The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Pusat Kebudayaan UPSI, 2019-12-10 02:21:34

BULETIN RENTAK BITARA BIL.5 3/2019

PENERBITAN KETIGA TAHUN 2019

BITARAR E N T A K 9102/3 5 .LIB

BULETIN PUSAT KEBUDAYAAN

BENGKEL INDUSTRI
KREATIF :
STAGE LIGHTING

DE'T3 JOHAN
RENTAK BITARA
MAKUM 2019

LAGENDA
JAMBATAN
TAMPARULI

SIDA N G ED ITO R 2BULETIN RENTAK BITARA | BIL.5 3/ 2019

PENAUNG STAF
NURFAIZAL FARIZ SAHDAN PUSAT KEBUDAYAAN UPSI

KETUA EDITOR PEN GARAH
MOHD HALIM MAT ZAKI
NURFAIZAL FARIZ SAHDAN
EDITOR Emel : [email protected]
MOHD. FAHMI MOHD. YUNUS No.Tel : 05-450 5308
AHMAD SYAHIR ROSLI
CHERISMAY DUIL PEGAW A I KEBU DAYA A N B 41
JEFFERY GALAU ONG
ANUAR BORHAN MOHD. HALIM MAT ZAKI
MOHD. SHARIFUDDIN Emel : [email protected]
MOHAMED HUSSAIN No. Tel : 05-450 5446

JURU FOTO PEGAW A I KEBU DAYA A N B 29
MOHD FAHMI MOHD.YUNUS
AHMAD SYAHIR ROSLI MOHD. ISMAIL MOHD. ZIN
MUHAMMAD FAKHRUN HANIF Emel : [email protected]
ABD. HAMID No.Tel : 05-450 5445
MOHD AZUWAN MAT ZULKIPLI
ANUAR BORHAN A H L I M U Z IK B 29
MOHD. SHARIFUDDIN MOHAMED
HUSSAIN ANUAR BORHAN
Emel : [email protected]
KONSEP REKA BENTUK, No. Tel : 05-450 5427
REKA LETAK & SUSUN ATUR
MOHD. FAHMI MOHD. YUNUS PEGAW A I KEBU DAYA A N B 29

MUHAMMAD FAKHRUN HANIF ABD. HAMID
Emel: [email protected]
No.Tel: 05-450 5434

PEGAW A I K EB U D AYA A N B 19

MOHD. FAHMI MOHD. YUNUS
Emel : [email protected]
No. Tel : 05-450 5426

PEGAW A I K EB U D AYA A N B 19

MOHAMMAD ASRI OTHMAN
Emel : [email protected]
No. Tel : 05-450 5335

PEGAW A I K EB U D AYA A N B 19

MUHAMMAD SAFWAN ABDILLAH B. SAIDON
Emel : [email protected]
No. Tel : 05-450 5335

PEM BA N T U TA D B IR N 28

MOHD. AZUWAN MAT ZULKIPLI
Emel : [email protected]
No. Tel : 05-450 5326

PEM B A N T U O PERA SI N 11

MOHD. SHARIFUDDIN MOHAMED HUSSAIN
Emel : [email protected]
No. Tel : 05-450 5426

KATA ALUAN 3BULETIN RENTAK BITARA | BIL.5 3/ 2019

Assalamualaikum W.B.T,

Dewasa ini ramai mahasiswa dan mahasiswi mula
menceburi bidang keusahawanan pengurusan acara.

Bidang ini merupakan bidang baru yang boleh
diperkembangkan di Malaysia. Banyak syarikat
pengurusan acara yang telah beroperasi sekarang
termasuk di universiti. Sememangnya seorang bakal
pendidik perlu tahu bidang ini kerana ia merupakan salah
satu kepentingan dalam pengurusan acara. Ketika di
universiti lagi mereka perlu melibatkan diri dalam pelbagai
projek atau program universiti untuk menambah baik
aspek pembentukan personaliti seorang usahawan

pengurusan acara yang baik.

Antara strategi yang boleh diambil oleh bakal pendidik
adalah :

- Sentiasa menawarkan diri untuk menjadi ahli NURFAIZAL FARIZ SAHDAN
jawatankuasa projek tertentu
PENGARAH
- Apabila memegang jawatan dalam kolej atau PUSAT KEBUDAYAAN UPSI
peringkat fakulti, sentiasalah memikirkan untuk
melaksanakan aktiviti yang sihat bagi kemajuan
organisasi.

- Belajar menyediakan kertas kerja yang baik untuk
mendapatkan kelulusan pihak pengurusan.

- Banyak mengadakan tinjauan terhadap syarikat
pengurusan acara sedia ada dan melihat cara
mereka untuk terus bertahan dalam perniagaan
yang diceburi

KANDUNGAN

04 09

WARISAN CENDERAWASIH UPSI PUSAT KEBUDAYAAN TAWAR
CEMERLANG DI BUMI JELAPANG PADI STUDIO LATIHAN KEPADA
MASYARAKAT MUALLIM
05
10
DE' T3 TAWAN PENTAS CONVEX
KARYAPELAJAR: LAGENDA
06 JAMBATAN TAMPARULI

BENGKEL INDUSTRI KREATIF : 12
STAGE LIGHTING
KARYAPELAJAR: SAPE,ALUNAN
07 MUZIKTRADISIONALBORNEO

DE' T3 JOHAN RENTAK 13
BITARA MAKUM 2019
ALUMNISENIBUDAYA
08 (SENITARI)| ISMADIMOHDARSAD

EM'BASHEER GAGAH DI 15
PERTANDINGAN NASYID
KAKON KE-47 INFOBUDAYA| MAHSURI& SUMPAH
TAPAH,BUDU& BUNGACHICA

4 BULETIN RENTAK BITARA | BIL.5 3/ 2019 PRO GRA M

WARISAN CENDERAWASIH UPSI
CEMERLANG DI BUMI JELAPANG PADI

Oleh : M oh d. Sh ar if u ddin M oh am ed Hu ssain
[email protected]

Sintok, Kedah ? Membawa tema ?Seni dan
Budaya Pembangunan Insaniah?, telah
berlangsungnya Pertandingan Dikir Barat
MAKUM 2019 pada 22 September 2019 di
Pentas Utama Dataran Budaya ,Universiti
Utara Malaysia, Kedah. Sebanyak 8
kumpulan menyertai pertandingan
tersebut. Mereka perlu membawakan 6
buah lagu dikir iaitu Karut Yen Ki (Yenki
pendek atau Yenki panjang), Karut Cepat
(Karut Kelantan), Karut Pathani, Karut
Matang/ Bebas/ Kreatif dan Lagu Wau
Bulan atau lagu penyudah mengikut tema
yang diberikan.

Pertandingan anjuran Jawatankuasa
Kepimpinan dan Pembangungan Siswa
(JKPS),INASIS Tradewinds dengan
kerjasama Pusat Budaya dan Seni UUM ini
menampilkan juri-juri professional dalam
seni muzik Dikir Barat iaitu Cikgu Sulizi Che
Awang (IPG Terengganu) selaku ketua juri
dan dibantu oleh dua lagi juri dari Istana
Budaya iaitu Mohd Azli Othman dan Mohd
Shahril Akla.

Warisan Cenderawasih UPSI beraksi
cemerlang di bumi Jelapang Padi berkat
usaha daripada 25 ahli kumpulan yang
hanya menjalani latihan dalam masa
seminggu setelah segala persiapan rapi
untuk lagu dan gaya awak-awak dirancang
sebelum latihan dijalankan. Mereka
berjaya meraih gelaran johan yang
membawa pulang wang tunai berjumlah
RM 3000 berserta trofi. Selain itu mereka
juga mendapat pengiktirafan dalam
Anugerah Khas Tok Juara Terbaik dan
Tukang Karut Terbaik yang membawa
pulang wang tunai RM 100 berserta trofi
untuk setiap anugerah.

PRO GRA M BULETIN RENTAK BITARA | BIL.5 3/ 2019 5

DE' T3 TAWAN PENTAS CONVEX

Oleh : Anuar Bor han

[email protected]

Minden, Pulau Pinang ? Pada 29 September lalu
Pusat Kebudayaan telah menghantar penyertaan
pelajar ke Pertandingan Akustika Convex yang
berlangsung di Pentas Utama Tapak Konvokesyen,
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Pertandingan
yang berkonsepkan akustik ini telah menyaksikan
persembahan yang mantap dari 7 kumpulan yang
menyertai. Penyertaan seramai 6 orang daripada
kumpulan De' T3 ini mempertaruhkan lagu ?Saya Anak
Malaysia?dan ?Standing in the eyes of the world?yang
telah digubah serta diberi nafas baru mengikut konsep
dan syarat pertandingan.

Mereka berjaya menawan hati juri dengan gubahan
lagu yang menurut mereka sebuah gubahan serta
persembahan yang cukup kemas dan bersahaja.
Mereka berjaya merebut gelaran johan serta
dinobatkan Anugerah Persembahan Terbaik dan
Anugerah Vokal Terbaik yang membawa pulang wang
tunai berjumlah RM 1200.00 untuk johan manakala RM
200.00 untuk Anugerah Persembahan Terbaik
manakala Anugerah Vokal Terbaik membawa pulang
?plague?.

6 BULETIN RENTAK BITARA | BIL.5 3/ 2019 PRO GRA M

BENGKEL INDUSTRI KREATIF :
STAGE LIGHTING

Oleh : M oh d. Fah m i M oh d. Yu n u s
[email protected]

Tanjong Malim - Pada 30 November lalu berlangsungnya
Bengkel Industri Kreatif : Stage Lighting bertempat di
Dewan Kuliah J, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI.
Bengkel yang disertai oleh 55 peserta itu dianjurkan oleh
Kelab U-Tech-kelab teknikal persembahan dibawah
kelolaan Pusat Kebudayaan UPSI.

Bengkel pada kali ini telah dikendalikan oleh
En.Airi Semin, Senior Technical Person di MSLTT Logistic
Sdn. Bhd. Beliau berpengalaman lebih 15 tahun dalam
bidang pencahayaan pentas dalam indsutri di Malaysia.

Fokus utama bengkel kali ini adalah memberi
pendedahan secara asas berkaitan jenis-jenis lampu yang
sering digunakan untuk persembahan pentas. Para
peserta juga dibahagikan mengikut kumpulan dan
diberikan tugasan amali pemasangan lampu dan
menggunakan lighting board untuk programming ringkas.
Mereka turut dibantu oleh ahli Kelab U-Tech untuk
tugasan berkumpulan,

Ketika ditanya tentang sambutan bengkel pada
kali ini Mohd Ibrahim Mohd Soleh mengulas "
Alhamdulillah penganjuran pada kali ini saya dapati para
peserta sangat teruja apabila diberi peluang untuk
merasai pengalaman sebagai seorang lighting programmer
. Selain itu bengkel turut dimeriahkan lagi dengan kuiz
interaktif berkenaan topik pada hari ini yang boleh
dimainkan melalui telefon bimbit dan diakses melalui
kahoot.it dan para pemenang diberikan hadiah untuk
setiap kategori. InshaAllah pada tahun hadapan kita akan
anjurkan pada skala yang lebih besar dan suntik lebih
mendalam berkaitan teknikal stage lighting " - pengarah
program bagi bengkel tersebut.

Bengkel tamat pada jam 2 petang dan diakhiri
dengan sesi penyampaian hadiah dan fotografi para
peserta bersama ahli jawatankuasa dan penceramah.

PRO GRA M BULETIN RENTAK BITARA | BIL.5 3/ 2019 7

DE' T3 JOHAN RENTAK BITARA MAKUM 2019

Oleh : Anuar Bor han
[email protected]

Bat u Pahat , Johor ? Kemas. Satu perkataan yang
boleh memberi gambaran kepada kualiti yang dimiliki
De'T3. Pada 5 Oktober lalu berlangsungnya Rentak
Bitara MAKUM 2019 di Pentas Utama FEStKUM 2019,
Universiti Tun Hussein Onn.

Pertandingan berkonsepkan ?battle of the band? itu
menyaksikan pertembungan antara 17 kumpulan dari
universiti awam yang bertanding bagi merebut gelaran
johan. Tema pertandingan adalah medley Tribute to
Pakngah dan genre etnik kreatif. De'T3 membawakan
lagu yang berjudul ?Melawan Arus,Kurik Kundi dan
Pohpaleh?dengan gubahan baharu.

Selaku jurulatih dan pegawai pengiring
kumpulan tersebut En. Anuar Borhan, Ahli Muzik di
Pusat Kebudayaan mengulas ;

? Kami telah membuat persiapan yang rapi untuk
pertandingan ini dari segi gubahan lagu dan gaya
persembahan. Walaupun ahli kumpulan terdiri daripada
pelajar FMSP, kami menggunakan kaedah gubahan
tradisional iaitu bincang dan ulang bahagian lagu
tersebut seterusnya cantumkan hingga menjadi sebuah
lagu yang lengkap. Pada pendapat saya, kaedah
sebegini lebih efektif untuk membina kemahiran
muzikaliti mereka dan sebagai persediaan untuk
menempuh industri yang memerlukan cara kerja yang
lebih pantas selain menggunakan notasi.?

De'T3 berjaya mendapat johan dan turut merangkul
tiga anugerah iaitu Pemain Drum Terbaik , Anugerah
Vokalis Terbaik dan Anugerah Instrumentalis Terbaik.

8 BULETIN RENTAK BITARA | BIL.5 3/ 2019 PRO GRA M

EM'BASHEER GAGAH DI
PERTANDINGAN NASYID KAKON KE-47

Bangi, Selangor - 2 November lalu telah berlangsungnya Oleh : M oh d. Fah m i M oh d. Yu n u s
Pertandingan Nasyid IPT sempena Karnival Konvokesyen [email protected]
UKM Ke-47 di Pentas Utama Karnival Konvokesyen Ke-47
(KaKon 47) Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sebanyak 8 kumpulan yang terdiri daripada pelbagai
universiti awam dan institusi menyertai pertandingan ini.
Mempertaruhkan lagu berjudul Warisan Pejuang ciptaan
mereka sendiri, Em'Basheer tampil segak bergaya umpama
pahlawan dengan busana berkonsepkan pahlawan Melayu.
Setelah melihat kesemua kumpulan yang bertanding,
pendapat penulis penampilan dan lagu terbaru mereka
tidak terlalu progresif seperti kumpulan lain tetapi isi
kandungan lirik berserta instrumentasi yang digunakan
memudahkan proses lapisan vokal untuk setiap ahli dan
juga kena pada konsep serta kehendak juri.
Em'Basheer diberi tunjuk ajar oleh En. Muhammad Fakhrun
Hanif Abd. Hamid selaku jurulatih. Em'Basheer juga turut
membawa pasukan penyokong seramai 14 orang yang
terdiri daripada mahasiswa Fakulti Bahasa & Komunikasi,
Fakulti Sains Kemanusiaan, Fakulti Sains & Matematik &
Fakulti Pembangunan Manusia .

Berikut merupakan keputusan penuh pertandingan :

- JOHAN :Lasykar Khaleefa (Universiti Kebangsaan
Malaysia)

- NAIB JOHAN : Zulfan (Universiti Malaya)
- KETIGA : Em'Basheer (Universiti Pendidikan Sultan

Idris)

ANUGERAH EMAS :
- The Virtous (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)
- Baraqah Beggars (Universiti Malaysia Pahang)
- Putra Nahwan (Universiti Putra Malaysia)

ANUGERAH PERAK :
- D-Moment (Universiti Teknikal Malaysia Melaka)
- Head One (Universiti Sains Malaysia)

Foto- foto
Em 'Basheer
sepanjang
pertandingan
(soundcheck &
p ersem b ahan)

IN FO BULETIN RENTAK BITARA | BIL.5 3/ 2019 9

PUSAT KEBUDAYAAN TAWAR STUDIO
LATIHAN KEPADA MASYARAKAT MUALLIM

?Inspiring Through Culture?, moto yang cukup untuk Oleh : M oh d. Fah m i M oh d. Yu n u s
menggambarkan fokus Pusat Kebudayaan dalam memberi [email protected]
inspirasi serta mengajak warga UPSI dan sekitar Tanjong
Malim bergiat aktif dalam seni budaya. Kami menyediakan STUDIO
beberapa saluran jaringan masyarakat melalui W INGS
program-program CSR, kerjasama dalam penganjuran
program dan perkhidmatan. Sejajar dengan usaha tersebut STUDIO
kami merasakan perkhidmatan studio latihan muzik P.RAMLEE
merupakan salah satu usaha yang baik dalam merapatkan
hubungan dengan masyarakat setempat.

Terdapat tiga studio latihan yang kondusif dan selesa pada
harga yang berpatutan iaitu :

· Studio P.Ramlee (Kombo)

· Studio W ings (Kombo)

· Studio Caliph Buskers (Akustik)

Setiap bilik dilengkapkan dengan peralatan yang berlainan
mengikut kadar sewaan yang telah ditetapkan iaitu RM 25
(sejam) untuk Studio P.Ramlee, RM 15 untuk Studio W ings dan
Studio Caliph Buskers. Caj yang dikenakan adalah untuk warga
luar. Berbeza dengan warga UPSI samada pelajar mahupun
staf kami menawarkan diskaun istimewa untuk sewaan studio
iaitu RM 20 untuk Studio P.Ramlee, RM 10 untuk Studio W ings
dan Studio Caliph Buskers.

?Kami jamin anda akan berpuas hati dengan perkhidmatan
yang kami sediakan kerana peralatan yang kami sediakan
adalah antara yang terbaik dalam daerah Muallim ini. Pada
kadar serendah RM20 anda boleh berlatih menggunakan
peralatan berkualiti seperti Mesa Boogie, Marshall, SW R,
KORG dan Roland. Hasil tinjauan saya di studio sekitar Kuala
Lumpur yang menyediakan peralatan seperti ini cajnya sekitar
RM30 ke atas.? Ujar En. Anuar Borhan, Ahli Muzik di Pusat
Kebudayaan.

Untuk senarai penuh peralatan di studio latihan, sila rujuk di
laman web rasmi Pusat Kebudayaan UPSI di alamat
www.kebudayaan.upsi.edu.my. Sebarang pertanyaan berkaitan
studio ataupun untuk menempah anda boleh menghubungi
En. Anuar Borhan di talian 013 5967 252 atau En. Mohamad Asri
Othman di talian 011 2427 8892.

10 BULETIN RENTAK BITARA | BIL.5 3/ 2019 KARYA PELAJAR

LAGENDA JAMBATAN TAMPARULI

Oleh : Ch er ism ay Du il
ch er ism aylakasa07@gm ail.com

Jambatan Tamparuli merupakan sebuah lagenda yang
menarik dan sering meniti dari mulut ke mulut masyarakat
Sabah sehinggalah hari ini. Bahkan, orang Semenanjung juga
mengetahui cerita Jambatan Tamparuli ini.

Pada tahun 1950 seorang pegawai British yang
bernama Robinson telah diberi tanggungjawab untuk
membina jambatan Tamparuli agar dapat meringankan
kerja-kerja pihak British dan memudahkan penduduk sekitar
Tamparuli untuk datang ke Pekan Tamparuli. Namun, setiap
kali banjir besar (lumpadang) pasti jambatan ini roboh. Ini
membuatkan pihak atasan Robison tidak percaya bahawa
Robinson dapat menunaikan tanggungjawab yang diberikan
kepadanya. Perkara itu membuatkan Robinson risau
jawatannya dilucutkan atau diturunkan pangkat oleh pihak
atasan.

Ada seorang gadis kampung bernama Solungkoi yang sangat
menawan (sumandak) tinggal disitu. Disebabkan gadis itu
perawan dan elok paras wajahnya, Robinson jatuh hati
padanya. Tetapi pada masa yang sama, seorang lelaki (tanak
wagu) yang bernama Intang juga jatuh hati kepada Solungkai.
Namun cintanya hanya bertepuk sebelah tangan sahaja
kerana Solungkai memilih Robinson.

Oleh kerana jambatan yang dibina selalu roboh, Robinson
mengarahkan Intang untuk mencari puncanya. Pada waktu itu,
penduduk masih lagi mempercayai Tombuakar (hantu air).
Intang pun pergi berjumpa dengan odu-odu (wanita tua pakar
dalam perubatan dan ilmu ghaib) untuk mencari jalan
penyelesaian. Odu-odu memberitahu bahawa Tombuakar
(hantu air) marah kerana kawasan tempat tinggalnya telah
diceroboh. Tombuakar meminta seorang wanita cantik
(Sumandak) dan perawan untuk ditanam hidup-hidup sebagai
penebus kesalahan mereka. Dengan itu, Intang meyakinkan
Odu-odu untuk memutuskan bahawa Solungkai harus
dikorbankan.

Setelah Robinson mengetahui hal tersebut, dia berasa
sedih dan serba salah. Namun, dia terpaksa bersetuju kerana
dia lebih mengutamakan pangkat dan jawatannya. Robinson
pun membuat satu keramaian sempena memperbaiki
jambatan Tammparuli. Tetapi itu adalah satu muslihat untuk
memabukkan Solungkai agar mudah untuk dijadikan korban
kepada Tombuakar.

1

KARYA PELAJAR BULETIN RENTAK BITARA | BIL.5 3/ 2019 11

Setelah Solungkai dan penduduk kampung
mabuk dan tidak sedarkan diri, Solungkai
dibawa ke Jambatan Tamparuli. Apabila
Solungkai sedar dari mabuk, dia sudah
diikat di cerucuk jambatan dan diturunkan.
Oleh kerana permintaan Tombuakar
mahukan korbannya ditanam hidup-hidup,
Solungkai tidak dibunuh sebaliknya ditanam
hid up - hid up .

Ketika Solungkai diturunkan ke dalam
sungai, dia mula meraung dan menangis
namun ia tidak didengari oleh orang
kampung kerana semua sudah mabuk dan
tidak sedarkan diri. Solungkai pasrah dan
sempat membuat satu permintaan bahawa
Jambatan Tamparuli tidak akan kukuh
selagi tidak mengorbankan Robinson.
Robinson menyedari bahawa perbuatannya
itu salah dan menyesalinya.

Dia mengukir nama Solungkai di
atas sekeping plat besi dan melekatkannya
di ceurucuk jambatan dimana Solungkai
ditanam. Selepas itu, Robinson membunuh
diri dengan membiarkan dirinya dilemaskan
oleh Tombuakar.

2

12 BULETIN RENTAK BITARA | BIL.5 3/ 2019 KARYA PELAJAR

SAPE

Alunan Muzik
Tr ad isio n al
Borneo

Oleh : Jef f er y Galau On g
er yjef f 868@gm ail.com

Sape?, turut juga disebut sebagai sampe?(sampek) dan
sambe?(sambek) merupakan sebuah alat muzik kordofon
yang berasal dari kaum Orang Ulu terutamanya kaum
Kenyah dan Kayan. Kenyataan ini dibuktikan apabila
kehadiran pemain sape?legenda yang digelar Masters of
the Sarawakian Sape? iaitu Tusau Padan, berbangsa
Kenyah yang telah memperkenalkan sape? kepada
masyarakat Sarawak dan peringkat antarabangsa. Selain
itu, Jerry Kamit juga seorang pemain sape?berbangsa Iban
yang terkenal. Alat muzik ini juga sering digunakan oleh
kaum etnik lain seperti Iban, Dayak dan Kelabit.

Sape? ini tidak jauh bezanya dengan Jerry Kamit , maestro Sape di Sarawak yang mempopularkan alat
instrumen-instrumen bertali lain kerana bentuknya seperti muzik Sape di peringkat antarabangsa
gambus panjang bertali empat. Badannya panjang dan
berbentuk hampir empat segi dan diperbuat dari kayu
jokuvang ataupun kayu meranti. Badan sapeh biasanya
diperbuat daripada satu batang pokok, dengan banyak
alatan moden mencecah sehingga sepanjang satu meter.
Di permukaan sape? ini kebiasaannya didapati ukiran
bermotif Orang Ulu di Sarawak serta diwarnakan samada
merah atau hitam.

Apa yang membezakan sape?dan instrumen lain
seperti gitar dan gambus adalah penalaannya. Sape?yang
sering kita lihat mempunyai 4 tali dan ada juga yang bertali
5 atau lebih. Namun demikian, Sape? ini unik kerana ia
mengguna tali dengan pic paling tinggi sebagai
pemegang melodi dan tali yang selebihnya akan
memainkan ?root note?. Antara keunikan sape? yang lain
adalah ton bunyi yang dihasilkan. Sape? menghasilkan
bunyi yang lembut dan merdu mengalunkan irama yang
mengasyikkan sesuai dengan latar belakang hutan tropika
di Borneo.

Pada asalnya, alat muzik Sape? ini dimainkan untuk
upacara ritual dirumah panjang. Namun setelah
mengalami perubahan masa, ia telah berubah menjadi
alat muzik untuk hiburan dan kegiatan sosial seperti
iringan untuk tarian tradisional etnik kepulauan Borneo
seperti Ngajat dan Datun Julud . Gubahan muzik oleh alat
ini divariasikan mengikut acara-acara keramaian tertentu
seperti perkahwinan, kelahiran, pesta menuai serta
selalunya diturunkan daripada generasi lama ke generasi
baru.

Alat muzik ini telah diberi perhatian daripada penggemar
muzik tradisional kerana alunan melodi yang tenang dan
mengasyikkan ini. Malah, inovasi terbaru iaitu sape?
elektrik(menggunakan pickup gitar elektrik) juga telah
dicipta untuk menarik generasi muda bermain alat muzik
ini.

ALU M N I SEN I BU DAYA BULETIN RENTAK BITARA | BIL.5 3/ 2019 13

al umni seni budaya
(seni t ar i)

Oleh : M oh d Fah m i M oh d Yu n u s
[email protected]

Baru-baru ini penulis berkesempat an menghubungi seorang alumni seni budaya dalam bidang seni t ari
iait u Saudara Ismadi Mohd Arsad. Beliau merupakan salah seorang alumni yang pernah bergiat akt if
dalam akt ivit i di Pusat Kebudayaan. Berikut adalah temuramah bersama beliau :

NAMA PENUH : ISMADI BIN MOHD ARSAD
LATAR BELAKANG AKADEMIK : IJAZAH SARJANA MUDA
PENDIDIKAN PENGURUSAN PERNIAGAAN DENGAN KEPUJIAN
BIDANG KEMENJADIAN : KESENIAN & INOVASI

Boleh anda cerit akan secara ringkas bagaimana anda boleh terlibat
dengan Pusat Kebudayaan ?

Saya mula melibatkan diri dengan aktiviti di Pusat Kebudayaan sekitar tahun
2001. Pada tahun tersebut untuk julung kalinya saya terlibat dalam
persembahan untuk Citrawarna peringkat negeri Perak.

Sepanjang pengajian anda di UPSI, masih anda ingat kah berapa t ahun
anda bergiat dengan Pusat Kebudayaan ?

Semestinya saya ingat, haha ... saya mula bergiat dengan aktiviti di Pusat
Kebudayaan bermula dari tahun satu hingga tamat pengajian iaitu selama
empat tahun.

Bila bercakap tent ang penglibat an, semest inya kit a akan memperoleh
sesuat u unt uk kemajuan kendiri. Menurut anda pula, apakah ruang dan
peluang yang anda peroleh setelah empat t ahun terlibat dengan Pusat
Kebudayaan ?

Sebagai seorang yang sukakan cabaran....pada mulanya saya aktif sebagai
penari Pusat Kebudayaan UPSI. Selepas itu saya mengorak langkah yang
lebih jauh, saya menceburkan diri dalam bidang koreografer untuk aktiviti
seni tari di Pusat Kebudayaan. Ketika itu juga saya ditawarkan oleh Pusat
Kebudayaan untuk mengikuti kursus-kursus asas tari dan koreografer
melalui pelbagai agensi. Menurut saya, ruang dan peluang yang diperolehi
adalah peluang untuk meningkatkan kemahiran diri sendiri dalam aspek
kemahiran insaniah. Ini terbukti apabila saya mampu menguruskan kumpulan
tari dan gerak tari yang agak sukar pada awalnya. Alhamduillah akhirnya
saya berjaya menjadi koreografer sehingga kini.

Adakah anda berset uju dengan penglibat an pelajar dalam kebudayaan dapat membant u dalam meningkat kan
kemahiran insaniah dan sebagai nilai t ambah unt uk para pelajar apabila t amat pengajian kelak ?

Sangat setuju, yang membezakan nilai graduan yang dapat bersaing dalam pasaran kerjaya adalah kelebihan dalam
kemahiran insaniah yang mereka ada. Graduan yang aktif dalam penglibatan aktiviti Pusat Kebudayaan
sememangnya mempunyai satu kelebihan berbanding graduan yg lain. Sebagai graduan yang di arena pendidikan
sememangnya kemahiran yang diperolehi dari penglibatan di Pusat Kebudayaan banyak membantu saya dalam
membentuk anak-anak didik dalam kemahiran seni tari.

14 BULETIN RENTAK BITARA | BIL.5 3/ 2019 ALU M N I SEN I BU DAYA

Bet ul. Cabaran terkini adalah kemahiran selain Apakah harapan anda terhadap Pusat Kebudayaan ?
akademik. Kemahiran insaniah amat pent ing dalam
mengharungi cabaran kerjaya kini. Harapan saya semoga Pusat kebudayaan sentiasa
memberikan ruang untuk alumni melibatkan diri
Apakah saranan anda terhadap w arga UPSI dalam aktiviti bersama pelajar. Pada pendapat saya
khususnya pelajar unt uk bergiat dalam akt ivit i penglibatan alumni bersama para pelajar adalah suatu
kebudayaan ? kerjasama yang baik demi membantu Pusat
Kebudayaan menyemarakkan potensi pelajar yg akan
Para graduan perlu realistik dalam menempuhi alam menempuhi alam kerjaya supaya ilmu yang kami miliki
kerjaya. Zaman kini persaingan wujud dari segala dapat membantu serta menyuntik semangat mereka
aspek. Para graduan perlu sentiasa bersedia dalam dalam kerjaya mereka kelak .
apa sahaja situasi. Untuk terus bersaing mereka perlu
teguhkan ilmu dan kemahiran yang dimiliki. Cadangan Semest inya boleh t uan. Kami sent iasa menerima
saya kepada para graduan yang meminati dan pelbagai cadangan dan penglibatan dari pelbagai
berkemahiran dalam kesenian, teruskan menimba pihak supaya seni budaya kekal lest ari sampai
ilmu dan tingkatkan kemahiran insaniah yang ada b il a- b il a.
kerana ia boleh dijadikan kelebihan anda berbanding
graduan lain. Kemahiran insaniahyang tinggi dapat Terima kasih at as perkongsian t uan dalam sesi ini.
membantu kita untuk bersaing dan membezakan kita Semoga para pembaca akan beroleh manfaat
dengan individu yang lain. m el al u inya.

Sama-sama. Semoga Pusat Kebudayaan terus
cemerlang demi warisan bangsa dan semestinya demi
UPSI !!.

48 Pencapaian peringkat kebangsaan dalam bidang kesenian · Jurulatih World Young Innovation Exhibition 2017 (Gold Award)
dan inovasi semenjak t ahun 2015 hingga 2017 ant aranya : · Jurulatih UiTM International Invention & Innovation Competition
2017 (Gold Medal)
· Jurulatih Pertandingan Inovasi UTHM Kebangsaan 2017
(Gold Medal) 22 Anugerah peringkat daerah, negeri dan kebangsaan dalam
· Jurulatih Pertandingan Inovasi Kebangsaan UiTM Rembau bidang kesenian dan inovasi semenjak t ahun 2009 hingga
(Gold Medal) 2018 ant aranya :
· Guru Penasihat Pertandingan Anugerah Harta Interlek Rekacipta
Muda 2017 (Gold Medal) · Anugerah Ikon Guru Peringkat Kebangsaan 2018
· Anugerah Best of The Best Award Pertandingan Inovasi · Anugerah Guru Pembimbing Terbaik Pertandingan Memasak
Kebangsaan UTHM 2016 (Best Of The Best Award) Peringkat Kebangsaan 2017
· Anugerah Most Creative Product Award Pertandingan Inovasi · Anugerah Teknikal Terbaik Kokurikulum Peringkat Kebangsaan
Kebangsaan UTHM 2016 (Most Creative Product Award ) 2016 (Ke-4) Kementerian Pelajaran Malaysia
· Anugerah Guru Cemerlang Kokurikulum Peringkat Kebangsaan
19 Pencapaian peringkat ant arabangsa dalam bidang kesenian 2015
dan inovasi semenjak t ahun 2015 hingga 2018 ant aranya : ( Ke-3) Kementerian Pelajaran Malaysia
· Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pelajaran
· Jurulatih World Young Invention Exhibition 2018 (Gold Medal) Malaysia 2010
· Jurulatih Pertandingan Innovation Invention And Design UiTM
Seremban (Gold Medal)
· Jurulatih International Innovation Invention And Design UiTM
Rembau (Gold Medal)
· Jurulatih dan Teknikal Kesenian Malaysia-Jepun 2017 (Jurulatih)
· Jurulatih Pertandingan Inovasi INICC peringkat Antarabangsa
2017 (Gold Medal)
· International Technology Exhibition 2017 (Anugerah Khas)
· Penerima Anugerah Khas Kementerian Pendidikan Arab Saudi
(Anugerah Khas)

IN FO BU DAYA BULETIN RENTAK BITARA | BIL.5 3/ 2019 15

Oleh : M oh d Fah m i M oh d Yu n u s InfoBudaya
[email protected]

PERBEZAAN MAHSURI DAN
SUMPAH TAPAH

Jika sumpahan Mahsuri berlanjutan sehingga tujuh keturunan,
berlainan pula kisah Pak Kaduk kerana sumpahannya tiada had
tempoh dan tidak akan berakhir sampai bila-bila.

Menurut Sharifuddin yang merupakan salah seorang dari
keturunan Pak Kaduk, ?Sungguhpun secubit dua isi ikan tapah
boleh menyebabkan badan saya gatal dan mengalami masalah
kulit. Bukan setakat itu, walau titisan air dari ikan tersebut juga
boleh menyebabkan masalah yang sama?.

Kebanyakan keturunan Pak Kaduk dikatakan berada di
Lambor Kiri, Lambor Kanan, Pulau Tiga dan Bota di daerah Perak
Tengah.

TENTANG BUDU

Budu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang
diperbuat daripada ikan bilis, dengan cara ikan bilis diperam
(proses fermentasi) sehingga hancur. Budu sangat terkenal
di Kelantan, Terengganu dan selatan Thailand, dan sekarang
semakin digemari dan popular di kawasan Lembah Kelang.

Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampur
dengan bahan makanan lain seperti lada, perahan air limau
nipis, lemon atau limau kasturi, hirisan bawang, mangga, dan
l ain- l ain.

BUNGA CHICA

Pokok bunga chica tinggi, besar dan hanya berbunga setahun

sekali iaitu sekitar pertengahan bulan Februari hingga Mac.

Bunga chica berwarna merah jambu dan apabila kering ia

bertukar warna coklat. Bunga yang telah dikutip akan diproses

untuk dijadikan lepat chica. Lepat chica merupakan makanan

unik kerana ia hanya boleh didapati di kawasan tertentu sahaja

di Malaysia. Selain daripada itu ia dihasilkan daripada bunga

menjadikan ianya unik dan istimewa. Mungkin kerana

keunikannya, ia mendapat sambutan dan permintaan yang

tinggi. 1

PUSAT KEBUDAYAAN
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI

Tingkat 1, Blok A,
Kampus Sultan Abdul Jalil Shah,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,

35900 Tanjung Malim,
Perak

Tel : 04-450 5426/5326
E-mail : [email protected]

Pusat Kebudayaan UPSI

Pusat Kebudayaan UPSI

kebudayaan.upsi

#InspiringThroughCulture


Click to View FlipBook Version