PENGGUNAAN PERLATAN BENGKEL PERABOT P E N S Y A R A H : P R O F E S O R M A D Y A D R . M O H A M E D N O R A Z H A R I B I N A Z M A N VRT 3023 (A) : REKA BENTUK DAN PEMBUATAN PERABOT
D20222105339 AHLI KUMPULAN AYU NAZIRA BINTI DZULKEFLI D20222105329 SOPHIA SANTHIE ANAK MATAN D20222105351 LORETTA LULUK D20222105343 BECHAM THAW KEN WAI D20222105336 DAVIES MIKE JONI
PERALATAN FUNGSI 1) Gergaji Tangan Memotong tanda kerja yang digerakkan secara manual menggunakan tangan 2) Tukul kuku kambing Tukul kuku kambing digunakan untuk mengetuk atau mencabut paku 3) Mesin Gergaji jigsaw Memotong papan, MDF dan papan lapis menjadi bulat, lengkung dan lurus 4) Pita Pengukur Digunakan dalam kerja-kerja mengukur 5) apit g Memegang kayu yang ingin digerudikan, dipahat dan digergajikan 6) Ketam KAYU meratakan dan membentuk permukaan kayu. Ia digunAkan dalam proses pengerjaan kayu untuk mencapai ketepatan dan kehalusan permukaan kayu 7) Gerudi Fungsi utama gerudi adalah untuk membuat lubang yang sesuai dengan saiz dan kedalaman yang diperlukan untuk pemasangan skrup, paku atau untuk tujuan lain seperti pemasangan kunci pas dan sebagainya SENARAI KANDUNGAN PERALATAN
GERGAJI TANGAN 1 - Memotong benda kerja yang digerakkan secara manual dengan menggunakan tangan. 1. Lukiskan penanda aras dimana tempat gerigi gergaji akan memotong. 2. Pada permukaan menggergaji, letakkan mata gergaji di sisi kanan pada tempat yang telah ditandakan. Kemudian, condongkan gergaji membentuk sudut 45 darjah terhadap permukaan kayu. 3. Tarik mata gergaji ke belakang sehingga menggores kira-kira sedalam 3 mm pada permukaan kayu. 4. Potong kayu dengan mendorong dan menarik daun gergaji berulang kali. 5. Perhatikan dan periksa mata gergaji harus selalu tegak lurus pada permukaan kayu. 7. Pada akhir pemotongan, pegang hujung yang terpotong supaya kayu tidak pecah. - Prinsip utama ketika menggunakan gergaji tangan adalah dengan mengetahui jenis gergaji yang sesuai dengan arah serat kayu. - Simpan gergaji secara tergantung dan elakkan daripada diletakkan sembarangan atau tertumpuk dengan barang-barang yang lain bagi mengelakkan mata gergaji menjadi melengkung dan rosak. Fungsi Cara penggunaan Faktor keselamatan semasa penggunaan cara penyimpanan
TUKUL KUKU KAMBING 2 - Digunakan untuk mengetuk atau mencabut paku. Cara memaku 1. Sediakan peralatan untuk memaku seperti paku, marker dan penukuL. 2. Tanda bahagian yang hendak dipaku dengan marker. 3. Letakkan paku pada kayu dan pegang dengan kemas. 4. Pegang tukul kuku kambing pada bahagian hulu dan halakan kepala penukul ke kepala paku. Tukul paku dengan perlahan supaya mata paku mencengkam permukaan kayu dengan baik. 5. Setelah itu, teruskan memaku dengan kuat sehingga batang paku berada di dalam kayu sepenuhnya. Cara mencabut paku 1. Sebelum mencabut paku, letakkan alas kayu di sebelah paku. 2. Pegang pada bahagian hulu penukul dan cangkukan kepala paku di antara kuku kambing. 3. Rentap paku sehingga paku tertinggal dari permukaan kayu. - Sebelum memulakan kerja, pastikan kepala penukul terlekat dengan kemas pada batangnya. - Bersihkan kepala penukul setelah digunakan. Fungsi Cara penggunaan Faktor keselamatan semasa penggunaan cara penyimpanan
3 MESIN GERGAJI JIGSAW - Memotong papan, MDF dan papan lapis menjadi bulat, lengkung dan lurus. 1. Sediakan jigsaw dan kayu yang perlu dipotong. 2. Pasangkan bilah gergaji pada mesin jigsaw dan sahkan bahawa bilah itu bertujuan untuk memotong kayu. 3. Gunakan kekunci L yang dibekalkan untuk mengetatkan mata. 4. Untuk menghidupkan mesin gergaji jig, tekan suis. 5. Untuk mendapatkan kelajuan yang diingini, pusing dan tekan butang kelajuan. 6. Pastikan bahawa bahan kerja seperti kayu, diapit dengan kuat dan tidak dipatuhi. 7. Pastikan suis elektrik dimatikan apabila tidak digunakan. - Untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini, pastikan plag jigsaw tidak disambungkan kepada penyambung. - Setelah selesai digunakan, pastikan mesin jigsaw dileraikan. Fungsi Cara penggunaan Faktor keselamatan semasa penggunaan cara penyimpanan
4 PITA PENGUKUR - digunakan dalam kerja-kerja mengukur. 1. sediakan pita pengukur dan pensel. tarik bilah pita pengukur mengikut ukuran yang hendak diambil. 2. tanda menggunakan pensel ukuran yang hendak diambil pada permukaan bahan. 3. - menggulung secara perlahan dan tidak meletakkan jari pada bahagian tepi bilah — letakkan di dalam perkakas alatan. - letak ditempat kering untuk mengelakkan karat. - pita pengukur dalam keadaan bergulung. Fungsi Cara penggunaan Faktor keselamatan semasa penggunaan cara penyimpanan
5 APIT G - Memegang kayu yang hendak digerudikan, dipahat dan digergajikan. 1. Putarkan pemulas skru sehingga ruang pada tapak dengan permukaan bahagian atas terbuka dengan luas. 2. Setelah itu, ambil benda kerja atau kayu yang ingin dipotong dan letakkan pada atas meja. Alat ini digunakan bersama-sama kayu kecil untuk melindungi permukaan benda kerja yang diapit. 3. Setelah itu, putarkan semula dengan ketat pemulas skru sehingga permukaan tapak apit G dengan permukaan kayu bertemu. 4. Setelah itu, proses pemotongan boleh dijalankan. - Pastikan pemulas skru diputar sehingga ketat semasa penggunaan agar tidak berlaku kemalangan seperti pegangan pada kayu longgar sehingga menyebabkan kecederaan pada penggguna. - Apit G diperbuat daripada besi dan juga berat, oleh itu ianya lebih baik ditempatkan pada bahagian tengah atau bawah rak peralatan tangan. Fungsi Cara penggunaan Faktor keselamatan semasa penggunaan cara penyimpanan
6 MESIN KETAM KAYU - Ketam kayu adalah alat yang digunakan untuk meratakan dan membentuk permukaan kayu. 1. memegang pemegangnya dengan erat dan menggunakan tekanan yang seragam ketika menggerakkan ketam secara melintang di atas permukaan kayu. 2. Pastikan kayu yang dikerjakan dipegang dengan kukuh dan ketam digerakkan dalam arah yang sejajar dengan serat kayu untuk mengelakkan pecahan. 3. selain itu, pastikan untuk mengawal tekanan dan arah ketam dengan teliti untuk mendapatkan hasil yang diinginkan. 4. selepas menggunakan ketam, pastikan untuk membersihkan sisa-sisa kayu dari pemegang dan pisau ketam untuk menjaga keberkesanan alat tersebut. - Guna perlindungan peribadi seperti sarung tangan, kacamata keselamatan dan alat perlindungan pendengaran untuk melindungi diri daripada serpihan kayu dan bunyi bising yang tinggi. - Untuk menyimpan ketam kayu dengan baik, pastikan ia disimpan dalam keadaan kering dan terlindung dari kelembapan. Letakkan ketam kayu pada rak atau tempat penyimpanan yang rata dan kukuh supaya ia tidak terjatuh atau tercalar Fungsi Cara penggunaan Faktor keselamatan semasa penggunaan cara penyimpanan
7 MESIN GERUDI - Fungsi utama gerudi adalah untuk membuat lubang yang sesuai dengan saiz dan kedalaman yang diperlukan untuk pemasangan skrup, paku, atau untuk tujuan lain seperti pemasangan kunci pas, dan sebagainya. 1. pasangkan mata paku atau mata bor yang sesuai dengan saiz yang dikehendaki ke kepala gerudi. 2. kemudian, letakkan ujung mata paku atau mata bor pada permukaan kayu yang ingin dilubangi. 3. pegang erat-erat gerudi dan tekan ke bawah dengan sedikit tekanan, kemudian hidupkan alat gerudi. Gerudi akan memulakan proses pengeboran. 4. Pastikan untuk mengekalkan tekanan yang sesuai dan memastikan gerudi beroperasi pada kelajuan yang betul. 5. apabila lubang selesai dibor, matikan alat gerudi dan keluarkan dengan berhati-hati. - Pemilihan Gerudi yang Betul: Pastikan gerudi yang digunakan sesuai dengan jenis bahan yang digerudi dan juga ukuran lubang yang dikehendaki. Gerudi yang betul akan meminimumkan risiko kemalangan. - Pastikan gerudi disimpan dalam keadaan kering dan terlindung daripada debu dan kelembapan untuk mengelakkan pembusukan serta untuk memastikan keberkesanan alat tersebut pada masa akan datang. Fungsi Cara penggunaan Faktor keselamatan semasa penggunaan cara penyimpanan
SEKIAN, TERIMA KASIH