K.A. T .A Bil. 10 1/2023 imbas kodqr untuk bacaan secara digital 2 0 2 3 ڤوسکيب dalam merubah pendidikan warisan dan kebudayaan Warna-Warni kontemporari dalam ekspresi seni merealisasikan hala tuju P U S K E B p e m u p u k a n k o m u n i k a s i dan keyakinan diri pelajar sekolah rendah 9 773009 048007 ISSN 3009-0482
Penerbitan K.A.T.A Puskeb yang dihasilkan ini merupakan kesinambungan daripada terbitan K.A.T.A Puskeb sebelumnya yang merupakan merupakan naskah penerbitan rasmi tahunan Pusat Kebudayaan UPSI. Penerbitan K.A.T.A Puskeb ini adalah salah satu platform untuk menzahirkan rasa syukur terhadap segala jasa dan pengorbanan warga UPSI yang berjaya membawa nama UPSI di segenap platform seni budaya. Selain itu, K.A.T.A Puskeb ini juga merupakan salah satu platform untuk penulis UPSI samada pelajar ataupun kakitangan menzahirkan karya masing-masing dalam bentuk penerbitan bertulis. Dengan adanya platform ini para pengkarya UPSI amat dialu-alukan untuk menghantar sebanyak mungkin karya yang dihasilkan di masa hadapan. Terima kasih atas segala usaha warga UPSI yang aktif dalam bidang seni dan mengharumkan nama UPSI di setiap ruang dan peluang yang dipersembahkan. Semoga setiap kejayaan dan nilai tambah yang diperoleh dapat menjadi pemangkin untuk lebih bergiat dalam bidang seni. Diharapkan juga segala yang diperoleh bakal menjadi bekalan untuk pemindahan ilmu apabila menjadi pendidik kelak kerana insan berakhlak adalah insan berbudaya. Prakata membentuk identiti& peribadi
Isi Kandungan SIDANG EDITORIAL / KAKITANGAN 1 2 SEKILAS KATA Dr. Chamil Arkhasa Nikko bin Mazlan PEMBELAJARAN MUZIK DALAM KEBUDAYAAN Dr. Norzuraina bt. Mohd Nor NUANSA KEANEKARAGAMAN DALAM EKSPRESI SENI BAGI MEREALISASIKAN HALA TUJU PUSAT KEBUDAYAAN 2023 Dr. Mohd Fauzi Bin Harun TEKNOLOGI DALAM MERUBAH PENDIDIKAN WARISAN DAN KEBUDAYAAN PENDIDIKAN 4-5 6-7 8-9 WARNA WARNI BATIK Prof. Madya Dr. Harozila Ramli TEATER SEBAGAI MEDIUM PEMUPUKAN KOMUNIKASI DAN KEYAKINAN DIRI PELAJAR SEKOLAH RENDAH Prof. Madya Dr. Mardiana Ismail MUZIK KONTEMPORARI Encik Aiman Ikram Uyub ILMU 11-12 13-14 15-16 Ainah Gimir SAJAK : PEJUANG ILMU Elvienie Petrus SAJAK : KAU YANG MENIKAM KAU YANG BERDARAH Muhammad Aniq Sapini SAJAK : BELENGGU PENUNGGU Carol Somuin SAJAK : PERMAISURI SULUH BUDIMAN Carol Somuin CERPEN : BUNGA PUTIH LAYU (DAISY) Ahmad Izzuddin Rosli Al Hairi SAJAK : HUJAN ERTI KEHIDUPAN SUDUT KREATIF 18 19 20 21 22 23 LENSA PUSKEB AKTIVITI YANG TELAH BERLANGSUNG 27-28 KEJAYAAN PELAJAR 32 PENGLIBATAN BERSAMA INDUSTRI 29-31
Pusat Kebudayaan DR. NORZURAINA BT. MOHD NOR [email protected] 05-4505308 PENGARAH MUHAMAD FAKHRULLAH BIN FARROK [email protected] 05-4505446 PEGAWAI KEBUDAYAAN B41 Sidang Editorial PENAUNG KETUA EDITOR EDITOR FOTO KONSEP, REKA BENTUK, Dr. Norzuraina Mohd Nor REKA LETAK, SUSUN ATUR Muhammad Fakhrullah Farrok Mohd. Fahmi Mohd. Yunus Nur Sufiya Ashyra Shapril Mohd. Fahmi Mohd. Yunus Nur Sufiya Ashyra Shapril PENULIS Nur Sufiya Ashyra Shapril Profesor Madya Dr. Harozila Ramli Dr. Mardiana Ismail Dr. Chamil Arkhasa Nikko Mazlan Aiman Ikram Uyub Dr. Mohd Fauzi Harun Elvienie Petrus Carol Somuin Ainah Gimir Muhammad Aniq Sapini Mohammad Hamka Nordin Ahmad Izzuddin Rosli Al-Hairi MOHD ISMAIL BIN MOHD ZIN [email protected] 05-4505445 PEGAWAI KEBUDAYAAN B32 (KUP) ANUAR BIN BORHAN [email protected] 05-4505427 AHLI MUZIK B29 MOHD. AZUWAN BIN MAT ZULKIPLI [email protected] 05-4505326 PEMBANTU TADBIR N28 MOHD. SHARIFUDDIN BIN MOHAMED HUSSAIN [email protected] 05-4505326 PEMBANTU OPERASI N11 MOHD. FAHMI BIN MOHD. YUNUS [email protected] 05-4505326 PEGAWAI KEBUDAYAAN B19 MOHAMAD ASRI BIN OTHMAN [email protected] 05-4505326 PEGAWAI KEBUDAYAAN B19 MOHAMAD SAFWAN ABDILLAH B. SAIDON [email protected] 05-4505335 PEGAWAI KEBUDAYAAN B19 K.A.T.A PusKeb Bil. 10 1/2023 Mohd. Fahmi Mohd. Yunus 1 Elvienie Petrus Anuar Borhan Institut Peradaban Melayu UPSI
Sekilas MUHAMAD FAKHRULLAH BIN FARROK Kata Selamat datang di edisi terbaru buletin Pusat Kebudayaan kami. Kali ini, kami bersemangat memeriahkan jiwa pembaca dengan artikel terkini seputar dunia seni dan kebudayaan dari Pusat kebudayaan UPSI yang mendokong motto ‘ menginspirasi melalui budaya’ . Kesenian dan kebudayaan memiliki peranan yang sangat penting dalam kehidupan kita bukan hanya sekadar hiburan, tetapi juga sarana untuk memperkaya jiwa dan meningkatkan pemahaman tentang diri kita sendiri serta masyarakat di sekitar kita terhadap elemen ini. Dalam keberagaman ekspresi seni, kita menemukan cerminan dari berbagai tradisi, identiti, dan pandangan masyarakat terhadap dunia seni ini. Di edisi ini, kami mengangkat berbagai topik menarik bertatih dari perkembangan terbaru dalam pelbagai aspek kesenian dan kebudayaan di UPSI hinggalah petikan acara budaya yang menarik perhatian di seluruh dunia. Kita akan membahas secara santai pelbagai maklumat berkaitan bidang kesenian dan kebudayaan dalam teknologi dan pendidikan yang menggugah emosi dengan mengajak kita melihat dunia dengan sudut pandang yang baharu. Kami juga akan memperkenalkan beberapa seniman menarik yang mewakili keberagaman dan keunggulan dalam ekspresi seni tersendiri yang patut dikenali oleh warga UPSI ini. Dalam perjalanan pembacaan ini, kita akan menemukan kekayaan seni rupa, sastera, kerajinan tangan, dan seni tradisional yang menghidupkan keberagaman budaya. Namun tidak dilupakan juga seni kontemporari dalam penglibatan dan pencapaian yang membanggakan dalam usaha melestarikan kebudayaan dalam kalangan pelajar di UPSI. K.A.T.A Puskeb ini diharapkan dapat menginspirasi anda untuk sama-sama berpegangan tangan dalam mengapresiasikan seni dan kebudayaan di UPSI. Mari sama-sama kita berekspresi terhadap keberagaman dan keunikan yang ada di sekitar kita dengan menterjemahkan motto ‘menginspirasi melalui budaya’. Selamat menikmati bacaan kami dan mari kita menjelajahi dunia kebudayaan bersama-sama. K.A.T.A PusKeb Bil. 10 1/2023 2
#MenginspirasiMelaluiBudaya K.A.T.A P u s K e b Bil. 1 0 1 / 2 0 2 3
Fakulti Seni, Kelestarian & Industri Kreatif D R . N O R ZU R A I N A M O H D N O R [email protected] pendidikan Nuansa kesenian dan kebudayaan adalah warisan berharga yang harus dinikmati dan diekspresikan oleh semua orang, tanpa memandang latar belakang sosial, budaya, atau ekonomi. Kehidupan manusia penuh dengan kekayaan dan keberagaman, baik dalam hal budaya mahupun individu. Mempromosikan keberadaan seni dan kebudayaan untuk semua adalah penting sekaligus memberikan kesempatan kepada setiap individu untuk mengembangkan dan mengenal potensi diri mereka dalam seni. Ia sebagai satu platform kepada setiap individu untuk mengekspresikan diri mereka dengan bebas, menciptakan ruang yang inklusif dan menghargai mereka yang seringkali diabaikan atau terpinggirkan dalam pemikiran seni harus dipelopori oleh golongan berbakat sahaja. Salah satu cara yang paling indah untuk menghargai dan merayakan keberagaman seni dan kebudayaan di universiti adalah melalui program-program yang membantu dalam memperkukuhkan kesedaran akan warisan budaya dan pentingnya memelihara kebudayaan. Perancangan bersistematik diselaraskan dengan pencapaian objektif berimpak tinggi dengan keterlibatan peserta dalam pelbagai peringkat hingga ke mercu antarabangsa diterjemahkan dalam pelbagai aktiviti kesenian. Malahan, hala tuju utama PUSKEB adalah memastikan dapat menyajikan persembahan berkualiti setaraf dengan industri seni di luar sebagai persediaan mahasiswa untuk bergerak sebagai aktivis di masa depan. K.A.T.A PusKeb Bil. 10 1/2023 Perkembangan kesenian dan kebudayaan berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam dunia yang semakin canggih dengan kemajuan teknologi yang mencanak pesat. Pusat Kebudayaan (PUSKEB) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memiliki tanggungjawab yang penting dalam memastikan kesinambungan dan mengembangkan budaya di kalangan mahasiswa dan masyarakat setempat. Dalam era membangun ini, hala tuju Pusat Kebudayaan UPSI bersifat proaktif dan berinovasi agar terus relevan dan memberi impak positif kepada mahasiswa dan masyarakat dengan mempamerkan pelbagai aktiviti kesenian dan kebudayaan yang beraneka ragam, berimpak tinggi dan terbang menuju ke cara fikir baru dalam kesenian. Melalui misi ‘Memimpin “Budaya Kecemerlangan” melalui kepimpinan pendidikan global, kreatif dan inovatif dalam mencapai wawasan universiti, Pusat kebudayaan yang bernaung bawah "Universiti Pendidikan Nombor 1 di Malaysia", memandang pentingnya melalui pendidikan kesedaran seni budaya diangkat sejajar dalam era berteknologi. 4 sesi fotografi usai program Silang Budaya Malaysia-Indonesia di WTC, Kuala Lumpur D A L AM E K S PRE S I S ENI Nuansa keanekaragaman bagi merealisasikan hala tuju Pusat Kebudayaan
Selain itu, PUSKEB juga proaktif menjalinkan kerjasama dengan institusi budaya lain, khususnya yang mempunyai pengalaman dan kepakaran diperingkat antarabangsa dan kebangsaan untuk memberi peluang kepada mahasiswa dalam mengekspresikan seni ke dalam masyarakat. Pusat Kebudayaan memberikan perhatian dan dukungan terhadap seniman dan pengrajin lokal. Kontribusi pada kelangsungan hidup budaya yang beranekaragam sebagai satu usaha dan hala tuju Pusat kebudayaan dalam mengekpresikan mahasiswa dalam aktiviti seni. Melalui kerjasama ini, pertukaran idea dan pengalaman boleh berlaku, seterusnya Pusat Kebudayaan UPSI mempromosikan kebudayaan Malaysia ke ruang yang lebih besar apabila melibatkan kolaboratif dengan pelbagai negara. K.A.T.A PusKeb Bil. 10 1/2023 Dalam merealisasikan hala tuju Pusat Kebudayaan 2023, penting untuk memastikan nuansa keanekaragaman dalam ekspresi seni melalui penyertaan mahasiswa di UPSI. Pusat Kebudayaan UPSI menyedari perubahan dan cabaran yang dibawa oleh era berteknologi ini. Dalam usaha untuk merentasi era ini, keberkesanan penggunaan teknologi, pendidikan dan kesedaran seni, kerjasama dengan institusi budaya, dan memastikan pengalaman langsung dengan budaya adalah faktor-faktor penting yang diambil kira. Dengan pendekatan yang proaktif dan inovatif di tahun 2024, Pusat Kebudayaan UPSI terus memainkan peranan yang relevan dan memberi impak positif dalam mempromosikan kebudayaan dalam kalangan mahasiswa dan masyarakat setempat seterusnya mengantarabangsa. 5 Pembinaan nilai dan jati diri juga bermula saat mahasiswa melihat seni, mendengarkan muzik, menonton persembahan, atau mempelajari tradisi budaya, di mana mahasiswa membuka pintu agar memahami dan menghormati pengalaman manusia dengan pelbagai karakter yang beragam dan berbeza.
Dalam merealisasikan dan memperkembangkan potensi, ada beberapa cara untuk pendidikan dan juga bakal pendidik lakukan. Tahun 2020, merupakan satu proses yang tidak akan dilupakan semua, kerana tahun ini juga menjadi saksi bagaimana pembelajaran secara dalam talian diperkenalkan secara menyeluruh, sama ada dari peringkat sekolah rendah, menengah dan juga pengajian tinggi. Semua yang terlibat perlu mempelajari dan mengasah kemahiran yang baru, contohnya penggunaan platform seperti Whatsapp, WeChat, Telegram dan sebagainya. Semua aplikasi ini bukanlah aplikasi yang baru, namun untuk kegunaan kerap, mungkin generasi yang agak veteran mengalami sedikit kesukaran. Apa kaitannya generasi ini dengan pembelajaran? Sebenarnya hubungkait itu ada, sebagaimana satu hujah dari Ali bin Abi Thalib, yang menyatakan bahawa, didiklah anak-anakmu sesuai dengan zamannya, kerana mereka hidup bukan di zaman mu. Apa yang boleh kita reflek dari hujah ini, merujuk pada bagaimana setiap generasi itu berbeza gaya pembelajarannya. Sumber: https://media.siraplimau.com/2021/09/Generations-Infographic-McCrindle-2-1024x722.jpg Seni muzik merupakan satu bidang yang tidak asing lagi sejak beribu tahun dahulu. Dalam konteks pendidikan di Malaysia pula, pendidikan muzik telah bertapak sejak tahun 1816, oleh pihak Inggeris. Selepas itu, pembelajaran muzik semakin berkembang dan berevolusi dari semasa ke semasa. Sejajar dengan revolusi perindustrian, sektor pendidikan juga tidak lari daripada transformasi. Oleh sebab itu, untuk pembelajaran muzik dalam kebudayaan itu juga seharusnya selari dengan dasar-dasar yang diperkenalkan kerajaan, agar dapat melahirkan warganegara Malaysia yang dapat memperkembangkan potensi secara menyeluruh dan bersepadu, sebagaimana yang termaktub dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan. DALAM KEBUDAYAAN Jabatan Muzik & Pendidikan Muzik,Fakulti Muzik dan SeniPersembahan.UPSi Dr.Chamil Arkhasa Nikko bin Mazlan [email protected] pendidikan K.A.T.A PusKeb Bil. 10 1/2023 6 PEMBELAJARAN MUZIK
Masalah lain yang utama adalah merujuk pada bagaimana dalam kalangan pelajar menguruskan masa kendiri. Ironinya, jika kita melihat generasi alpha, sepatutnya tiada masalah ketika belajar secara dalam talian. Namun, realitinya, ramai pelajar mengalami kesukaran dalam mengadaptasi pembelajaran secara dalam talian, khususnya pelajar dalam bidang muzik. Ini kerana, bertahun lamanya, pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan muzik dilaksanakan secara semuka, menggunakan kaedah berasaskan studio. Melalui cara ini, seorang guru muzik dapat melatih anak didiknya sebagaimana yang mereka mahukan, doktrin pembelajaran sebegini tidak asing lagi dalam pendidikan muzik, dikenali sebagai master-apprentice. Ada juga yang menggunakan kaedah pengajaran secara ensembel, melibatkan beberapa orang pelajar dalam waktu yang tertentu dan juga kaedah lainnya, bukan kaedah pengajaran yang ingin diketengahkan, tetapi falsafah kita tentang pendidikan, baik pendidik dan bakal pendidik. Ini kerana setiap pelajar itu mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Menyentuh isu kebudayaan pula, kita boleh memacu kebudayaan itu berdasarkan dasar-dasar kerajaan yang sedia ada, seperti Dasar Kebudayaan Negara 2021 (DaKEN), yang sememangnya memberikan penekanan terhadap pendidikan dan kebudayaan domestik. Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah), juga telah menggariskan 11 anjakan transformasi untuk pendidikan, salah satu daripada anjakan itu berfokuskan pada memanfaatkan ICT bagi meningkatkan pembelajaran di Malaysia. Melalui dasar ini, pendidik dan bakal pendidik khususnya di UPSI boleh mencari potensi dalam menghasilkan kandungan pendidikan yang bersesuaian dan mengadaptasikan dengan teknologi seperti menggunakan Augmented Reality (AR), kecerdasan buatan atau Artificial Intelligent (AI) dan Virtual Reality (VR). Tidak dilupakan juga, menambah baik strategi pengajaran dan pembelajaran agar pelajar dan tenaga pengajar dapat mendalami atribut untuk abad ke-21 yang tidak terhad seperti pemikir kritis, kreatif, kolaborasi, komunikasi, teknologi, fleksibiliti dan produktiviti. Ketika satu dunia sedang mengalami wabak Covid-19, seluruh dunia mengaplikasikan kaedah hibrid. Namun begitu, dalam konteks pendidikan muzik, tidak semua subjek itu sesuai untuk dipelajari secara dalam talian. Contohnya, pembelajaran alat muzik kategori bras, seperti trumpet, french horn dan trombone, yang merupakan alat muzik bertiup. Kekangan itu biasanya berlaku kerana dalam kalangan pelajar yang masih baru dalam mempelajari alat muzik yang dipilih. Selain daripada itu, masalah capaian internet juga menjadi kekangan, jika kuliah dilakukan secara bersemuka dalam talian. Dalam keadaan ini, kita sepatutnya berpegang pada ideologi ini, iaitu tiap yang terjadi itu ada hikmahnya. Jika kita tidak lalui pandemik, mungkin dalam pendidikan, kita tidak akan dengar istilah seperti MOOC, flip-classroom, pembelajaran teradun dan banyak lagi strategi lainnya. Sebab itu, dalam meniti dunia yang serba mencabar, kita semua perlu menanam atribut yang fleksibel, itu fleksibel dalam mempelajari ilmu pengetahuan baru, fleksibel dalam mencerakinkan pengetahuan yang sedia ada dengan pengetahuan baru serta, fleksibel dalam meninggalkan ilmu pengetahuan yang tidak bermanfaat. Contoh pelajar muzik, selain daripada memahami dan mempelajari bidang muzik dengan mendalam, pelajar juga boleh menyusun masa untuk mempelajari pengetahuan lainnya yang merentas kurikulum, seperti muzik dan psikologi, muzik dan sains, muzik dan sejarah, muzik dan pengajian islam dan banyak lagi variasi yang ada. 7 K.A.T.A PusKeb Bil. 10 1/2023
FakultiSeni, Kelestarian & Industri Kreatif Dr. Mohd Fauzi Bin Harun [email protected] pendidikan Teknologi merupakan satu keperluan masa kini selaras dengan kemajuan era digital. Ia juga telah mempengaruhi cara manusia untuk berinteraksi, penyampaian maklumat dan amalan lainnya termasuk pendidikan. Malah terdapat kajian yang dijalankan terhadap kesan-kesan penggunaan teknologi kepada pelajar dalam pelbagai perseptif, negatif mahupun positif. Teknologi dalam pendidikan berfungsi sebagai perantara antara guru dengan pelajar dalam meningkatkan kualiti pembelajaran. Malah, kajian Kop (2011) ada menyatakan internet merupakan salah satu sumbangan terbesar teknologi dalam dunia pendidikan, terutamanya dari segi penyebaran kandungan pembelajaran tanpa sempadan. Selain itu, melalui peredaran masa lebih ramai lagi golongan tanpa mengira umur berupaya mempelajari kemahiran literasi maklumat dengan menggunakan internet. Melalui kelebihan teknologi yang ada kini, warisan dan kebudayaan tidak kira seni bina, kraf, seni persembahan serta lainnya juga turut menerima tempias dalam mendepani cabaran platform digital. Akses digital tanpa sempadan terutamanya melalui media sosial mampu untuk mendidik serta meningkatnya minat terhadap seni warisan dan kebudayaan negara. Oleh itu, transformasi pendidikan digital amat dituntut dalam memastikan warisan dan kebudayaan negara terus bertahan, dan kekal relevan. Walaubagaimanapun, untuk menarik minat masyarakat terhadap warisan budaya melalui inovasi dan teknologi, pemahaman terhadap fungsi serta penglibatan (engagement) menjadi bahagian penting dalam mana-mana strategi pendidikan terutamanya melalui media sosial. Tanpa penglibatan, ia hanya dikenali sebagai media kerana pengguna mencari penglibatan; antara mereka dengan pengisian. Reid dan Weigle (2014) menyatakan terdapat beratus juta menggunakan media sosial terutamanya golongan remaja untuk berkongsi pengetahuan dan membina hubungan di seluruh dunia. Media sosial membolehkan masyarakat lebih daripada berkomunikasi tetapi mempelajari perkara baharu dan mengembangkan minat. Integrasi melalui platform ini ke dalam bilik darjah kini telah pun menjadi kebiasaan berbanding sebelum ini memandangkan betapa ramai pelajar yang lebih mudah menyesuaikan diri dengan platform ini berbanding mempelajari suatu platform baharu. Rentetan itu, dengan memanfaatkan ciri-ciri dan fungsi sesuatu media, ia dilihat dapat membantu meningkatkan kehadiran dalam talian, menjangkau audien baru, membina rangkaian dan pendedahan yang lebih meluas. Penglibatan media sosial diukur melalui orang berinteraksi dengan akaun dan kandungan siaran mereka. Dengan ini, seseorang akan menjadi lebih dekat dengan apa yang mereka ingin pelajari melalui kandungan yang dikongsikan. Jika kandungan hanya statik seperti buku, ia hanya mensiakan penggunaan platform digital seperti media sosial dalam meraikan pendidikan warisan dan kebudayaan. K.A.T.A PusKeb Bil. 10 1/2023 8
Selain interaktiviti, ciri-ciri mengapa media sosial sesuai sebagai platform pendidikan adalah selain visual statik, setiap pengisian juga boleh dikongsikan melalui format video dengan penambahan suara latar, muzik selain kapsyen yang menarik dengan gaya bahasa yang tidak terlalu formal sepertimana dalam buku teks. Video secara 2D dan 3D juga boleh digunapakai sebagai nilai tambah penggunaan teknologi. Malah, kapsyen yang menarik mampu untuk trafik ke laman dan menjadi pemacu utama penglibatan selain fungsi utamanya sebagai meningkatkan pengalaman menonton setiap siaran (posting). Paling utama, masyarakat dapat mempelajari tentang warisan mahupun budaya negara pada waktu dan tempat yang lebih fleksibel. Secara tidak langsung, ia juga menyokong pembelajaran sepanjang hayat kerana media sosial boleh diakses menerusi telefon mudah alih yang merupakan keperluan hampir setiap orang. Ia bagaikan suatu peringatan kepada mereka terhadap suatu yang baharu terutamanya jika setiap perkongsian adalah suatu yang unik, tiada akses kepada suatu subjek sebelum ini dan terperinci seolah mereka sebahagian dalam penceritaan. Dengan perkongsian warisan dan budaya di media sosial, pengetahuan warisan budaya boleh diturunkan dari satu generasi ke generasi seterusnya dengan lebih mudah selain membantu mendokumentasikan kehilangan warisan budaya. Melalui pembelajaran informal ini, individu boleh berkongsi pengalaman dan menyokong satu sama lain tanpa batas latar belakang mahupun usia. Lebih hebat, salah faham tentang sesuatu warisan budaya dapat ditepis dan meningkatkan kesedaran serta penghayatan sesuatu warisan budaya. 9 K.A.T.A PusKeb Bil. 10 1/2023 Rujukan; Kop, R. (2011). The challenges to connectivist learning on open online networks: Learning experiences during a massive open online course. The International Review of Research in Open and Distributed Learning, 12(3), 19-38. https://doi.org/10.19173/irrodl.v12i3.882 Reid, D. & Weigle, P. (2014). Social media use among adolescents: benefits and risks. Adolescent Psychiatry 4(2). DOI:10.2174/221067660402140709115810 " Konsistensi melalui siaran yang sentiasa dikemas kini merupakan kunci kepada perkongsian dalam media sosial untuk meraih perhatian orang ramai "
#MenginspirasiMelaluiBudaya K.A.T.A P u s K e b Bil. 1 0 1 / 2 0 2 3
Membatik adalah satu daripada kesinambungan seni warisan tradisi sehingga ke hari ini. Kemunculannya penuh rahsia dan masih dipertikaikan oleh para sejarawan seni. Para arkeologi ada membuat kenyataan dan memberi pendapat berdasarkan teori bahawa ‘batik’ sebenarnya lahir daripada negara-negara sebelah Timur. Konsep asal dalam penghasilan batik adalah dari tamadun besar dunia iaitu Mesir, walaupun pada hakikatnya istilah ‘batik’ sebenarnya muncul dari negeri-negeri di Kepulauan Melayu. Sementara itu, Abdullah Mohamed (1990); pernah menyatakan bahawa, perkataan “Batik” nampaknya berasal dari Indonesia dari perkataan Melayu untuk “titik” dan perkataan Jawa “Mba” ertinya “menulis”. Oleh itu “batik” bererti “menulis titik-titik” yang dimaksudkan dengan adanya penghasilan berupa titik-titik dalam ertikata yang sebenarnya atau berupa bunga-bunga dan lain-lain motif yang kecil diatas permukaan kain putih. Kemudian, gaya dan teknik untuk mewujudkan motif-motif itu bergantung pada zaman dan ruang. Ternyata kini, seni batik adalah satu hasil pencorakan tekstil yang diasaskan daripada penggunaan lilin dan kesan bahan pewarna samada penggunaan pewarna dari alam semulajadi mahupun pewarna moden. Lilin merupakan bahan utama yang diaplikasikan sebagai pemisah pewarnaan sama ada dilukis menggunakan alatan canting mahupun yang diterap menggunakan blok-blok batik ke atas permukaan fabrik. Titisantitisan lilin yang cair itu adalah bahan yang digunakan untuk membentuk corak batik di samping mengawal permukaan fabrik yang tidak mahu diwarnakan. Sementara cairan warna meresapi bahagian-bahagian kain tanpa lilin untuk menghasilkan corak lapisan warna. Proses ini berterusan mengikut kepandaian tukang batik itu sendiri. warna juga diletakkan pada permukaan fabrik samada dengan kaedah celupan atau menggunakan berus. Keistimewaan dan keunikan seni batik terletak pada ciri yang berlainan bagi corak dan kesan yang terhasil pada setiap permukaan fabrik. FakultiSeni, Kelestarian & Industri Kreatif Prof. Madya Dr Harozila Ramli [email protected] ilmu Proses mencanting batik Kaedah membatik dengan menggunakan lilin dan damar sebagai media utama ini boleh menghasilkan catan batik mahupun kraf batik dengan pelbagai cara, sama ada dilakar, dicanting, dititik, diconteng mahupun disapu ke atas sesuatu permukaan dengan tiada hadnya. Terdapat 5 prinsip penting bagi penghasilan seni batik yang saling berkait. Prinsip pertama iaitu aspek reka corak motif yang boleh dibahagikan kepada tema tradisional atau moden. Prinsip yang kedua adalah, medium dan media iaitu bahan dan alatan. Ketiga, adalah aplikasi dan eksplorasi teknik dan seterusnya aspek fungsi dan makna. Keunikan proses penghasilan batik seperti ini memberi satu inspirasi kepada pelukis-pelukis moden Malaysia untuk mengalihkan dramatik seni batik yang kebiasaannya mempelopori busana tradisional ke atas bentuk catan. Masa depan seni batik telah berkembang melampaui dunianya dengan melalui proses pemodenan konsep, teknik dan falsafah. Sebagaimana masyarakat dan kebudayaan yang sentiasa berkembang mengikut peredaran zaman. Seni membatik juga turut berubah daripada keindahan yang hanya terdapat pada rekaan busana dengan berpindah konsepnya mengikut konsep tradisi kesenian barat menerusi seni lukis moden Malaysia. K.A.T.A PusKeb Bil. 10 1/2023 11 BATIK
Kaedah membatik dengan menggunakan lilin dan damar sebagai media utama ini boleh menghasilkan catan batik mahupun kraf batik dengan pelbagai cara, sama ada dilakar, dicanting, dititik, diconteng mahupun disapu ke atas sesuatu permukaan dengan tiada hadnya. Terdapat 5 prinsip penting bagi penghasilan seni batik yang saling berkait. Prinsip pertama iaitu aspek reka corak motif yang boleh dibahagikan kepada tema tradisional atau moden. Prinsip yang kedua adalah, medium dan media iaitu bahan dan alatan. Ketiga, adalah aplikasi dan eksplorasi teknik dan seterusnya aspek fungsi dan makna. Keunikkan proses penghasilan batik seperti ini memberi satu inspirasi kepada pelukis-pelukis moden Malaysia untuk mengalihkan dramatik seni batik yang kebiasaannya mempelopori busana tradisional ke atas bentuk catan. Masa depan seni batik telah berkembang melampaui dunianya dengan melalui proses pemodenan konsep, teknik dan falsafah. Sebagaimana masyarakat dan kebudayaan yang sentiasa berkembang mengikut peredaran zaman. Seni membatik juga turut berubah daripada keindahan yang hanya terdapat pada rekaan busana dengan berpindah konsepnya mengikut konsep tradisi kesenian barat menerusi seni lukis moden Malaysia. Busana batik canting Langkah pelukis moden merakam dan menghasilkan kesan teknik batik ke dalam bentuk catan batik memberi ruang untuk seni batik bernafas bersama-sama dan bersaing untuk diperagakan megah di dalam galeri seni. Kesedaran mula timbul kepada para pelukis tempatan berkaitan keunikan dan kekayaan kesenian tradisi bangsa Melayu. Fenomena perkembangan gaya catan batik dalam seni lukis moden Malaysia mula berkembang sekitar dekad lima puluhan lagi. Antara pelukis perintis batik lukis dalam seni lukis moden Malaysia ialah Chuah Thean Teng, Patrick Ng Kah Onn, Khalil Ibrahim, Tay Mo Leong, Ida Ruth Talalla dan Ismail Mat Hussin. Lukisan batik atau catan batik merupakan karya-karya yang dikategorikan dengan istilah ini menggunakan media batik seperti lilin, damar dan pewarna batik yang terdiri daripada jenis pewarna daripada alam semulajadi dan juga bahan pewarna kimia antaranya seperti ‘reactive dye’, ‘naphtol’ dan melalui proses-proses membatik sepenuhnya sehingga terhasil corak mahupun gaya teknik batik yang dikehendaki. Ismail Mat Hussin merupakan salah seorang pelukis yang memperjuangkan catan batik di arena seni visual tanah air, beliau menyuarakan bahawa lukisan batik atau catan batik perlu melalui proses membatik secara tradisi bagi mendapatkan kesan teknik batik itu pada hasil karyanya. Ismail Mat Hussin (2007), Gasing. Batik K.A.T.A PusKeb Bil. 10 1/2023 12 Tokoh-tokoh seniman ini sering dijadikan catatan pengkaji dalam catan seni batik. Kesemua pelukis perintis ini mengeksplorasi gaya dan teknik persembahan tersendiri dalam mengupas pelbagai tema. Situasi ini membolehkan gaya catan batik lahir dalam suasana dan kehendak yang amat istimewa selain disulami dengan teknik penghasilan batik yang sememangnya dipenuhi dengan nilai kehalusan dan keindahan, ditambah pula dengan kreativiti dan sentuhan seni para pelukis berkenaan. Kini warisan kesenian kraf batik negara terus berkembang pesat dengan pelbagai inisiatif daripada pihak kerajaan serta pemegang taruh kesenian Negara. Pelbagai cabang perniagaan dan perusahaan batik yang telah berkembang dengan pesat dan maju. Secara tidak langsung dapat melahirkan masyarakat yang berbudaya nilai tinggi; keharmonian masyarakat dan pemeliharaan serta pemuliharaan warisan budaya. Selain itu, pembangunan dan pengembangan budaya, pemerkasaan budaya, penjanaan ekonomi kebudayaan dan kecemerlangan budaya menerusi perusahaan batik dapat menjadi sumber ekonomi kepada Negara. Oleh yang demikian, sewajarnya warisan kesenian batik ini dapat diwarisi oleh generasi akan datang selaras dengan hasrat kerajaan menerusi Dasar Kebudayaan Negara (Daken2021) sebagai usaha menjulang dan memartabatkan seni, budaya dan warisan negara
REFLEKSI KENDIRI PENYEDIAAN SKRIP SESI LAKONAN DAN RAKAMAN VIDEO PENGHAYATAN CERITA PERSIAPAN DAN LATIHAN LAKONAN 1 5 2 3 4 PENDEKATAN TEATERIKAL TEATER SEBAGAI MEDIUM PEMUPUKAN KOMUNIKASI DAN KEYAKINAN DIRI PELAJAR SEKOLAH RENDAH Menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar merupakan tanggungjawab utama kepada seseorang pendidik. Bukanlah alasan kepada para pendidik mencari helah apabila pelajar tidak memahami akan apa yang disampaikan. Sebaliknya para pendidik harus peka dengan keperluan pelajar. Jika perkara ini diabaikan pelajar akan cenderung menunjukkan protes seperti menunjukkan rasa mengantuk, kurang minat, selalu tidak hadir ke sekolah dan banyak lagi tingkah laku negatif yang mereka pamerkan. Menjadi pendidik perlu bersikap proaktif dalam mengemaskini pendekatan yang digunakan untuk memenuhi tuntutan psikososial para pelajar. Bagi mencapai konteks ini satu pendekatan yang sesuai perlu dipraktikkan, agar pendekatan yang diaplikasikan semasa pengajaran dapat menyampaikan sesuatu konsep dengan lebih unik dan menarik. Fakulti Muzik Dan SeniPersembahan Dr. Mardiana Binti Ismail [email protected] ilmu Seterusnya sewaktu pelaksanaan agihan pelajar kepada gerak kerja tertentu dan perlu pula melalui proses edaran skrip, ketika inilah secara tidak langsung para pelajar mula berinteraksi antara satu sama lain. Ketika gerak kerja penghayatan cerita pula, pelajar diberi masa untuk memahami skrip, memilih watak dalam skrip dan pelajar mula berlatih menghayati watak yang dipilih. Proses dan sesi perbincangan mula berlaku. Sesi persiapan, latihan lakonan dan rakaman video itu pula menuntut pelajar supaya berinteraksi sama ada secara verbal atau non-verbal. Secara tidak langsung aspekaspek teaterikal mampu memupuk kemahiran auditorik dan kinestetik pelajar dengan mempertingkat kemahiran kinestetik para pelajar melalui aspek pengolahan tubuh kepada aksi reaksi ketika lakonan. Manakala pengukuhan kemahiran auditorik para pelajar pula melalui aspek pengucapan dialog yang merangkumi pengawalan volume, diksi, intonasi dan juga ritma pengucapan dialog. K.A.T.A PusKeb Bil. 10 1/2023 13 Pendekatan teaterikal dalam kelas merupakan salah satu kaedah yang boleh membantu bagi mencapai sesuatu pemahaman terhadap pembelajaran. Langkah-langkah teaterikal yang disarankan adalah seperti di Carta 1. Berdasarkan langkah-langkah teaterikal yang dikongsikan pada Carta 1, sudah tentu pelajar dapat mengasah kemahiran komunikasi dan sekaligus membina keyakinan diri mereka. Misalnya, dengan proses penyediaan skrip dimana skrip diolah berdasarkan topik pengajaran dan cerita dalam skrip adalah rekaan yang terbina dekat dengan realiti kehidupan dapat meningkatkan pemahaman pelajar. Carta 1
Bagi melihat keberkesanan dan pencapaian matlamat pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan, kaedah teaterikal seperti di Carta 1 perlu dilaksanakan sepanjang aktiviti kelas berlangsung. Pendidik serta pelajar perlu memberikan tumpuan semasa proses perbincangan, aktiviti latihan lakonan dan semasa tayangan rakaman video di kelas. Pelajar juga digalakkan melontarkan pendapat dan rasa hati mereka semasa sesi refleksi selepas tayangan video dibuat. Sudah pasti pelajar pada keseluruhannya amat terhibur dengan lakonan mereka dan juga lakonan daripada kumpulan pelajar yang lain. Mereka juga berpendapat bahawa mereka sendiri amat kagum dengan kebolehan mereka dan juga rakan-rakan yang lain yang pada asalnya mereka kurang yakin untuk berlakon. Mereka berpuas hati kerana mereka bukan sahaja dapat menjalankan aktiviti yang menyeronokkan tetapi dapat memahami konsep teaterikal dengan lebih baik. Justeru, dengan mempraktikkan kaedah teaterikal dalam kelas mungkin merupakan pilihan terakhir dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran para pendidik. Namun jika kaedah ini digunakan sebaiknya memberikan kepuasan tersendiri kepada pendidik dan pelajar. Pada pihak pendidik, kekangannya mungkin dalam penyediaan skrip yang memerlukan kreativiti menulis dan masa yang panjang untuk menulis skrip tersebut. Pada perspektif pelajar pula, cabaran yang mereka hadapi adalah keperluan bakat lakonan bagi menjayakan watak dalam lakonan mereka. Dengan menggunakan teknik teaterikal dalam sesi pengajaran dan pembelajaran berupaya meningkatkan minat dan kreativiti pelajar, memupuk daya kepimpinan dan semangat kerjasama kumpulan serta dapat mengelakkan kelesuan dan kebosanan pelajar dalam kelas. K.A.T.A PusKeb Bil. 10 1/2023 14 Bengkel teater yang telah dijalankan di sekolah
Huraian Muzik kontemporari Muzik abad ke-20 Terkini 1900 hingga abad ke-20 - Juga dikenali sebagai muzik moden - Merangkumi pelbagai jenis genre antaranya Pop, Elektronik atau EDM (Electronic Dance Music), Muzik Klasikal Kontemporari, Fusion, Jazz dan Latin - Muzik yang gubah sekitar tahun 1900-2000 - Juga dikenali sebagai muzik klasikal (classical music) namun berbeza dari konteks teori berbanding muzik klasikal pada zaman klasik (classical period) - Permulaan perkembangan pelbagai gaya muzik dan genre antaranya: Impresionisme Expressionism Neoclassicism Minimalism Experimentalism Tahun Perincian Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, 'Kontemporari’ bermaksud pada ‘masa kini’ justeru ‘Muzik kontemporari’ secara amnya bermaksud muzik yang dicipta dan digubah pada masa kini. Ada yang berpendapat bahawa muzik yang dikategorikan sebagai muzik kontemporari merupakan muzik yang dicipta dan digubah pada akhir abad ke-19 hingga ke masa kini. Oleh itu muzik yang dicipta dan digubah pada abad ke-20 boleh diklasifikasikan sebagai muzik kontemporari. MUZIK Fakulti Muzik Dan SeniPersembahan Encik Aiman Ikram bin Uyub [email protected] ilmu Bilakah bermulanya era muzik kontemporari? Namun tidak ada satu jawapan yang tepat untuk mengklasifikasikan dimanakah bermulanya muzik kontemporari ini. Namun, ramai percaya ia bermula dari negara barat oleh pemuzik dan komposer pada abad ke-19. Konsep dan teori muzik lalu yang disifatkan ‘terhad’, telah mendorong pemuzik dan komposer untuk meneroka konsep dan teori baru. Ia bermula apabila komposerkomposer barat mula mengembangkan konsep dan teori muzik yang di telah dibina pada masa lalu bagi merealisasikan idea-idea mereka pada waktu itu. S ej a r a h Pada ketika itu, muzik-muzik itu dikategorikan sebagai muzik klasikal kontemporari (Classical Contemporary Music). Muzik klasikal kontemporari merupakan muzik yang digubah dengan menggunakan konsep dan teori muzik yang telah dikembangkan. Antara elemen-elemen yang terkesan ialah seperti harmoni (harmony), ritma (rhythm), pengguna alat muzik (instrumentation) dan tekstur (texture), namun dalam masa yang sama mengekalkan beberapa elemen muzik terdahulu seperti form. Pendekatan dan konsep gubahan ini telah menjadi salah satu kaedah gubahan yang digunakan sehingga ke hari ini. Hari ini terdapat beberapa percanggahan dari segi istilah muzik ‘kontemporari’, muzik ‘abad ke-20’ dan muzik ‘moden’. Hasil kajian daripada pakar- pakar muzik (musicologists), bersetuju bahawa istilah ‘kontemporari’ dan ‘moden membawa maksud yang sama dalam konteks sesebuah gubahan dan karya muzik. Istilah ini juga sering bertukar ganti antara negara-negara Eropah, Amerika dan juga Asian. Oleh itu, dua istilah tertumpu adalah antara muzik ‘kontemporari’ dan muzik ‘abad ke-20’. Berikut merupakan huraian mudah mengenai kedua-dua istilah ini. K.A.T.A PusKeb Bil. 10 1/2023 15 I s tila h KONTEMPORARI
Komposer Huraian Muzik kontemporari Muzik abad ke-20 Bergantung pada genre Barat : Charlie Puth, Jacob Collier, John William, Hans Zimmer Malaysia: Aubrey Suwito, Dato’ Mokhzani, Yuna, Faizal Tahir, Dayang Norfaizah, Ahmad Muriz Che Rose, Vivian Chua Lebih kompleks namun kebiasaannya alat-alat muzik orkestra Barat : Claude Debussy, Maurice Ravel, Arnold Schoenberg, Berg, Igor Stravinsky, Paul Hindemith, Steve Reich, Miles Davis Malaysia: Johan Awang, Tazul Izan Tajuddin, Elemen Terdapat perbezaan yang tipis antara kedua-dua istilah ini. Malah terdapat juga komposer kontemporari kini yang masih menggunakan kaedah dan konsep komposisi dan gubahan yang digunakan pada muzik abad ke-20 dan menyifatkan komposisi muzik mereka sebagai muzik abad ke-20 . Konklusinya, secara amnya istilah muzik abad ke-20 lebih berfokuskan kepada muzik orkestra yang juga sering dipanggil sebagai muzik klasikal (classical music), manakala muzik kontemporari pula merupakan muzik yang lebih bersifat dan terkini yang mempunyai genre seperti Pop, EDM, Funk, Jazz dan sebagainya. Berikut merupakan link QR sebagai rujukan dan contoh-contoh Muzik kontemporari dan Muzik abad ke-20 Muzik kontemporari kini telah melalui pelbagai perubahan. Para komposer dan penggubah lagu mempunyai pelbagai pilihan dan kaedah untuk menterjemahkan idea dan konsep muzik yang mereka inginkan. Kini muzik-muzik yang dicipta banyak menggunakan elemen-elemen elektronik, pergerakan harmoni yang minimal (namun terdapat juga yang menggunakan pergerakan yang kompleks), ritma dan irama yang mudah dan menarik. Tambahan pula, dengan adanya kemudahan elektronik dan Walaubagaimanapun, seperti dinyatakan, terdapat beberapa genre yang berada di bawah klasifikasi ‘muzik kontemporari’ itu sendiri. Di Malaysia terdapat pelbagai jenis genre muzik yang aktif dan mempunyai penggemarnya tersendiri. Antaranya seperti Pop balada, Indie, Hip hop, Jazz, Tradisional dan sebagainya. Karya muzik kontemporari terkini perisian (software), para penggiat seni muzik lebih bebas untuk menterjemahkan idea mereka. Sebagai (Malaysia) dan Charlie Puth (Barat), yang mana terdapat beberapa karya muzik mereka cipta dengan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di keliling mereka yang boleh menghasilkan bunyi. QR link merupakan beberapa contoh. Antara platform yang mengetengahkan karya-karya muzik kontemporari pelbagai genre ialah seperti Anugerah Industri Muzik, Muzik-Muzik, Anugerah Lagu Indie, Composer Series dan Anugerah Planet Muzik. Muzik kontemporari merupakan muzik yang dicipta dan digubah pada era terkini. Muzik kontemporari merupakan payung yang mana terdapat beberapa genre muzik yang lain yang berada dibawahnya. Oleh itu, terdapat pelbagai elemen muzik yang mengklasifikasikan sesebuah karya muzik itu sebagai muzik kontemporari dan juga muzik abad ke-20. K.A.T.A PusKeb Bil. 10 1/2023 16
#MenginspirasiMelaluiBudaya K.A.T.A P u s K e b Bil. 1 0 1 / 2 0 2 3
fakultibahasa dan komunikasi Ainah Gimir karya pelajar K.A.T.A PusKeb Bil. 10 1/2023 18 [email protected]
Kau adalah hadiah yang dikirimkan Tuhan untukku kerana kau terlalu sempurna Hingga kadang aku tidak tahu membezakan bahagia dengan air mata. Sejak mengenalmu aku merasakan separuh yang hilang dulu kini kembali menjadi satu. Satu hal yang kau takkan tahu persahabatan denganmu adalah keputusan terbaik yang pernah aku lakukan... Lalu.. kau menusukku dengan picagari penuh racun tanpa ku sedari aku hanyut, aku alpa, aku mabuk dalam khayal yang mengasyikkan hingga hilang deria perlindunganku. Lalu saat aku hanyut kau mengelarku tanpa belas dan kasih tidak tertapis penuh darah dendam mengalir deras memenuhi ruang pembaringan... serigahimu penuh kepuasan dalam keputusasaanku! meraba dalam sakit tertahan-tahan mencungap-cungap menghirup nafas bertahan. Aku kini orang asing kecil tidak terdaya memeluk lutut hingga ke bahu menyedari aku sudah dingin membeku dan... telah lama mati. fakultibahasa dan komunikasi elvienIEpetrus karya pelajar [email protected] K.A.T.A PusKeb Bil. 10 1/2023 19 Kepada seseorang yang tangannya ku genggam dengan erat, justeru ternyata memegang belati dan memberi luka diajar perit diperdaya situasi kau yang menikam lalu seperti kau yang berdarah terluka! Lalu... di tebing tembok laut ini aku duduk dan menangis kalau saja aku dapat mengeluarkan hatiku dan melemparnya ke ombak yang memukul ganas, maka kepedihanku akan berakhir dan akhirnya aku pun melupakan semuanya... Saat kebencian ini semakin dalam, tiba-tiba aku tersedar memaafkanmu adalah caraku menghargai diriku. Memaafkan itu seperti membebaskan banduan dan nyatanya akulah... akulah yang terpenjara dalam dendam selama ini. Memaafkan atau yang nama lainnya adalah kebebasan. Ku bebaskan jiwaku, ku bawa namamu dalam doaku, terima kasih pernah hadir dalam sedetik hayatku dan mengajar aku nilai kemanusiaan...
K.A.T.A PusKeb Bil. 10 1/2023 fakultibahasa dan komunikasi Muhammad AniqSapini karya pelajar [email protected] 20
H U J A N E R T I H U J A N E R T I 2 K.A.T.A PusKeb Bil. 10 1/2023 1 fakultibahasa dan komunikasi Ahmad Izzuddin Rosli Al Hairi karya pelajar [email protected] KE H ID UP AN
Fakta K.A.T.A PusKeb Bil. 10 1/2023 22 fakultibahasa dan komunikasi Mohamad Hamka Nordin karya pelajar [email protected] Rekayasa (Kaef)
fakultibahasa dan komunikasi carolsomuin karya pelajar [email protected] 23 K.A.T.A PusKeb Bil. 10 1/2023 AYUH PERMAISURI SULUH BUDIMAN !!!
BUNGA PUTIH LAYU (Daisy) Saya mula mencari gerangan Bunga Putih dari kelas 1 Dedikasi. Saya bertanya pada rakan dari sekolah lama yang berada di kelas itu. Putih. Rakan saya mengatakan tidak ada tetapi memberitahu ada satu gadis yang gemar dengan bunga putih. Maka saya memberanikan diri menghampiri gadis berkaca mata itu dan bertanya “Gadis Putih ?” Gadis itu tersenyum kepada saya. “Ya, Bunga Merah Jambu ?” Saya pelik mengapa dia menjawab seperti itu. Dengan hati yang berdebar-debar saya melangkah masuk ke dewan untuk sesi perhimpunan bagi pembukaan sekolah. Satu yang saya takutkan, berkenalan dengan kawan baharu. Dapatkah saya mencari teman baharu dalam sekolah ini ? Orientasi pelajar tingkatan satu dimulakan setelah selesai perhimpunan rasmi bagi pembukaan sekolah. Semuanya berjalan lancar sesuai yang saya jangkakan. Namun, SAYA DIBULI!!! Saya tidak mengenali mereka dan tidak pernah berjumpa apatah lagi bercakap dengan mereka. Saya tidak mempunyai rakan ketika itu. Saya sangat takut ketika itu. Mereka menarik rambut saya dan memijak kasut saya. Saya sangat marah dan sedih tetapi tidak ada yang boleh saya lakukan ketika itu. Mereka lebih tua dari saya dan jumlah mereka lebih banyak berbanding saya. Ada mata-mata simpati yang melihat namun tidak menolong saya. Saya pulang dengan keadaan kasut kotor, rambut kusut masai dan baju yang merah kerana dituang air sirap. Saya menguatkan hati untuk datang ke sekolah pada keesokan harinya, dan seterusnya. Sehingga suatu hari mereka berhenti mengganggu saya. Bosan barangkali. Namun di hari kemudiannya, saya dipanggil untuk berjumpa dengan guru disiplin. Saya melangkah dengan berat dan bertanya dalam hati kesalahan disiplin apa yang saya langgar sehingga dipanggil ke bilik disiplin. Saya memeriksa tanda nama, lencana sekolah sehingga warna getah rambut namun tidak saya temukan apa yang salah. Saya mengetuk dan mendengar suara “MASUK”. Saya kecut perut mendengarnya kerana satu sekolah sangat takut dengan guru disiplin. Setiap orang yang masuk ke dalam bilik disiplin akan keluar dengan tangisan dan tidak kurang juga ada yang berpindah sekolah atau dibuang sekolah.. Saya mula memikirkan bonda dan papa. Setelah saya masuk, saya disuruh duduk oleh guru disiplin, Cikgu Azlan. “Luka kamu di tangan sudah sembuh Camelia ?” Saya terkejut dengan pertanyaan Cikgu Azlan. 02 Januari 2014, Sekolah Menengah Kebangsaan Tenghilan, Tuaran... Dari mana dia tahu tentang luka saya ? Bunda dan papa pun tidak pernah saya beritahu. “. Luka saya mau sembuh sudah cikgu. Tapi dari mana cikgu tau saya ada luka?” Cikgu Azlan hanya tersenyum dan bertanya “Kenapa tidak lapor dengan saya ? Sudah lama saya tunggu kamu laporkan dengan saya.” Saya hanya mampu menundukkan kepala. Setelah itu cikgu disiplin memainkan satu video saya ketika saya dibuli. Saya sangat terkejut dengan rakaman video ini. Cikgu Azlan menjelaskan bahawa seorang pelajar dari kelas 1 Dedikasi telah merakam video ini dan telah menyerahkan kepada beliau. Beliau mengatakan bahawa sudah lama beliau ingin menghukum pembuli ini tetapi mereka berjaya melepaskan diri kerana kekurangan bukti dan juga mangsa mereka tidak melaporkan kepada beliau. Beliau juga menasihati agar melaporkan sekiranya kejadian seperti ini berlaku lagi. Saya bertanya siapakah pelajar yang telah menyerahkan rakaman video ini kepada beliau. Beliau cuma mengatakan “Bunga Putih” kepada saya. “Daisy Aster James” katanya sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam. Dengan teragak-agak saya menyambut huluran tangannya. “Camelia Simon.” Belum sempat saya menyebut nama penuh saya, dia sudah menjawab kembali dengan nama penuh saya. Dia mengatakan maaf kerana tidak dapat membantu saya ketika saya dibuli. Dia juga meminta maaf kerana merakam tanpa keizinan dari saya. Saya mengucapkan terima kasih kepadanya dan sangat-sangat menghargai pertolongannya itu. fakultibahasa dan komunikasi carolsomuin karya pelajar [email protected] K.A.T.A PusKeb Bil. 10 1/2023 24
Namun Daisy sangat menikmati suasana hidup yang saya jalani.. Sayang seribu kali sayang. Keputusan SPM kami tidak melayakkan kami untuk masuk ke Kolej Matrikulasi. Namun papa serta daddy mencadangkan kami untuk meneruskan pembelajaran di Tingkatan Enam sekiranya ingin masuk ke Universiti. Saya dan Daisy meneruskan pengajian di Tingkatan Enam dan sekali lagi kembali ke asrama. Kali ini kaca mata saya juga semakin tebal seperti Daisy kerana sering lewat tidur untuk mengulang kaji pelajaran. Tapi seperti yang saya katakan, langit tidak selalu biru, jalan tidak selalu rata. Dunia dilanda penyakit COVID-19. Segenap rakyat tidak boleh keluar dari rumah. Sekolah juga ditutup dan pembelajaran atas talian dimulakan. Kami hanya berbincang melalui video call ataupun Google Meet untuk mengulang kaji pelajaran. Akhirnya kerajaan mengumumkan bahawa kami dibenarkan untuk melakukan pembelajaran secara bersemuka. Berita gembira bagi saya dan Daisy kerana kami sudah lama tidak ketemu dan kami dapat belajar bersama-sama seperti dahulu lagi. ”Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Camelia Simon untuk naik ke atas pentas bagi menerima Anugerah Pelajar Cemerlang STPM sesi 2019/2020. Beliau berjaya mendapat 4.00 dalam STPM. Syabas dan tahniah diucapkan!” Sejak itu, Daisy menjadi rakan baik saya. Kami mengambil keputusan untuk masuk ke asrama dengan tujuan agar lebih fokus belajar selain belajar untuk berdikari memandangkan kami akan menghadapi PT3. Sejak masuk ke asrama, saya dan Daisy menjadi lebih rapat. Saya dan Daisy punya impian yang sama. Masuk ke universiti. Atas hasil usaha kami belajar bersungguh-sungguh, kami tersenarai sebagai penerima Anugerah Pelajar Terbaik PT3 2016. Daisy sangat gembira kerana wajah kami akan terpapar di dalam banner yang sekolah sediakan bagi pelajar cemerlang sebagai kenangan. Dan apa yang lebih menggembirakan, kami ditempatkan di dalam kelas yang sama. Syurga dunia bagi saya dan Daisy yang jarang berpisah. Kami telah ditempatkan di Kelas 4 Sains 2 dan ini sangat mencabar bagi saya dan Daisy kerana pertama kali belajar subjek yang sukar seperti Biologi, Fizik, Kimia serta Matematik Tambahan. Apabila cuti sekolah menjelang atau kami dibenarkan bermalam di luar pada hujung minggu oleh pihak asrama, saya akan pergi ke rumah Daisy atau Daisy yang akan datang ke rumah saya. Kami akan mengulang kaji pelajaran bersama. Daisy memanggil bunda dan papa seperti saya dan saya memanggil daddy dan mammy Daisy seperti Daisy memanggil mereka. Terkadang saya merasa malu dengan keadaan keluarga saya sekiranya daddy dan mammy datang berkunjung untuk mengambil saya dan Daisy untuk pulang ke asrama atau ke rumah mereka. "Terima kasih, Daisy Aster James..." 25 K.A.T.A PusKeb Bil. 10 1/2023 Bukan sudah saya katakan saya akan tersenyum bangga. Mengapa saya tidak mampu Daisy ? Saya lihat dibangku sebelah saya, sekuntum bunga putih terletak sayu. Hampir layu, hampir kering. Seolah tahu, apa yang bergejolak di hati saya ketika ini. “Kita berjaya Daisy!” Saya amat mengharapkan saya mengatakannya sambil memelukmu dengan linangan air mata gembira. Sepatutnya ini hari bahagia bukan ? Seharusnya saya senyum bukan ? Tapi mengapa saya menangis ? Mengapa air mata mudah mengalir ? Sehingga tiba hari ini......... Bukan duduk bersimpuh menabur bunga putih di rumah barumu. COVID jahat ya ? Mengambil pergi satu-satunya sahabat baik yang menerima saya apa adanya. Merampas kejam masa depan yang harusnya kita jalani bersama. Hujan mulai turun membasahi bumi. Mungkin kau ya Daisy ? Menangis di atas sana. Maaf hari ini saya tidak kuat. Saya janji saya kuat. Saya teguh demi masa depan kita. Demi impian kita ke negara matahari terbit melihat bunga sakura di jalanan. Siapa tahu saya ketemu Daisy lain di sana. Perhatikan saya dari atas ya. Izinkan saya membahagiakan daddy dan mammy sebagai ganti anak gadis mereka yang pergi jauh dari taman dunia kembali kepada pemilik taman.
#MenginspirasiMelaluiBudaya K.A.T.A P u s K e b Bil. 1 0 1 / 2 0 2 3
'ART' SEKOLAHKU Tarikh 18 Januari 2023 Program khidmat komuniti Pusat Kebudayaan bersama Sekolah Kebangsaan Dato Nan Kaya, Tanjong Malim. Penglibatan murid seramai 74 orang bersama 10 guru sekolah tersebut bermula jam 9 pagi hingga 12 tengahari. Antara pengisian program adalah asas pemahaman teori muzik dan teknik asas vokal oleh para staf Pusat Kebudayaan Catatan HIRUK PIKUK (HARI TERBUKA PUSAT KEBUDAYAAN) Tarikh 28 Januari 2023 Hari terbuka Pusat Kebudayaan yang berlangsung di Panggung Percubaan, Kampus Sultan Azlan Shah. Melibatkan kesemua kelab di bawah naungan Pusat Kebudayaan. Pelbagai aktiviti berlangsung antaranya Pertandingan Permainan Tradisional, Pertandingan Peragaan Busana Tradisional, Teaterikal Ria dan Konsert Hiruk Pikuk. Turut dilancarkan lagu Pusat Kebudayaan dan PuskebMate Catatan K.A.T.A PusKeb Bil. 10 1/2023 27
Tarikh Catatan SILANG BUDAYA MALAYSIA-INDONESIA 1 hingga 4 Mei 2023 Program kolaboratif peringkat antarabangsa melibatkan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universitas Pendidikan Indonesia (UPI) dan Institut Seni Budaya Indonesia Bandung (ISBI Bandung) Pengisian program antaranya persembahan dari ketiga-tiga buah universiti yang terlibat serta dua bengkel iaitu Bengkel Angklung dan Bengkel Seni Tari oleh UPI dan ISBI Bandung. Penglibatan peserta adalah dari universiti awam, sekolah-sekolah, warga UPSI dan orang awam seramai 275 peserta. Kemuncak program adalah Mini Konsert Silang Budaya MalaysiaIndonesia yang berlangsung di WTC, Kuala Lumpur. Persembahan daripada The Pegawai Band, Destar Limar UPSI Kumpulan Seni Tari Sunan Ambu ISBI dan KABUMI UPI yang disaksikan oleh ribuan pengunjung yang hadir ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. MULTIKULTURALISME MALAYSIA MELALUI PERSEMBAHAN DAN PENDIDIKAN SENI Tarikh 22 Jun 2023 Mengupas tajuk Multikulturalisme Malaysia Melalui Persembahan dan Pendidikan Seni forum ini dibarisi oleh 5 panel yang terdiri daripada tokoh dalam seni persembahan dan pendidikan seni iaitu Dr. Kamarulzaman Mohamed Karim, Dr. Norzuraina Mohd. Nor, Encik Zaifri Husin, En. Mohd Yazid Zakaria, Puan Hanida Mohamed Yusof dan Mohammad Naquiddin Tajul Ariffin sebagai moderator program. Berdurasi selama dua jam forum yang bermula sekitar jam 8.30 malam dihadiri oleh 150 peserta. Membincangkan berkenaan kepelbagaian yang wujud di Malaysia dan penerapan melalui persembahan dan pendidikan seni. Berlangsung di Dewan Auditorium Utama, UPSI Catatan 28 K.A.T.A PusKeb Bil. 10 1/2023
K.A.T.A PusKeb Bil. 10 1/2023 29 Tarikh 15 Ogos 2022 Catatan The Pegawai Band mengiringi penyanyi Pop rock/balada Amir Masdi untuk persembahan sempena perasmian lagu tema, dan persembahan penutupan Sukan IPT (SukIPT) Membawakan lagu tema bertajuk Sukan IPT yang digubah semula oleh Saudara Ah Hoi dan Ijan Perkusi Tarikh 6 Julai 2022 Catatan The Pegawai Band mengiringi penyanyi Rock tanahair Nizam Laksamana Dikenali dengan lagu Gugurnya Bunga Cinta, beliau turut mendendangkan beberapa buah lagu lain seperti Tiara, Kembali Terjalin, Bila Cinta Didusta dan Gerhana.
30 K.A.T.A PusKeb Bil. 10 1/2023 Tarikh 24 Jun 2023 Catatan Tarikh 28 Januari 2023 Catatan The Pegawai Band mengiringi lagenda Slow Rock tanahair iaitu Ameng Spring. Menyampaikan beberapa seleksi lagu yang sentiasa menjadi buah mulut para peminat Spring antaranya Sampai Hati, Bourgenvilla dan 3 buah lagu. The Pegawai Band sebagai house band bagi majlis Malaysia Best Business Award 2023 Turut mengiringi lagenda Balada tanahair iaitu Dato' Khadijah Ibrahim dan Mawi AF
Tarikh 19-21 Februari 2023 The Pegawai Band dijemput menjadi house band Antara artis yang terlibat : Amir Raja Lawak Shashic Filzah Awok Che Mat Raja Lawak Issey Fazlisham Chiwan Chilok Nizam Jentik-Jentik Din Latah Tapai Kiut AG Hafiz Wan Gegau Rakaman ini akan ditayangkan di TV Okay RTM bagi rakaman candawara sebanyak 13 episod. K.A.T.A PusKeb Bil. 10 1/2023 31 Candawara foto ihsan Institut Peradaban Melayu UPSI
Pusat Kebudayaan UPSI sentiasa mengetengahkan bakat-bakat aktivis seni budaya bagi melakar kecemerlangan UPSI ke peringkat tertinggi. Berikut merupakan kejayaan pelajar di bawah pengurusan Pusat Kebudayaan UPSI 32 K.A.T.A PusKeb Bil. 10 1/2023
Pusat Kebudayaan UPSI kebudayaan.upsi.edu.my kebudayaan.upsi [email protected] Pusat Kebudayaan UPSI Pusat Kebudayaan UPSI Ikuti kami Pusat Kebudayaan UPSI Tingkat 1, Blok A, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Perak. #MenginspirasiMelaluiBudaya