RedSiadaknsgi
penaung Nurfaizal Fariz Sahdan
ketua editor Mohd Halim Mat Zaki
editor Mohd Fahmi Mohd Yunus
jurufoto
Mohd Fahmi Mohd Yunus
Anuar Borhan
Muhammad Fakhrun Hanif Abd. Hamid
konsep, reka letak Mohd Fahmi Mohd Yunus
Aluan Pengarah
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulilah, kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana Pusat Kebudayaan Universiti Pendidikan Sultan
Idris (UPSI) telah berjaya menghasilkan Tirai Bitara 2020. Tirai Bitara ini menjadi wadah perkongsian
maklumat dan ilmu dalam menjayakan program dan aktiviti yang dilaksanakan sepanjang tahun 2020.
Untuk makluman, walaupun berdepan dengan pandemik Covid-19, Pusat
Kebudayaan UPSI telah merekodkan penganjuran sebanyak lapan program di
peringkat pusat, tiga program daripada pelbagai jabatan di UPSI dan sebanyak
tujuh program jemputan/pengiktirafan daripada agensi-agensi luar.
Kejayaan-kejayaan pelajar di pelbagai peringkat antaranya ialah Pingat Emas
di Singapore International Piano Competition 2020, Karnival 3K di UUM di
dalam acara Sintok King Chef/Islamik Idol Talent/Battle of Identity Band, Johan
bagi kategori tempatan dan Naib Johan bagi kategori pelajar antarabangsa
Pertandingan Nyanyian Acapella MAKUM Peringkat Antarabangsa membuktikan
bahawa pelajar-pelajar UPSI mempunyai bakat dan semangat juang yang tinggi
dalam pelbagai bidang.
Selain itu dalam usaha meningkatkan kemahiran kakitangan Pusat Kebudayaan
terutama dalam kemahiran penganjuran program berskala besar serta kemahiran
teknikal persembahan, Pusat Kebudayaan telah menghantar tiga orang
kakitangan dan seorang pelajar pelatih industri ke Anugerah Juara Lagu 34
untuk menjalani program sangkutan bersama syarikat MJ Event Management
Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat yang tersohor dalam penganjuran program
berskala basar dan berimpak tinggi.
Hakikatnya, Pusat Kebudayaan UPSI telah melaksanakan pelbagai aktiviti
dan program bagi mempertingkatkan kesedaran dan pengetahuan
pelajar terhadap kepentingan seni dan budaya dalam kehidupan. Ia
merupakan usaha pembangunan mental dan spiritual secara harmoni
untuk mewujudkan masyarakat yang mengamalkan budi bahasa dan
nilai-nilai murni selain daripada memupuk semangat perpaduan kaum.
Program-program dan aktiviti-aktiviti ilmu ini dapat dikembangkan lagi
melalui perkembangan teknologi dan sistem komunikasi yang canggih di
Pusat Kebudayaan UPSI.
Saya yakin bahawa prestasi dan pencapaian Pusat Kebudayaan Nurfaizal Fariz Sahdan
UPSI akan terus unggul pada tahun-tahun akan datang sekiranya Pengarah
semua pihak memberikan sokongan padu dan memainkan peranan
masing-masing. InshaAllah, usaha daripada pelbagai pihak ini
dapat meletakkan Pusat Kebudayaan UPSI khususnya dan Universiti
Pendidikan Sutan Idris amnya sebagai sebuah universiti awam
yang terbaik dalam menyediakan fasiliti, penganjuran aktiviti dan
pencapaian pelajar dan bidang seni dan budaya.
Halaman
06 VISI, MISI, MOTO DAN OBJEKTIF
07 KPI & PENCAPAIAN KPI
08 LAPORAN PENCAPAIAN UNIT
14 KELAB - KELAB
17 PENGIKTIRAFAN STAF / PELAJAR
19 LENSA BITARA
06
Visi, Misi, Moto & Objektif
Visi
Memimpin “budaya kecemerlangan” melalui kepimpinan secara global, kreatif dan inovatif
dalam mencapai visi universiti.
Misi
Komited dalam merancang, menyelaras dan melaksanakan kegiatan seni budaya pelajar
dan staf dengan kualiti perkhidmatan yang kompeten.
Moto
“Inspiring Through Culture”
Objektif
1. Memberi peluang kepada pelajar untuk mengambil bahagian dalam aktiviti budaya berdasarkan minat,
kecenderungan dan kebolehan mereka.
2. Meningkatkan tahap disiplin diri, ketahanan mental dan fizikal untuk mewujudkan masyarakat berbudaya,
berpengetahuan, bermoral, berdedikasi dan bertanggungjawab.
3. Melatih pelajar mengenai aspek perancangan, pengurusan dan pelaksanaan untuk melengkapkan diri mereka
sebagai pemimpin yang serba boleh pada masa akan datang.
4. Meningkatkan aspek budaya, rohani, emosi, sosial dan intelek melalui semangat kerjasama dalam satu kumpulan.
07
KPI PUSAT KEBUDAYAAN 2020
KPI ini adalah yang terakhir selepas semakan pertengahan tahun dan perubahan
adalah atas faktor penularan pandemik.
08
Pencapaian kpi
1 Menjalin kerjasama dengan agensi luar yang strategik
sasaran : 5 progrAM Tidak tercapai ekoran pandemik Covid-19
peratusan : 0%
2 Mengadakan program libat sama masyarakat dan pemindahan ilmu seni
sasaran : 2 progrAM Program Tunas Budaya SKTM
peratusan : 50%
3 Mengadakan program-program seni budaya yang bersesuaian untuk pelajar dan kakitangan UPSI
sasaran : 8 progrAM 1. Pertandingan Nyanyian Acapella IPT
peratusan : 50% 2. Pertandingan video kreatif
Stay at Home Challenge
3. Pertandingan cipta lirik & lagu
4. Pertandingan tarian tradisi & kreatif
4 Mewujudkan program-program khusus bersama industri bagi mempertingkatkan kemahiran
profesional di kalangan staf
sasaran : 3 progrAM 1. Bengkel Pengendalian Sistem Skrin LED
peratusan : 100% 2. Anugerah Juara Lagu ke-34
3. Bengkel Pengendalian Sistem Audio
5 Penyertaan pelajar dalam penganjuran program-program kesenian dan kebudayaan
di pelbagai peringkat
sasaran : 13 progrAM 1. Singapore International Piano Competition
peratusan : 38% 2. BOTB sempena Rock Legacy Vol.1
3. Sintok King Chef (Karnival 3K UUM)
4. Islamic Idol Talent (Karnival 3K UUM)
5. BOIB - (Karnival 3K UUM)
6 Penerbitan E-Buletin Pusat Kebudayaan
sasaran : 4 Terbitan 1. Buletin Rentak Bitara Bil.6 -1/2020
peratusan : 75% 2. Buletin Rentak Bitara Bil.7 -2/2020
3. Buletin Rentak Bitara Bil.8 -3/2020
7 Penjanaan – RM15, 000.00 setahun
sasaran : rm 15,000 Penjanaan RM 20,175.00
peratusan : 134.5%
LAPORAN PENCAPAIAN UNIT
Unit Pentadbiran & Kewangan
Unit Pengembangan Seni
Unit Dokumentasi dan Penerbitan
Unit Teknikal dan Logistik
10
Unit Pentadbiran & Kewangan
Aktiviti Pengurusan 27.36%
22.51% RM 40, 915.97
RM 33, 655.29
RM 42, 340.00 RM 32, 624.00
Penyelenggaraan Aset 21.82%
28.31%
Bajet yang diperoleh pada tahun 2020 adalah sebanyak RM 199,579.00.
Pusat Kebudayaan telah membelanjakan sebanyak RM 149,535.26 dari jumlah tersebut.
PENJANAAN PUSAT KEBUDAYAAN
11
Unit Pengembangan Seni
STATISTIK PENGLIBATAN PELAJAR PROGRAM
ANJURAN OLEH PUSAT KEBUDAYAAN DAN ORGANISASI LUAR
• Sebanyak 14 program yang telah dirancang
sepanjang tahun 2020, namun tidak dapat
dilaksanakan sepenuhnya atas faktor Covid-19.
• Bulan Mac dan April menunjukkan penglibatan
yang tinggi setelah format pertandingan secara
bersemuka telah diubah ke format atas talian
selaras dengan norma baharu.
• Bulan Februari juga menunjukkan statistik yang
agak tinggi kerana ketika ini negara masih lagi
belum dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan.
Statistik Sewaan Studio Muzik dan Pakaian Pakaian 7%
Statistik menunjukkan peratusan sewaan untuk kostum Studio Wings
kebudayaan dan bilik latihan muzik. 14%
Pecahan jumlah sewaan adalah seperti berikut :
• Pakaian (7%) - 70 sewaan
• Studio Wings (14%) - 135 sewaan
• Studio P. Ramlee (79%) - 750 sewaan
Sewaan lain seperti sewaan peralatan tidak dapat dijalankan
atas faktor pandemik Covid-19 sepanjang tahun 2020.
Studio P. Ramlee
79%
12
KEJAYAAN PELAJAR
SINGAPORE INTERNATIONAL PIANO COMPETITION 2020
(KATEGORI FOUR HANDS CLASSES)
Tarikh: 16-20 Januari 2020
Anjuran: SOTA School of The Art Singapore
Catatan: Dua orang pelajar FMSP iaitu Yap Jia Ying dan Chong Xin Yeh
telah menyertai dan memenangi First Prize untuk kategori Four Hands Piano.
Mereka berrjaya meraih First Prize untuk kategori Four Hands Piano dan
membawa pulang trofi Gold Medal berserta wang tunai dan sijil penyertaan.
PERTANDINGAN NYANYIAN ACAPELLA PERINGKAT
ANTARABANGSA ANTARA INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
TAHUN 2020
Tarikh: 7 Mac 2020
Tempat: Dewan SITC, KSAJS, UPSI.
Anjuran: Unit Kediaman Luar Kampus dengan kerjasama Pusat
Kebudayaan UPSI.
Catatan:
Devox Capella (FMSP) : JOHAN
Harmony Team (Pelajar antarabangsa) : NAIB JOHAN
KARNIVAL 3K UUM SINTOK KEDAH
Tarikh: 26 hingga 2 Mac 2020
Tempat: UUM, Sintok Kedah
Anjuran: UUM, Sintok Kedah.
Catatan:
• Kumpulan A iaitu mendapat tempat ketiga dalam pertandingan
Sintok King Chef.
• Kumpulan nasyid Em’Basheer merangkul kejayaan Naib Johan
dan Anugerah Vokal Terbaik dalam pertandingan Islamic Idol
Talent.
• Mohamad Fauzi Bostami yang mewakili UPSI di Pertandingan
Nyanyian Solo Bintang Utara 2020 Naib Johan menyaingi
seramai 48 peserta yang bertanding.
• Armonia Band dan The Rendezvous berjaya merebut gelaran
JOHAN (Armonia Band) dan NAIB JOHAN (The Rendezvous) di
pertandingan Batlle Of Identity Band . Selain itu, Daniel Haziq
Saifulnizam dari kumpulan Armonia Band berjaya menyandang
Anugerah Vokal Terbaik.
13
PENGIKTIRAFAN LUAR / PROGRAM CSR
KHIDMAT KOMUNITI ‘MENTORING’ DAN RUJUKAN KEPAKARAN
PEMUZIK OLEH EN ANUAR BORHAN
Tarikh: 13 Ogos 2020
Tempat: Studio Utama Pusat Kebudayaan UPSI.
Anjuran: Pusat Kebudayaan dengan kerjasama SK Dato Nan Kaya
Catatan:
Mereka bertandang ke Studio P. Ramlee untuk mendapatkan
nasihat berkaitan teknik nyanyian dan gaya persembahan sebagai
persediaan untuk menyertai PPD Batang Padang Got Talent Peringkat
Daerah Batang Padang dan Daerah Muallim 2020 bagi kategori
Nyanyian Solo Bertemakan Kemerdekaan.
Turut hadir bersama mereka tiga orang guru dari sekolah tersebut.
Akhirnya keputusan memihak kepada Fawwaz Hijazi bin Muhamod
Fahmir (Tahun 5), beliau telah dinobatkan sebagai Johan dalam
pertandingan tersebut. Beliau telah mendapat bimbingan muzik oleh
En. Anuar Borhan, Ahli Muzik di Pusat Kebudayaan UPSI.
ANUGERAH SENI MAKUM 2019
Tarikh: 30 Disember 2020
Tempat: Atas Talian
Anjuran: MAKUM
Catatan:
UPSI rangkul kejayaan di Anugerah Seni MAKUM 2019. UPSI telah
mendahului ranking kebudayaan UA pada tempat yang pertama
antara 20 UA di Anugerah Seni MAKUM 2019 dan mendapat ;
ANUGERAH GONG KENCANA EMAS
Selain itu UPSI juga berjaya meraih beberapa anugerah lain seperti :
• Anugerah Bonang Emas Lelaki :
Mohamad Fauzi Bostami
• Anugerah Bonang Emas Wanita :
Zainab Rahmat
• Anugerah Gambang Mustika Perak :
Kelab Seni Suara UPSI
• Anugerah Gendang Sari Utama MAKUM :
En. Nurfaizal Fariz Sahdan
• Anugerah Gendang Sari MAKUM :
En. Mohd Ismail Mohd Zin
En. Mohd Halim Mat Zaki
• Anugerah Lambang Sari MAKUM :
En. Muhammad Fakhrun Hanif Abd. Hamid
En. Mohamad Asri Othman
14
AKTIVITI YANG TELAH BERLANGSUNG
UJI BAKAT KELAB SENI SUARA UPSI
Tarikh: 21 hingga 22 Februari 2020
Tempat: Studio Saloma dan Studio SM Salim, Blok A Pusat Kebudayaan
Anjuran: Unit Pengembangan Seni Pusat Kebudayaan UPSI
Catatan: Seramai 45 orang pelajar telah menyertai sesi tersebut.
UJI BAKAT KELAB DESTAR LIMAR UPSI
Tarikh: 22 hingga 23 Februari 2020
Tempat: Studio Tari Norma Abdullah Blok A Pusat Kebudayaan.
Anjuran: Unit Pengembangan Seni Pusat Kebudayaan.
Catatan: Sebanyak 13 pelajar telah hadir dan sebanyak 12 orang telah diterima.
UJI BAKAT KELAB GAMELAN MARGAMAS UPSI
Tarikh: 22 hingga 23 Februari 2020
Tempat: Studio Che Mat Jusoh Blok A Pusat Kebudayaan
Anjuran : Unit Pengembangan Seni Pusat Kebudayaan
Catatan: Seramai 70 peserta telah menyertai sesi tersebut.
UJI BAKAT KELAB KOMBO MUZIK
Tarikh: 4 hingga 5 Mac 2020
Tempat: Studio Wings Pusat Kebudayaan UPSI
Anjuran: Unit Pengembangan Seni Pusat Kebudayan
Catatan: Seramai 25 orang pelajar telah hadir dan menjalani sesi ujibakat yang telah
dilakukan oleh penasihat kelab dan jawatankuasa yang terlibat.
PERTANDINGAN NYANYIAN ACAPELLA PERINGKAT ANTARABANGSA
ANTARA INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI TAHUN 2020
Tarikh: 7 Mac 2020
Tempat: Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI.
Anjuran: Unit Kediaman Luar Kampus dengan kerjasama Pusat Kebudayaan UPSI.
Catatan: Devox Capella dari Fakulti Muzik dan Seni Persembahan Johan dan Harmony
Team, gabungan pelajar antarabangsa UPSI muncul Naib Johan.
UPSI BERSELAWAT SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
Tarikh: 27 Mac hingga 14 April 2020
Tempat: Kediaman masing-masing mengikut SOP yang ditetapkan.
Anjuran: Kelab Seni Suara UPSI dengan kerjasama JHEPA dan Pusat Kebudayaan.
15
PERTANDINGAN VIDEO KREATIF “STAY AT HOME CHALLENGE”
Tarikh: 27 Mac hingga 14 April 2020
Tempat: Kediaman masing-masing mengikut SOP yang ditetapkan.
Anjuran: Kelab Kombo Muzik UPSI
Catatan: Video pemenang tempat pertama telah berjaya disiarkan dalam rancangan
Selamat Pagi Malaysia RTM 1. Sebanyak 41 penyertaan telah diterima.
STAY AT HOME PERTANDINGAN CIPTA LIRIK / LAGU
Tarikh: 28 Mac 14 April 2020
Tempat: Kediaman masing-masing mengikut SOP yang ditetapkan.
Anjuran: Kelab Kombo UPSI
Catatan: 9 Penyertaan daripada pelajar.
PERTANDINGAN TARIAN TRADISI & KREATIF ATAS TALIAN
Tarikh: 18 April hingga 10 Mei 2020
Tempat: Rumah atau kolej kediaman masing-masing mengikut sop yang ditetapkan.
Anjuran: Kelab Destar Limar
Catatan: 6 penyertaan terbaik.
INTERDEPARTMENT MUSIC CHALLENGE
Tarikh: Julai / Ogos
Tempat: Studio Utama Pusat Kebudayan
(Persembahan live secara tertutup dan akan dirakamkan)
Anjuran: Pusat Kebudayaan UPSI.
Catatan: Terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir disebabkan Covid-19 PKP.
Namun sesi latihan telah pun bermula.
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELAB KOMBO MUZIK
Tarikh: 20 Julai 2020
Tempat : Dalam talian
Anjuran: Kelab Kombo UPSI
Catatan : Mesyuarat dijalankan dalam talian. Pelantikan ahli jawatankuasa yang baru telah
dilaksanakan. Seramai 20 orang pelajar menghadiri mesyuarat tersebut.
KHIDMAT KOMUNITI ‘MENTORING’ DAN RUJUKAN KEPAKARAN OLEH EN. ANUAR BORHAN
Tarikh: 13 Ogos 2020
Tempat: Studio Utama Pusat Kebudayaan UPSI.
Anjuran: Pusat Kebudayaan dengan kerjasama SK Dato Nan Kaya
Catatan: Mereka bertandang ke Studio P. Ramlee untuk penasihatan berkaitan teknik nyanyian dan
gaya persembahan sebagai persediaan untuk menyertai PPD Batang Padang Got Talent Peringkat
Daerah Batang Padang dan Daerah Muallim 2020 kategori Nyanyian Solo Bertemakan Kemerdekaan.
Turut hadir bersama mereka tiga orang guru daripada sekolah tersebut. Fawwaz Hijazi bin Muhamod
Fahmir (Tahun 5) dinobatkan sebagai Johan dalam pertandingan tersebut. Beliau mendapat bimbingan
muzik oleh En. Anuar Borhan, Ahli Muzik di Pusat Kebudayaan UPSI.
16
UJI BAKAT NYANYIAN AMBILAN AHLI KELAB SENI SUARA
Tarikh: 23 Oktober hingga 1 November 2020
Tempat: Dalam talian (Telegram)
Anjuran: Kelab Seni Suara Pusat Kebudayaan UPSI
Catatan: Seramai 51 orang pelajar menghadiri uji bakat tersebut.
PENCARIAN AHLI BAHARU DAN BAKAT TERPENDAM KELAB KOMBO MUZIK
Tarikh: Sesi uji bakat bersemuka pada 4 hingga 5 November 2020
Tempat: Studio Wings, Pusat Kebudayaan
Anjuran : Kelab Kombo Muzik UPSI
Catatan : Seramai 25 orang pelajar menjalani uji bakat secara dalam talian
*SESI UJI BAKAT DALAM TALIAN
Tarikh: 6 hingga 7 november 2020
Tempat: Dalam talian
Catatan : Seramai 15 orang pelajar menjalani uji bakat secara dalam talian
JAM ON DEMAND PKPB@UPSI VOL . 1
Tarikh: 2 Disember 2020
Tempat: Studio Latihan Muzik Utama, Pusat Kebudayaan (dalam talian) .
Disiarkan di Facebook rasmi : Pusat Kebudayaan UPSI
Anjuran: Pusat Kebudayaan UPSI
Catatan: Program yang melibatkan kakitangan dan pelajar UPSI yang berbakat dalam bidang
nyanyian. Setiap penyanyi diiringi oleh pemuzik dari The Pegawai, Pusat Kebudayaan UPSI.
JAM ON DEMAND VOL 2 PKPB@UPSI
Tarikh: 23 Disember (terpaksa ditunda)
Tempat: Studio Latihan Muzik Utama, Pusat Kebudayaan (dalam talian) .
Disiarkan di page rasmi FB : Pusat Kebudayaan UPSI
Anjuran: Pusat Kebudayaan UPSI
Catatan: Jam On Demand Vol.2 yang dijadualkan berlangsung pada (23 Disember 2020)
terpaksa ditunda ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak atas faktor masalah capaian internet
di KSAJS.
MALAM AMBANG 2021 HIJRAH NORMA BARU
Tarikh: 31 Disember 2020
Tempat: Panggung Percubaan (dalam talian)
Disiarkan di Facebook rasmi : Universiti Pendidikan Sultan IdrisI
Anjuran: Pusat Kebudayaan UPSI
Catatan: Mendapat sokongan ramai daripada penggiat seni tanah air seperti saudara Daqmie
(pemenang Anugerah Nasyid ANAM 2020), saudara Ah Fad (Juara Anugerah Pencinta Nasyid
IKIM.FM 2020) dan juga daripada saudara Altimet serta bekas penyanyi popular suatu ketika
dahulu iaitu Dr. Sam dan kini bergerak sebagai pendakwah bebas. Program berjalan dengan
lancar dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
17
Unit Dokumentasi & Penerbitan
HEBAHAN AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2020
Sebanyak 81 hebahan telah dimuatnaik di media sosial
(tidak termasuk hebahan perkongsian)
PENERBITAN BULETIN DAN BUKU LAPORAN
Tiga penerbitan
Buletin Rentak Bitara dan
satu penerbitan Tirai Bitara iaitu
Buku Laporan Tahunan 2019
berjaya diterbitkan secara bercetak
dan dimuat naik di laman web
Pusat Kebudayaan UPSI
PROGRAM LIVE STREAMING
Julung kalinya Pusat Kebudayaan UPSI
menganjurkan program showcase secara langsung
yang ditayangkan secara eksklusif di Facebook rasmi
Pusat Kebudayaan. Program ini melibatkan kesemua
staf Pusat Kebudayaan UPSI dan menampilkan bakat-bakat
pelajar dan staf UPSI
18 Unit Teknikal & Logistik
AKTIVITI DI PANGGUNG PERCUBAAN
Program 4.3%
Kerja-kerja kontrak
(naik taraf Panggung Percubaan)
43.5%
Aktiviti teknikal 43.5%
Program Pembersihan 8.7%
Sambutan Tahun Baru 2021 Hijrah Norma Baharu
18/12 - 31/12
Aktiviti teknikal Penempatan semula aset dan peralatan teknikal panggung yang berada di stor blok A ke stor
Panggung Percubaan. Pemeriksaan line signal di control room Panggung Percubaan,
06/10 Pemeriksaan power line MCB di DB utama dan tagging semula di power line
Memantau kerja-kerja pembaikan lighting bar. Tampal tagging di pintu bilik, stor dan setiap power line
07/10 Menguji lari monitor speaker baru Panggung Percubaan
08/10 Persiapan teknikal bagi lawatan dari pihak Bendahari UPSI
19/10 Aktiviti mengemas peralatan teknikal
21/10 Pemeriksaan mic line di control room Panggung Percubaan
2/11 - 6/11 Memantau gerak kerja kontraktor membaiki gam lantai panggung.
11/11 Pemeriksaan mic line di control room Panggung Percubaan
13/11 Uji lari sistem audio & lighting yang terdapat di panggung.
23/11
04/12
PEMBERSIHAN Aktiviti pembersihan Panggung Percubaan bersama kontraktor pembersihan.
Pembersihan lantai dan kerusi grandstand Panggung Percubaan bersama kontraktor pembersihan
13/07
03/10
MEMANTAU GERAK KERJA KONTRAKTOR
17/01-21/08 Memantau gerak kerja kontraktor menaik taraf Panggung Percubaan.
19
PENGGUNAAN PERALATAN AUDIO / LIGHTING / SKRIN
Skrin LED 21.7% Audio 60.9%
Lighting 17.4%
AUDIO
16/01 Majlis Santapan Negeri Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Yang Klana Resort, Seremban
Dipertuan Besar Negeri Sembilan.
(Sewaan mixer Allen & Heath Dlive S5000)
AKTIVITI TEKNIKAL
03-09/02 Anugerah Juara Lagu ke-34 Axiata Arena, Bukit Jalil,
Kuala Lumpur
10-12/02 Kursus audio pentas Dewan Kolej Za’ba,
KSAS
19/02 Majlis Syarahan Profesor (teknikal persembahan welcoming) E-Learning, KSAJS
20/02 Majlis Syarahan Profesor dan kemas peralatan teknikal E-Learning, KSAJS
04-07/03 Pertandingan Nyanyian Acapella Peringkat Antarabangsa Dewan SITC, KSAJS
Antara IPT Tahun 2020
08-09/03 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 Dewan SITC, KSAJS
10-15/03 Sewaan teknikal (FIPPRO 2020) FMSP, KSAJS
26-28/07 Majlis pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Dewan Za’Ba, Putrajaya
peringkat Kementerian Pengajian Tinggi)
12/08 Kemuncak Seni 2020 “JIWA” Dewan Resital, FMSP,
(sewaan sistem skrin LED, audio dan lighting) KSAJS
24-31/12 Program Sambutan Tahun Baru 2021 Hijrah Norma Baharu. Panggung Percubaan,
KSAS
20
LIGHTING Pertandingan Nyanyian Acapella Peringkat Antarabangsa Dewan SITC, KSAJS
Antara IPT Tahun 2020 Dewan SITC, KSAJS
04-07/03 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 Dewan Resital, FMSP,
08-09/03 KSAJS
Kemuncak Seni 2020 “JIWA” Panggung Percubaan,
12/08 (sewaan sistem skrin LED, audio dan lighting) KSAS
24-31/12
Program Sambutan Tahun Baru 2021 Hijrah Norma Baharu. Panggung Budaya,
FMSP, KSAJS
SKRIN LED Dewan SITC, KSAJS
Dewan SITC, KSAJS
05-06/02 Bengkel pemasangan skrin LED Dewan Resital, FMSP,
04-07/03 KSAJS
08-09/03 Pertandingan Nyanyian Acapella Peringkat Antarabangsa Panggung Percubaan,
Antara IPT Tahun 2020 KSAS
12/08 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019
Kemuncak Seni 2020 “JIWA”
24-31/12 (sewaan sistem skrin LED, audio dan lighting)
Program Sambutan Tahun Baru 2021 Hijrah Norma Baharu.
21
KELAB-KELAB
22
AKTIVITI KELAB YANG TELAH BERLANGSUNG
tarikh program tempat
03/08 ANNUAL GRAND MEETING UTECH UPSI SIDANG 2020- GOOGLE MEET
tarikh program tempat
21-22/02 UJI BAKAT KELAB SENI SUARA STUDIODASNALOMA
UPSI BERSELAWAT SEMPENA PERINTAH KAWALAN KEDIAMAN
27/03 - 14/04
UJI BAKAT NYANYIAN AMBILAN AHLI KELAB SENI MASING-MASING
23/10 - 1/11 DALAM TALIAN
tarikh program (TELEGRAM)
22 - 23/02 UJI BAKAT KELAB DESTAR LIMAR tempat
18/04 - 10/05 PERTANDINGAN TARIAN TRADISI & KREATIF ATAS STUDIO TARI NORMA
ABDULLAH,
PUSAT KEBUDAYAAN
KEDIAMAN
MASING-MASING
tarikh program tempat
27/03 - 14/04 PERTANDINGAN VIDEO KREATIF STAY AT HOME KEDIAMAN
28/03 - 14/04 STAY AT HOME PERTANDINGAN CIPTA LIRIK / LAGU MASING-MASING
STUDIO WINGS,
04 - 05/03 UJI BAKAT KELAB KOMBO MUZIK
PUSAT
tarikh program tempat
22 - 23/02 UJI BAKAT KELAB GAMELAN MARGAMAS STUDIO
CHE MAT JUSOH,
PUSAT KEBUDAYAAN