The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mas Zaisha, 2022-01-03 11:12:32

E-MAJALAH KALIGRAFI

E-MAJALAH KALIGRAFI

POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN

(MPU24021)

AHLI KUMPULAN:

NUR SARAH SOFEA BINTI ZAIDI 18DSK20F1020 DSK3A
MAS ZAISHA BINTI MEGAT OSMIRA 18DSK10016 DSK3A

Isi Kandungan

Sejarah Khat………………………………………..1-2
Jenis Khat.…………………………………………..3-6
Bahan Khat...………………………………………..7-11
Hukum………………………………………………..12-14
Motivasi………………………………………………15-17

i

SejarahRingkas

Seni Khat…
s" eni adalah jiwa dan jiwa

adalah seni. Jiwa yang tidak berseni kerana ketinggian nilai budi, saranan Tulisan-tulisan Arab ini dizahirkan
dan seni yang tidak berjiwa adalah akhlak juga peraturan hidup manusia.
seni yang mati dan jiwa yang mati" – kepada bentuk yang seni oleh
Amiera_ns. Ungkapan yang lebih Dr Venetia Porter, Kurator Muzium
ironis tentang memahami kesenian British yang juga seorang pengkaji seniman Islam. Objek
Islam ini menggambarkan betapa kesenian Islam menyatakan, tulisan
halusnya nilai seni yang terpancar merupakan antara elemen terpenting penglahirannya berlegar disekitar
pada setiap huruf seni khat. untuk menyampaikan sesuatu maksud
sebagai gambaran pelbagai kejadian kosmos alam yang bersangkutan
Lakaran-lakaran seni dan tulisan yang berlaku.
diadun bahasa fikir sehingga menjadi dengan keagungan Tuhan. Bertitik
untaian tali jiwa dalam memahami
erti kehidupan sarwajagat, tolak dari inilah muncul kesenian
membangkitkan nafsu kecintaan
sesama manusia juga kepada Maha seni kaligrafi Islam yang telah
Pencipta – konsep seni dalam
silaturrahim Islam. dimulai dari sejak Islam lahir ke

Kesenian unggul dalam Islam muka bumi ini.
terpancar pada Ummul Kitab (al-
Quran) yang diturunkan sebagai Sistem tulisan Arab – wadah yang Seni kaligrafi Islam atau lebih
panduan dan pedoman untuk semua mengungkap maknawi bahasa Al-
umat manusia. Naskhah lengkap Quran menjadi pengikat ukhwah dan sinonim dengan nama ´seni khat´
panduan hidup umat Islam penglahiran perasaan mengagungkan
merupakan seni yang tidak dapat Maha Pencipta. Keistimewaan sistem merupakan khazanah tertua di
ditangkis oleh mana-mana kesenian tulisan Arab (jawi) ini penentu ciri
kesenian Islam yang melampaui dunia yang masih dimiliki oleh
batasan dan sempadan.
umat Islam. Perkembangan Islam

yang tersebar ke seluruh pelosok

dunia, menyaksikan kaligrafi Islam

teradaptasi dengan perubahan

yang berlaku tanpa

menghilangkan ciri dan nilai

keIslamannya.

1

Penulisan Khat yang pertama di dunia Pada kurun ke-16 dan 17 – seni khat Seni Khat yang teradaptasi dengan
dipercayai dihasilkan di Kufah, Iraq pernah menjadi medium komunikasi dunia moden terus berkembang
dalam kurun ke tujuh. Fakta yang terpenting dalam menyampaikan tetapi masih lagi bertapak pada
tercatat daripada sumber bertulis – mesej diplomatik. Ia diperkenalkan seni yang asal iaitu dalam konteks
seorang sufi mendapat ilham oleh Housam Roumi semasa era keIslaman (mentauhidkan Allah
menghasilkannya melalui mimpi. Suleyman 1 di wilayah Turki. dan lebih berupa nasihat). Kini,
Tulisan-tulisan yang dihasilkan Kesenian tulisan khat jenis ini seni khat bukan sahaja terlakar
dinamakan Kufic (Kufi) iaitu tulisan terserlah melalui tanda diakritik pada kepingan kertas malahan
yang tidak bercantum. Ia digunakan dengan tulisan yang menarik. Seni menjadi hiasan bercorak islamik
sehingga kurun ke-12. khat yang dikenali dengan nama apabila ia ditulis pada kepingan
Diwani ini berkembang seiring cermin, diukir pada mimbar-
Pada kurun ke 10 – seni kaligrafi dengan variasinya iaitu Diwani al-Jali mimbar masjid dan turrut
Islam tersebar ke Parsi dengan yang berbingkai.Antara seni khat dijadikan cenderamata untuk
gabungan-gabungan huruf yang lebih yang masih lagi menjadi tumpuan kenangan. Nafas baru dalam
berseni. Tulisan kaligrafi Islam ini para peminat seni warisan Islam penghasilan seni khat ini secara
terdiri daripada beberapa jenis iaitu hingga kini termasuklah khat Tuluth tidak langsung meningkatkan
khat Kufi, Khat Nasakh, Khat dan khat Riqa. martabat seni khat sebagai unsur
Diwani, Khat Thuluth, Khat Riqa. seni yang cukup tinggi.
Pada awal perkembangan seni khat,
Tulisan kaligrafi dari jenis Nasakh sejenis pokok yang direncongkan Nama-nama besar di alam Melayu
hujungnya dan dicelup dengan cecair dalam bidang seni khat seperti
dijadikan asas dalam mempelajari dakwat, ditulis pada kepingan kulit- Profesor Mohd Bukhari Lubis dan
kulit tamar, kulit kambing yang Imad, sudah cukup membuktikan
sistem tulisan Arab di negara dikeringkan dan daun-daun papyrus kesenian unggul Islam ini
yang dijadikan kertas. Namun begitu, berkesinambungan selamanya.
berkenaan. Alam Melayu tidak alam Melayu menyaksikan Usaha Pak Matlob yang giat
penggunaan batang-batang pokok meneruskan kesinambungan
terkecuali menyerap unsur Nasakh ini resam sebagai alatan utama untuk sistem tulisan jawi (asas dalam
menulis khat. Batang resam yang seni khat) sesuatu yang amat
sebagai asas pembelajaran tulisan ditiruskan pada bahagian hujungnya membanggakan. Seni khat tidak
akan dicelupkan dengan dakwat akan berkubur ditelan arus zaman
jawi, yang kemudiannya sebelum tulisan khat dilakarkan pada dengan adanya insan-insan yang
kertas. mewarisi bakat mempertahankan
dipertingkatkan dengan sistem tulisan kesenian unggul Islam seperti
mereka. Sesungguhnya seni
khat yang lain. kaligrafi Islam adalah lambang
kesenian unggul tamadun Islam
Khat Kufi dikatakan sebagai khat yang tiada tandingannya.
yang paling popular didunia. Ia
digunakan sebagai tulisan dalam Al-
Quran selama tiga kurun lamanya.
Sistem khat Kufi yang tidak
mengalami banyak perubahan semasa
menjadi asas ia dikekalkan sebagai
tulisan di dalam naskah al-Quran.

2

Jenis – Jenis Khat

1. Khat Kufi merupakan

asas kepada khat Arab. Ia

telah mengalami

perubahan daripada

bentuk asalnya yang lurus

dan tegak kepada bentuk-

bentuk yang berbunga

dan berdaun

bersumberkan daripada

Khat Kufi bentuk tumbuhan-

tumbuhan yang menjalar.

Dengan dihiasi pelbagai

Khat Kufi merupakan sejenis khat yang popular selain khat variasi khat, telah

Nasakh. Nama Kufi diambil bersempena dengan nama sebuah terbentuk sejenis khat

bandar iaitu al-Kufah yang terletak di Mesopotamia. Secara yang tidak lagi ditulis

umumnya, ciri-ciri yang ada pada bentuk huruf khat Kufi dengan menggunakan pen

adalah bersegi, tegak, dan bergaris lurus. Bentuknya yang khat, tetapi dilukis

berunsur geometri iaitu lurus dan tegak amat sesuai diukir di dengan pensil,

mozek-mozek, jubin dan batu pada bangunan-bangunan seperti menggunakan kertas graf,

masjid dan seumpamanya. pembaris dan juga alat

2.Khat

Diwani Jali

Bentuk hurufnya memenuhi ruang kosong Khat ini dicipta oleh khattat Shahla
sehingga membentuk satu ciptaan berupa Basya pada zaman pemerintahan
geometri yang tersusun indah. Daripada jenis Kerajaan 'Utmaniyyah. Khat ini
khat ini terciptalah bermacam-macam rupa dianggap sebagai kesinambungan
bentuk hasil karya penulis-penulis khat yang daripada khat Diwani biasa. Khat
mahir. ini dinamakan Jali yang bererti jelas
kerana terdapat kelainan yang jelas
Khat Diwani Jali ini terbahagi kepada 3 jenis dari segi bentuk tulisannya. Tujuan
iaitu khat Diwani Jali Mahbuk, Diwani Jali penggunaannya ialah untuk tulisan
Hamayuni, dan Diwani Jali Zauraq (bentuk rasmi diraja dan surat-menyurat
Perahu). Kesimpulannya, khat Diwani Jali ini kepada kerajaan asing.
dapat dilihat pada seninya bentuk tulisan,
penyusunan huruf yang indah.

3

3. Jika keadaan memerlukan tulisan-tulisan itu
melebihi saiz tersebut atau bersaiz besar,
maka ia ditulis mengikut saiz thuluth jali
yang biasa kemudian dilakukan pembesaran
(enlargement) mengikut kaedah empat segi
atau menggunakan pelbagai peralatan
teknologi yang terdapat pada hari ini seperti
photocopy, komputer dan sebagainya.

Khat Thuluth Bentuk thuluth yang lebar mata penanya

Thuluth bermaksud satu pertiga (1/3). Dinamakan mmaenleabkiahlia6ymanmgdminealmebaikhai n2mThmuliualthahJaTlhi,uluth
Khat Thuluth adalah kerana Huruf menegaknya Aadi. Ia diperkenalkan oleh Ibrahim al-
ditulis dengan mata pena yang ukuran lebar Sajzi dan banyak digunakan sebagai seni
menyamai satu pertiga (1/3) lebar mata pen. Ia juga hiasan di dalam masjid, nama surah dan
dikenali sebagai Khat Arab disebabkan peranannya hiasan kulit buku. Seseorang penulis khat
sebagai sumber asasi pelbagai khat Arab yang lahir tidak dianggap penulis yang mahir dalam
selepas Khat Kufi. Khat ini dikenali sebagai seni ini sekiranya tidak benar – benar
Ummul Khutut (Ibu tulisan) dan jarang digunakan berkemahiran dalam bentuk Khat Thuluth.
dalam penyalinan al-Quran lengkap kerana
mempunyai banyak kaedah, menentukan Perhatian berat para ahli khat terhadap khat
ukurannya dengan bilangan titik yang sesuai pada thuluth, khususnya khat thuluth jali
setiap huruf, agak rumit serta memerlukan sepanjang sejarah khat bukanlah merupakan
kemahiran yang tinggi untuk menulisnya. Biasanya satu perkara yang lahir secara mendadak.
khat ini ditulis dengan pena yang lebar matanya Khat ini dikenali dengan tulisan yang agak
diantara 2 hingga 3 mm. cantik. memandangkan ia tidak dapat ditulis
secepat khat nasakh maka ia biasanya
Jika ia lebih lebar daripada itu maka orang-orang digunakan untuk tujuan-tujuan seni yang
Turki memanggilnya tuqechah thuluth yakni khusus, bukan untuk tujuan penulisan biasa.
thuluth yang dibesarkan. Kemudian ia dikenali Oleh itu kita sering dapati khat ini dalam
dengan nama thuluth jali (sumber-sumber arab kepingan-kepingan seni, muraqqa’at dan
silam mensifatkan dengan panggilan jalil al- loh-loh serta hasil kerja seni yang lain. Khat
thuluth). Apabila mata pena lebih besar daripada ini menyebabkan orang yang
saiz yang tetap pada pena yang biasa maka dibuat memandangnya akan membiasakan diri
untuknya pena daripada kayu. Saiz-saiz tulisan jali mereka dengan unsur keindahan dan
berada pada kadar yang tangan manusia mampu gerakan yang tersusun.
memegang penanya (Qadi al-Askar Mustafa ’Izat
Afandi dalam menulis loh-loh di masjid Aya Sufia
menggunakan mata pena yang luasnya mencapai
35sm).

4

Keistimewaan

Thuluth…

Keistimewaan thuluth (khususnya thuluth jali) daripada segala
jenis khat yang lain ialah ia boleh di letakkan dalam struktur-
struktur dan rupa bentuk yang cantik seperti bulat, segi empat,
bujur dan sebaginya. Para jurukhat yang menitikberatkan khat
ini sering melakukan pembaharuan struktur (olahan) dengan
khat ini yang merangkumi dua lapisan huruf atau lebih yang
sebahagiannya diletakkan di atas sebahagian yang lain
mengikut susunan bacaan. Ini merupakan kerja yang sangat
sukar, hanya mampu dilakukan oleh jurukhat yang mahir dan
berkaliber. kadangkala satu ungkapan ditulis dalam beberapa
struktur yang mengandungi pelbagai bentuk dan tulisan.
Peniruan sesetengah jurukhat terhadap struktur-struktur para
jurukhat silam dan digunakan secara komersial tanpa
menerangkan sumber yang beliau dapati sebenarnya
merupakan pancabulan terhadap hak-hak mereka dan satu
amalan yang tidak wajar.

5

4. Riq’ah mengikut Kamus
Bahasa ialah cebisan
Khat Riq’ah kertas yang ditulis. Ciri
khusus khat ini ialah
Khat Riq’ah merupakan sejenis khat yang direka cipta oleh bentuk huruf yang kecil,
orang Turki pada zaman pemerintahan Kerajaan ‘Uthmaniyah lebih cepat dan mudah
(850 Hijrah). Tujuan utama mereka mencipta khat ini ialah ditulis, jika dibandingkan
untuk menyeragamkan bentuk tulisan dalam semua urusan dengan khat Nasakh.
rasmi di kalangan kakitangan kerajaan. Penggunaan khat Riq’ah
dalam masyarakat kita
lebih tertumpu kepada
tulisan dan nota sahaja,
berbanding khat Nasakh
yang begitu meluas
digunakan, khususnya
dalam penerbitan buku,
majalah dan akhbar.

Khat 5.
Nasakh

Seni Khat telah memberikan

sumbangan yang besar kepada

tamadun Islam secara

keseluruhannya. Ia menjadi

Khat Nasakh telah menjadi pilihan utama mangkin perkembangan ilmu naqli
dalam penulisan naskhah al-Qur'an di dalam
dunia Islam, walaupun di sana terdapat dan akli, ilmu keduniaan dan
pelbagai jenis gaya Khat sebelum dan selepas
kewujudannya. Kelembutan, kejelasan serta keakhiratan. Peranan Seni Khat
keindahan khat ini telah mampu menarik
perhatian masyarakat Islam lantas mengambil yang teragung ialah apabila ia
alih peranan penulisan al-Qur'an yang selama
ini dipelopori oleh gaya Kufi. digunakan untuk menulis wahyu

Allah bagi tatapan seluruh umat

Islam, yang menjadikannya sebagai

satu cabang seni dan ilmu yang

tidak dapat dipisahkan dari al- 6

Qur'an itu sendiri.

Bahan-Bahan Asas untuk
Penulisan Khat

Peralatan asas untuk menulis khat adalah penting. Hal ini kerana sesuatu hasil karya yang baik
mestilah daripada peralatan yang berkualiti. Pemilihan alat penulisan mestilah dititikberatkan.
Antara bahan asas yang perlu adalah seperti berikut:
• Peralatan menulis
Pen khat, kayu resam dan sebagainya. Setiap pena mempunyai kelebihan masing-masing. Bagi
mereka yang ingin menceburi bidang ini, digalakkan menggunakan kesemua jenis pena. Pakar-
pakar khat biasanya menggunakan pena dari tumbuhan seperti buluh, resam, batang pinang,
dan kayu ijuk untuk menulis. Penggunaan pena dari tumbuhan ini memerlukan kemahiran yang
tinggi iaitu cara mengasahnya, melicinkan, dan menggunakannya degan baik. Untuk mereka
yang baru belajar cara terbaik gunakan pen khat marker, yang mempunyai 3 jenis mata iaitu
1.0 (0.1cm), 2.0 (0.2cm), dan 3.0 (0.3cm). Sila lihat contoh di bawah.

Pen Khat Maker

7

Pena Resam & Buluh

Selain itu, pensel, pemadam, pisau, liquid paper, pen marker, pembaris, set geometri. Sebelum
menulis biasanya dilakar dahulu menggunakan pensel, dan yang terbaik gunakan pensel HB
(yang kurang pekatnya).

Buluh dan resam dengan mata yang berbeza

• Kertas

Kertas, buku latihan dan pelapik menulis. Sebaiknya gunakan kertas yang agak tebal, licin dan
memudahkan pengeringan dakwat. Kertas yang biasa digunakan ialah Art Paper, Mattart,
Tracing Paper atau kertas biasa (seperti A4) 80 GSM ke atas yang licin serta tidak mudah
mengembangkan dakwat. Pelapik digunakan bagi menghalang kekasaran pada permukaan
meja dan disyorkan pelapik yang digunakan mempunyai grid seperti contoh di bawah

Antara contoh buluh, resam dan sebagainya 8

Kertas Khat

Dakwat Buku Rujukan Khat

Dakwat, dibeli atau dibuat sendiri. Dakwat yang terbaik
ialah yang mempunyai kehitaman yang maksimum,
cepat kering ketika di atas kertas, memudahkan
pergerakan tangan semasa menulis dan warna yang
bersinar (shining) selepas kering. Antara dakwat yang
biasa dipakai ialah Holbien, Faber Castell, Calligraphy
dan seumpamanya. Dakwat tidak boleh dibiarkan
melekat pada mata pena khususnya mata pena besi
kerana ianya boleh menghalang aliran dakwat semasa
menulis.

Bekas filem biasanya digunakan sebagai bekas dakwat,
dan didalamnya dimasukkan span yang dicubit kecil,
bertujuan untuk mengehadkan dakwat disedut semasa
mencucuh pena ke dalamnya. Ini bagi mengelakkan
tulisan di atas kertas rosak dan melimpah dgn dakwat.
Kalau sesiapa yang biasa melihat penulis khat yang
menggunakan resam atau buluh, acapkali dilihat
mencucuh ke dalam bekas dakwat, selalu dicucuh
untuk mendapatkan keseragaman dakwat tu apabila
ditulis.

9

Cara menulis khat dengan betul

Penulisan khat perlulah mengikut cara yang betul bagi memperoleh hasil karya yang
berkualiti dan kemas.Pepenulisan khat yang terbaik adalah yang mengikut kaedah yang betul,
ini kerana keseniannya dapat dilihat dengan penggunaan kaedah tulisan yang tepat. Proses
pengajaran dan pembelajaran seni khat merupakan satu aktiviti yang agak sukar dan
memerlukan kepada kesabaran dan masa yang panjang di samping azam yang kuat tanpa rasa
putus asa. Seseorang yang ingin mempelajarinya perlu diingatkan tentang kepekaan yang tajam
semasa mendengar dari pengajar, membaca buku rujukan dan mengambil perhatian yang serius
untuk memahami setiap pengajaran terutama dalam espek pengukuhan dan pembetula

Antara kaedah-kaedah yang betul seperti berikut:
• Cara memegang pen
- Pen dipegang selari dengan kedudukan kertas 90 darjah.
- Keseluruhan mata pen menyentuh kertas.
- Pen dipegang dengan kadar satu setengah inci dari awal mata pen.

• Suasana semasa menulis
- Suasana mestilah tenang dan kemas.
- Cahaya yang cukup serta tidak melindungi ruang kertas.
- Jarak penglihatan tidak terlalu dekat atau terlalu jauh.
- Perjalanan nafas yang teratur dan tidak penat.

• Psikologi menulis
- Menulis dalam keadaan tenang dan memberi sepenuh tumpuan kepada penulisan.
- Menulis dengan penuh minat bukan sekadar suru
- Meniru atau menekap tulisan penulis-penulis yang berpengalaman dengan tujuan

memahirkan penulisan

• Latihan

- Menulis bermula dari kaedah yang mudah kepada yang sukar. 10
Contohnya penulisan dengan huruf tunggal diikuti kalimah dan seterusnya
ayat.

- Biasakan berlatih menulis menggunakan kaedah yang tepat.
- Setiap tulisan digalakkan diulang sebanyak berkali-kali sebagai latih tubi yang
berkesan.
- Latihan yang berterusan mengikut kaedah penulisan yang muktabar.

11

HUKUM MENULIS
AYAT AL-QURAN
DENGAN CORAK
TERTENTU

Soalan
Apa hukum menulis ayat al-Quran
mengikut corak tertentu seperti
wau, bunga dan lain-lain. Mohon
penjelasan.
Jawapan
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak
terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang
mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Pada asasnya, al-Quran wajib dimuliakan, diagungkan dan dihindarkan daripada sebarang perkara
yang boleh membawa wujudnya unsur kehinaan atau merendahkan. Imam Nawawi dalam
menegaskan hal ini menyebut: “Para ulama telah bersepakat akan wajibnya menjaga Mushaf al-
Quran dan memuliakannya.” (Lihat al-Tibyan fi Adab Hamalat al-Quran, hlm. 190)

Malah jumhur ulama menyatakan wajib bagi seseorang Muslim itu suci daripada hadas kecil dan
besar sebelum dia memegang mushaf dan menanggungnya. Firman Allah SWT:

‫ لمطهرونا‬ꢀ‫ هيمس إ‬ꢀ
Maksudnya: “Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci.”

Surah al-Waqi’ah (79)

12

Di dalam kitab Nawadir al-Usul dijelaskan: Menyentuh, memegang atau membawa (mengangkat
mushaf al-Quran) hendaklah dalam keadaan suci (berwuduk), sama ada ayat-ayat al-Quran itu
ditulis pada kertas, papan, besi, kain dan sebagainya. (Lihat Nawadir al-Usul fi Ma’rifah Ahadith
al-Rasul, 2/392)

Matlamat utama al-Quran diturunkan adalah untuk dibaca, ditadabbur, dihayati, diimani dan
seterusnya diaplikasikan dalam kehidupan seorang Muslim.

Dalam isu persoalan di atas, kami nukilkan di sini jawapan daripada keputusan Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia bertarikh 13-15 Jun
2005 dalam muzakarah kali ke-69, antara lain menyebut:

Penulisan ayat-ayat al-Quran dalam bentuk hiasan yang keterlaluan yang boleh menimbulkan
kekeliruan dan kesukaran kepada pembaca adalah dilarang.

Penulisan khat ayat al-Quran boleh dibuat dengan syarat ditulis dengan betul dan mudah dibaca.

Tulisan khat ayat al-Quran tidak boleh dicampuradukkan dengan ayat-ayat lain sehingga boleh
mengelirukan pembaca.

Tulisan khat ayat-ayat al-Quran mestilah ditulis dengan sempurna dan susunan ayat-ayatnya tidak
boleh terputus-putus sehingga mencacat atau mengelirukan atau mengubahnya.

Tulisan seni khat ayat-ayat al-Quran yang dibuat dalam pelbagai bentuk sehingga menimbulkan
kekeliruan dan menghilangkan tujuan ayat-ayat al-Quran diturunkan iaitu untuk dibaca, difahami
dan dihayati adalah dilarang. (Lihat Kompilasi Muzakarah MKI 2016 – Jakim, hlm. 210-211)

Begitu juga disebut: Dilarang menulis atau membentuk ayatayat suci al-Quran berbentuk
binatang, manusia, bangunan, alat permainan seperti wau, tumbuhan, bunga-bungaan dan
seumpamanya. (Lihat Garis Panduan Pembuatan, Pengendalian, Penjualan Dan Pelupusan Ayat
Suci Al-Quran oleh Jakim, hlm. 5)

Terdapat juga Garis Panduan Kaligrafi Al-Quran yang dikeluarkan oleh Lembaga Pengawalan dan
Pelesenan Pencetakan al-Qur’an Kementerian Dalam Negeri, antara lain menyatakan:

Dilarang menulis kaligrafi Al-Quran berbentuk makhluk bernyawa atau sebarang bentuk yang
boleh menjatuhkan kesucian Al-Quran;

Latar belakang kaligrafi tidak boleh mengandungi sebarang unsur makhluk bernyawa atau yang
tidak sesuai dengan kemuliaan al-Quran.

Setiap penulisan mestilah sempurna dan mengikut kaedah penulisan kaligrafi Al-Quran;

Khat yang susah dibaca seperti Khat Kufi Murabba’ dan Khat Diwani Jaliyy hendaklah
menyertakan sekali Khat Nasakh bersaiz kecil di bahagian bawah karya tersebut bagi
memudahkan pengecaman masyarakat untuk membaca kaligrafi Al-Quran;

13

Kesimpulan
Berdasarkan kenyataan di atas, kami berpendapat adalah tidak harus untuk menulis al-Quran
dalam bentuk gambar-gambar kerana ia sejuzuk daripada merendahkan martabat al-Quran.
Begitu juga, kerana ia menjadikan banyak tafsiran serta andaian yang kurang sihat terhadap al-
Quran sedangkan al-Quran kitab dan kalam Allah yang suci lagi mulia, yang wajib dimuliakannya.
Semoga kita menjadi hamba Allah yang benar-benar cintakan al-Quran. Kami akhiri dengan doa:
‫ باهوذ ناموهم‬،‫ وجلء ننااأحز‬،‫ ونور صدورنا‬،‫همللا لعجا نرآقلا ربيع وبنالق‬
Maksudnya: Ya Allah! Jadikanlah al-Qur’an sebagai penyejuk hati kami, cahaya yang menyinari
dada kami, penghibur duka kami dan penghapus kesedihan kami.

14

MOTIVASI KHAT

1) Menyahut seruan Saidina Ali R.A.
‫ هنع ميكلع سنحب الخط هنإف من تيحامف الرزق‬ꢁ ‫لقا ليع يرض‬
Maksudnya " Hendaklah kamu menambah baik tulisan khat kerana
ianya merupakan salah satu daripada kunci-kunci pintu rezeki "

Tulisan di atas adalah karya Khattat Zamri Bin Amid (Pengarah Galeri Seni Khat
Muar)
2) Tunjuk ajar guru

Perbincangan bersama 'Muallim' adalah 'Muhim' untuk menghasilkan khat yang benar-benar 'Tulin'

15

Tulisan di atas adalah karya Khattat Zuhud Ulya Ibrahim (Kedah)
Maksudnya : " Kehebatan khat adalah bergantung kepada pengajaran guru dan banyaknya latihan
"

16

3) Kata-kata hikmah

Kata-kata dan tulisan di atas adalah karya Khattat Uthman Taha (Penulis al-Quran)
Maksudnya : " Tulisan khat itu kekal sepanjang zaman selepas penulisnya (mati), walaupun
penulis

khat itu ditanam di dalam bumi
4) Kata-kata hikmah

17


Click to View FlipBook Version