BITARAR E N T A K9102/2 4 .LIB
BULETIN PUSAT KEBUDAYAAN
The Pegawai UPSI
memukau di
International Jazz Day
Tradisi Video Raya Pusat
Kebudayaan Diteruskan
Makanan Tradisional
Masyarakat Di Sabah
Em'Basheer Juarai
Karnival Mahabbah 1.0
SIDA N G ED ITO R 2BULETIN RENTAK BITARA | BIL.4 2/ 2019
PENAUNG STAF
NURFAIZAL FARIZ SAHDAN PUSAT KEBUDAYAAN UPSI
KETUA EDITOR PEN GARAH
MOHD HALIM MAT ZAKI
NURFAIZAL FARIZ SAHDAN
EDITOR Emel : [email protected]
MOHD. FAHMI MOHD. YUNUS No.Tel : 05-450 5308
AHMAD SYAHIR ROSLI
CHERISMAY DUIL PEGAW A I KEBU DAYA A N B 41
SUZANTO YABAT
JEFFERY GALAU ONG MOHD. HALIM MAT ZAKI
Emel : [email protected]
JURU FOTO No. Tel : 05-450 5446
MOHD FAHMI MOHD.YUNUS
AHMAD SYAHIR ROSLI PEGAW A I KEBU DAYA A N B29
MUHAMMAD FAKHRUN HANIF
ABD. HAMID MOHD. ISMAIL MOHD. ZIN
MOHD AZUWAN MAT ZULKIPLI Emel : [email protected]
No.Tel : 05-450 5445
KONSEP REKA BENTUK,
REKA LETAK & SUSUN ATUR A H L I M U Z IK B 29
MOHD. FAHMI MOHD. YUNUS
AHMAD SYAHIR ROSLI ANUAR BORHAN
Emel : [email protected]
No. Tel : 05-450 5427
PEGAW A I KEBU DAYA A N B29
MUHAMMAD FAKHRUN HANIF ABD. HAMID
Emel: [email protected]
No.Tel: 05-450 5434
PEGAW A I K EB U D AYA A N B 19
MOHD. FAHMI MOHD. YUNUS
Emel : [email protected]
No. Tel : 05-450 5426
PEGAW A I K EB U D AYA A N B 19
MOHAMMAD ASRI OTHMAN
Emel : [email protected]
No. Tel : 05-450 5335
PEGAW A I K EB U D AYA A N B 19
MUHAMMAD SAFWAN ABDILLAH B. SAIDON
Emel : [email protected]
No. Tel : 05-450 5335
PEM BA N T U TA D B IR N 28
MOHD. AZUWAN MAT ZULKIPLI
Emel : [email protected]
No. Tel : 05-450 5326
PEM B A N T U O PERA SI N 11
MOHD. SHARIFUDDIN MOHAMED HUSSAIN
Emel : [email protected]
No. Tel : 05-450 5426
KATA ALUAN 3BULETIN RENTAK BITARA | BIL.4 2/ 2019
" Seni da n buda ya
a da la h identiti da n
persona liti kita . Ia nya
memberika n
perbeza a n da ri segi
roha ni, intelektua l da n
emosi. Kita seha rusnya
berba ngga
denga nnya "
KANDUNGAN NURFAIZAL FARIZ SAHDAN
04 PENGARAH PUSAT KEBUDAYAAN UPSI
THE PEGAWAI DI INTERNATIONAL 09
JAZZ DAY
TRADISI VIDEO RAYA PUSAT
06 KEBUDAYAAN 2019
ARTS & CULTURE CLINIC : 10
BENGKEL PENGENDALIAN PA SYSTEM
KARYAPELAJAR: MAKANAN
07 TRADISIONALMASYARAKATDI
SABAH
WARISAN CENDERAWASIH UPSI
CEMERLANG 12
08 KARYAPELAJAR: TOP3 KUMPULAN
INDIEDI MALAYSIA
EM'BASHEER JUARAI KARNIVAL
MAHABBAH 1.0 13
ALUMNISENIBUDAYA
(PENGURUSANMAJLIS)
15
INFOBUDAYA| BUTANGBAJU
MELAYU,MITOSTAPAI, LINOPOD
PROGRAM 4BULETIN RENTAK BITARA | BIL.4 2/ 2019
THE PEGAWAI DI INTERNATIONAL JAZZ DAY
(ROAD TO WORLD YOUTH JAZZ FESTIVAL 2019)
Oleh : M oh d Fah m i M oh d Yu n u s
[email protected]
Sijangkang, Selangor ? Baru-baru ini
Pusat Kebudayaan telah mendapat
jemputan membuat persembahan
selama 30 minit dalam International
Jazz Day pada 30 April bertempat di
Warisan Hall Studio, Sijangkang.
Program tersebut merupakan salah
satu pengisian dalam persiapan
sempena Road To World Youth Jazz
Festival 2019 yang dijalankan di
Medan Pasar Clock Tower dan No
Black Tie.
Kumpulan pemuzik yang terdiri daripada
staf Pusat Kebudayaan iaitu Anuar
Borhan, Mohamad Asri Othman,
Mohamad Safwan Abdillah Saidon, Mohd
Fahmi Mohd Yunus, Muhammad Fakhrun
Hanif Abd Hamid mengubah dimensi
muzik pada malam tersebut dengan
seleksi lagu smooth ballad dibantu oleh
pemuzik undangan Azri Aziz dan Mirzan
Mohd Isa. Antara kumpulan muzik yang
turut menjayakan program pada malam
tersebut adalah PSG, Kontra Lokal, Joe
Burnmark, The Bluesmind, Gruvitones,
Mariemaccan, Tabuhapat, Arm-Punk
Syndicate.
PROGRAM 5BULETIN RENTAK BITARA | BIL.4 2/ 2019
Ketika ditanya mengenai sambutan
penonton pada malam tersebut, ujar
Anuar Borhan selaku pemain bass:
? Para penonton amat menikmati
seleksi lagu kami yang santai.
Kami memilih untuk membawa
lagu-lagu berentak ballad
supaya para penonton akan
terimbau dengan kenangan
mereka. Selain itu, saya
mengharapkan semoga para
pemuzik dari Pusat Kebudayaan
lebih dikenali oleh orang luar
kerana sebelum ini mereka lebih
banyak dikenali sebagai pemuzik
iringan. Dengan pendedahan
sebegini sudah tentu mereka
dapat menonjolkan bakat serta
memperkukuh karakter
masing-masing kelak. Insha Allah
kami akan lebih bergiat aktif
dalam membuat persembahan di
luar kelak.?
PROGRAM 6BULETIN RENTAK BITARA | BIL.4 2/ 2019
ARTS & CULTURE CLINIC :
BENGKEL PENGENDALIAN PA SYSTEM
Oleh : M oh d Fah m i M oh d Yu n u s
[email protected]
Tanjung Malim ? Seramai 34
peserta telah menyertai bengkel
pengendalian PA system pada 20
April lalu. Program ini adalah
anjuran Kelab U-Tech dengan
kerjasama Pusat Kebudayaan
yang merupakan salah satu
pengisian slot Arts & Culture
Clinic, sebuah program khas
Pusat Kebudayaan. Program
yang memfokuskan tentang
tatacara pemasangan dan
pengendalian sistem tersebut
telah diberi tunjuk ajar oleh En.
Asrof Sem in, Peg aw ai
Kebudayaan dari Pusat
Kebudayaan Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Ketika ditanya mengenai
matlamat utama bengkel pada
kali ini , beliau berkata ? Sasaran
pada kali ini adalah kepada wakil
bagi setiap kelab di Pusat
Kebudayaan. Saya berharap
dengan segala ilmu dan tunjuk
ajar pada kali ini mereka dapat
memahami cara pengendalian
PA sistem memandangkan
mereka memerlukan peralatan
tersebut untuk latihan kelab
mahupun ketika di pentas.
Pengetahuan sebegini amat
penting supaya mereka mudah
berkomunikasi dengan krew
teknikal pentas berkaitan
keperluan ketika persembahan
dan pertandingan yang disertai?.
Bengkel tamat pada jam 5
petang dan disudahi dengan sesi
fotografi serta penyerahan sijil.
PROGRAM BULETIN RENTAK BITARA | BIL.4 2/ 2019 7
WARISAN CENDERAWASIH UPSI
CEMERLANG DI PERTANDINGAN
DIKIR BARAT PIALA MAKUM 2019
Oleh : M oh d Fah m i M oh d Yu n u s
[email protected]
Tanjung Malim ? 30 Mac lalu berlangsungnya
Pertandingan Dikir Barat Piala Majlis Kebudayaan
Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) 2019 bertempat
di Pentas Utama LaffKAB, Kolej Aminudin Baki Kampus
Sultan Azlan Shah. Sebanyak 10 pasukan mewakili
universiti awam masing-masing dalam merebut
gelaran juara dalam pertandingan tersebut.
Penganjuran program ini merupakan salah satu slot
sempena 19th La Familia KAB Fest, yang meliputi
pelbagai pengisian untuk pelbagai golongan dan
terdapat juga jualan gerai terlibat.
Pasukan Dikir Barat Warisan Cenderawasih UPSI
merupakan pasukan yang dibentuk melalui Kelab Seni
Warisan Cenderawasih di bawah kelolaan Pusat
Kebudayaan. Pelbagai kejayaan dan pengalaman telah
mereka lalui antaranya Pertandingan Dikir Barat Antara
IPT Piala Dato? Sri Mustapa Mohamed 2015 serta
menerima pelbagai undangan dari majlis VIP oleh
agensi luar. Mereka berjaya mendapat Naib Johan dan
menerima anugerah Tok Jogho Terbaik .
Berikut merupakan keputusan
penuh pertandingan :
Johan - UIAM
Naib Johan - UPSI
Ket iga - UiTM Shah Alam
Tok Jogho Terbaik - UIAM
Tukang Karut Terbaik - UPSI
Pemuzik Terbaik - UniSZA
PROGRAM BULETIN RENTAK BITARA | BIL.4 2/ 2019 8
EM?BASHEER JOHAN
KARNIVAL MAHABBAH 1.0
Oleh : M oh d Fah m i M oh d Yu n u s
[email protected]
Ipoh, Perak ? 28 April lalu telah berlangsungnya Karnival Mahabbah 1.0 bertempat di Stadium Indera
Mulia. Terdapat pelbagai pengisian dalam program tersebut antaranya Ceramah Kompas Wang oleh
Abang Abu 'Mekanik Wang', persembahan artis rock "Reunion Hijrah", Rabbani, Kufya Band,
Qathurunnada dan Ustaz Hasnul Diwani, bufet amal, tazkirah & forum perdana, dan lain-lain lagi.
Em?Basheer kumpulan nasyid dari Kelab Seni Suara di bawah kelolaan Pusat Kebudayaan telah
mengambil peluang dalam Pertandingan Nasyid (Kategori Dewasa) dalam program tersebut.
Membawakan lagu bertajuk Jalan Juang dan Adab Ziarah mereka telah berjaya mendahului kiraan
markah peserta lain dengan persembahan nyanyian yang disertakan dengan koreografi yang memukau
penonton dan juri. Mereka berjaya merebut gelaran Johan dan membawa pulang wang tunai RM1500
berserta sijil penyertaan.
PROGRAM BULETIN RENTAK BITARA | BIL.4 2/ 2019 9
Oleh : M oh d Fah m i M oh d Yu n u s TRADISI VIDEO RAYA PUSAT
[email protected] KEBUDAYAAN DITERUSKAN
Tanjung Malim - Pada 30 Mei lalu Pusat Kebudayaan telah selesai menjalankan sesi rakaman video raya di Studio
P.Ramlee, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah. Proses rakaman tersebut turut dibantu oleh para pelajar praktikal dan juga
3 orang ahli Kelab Seni Suara. Pada tahun ini Pusat Kebudayaan merakamkan sebanyak dua buah lagu cover iaitu
Halaman Asmara yang dipopularkan oleh Awie dan Ziana Zain manakala lagu kedua adalah Warna Warni Aidilfitri oleh
Dato?Hattan.
?Ini merupakan tahun keempat kami membuat projek
khas seperti ini tetapi kali ini kami juga turut dibantu
oleh saudara Shakkir Latiff, seorang pelajar
entrepreneur dalam bidang fotografi dan videografi dari
Fakulti Muzik dan Seni Persembahan. Pada tahun-tahun
sebelumnya kami jalankan rakaman secara terus untuk
muzik dan video tetapi pada tahun ini terdapat
penambahbaikan mutu rakaman iaitu rakaman muzik
dijalankan dahulu kemudian pada hari berikutnya
dijalankan sesi rakaman video klip. Keseluruhan proses
latihan dan rakaman mengambil masa sekitar tiga hari
dan alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar
dengan kerjasama yang amat hebat daripada semua
yang terlibat. Kami berharap dengan video klip ini
dapatlah kami jadikan buah tangan dari Pusat
Kebudayaan kepada anda yang telah menyokong
segala aktiviti yang telah kami jalankan setiap tahun. ?
ujar Mohamad Asri Othman selaku pemain dram.
Pusat Kebudayaan amat mengalu-alukan kerjasama
dari warga UPSI tidak kira staf mahupun pelajar untuk
projek lagu raya pada tahun seterusnya supaya
kemeriahan Syawal dirasai bersama . Semoga tradisi ini
dapat diteruskan dari tahun ke tahun dan bakal menjadi
penantian untuk setiap penghujung Ramadan oleh para
pelayar media sosial Pusat Kebudayaan.
KARYA PELAJAR 10BULETIN RENTAK BITARA | BIL.4 2/ 2019
Oleh : Ch er ism ay Du il MAKANAN TRADISIONAL
ch er ism aylakasa07@gm ail.com MASYARAKAT DI SABAH
BOSOU / TINAM BA
Terdapat banyak makanan
tradisional yang ada di Sabah
antaranya Bosou dan Sup Manuk
Lihing.
Bosou atau tinamba merupakan
salah satu makanan tradisional
istimewa bagi suku kaum
Kadazan-Dusun di Sabah. Ia
menyerupai pekasam atau jeruk.
Terdapat beberapa jenis bosou
iaitu, bosou ikan, nangka dan
sayur. Ia dihasilkan daripada isi
ikan mentah seperti ikan
kepayang (Pangium Edule) atau
daging mentah yang digaul
bersama-sama dengan nasi
putih, garam, buah seperti
nangka, nenas muda, batang
pisang, polod (umbut hutan) dan
tuhau (tepus kesing).
Sejenis bahan pengawet yang dipanggil panggi (kepayang atau keluak) ditambah bagi mengelakkannya
daripada menjadi basi dan berbau busuk. Campuran ini akan diperam di dalam bekas (biasanya didalam
tempayan kecil) dan akan ditutup rapat selama seminggu atau sehingga boleh dimakan.
Makanan tradisi ini boleh dihidangkan begitu sahaja atau dimasak terlebih dahulu sama seperti hidangan
budu atau tempoyak yang terdapat di semenanjung Malaysia.
SUP M ANUK LIHING
Hidangan seterusnya ialah sup manuk lihing (sup ayam
lihing). Sup Manuk Lihing atau lebih dikenali sebagai 'Sup
Ayam Lihing' dalam Bahasa Melayu merupakan sejenis
hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum
Kad azan- Dusun.
Bahan yang diperlukan adalah seekor ayam kampung,
sejenis minuman keras yang lebih dikenali 'Lihing' dalam
kalangan kaum Kadazan-dusun dan sedikit hirisan halia.
Cara menyediakan, rebus daging ayam yang telah
d1ipotong dengan setengah cawan lihing, hirisan halia
sekucukp rasa, garam dan serbuk perasa. Biarkan ia
mendidih sehingga daging ayam mejadi empuk sebelum
dihidangkan.
KARYA PELAJAR 11BULETIN RENTAK BITARA | BIL.4 2/ 2019
PAKAIAN TRADISIONAL
MASYARAKAT IBAN SARAWAK
Oleh : Ch er ism ay Du il
ch er ism aylakasa07@gm ail.com
Pakaian tradisional lelaki Iban terbahagi
kepada dua iaitu, kain sirat dan dandong. Kain
sirat dikenali juga sebagai cawat yang mana
pada zaman dahulu merupakan pakaian asas
kaum Iban dan ada juga yang masih gemar
memakainya pada masa kini. Sirat dipakai
dengan cara melilitnya di pinggang ke
hadapan dan belakang badan. Dandong pula,
merupakan kain selendang yang dipakai oleh
lelaki Iban. Dandong lebih lebar daripada
bedong. Dandong digunakan sebagai
pembungkus barang-barang persembahan
dalam upacara-upacara tertentu. Dandong
diperbuat daripada kain yang ditenun dengan
cara ikat.
Pakaian tradisional wanita Iban terbahagi kepada 3 jenis.
Iaitu, bidang, kalambi dan bedong. Bidang merupakan
sejenis kain sarung yang sempit dan panjangnya cuma
paras lutut. Kalambi pula ada dua jenis iaitu yang
berlengan dan tanpa lengan. Wanita Iban juga pmite. mKaak2iani
kain selendang yang panjang dan sem
selempang ini dikenali sebagai bedong, ia dihiasi oleh
corak tenunan yang sangat halus.
KARYA PELAJAR 12BULETIN RENTAK BITARA | BIL.4 2/ 2019
TOP 3 BAND INDIE DI MALAYSIA
Oleh : Su zan t o Yabat & Jef f er y Galau On g Tidak dinafikan lagi muzik bergenre indie sudah tidak asing lagi
dalam kalangan pendengar di Malaysia dan sekarang muzik ini amat
[email protected] | digemari oleh golongan remaja. Dalam bidang muzik popular, indie
er yjef f 868@gm ail.com ialah istilah yang digunakan untuk menghuraikan kebebasan dari
label rakaman komersil serta mengamalkan pendekatan buat sendiri
dan bebas dalam rakaman dan penerbitan muzik. Istilah indie berasal
dari perkataan Inggeris "independent" (bebas), oleh itu pemuzik indie
juga dikenali sebagai pemuzik bebas. Hari ini, penulis akan kongsikan
Top 3 Band Indie di Malaysia .
Bunkface ialah sebuah kumpulan muzik indie, punk rock yang diasaskan di
Klang, Selangor, pada tahun 2005, terdiri daripada penyanyi utama dan pemain
gitar Sam Baharom, pemain gitar beserta penyanyi latar Youk (Farouk Jaafar),
pemain gitar utama Paan (Ahmad Farhan), dan pemain dram Biak. Biak
kemudiannya digantikan dengan Ejam Coda. Bunkface mula mencapai
populariti melalui lagu dalam EP Lesson of the Season mereka iaitu Silly Lily dan
Situasi. Semua peminat mereka digelar Bunker. Nama "Bunkface" berasal dari
tajuk sebuah lagu dendangan Sum 41, "Crazy Amanda Bunkface", yang
dicadangkan oleh bekas pemain dram, Biak. Band ini telah memenangi banyak
anugerah antaranya anugerah industri muzik dalam kategori lagu rock terbaik
dengan lagu berjudul ?situasi?dan anugerah kembara pada tahun 2010.
Meet Uncle Hussain (juga dieja MeetUncleHussain atau
meetunclehussain, singkatan MUH) ialah sebuah kumpulan muzik
bebas Malaysia yang pada asalnya dianggotai oleh empat orang iaitu
Lan (vokal utama/ gitar kedua), Taja (gitar utama/ vokal latar), Kudux
(dram) dan Afat (bass/ vokal latar). Mereka juga pernah menggunakan
khidmat bekas pemain dram Flop Poppy dan Gerhana Skacinta, Bakri
ketika persembahan mereka. Konsep lagu yang didendangkan oleh
Meet Uncle Hussein berbentuk rock progresif.
Pencapaian besar mereka yang terawal ialah dijadikan Kumpulan DIY
Terbaik oleh majalah ROTTW pada tahun 2005. Pada tahun 2007,
kumpulan ini makin laris dengan penampilan dua lagu mereka, La La
La Kerjalah dan Lagu Untukmu sebagai lagu tema KAMI yang
bertemakan perjuangan pemuzik bebas di Malaysia. Pencapaian
terkini dinobat sebagai juara lagu di Anugerah Juara Lagu 23.
HUJAN ialah kugiran indie , rock alternatif di Malaysia yang
terdiri daripada Noh Salleh, AG Coco, Hang Dimas dan
Azham Ahmad sebagai ahli asal. Walaupun kugiran ini
lebih dikenali membawa aliran rock alternatif, namun
mereka juga turut menghasilkan pelbagai jenis genre di
industri muzik Malaysia. Kini, ahli yang tinggal ialah Noh
Salleh, AG Coco, Azham Ahmad dan Izzat Uzaini. Peminat
mereka dipanggil "Raingers", hasil penterjemahan nama
kugiran ke dalam Bahasa Inggeris iaitu rain (hujan) dengan
tambahan akhiran. Band ini adalah band Malaysia yang
pertama yang mendapat 100 000 pengikut di MySpace
dan 1 000 000 tontonan di dalam Youtube.
ALU M N I 13BULETIN RENTAK BITARA | BIL. 4 2/ 2019
al umni seni budaya
(PENGURUSAN MAJLIS)
Oleh : M oh d Fah m i M oh d Yu n u s
[email protected]
Baru-baru ini penulis telah menemubual Puan Nurhazirah Mohd Radzi salah seorang alumni UPSI untuk perkongsian
pengalaman beliau sepanjang penglibatan bersama Pusat Kebudayaan UPSI.
Ikuti temubual penulis bersama alumni seni budaya berikut :
Assalamualaikum , terima kasih atas kesudian anda
untuk perkongsian pada hari ini.
Hazirah : Waalaikumussalam. Sama-sama, saya juga
berterima kasih kepada pihak Pusat Kebudayaan UPSI
kerana menemuramah saya pada hari ini.
Baiklah, tanpa melengahkan masa lagi molek
kiranya kita terus ke soalan pertama. Boleh anda
ceritakan secara ringkas bagaimana puan boleh
terlibat dengan Pusat Kebudayaan ?
Hazirah : Pada awalnya saya terlibat dengan Sahabat
Mahasiswa Universiti (SMU) pada semester ke-2 di
UPSI. Saya diamanahkan untuk menyandang jawatan
sebagai Penolong Pengurus Persembahan walaupun
pada ketika itu saya tiada asas dalam kepimpinan
mahupun kebudayaan.
Bermula dari detik itu saya terus menggalas amanah
tersebut. Saya tiada pilihan lain melainkan cuba
sedaya upaya untuk berikan yang terbaik. Setelah
sentiasa berjumpa dengan Pengarah Pusat
Kebudayaan untuk khidmat nasihat dan pendapat
saya berjaya melaksanakan amanah yang telah
diberikan walaupun pada awalnya ia agak sukar. Saya Adakah puan berset uju dengan penglibat an pelajar dalam
berasa amat bertuah apabila bertemu dengan insan kebudayaan dapat membant u dalam meningkat kan
yang banyak membimbing & sentiasa menunjukkan kemahiran insaniah dan sebagai nilai t ambah unt uk para
jalan apabila saya buntu. pelajar apabila tamat pengajian kelak ?
Hazirah : Terlalu setuju ! Dengan menyertai pelbagai program
anjuran kebudayaan, saya dapat mempelajari cara bekerja secara
berpasukan. Semangat kerja berpasukan amat penting dalam
menjayakan sesuatu program. Apabila saya mendapat penempatan
untuk mengajar, segala program di sekolah perlu saya uruskan.
Maklumlah pada ketika itu kami sebagai guru yang masih baru di
sekolah . Berbekalkan pengalaman yang telah saya peroleh saya
langsung tiada masalah dalam menguruskan amanah yang
diberikan. Segala kertas kerja dan pengurusan teknikal yang
dipraktikkan ketika menguruskan program kebudayaan sangatlah
berguna.
ALU M N I 14BULETIN RENTAK BITARA | BIL. 4 2/ 2019
Sepanjang penglibat an puan di Pusat Kebudayaan, boleh anda nyat akan
apakah ruang dan peluang yang anda peroleh?
Hazirah: Jika hendak diceritakan, terlalu banyak ruang dan peluang yang saya
peroleh dari Pusat Kebudayaan UPSI. Bermula dengan tidak pandai memimpin dan
langsung tiada keyakinan diri, saya diajar satu persatu kemahiran untuk menjadi
pemimpin yang terbaik, membuat sesuatu keputusan serta mempertimbangkan
sesuatu perkara sebelum melaksanakannya. Semuanya diajar satu persatu. Melalui
hasil bimbingan Pusat Kebudayaan juga saya belajar untuk menangani stress, karenah
manusia malah saya juga belajar kemahiran untuk menerima segala bidang tugas
yangdiberikan secara adhocdan menyelesaikannya dengan sempurna. Saya juga telah
diajar mengenai pengurusan pentas , pengurusan stok pejabat, pengalaman
menguruskan majlisataupun program, berurusan dengan personaliti tv. Selain itu saya
juga berjaya meluaskan jaringan kenalan dan antara perkara yang tidak dapat saya
lupakan apabila berpeluang menaiki kapal terbang ke Sarawak untuk urusan bersama
Pusat Kebudayaan. Untuk pengetahuan, menaiki kapal terbang adalah salah satu
impian saya pada ketika itu walaupun saya tahu saya tidak mampu dengan wang
sendiri, maklumlah saya masih belajar. Tetapi dengan Pusat Kebudayaan UPSI
alhamdulillah akhirnya impian saya tercapai. Jikalau nak diceritakan tentang
pengalaman , ruang & peluang yang saya dapat memang tak mampu untuk saya
senaraikan kerana terlalu banyak untuk disenaraikan. Sejujurnya saya akui Pusat
Kebudayaan UPSI telah membimbing dan melatih diri saya menjadi seseorang yang
lebih baik dalam segala aspek. Ikhlasnya siapa saya pada hari ini mulanya dari hasil
didikan yang saya terima sepanjang penglibatan saya bersama Pusat Kebudayaan
UPSI. Segala pengalaman yang saya peroleh saya masih aplikasikan dalam setiap
bidang yang saya ceburi sekarang.
Apakah saranan dan harapan anda terhadap w arga UPSI khususnya Pencapaian :
pelajar unt uk bergiat dalam akt ivit i kebudayaan ?
- Pernah menjadi seorang guru
Hazirah: Seperti yang kita ketahui, bidang pendidikan pada zaman sekarang mata pelajaran biologi di SMK Kota
sangat mencabar. Kebanyakan guru yang mendapat penempatan sukar untuk Masai 2
menyesuaikan diri dengan suasana dan bebanan kerja sebenar. Tetapi jika
kita melibatkan diri dengan aktiviti di Pusat Kebudayaan, kita boleh - Pencapaian tertinggi beliau adalah
menyelami realiti dunia pekerjaan sebenar, boleh membuat persediaan awal penerima CDM Excellence Awards
supaya tidak tertekan dengan situasi kerja sebenar khususnya di sekolah 2017
nanti. Saya juga berharap agar Pusat Kebudayaan UPSI terus menganjurkan
segala program dan aktiviti yang dapat membuka ruang dan peluang untuk - Usahawan yang menjana
mahasiswa menggali potensi diri. pendapatan sebulan mencapai
RM95,000
- Sekarang bergiat aktif dalam
bidang keusahawanan.
INFO BUDAYA 15BULETIN RENTAK BITARA | BIL.4 2/ 2019
InfoBudaya
Oleh : M oh d Fah m i M oh d Yu n u s
Ch er ism ay Du il
[email protected]
[email protected]
BAJU MELAYU
But ang lima baju Melayu
Merupakan simbolik kepada lima Rukun Islam. Jika pada baju
Melayu Teluk Belanga pula yang mempunyai satu butang
bermaksud tauhid iaitu percaya hanya pada satu tuhan.
Tiga poket
Tiga poket iaitu pada bahagian kiri dada, dan dua bawah baju
mewakili Islam, Iman dan Ihsan bermaksud kesempurnaan.
Baju Melayu dicipta bersama falsafahnya tersendiri. Oleh itu
marilah kita menghargai kesenian Melayu dalam berpakaian
MITOS TAPAI
Pada zaman dahulu banyak pantang larang yang
perlu dipatuhi dalam proses pembuatan pencuci
mulut, tapai :
· Pembuat tidak boleh makan sirih atau
mendekatkan diri dengan benda-benda yang
berwarna merah. Mengikut kepercayaan, jika
pantang larang itu diingkari, tapai yang berwarna
putih itu akan berubah warnanya menjadi merah
dan rasanya kurang enak.
· Pembuat tapai tidak boleh makan makanan yang
masam ketika membungkus kerana ia akan
menyebabkan rasa tapai berubah menjadi masam.
· Pembuat tapai mesti merahsiakan pembuatan
tapai daripada sesiapa pun.
· Tapai mesti disimpan di bawah katil untuk
memastikan penghasilan berjaya.
Walau bagaimanapun belum dapat dipastikan
apakah maksud disebalik mitos tersebut. Apapun
kisah ini akan kekal menjadi bualan masyarakat
Melayu turun-temurun walaupun sekadar mitos.
LINOPOT 1
Sabah bukan sahaja mempunyai makanan yang unik,
malah cara penyediaan, pembuatan dan cara
menghidangkannya juga unik. Sebagai contoh, ?Linopot?
(nasi yang dibungkus dengan daun). Beras yang
digunakan untuk membuat ?linopot? secara tradisinya
ialah padi huma. Jika dilihat dengan teliti, nasi yang
dihasilkan berwarna ungu, merah atau perang. Ia tidak
dicampurkan dengan sebarang pewarna tetapi
sememangnya berasal dari padi huma itu sendiri. Selain
itu, ia juga mempunyai aroma tersendiri yang sangat
harum dan enak. Ia akan bertambah enak jika dicampur
dengan ubi manis atau ubi keledek.
PUSAT KEBUDAYAAN
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI
Tingkat 1, Blok A,
Kampus Sultan Abdul Jalil Shah,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjung Malim,
Perak
Tel : 04-450 5426/5326
E-mail : [email protected]
Pusat Kebudayaan UPSI
Pusat Kebudayaan UPSI
kebudayaan.upsi
#InspiringThroughCulture