The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wardahzamri, 2022-05-07 23:51:39

MAJALAH SEKOLAH 2021

MAJALAH SEKOLAH 2021

ALBUM KELAS 5 DEDIKASI

SYAHILDAHANI AN NUR AFIQAH PN. SALINA

SYAHIRA SAFFA RUSYDA IZZAH FATIHAH

FADIHA DANIELA AZRIN ATHIRAH ASMIDA

ANIZ ALIA ADRIANA FAZLIANA FARAH

SAFIYA SYAZA NATASYA FARAH SYAZWANA

TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17 131

ALBUM KELAS 5 EFISIEN

NABILAH SYAHIRA AZIRA PN. FAIZAH

LYSSA DAMIA ALYA PUTRI

SYAHIRAH QISTINA ADINA AYUNIE

NILAM ADILLA MIRAZATUL MADIHAH

AIRIN IRDA ELIENA FARHANA

TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17 132

ALBUM KELAS 5 FITRAH

ARDINI ANIS AMANINA ASYATUL PN. RAIHANA

SYARIFAH SYAMSINAR MARIAM HAJAR PUTERI

WAHIDA ALYA NURIN YASMIN WARDINA

SYAZA SYAMIMI NAJIHAH AYUNI NASUHA

SAFURA FARISYA ATIQAH ADIBAH AYUNI

TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17 133

ALBUM KELAS PRAU 1

TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17 134

ALBUM KELAS PRAU 2

TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17 135

KARYA KREATIF

TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17

KARYA KREATIF BAHASA MELAYU

CERPCEERNPEN: :DDOOAASEOSREANOGRIBAU NG IBU

Sebuah Toyota Camry putih membelah kegelapan malam di Lebuhraya Plus menghala utara. Hujan turun agak lebat. Gadis
manis itu berseorangan memandu dengan ditemani bacaan ayat suci Al-Quran dari surah Ar-Rahman. Dia nekad dengan
hasrat yang telah disimpan sekian lama. Hasrat itu tertanam kemas-kemas dalam jiwa dan mindanya. Sesukar manapun
cabaran dan halangan yang mendatang, dia tetap dengan hasratnya yang satu.Tidak akan berganjak lagi.

Dr.Amira terus menekan pedal minyak. Dia ingin segera pulang bertemu ibunya di kampung untuk memohon ampun dan
melepas rindu. Melalui perhubungan dengan rakannya yang berasal dari Kedah, dia mengetahui bahawa ibunya masih
menetap di kampung kelahirannya, Paya Mat Inson, Pendang Kedah. Perasaan bersalah sering menghantuinya setelah
mendengar ceramah agama di youtube oleh Ustaz Zul Ramli bertajuk “Anak Derhaka”. Lantas memori silam bermain di
mindanya.

Amira melalui zaman kanak-kanak yang sangat sukar. Ibu dan ayahnya telah bercerai sewaktu umurnya lima tahun.
Ayahnya berasal dari Selangor. Setelah bercerai, ayahnya pulang menetap di Selangor. Tanggungjawab mencari rezeki
diambil alih oleh ibunya, Junaidah dengan mengambil upah menoreh getah.

Sebagai seorang ibu tunggal yang miskin, Junaidah sangat berharap agar anaknya akan berjaya membina kehidupan yang
baik di hari muka. Setiap kali selepas solat, dia tidak lupa memanjatkan doa kepada Allah agar memberikan kejayaan
kepada anaknya.
“Mira nanti besar nak kerja apa? Tak kan nak menoreh macam mak juga, jadi orang miskin.”
“Mira nak jadi doktorlah mak, boleh dapat banyak duit, boleh tolong mak”.
“Kalau macam tu, Mira kenalah belajar rajin-rajin tau, solat pun kena rajin-rajin”.
Itu antara dialog Junaidah bersama anaknya pada suatu malam.

Malang tidak berbau. Suatu hari ayah Amira datang untuk membawa Amira ke pekan. Kesempatan itu diambil oleh Encik
Amir untuk melarikan Amira ke Selangor. Sejak itulah Amira terputus hubungan dengan ibunya.
Di Selangor Amira tinggal bersama ayah dan ibu tirinya. Ibu tirinya sangat baik dan menjaganya seperti anak kandung
sendiri. Maklumlah mereka tidak mempunyai anak sendiri. Pada mulanya Amira sentiasa menangis kerana rindu akan
ibunya, namun lama kelamaan perasaan itu hilang. Semakin meningkat umurnya, Amira semakin melupakan ibunya di
kampung.

Amira merupakan seorang murid yang pintar. Dia telah mendapat keputusan cemerlang 10A+ dalam peperiksaan SPM dan
ditawarkan biasiswa MARA untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Australia. Namun semakin jauh
langkahnya mengejar impian, ingatan terhadap ibunya semakin luput.

Di kampung, Junaidah masih meneruskan kehidupan sebagai seorang penoreh getah. Sejak berpisah dengan anaknya,
pelbagai usaha telah dilakukannya untuk menjejaki Julia, tetapi tidak berhasil. Setiap hari dia menangis kerana rindu akan
anaknya. Setiap kali selepas solat, dia tidak lupa berdoa agar Allah swt mempertemukannya semula dengan anak
tunggalnya itu.
“Nanti bila dah besar dan berjaya, jangan lupakan mak tau.”
“Apalah mak ni, Mira takkan lupakan mak, Mira sayang mak”
lantas kedua beranak itu saling berpelukan dengan erat.

Setelah tamat belajar di Australia, Amira telah mendapat tawaran bekerja di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Tiga
hari lagi Amira akan mula melapor diri untuk bertugas. Dia tidak menyangka sama sekali bahawa dia akan ditempatkan
bertugas di negeri kelahirannya. Maka kesempatan ini tidak akan disia-siakan untuk bertemu dengan insan yang sangat
disayanginya itu. “Ya Allah, Bagaimana keadaan ibuku? Temukan aku dengan ibuku…”

Toyota Camry Dr Amira telah sampai ke susur keluar Pendang. Sebentar sahaja lagi Amira akan bertemu dengan ibunya
yang telah terpisah selama 25 tahun. Air mata Amira mengalir laju bersama lebatnya hujan yang belum berhenti. Maka
benarlah hadis Rasulullah saw yang bermaksud “Tiga doa yang mustajab dengan tidak syak lagi padanya: Doa seorang
yang dizalimi, doa seorang yang bermusafir dan doa ibu bapa kepada anaknya.” (Riwayat Ibnu Majah)

WIDAD SOFEA BINTI ZUL AMRI
3 BESTA

TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17 136

KARYA KREATIF BAHASA MELAYU

CERPEN: MULUT BIAR MANIS

Alisya: seorang perempuan yang pendiam dan mempunyai seorang kawan baik. Namun begitu, perangainya amatlah soleh
dan suka menolong orang
Humairah: kawan baik alisya. Seorang yang aktif dalam sukan. Dia juga seorang yang tegas serta mengambil berat akan
kawannya.
Hani: seorang yang sangat kaya dan suka menunjuk-nunjuk akan kekayaannya terhadap orang lain yang tidak
berkemampuan. Dia suka memperburukkan Alisya.
Ahmad: Lelaki yang rajin dan pandai dalam kelas. Sifat yang suka menyakat Alisya kerana dia amat tertarik dengan
perangai Alisya yang mencuit hati.
Alisya termenung di birai tingkap kayunya, teringat akan kisahnya yang silam dua tahun yang lalu. Kisah yang tak akan dia
lupakan sampai bila-bila.

Dua tahun lepas…

Alisya memulakan langkah untuk ke sekolah dengan bismillah. Angin sejuk yang dingin mengiringi Alisya sepanjang
perjalanannya ke sekolah. Dia berjalan dengan penuh semangat dan bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh untuk
memenuhi cita-citanya.
“Oi pendek semangat kau ye!” kata seseorang kepada Alisya sambil menampar belakang dia. Alisya menoleh ke belakang
dan tersenyum apabila melihat kawan baiknya Humairah.

“Eeee.takdelah aku semangat sebab tahun ni kan SPM so, menstilah kena bersemangat”, kata Alisya kepada Humairah.
Mereka berdua berjalan masuk ke dalam sekolah sambil bergelak ketawa.

Sesi pembelajaran bermula, Alisya seperti biasa menumpukan perhatiannya kea rah pelajaran yang diajar oleh gurunya
iaitu Cikgu Mawar. Cikgu Mawar seorang yang baik serta memahami isi hati pelajarnya. Alisya merupakan anak murid
kesayangannya.

Namun begitu, tumpuannya terhadap pelajaran terganggu akibat tudung belakangnya ditarik oleh seseorang.
“wei…weii..wei dengar tak?!”, Alisya berharap sangat gangguan itu berhenti. Akibat tidak tahan dengan perbuatan itu
Alisya menoleh ke belakang dengan marahnya. “ asal kau tarik tudung aku Ahmad! Aku nak belajar lah!”, jawab Alisya
sambil menjeling kepada Ahmad.
Ahmad hanya tersenyum melihat wajah Alisya yang menahan amarahnya kepada dia. Si Ahmad ni dari dulu suka
menyakat Si pendek ni. Tetapi seseorang yang melihat adegan romantic mereka mula cemburu.

Waktu rehat sudah bermula, Alisya Bersama Humairah ingin melangkah kaki keluar dari kelasnya namun ditahan oleh
seorang yang amat dikenali oleh ramai pelajar. “well look who’s here..two losers”, Alisya dan Humairah melihat wajah
perempuan itu dengan menyampah.
“Assalamualaikum Cik Hanis apa khabar kamu?”, Humairah cuba untuk tidak pedulikan gelagat Cik Hani itu. Hani mula
membuka mulutnya yang sangat pedas itu.

“Alisya, tahun ni SPM kau tahu tak ayah aku beli apa bila aku dapat straight A?”, tanya Hani kepada Alisya dengan nada
sinis. “ Entah la, beg plastic rasanya kan”, Alisya ketawa Bersama Humairah. Hani melihat gelagat mereka dengan penuh
geram.

“ Mestilah tidak, sebuah kereta baru iaitu Vellfire. Kau mesti tak ahu kan kereta tu sebab miskin..hahaha” Hani tersenyum
bangga bersama rakannya, Aisya. Humairah melihat wajah Hani dengan marahnya. “ koyak ke tu kesian kan tak pernah
merasa naik kereta. “, Hani berlalu pergi sambil ketawa jahat.

“Pedulikan saja dia tu, mulut dia memang macam tu , mentang-mentanglah dia kaya dia ingat boleh cakap sesuka hati”,
Humairah cuba menenangkan Alisya yang agak kecewa dengan perlian yang diberikan oleh Hani.
Betul Alisya dating daripada keluarga yang susah. Dia merupakan anak sulung yang mempunyai 6 adik-beradik. Ibunya
yang hanya bekerja sebagai penoreh getah manakala ayahnya yang dah lama meninggal dunia.

TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17 137

KARYA KREATIF BAHASA MELAYU

CERPEN: MULUT BIAR MANIS

Rutin harian Alisya dan Humairah Ketika waktu rehat adalah pergi ke perpustakaan untuk meluangkan waktu untuk
belajar. Setiap buku yang ditelaah oleh mereka berkaitan dengan pelajaran SPM yang akan mereka duduki bulan
September ini. Alisya sangat meminati subjek Sains dan Perniagaan manakala Humairah sangat menyukai subjek
Matematik.

“Hai korang nak duduk sekali boleh?,” sapa Ahmad sambil memegang buku English. Alisya dan Humairah berpandangan
antara satu sama lain. ‘’Boleh. Silakan duduk” kata Alisya sambil point her finger at kerusi depan mereka. Ahmad
mengangguk kepalanya lalu duduk di kerusi itu.
“Ahmad. Boleh tak aku tau markah akhir tahun kau tahun lepas?” tanya Humairah. Ahmad melihat wajah Humairah
dengan kehairanan. Humairah menerangkan kepada Ahmad yang dia ingin tahu tentang pencapaian Ahmad.

“ Secara jujurnya aku tak adalah pandai mana, Cuma dapat 7A 1B saja,” kata Ahmad dengan selambar nya. Humairah dan
Alisya terkejut apabila mengetahui Ahmad seorang yang bijak. Kemungkinan hanya perangai sahaja yang nakal tetapi bijak
orangnya.

“ Aku boleh nak tolong korang dalam subjek yang korang lemah free saja,” Ahmad tersenyum lebar. Alisya melihat Ahmad
dengan riak pelik. Tak diajak tetiba datang. Alisya dan Humairah berbincang dengan perlawaan yang ditawarkan oleh
Ahmad. Mereka bersetuju untuk mengulang kaji pelajaran bersama.

Sepanjang waktu rehat itu bilik perpustakaan dipenuhi dengan formula untuk mendapatkan A dalam SPM.

Pulang sahaja dari sekolah Alisya mandi lalu menolong ibunya di dapur. Alangkah kesian Alisya melihat ibunya yang baru
sahaja pulang dari menorah getah. “ Ibu rehatlah, biar Alisya yang siapkan makanan kesian Alisya tengok ibu.” Ibunya
hanya tersenyum dan mengannguk. bersyukur ibunya dikurniakan anak yang rajin dan taat kepada ibunya.
“Alamak, beras nak habis nanti adik-adik nak makan apa?,” Alisya buntu dan teruskan memasak dengan apa yang ada di
dapur mereka.

Pada waktu malam, Alisya mula mengulangkaji pelajaran yag diajar oleh guru siang tadi. Alisya mempunyai jadual waktu
sendiri agar tidak lalai dengan gajet. Semasa Alisya mengulangkaji pelajaran , dia teringat akan kata-kata Hani. Kata-kaa itu
sangat mendalam baginya. Bukan Alisya tidak mahu merasa naik kereta tetapi dia tidak mampu. Namun itu bukanlah
penghalang Alisya untuk Berjaya dan melanjutkan pelajarannya ke luar negara.

Keesokkan paginya, Alisya bangun awal dan siapkan adik-adiknya untuk ke sekolah, setelah siap dia berjalan ke sekolah
seperti biasa. Tiba-tiba langit yang cerah telah mula menggelap. Hujan turun dengan lebatnya. Dia mula berlari tetapi
hujan sangat lebat sehinggakan Alisya mula mencari tempat untuk berteduh. Setelah beberapa minit satu kereta mewah
berhenti di tempa Alisya berteduh. Hani menurunkan tingkap keretanya dan senyum ke arah Alisya.
“ Kesian jalan kaki tak ada kenderaan ke tu itulah miskin lagi,” Hani menyuruh pembantunya untuk membawa kereta itu
kembai bukan itu sahaja Hani sengaja membuat tayar kereta mengenai lumpur berdekatan. Lumpur itu terkena kepada
baju sekolah yang dipakai oleh Alisya. Alisya tidak menyangka Hani sekejam itu. Dia tidak mahu ponteng sekolah maka
Alisya tetap memakai baju kotor tersebut.
Setibanya di kelas, semua pelajar di kelas itu melihay Alisya yang dalam keadaan kotor dan basah. Mereka ketawakan
kepda Alisya kerana sanggup memakai baju yang kotor datang ke Alsekolah. Alisya berlari ke tandas sekolah dan menangis.
Dia sangat sedih akan bala yang menimpanya hari ini. Humairah yang melihat Alisya yang sedang menangis
menenangkannya.Ahmad turut bersimpati kepada Alisya kerana dia tahu Hani yang buat begitu kepadanya.

Setelah beberapa bulan berlalu SPM makin hampir ke puncak. Alisya dan Humairah masih belajar dengan bersungguh-
sungguh untuk menjawab pepeiksaan yang besar ini. Hani masih lagi menggangu Alisya. Sewaktu cuti hujung minggu Alisya
akan mengikut ibunya untuk pergi menoreh. Hari senangnya hilang apabila melihat Hani yang lalu di Kawasan itu.

TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17 138

KARYA KREATIF BAHASA MELAYU

CERPEN: MULUT BIAR MANIS

Setelah beberapa bulan berlalu SPM makin hampir ke puncak. Alisya dan Humairah masih belajar dengan bersungguh-
sungguh untuk menjawab pepeiksaan yang besar ini. Hani masih lagi menggangu Alisya. Sewaktu cuti hujung minggu Alisya
akan mengikut ibunya untuk pergi menoreh. Hari senangnya hilang apabila melihat Hani yang lalu di Kawasan itu.

“Busuknya kau elok la dengan hidup kau busuk and kotor.” Hani terus meninggalkan Alisya yang terpinga-pinga dengan
kata-kata Hani.

Penat lelah Alisya, Humairah dan Ahmad sudah tiba. SPM akan berlaku pada esoknya. Malam itu Alisya membuat ualngkaji
untuk kali terakhir. Alisya berharap esok akan berjalan dengan lancar. Keesokkannya dia menunggu Humairah di kantin.
Dia ingin ke tandas jadi dia meninggalkan beg sekolahnya di situ. Hani yang melihat beg Alisya mengambil kad pengenalan
Alisya agar dia tidak dapat masuk ke dewan.
Alisya kembali ke tempatnya. Dia melihat Humairah berada di kantin. Selepas beberapa minit, cikgu memanggil murid-
murid untuk berkumpul. Humairah sudah besedia dengan peralatan tulis dan kad pengenalan. Alisya tercari-cari kad
pengenalanya.

“ Kenapa Alisya kau cari apa,”. Alisya memberitahu akan kehilangan kad pengenalannya. Dia buntu kerana murid yang lain
sudah masuk ke dalam dewan. Akibat kad pengenalan itu, dia terlewat 10 minit untuk menjawab peperiksaan Bahasa
Melayu. Alisya mengambil surat pelepasan untuk masuk dewan di pejabat lalu menjawab peperiksaan tersebut.

Ketika menjawab pengawas peperiksaan menyuruh seorang pelajar untuk berhenti menulis. Suara tegas pengawas
peperiksaan itu jelas didenari oleh pelajar lain.
“Kamu tidak akan menjawab peperiksaan SPM kerana didapati meniru “. Alisya melihat Hani yang memegang telefon
bimbit. Hani membawa telefon untuk meniru. Alisya juga melihat kad pengenalannya di atas meja Hani. Hani menangis
dan berlari ke arah Alisya untuk memohon maaf. Alisya hanya mengangguk dan berharap Hani menyesal dengan
perbuatannya.

TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17 139

KARYA KREATIF BAHASA MELAYU

RUMAH TERBUKA MASYARAKAT SEJAHTERA

Tidak dapat dinafikan Malaysia memang tersohor dengan keunikan budaya kepelbagaian kaum
yang tersendiri. Satu amalan yang masih bertahan sehingga kini ialah budaya rumah terbuka yang telah
diamalkan secara meluas oleh masyarakat pelbagai kaum di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Amalan rumah terbuka ini merupakan suatu aktiviti yang unik bagi rakyat Malaysia. Sebagai contoh rumah
terbuka diadakan sempena Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Tahun Baru Cina dan Hari Gawai telah diadakan
dengan penuh kemeriahan. Tegasnya, pelbagai kebaikan akan dibincangkan untuk dijadikan renungan dan
panduan hidup masyarakat di Malaysia.

Keistimewaan majlis rumah terbuka diadakan adalah supaya pengukuhan perpaduan antara
kaum di Malaysia dapat direalisasikan. Hal ini demikian kerana kunci kemakmuran dan keamanan sesebuah
negara merupakan kekuatan perpaduan antara kaum. Seterusnya, hubungan perpaduan antara kaum amat
diperlukan untuk keharmonian bangsa dan negara. Oleh itu, ketika program rumah terbuka diadakan
masyarakat yang pelbagai kaum dapat bertemu dan berkenalan antara sama lain serta dapat bertukar-tukar
pengalaman. Majlis rumah terbuka merupakan pertemuan bagi masyarakat majmuk di Malaysia untuk
mencapai erti perpaduan sebenar, merapatkan hubungan kekeluargaan selain memantapkan perpaduan dan
muhibah dalam kalangan penduduk berbilang kaum. dipereratkan dan terus utuh. Dengan demikian jelaslah
kepada kita bahawa majlis rumah terbuka sebagai alat perpaduan masyarakat yang paling dominan.

Di samping itu, amalan rumah terbuka selain membolehkan kita untuk menikmati pelbagai jenis juadah dari
pelbagai kaum. Rumah terbuka juga merupakan peluang keemasan bagi kita untuk merasai hidangan mengikut
kaum masing-masing. Rendang, ketupat, lemang dan dodol dapat dinikmati ketika Hari Raya Aidilfitri, buah
limau, yee sang atau yusheng, kuih bulan dan kuih bakul pada perayaan Hari Raya Cina, serta muruku, thosai,
idhili dan ladhu antara juadah pada perayaam Deepavali. Bersesuaian dengan amalan inilah,masyarakat dapat
melihat serta merasai kepelbagaian aneka masakan daripada latar masyarakat yang berbeza. Hal ini
demikian,dapat mengekalkan tradisi bangsa yang kukuh dan harmoni. Sudah terang lagi bersuluh, pelbagai
makanan dapat dirasai semasa majlis rumah terbuka setiap kaum diadakan.

Selain itu, amalan rumah terbuka akan dapat meningkatkan kerjasama sesama ahli masyarakat.
Hal ini dikatakan begitu kerana kita perlu hidup secara berkeluarga dan bermasyarakat dan tidak boleh bersikap
seperti kera sumbang. Untuk mencapai hidup secara berkeluarga kita perlukan sikap kerjasama yang tinggi oleh
semua lapisan masyarakat. Sebagai contoh, penyediaan makanan dan tempat sambutan perlulah dilakukan
secara bersama-sama. Sebagai kesannya, kerja-kerja yang dilakukan secara bersama-sama adalah sangat cepat
dan menjimatkan masa. Ironinya, sesuatu kerja yang berat dapat diringankan dengan kerja secara berpasukan.
Pepatah Melayu ada menyebut bahawa yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing dan bulat air kerana
pembetung, bulat kata kerana muafakat dapat dijadikan pegangan. Hakikatnya, sikap bekerjasama sebagai
satu keluarga dapat disuburkan melalui majlis rumah terbuka.

Kesimpulannya, konsep rumah terbuka perlu dihayati dengan mendalam oleh semua anggota
masyarakat di Malaysia. Konsep rumah terbuka sudah tentu banyak mendatangkan kebaikan jika difahami dan
dihayati agar hasrat yang dicita-citakan akan dapat dicapai. Sudah terang lagi bersuluh bahawa majlis rumah
terbuka haruslah menjadi satu amalan dan budaya masyarakat Malaysia yang tinggi nilai budayanya. Negara
Malaysia akan kekal aman dan rakyat hidup bahagia tanpa rasa bimbang. Sementara itu, kerukunan dan
kemakmuran negara juga dapat dipertahankan.

TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17 140

KARYA KREATIF BAHASA MELAYU

PANDEMIK COVID-19 INDAHNYA MALAYSIAKU

SAJAK: PANDEMIK COVID-19 SAJAK: INDAHNYA MALAYSIAKU
Telah kutelusuri jalan itu
Sepanjang dua purnama Tanah bertuah ini tenang dan damai
Menelan makna kepayahan Sawah terbentang indah permai
Yang singgah di jiwa Pohon nyiur melambai-lambai
Menghulur resah Pasir memutih laut membiru
Menyesak di dada Nyanyian unggas berirama merdu

Kau merobek ceria seorang anak kecil Keindahan ini anugerah Tuhan
Menggantikannya dengan derita Harus dijaga
Kehilangan kasih ayah, Harus dipertahan
Hangatnya pelukan ibu, Bukan hanya kota metropolitan
Berharganya sebuah nyawa Flora dan fauna khazanah hutan
Tersisih keluarga Rencah rasa aneka masakan
Anak kecil mencari hidup sendiri Menyantuni warga penuh teladan
Meratapi kehilangan yang disayangi
Ku gagahi diri menghadapi Ibu pertiwi menggamit pelancong
Pdpr secara maya Sesama tetangga saling menyokong
Dalam alpa dan terpaksa Adunan mesra resam budaya
Sedang ayah mencari secebis sinar dari tuhan Demi membina negara bangsa
Ibu tua kehilangan kawan dan taulan
Pandemik Covid-19, Pusaka keramat ini tiada tara
Betapa kejam engkau Persis mutiara di samudera raya
Merobek dada dan menabur kaca Moga Malaysiaku sentiasa dalam reda
Diparu-paru manusia, Allah Azzawajjalla
Virus menyerang
Mereka yang alpa akan SOP Hasil nukilan :
Tanpa kenal siapa Widad Sofea Binti Zul Amri (3 Bestari)
Meragut nyawa.
SYAIR : CINTA ANUGERAHMU
Hasil nukilan: Kau anugerahi kami dalam bahagia , dalam cinta
Aisyah Maryam bt. Mohd Hasikin (1 Cemerlang] Dan sesungguhnya cinta ini cinta kami hanya kepada-
Mu
CINTA ANUGERAHMU Kadang rasa bahagia , kadang rasa bimbang
Hidup penuh cobaan ,tawakal kami kepada-Mu
TSR MAJU TERUS JUARA
Ya Allah terima kasih atas segala rahmat-Mu
Dan anugerah yang kau beri kepada kami
Ya Allah bimbinglah kami insan yang lemah ini
Jadikanlah kami hamba yang selalu bersyukur kepada-
Mu ya Allah

Ku percaya kuasa-Mu membuat segalanya
Kutinggalkan semua kehidupan yang lama
Ku percaya kehendak-Mu yang memurnikan hati
Dan bawalah aku hidup dalam anugerah-Mu

Hasil nukilan:
Nurul Ain bt. Affandi (6A1)

PERMATA EDISI KE-17 141

KARYA KREATIF BAHASA INGGERIS

DISABILITY IS NOT THE END OF THE WORLD.

Nearly everyone faces hardships and difficulties in different ways. This also the same for the disabled
people as their obstacles may be huge than the normal human beings. Many great people in spite of
disabilities excelled in their life with their hard work, determination, courage, and perseverance. Thus, I
agree to a certain extend that disability is not a barrier to live and work effectively. The pros of being
disabled is that those disability could be turn into advantages, the disabled can still work with a normal job
and the cons is communication barrier.

Firstly, the disabled person could turn the disability into advantages. For example, Hellen Killer, Stephen
Hawking, Aisha Chandran, Ras Adiba Radzi, Nick Vujicic and our 2021 Paralympic champions are among
those who have not allowed their fate to dictate their life. The people who have disabilities forget about
their disabilities and work hard continuously to achieve their goals. They give hope to other disabled out
there to not give up and it has been proven that physical disability do not stand in the way of one’s
determination to success. In summary, disability is not inability for the disabled to carry on and keep going
in their life.

Next, the disabled can still have a normal job like other people. For example, there is a lot of disabled
teachers and lecturers or even doctors out there who have conquered their career much better than
others who are physically normal from head to toe. Apart from their disability, they still have lucks and
advantages that no one else have, such as being smart, strong will, high spirit and many more. They do not
let the disadvantages take away their chances to perform and achieve well in life. In fact, they stand high
and prove to other people that even with their disabilities, they can still manage to be the best among the
best. Thus, being disabled is not a hindrance because if someone works hard, he will get the benefits in
return.

On the other hand, one of the cons is communication barrier. Communication barriers are experienced
by people who have disabilities that affect the senses like hearing, speaking, reading, writing, and or
understanding. For example, the mute people, if they want to deliver messages or ask for help, will need
to use the sign language. The problem is that not many of us know and understand the language well and
end up having a miscommunication. It is such a pity for the mute or even the deaf person if he wants to
communicate with normal people. There are also a lot of auditory health messages that may be
inaccessible towards people with hearing impairments, including videos that do not include captioning. To
sum up, being mute, deaf or blind can cause problems for the disabled.

In a nutshell, disability is only in the form of limbs and senses but not in spirit. As long as one can posses
a strong and healthy will, no kind of physical ability can stop them from achieving great things in life. We
as a caring community must treat the disabled respectfully and most importantly, must not let them feel
as if they are being pitied and burdensome. "You are not heavy, because you are my brother". -
anonymous.

By:
Nur Batrisyia Ezany binti Zaki - 6A1

TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17 142

KARYA KREATIF BAHASA INGGERIS

SMARTPHONES - GOOD OR BAD?

Nowadays, there are many forms of technology that can help everyone in this world to
complete a task such as smartphones, computers, and laptops. The smartphone has been used
by students for many years now. It gives many benefits to the students. Statistics show that
smartphone usage for education is increasing year by year. I strongly agree that smartphones
help students in their learning process. By using smartphones, students can search information
about anything they want. They can finish their syllabus and they can use smartphone
conveniently in their lessons.

First, smartphones help students in their studies by providing unlimited references. The
students can search a lot of knowledge about any subjects. It is because sometimes a reference
book does not have a lot of information. For example, the students can search how to speak well
in the speaking test. They can search on YouTube and Google. Hence, a smartphone is easy to
carry so it brings a lot of benefits to students in their lessons.

In addition, the students can use the smartphone as a tool to finish their syllabus. Since
Covid-19 pandemic is affecting the world, the government has to close down the education
sector. The Minister of Education suggested that the teachers should use various academic
platforms to finish the syllabus such as Google Meet and Google Classroom. Without a
smartphone, it will be very challenging for students and teachers to finish the syllabus. Thus, it
shows that smartphone is helpful in completing their lesson.

Besides, smartphone can also be used by university students to do some research or to
finish their assignments. The students can use the smartphone to present something instead of
using the laptop. In term of portability, the smartphone is more favorable than the laptop. The
smartphone is small and easy to carry anywhere they go. They can use PowerPoint and Canva
apps on the smartphone for instance. To sum up, instead of using the laptop, it would be best for
the the students to use a smartphone instead.

In conclusion, smartphones really help students and teachers in education. At the same
time, the students will be able to use the technology correctly. Indirectly, the government’s aim
to shape a progressive citizen in the use of technology will be achieved. As a student, we should
use the smartphone in a good way so that it will not bring any negative impact on ourselves. If
we do this, we can pass our exam with flying colours.

By:
Nur 'Ain binti Azman - 6A1

TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17 143

TAMAN KENANGAN
PRAUNIVERSITI

2002A- 2022

TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17

TAMAN KENANGAN PRAUNIVERSITI

PUTERI SULUNG PRAUNIVERSITI SMKTSR
2002 – 2003

AL-FATIHAH KEPADA
ALLAHYARHAMAH SITI ROHAYA BINTI AHMAD

PENGUMUMAN SULUNG KEPUTUSAN STPM 2003

TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17 144

TAMAN KENANGAN PRAUNIVERSITI

KUMPULAN 2003/2004 BERSAMA
DENGAN GURU-GURU SMKTSR

TSR MAJU TERUS JUARA PENGAWAS SEKOLAH
SMKTSR

PERMATA EDISI KE-17 145

TAMAN KENANGAN PRAUNIVERSITI

LAWATAN KE PELBAGAI PERMATA EDISI KE-17 146
IPTA:

UUM,UM,UPM,USM,UKM

TSR MAJU TERUS JUARA

TAMAN KENANGAN PRAUNIVERSITI

KARYA ABADI
ALLAHYARHAMAH NURINA BT YUSOFF

TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17 147

TAMAN KENANGAN PRAUNIVERSITI

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

AKTIVITI PERMATA EDISI KE-17 148
KOKURIKULUM PRAUNIVERSITI

TSR MAJU TERUS JUARA

TAMAN KENANGAN PRAUNIVERSITI

TERIMA KASIH DAN SELAMAT TINGGAL.
SEKIRANYA ADA SILAP DAN SALAH, MAAFKAN KAMI.

SEMOGA SILATURRAHIM INI KEKAL SELAMA-LAMANYA.

TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17 149

Sekalung Penghargaan

Sidang Redaksi Guru
Sidang Redaksi Murid
Persatuan Ibu Bapa SMKTSR
Semua Warga SMKTR

atas kerjasama yang diberikan.

TSR MAJU TERUS JUARA SMK TUN SHARIFAH RODZIAH
JALAN KUALA KEDAH, 05400

ALOR SETA,R KEDAH

PERMATA EDISI KE-17


Click to View FlipBook Version