The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-52124000, 2023-04-04 10:32:39

Nota Sofbol

Softball

Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia 175 SOFBAL Pada tahun 1887, George W. Hancook seorang pemberita telah mencipta sukan pemainan sofbal di Chicago, Amerika Syarikat. Mula-mula ia dimainkan sebagai permainan dewan dengan ciri-ciri utama besbol. Tetapi Lewis Robe pula memperkenalkannya di padang. “Softbal” diterima umum setelah dicuba beberapa kali dengan menggunakan beberapa nama seperti “Kittenball”, “Mushall” dan “Ladies” pada tahun 1926. Perkembangan Penting Sofbal Perkembangan Penting Sofbal Perkembangan Penting Sofbal 1933 – Penubuhan Persatuan Sofbal Amatur Amerika Syarikat di Chicago. Undang-undang piawai diperkenalkan 1952 – Penubuhan Persekutuan Sofbal Antarabangsa (ISF) di Connecticut AS. 1965 – Kejohanan Sofbal Wanita Dunia Pertama – Melbourne Australia 1966 – Kejohanan Sofbal Lelaki Dunia Pertama – Mexico City 1967 – ISF diterima menjadi ahli gabungan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Safbal dipopularkan oleh Sukarelawan Amerika (Peace Corps) yang bertugas di sekolah-sekolah di Malaysia di sekitar tahun 60-an. Permainan yang menyerupai ‘Rounders’ ini dipertandingkan di peringkat MSSM. 1974 – Penubuhan Persatuan Sofbal Malaysia – Ipoh 1976 – Kejohanan Sofbal Asean Pertama di Kuala Lumpur. SEJARAH DAN PERKEMBANGANNYA


FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 176 KEPERLUAN DAN ALATAN Bangku Pasukan Bangku Pasukan bola-mati Garisan Jurulatih Petak Bulatan menanti Petak Pemukul Petak kecer Bulatan – menanti Plet Rumah 9.14 m Garisan Menampan Petak Jurulatih Garisan Bola-mati 7.62 m 68.59 m PADANG LUAR 18.29 m Bulatan 2.44 m Picer DALAM 1 2 3 Gelanggang Sofbal PLET PICER 60.96 cm 15.24 cm PLET RUMAH 30.48 cm 43.18 cm 21.59 cm BES 1,2,3 38 cm 38 cm PETAK KECER 91 M 3.05 M 1.53 M 74 M 91 M Bola Berat – 177 – 198 gm. Ukur Lilit – 30.1 – 30.7 cm Bahan – Kulit dan Sintetik Bet Panjang – 86.4 cm Tebal – 5.7 cm pengadang dada (Chest Pad) pelindung kaki (leg pads) pengadang muka (face mask) bet topi sofbal glof Pengadang belakang


Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia 177 BAGAIMANA SOFBAL DIMAINKAN Permainan Sofbal dimainkan di dalam kawasan yang berbentuk berlian (diamond) dan ditandakan dengan 3 bes dan satu plet rumah. Setiap pasukan diwakili 9 pemain. Pasukan yang memukul akan memukul mengikut giliran dan cuba mendapatkan seberapa banyak larian yang boleh. Satu larian bererti pelari bes berjaya melalui ketiga-tiga bes dan balik ke rumah. Pasukan memadang pula akan cuba menggagalkan usaha pasukan memukul dengan “mematikan” pemukul dan pelari bes dengan pelbagai cara yang sah. Satu perlawanan biasanya terdiri daripada 7 pusingan. Satu pusingan bererti satu pasukan memukul dan lawannya memadang sehingga 3 pemukul dimatikan. Pada akhir 7 pusingan, pasukan yang jumlah lariannya lebih, diisytiharkan sebagai pemenang. Posisi Pemainan 1. Picer (Pitcher) 2. Kecer (Catcher) 3. Penjaga Bes I 4. Penjaga Bes 2 5. Penjaga Bes 3 6. Penahan dekat 7. Pemadang Luar-Kiri 8. Pemadang Luar-tengah 9. Pemadang Kanan 7 P.Luar-kiri 8 P. Luar-Tengah 6 Penahan-dekat 5 P.3B 1 Picer 4 P.2B 9 P.Luar-Kanan 3 P-1B 2 Kecer 1.83m 14.03m 4.57m


FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 178 TEKNIK DAN KEMAHIRAN PERMAINAN SOFBAL 1. Cara Memegang Bola 2. Lemparan Bola Genggam Penuh Genggam Dua Jari Pergerakan Secara Turutan Lemparan Atas Bahu Lemparan Bawah Tangan Lemparan Sisi


Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia 179 3. A. T 3. A. Tangkapan Bola Tangkapan depan bawah dan atas dengan glof Tangkapan layang (tlyball) bola tinggi aras kepala Tangkapan bola aras pinggang Tangkapan leret Tangkapan leret bola perlahan – pemadang perlu pagi ke arah bola


FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 180 B. Tangkapan Kecer angkapan Kecer Bersedia untuk menangkap bola yang dipic Gaya dekam Gaya separuh dekam Gaya berlutut Tangkapan bola leret dari hadapan Tangkapan bola leret yang melencung Tangkapan bola aras lutut 4. Memicing Pergerakan secara turutan teknik asas picing gaya ayunan bawah. (underarm slingshot) Teknik Kincir Angin (Windmill)


Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia 181 5. Memukul 6. A. Larian Bes Genggaman Pangkal (End Grip) Genggaman Tengah (modified grip) Genggaman Cekik (Choke) Pergerakan Secara Turutan Teknik Memukul Selain memukul, menampan juga dibolehkan bagi pemukul Meninggalkan petak pemukul ke bes pertama Keadaan bersedia untuk berlari menghadap bes berikutnya. Sebaik sahaja bola dilepaskan oleh picer, pelari bes memecut ke arah bes yang ditujui Berlari mengelilingi bes


FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 182 B Larian ke Bes Secara Menggelungsur Adakalanya untuk sampai ke bes, pelari bes terpaksa menggelungsur untuk mengelakkan disentuh oleh pemadang. C. Larian ke Bes Secara Mencecah atau Menyentuh Menggelungsur duduk Menggelungsur simpuh Menggelungsur kamikaze Gerakan turutan larian menggelungsur ke bes Pelari ke bes hanya memadai dengan mencecah atau menyentuh dengan glof Pelari ke bes juga boleh menyentuh hujung kakinya dengan glof yang diletakkan di bes.


Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia 183 MEMADANG DAN STRATEGI Pemadang perlu mempunyai pengetahuan asas strategi memadang untuk menggagalkan usaha pasukan memukul untuk mematikan pelari bes. (i). Strategi Sokongan Semua pemadang bergerak dari posisinya untuk membantu penjaga bes untuk menyekat pelari bes. Dengan bergerak secara berlapis, pemadang dapat membantu menangkap bola yang tercicir dari tangkapan pemadang sebelumnya. (iii). Strategi Memotong Ini dilakukan jika pelari bes tidak sempat dimatikan disebabkan kedudukannya yang jauh. Oleh itu pemadang kena mencari pemadang di posisi lain untuk mematikan pelari bes yang lain. (ii). Strategi Lemparan Berganti- Strategi Lemparan Bergantiganti Ini dilahirkan apabila bola terlampau jauh Oleh itu bola hendaklah dilemparan kepada pemadang kepada pemadang lain yang berada diantara pemadang luar dan sasaran. Ini merupakan strategi mematikan lebih daripada seorang pelari bes melalui satu tindakan cekap dan tangkas di mana situasi permainan mengizinkan. 2 3 4 5 6 7 8 9 1 2 3 4 5 6 7 8 9 1 2 3 4 5 6 8 9


FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 184 PERATURAN-PERATURAN ASAS PERMAINAN SOFBAL 1. Satu pasukan sofbol terdiri daripada 9 orang pemain untuk memulakan dan meneruskan sesuatu perlawanan. 2. Pemain-pemain padang boleh mengambil posisinya di mana-mana dalam kawasan padang kecuali kecer (penangkap) mesti berada dalam petak kecer dan picer mesti berada di tempat sah untuk memicing. 3. Pemilihan giliran untuk memukul dahulu atau kemudian oleh kedua-dua pasukan yang bertanding ditentukan melalui lambungan duit syiling. 4. Sesuatu pertandingan rasmi hendaklah bermain 7 pusingan atau mengikut peraturan-peraturan pertandingan yang mengawal pertandingan itu. 5. Picing yang sah adalah bola yang dilempar kepada pemukul dengan pergerakan bawah tangan (under arm). 6. Pemukul hendaklah berada dalam petak pemukul untuk membuat pukulannya. 7. Pukulan ‘straik’ dilaungkan pengadil bila bola yang dipic masuk kawasan zon pukulan sebelum tercecah tanah atau pemukul tidak berusaha memukul bola itu. 8. Pelari bes mestilah memijak bes mengikut susunan yang sah (1B, 2B, 3B, PR) apabila membuat larian. Pelarian bes dibenarkan terlajak bes pertama (1B) setelah menyentuhnya tanpa risiko dicecah oleh pemadang. 9. Pelari bes yang terkena bola yang dipukul ketika ia keluar dari besnya dikira mati. 10. Kedua-dua pasukan bertukar peranan apabila pasukan yang memadang berjaya mematikan pemain ketiga daripada pasukan yang memukul.


Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia 185 ISYARAT-ISYARAT RASMI PERMAINAN SOFBAL 1. Main bola 2. Straik (strike) 3. Bilangan Pic 4. 2 bes Diberi 5. Bola Layang Dalam 6. Larian Rumah 7. Bola Mati Lengahan 8. Bola Dalam 9. Masa Berhenti 10. Pic Tidak Kira 11. Selamat 12. Bola Terperangkap 13. Mati 14. Bola Luar / Faul


FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 186 Latihan berlari dan tukar arah – 4 arah Peserta berlari ulang alik antara bes tengah (BT) dengan bes yang diletak 20m di empat penjuru (SBUT). Selepas 3 ulangan, tukar arah larian. Latihan berlari bes berlawanan dengan hantaran bola A cuba berlari Ice ke bes X dan menyentuh bes Y sebelum 2 orang pemadang sempat menyempurnakan hantaran. Jarak bes 20m. Jarak pemadang 25m. Latihan berlari mengelilingi bes dan plet rumah seperti berlumba dengan isyarat wisel. Masa boleh diambil atau dicatat untuk menguji ketangkasan pelari. LATIHAN KEMAHIRAN 1. Latihan Larian Bes / Pemadang Lari berganti-ganti antara dua bes. Secara Berpasukan Latihan berlari mengelilingi 4 bes. Secara Berpasukan / Berseorangan


Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia 187 2. Latihan Membaling / Memicing i. Latihan membaling bola ke sasaran segiempat di tembok ii. Membaling bola ke petak bernombor dari jarak 10m, 20m dan 30m iii. Membaling bola melalui gelung rotan paras pinggang Latihan membaling berpasukan di antara kecer dan pemadang 3. Latihan Memukul Latihan mengenggam dan menghayun bet. Secara bersendirian membaling bola dan memukul ke dinding.


FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 188 Memukul dan berlari. Ambil giliran sebagai pemukul, pembaling dan pemadang Latihan memukul secara bergilir-gilir menjadi pembaling dan pemadang. Memukul bola statik • bola yang tergantung • bola yang diletak di atas T (tee memukul)


Click to View FlipBook Version