The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mdhairy Ibrahim, 2023-08-07 01:12:59

BUKU PANDUAN AKADEMIK FSK 2022_23

BUKU PANDUAN AKADEMIK FSK 2022_23

Keywords: BUKU PANDUAN AKADEMIK FSK

Panduan Akademik: Program Sarjana Muda Semester 1 Sesi 2022/2023 Fakulti Sains Kemanusiaan 48 KAKITANGAN AKADEMIK Program Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Moral) adalah bermatlamat untuk: iii. Melahirkan graduan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran profesional dalam bidang pendidikan Moral, sivik dan pembangunan karektor iv. Melahirkan graduan yang mampu mengajar dan mengurus mata pelajaran Pendidikan Moral yang ditawarkan di sekolah. iii. Melahirkan graduan yang mampu memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara. iv. Menjalankan pengujian dan penilaian yang sesuai dan berkesan dalam Pendidikan Moral. 4B-16 • NAMA : EN. HAFIZAN BIN MOHAMAD DAIN • NO. TEL : 05-450 6000 • BILIK : 4B-7 • EMEL: hafizan.dain@fsk.upsi.edu.my


Panduan Akademik: Program Sarjana Muda Semester 1 Sesi 2022/2023 Fakulti Sains Kemanusiaan 49 Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Moral) Dengan Kepujian (AT41) • Pelajar Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Moral) dengan Kepujian boleh memilih 21 jam kredit daripada kursus minor daripada mana-mana program yang ditawarkan oleh universiti. • Pelajar boleh memilih mana-mana kursus yang ditawarkan di universiti selain kursus major dalam program Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Moral) dengan Kepujian. KURSUS MAJOR BIL KOD KURSUS NAMA KURSUS JAM KREDIT 1. HMF3013 Pengantar Pendidikan Moral 3 2. HMS3013 Pendidikan Moral di Malaysia 3 3. HMS3063 Institusi Keluarga dan Sekolah 3 4. HMF3033 Teori Etika dan Moral 3 5. HMF3053 Moral dan Akhlak dari Perspektif Agama 3 6. HMP3013 Psikologi Perkembangan Moral 3 7. HMS3033 Pendidikan Pelbagai Budaya 3 8. HMS3073 Pembelajaran Berkhidmat 3 9. HMN3013 Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan 3 10. HMS3043 Devian Sosial 3 11. HMN3033 Etika Profesional 3 12. HMS3053 Isu-Isu Moral 3 13. HMR3013 Kaedah Penyelidikan Moral 3 14. HMR3913 Projek Tahun Akhir 1 3 15. HMR3923 Projek Tahun Akhir 2 3 JUMLAH 45


Panduan Akademik: Program Sarjana Muda Semester 1 Sesi 2022/2023 Fakulti Sains Kemanusiaan 50 SEMESTER 1 KOD KURSUS NAMA KURSUS JAM KREDIT HMF3013 Pengantar Pendidikan Moral 3 HMS3013 Pendidikan Moral di Malaysia 3 HMS3063 Institusi Keluarga dan Sekolah 3 UPU3312 Pengajian Kenegaraan 2 UPU3122 Penghayatan Etika dan Peradaban 2 KPF3012 Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 2 KPC3011 Pengurusan Kokurikulum 1 JUMLAH 16 SEMESTER 2 KOD KURSUS NAMA KURSUS JAM KREDIT HMF3033 Teori Etika dan Moral 3 HMP3013 Psikologi Perkembangan Moral 3 UPU3222 Budaya Keusahawanan 2 UPU3412 Kesukarelawanan 2 KPS3014 Pengurusan Pembelajaran 4 Elektif Terbuka 1* 3 Ko-Kurikulum 1 1 JUMLAH 18


Panduan Akademik: Program Sarjana Muda Semester 1 Sesi 2022/2023 Fakulti Sains Kemanusiaan 51 SEMESTER 3 KOD KURSUS NAMA KURSUS JAM KREDIT HMF3053 Moral dan Akhlak dari Perspektif Agama 3 UBI3232 English Proficiency 3 2 UBM3252 Wacana Akademik Bahasa Melayu 2 UPU3112 Falsafah dan Isu Semasa 2 KPP3014 Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar 4 MINOR 1 3 MINOR 2 3 Ko-Kurikulum 2 1 JUMLAH 20 SEMESTER 4 KOD KURSUS NAMA KURSUS JAM KREDIT HMN3013 Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan 3 HMS3073 Pembelajaran Berkhidmat 3 UBI3242 English Proficiency 4 2 KPK3012 Pendidikan Inklusif 2 MINOR 3 3 MINOR 4 3 Elektif Terbuka 2 3 Ko-Kurikulum 3 1 JUMLAH 20


Panduan Akademik: Program Sarjana Muda Semester 1 Sesi 2022/2023 Fakulti Sains Kemanusiaan 52 SEMESTER 5 KOD KURSUS NAMA KURSUS JAM KREDIT HMS3033 Pendidikan Pelbagai Budaya 3 HMR3013 Kaedah Penyelidikan Moral 3 KPG3013 Insan Guru Profesional 3 KPD3016 Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 6 MINOR 5 3 JUMLAH 18 SEMESTER 6 KOD KURSUS NAMA KURSUS JAM KREDIT HMS3043 Devian Sosial 3 HMS3053 Isu-Isu Moral 3 HMR3913 Projek Tahun Akhir 1 3 Elektif Terbuka 3* 3 MINOR 6 3 JUMLAH 15 CUTI SEMESTER KOD KURSUS NAMA KURSUS JAM KREDIT KPR3072 Program Perantis Guru (PPG) 2 JUMLAH 2


Panduan Akademik: Program Sarjana Muda Semester 1 Sesi 2022/2023 Fakulti Sains Kemanusiaan 53 SEMESTER 7 KOD KURSUS NAMA KURSUS JAM KREDIT HMD3033 Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral 3 Kaedah Mengajar (Minor Pilihan) 3 HMN3033 Etika Profesional 3 HMR3923 Projek Tahun Akhir 2 3 MINOR 7 3 JUMLAH 15 SEMESTER 8 KOD KURSUS NAMA KURSUS JAM KREDIT KPR3068 Latihan Mengajar 8 KPR3012 Seminar Refleksi Latihan Mengajar 2 JUMLAH 10


Panduan Akademik: Program Sarjana Muda Semester 1 Sesi 2022/2023 Fakulti Sains Kemanusiaan 54 SINOPSIS KURSUS UNIVERSITI UPU3312 PENGAJIAN KENEGARAAN 2 KREDIT Kursus ini memberi penekanan kepada aspek-aspek negara Malaysia meliputi sejarah negara, Sistem Pentadbiran Negara, Perlembagaan Persekutuan dan dasar-dasar kerajaan. UBI3232 ENGLISH PROFICIENCY 3 2 KREDIT Ini merupakan kursus peringkat pertengahan atas yang meningkatkan keupayaan pelajar untuk membina struktur ayat majmuk dengan menggunakan frasa dan klausa yang berkaitan. Pelajar dapat menyatakan persetujuan dan bantahan dengan justifikasi yang baik dalam aktiviti mendengar dan bertutur. Pelajar boleh membuat inferens, membuat kesimpulan dan meramalkan hasil dari bahan bacaan. Tatabahasa berfokus membantu pelajar dalam menulis laporan, esei naratif dan sebab dan akibat. UBI3242 ENGLISH PROFICIENCY 4 2 KREDIT Ini adalah kursus bahasa Inggeris peringkat tinggi untuk pelajar yang sudah biasa dengan kebanyakan corak struktur bahasa Inggeris dan boleh menggunakannya dalam kedua-dua situasi akademik dan tempat kerja. Ia meningkatkan keupayaan pelajar untuk membina struktur kompleks, menyampai dan menilai hujah-hujah secara sistematik dalam aktiviti mendengar, bertutur dan menulis. Pelajar menguasai kemahiran membaca kritikal dengan menilai maklumat daripada bahan bacaan dan menulis esei proses, membandingkan dan membezakan, dan perbahasan. UBM3252 WACANA AKADEMIK BAHASA MELAYU 2 KREDIT Kursus Ini bertujuan meningkatkan kemahiran komunikasi dalam wacana akademik pelajar mengikut disiplin masing-masing. Penekanan diberi pada kedua-dua kemahiran bahasa, iaitu kemahiran reseptif dan kemahiran produktif. Pelajar akan didedahkan dengan teori dan ciri wacana akademik dalam mengaplikasikan kemahiran komunikasi secara berkesan. SINOPSIS KURSUS


Panduan Akademik: Program Sarjana Muda Semester 1 Sesi 2022/2023 Fakulti Sains Kemanusiaan 55 UPU3122 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN 2 KREDIT Kursus ini membincangkan ilmu ketamadunan yang meliputi pengenalan ilmu ketamadunan, perkembangan dan interaksi ketamadunan dalam Tamadun Islam, Melayu, Cina, India serta isu ketamadunan kontemporari dalam Tamadun Islam dan Tamadunan Asia. Kursus ini bertujuan memberi kefahaman mengenai setiap elemen tersebut dan implikasinya terhadap proses pembangunan negara. Selain itu, perbincangan dan perbahasan dalam kursus ini turut berperanan dalam usaha melahirkan pelajar yang mengenai setiap elemen tersebut dan implikasinya terhadap proses pembangunan negara. Selain itu, perbincangan dan perbahasan dalam kursus ini turut berperanan dalam usaha melahirkan pelajar yang mengetahui warisan sejarah negara, memupuk nilai murni, mempunyai jati diri kebangsaan dan menghargai kepelbagaian. UPU3112 FALSAFAH DAN ISU SEMASA 2 KREDIT Kursus ini merangkumi hubungan ilmu falsafah dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara. Penggunaan falsafah sebagai alat untuk memurnikan budaya pemikiran dalam kehidupan melalui seni dan kaedah berfikir serta konsep insan. Topik utama dalam falsafah iaitu epistemologi, metafizik dan etika dibincangkan dalam konteks isu semasa. Penekanan diberikan kepada falsafah sebagai asas bagi menjalin dialog antara budaya serta memupuk nilai sepunya. Di hujung kursus ini pelajar akan mampu melihat disiplin-disiplin ilmu sebagai satu badan ilmu yang komprehensif dan berkait antara satu sama lain. UPU3412 KESUKARELAWANAN 2 KREDIT Kursus ini menjelaskan kepada pelajar berkaitan falsafah, konsep, teori dan kepentingan kesukarelawan kepada individu dan masyarakat. Kursus ini menekankan kepada kecenderungan mengamalkan tindakan secara sukarela dan membina hubungan baik sesama sendiri serta perancangan yang sistematik dalam program kesukarelawan. UPU3222 BUDAYA KEUSAHAWANAN 2 KREDIT Kursus ini memberi fokus kepada pengajian keusahawanan dan kemahiran perniagaan dengan penekanan terhadap pelaksanaan pembelajaran secara interaktif. Para pelajar akan didedahkan dengan teori, konsep serta amalan keusahawanan yang berkesan. Mereka dikehendaki untuk mengendalikan satu projek inovasi atau perniagaan serta menyediakan satu Rancangan Perniagaan untuk merealisasikan inovasi tersebut.


Panduan Akademik: Program Sarjana Muda Semester 1 Sesi 2022/2023 Fakulti Sains Kemanusiaan 56 SINOPSIS KURSUS PROFESIONAL PENDIDIKAN KPF3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA 2 KREDIT : FALSAFAH DAN DASAR Kursus ini akan menyediakan para pelajar dengan pengetahuan asas, prinsip dan kemahiran mengenai teknologi maklumat dan komunikasi. Selain daripada itu, para pelajar akan diberi kemahiran menggunakan perisian-perisian yang disokong oleh elemen multimedia, Internet dan komunikasi bagi meningkatkan kualiti tugasan yang disediakan. Pelajar juga akan didedahkan kepada keselamatan, etika, penulisan teknikal dan profesionalisma dalam ICT. KPP3014 PEMBELAJARAN DAN PERKEMBANGAN PELAJAR 4 KREDIT Kursus ini membincang aspek pembelajaran dan perkembangan remaja berlatar belakang pendidikan yang meliputi diri pelajar, proses pembelajaran dan kepelbagaian pelajar. Selain itu, aspek pengalaman pembelajaran yang berasaskan minda, budaya, bahasa, keupayaan diri, personaliti, sosial, persekitaran, emosi dan fizikal juga diketengahkan. KPS3014 PENGURUSAN PEMBELAJARAN 4 KREDIT Kursus ini membincangkan peranan guru sebagai pengurus pembelajaran dalam konteks pelbagai persekitaran pembelajaran. Pelajar akan diperkenalkan kepada pelbagai aspek pengurusan pembelajaran termasuk organisasi, kepimpinan, tingkah laku, sumber, teknologi, budaya dan keupayaan. Kursus ini akan menyediakan pelajar kepada pengalaman sebenar di sekolah yang akhirnya membolehkan mereka beraksi dalam pelbagai situasi pembelajaran. KPK3012 PENDIDIKAN INKLUSIF 2 KREDIT Kursus ini memberi fokus kepada dasar dan falsafah pendidikan khas seterusnya menjurus kepada pendidikan inklusif. Ia juga membincangkan tentang isu-isu semasa, ciri-ciri murid berkeperluan khas dan pendidikan khas serta membincangkan strategi dan teknik pengajaran dan pembelajaran melalui pendekatan inklusif. Ia juga membincangkan kolaborasi antara pihak yang berkepentingan dalam menjayakan pendidikan inklusif.


Panduan Akademik: Program Sarjana Muda Semester 1 Sesi 2022/2023 Fakulti Sains Kemanusiaan 57 KPG3013 INSAN GURU PROFESIONAL 3 KREDIT Kursus ini membincangkan falsafah, konsep sahsiah pendidik, teori-teori berkaitan pembangunan sahsiah, meningkatkan kemahiran insaniah, kemahiran asas kaunseling dan nilai murni pelajar serta menjustifikasi isu sahsiah guru berlandaskan moral dan etika profesion keguruan. KPR3012 SEMINAR REFLEKSI LATIHAN MENGAJAR 2 KREDIT Kursus ini membimbing pelajar membuat refleksi latihan mengajar berdasarkan penilaian secara kritis, membuat keputusan, dan membentangkan laporan kajian tindakan. KPD3016 PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 1 6 KREDIT Kursus ini membincang dan membimbing pelajar membina kemahiran merancang pengajaran dalam lima aspek utama berikut: (a) menyatakan objektif pengajaran dan pembelajaran, (b) memilih dan menyusun kandungan dan bahan pengajaran (c) memilih pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai, (d) menyedia alat dan teknologi yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran, (e) menyedia, memilih dan mengguna alat dan kaedah penilaian yang sesuai untuk menaksir dan menilai hasil pembelajaran. Pelajar akan mendapat kemahiran menyedia set rancangan pelajaran dalam sesuatu topik dalam mata pelajaran pengkhususan mereka. KPC3011 PENGURUSAN KOKURIKULUM 2 KREDIT Kursus ini adalah untuk menyediakan mahasiswa dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran mengurus kokurikulum di sekolah. Mahasiswa akan didedahkan dengan konsep, matlamat, fungsi, strategi perlaksanaan kokurikulum, ciri-ciri kepemimpinan, kemahiran komunikasi, kerja berpasukan dan pengendalian kokurikulum di sekolah seperti sistem fail, surat menyurat, pengelolaan dan pengurusan mesyuarat, perancangan dan pengurusan aktiviti dan program, pengurusan kewangan, pengurusan majlis rasmi serta protokol.


Panduan Akademik: Program Sarjana Muda Semester 1 Sesi 2022/2023 Fakulti Sains Kemanusiaan 58 SINOPSIS KURSUS LATIHAN MENGAJAR KPR3072 PROGRAM PERANTIS GURU (PPG) 2 KREDIT Kursus ini menyediakan peluang untuk pelajar memahami persekitaran warga sekolah dan budaya sekolah. Ianya juga memberi peluang kepada pelajar mengaitkan secara kritikal Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam persekitaran sekolah. Selain itu kursus ini juga memberi peluang kepada pelajar mengenalpasti perancangan pengajaran dan pemudahcaraan serta penglibatan dengan pengurusan sekolah dan aktiviti kokurikulum. Kursus ini merupakan prasyarat kepada kursus latihan mengajar 1 dan 2. KPR3068 LATIHAN MENGAJAR 8 KREDIT Kursus bertujuan untuk memantapkan kemahiran mengaplikasi ilmu dalam konteks sebenar pengajaran, pembelajaran dan pengurusan pendidikan di sekolah. Ia merangkumi komponen yang terdiri daripada aspek pengajaran dan pengurusan pembelajaran. Komponen utama di dalam kursus ini menekankan kepada aspek pengajaran iaitu membina rancangan pengajaran harian berdasarkan refleksi kritis, mempelbagaikan kaedah dan teknik semasa pengajaran serta mengamalkan etika dan professional keguruan semasa di sekolah. PENAWARAN KURSUS BRIDGING BAGI PELAJAR LEPASAN DIPLOMA VOKASIONAL Kursus bridging yang akan ditawarkan adalah seperti berikut: i. SMU0013 Matematik Persediaan I/Preparatory Mathematics I ii. SMU0023 Matematik Persediaan II/Preparatory Mathematics II iii. SSU0013 Sains Asas/Basic Science iv. HSU1003 Sejarah Umum/General History BRIDGING


Panduan Akademik: Program Sarjana Muda Semester 1 Sesi 2022/2023 Fakulti Sains Kemanusiaan 59 SAHSIAH DIRI PELAJAR ▪ Pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas mengikut peraturan berpakaian yang telah ditetapkan oleh Universiti ▪ Kad Pelajar hendaklah dipamerkan semasa berurusan di fakulti dan di sepanjang kawasan kampus. ▪ Pelajar perlu menjaga adab dan sopan serta menunjukkan penampilan diri yang sesuai dengan imej UPSI dan imej seorang guru. ▪ Peraturan penggunaan kemudahan fakulti hendaklah dipatuhi apabila pelajar menggunakan kemudahan fakulti. Pakaian Pelajar Lelaki a. Setiap pelajar hendaklah berpakaian yang sesuai sebagai seorang mahasiswa universiti iaitu kemas, berseluar panjang dengan berbaju kemeja lengan panjang, bertali leher, pakaian kebangsaan atau etnik yang sesuai. Bahagian bawah baju hendaklah dimasukkan ke dalam bahagian seluar pada paras pinggang. b. Berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju. Fesyen rambut tidak keterlaluan dan perlu bersesuaian dan kemas. c. Memakai seluar panjang yang bersih, kemas dan sopan. Pakaian jeans tidak dibenarkan sama sekali. d. Memakai pakaian sukan yang sesuai semasa bersukan atau berekreasi. e. Memakai kasut kulit hitam dan berstokin. Pakaian Pelajar Perempuan a. Setiap pelajar hendaklah berpakaian yang sesuai sebagai seorang mahasiswa universiti, berbaju kurung, kebaya labuh, kebarung atau pakaian etnik masingmasing yang sesuai, kemas dan tidak menjolok mata. Baju mestilah berlengan dan tidak sendat serta tidak menunjukkan bentuk tubuh badan. b. Pelajar Islam digalakkan bertudung tetapi tidak menutup sebahagian atau seluruh daripada muka (berpurdah). c. Memakai kain atau skirt labuhnya hendaklah di bawah paras lutut. d. Memakai seluar yang bersesuaian, bersih dan sopan, pakaian jeans tidak dibenarkan. e. Memakai alat solek, aksesori dan pewangi secara sederhana. f. Memakai kasut yang menutupi jari kaki, lereng kaki dan tumit. UMUM


Panduan Akademik: Program Sarjana Muda Semester 1 Sesi 2022/2023 Fakulti Sains Kemanusiaan 60 DIREKTORI JABATAN/BAHAGIAN/PUSAT BAHAGIAN / UNIT NO. TELEFON 1) Pusat Alumni - Pejabat Am Tel : 05-450 5431 Fax : 05-458 3607 2) Pusat Kebudayaan - Pejabat Am Tel : 05-450 5446 Fax : 05-459 4642 3) Pusat Kaunseling - Pejabat Am Tel : 05- 450 6773 / 6774 Fax : 05-459 9327 4) Pusat Sukan - Pejabat Am Tel : 015-4879 7963 / 7964 / 7965 (KSAS), 05-450 5462 (KSAJS) Fax : 05-458 5137 5) Pusat Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan - Pejabat Am Tel : 05-450 6355 / 6877 Fax : 05-459 9346 6) Pusat Kokurikulum Tel : 015-4879 7700 7) Pusat Transformasi Komuniti & Universiti (UCTC) - Pejabat Am Tel : 05-450 6995 8) Bahagian Hal Ehwal Pelajar Tel : 015-487 97841 / 015-487 97340 / 015-487 97835 Hotline: 019-571 9977 (Unit Kebajikan) 9) Unit Kediaman Luar Kampus Tel : 05-450 6964 Fax : 05-458 1834 BAHAGIAN HAL EHWAL AKADEMIK 1) Unit Kemasukan - Pejabat Am Tel : 015-4879 7992 / 7975 / 7872 / 7982 / 7872 2) Unit Penjadualan - Pejabat Am Tel : 013-462 3016 / 015-4879 7974 / 7075 / 7985 3) Unit Peperiksaan - Pejabat Am Tel : 015-4879 7995 / 7873 / 7981 / 7873 4) Unit Pentadbiran, Kewangan & Kualiti - Pejabat Am Tel : 015-4879 7991 / 7011 / 7981 / 7011 5) Unit Pengijazahan - Pejabat Am Tel : 013-446 3016 Fax : 05-4582670 6) Unit Senat & Pembangunan Dasar - Pejabat Am Tel : 015-4879 7993 / 7983 Fax : 05-4582670 7) Unit Sistem Maklumat Akademik dan Rekod Pelajar - Pejabat Am Tel : 015-4879 7994 / 7984 / 7850 / 7872 Fax : 05-4582670


Panduan Akademik: Program Sarjana Muda Semester 1 Sesi 2022/2023 Fakulti Sains Kemanusiaan 61 PEJABATAN BENDAHARI Unit Kewangan Pelajar dan Kolej - Pejabat Am (Kampus Sultan Azlan Shah) Tel : 05 4506329 / 6678 / 6307 / 6582 / 6604 / 6672 / 6331 / 6512 / 6319 / 015-4879 7755 PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN Unit Khidmat Pelanggan Tel : 05-450 6816 / 6279 / 8628 Fax : 05-458 1599 BAHAGIAN KESELAMATAN 1) Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS) Tel: 015-4879 7980 / 7977 / 7990 015-4879 7988 / 7939 2) Kampus Sultan Abd Jalil Shah (KSAJ) - Pejabat Am Tel : 05-450 6809/ 6810 PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI ( ICT) - Pejabat Am Tel : 05 450 5821 / 5822 / 5870 / 015-4879 7227


Panduan Akademik: Program Sarjana Muda Semester 1 Sesi 2022/2023 Fakulti Sains Kemanusiaan 62 MAKLUMAT LANJUT Fakulti Sains Kemanusiaan Kompleks Malim Sarjana Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tanjong Malim Perak Darul Ridzuan * info@fsk.upsi.edu.my NO TEL: +605-450 5043/5007/6915/5040/6320 FAKS: +605-4598606 http://fsk.upsi.edu.my FB: Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI WAKTU BERURUSAN DENGAN FAKULTI HARI MASA Isnin hingga Khamis 8.30 pagi – 12.30 petang 2.30 petang – 4.30 petang Jumaat 8.30 pagi – 12.00 tengah hari 2.45 petang – 4.30 petang Sabtu dan Ahad TUTUP PENUTUP Pihak fakulti mengucapkan terima kasih kepada para pelajar yang telah memanfaatkan buku panduan akademik fakulti sepanjang tempoh pengajian. Maklumat yang terkandung di dalam ini adalah betul sewaktu buku ini dicetak. Pihak fakulti berhak menambah, meminda dan membetulkan manamana kandungan tanpa terlebih dahulu memaklumkan kepada pelajar.


Click to View FlipBook Version