The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT MESYUARAT PIBG BIL (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zulamin1811, 2022-06-14 12:17:20

MINIT MESYUARAT PIBG

MINIT MESYUARAT PIBG BIL (1)

SPSK PK 07/3

SK KAMPUNG TUNKU, JALAN SS1/11,
PETALING JAYA, SELANGOR.
BBB8305

MINIT MESYUARAT..............P..I.B...G............................... BIL …1……/TAHUN...2..0..2..2../…20…23…..

Tarikh : ...1..8...M...e..i..2..0..2..1.........................................................
Masa : ...3...0..0...P..e..t.a..n..g...........................................................
Tempat : ...G...o..o..g..le...M...e..e..t........................................................

Kehadiran Ajk Ibu Bapa :
1. Wan Huzaini Bin Wan Hussin
2. Ahmad Shihan Bin Shaharuddin
3. Ariffin Bin Mahaiyuddin
4. Mohamad Nazim Bin Abd Wahad
5. Milda Rayhana Binti Mustafar Kamal
6. Hashimah Binti Hanapi
7. Nurul Syafiqah Binti Zazli
8. Mohan Kumar A/L Vadivelu
9. Khairul Noor Bin Ramli

Kehadiran Ajk Guru :
1. Zulamin Bin Mohdar
2. Nur Alia Hatim Binti Yahaya
3. Abdul Hafiz Bin Seman@Kamaruzaman
4. Muhammad Qushayri Bin Redzuan
5. Siti Zalani Binti Musa
6. Mifzal Bin Marzuki
7. Adila Fadzlyn Binti Ramly
8. Saifuldin Bin Jaafar

Kehadiran Ex Officio :
1. Rosmawati Binti Mat Som - Guru Besar

2. Azean Binti Hashim

Tidak Hadir Bersebab :
1. Khairul Ridzwan Bin Mohd Ibrahim
2. Awanis Binti Ahmad
3. Ezni Suryani Bt Idrus
4. Azlina Shariza Binti Mohd Ghazaly
5. Mangalagowry Ramanathan
6. Budiman Lutfi Bin Mohamed

SPSK PK 07/3

1. UCAPAN ALU-ALUAN

1.1 YDP PIBG : En Wan Huzaini Bin Wan Hussani

- Ucapan Selamat hari raya diucapkan kepada semua ahli yang hadir pada hari ini dan
capan terima kasih kepada semua guru dan ajk ibu bapa yang dapat meluangkan
masa menyertai mesyuarat jawatankuasa PIBG kali ke-1 bagi sesi 2022/2023.

- Ucapan tahniah juga kepada semua ahli jawatankuasa yang baru dilantik bagi sesi
2022/2023.

- YDP memaklumkan PIBG akan menyumbang makanan iaitu satay(5000) dan
aiskrim(1000) serta pemberian cenderahati kepada 22 orang guru bagi sambutan hari
guru dan jamuan raya.

- Pemberian sumbangan ini adalah bertujuan menghargai jasa guru dan meraikan
semua murid SKKT selepas sekian lama tidak mengadakan majlis sebegini ekoran
covid-19.

1.2 Penasihat : Puan Rosmawati Binti Mat Som

- Ucapan selamat hari kepada semua ahli jawatankuasa PIBG dan tahniah kepada
semua AJK PIBG dalam kalangan ibubapa dan guru yang telah dilantik bagi sesi
2022/2023.

- Guru besar memaklumkan bahawa dalam masa terdekat akan dilaksanakan iaitu
sambutan hari guru dan jamuan hari raya aidilfitri pada 20 Mei 2022 (Jumaat).

- Ucapan ribuan terima kasih juga kepada PIBG Sekolah atas sumbangan Hari Guru
Peringkat Negeri Selangor melalui Makan Malam Amal di Royal Chulan pada 19 Mei
2022 (Khamis) sebanyak RM1500.00.

- Ucapan terima kasih kepada PIBG sekolah atas sumbangan makanan dan
sumbangan berbentuk cenderahati kepada 22 orang guru sempena sambutan hari
guru.

- Guru besar menjemput dan mengalu-alukan semua AJK PIBG untuk hadir ke majlis
tersebut.

- Guru besar memaklumkan beberapa cadangan program perlu dibincangkan
antaranya adalah aktiviti gotong-royong, projek tembok dan penebangan pokok.

- Ucapan terima kasih juga kepada Ahli Majlis (MBPJ) yang telah membantu memotong
potong yang menghalang penglihatan lampu isyarat dihadapan sekolah.

- Guru besar memaklumkan kokurikulum telah berjalan sejak minggu lepas dan waktu
balik murid juga mengalami sedikit perubahan terutamanya pada murid tahap 2.

- Guru besar memaklumkan pemakaian pelitup muka adalah wajib di dalam sekolah.

SPSK PK 07/3

2. Pelantikan AJK PIBG

- YDP memaklumkan carta organisasi Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023.
- YDP menjemput kepada semua AJK untuk memperkenalkan diri.

3. Perkara-Perkara Baru

3.1 Sumbangan Wang PIBG

- YDP meminta untuk mengeluarkan surat tentang Kutipan Sumbangan Wang PIBG
sebanyaka RM100.00 bagi setiap keluarga dan akan diedarkan kepada semua
ibubapa SKKT.

Tindakan : Setiausaha/Bendahari

3.2 Ketetapan Asas Waktu Mesyuarat

- YDP memaklumkan hari dan masa mesyuarat pada tahun-tahun sebelum ini
dilakukan pada hari biasa dan bermula sekitar jam 5 hingga 5:30 petang bagi memberi
ruang kepada semua AJK untuk hadir bermesyuarat dan mengelakkan dari
bermesyuarat pada hari minggu.

- YDP mencadangkn tarikh dan masa mesyuarat pada masa akan datang untuk
dilakukan pada hari Rabu atau Khamis dan bermula sekitar jam 5 hingga 5:30 petang
melalui atas talian atau bersemuka, bergantung kepada keadaan. Mesyuarat mungkin
akan diadakan pada hari minggu jika berkeperluan khas. Guru besar dan wakil
ibubapa bersetuju dengan cadangan yang dikemukan dan mengelakkan dari
bermesyuarat pada hari minggu.

Tindakan : Setiausaha

3.3 Projek Wakaf Kipas

- YDP memberitahu Projek wakaf kipas telah dijalankan dengan mengedarkan poster
bagi memberi peluang semua orang untuk berwakaf. Dana yang terkumpul adalah
dalam anggaran RM 4000 lebih.

- Cikgu Hafiz makluman projek ini telah mendapat tajaan dari sumbangan individu.
Anggaran bagi projek kipas lebih kurang RM17K. Penaja adalah dari alumni SKKT.
Buat masa sekarang kita sedang menunggu daripada pihak penaja mengenai jumlah
kipas yg hendak diberi oleh penaja.

SPSK PK 07/3

- YDP memaklumkan seperti yang terdapat didalam edaran poster Wakaf Kipas iaitu
wang lebihan dari projek ini akan disalurkan kepada projek infrastruktur SKKT.

- YDP memaklumkan PIBG akan menanggung kos projek kipas jika pihak penaja
menaja separuh atau kurang daripada anggaran keseluruhan projek ini.

Tindakan : AJK PIBG (Cikgu Hafiz)

3.4 Aircond Makmal Komputer

- Puan Azean mencadangkan untuk menggunakan lebih wang sumbangan wakaf bagi
membeli kipas jenis industrial untuk digunapakai didalam makmal komputer semasa
aktiviti kokurikulum berikut keadaan aircond yang tidak berfungsi dengan baik di
makmal tersebut.

- Guru besar mengesahkan bahawa bilik makmal komputer memang sudah mengalami
masalah aircond.

- YDP akan memberikan no telefon kontraktor aircond kepada pihak sekolah untuk
dihubungi bagi membuat servis aircond.

- YDP meminta untuk pihak sekolah menyenaraikan bilangan aircond yang rosak dan
perlu diservis oleh pihak kontraktor

Tindakan : Pihak Sekolah

3.5 Projek Tangki Air

- YDP memaklumkan mengenai projek tangki air ini telah diluluskan dan dipersetujui
didalam mesyuarat yang lepas. Didalam projek ini, akan menyediakan 4 atau 5 tangki
air besar dibahagian belakang surau. Objektif projek ini adalah untuk memastikan
bekalan air yang cukup untuk sekolah mampu bertahan sekurang-kurangnya 1 minggu
jika berlaku masalah ketiadaan air. Keadaan tangki yang sediada pada Ketika ini
hanya dapat menampung selama setengah hari sahaja Anggaran keseluruhan bagi
projek ini adalah RM18 ribu lebih. Projek ini akan dilaksanakan dalam kadar yang
segera dan akan berlaku penutupan air sementara yang akan dilakukan pada hujung
minggu, tidak menganggu waktu persekolahan.

- YDP memaklumkan En Mohan akan mengetuai bagi menjalankan projek tangki air ini.

Tindakan : MAKLUMAN/AJK PIBG (En Mohan)

3.6 Isu Makanan Kantin

- YDP mencadangkan perlu memberi peringatan tentang harga makan dan menu
tentang makanan. Dicadangkan untuk membuat perjumpaan bagi suaikenal antara

SPSK PK 07/3

pengusaha kantin, pihak sek dan pibg supaya penyediaan makanan lebih baik. Tujuan
perjumpaan ini adalah untuk mengetahui jika terdapat sebarang permasalah yang
dihadapi dan membincangkan cadangan yang sesuai untuk penambaikan kepada
pihak kantin sekolah.
- YDP memaklumkan mendapat aduan tentang kualiti makanan kantin dan terdapat
unsur paksaan dalam pembelian makanan oleh pihak kantin kepada murid.
- Puan Hashimah bertanya adakah menu kantin dicadang dan dipersetujui oleh pihak
sekolah.
- Guru besar menerangkan bahawa pihak kantin sudah ada garis panduan menu
makanan dan sudah diberikan taklimat dalam pelaksaan kantin sekolah. Guru besar
memaklumkan pemilihan kantin ini juga berdasarkan pengalaman dan modal dari
pihak kantin. Selain itu juga, pihak kantin juga sedang mengalami masalah kerana
kekurangan tukang masak.
- Guru besar juga sudah membuat teguran kepada pihak kantin tentang menu makanan
dan mewujudkan kepelbagaian dalam menu makanan.
- YDP mencadangkan untuk membuat perjumpaan Bersama pihak kantin untuk
meningkatkan lagi kualiti makanan pihak kantin.

Tindakan : Pihak Sekolah/AJK PIBG

3.7 Isu Tandas

- Mengenai isu tandas, guru besar memaklumkan sekolah menghadapi masalah
kekurangan pekerja pembersihan dan juga hanya disediakan 3 orang pekerja
pembersihan untuk setiap sekolah.

- YDP mencadangkan supaya pihak sekolah sentiasa memberikan peringatan kepada
pekerja agar kebersihan tandas menjadi keutamaan.

Tindakan : Pihak Sekolah

3.8 Isu Lokar

- YDP memaklumkan bahawa kita sudah mengenalpasti bilangan lokar yang rosak dan
maklumat telah disediakan oleh Puan Azean.

- YDP meminta En Khairul menghubungi kontraktor untuk membuat pembaikan bagi
lokar yang rosak. Kos penyelenggaraan akan diusahakan oleh PIBG.

- YDP memaklumkan telah mendapat persetujuan sebelum ini, iaitu untuk
menwujudkan jawatankuasa lokar dan bermesyuarat untuk menetapkan tatacara
penggunaan lokar.

SPSK PK 07/3

- YDP meminta agar guru kelas menggunakan lokar yang ada dengan kadar yang
segera dan membuat hebahan segera kepada semua guru kelas.

Tindakan : En Khairul/Pihak Sekolah

3.9 Isu Keselamatan Lalulintas

- YDP menyentuh berkaitan isu keselamatan lalu lintas, antaranya adalah kereta tidak
berhenti Ketika lampu merah, murid melintas jalan, kereta ibubapa menghalang
lalulintas dan membuat uturn di hadapan sekolah

- YDP meminta kerjasama dengan pihak sekolah untuk mengeluarkan surat kepada
semua ibubapa tentang keselamatan lalu lintas, antaranya isinya membuat peringatan
supaya ibubapa mengambil anak secara berhemah, tidak berhenti dan uturn ditempat
tidak sepatutnya dan sentiasa patuh kepada lampu isyarat serta tidak membawa laju
di hadapan sekolah.

- YDP memaklumkan telah meminta bantuan pihak polis untuk meronda awasan
sekolah agar lalu lintas terkawal.

Tindakan : Pihak Sekolah

3.10 Permohonan Sumbangan

- En Zulamin memaklumkan terdapat 2 orang murid SK Kampung Berjaya melayakkan
diri ke pertandingan Bahasa Inggeris peringkat Global di London dan berhajat
memohon sedikit sumbangan dari pihak PIBG SKKT

- YDP mencadangkan supaya membuat poster untuk memberi ruang semua ibubapa
membuat sumbangan.

Tindakan : Setiausaha

3.11 Sumbangan Khemah dan Sanitizer

- YDP memaklumkan telah mendapat sumbangan khemah dan sanitizer untuk
kegunaan pihak sekolah dan akan diserahkan dalam masa yang terdekat.

Tindakan : Makluman

3.12 Isu Pusat Sumber Sekolah

- Guru besar memaklumkan Pusat Sumber sekolah pada ketika ini agak uzur
terutamanya pada bahagian bumbung. Penubuhan PSS ini adalah atas usaha dari

SPSK PK 07/3

pihak PIBG sebelum ini. Guru besar juga memaklumkan agak sukar untuk membuat
permohonan pembaikan bangunan PSS kerana bukan dari bangunan kerajaan.
- Guru besar mencadangkan pada masa akan datang untuk mewujudkan satu projek
membuat pembaikan secara menyeluruh kepada Pusat Sumber Sekolah SKKT.

Tindakan : Makluman

4. Penangguhan

- YDP mengucapkan terima kasih kepada ajk ibu bapa dan guru yang telah meluangkan
masa menyertai mesyuarat hari ini dan ucapan tahniah sekali lagi kepada semua AJK
PIBG yang telah dilantik.

- Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.39 petang.

Setiausaha
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah Kebangsaan Kampung Tunku
Sesi 2022/2023
Tarikh diminitkan: 18 MEI 2022


Click to View FlipBook Version