The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by HAIROSMAZNI BINTI HARUN KPM-Guru, 2023-08-01 04:59:45

PANDUAN PENDAFTARAN UiTM

PANDUAN PENDAFTARAN UiTM

1


2 AMARAN PERINGATAN PENTING JIKA ANDA SEORANG PENAGIH, PENGEDAR ATAU TERLIBAT DENGAN KEGIATAN PENYALAHGUNAAN DADAH, ANDA TIDAK LAYAK UNTUK MENDAFTAR ATAU MENJADI PELAJAR UiTM. Pelajar yang didapati MEMBERI MAKLUMAT SALAH/ TIDAK BENAR/ MANIPULASI MAKLUMAT dalam borang permohonan kemasukan berkaitan dengan: Warganegara Malaysia dan takrifan Melayu/ Anak Negeri Sabah/ Anak Negeri Sarawak/ Orang Asli Kelayakan akademik/ keputusan peperiksaan Akan diambil tindakan dengan: Menarik balik surat tawaran Dikenakan tindakan undang-undang. Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran dan sepanjang tempoh pengajian. ➢ SEKIRANYA ANDA MELAKUKANNYA, ANDA DINASIHATKAN TIDAK HADIR MENDAFTAR.


3 NOTA PENTING MAKLUMAT DI DALAM BUKU INI ADALAH BENAR SEHINGGA SESI 1 2023/2024 DIKELUARKAN OLEH: BAHAGIAN PENGAMBILAN PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 1. Sekiranya kehilangan sijil SPM anda perlu mendapatkan salinan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia manakala sijil STPM/ STAM dan MUET perlu mendapatkan salinan yang dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. 2. Sekiranya tiada/ hilang sijil kelahiran pelajar/ ibu/ bapa anda perlu membuat cabutan sijil kelahiran/ kad pengenalan yang baharu di Jabatan Pendaftaran Negara sebelum mendaftar. 3. Sekiranya kehilangan Kad Pengenalan calon/ ibu/ bapa anda perlu membuat Kad Pengenalan sementara. 4. Bagi ibu/ bapa yang telah meninggal dunia, salinan sijil kematian ibu/ bapa perlu dibawa semasa hari pendaftaran. PERATURAN AKADEMIK UiTM PROGRAM DAN KAMPUS YANG DITAWARKAN ADALAH MUKTAMAD. SEBARANG PERMOHONAN PERTUKARAN TIDAK DIBENARKAN.


4 Sekapur Sireh Seulas Pinang Assalammualaikum warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan rahmat-Nya jua, Universiti Teknologi MARA telah berjaya memberi peluang dan akses kepada masyarakat untuk mendapat pengajian tinggi yang berkualiti. Sejak ditubuhkan pada 1956, UiTM serta seluruh warganya mengupaya usaha untuk meneruskan tradisi kecemerlangan universiti ke arah menjadi entiti pendidikan tinggi terulung di Malaysia dalam menelusuri arus pendidikan moden masa kini. Syabas dan tahniah kepada saudara-saudari yang telah berjaya ditawarkan tempat pengajian di UiTM. Sesungguhnya saudara-saudari adalah golongan yang bertuah kerana telah berjaya terpilih daripada ribuan pemohon untuk melanjutkan pengajian di UiTM.Kehadiran saudarasaudari sebagai mahasiswa ke UiTM sangat dialu-alukan. Buku Panduan Pendaftaran Bahagian Pengambilan Pelajar merupakan salah satu daripada inisiatif universiti sebagai panduan bagi menyediakan kemudahan dan pengetahuan dari sisi hal ehwal kemasukan pelajar ke UiTM. Justeru, terjemahan yang digarapkan melalui buku panduan ini diharapkan dapat menjadi medium perantara kepada seluruh warga UiTM khususnya mahasiswa baharu. Semoga saudara-saudari dapat memanfaatkan peluang di institusi ini dengan menjadi graduan yang berilmu, berketerampilan dan beramal dalam mencapai visi, misi dan objektif UiTM bagi memenuhi aspirasi pembangunan negara. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan sekalung penghargaan dan tahniah kepada Jawatankuasa yang terlibat dalam memastikan kelancaran penerbitan Buku Panduan Pendaftaran Bahagian Pengambilan Pelajar ini. Sekian YBHG. PROF. DATUK TS. DR. HAJAH ROZIAH BINTI MOHD JANOR Naib Canselor UiTM


5 MAKLUMAT KORPORAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MOTTO “Usaha, Taqwa, Mulia” VISI Menjadikan UiTM sebuah universiti terkemuka dunia dalam bidang Sains, Teknologi, Kemanusiaan dan Keusahawanan. MISI Menjuarai pembangunan bumiputera profesional yang tangkas menerusi kurikulum terkehadapan dan penyelidikan berimpak. FALSAFAH Setiap individu mampu mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu serta penerapan nilai-nilai murni agar menjadi graduan profesional yang berupaya mengembangkan ilmu dan membangunkan diri, masyarakat dan negara. OBJEKTIF • Memperluas akses pendidikan tinggi • Menyediakan pendidikan bertaraf dunia • Menawarkan program akademik yang memenuhi keperluan pasaran,memacu pembangunan negara dan kemakmuran global • Menghasilkan graduan seimbang berciri keusahawanan yang kompetitif di peringkat global • Mempertingkatkan penghayatan nilai melalui program pengukuhan • Melestarikan kecemerlangan organisasi melaui tadbir urus yang efektif dan efisien • Menjuarai penyelidikan berimpak melalui ekosistem penyelidikan yang padu • Memperkasa jaringan strategik dengan alumni dan industri • Menyediakan ekosistem terkehadapan yang kondusif untuk kemajuan akademik • Mengawal selia kewangan secara efektif ke arah kelestarian organisasi LATARBELAKANG SEJARAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA Universiti Teknologi MARA bermula daripada tahun 1956 dengan penubuhan Dewan Latehan RIDA (Rural Industrial Development Authority), pusat kuliah yang menawarkan kursus persediaan kepada pelajar berorientasikan pendidikan Inggeris. DEWAN LATEHAN RIDA (1956-1965) Dewan Latehan RIDA adalah inspirasi Dato’ Onn Bin Ja’afar ekoran daripada lawatan ke Ceylon (Sri Lanka) pada tahun 1951. Tujuan utama lawatan itu adalah untuk mendalami program pembangunan dalam negeri. Matlamat penubuhan Dewan Latehan RIDA adalah untuk membina semula kehidupan masyarakat desa dan meningkatkan taraf ekonomi mereka. Pada tahun 1964, Dewan Latehan RIDA mengadakan majlis Konvokesyen yang pertama. Seramai 50 graduan telah menerima sijil daripada Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu. MAKTAB MARA (1965-1967) Untuk mengukuhkan keberkesanan aktiviti yang dijalankan oleh pihak berkuasa, langkah pertama yang diambil ialah menukar nama RIDA kepada MARA. Menurut Tun Abdul Razak, perubahan ini adalah untuk memberi nafas baharu dan harapan kepada RIDA. Ekorandaripada itu, pada bulan Disember 1965, akta Majlis Amanah Rakyat telah diluluskan oleh Parlimen. Pada bulan Jun 1965, Dewan Latehan RIDA telah ditukarkan kepada Maktab MARA dan menjadi unit terpenting di bawah Bahagian Latihan MARA. INSTITUT TEKNOLOGI MARA (1967-1996) Pada hari Sabtu, bersamaan 14 Oktober 1967 batu asas pembinaan kampus baharu Maktab MARA telah diletakkan oleh Tun Abdul Razak dan seterusnya telah menukar nama kepada Institut Teknologi MARA (ITM). Pada tahun 1970, ITM diberi autonomi penuh untuk mentadbir di bawah Kementerian Pembangunan Dalam Negeri. Pada bulan Jun 1976, Akta ITM telah diluluskan oleh Parlimen dan diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan. ITM SEBAGAI SEBUAH UNIVERSITI (AKTA PINDAAN 1996) Akta Institut Teknologi MARA (Pindaan 1996) meletakkan ITM seiring dengan universiti-universiti lain dalam negara. ITM telah diberi kuasa sebagai universiti sepenuhnya. Namun begitu, nama ITM terus dikekalkan sehinggalah 26 Ogos 1999. UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (26 OGOS 1999) Tanggal 26 Ogos 1999 meletakkan nama baharu Institut kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM) setelah perisytiharan di buat oleh YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia, sewaktu perasmian Perhimpunan Siswazah ITM. Kini UiTM menawarkan sejumlah 164 program pengajian di peringkat Sarjana Muda, 78 program pengajian di peringkat Diploma, 5 program di peringkat Asasi dan 5 program Pra Diploma (PPT) dan 6 Program Profesional di pelbagai fakulti. Bidang-bidang pengajian yang ditawarkan meliputi pelbagai bidang seperti perubatan, pergigian, farmasi, penyiaran, pengurusan, pentadbiran, sains komputer, sains kesihatan, sains gunaan, pentadbiran perniagaan, muzik, perhotelan, kejuruteraan, seni bina, perladangan dan lain- lain.


6 TAWARAN KEMASUKAN KE UiTM MULAI SESI DISEMBER 2008, SURAT TAWARAN DAN BIL. BAYARAN YURAN PELAJAR HANYA AKAN DIPAPARKAN MELALUI LAMAN WEB SAHAJA. Tanggungjawab Calon • Dengan penerimaan tawaran ini bermakna anda bersetuju mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan olehUiTM. • Adalah menjadi tanggungjawab calon membaca dan memahami semua maklumat yang dibekalkan olehUiTM. PERSEDIAAN PENDAFTARAN 1. Penyediaan keperluan peribadi seperti duit saku yang berpatutan untuk membeli keperluan harian, peralatan kuliah dan buku. Selain itu, bantal dan sarung bantal, cadar, kasut dan pakaian sukan, kasut dan pakaian formal, kelengkapan solat, baldi, sabun dan sebagainya. 2. Melapor diri pada tarikh, masa dan kampus yang dinyatakan dalam surat tawaran. 3. Lengkapkan semua borang yang disertakan di dalam Senarai Semakan Dokumen iaitu: • Borang A : Borang Pendaftaran Pelajar Baharu Sepenuh Masa • Borang B : Borang Maklumat Pelajar Baharu Secara Online • Borang C : Laporan Pemeriksaan Kesihatan bagi semua kampus UiTM 4. Menjelaskan Bil Bayaran Yuran Pelajar di Bank Islam • Bil yuran pelajar perlu dijelaskan sebelum anda mendaftar. Sila klik di sini untuk Panduan Pembayaran Bil. • Kaunter Bank Islam TIDAK disediakan pada hari pendaftaran. • Sila pastikan anda membawa resit rasmi bayaran yuran pelajar yang telah dicetak apabila hadir mendaftar bagi mengelak sebarang masalah semasa pendaftaran. 5. Subsidi Yuran Pengajian Yang Ditanggung oleh Kerajaan • Pada dasarnya kerajaan telah memberi subsidi yuran pengajian untuk memberi peluang pendidikan kepada Bumiputera yang telah berjaya ditawarkan tempat ke IPTA bagi melanjutkan pengajian. Justeru anda dinasihatkan supaya menggunakan peluang ini dengan sebaiknya dan menjadi graduan cemerlang bagi memenuhi aspirasi pembangunan negara. • Maklumat mengenai subsidi yuran pengajian yang ditanggung oleh Kerajaan bagi setiap Fakulti adalah seperti berikut :- i) Program Asasi dan Diploma KLIK DI SINI ii) Program Sarjana Muda KLIK DI SINI 6. Pembukaan AKAUN RHB SIMPANAN-i Pro (PENTING!!) a. Sila pastikan AKAUN RHB SIMPANAN-i Pro TELAH DIBUKA SEBELUM HARI PENDAFTARAN untuk memastikan Kad Prihatin Siswa dapat berfungsi. Pelajar perlu hadir ke mana-mana cawangan RHB berhampiran (dengan membawa Kad Pengenalan dan Surat Tawaran Universiti) bagi tujuan pembukaan AKAUN RHB SIMPANAN-i Pro. Senarai semua cawangan RHB / SST boleh didapati di https://www.rhbgroup.com/locate/index.html. (Soalan lazim pembukaan AKAUN RHB SIMPANAN-i Pro) b. Kad Prihatin Siswa (KPS) • Kad Prihatin Siswa adalah merupakan satu inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersama-sama Universiti Awam di Malaysia dan Bank RHB bagi melaksanakan inisiatif penjimatan kewangan, cashless campus, smart campus, identiti siswa dan mewujudkan ekosistem kewangan yang lebih baik kepada siswa, pengurusan universiti, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ( PTPTN) dan KPT. • Kad ini mempunyai dua (2) fungsi iaitu kad identiti pelajar UiTM dan kad debit bank RHB. • Kad Prihatin Siswa adalah terpakai untuk keseluruhan pelajar UiTM (warganegara / bukan warganegara) yang masih / sedang mengikuti semua peringkat pengajian di UiTM. • Akaun di bawah inisiatif Kad Prihatin Siswa adalah akaun khas yang diwujudkan oleh pihak Bank RHB dan akaun ini dinamakan sebagai Akaun Simpanan-i Pro. • Kad Prihatin Siswa akan digunakan sebagai access door, barrier gate dan kemudahan elektronik lain yang sedang digunakan di premis UiTM. • Objektif i) Memperkasa dan mempelbagaikan fungsi kad matrik pelajar IPT. ii) Memudahkan penyaluran peruntukan atau bantuan terus kepada akaun pelajar. iii) Transformasi ekosistem transaksi kewangan di IPT ke arah cashless kampus. iv) Menyeragamkan kemudahan atau fasiliti dan tawaran / keistimewaan / ganjaran / promosi kepada pelajar IPT. • Faedah i) Akaun Simpanan-i Pro adalah akaun khas yang diwujudkan oleh pihak bank RHB di bawah inisiatif Kad Prihatin Siswa. ii) Tiada caj yang dikenakan ke atas pelajar UiTM bagi pembukaan akaun ini dan ianya adalah secara percuma. iii) Akaun Simpanan-i Pro akan ditamatkan selepas tidak lagi menjadi pelajar UiTM. Akaun tersebut akan ditukarkan ke akaun simpanan normal RHB (nombor akaun dikekalkan) dan pelajar UiTM perlu menggantikan Kad Prihatin Siswa (yang tidak aktif) di cawangan bank RHB yang berdekatan dengan kad debit RHB yang baharu. iv) Tiada yuran tahunan ke atas akaun Simpanan-i Pro yang dikenakan oleh pihak Bank RHB ke atas pelajar sepanjang pengajian di UiTM.


7 c. Permohonan pinjaman PTPTN untuk pelajar baharu • Bayaran PTPTN kepada semua pelajar UiTM mulai sesi akademik September / Oktober 2023 akan menggunakan akaun Simpanani Pro oleh bank RHB. • PERHATIAN!! PEMBIAYAAN PTPTN TIDAK AKAN DISALURKAN SEKIRANYA PELAJAR TIADA AKAUN RHB SIMPANAN-i PRO. Rujuk perkara 6(a) untuk tindakan pembukaan AKAUN RHB SIMPANAN-i Pro. • Sila layari https://www.ptptn.gov.my/elmas-pin-purchase-web/#/ untuk maklumat lebih lanjut berkenaan permohonan pinjaman PTPTN. 7. Laporan Pemeriksaan Kesihatan Pelajar: Pelajar yang mendaftar di kampus; a. Perlu mencetak dan mengisi Borang C (Laporan Pemeriksaan Kesihatan). b. Perlu menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik kerajaan / swasta dengan tanggungan sendiri sebelummendaftar sebagai pelajar UiTM c. Laporan pemeriksaan kesihatan yang telah lengkap perlu diserahkan semasa pendaftaran. d. Sekiranya tidak berkesempatan, anda dibenarkan membuat pemeriksaan kesihatan dalam tempoh tiga (3) minggu selepas tarikh pendaftaran. PERINGATAN PENTING Jika anda seorang penagih, pengedar atau terlibat dengan kegiatan penyalahgunaan DADAH, anda TIDAK LAYAK untuk mendaftar atau menjadi pelajar UiTM. Ujian air kencing akan diadakan pada bila-bila masa sepanjang tempoh pengajian.


8 SELEPAS PENDAFTARAN PROGRAM MINGGU DESTINI SISWA (MDS) Bagi Kemasukan lepasan SPM/ PENERAPAN PRA DIPLOMA/ STPM/ STAM/ ASASI/ MATRIKULASI / DVM / DKM / DLKM / DIPLOMA IPT LAIN / A-LEVEL o Semua pelajar baharu kemasukan lepasan SPM/ PENERAPAN PRA DIPLOMA/ STPM/ STAM/ ASASI/ MATRIKULASI/ DVM/ DKM/ DLKM/ DIPLOMA IPT LAIN/ A-LEVEL adalah DIWAJIBKAN mengikuti MDS yang bermula pada tarikh pendaftaran. o Sebarang urusan peribadi seperti menguruskan cuti belajar, perletakan jawatan atau menyelesaikan pemeriksaan perubatan, ianya perlu dilakukan sebelum atau selepas MDS dijalankan. o Bagi memastikan semua pelajar baharu dapat mengikuti MDS tanpa sebarang gangguan, ibu/ bapa/ penjaga TIDAK digalakkan untuk berjumpa atau melawat anak kecuali hal kecemasan. o Pakaian semasa perasmian MDS (perlu dibawa semasa mendaftar) o Siswa – baju kemeja lengan panjang, berseluar slack berwarna gelap dan kasut kulit berwarna hitam. o Siswi – baju kurung dan kasut bertutup berwarna hitam. o Sepanjang MDS semua pelajar baharu adalah dikehendaki berpakaian kemas dan mematuhi etika pakaian dan rambut seperti yang ditetapkan. PROGRAM SENAM SENI UITM SEMASA MINGGU DESTINI SISWA (MDS) Pakaian semasa Progam Senam Seni UiTM (perlu dibawa semasa mendaftar) o Siswa o Memakai T-Shirt (tidak terdapat sebarang corak atau gambar pada bahagian depan atau belakang) o Memakai Seluar Track Suit bewarna gelap (tidak terdapat sebarang corak atau gambar) o Memakai Kasut Sukan yang bersesuaian dengan aktiviti kecergasan o Siswi o Memakai T-Shirt lengan panjang (tidak terdapat sebarang corak atau gambar pada bahagian depan atau belakang) o Memakai Seluar Track Suit bewarna gelap (tidak terdapat sebarang corak atau gambar) o Memakai Kasut Sukan yang bersesuaian dengan aktiviti kecergasan Maklumat lanjut berkaitan Program Minggu Destini Siswa (MDS) boleh hubungi Bahagian Hal Ehwal Pelajar seperti di bawah: Unit Korporat dan Tugas-Tugas Khas Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) Aras 4, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin Universiti Teknologi MARA 40450 Shah Alam, Selangor Tel: (+603) 5544 2044/3222/ 3699 Faks: (+603) 5544 3535 Emel: [email protected]


9 SESI PERKULIAHAN PELAJAR Sesi perkuliahan pelajar di UiTM adalah melaksanakan mod pengajaran teradun atau Blended Learning (BL) yang mempunyai kaedah pengajaran dan pembelajaran secara mod dalam talian dan mod pembelajaran bersemuka (onsite) dengan peratusan tertentu mengikut pada sesuatu kursus tertentu. UiTM amat mengutamakan aspek keselamatan, keterlibatan, kualiti dan kesinambungan PdP sebagai asas-asas utama dalam pelaksanaan perkuliahan secara ODL ini. Program Minggu EDU5.0@UiTM akan dilaksanakan bagi memperkasakan kemahiran komunikasi dan pengetahuan pelajar ke arah memperkayakan pengalaman mereka agar bersedia untuk mendepani suasana kelaziman baharu kehidupan kampus nanti. Pemakluman dari masa kesemasa akan disalurkan oleh pihak Fakulti/Kampus masing-masing. PENDAFTARAN KURSUS Setelah pendaftaran akademik, pendaftaran kursus mestilah dilakukan secara atas talian (online) melalui Gerbang Maklumat Pelajar (iStudent Portal) dengan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Universiti. MUAT NAIK GAMBAR PELAJAR BAHARU UiTM Dimaklumkan semua pelajar baharu yang telah berjaya mendaftar sebagai pelajar UiTM perlu memuatnaik gambar berukuran paspot yang berlatar belakang warna biru bagi tujuancetakan kad pelajar di Universiti Teknologi MARA. Pelajar boleh berbuat demikian melalui Sistem UCMS https://kad.uitm.edu.my ataupun portal pelajar dengan menggunakan akses laluan SSO UiTM. Di bawah adalah panduan yang perlu diikuti secara teliti oleh setiap pelajar baharu UiTM didalam memastikan gambar yang dimuat naik menepati spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak universiti. SPESIFIKASI GAMBAR 1. Gambar berukuran paspot berlatar belakang warna biru yang diambil secara professional (kedai gambar atau studio gambar). Gambar swafoto tidak dibenarkan. 2. Sebarang perubahan secara digital terhadap gambar adalah tidak dibenarkan. 3. Dilarang menggunakan gambar yang telah dipotong (crop) dari sumber gambar yang lain. 4. Elakkan wujudnya garisan putih yang mengelilingi gambar kerana ini akan menganggu proses validitasi gambar. 5. Pakaian dan penampilan hendaklah mematuhi sahsiah rupa diri pelajar. 6. Tidak dibenarkan memakai sebarang aksesori kepala atau muka seperti topi, pelitup muka, cermin mata berfesyen ( cermin matahitam dan seumpamanya ), kopiah, purdah dan lain-lain. 7. Penggunaan songkok hitam bagi lelaki dan tudung bagi wanita adalah dibenarkan dan perlu dipakai secara betul serta tidak menutup wajah. 8. Pakaian yang berwarna biru dan putih atau seakan-akan biru serta putih adalah tidak dibenarkan. 9. Muka dan bahu mestilah menghadap ke hadapan serta ekspresi muka adalah neutral. 10. Saiz gambar untuk dimuat naik mestilah berukuran lebar 3.5cm x tinggi 4.0cm dan tidak melebihi 200kb. 11. Maklumat gambar. Resolusi : Lebar : 413 pixels Tinggi : 472 pixels Dot/Inch Pixels/Inch : 300 File Type : Jpeg Penafian: Cetakan gambar pelajar di atas kad UiTM adalah bergantung kepada gambar yang dimuat naik oleh pelajar. Jika didapati gambar yang dicetak tidak menepati peraturan universiti, bayaran RM50.00 akan dikenakan bagi tujuan gantian kad. Gambar Yang Dibenarkan 3.5 CM Saiz Yang Betul 4.0 CM Warna Biru Pakaian yang betul / Sahsiah Rupa Diri Pelajar


10 Gambar Yang Tidak Dibenarkan 3.5 CM Saiz Salah Tidak Fokus SYARAT-SYARAT TAWARAN KEMASUKAN KE UiTM Tawaran kemasukan ke UiTM adalah tertakluk kepada perkara-perkara berikut: 1. Mematuhi Peraturan Sepanjang tempoh pengajian di UiTM anda diwajibkan mematuhi : Undang-undang dan Perlembagaan Negara Akta 174 Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 Peraturan Akademik Universiti Teknologi MARA Peraturan-peraturan lain yang dikeluarkan dari semasa ke semasa yang dikeluarkan oleh pihak Pengurusan Universiti. 2. Pembatalan Surat Tawaran Pihak UiTM berhak membatalkan tawaran yang telah dikeluarkan sekiranya didapati: • Anda tidak memenuhi syarat kelayakan masuk. Anda dinasihatkan meneliti kelayakan masuk sebelum datang mendaftar. • Anda mengemukakan maklumat/ dokumen palsu semasa permohonan kemasukan/ pendaftaran • Anda telah memberi maklumat salah/ tidak benar/ manipulasi maklumat • Anda gagal melapor diri pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan. • Anda mempunyai kesan penggunaan dadah (tawaran ini tertakluk kepada keputusan ujian air kencing yang akan diadakan selama tempoh pengajian). • Anda TIDAK BERSTATUS TAMAT sebelum meneruskan pengajian ke peringkat Diploma/ Sarjana Muda. • Anda BUKAN BUMIPUTERA seperti yang ditakrifkan dalam perkara 160 (2) atau dalam perkara 161A (6) (a) atau perkara 161A (6) (b) berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan arahan pentadbiran. • Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan banduan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya. 3. Menarik Diri Selepas Mendaftar Pelajar yang telah mendaftar dan kemudian menarik diri sebagai pelajar, yuran pengajian boleh dituntut semula dalam tempoh Tiga Puluh (30) hari dari tarikh pendaftaran di dalam surat tawaran. MAKLUMAT PENTING PERSEDIAAN MENGAMBIL ‘ENGLISH PLACEMENT TEST’ Semua calon (kecuali pelajar Asasi) perlu membawa fon telinga ‘earphone’ bagi tujuan persediaan mengambil ‘ English Placement Test’. PERTUKARAN KAMPUS DAN PROGRAM Program dan kampus yang ditawarkan adalah muktamad. Sebarang permohonan pertukaran TIDAK DIBENARKAN. PENANGGUHAN PENGAJIAN Tawaran ini sah untuk sesi kemasukan yang dinyatakan sahaja. Sebarang penangguhan pengajian adalah tidak dibenarkan dan perlu memohon semula pada sesi berikutnya. 3.4 CM Nota: Segala perbelanjaan yang timbul bersabit dengan pembatalan tawaran ini TIDAK akan ditanggung oleh UiTM


11 PENDAFTARAN LEWAT • Tawaran adalah terbatal sekiranya calon tidak mendaftar pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Walaubagaimanapun, calon- calon yang terpaksa mendaftar lewat seperti ketiadaan tiket kapal terbang (calon Sabah dan Sarawak), sila maklumkan secara bersurat kepada Dekan Fakulti/ Pengarah (bagi calon yang mendaftar di kampus Shah Alam/ Puncak Perdana/ Puncak Alam/ Sungai Buloh/ Dengkil) atau Rektor, Kampus UiTM Negeri berkenaan (bagi pelajar yang mendaftar di Kampus Negeri). MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET) Semua calon yang akan mengikuti program Sarjana Muda diwajibkan mencapai tahap MUET seperti yang terkandung dalam syarat khas program. AKUJANJI UNIVERSITI Semua pelajar baharu diwajibkan menandatangani Surat Akujanji semasa Minggu Destini Siswa LARANGAN MEMBAWA KENDERAAN DI DALAM KAMPUS Ketetapan telah dibuat oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) bahawa semua pelajar baharu yang mendapat kemudahan kolej kediaman dilarang membawa kenderaan sendiri di dalam kampus. Pelekat kenderaan tidak akan dikeluarkan kepada pelajar-pelajar ini. AKTIVITI YANG DIMESTIKAN KEPADA SEMUA PELAJAR BAHARU • Kursus Asas Bina Negara – Kursus ini dimestikan kepada semua pelajar baharu (Diploma/ Sarjana Muda) • Program Universiti – Semua program Universiti perlu diikuti oleh semua pelajar KEMUDAHAN PENGANGKUTAN UiTM PADA HARI PENDAFTARAN • Kemudahan pengangkutan ini disediakan khusus kepada pelajar yang mendaftar pada pendaftaran rasmi sahaja (tidak termasuk pelajar yang berjaya rayuan). • Bagi pelajar yang mendaftar di Kampus UiTM Shah Alam, bas awam dan bas UiTM disediakan di Seksyen Dua (2), Shah Alam untuk berulang-alik ke Kampus UiTM Shah Alam. • Kemudahan bas UiTM disediakan di terminal KLIA dan KLIA 2 bagi mengambil pelajar dariSabah danSarawak yangmendaftar diKampus UiTM Shah Alam, UiTM Puncak Alam, UiTM Puncak Perdana dan UiTM Sungai Buloh pada tarikh pendaftaran rasmi seperti dalam surat tawaran dan satu (1) hari sebelum hari pendaftaran. Manakala pelajar dari Sabah dan Sarawak yang mendaftar di UiTM Puncak Alam, UiTM Puncak Perdana dan UiTM Sungai Buloh akan transit di kampus UiTM Shah Alam sebelum dibawa ke kampus yang berkenaan untuk pendaftaran. • Kemudahan pengangkutan bas disediakan pada jam 9.00 pagi, 2.00 petang dan 5.00 petang. • Segala pertanyaan mengenai kemudahan pengangkutan sila hubungi: Bahagian Pengurusan Kenderaan Pejabat Pembangunan Infrastruktur & Infostruktur (PPII) Universiti Teknologi MARA 40450 Shah Alam Tel: (+603) 5544 3019/ 3021/ 3022/ 3023/ 3024/ 3025 Fax:(+603) 5544 3020 KEMUDAHAN-KEMUDAHAN UMUM KEMUDAHAN KOLEJ KEDIAMAN 1. Pelajar Diploma/Asasi disediakan kemudahan kolej kediaman dengan kadar bayaran yang akan ditetapkan. 2. Pelajar Asasi adalah dikehendaki duduk di kolej kediaman dengan kadar bayaran yuran penginapan RM420.00 bagi satu semester. Bil yuran penginapan akan dijana apabila pelajar hadir ke kolej membuat pendaftaran. 3. Kemudahan kolej kediaman bagi pelajar Sarjana Muda lepasan SPM/STPM/MATRIKULASI/ASASI/SETARAF disediakan untuk Semester 1 sahaja dengan kadar bayaran yang akan ditetapkan. 4. Pelajar yang ingin memohon pengecualian bayaran kolej kediaman (selain dari pelajar Asasi) mestilah mereka yang tidak mendapat sebarang pinjaman/bantuan kewangan dan pendapatan keluarga di bawah RM2,500.00 tanpa mengira bilangan tanggungan serta perlu membawa dokumen sokongan seperti berikut : i. Penyata gaji ibubapa yang telah disahkan oleh majikan/Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan danProfesional ii. Penyata pencen ibubapa yang disahkan* iii. Pengesahan bertulis bagi yang tiada penyata gaji (bekerja sendiri)* *Ketua Kampung/Penggawa/Penghulu/Ketua Masyarakat/Sidang/Pegawai Pembangunan Mukim/Pengerusi JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung)


12 PERALATAN ELEKTRIK 1. Peralatan elektrik yang digunakan oleh pelajar di kolej kediaman dikenakan bayaran sebanyak RM10.00 bagi setiap item dan perlu membuat pendaftaran secara atas talian melalui ‘student portal’. Pendaftaran dan bayaran bil peralatan elektrik adalah padasetiap semester. 2. Pelajar perlu merujuk Pekeliling Pendaftaran Peralatan Elektrik di kampus masing – masing bagi senarai dan kuantiti peralatan elektrik yang dibenarkan. 3. Pelajar baharu semester 1 yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Kemudahan Kolej di kampus Shah Alam boleh hubungi: No Tel : 03-5544 3587/ 3515/ 3520 No. Faks : 03-55443966 Laman Web : https://hep.uitm.edu.my/main/index.php/pejabat/pusat-unit/unit-kemudahan-kolej PERMOHONAN PEMBERIAN BANTUAN ELAUN MAKAN PELAJAR PROGRAM DIPLOMA, AC 151 DAN AP243 Kelayakan Memohon 1. Pemohon hendaklah terdiri daripada pelajar yang mengikuti program Diploma, Pra Diploma dan Sijil sepenuh masa di ShahAlam dan Kampus –Kampus Negeri. 2. Pelajar Program Ijazah AP243 (FSPU) dan AC 151 (Profesional) adalah layak memohon kemudahan bantuan elaun makan 3. Pelajar yang mengikuti program Diploma dan tinggal di luar kampus (“Non- Residen”) 4. Hanya pelajar berstatus ‘aktif’ iaitu mendaftar sebagai pelajar dan membuat pembayaran yuran pengajian 5. Pelajar perlu mendaftar sebagai pelajar dengan mendaftar dan membayar yuran pengajian pada satu – satu semester Tidak Layak Memohon 6. Pelajar yang mengikuti latihan amali (praktikal) 7. Pelajar ‘Extend’ yang berstatus ‘SML’ 8. Pelajar yang mendapat tajaan, biasiswa, dermasiswa atau PTPTN Cara Memohon 9. Pemohon hendaklah membuat permohonan secara dalam talian “Online”. Layari http://istudent.uitm.edu.my 10. Bagi pelajar diploma yang baharu mendaftar sebagai pelajar UiTM hendaklah mempunyai atau mendaftar ‘Student Portal’ terlebih dahulu sebelum boleh membuat permohonan secara ‘online’. 12. Pelajar dikehendaki mengisi maklumat yang dikehendaki dalam borang permohonan dengan lengkap. Sila cetak borang permohonan yang telah lengkap dan hantarkan bersama surat pengesahan pendapatan yang telah disahkan, sama ada: • Salinan Penyata Pendapatan terkini • Salinan Cukai Pendapatan (Borang EA/ EC) • Surat Akuan Pendapatan (hanya sah bagi ibu bapa yang bekerja sendiri/tiada Slip Pendapatan atau Borang EA/ EC. 13. Pelajar “Non-Residen” (NR) dikehendaki mengemukakan perkara di atas ke Pejabat Unit Pengurusan “Non-Residen” (NR) di kampus masing-masing semasa mendaftar sebagai pelajar NR. 14. Salinan Penyata Pendapatan/Salinan Borang J/ Surat Akuan Pendapatan ibu bapa/penjaga perlu mendapat pengesahan terlebih dahulu daripada salah seorang pegawai berikut: a) Wakil Rakyat/ Senator b) Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional c) Pengamal Undang-Undang d) Pesuruhjaya Sumpah/ Jaksa Pendamai e) Pengetua/ Guru Besar (sekolah kerajaan sahaja) f) Pegawai Polis berpangkat ASP dan ke atas/ Pegawai Tentera berpangkat Kapten dan ke atas. g) Ketua Kampung/Penggawa/Penghulu/Ketua Masyarakat/ Sidang/ Pegawai Pembangunan Mukim/ Pengerusi JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung). h) Untuk Sabah dan Sarawak – Ketua Kaum/ Ketua Anak Negeri/ Kapitan/ Pemanca/ Pegawai Taman Sabah. Nota: Semua pegawai atau saksi hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia. Cop pegawai atau saksi hendaklah lengkap mempunyai nama dan jawatan pegawai serta jabatan/alamat di mana pegawai bertugas.


13 15. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak melampirkan atau tidak memenuhi mana-mana keperluan yang dikehendaki oleh pihak universiti, akan menyebabkan permohonan tersebut ditolak. Pemohon mestilah mempunyai atau membuka Akaun Bank Islam bagi memudahkan proses pembayaran bantuan elaun makan ini dibuat oleh pihak universiti. • Pemohon tidak dibenarkan berkongsi akaun bank dengan pelajar yang lain. Perkara ini akan menyebabkan permohonan disekat bagi mengelak penipuan. • Pemohon adalah bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada pihak universiti mengenai perubahan atau pertukaran status pengajian iaitu sama ada aktif, diberi cuti khas atau digantung pengajian dengan kadar segera bagi mengelak berlaku lebihan bayaran ke akaun pelajar. • Pelajar perlu membuat permohonan pada setiap semester. • Keputusan sama ada seseorang pelajar layak atau tidak layak tertakluk kepada syarat atau dasar yang telah ditetapkan oleh universiti dan sebarang keputusan adalah muktamat. • Pemohon yang mengemukakan maklumat dan dokumen palsu boleh menyebabkan permohonan dibatalkan, kemudahan ditarik balik serta dikenakan tindakan tatatertib mengikut peruntukan Akta 174. • Pelajar dikehendaki mengirim maklumat permohonan dan penyata pendapatan yang telah disahkan melalui melalui pos sebaik selesai membuat permohonan secara ‘online’. • Permohonan ini hanya akan diproses dan diluluskan setelah pihak kolej menerima maklumat permohonan dan salinan penyata pendapatan keluarga yang dihantar oleh pelajar. • Jika memerlukan maklumat lanjut mengenai proses permohonan pemberian bantuan elaun makan pelajar ini, sila hubungi talian 03-5544 3520/ 3587/ 3513 atau hubungi kolej kediaman terakhir yang pernah didiami pemohon atau di pejabat pengurusan kolej di kampus masing-masing. UNIT PENGURUSAN “NON RESIDEN” (NR) • Mereka yang tidak mendapat kemudahan kolej kediaman dan memerlukan bantuan untuk menyewa rumah sekitar kampus boleh berhubung dengan Unit Pengurusan NR Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) di kampus masing-masing. • Untuk mendapatkan bantuan sewa rumah/ bilik di luar kampus dan maklumat lanjut mengenai Unit Pengurusan NR bagi kampus Shah Alam boleh hubungi: No. Tel. : 03-5544 3965/ 3967/ 2189/ 3537 Laman Web : https://hep.uitm.edu.my/main/index.php/pejabat/pusat-unit/unit-pengurusan-non-residen : https://nr.uitm.edu.my : https://nrhome.uitm.edu.my • Untuk mendapatkan bantuan sewa rumah/ bilik di luar kampus dan maklumat lanjut mengenai Unit Pengurusan NR bagi kampus cawangan sila rujuk di perkara Kampus-Kampus UiTM dan pautan dibawah : Laman Web : https://nr.uitm.edu.my/index.php/tentang-nr/nr-branch-campus : https://nr.uitm.edu.my/index.php/rental-info/uitm-branch-campus BANTUAN KEWANGAN / ZAKAT • Bagi pelajar yang tergolong daripada golongan fakir miskin boleh mendapatkan bantuan zakat di Bahagian Zakat UiTM. • Permohonan hendaklah dibuat melalui surat kepada Bahagian Zakat UiTM Shah Alam/ kampus masing-masing dengan menyertakan surat pengesahan pendapatan ibubapa/ penjaga yang disahkan oleh Wakil Rakyat/ Penghulu/ Penggawa/ Ketua Kampung seperti berikut: Alamat : Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf Universiti Teknologi MARA 40450 UiTM Shah Alam No Tel :03-5544 3115/ 2381 WhatsApp: 019-231 3391 Email: [email protected]


14 PELAJAR PROGRAM ASASI Permohonan Bantuan Kewangan Program Asasi di Universiti Awam • Merujuk kepada Surat Edaran dari pihak Kementerian Pengajian Tinggi bertarikh 15 Mei 2017, telah memutuskan supaya bantuan kewangan pelajar hanya diberikan kepada golongan B40 dan M40 yang berpendapatan isi rumah kurang daripada RM10,959.00 berkuatkuasa bermula sesi pengambilan Mei / Jun 2017. Permohonan yang BERJAYA akan dikeluarkan Surat Tawaran dan Borang Perjanjian Bantuan Kewangan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi. Pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Pusat Asasi UiTM akan membuat pemakluman kepada pelajar apabila Surat Tawaran telah dikeluarkan • Pelajar yang BERJAYA akan mendapat Bantuan Kewangan sebanyak RM3920.00 bagi setahun pengajian dan Elaun Tiket Kapal Terbang bagi pelajar Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Maklumat lanjut mengenai permohonan Bantuan Kewangan Asasi IPTA akan diberikan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar melalui taklimat semasa Minggu Destini Siswa. • Pelajar boleh membuat permohonan Bantuan Kewangan secara dalam talian melalui pautan https://asid.uitm.edu.my/student • Terbuka kepada pelajar ambilan Sesi 1 sahaja. Bagi pelajar Asasi ambilan Sesi 2, pelajar boleh membuat permohonan sebelum memasuki semester 2. Pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Pusat Asasi, UiTM akan membuat pemakluman apabila permohonan dibuka. • Sebarang maklumat lanjut mengenai Bantuan Kewangan Asasi IPTA boleh menghubungi 03-89245210 / 5369. ORANG KELAINAN UPAYA (OKU) • Pihak UiTM mengalu-alukan calon-calon OKU yang memohon atau ditawarkan tempat ke UiTM. Buat masa ini, semua kampus UiTM belum mempunyai kemudahan asas untuk pelajar OKU. Walau bagaimanapun pihak UiTM sedang membuat perancangan masa depan bagi menyediakan kemudahan asas yang lengkap kepada pelajar OKU agar dapat tinggal dan belajar dengan lebih sempurna. • Bagi Mahasiswa OKU UiTM, sokongan dan perkhidmatan turut disediakan bagi memastikan anda semua dapat menjalani kehidupan di UiTM dengan selesa. Unit Perkhidmatan OKU UiTM berperanan dalam menjaga hak dan kebajikan warga OKU UiTM. Sila klik pautan ini untuk maklumat lanjut: https://padlet.com/linda512/vw5a0ns9echk067t Unit Perkhidmatan OKU (UPO UiTM) Kompleks Antarabangsa Universiti Teknologi MARA 40450 Shah Alam Selangor Darul Ehsan Email:[email protected] Facebook: Unit Perkhidmatan OKU UITM Tel: +603-5544 2023 Fax: +603-5544 2223 PUSAT/ UNIT KESIHATAN • Setiap kampus UiTM mempunyai Pusat/ Unit Kesihatan yang memberikan perkhidmatan perubatan dan kesihatan kepada pelajar UiTM. • Waktu perkhidmatan dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari bekerja. • Untuk kes kecemasan yang memerlukan rawatan kecemasan selepas dari waktu bekerja, pelajar perlu berhubung dengan Pegawai Pembangunan Pelajar/ Polis Bantuan yang bertugas di kolej masing-masing untuk menghubungi pegawai yang bertugas “on call’. • Perkhidmatan–perkhidmatan yang diberikan kepada pelajar adalah Rawatan Pesakit Luar Perubatan dan Pergigian, wad pemerhatian sementara, perkhidmatan makmal perubatan, perkhidmatan x-ray, perkhidmatan ambulan dan perkhidmatan kesihatan meliputi pendidikan kesihatan, kawalan penyakit berjangkit, penyakit bawaan vektor dan kawalan kebersihan makanan serta premis makanan


15 PERPUSTAKAAN Setiap kampus UiTM dilengkapi dengan perpustakaan, antara kemudahan yang disediakan ialah : ➢ Pinjaman/pemulangan bahan ➢ Perkhidmatan majalah ➢ Tempahan buku ➢ Portal ➢ Perkhidmatan rujukan ➢ Perkhidmatan pembaca ➢ Perkhidmatan Pusat IT ➢ Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan ➢ Perkhidmatan salinan fotostat ➢ Bilik 24 jam ➢ Bilik Loker KEMUDAHAN-KEMUDAHAN LAIN • Kolam Renang bertaraf Olimpik (di kampus Shah Alam) • Stadium • Kompleks Sukan merangkumi gelanggang badminton, bola tampar, squash dan lain-lain lagi • Padang Kawad dan Padang Sasar • Gimnasium • Pejabat Pos • Pusat Islam • Bank Simpanan Nasional • ATM-Maybank, Bank Islam, Bank Rakyat, CIMB Bank dan Affin Bank KETERANGAN LANJUT Segala pertanyaan berkaitan dengan tawaran dan pendaftaran sila hubungi : Pengarah Bahagian Pengambilan Pelajar Kompleks Antarabangsa Universiti Teknologi MARA 40450 Shah Alam Tel : (+603) 5544 3194/ 3196 / 8067 (Unit Diploma/Pra Diploma/Asasi) (+603) 5544 3174/ 3195/ 3198 / 2798 (Unit Sarjana Muda) (+603) 5544 3172/ 3168/ 3167 (Unit Profesional) Web : pengambilan.uitm.edu.my Segala pertanyaan berkaitan dengan pengurusan kebajikan pelajar dan pinjaman PTPTN sila hubungi: Unit Pengurusan Kebajikan Pelajar (UPKP) Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi MARA 40450 Shah Alam Tel : (+603) 5544 3545/3538 Web : https://hep.uitm.edu.my/main2/index.php/direktori-staf/unit/unit-pengurusan-kebajikan-pelajar Anda juga boleh berhubung terus dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) kampus cawangan. Segala pertanyaan berkaitan dengan bantuan sewa rumah/ bilik di luar kampus sila hubungi: Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi MARA 40450 Shah Alam Tel : (+603) 5544 3965/ 3967/ 2189/ 3537 Laman Web : https://hep.uitm.edu.my/main/index.php/pejabat/pusat-unit/unit-pengurusan-non-residen Email : [email protected] Anda juga boleh berhubung terus dengan Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA) kampus cawangan. Segala pertanyaan berkaitan program pengajian seperti silibus, masa kuliah dan lain-lain , sila hubungi fakulti berkenaan: Tel : (+603) 5544 3507/ 3505 Web : https://hea.uitm.edu.my/ (lihat pautan ACADEMIC dan FAKULTI) Segala pertanyaan berkaitan dengan tawaran dan pendaftaran Program Asasi sila hubungi: Pengarah Pusat Asasi UiTM, Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor Kampus Dengkil 43800 Dengkil SELANGOR No Tel : +603 8924 5417 No Fax : +603 8924 5634 Laman web http://asasi.uitm.edu.my/


16 GUGUSAN FAKULTI Universiti Teknologi MARA telah menyelaraskan fakulti-fakulti berdasarkan gugusan-gugusan tertentu iaitu: GUGUSAN SAINS & TEKNOLOGI * Fakulti Sains Gunaan * Fakulti Perladangan dan Agroteknologi * Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi * Fakulti Perubatan * Fakulti Pergigian * Fakulti Sains Kesihatan * Fakulti Farmasi * Kolej Pengajian Kejuruteraan (Awam/ Elektrik/ Kimia/ Mekanikal) * Kolej Pengajian Alam Bina (Seni Bina/ Perancangan/Ukur) * Kolej Pengajian Pengkomputeran, Infomatik dan Media (Sains Komputer/ Pengurusan Maklumat) GUGUSAN SAINS SOSIAL & KEMANUSIAAN * Fakulti Undang-Undang * Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi * Fakulti Pendidikan * Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media * Kolej Pengajian Seni Kreatif (Filem, Teater dan Animasi / Seni Lukis dan Seni Reka / Muzik) GUGUSAN PENGURUSAN & PERNIAGAAN * Fakulti Perakaunan * Fakulti Pengurusan dan Perniagaan * Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan PUSAT AKADEMIK * Akademi Pengajian Bahasa * Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) TEMPOH PENGAJIAN Tempoh pengajian sepenuh masa untuk program-program di UiTM adalah seperti berikut: • Program Pra Diploma Tempoh pengajian ialah satu (1) semester hingga dua (2) semester. • Program Asasi Tempoh pengajian ialah dua (2) semester. • Program Diploma Tempoh pengajian ialah lima (5) semester hingga enam (6) semester. • Program Sarjana Muda Tempoh pengajian ialah lima (5) semester hingga sepuluh (10) semester. Nota : Tempoh pengajian tertakluk kepada program yang ditawarkan.


17 KAMPUS-KAMPUS UiTM KAMPUS-KAMPUS UiTM Universiti Teknologi MARA berbangga dengan kewujudan kampus cawangannya di setiap negeri di Malaysia kecuali di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan. Berikut adalah kampus-kampus UiTM seluruh negara: UiTM KAMPUS INDUK Universiti Teknologi MARA 40450 Shah Alam, Selangor No. Tel : 03-5544 2000 UiTM CAWANGAN SELANGOR Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam 42300 Bandar Puncak Alam Selangor No. Tel : 03-3258 4000 Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor Kampus Puncak Perdana Jln Pulau Angsa AU10/A 40150 Shah Alam Selangor No. Tel : 03-7962 2000 UiTM Kampus Sungai Buloh Jalan Hospital 47000 Sungai Buloh Selangor No. Tel : 03-6126 5000 UiTM Kampus Selayang Jalan Prima Selayang 7 68100 Batu Caves Selangor No. Tel : 03-6126 4000/4800 Pusat Asasi UiTM Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor Kampus Dengkil 43800 Dengkil Selangor No Tel : 03- 8924 5417 UiTM CAWANGAN PERLIS Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis Kampus Arau 02600 Arau, Perlis No. Tel : 04-988 2000 UiTM CAWANGAN KEDAH Universiti Teknologi MARA Cawangan Kedah 08400 Merbok Kedah Darul Aman No. Tel : 04-456 2000 UiTM CAWANGAN SABAH Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah Kampus Kota Kinabalu Beg Berkunci 71, 88997 Kota Kinabalu, Sabah No. Tel : 088-325 151 Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah Kampus Tawau KM 36 Apas Balung Peti Surat 61372 91032 Tawau Sabah Tel No: 089-951611 UiTM CAWANGAN JOHOR Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Km.12 Jln. Muar 85000 Segamat Johor No. Tel : 07-935 2000 Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Jalan Purnama, Bandar Seri Alam 81750 Masai Johor No. Tel : 07-381 8000 UiTM CAWANGAN PERAK Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak Bandar Seri Iskandar 32610 Seri Iskandar Perak No. Tel : 05-374 2000 Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak Kampus Tapah 35400 Jalan Tapah Perak No. Tel : 05-406 7000 UiTM CAWANGAN PULAU PINANG Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang Jalan Permatang Pauh 13500 Permatang Pauh Pulau Pinang No. Tel : 04-382 2888 Universiti Teknologi Mara Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam PesiaranPendidikan Bertam Perdana Persiaran Perindustrian Bertam Perdana 13200 Kepala Batas Pulau Pinang No. Tel: 04-562 3425 UiTM CAWANGAN SARAWAK Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak Kampus Kota Samarahan Jalan Merenek, 94300 Kota Samarahan, Sarawak No. Tel : 082-678300 Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak Kampus Samarahan 2 Jalan Dato Mohd Musa 94300 Kota Samarahan, Sarawak No. Tel : 082-678300 Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak Kampus Mukah PO BOX 162, Jln Boulevard Setiaraja Mukah, 96400 Mukah Sarawak. No. Tel : 084-874 102/103 UiTM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah Pekan Parit Tinggi 72000, Kuala Pilah Negeri Sembilan No Tel : 06-483 2100 Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban 3 Persiaran Seremban Tiga / 1 70300, Seremban 3 Negeri Sembilan No Tel : 06-634 2000 Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau Jalan Kampung Pilin 71300 Rembau Negeri Sembilan No Tel : 06-483 2100 UiTM CAWANGAN KELANTAN Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan 18500 Machang Kelantan No. Tel : 09-976 2000 Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu Lembah Sireh 15050 Kota Bharu Kelantan No. Tel : 09-741 7700 UiTM CAWANGAN TERENGGANU Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu Sura Hujung, 23000 Dungun, Terengganu No. Tel : 09-8400 400 Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu 21080 Kuala Terengganu Terengganu No. Tel : 09-621 6600 Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi 23200 Dungun Terengganu No. Tel : 09-833 5002 UiTM CAWANGAN PAHANG Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang Kampus Jengka 26400 Bandar Jengka, Pahang No. Tel : 09-460 2000 Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang Kampus Raub 27600 Raub Pahang No. Tel : 09-351 5555 UiTM CAWANGAN MELAKA Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah Km. 26, Jalan Lendu 78000 Alor Gajah Melaka No. Tel : 06-5582000 Universiti Teknologi MARA Kampus Bandaraya Melaka 110, Off Jalan Hang Tuah 75300 Melaka No. Tel : 06-285 7000 Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka Kampus Jasin 77300 Merlimau Melaka No. Tel : 06 - 264 5000


18 LIRIK LAGU UiTM di Hatiku Wawasan Setia Warga UiTM


19 AHLI JAWATANKUASA PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR PENAUNG YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah binti Mohd Janor PENASIHAT Encik Ak Ashaari bin Ak Yussof PENGERUSI Puan Nazzreen binti Mohd Sahar PENGHARGAAN Ucapan ribuan terima kasih kepada semua staf Unit Pentadbiran/ Profesional, Unit Sarjana Muda, Unit Diploma/ Pra Diploma/ Asasi serta Unit Teknologi Maklumat di atas sumbangan idea dan kerjasama. Unit Pentadbiran dan Profesional Puan Nazzreen binti Mohd Sahar Encik Mohd Norkhairi Iqbal bin Khlid Puan Zarina binti Md Salleh Encik Zawawi bin Zakaria Puan Siti Nailah binti Asnawi @ Hj Mohd Amir Puan Aznida binti Azmi Encik Suzainni bin Selaiman @ Saliman Encik Azmi bin Mohd Nor Unit Sarjana Muda Encik Kamarul Aini bin Hassan Basri Encik Syaiful Nizam bin Omar Encik Mohamed Adib bin Ramli Encik Ahmad Bakhtiar bin Noordin Encik Noor Salimi bin Hassan Puan Siti Barirah binti Zainal Ariffin Puan Norhaliza binti Abu Bakar Puan Siti Faidah binti Mohd Ibrahim Kong Puan Ikhrima binti Sandimo Unit Diploma / Pra Diploma / Asasi Puan Zaidatul Akmal binti Zawani Cik Nur Nabila Asyikin binti Muhamad Nazri Mohamad Azizi bin Abd Hazis Encik Mohd Sharizal bin Mat Said Encik Ali bin Supian Encik Abdul Jabar bin Ahmad Puan Hazira binti Ahmad Puan Nurul Farida binti Ahmad Encik Mohamad Khairi bin Yusoff Unit Teknologi Maklumat Encik Mohd Rafhan bin Mohd Amin Encik Bashiruddin bin Md Izuddin Puan Nurfazira binti Wahab Encik Junaidi bin Johari


Click to View FlipBook Version