Halaman Utama Isi Kandungan........................... i Sinopsis ...................................1-2 Tema ........................................ 3 Watak dan Perwatakan ............4-5 Persoalan ................................ 6 Plot .......................................... 7 Latar Tempat ........................... 8 Latar Masyarakat ........................... 9 Gaya Bahasa ........................... 10 Nilai & Pengajaran.................... 11 Soalan Kuiz Jawapan ISI KANDUNGAN Peminangan Puteri Gunung Ledang i
Setelah isteri Sultan Mahmud mangkat, baginda mahu Laksamana dan Sang Setia meminang Puteri Gunung Ledang untuk dijadikan permaisuri. Tun Mamat bersama-sama dengan orang Indragiri diberi tugas menebas semak di jalan. Setelah menempuh pelbagai kesukaran dalam perjalanan terutamanya angin yang bertiup kencang, akhirnya Tun Mamat dan Laksamana dan Sang Setia sampai ke separuh perjalanan. Tun Mamat dan orang bawahannya meneruskan perjalanan ke puncak Gunung Ledang , sementara Laksamana dan Sang Setia berehat. Tun Mamat sampai di sebuah taman. Taman ini dihiasi dengan bungabungaan dan buah-buahan. Di samping itu, terdapat juga burung-burung yang bersiul seperti bernyanyi , bersyair, berbait , berseloka, dan bergurindam. Tumbuh-tumbuhan kelihatan seperti mengilai, tersenyum, dan boleh berpantun pula. SINOPSIS Peminangan Puteri Gunung Ledang 1
Tun Mamat ternampak juga akan sebuah balai yang dibuat daripada tulang dan atapnya dibuat daripada rambut manusia. Di situ terdapat seorang perempuan tua bernama Dang Raya Rani. Tun Mamat menyampaikan tujuan kedatangannya, iaitu hendak meminang Tuan Puteri Gunung Ledang untuk Sultan Melaka. Dang Raya Rani sebagai pengetua kepada tuan puteri segera pergi berjumpa dengan Tuan Puteri Gunung Ledang. Sesaat kemudian datanglah seorang perempuan tua yang bongkok berlipat tiga. Perempuan tua itu memberitahu Tun Mamat tentang syarat-syarat yang ditetapkan oleh Tuan Puteri Gunung Ledang, iaitu satu jambatan emas dan satu jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang. Hantarannya pula ialah hati nyamuk tujuh dulang, hati kuman tujuh dulang, air mata setempayan, air pinang muda setempayan , darah raja semangkuk, dan darah Raja Ahmad semangkuk. Tun Mamat pun turun dari puncak Gunung Ledang lalu bertemu dengan Laksamana dan Sang Setia yang menunggu di tengah perjalanan. Mereka pun kembali ke Melaka lalu mempersembahkan syarat-syarat yang dikenakan oleh Tuan Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Mahmud. Sultan Mahmud membatalkan niatnya kerana tidak sanggup memenuhi syarat yang terakhir, iaitu mengambil semangkuk darah Raja Ahmad. Sambungan... Peminangan Puteri Gunung Ledang 2 Sila imbas QR bagi mendapatkanaudio berkaitansinopsis
Tema pemerintah yang mementingkan diri sendiri. Sultan Mahmud digambarkan terlalu mementingkan dirinya tanpa menghiraukan kepentingan rakyat. Beliau telah mengarahkan orang-orangnya untuk ke Gunung Ledang bagi menyampaikan hasratnya. Dengan itu, dapat dilihat bahawa dia hanya mementingkan dirinya sendiri dan tidak mempedulikan segala kesulitan yang dihadapi rombongan peminangan tersebut. Apabila puteri tersebut telah menetapkan syarat peminangan yang luar biasa itu, sultan bersetuju untuk memenuhinya. Baginda tidak langsung memikirkan tentang perkara tersebut. Sebaliknya apabila syaratitu terkena pada diri dan keluarganya sendiri, baginda tidak pula sanggup untuk memenuhinya. Baginda terus membatalkan niatnya. Daripada tindakan itu, dapat dilihat bahawa Sultan Melaka hanya mementingkan diri sendiri. Peminangan Puteri Gunung Ledang 3 TEMA
Peminangan Puteri Gunung Ledang 4 WATAK & PERWATAKAN PUTERI GUNUNG LEDANG Puteri Gunung Ledang digambarkan sebagai seorang gadis yang sangat jelita dan mempunyai kesaktian yang hebat. Beliau juga seorang yang suka bersendirian di puncak Gunung Ledang dan tidak suka terlibat dengan apa yang berlaku di sekitarnya. SULTAN MAHMUD Seorang yang mementingkan diri sendiri kerana baginda memerintahkan Laksamana dan sang Setia pergi meminang Puteri Gunung Ledang tanpa memikirkan kesulitan yang dihadapi oleh utusan peminangan itu.
NENEK BONGKOK TIGA Peminangan Puteri Gunung Ledang 5 Sambungan... TUN MAMAT LAKSAMANA DAN SANG SETIA Seorang yang sungguh taat kepada sultan. Beliau sanggup menjalankan perintah sultan yang berat iaitu untuk meminang Puteri Gunung Ledang. Dalam melaksanakan tugasnya itu, Tun Mamat rela memperlihatkan sifat yang berani dan bertanggungjawab kepada perintah Sultan Mahmud. Mereka digambarkan sungguh taat akan perintah Sultan Mahmud dan sanggup menempuh pelbagai cabaran untuk ke Gunung Ledang kerana perjalanannya amat sukar. Dia digambarkan seperti seseorang yang berkebolehan luar biasa kerana boleh ghaib atau melenyapkan diri setelah berkata-kata dengan Tun Mamat.
PERSOALAN Peminangan Puteri Gunung Ledang 6 Persoalan ini jelas dapat dilihat melalui watak Laksamana dan Sang Setia. Mereka tidak membantah tinta Sultan untuk meminang Puteri Gunung Ledang walaupun kedua-duanya belum pernah melihat puteri itu dan tidak tahu tempat tinggalnya. 01 TAAT SETIA 02 KEBIJAKSANAAN Persoalan ini dapat dipancar melalui watak Puteri Gunung Ledang. Beliau enggan menjadi permaisuri Sultan Melaka lalu telah mengenakan syarat yang luar biasa dan tidak mungkin dapat dipenuhi oleh sultan. 03 KASIH SAYANG Persoalan ini timbul apabila Sultan Mahmud tidak mahu mengambil darah anaknya, Raja Ahmad untuk memenuhi syarat peminangan itu atas dasar kasih sayang. Dia sanggup membatalkan niatnya kerana kasih akan anakandanya.
01 PERMULAAN PLOT Sultan Mahmud kehilangan permaisurinya dan berhajatuntuk meminangPuteri GunungLedang selepas mendapatcadangan dari bendahara dansegala orang besarnya 02 PERKEMBANGAN Sultan Mahmud menitahkanTun Mamat, Laksamana dan Sang Setia untuk meminangPuteri Gunung Ledang. Mereka menempuhpelbagai rintangansewaktu mendaki Gunung Ledang 03 PERUMITAN RombonganPeminangan Sultan Melaka selamat tiba dipuncak GunungLedanglalu berjumpa denganseorangnenek bongkok tigayang berkata dirinya membawa titah dari Puteri GunungLedangyang baginda akan menerimapinangan Sultan Mahmud sekiranya baginda Sultan mampu memenuhi syarat: 04 PELERAIAN Sultan Mahmud yangtelah membuat keputusanyang bijakiaitu menangguhkanpeminanganPuteri GunungLedangkerana syarat-syarat yangluar biasa. SAMBUNGAN Syarat: Sebuahjambatanemas dibina dari Istana Melakahinggakepuncak GunungLedang, 7 dulanghatinyamuk, 7 dulanghatikuman, 7 tempayanair mata anak dara, 7 tempayanairpinang muda dansemangkuk darahRaja Muda Peminangan Puteri Gunung Ledang 7
LATAR TEMPAT Peminangan Puteri Gunung Ledang 8 GUNUNG LEDANG RAJA MEMUTUSKAN UNTUK MEMINANG DENGAN PUTERI GUNUNG LEDANG DENGAN MENITAH TUN MAMAT, LAKSAMANA DAN SANG SETIA SERTA ORANG UNTUK PERGI KE GUNUNG LEDANG. PERJALANAN KE GUNUNG LEDANG MEMPUNYAI PELBAGAI CABARAN DAN RINTANGAN YANG BANYAK. TAMAN GUNUNG LEDANG TUN MAMAT MEMASUKI TAMAN YANG TERLALU INDAH PERBUATANNYA LALU TERNAMPAK SEORANG PEREMPUAN TUA YANG MENGAKU SEBAGAI TUHAN PUTERI GUNUNG LEDANG. MELAKA SETELAH MENDENGAR PEMINTAAN PUTERI GUNUNG LEDANG UNTUK PEMINANGAN TUN MAMAT DAN ORANG-ORANGNYA KEMBALI KE MELAKA UNTUK MENGHADAP SULTAN MELAKA UNTUK MENYAMPAIKAN PERKARA TERSEBUT.
Peminangan Puteri Gunung Ledang 9 LATAR MASYARAKAT MASYARAKAT YANG MENGAMALKAN ADAT MELAYU MASYARAKAT YANG TAAT KEPADA PEMIMPIN Sultan Mahmud memutuskan untuk meminang Puteri Gunung Ledang sebagai isterinya. Tun Mamat sangat taat kepada Sultan sehingga sanggup menjalankan perintah Sultan tidak kira apa jua keadaan.
GAYA BAHASA Peminangan Puteri Gunung Ledang 10 Simbolik dalam Sulalatus Salatin Pembaca dapat mengesani maksud atau makna yang ingin disampikan oleh pengarang berdasarkan imej-imej atau simbol yang diungkapkan melalui unsur bahasa tertentu. Malah wujud makna-makna simbolik di sebalik katakata tertentu sehingga berhasil pula meningkatkan martabat dan nilai karya itu sendiri. Contoh teks dalam peristiwa peminangan Puteri Gunung Ledang ialah:- “Jikalau raja Melaka hendakkan aku, perbuatlah aku jambatan emas satu, jambatan perak satu, dari Melaka datang ke Gunung Ledang itu. Akan peminangnya hati nyamuk tujuh dulang, hati kuman tujuh dulang, air mata setempayan, air pinang muda setempayan, darah anak raja yang bernama Raja Ahmad itu semangkuk…”
Peminangan Puteri Gunung Ledang 11 NILAI & PENGAJARAN PATUH PADA RAJA BERANI MENEMPUH CABARAN BIJAK MEMBUAT KEPUTUSAN KERJASAMA DAN PERMUAFAKATAN Rakyat hendaklah mematuhi perintah raja atau pemerintah dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Keberanian utusan peminangan telah menyebabkan mereka berjaya tiba di puncak Gunung Ledang. Sultan Mahmud yang telah membuat keputusan yang bijak iaitu menangguhkan peminangan Puteri Gunung Ledang kerana syarat-syaratyangluar biasa. Rombongan Peminangan Sultan Melaka selamat tiba di puncak Gunung Ledang setelah bekerjasama menempuh pelbagai cabaran diperjalanan.
Berikut merupakan antara 7 permintaan yang dikemukakan oleh Puteri Gunung Ledang kecuali 1. A. 7 dulang hati nyamuk B. Sebuah jambatan emas dari Gunung Ledang ke Melaka C. 7 tempayan air kelapa muda D. Semangkuk darah Raja Muda Melaka 4. Apakah ciri-ciri khusus Puteri Gunung Ledang yang menarik perhatian Raja Ahmad untuk meminangnya? A. Kebolehan sihir B. Kelembutan hati C. Kecantikan luar biasa D. Keanggunan luar biasa 7. Jelaskan dua nilai yang terdapat dalam Peminangan Puteri Gunung Ledang. 2. Sultan Mahmud Syah diperintahkan untuk memenuhi semua permintaan jika ingin meminang Puteri Gunung Ledang. Kesemua syarat yang diperintahkan telah berjaya baginda penuhi, kecuali A. Jambatan emas dari Melaka ke Gunung Ledang B. Semangkuk darah Raja Ahmad C. 7 tempayan air mata anak dara D. 7 dulang hati hama 5. Berikut merupakan nilai dan pengajaran yang boleh diambil dari kisah Puteri Gunung Ledang kecuali A. Tabah dan berani B. Bijak membuat keputusan C. Tidak mengikut perintah Raja D. Kerjasama 6. Berikan bukti yang menunjukkan persoalan taat setia kepada pemerintah yang terdapat dalam Peminangan Puteri Gunung Ledang. SOALAN KUIZ 3. Siapakah gerangan yang diperintahkan oleh Sultan Mahmud untuk ke puncak Gunung Ledang bagi meminang Puteri Gunung Ledang? A. Hang Tuah B. Tun Mamat C. Hang Jebat D. Pak Pandir Objektif & Struktur 8. Jelaskan dua latar masyarakat yang terdapat dalam peristiwa Peminangan Gunung Ledang berserta contoh?
9. Pada pendapat anda, mengapakah Puteri Gunung Ledang meletakkan syaratsyarat tertentu kepada Sultan Mahmud yang ingin meminangnya? SAMBUNGAN SOALAN KUIZ Sila imbas QR bagi mendapatkanjawapan kepada soalankuiz 10. Berdasarkan petikan teks Puteri Gunung Ledang di atas, nyatakan dua jenis gaya bahasa dan berikan justifikasi anda. (6 markah) (kemahiran menganalisis, elemen gaya bahasa). Petikan rujuk imbas QR di bawah
05 NUR INTAN ZURINAH BINTI MUHAMMAD ZURIN D20211098962 03 04 06 DISEDIAKAN OLEH: 01 02 05 07 08 09 10 PUTRI NAJWA BINTI MOHD DIAH D20211098953 NOR FATIHAH BINTI KHALILI D20211098659 KOH KAI NI D20201095185 AEDWINA MUNIRAH BINTI AEDWING D20202096822 NURUL AFIQAH BINTI MOHAMAD ROSLI D20201094201 NORNABILAH BINTI MA’AROH D20201094297 SITI NUR AISHAH BINTI MOHD KHALID D20201095284 JENNIFER KIMNUS RABI’ATUL AMIRA BINTI AHMAD D20211098664 D20202097509