukti Kredibilti Tunku Abdul Rahman

 Penubuhan Malaysia pada 16 September 1963, merupakan idea
Tunku yang tercetus pada 27 Mei, 1961 disusuli Mesyuarat
Persatuan Parlimen KOMANWEL Cawangan Tanah Melayu di
Singapura pada 23 Julai yang memutuskan penubuhan
Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia yang
dipengerusikan Tun Mohammad Fuad Stephens.

Tunku Abdul Rahman sedang Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
menandatangani Perjanjian
Malaysia pada 8 Sept 1961 mengadakan sidang akhbar di kediaman
rasmi beliau pada 6 Julai, 1963 bagi
mengumumkan keberangkatan ke London
untuk menghadiri majlis menandatangani
perjanjian penubuhan Malaysia. - Sumber
Arkib Negara

Sumbangan Dan Jasa

Tunku Abdul Rahman mencetuskan idea penubuhan OIC pada
tahun 25 September 1969
 Tunku Abdul Rahman diberikan penghormatan untuk menjadi
Setiausaha Agong OIC yang pertama bermula 1971 hingga 1974
Menjadi tuan rumah Persidangan OIC pada tahun 1974 dan 2003.

Sumbangan Politik

• Membantu dalam penubuhan OIC pada
tahun 1969

• Penentangan terhadap Malayan Onion
• Menerajui kepimpinan UMO
• Mengemukakan idea pembentukan Malaysia
• Memperjuangkan kemerdekaan
• Mengasaakan PERKIM

Penutup

Kesimpulannya,kita perulah menghargai jasa Tunku Abdul
Rahman. Tunku Abdul Rahman telah banyak berjuang demi
keamanan untuk mencapai kemerdekaan. Kata-kata hikmat
yang menyebutkan, tiada yang dahulu tiadalah yang sekarang
dan tiada yang lama maka tiadalah yang baharu menunjukkan
bahawa hubung kait antara yang lama dan yang baharu
sentiasa saling memerlukan. Seandainya, generasi terdahulu
sebagai pelakar sejarah, nescaya generasi kini perlulah
meneladani sejarah dan bijak pula menghargainya. Apa-apa
yang telah dilakarkan oleh mereka hendaklah dijadikan
wasilah untuk membentuk sebuah masyarakat madani. Mana-
mana yang salah jadikanlah panduan untuk membuka lembaran
sejarah yang baharu, kerana yang baik dijadikan teladan,
manakala yang buruk dijadikan sempadan.


Click to View FlipBook Version