The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amridakhalid, 2022-10-31 00:51:19

GARIS PANDUAN PENGURUSAN TINGKATAN 6

GARIS PANDUAN PENGURUSAN TINGKATAN 6

Keywords: PENGURUSAN T6

PUSAT TINGKATAN ENAM

SMK TAMAN TASIK, AMPANG

No. Tel : 03-42912049
No Fax : 03-42932049
Kod Sekolah : BEA 4601

PANDUAN PENGURUSAN TINGKATAN 6

MENJEJAK PUNCAK MENARA

1

LATAR BELAKANG

Tingkatan Enam telah mula beroperasi di sekolah-sekolah menengah harian bantuan penuh kerajaan lebih
daripada 50 tahun dahulu. Murid-murid yang telah menamatkan pengajian menengah atas dan telah
menduduki peperiksaan Siji Pelajaran Malaysia (SPM), layak ditawarkan untuk meneruskan pendidikan
pasca menengah iaitu Tingkatan Enam, jika menepati syarat-syarat umum dan khusus bagi jurusan,
selama 3 penggal. Terdapat dua aliran yang ditawarkan untuk Tingkatan Enam di sekolah menengah
harian iaitu aliran Sains Sosial (Kemanusiaan dan Agama) dan aliran Sains.

OBJEKTIF

1. Meningkatkan taraf pendidikan ke arah yang lebih tinggi.
2. Memberi pendidikan berdasarkan sistem penggal dan berdaya saing yang tinggi.
3. Memberi pendidikan yang setara dengan program prauniversiti yang lain.
4. Memastikan murid lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mempunyai nilai kebolehpasaran

yang tinggi.
5. Membentuk kepemimpinan menuju ke arah membina Negara Bangsa meliputi aspek perpaduan,

patriotisme, dan jati diri bagi mendokong aspirasi nasional.

MATLAMAT

Tingkatan Enam merupakan laluan pendidikan bagi murid lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk
mengembangkan bakat dan kreativiti seterusnya menjadi generasi muda berimpak tinggi, glokal dan
universal. Mereka ini akhirnya membawa kesejahteraan kepada negara disamping mendapat kelayakan
yang memenuhi standard antarabangsa.

KERANGKA KOSEPTUAL

1. Kerangka Konseptual Tingkatan Enam yang merangkumi dua komponen utama iaitu kurikulum dan
kokurikulum.

2. Matlamat pendidikan Tingkatan Enam adalah bagi membentuk kepimpinan menuju ke arah Membina
Negara Bangsa meliputi aspek perpaduan, patriotisme, jati diri bagi mendokong aspirasi nasional.
Mendidik murid secara menyeluruh berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan berupaya memikul
tanggungjawab, prihatin, berinovatif, matang, berjiwa kendiri, berpandangan jauh, keteguhan jati diri dan
berbudaya penyayang.

3. Tiga kemahiran utama yang diterapkan dalam pendidikan Tingkatan Enam ialah kemahiran kognitif,
kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah (soft skills).

4. Tempoh pengajian di Tingkatan Enam adalah selama 1½ tahun yang merangkumi tiga penggal. Penggal 1
bermula dari bulan Mei hingga November, Penggal 2 bermula dari bulan Januari hingga Mei dan Penggal 3
bermula dari bulan Mei hingga November.

5. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mendapat pengikhtirafan daripada Kerajaan Malaysia, Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA), dan Cambridge Assessment, England. Sijil STPM turut diterima oleh JPA
untuk menjawat perjawatan dalam perkhidmatan kerajaan. Murid yang memperoleh keputusan cemerlang
dalam peperiksaan STPM dan kokurikulum layak memohon untuk melanjutkan pelajaran ke Institusi
Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara.

6. Kegiatan kokurikulum Tingkatan Enam mesti dinilai berdasarkan format atau kaedah yang tetap dan
diiktiraf agar keesahan dan kebolehpercayaan hasil penilaian itu tidak dipertikaikan, lebih-lebih lagi
apabila markah kokurikulum dijadikan sebahagian daripada markah penilaian kemasukan ke Institusi
Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Penstrukturan dan penjenamaan semula Tingkatan Enam turut melibatkan
perubahan pengoperasian kokurikulum. Oleh itu, pengurusannya boleh diadakan secara berasingan
daripada kegiatan kokurikulum arus perdana.

2

3

SYARAT KEMASUKAN KE TINGKATAN 6

Syarat umum bagi kemasukan ke Tingkatan Enam ialah lulus SPM dengan mendapat kepujian bagi mata
pelajaran Bahasa Malaysia. Bagi melayakkan murid ke aliran Sains Sosial, jumlah mata unit bagi tiga mata
pelajaran yang terbaik mestilah tidak melebihi 12, aliran Sains tidak melebihi 18 mata unit, manakala bagi
aliran Agama tidak melebihi 14.

GRED MATA CONTOH PENGIRAAN
SPM 1 Bidang Sains Sosial

A+

A 1 BM - A MATHEMATICS C SEJARAH B+

A- 2 1+ 6 +3 = 10 Mata

LAYAK KE TINGKATAN 6

B+ 3 Bidang STEM

B 4 Chemistry C Physics C Additional Math C

C+ 5 6 +6 + 6 = 18 mata

C 6 LAYAK KE TINGKATAN 6

Semua tawaran kemasukan dibuat secara atas talian dan calon-calon yang tidak mendapat tawaran boleh
membuat rayuan di Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.

TEMPOH PENGAJIAN

Tempoh pengajian di Tingkatan Enam adalah selama 1 ½ tahun:

1. Penggal 1 : Mei hingga November, 26 minggu termasuk :

• Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
• Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)
• Peperiksaan Penggal 1 (P1)

2. Penggal 2: Januari hingga Mei, 20 minggu termasuk :

• Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
• Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)
• Peperiksaan Penggal 2 (P2)

3. Penggal 3: Mei hingga November, 26 minggu termasuk :

• Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
• Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)
• Peperiksaan Penggal 3 (P3), peperiksaan Ulangan 1 (U1) dan peperiksaan Ulangan 2 (U2)

4

Kandungan kurikulum dibahagikan kepada tiga bahagian berdasarkan kelompok tajuk atau mengikut
kesesuaian bidang kajian disiplin berkenaan untuk mengisi tiga penggal, iaitu P1, P2 dan P3 dalam tempoh
pengajian selama 1½ tahun.

MATA PENGGAL 1 PENGGAL 2 PENGGAL 3
PELAJARAN

900/1 Kemahiran Belajar & 900/2 Alih Bentuk 900/3 Alih Bentuk
Malaysia kekal berdaulat Komunikasi Linear kepada Komunikasi Linear
Ujian bertulis 29% Bukan Linear kepada Bukan Linear
Malaysia maju dan Malaysia dan Negara Luar
PENGAJIAN AM Sejahtera Ujian bertulis 29%
Ujian bertulis 22%

900/4 Kerja Kursus 20%

PENGAJIAN 946/1 Perniagaan 946/2 Pengurusan 946/3 Keusahawanan
PERNIAGAAN Ujian bertulis 25% Ujian bertulis 25% Ujian bertulis 25%
946/4 Kerja Kursus 25%

EKONOMI 944/1 Mikroekonomi 944/2 Makroekonomi 944/3 Ekonomi Malaysia
Ujian Bertulis 32% Ujian Bertulis 32% Ujian bertulis 16%
944/4 Kerja Kursus 20%

SEJARAH 940/1 Sejarah Dunia 940/2 Sejarah Islam 940/3 Sejarah Malaysia
Ujian bertulis 29% Ujian bertulis 22% dan Asia Tenggara
940/4 Kerja kursus 20% Ujian bertulis 29%

BAHASA 910/1 Ujian bertulis 33% 910/2 Ujian bertulis 20% 910/3 Ujian bertulis 22%
MELAYU 910/4 Kerja Kursus 8% 910/4 Kerja Kursus 17%

CHEMISTRY 962/1 Physical chemistry 962/2 Physical & 962/3 Organic Chemistry
Ujian bertulis 26.67% Inorganic chemistry
962/4 : 5 eksperimen Ujian bertulis 26.67%
Ujian bertulis 26.67%
962/4 : 3 eksperimen
1 Projek

5

962/4 : 5 eksperimen Wajaran 20%

BIOLOGY 964/1 Bio Molecules and 964/2 Physiology 964/3 Ecology ang
metabolisme Ujian bertulis 26.67% genetics
Ujian bertulis 26.67% 964/4 ; 5 eksperimen Ujian bertulis 26.67%
964/4 : 5 eksperimen 964/4 : 5 eksperimen
Wajaran 20%

PHYSICS 960/1 Mechanics & 960/2 Electricity & 960/3 Oscillations &
Thermodynamics Magnetism Waves, Optics & Modern
Ujian bertulis 26.67% Ujian bertulis 26.67% Physics
962/4 : 5 eksperimen 962/4 : 5 eksperimen
Ujian bertulis 26.67%

962/4 : 3 eksperimen
1 Projek
Wajaran 20%

MATHEMATICS 954/1 Matematik (T) 954/2 Matematik (T) 954/3 Matematik (T)
(T) Kertas 1 Kertas 2 Kertas 3
Ujian bertulis 26.67% Ujian bertulis 26.67% Ujian bertulis 26.67%
954/4 : Kerja kursus 954/4 : Kerja kursus 954/4 : Kerja kursus

(20%)

MUET 4 Komponen
800/1 Listening 50 minit 25%
800/2 Speaking 30 minit 25%
800/3 Reading 75 minit 25%
800/4 Writing 75 minit 25%

Peperiksaan berlangsung pada sesi kedua (Jun) (SMK Taman Tasik sahaja)

6

PAKEJ MATA PELAJARAN DI SMK TAMAN TASIK

PAKEJ 12 34 5
BIDANG STEM BIDANG SAINS SOSIAL
PENGAJIAN AM // /
MUET // // /
//
MATHEMATICS T // //
CHEMISTRY // // /
PHYSICS /
BIOLOGY //
EKONOMI / //

PENGAJIAN PERNIAGAAN
SEJARAH

BAHASA MELAYU

PERTUKARAN BIDANG KAJIAN

Permohonan pertukaran bidang dikemukakan kepada PPD melalui pengetua dengan syarat;

a) memenuhi syarat seperti yang dinyatakan dalam perkara 3.0 dalam Garis Panduan Kemasukan Murid
Tingkatan Enam Semester 1. [Borang Permohonan Rayuan Tukar Bidang (T6BRTJ)]

b) mendapat ulasan kaunselor sekolah berdasarkan Inventori Minat kerjaya yang telah diisi oleh calon;
dan

c) mendapat sokongan pengetua sekolah

GRED MATA PELAJARAN

Gred Kertas Gred Mata Pelajaran Nilai Gred Mata Status
Pelajaran
A A 4 Lulus Penuh
A- A- 3.67 Lulus penuh
B+ B+ 3.33 Lulus Penuh
B B 3.00 Lulus penuh
B- B- 2.67 Lulus Penuh
C+ C+ 2.33 Lulus penuh
C C 2.00 Lulus penuh
C- C- 1.67 Lulus Sebahagian
D+ D+ 1.33 Lulus Sebahagian
D D 1.00 Lulus sebahagian
F F 0.00
Gagal

7

PENTAKSIRAN

Pentaksiran dilaksanakan melalui peperiksaan akhir berpusat (wajaran 60% - 80%) dan kerja kursus
(wajaran 20% - 40%). Peratusan wajaran adalah berbeza mengikut mata pelajaran. Murid mesti
menduduki peperiksaan akhir berpusat P1, P2, dan P3. Murid juga mesti melaksanakan Kerja Kursus.

Murid akan menerima keputusan peperiksaan setiap penggal. Mereka boleh memperbaiki keputusan
peperiksaan P1 dan P2 dengan menduduki peperiksaan U1 dan/atau U2. Pentaksiran pencapaian murid
dan keputusan peperiksaan adalah berdasarkan ketiga-tiga penggal. Keputusan keseluruhan peperiksaan
STPM adalah kumulatif keputusan terbaik bagi ketiga-tiga penggal seperti yang berikut:

Terbaik [(P1 atau U1) + (P2 atau U2) + P3 + Kerja Kursus]

YURAN

Yuran peperiksaan bagi empat atau/dan lima mata pelajaran adalah percuma bagi calon Sekolah Kerajaan
dan Sekolah Bantuan Kerajaan, kecuali calon sekolah swasta dan persendirian individu.
Peperiksaan Ulangan dikenakan yuran RM50 bagi setiap mata pelajaran.
Peperiksaan MUET dikenakan yuran RM150 (warga negara) dan RM250 (bukan warga) negara sekali
peperiksaan.

PUSAT TINGKATAN 6

Kolej Tingkatan Enam (Mod 1) - sekolah yang mempunyai sekurang-kurangnya 12 kelas yang menempatkan
hanya murid-murid Tingkatan Enam sahaja dan diajar oleh guru-guru akademik yang telah dilantik sebagai
guru Tingkatan Enam.

Mod 2 - sekolah yang mempunyai sekurang-kurangnya 12 kelas, beroperasi di sekolah arus perdana tetapi
di blok atau bangunan yang berasingan. Walau bagaimanapun, Pusat Mod 2 ditadbir oleh Pengetua arus
perdana dengan kerjasama Penolong Kanan Tingkatan Enam.

Mod 3 - sekolah yang mempunyai kurang daripada 12 kelas atau sekolah yang jauh daripada bandar, tiada
kemudahan asrama atau pengangkutan awam, dan beroperasi di sekolah arus perdana.

KOKURIKULUM

Semua murid Tingkatan Enam wajib terlibat dalam aktiviti kokurikulum dan pemarkahan 10 peratus
kokurikulum adalah berdasarkan pengiraan dua markah tertinggi dalam bidang berikut:

1. Kelab/ Persatuan; 3. Badan beruniform
2. Sukan/ Permainan; 4. Tugas-tugas Khas

Kelab / Persatuan Sukan /Permainan Badan Beruniform
Kelab Pelaburan Bijak PNB T6 Kelab petanque T6 Bulan Sabit Merah Malaysia
Kelab Futsal T6 (BSMM)
Kelab STEM Kelab Badminton T6
Kelab boling T6 Persatuan Pandu Puteri Klover
Kelab Bola tampar T6
Kelab Ping Pong T6
Kelab Bola Jaring

8

Pengawas Sekolah Tugas-tugas Khas Majlis Perwakilan Pelajar
Pengawas Pusat Sumber Pengawas Koperasi Sidang Redaksi
Pengawas Dr R Pengawas Kesihatan
Skuad Jebat

PENAMPILAN PELAJAR

Merujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2 Tahun 2014 : Etika Pakaian Murid Tingkatan Enam

HARI CADANGAN PAKAIAN
ISNIN Lelaki – Seluar Slack / Kemeja / Tali leher / Kasut bewarna gelap
Perempuan ;
SELASA Islam : Baju kurung/tudung/ kasut sesuai
RABU - JUMAAT Bukan Islam : Seluar Slack / Blouse / Kasut yang sesuai

Pakaian Sukan : Seluar sukan bewarna hitam / kasut sukan / Tshirt sukan sekolah

Pakaian yang sesuai seperti dalam Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2 Tahun 2014

PENGIKTIRAFAN

Sijil STPM mendapat pengiktirafan daripada Kerajaan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan
Cambridge Assessment England.

9

VISI LAGU SEKOLAH
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK
SEKOLAH MENENGAH TAMAN TASIK
NEGARA SEJAHTERA PENGASUH DAN PENDIDIK
“SMK Taman tasik mengupayakan system UNTUK KAMI SEMUA
Pendidikan yang berkualiti dan berkesan untuk DEMI NEGARA TERCINTA
melahirkan insan cemerlang dari segi intelek,
kognitif, efektif, konatif dan sosial menjadi ILMU PELITA HIDUP KITA
generasi yang dapat menjamin kesejahteraan TEKUN GIGIH BERUSAHA
bangsa dan negara” TANPA MENGIRA BANGSA

MISI UNTUK KITA BERJAYA
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN
BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI SEKOLAH MENENGAH TAMAN TASIK
INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA NAMAMU KAN MENGHARUM
“SMK Taman Tasik komited menyediakan
Pendidikan terbaik demi melahirkan insan bestari DI SELURUH PELOSOK NEGARA
melalui pengajaran dan pembelajaran yang ITULAH CITA-CITA KITA
berkesan merangkumi kurikulum, hal ehwal murid
dan kokurikulum serta pengurusan yang berkualiti AZAM TEKAD USAHA MULIA
bagi memenuhi aspirasi negara” NILAI MURNI HIDUP SEMUA
KAMI AKAN TERUS BERUSAHA
LENCANA SEKOLAH DEMI WAWASAN NEGARA

Kancil
Melahirkan pelajar yang cerdik

Kuning
Mematuhi peraturan (kesetiaan)

Merah
Keberanian

Obor dan Buku
Melahirkan pelajar yang rajin dan mencintai ilmu

Sukan Olimpik
Melahirkan pelajar yang sihat, cergas serta
cemerlang dalam bidang sukan

10

11


Click to View FlipBook Version