ISTIADAT MENGIBARKAN
BENDERA PENGAKAP
NAMA: NUR ASYIQIN BINTI MOHAMAD AZRI
KELAS: 6UMA
Adat Dan Tertib
1. Sebelum menaikkan bendera, ujilah tali bendera terlebih dahulu bagi memastikannya teguh dan tidak mudah putus hingga
menyebabkan bendera jatuh atau tidak tentu kibarannya.
2. Sebelum bendera dinaikkan pastikan ianya dalam keadaan yang baik.
3. Mereka yang menaikkan dan menurunkan bendera hendaklah berpakaian kemas.
4. Menaikkan dan menurunkan bendera dengan perlahan-lahan. Apabila mengibarkan bendera separuh tiang, bendera
hendaklah dinaikkan dahulu sepenuhnyadan kemudian menurunkannya separuh tiang. Apabila menurunkan bendera separuh
tiang, naikkan semula bendera sepenuh tiang dan kemudian turunkannya terus.
5. Jangan meletakkan bendera di atas tanah semasa hendak menaikkannya.
6. Jangan dibiarkan bendera meleret ke tanah sewaktu menurunkannya. Ia hendaklah ditatang atau diselimpangkan ke bahu
apabila ia sampai ke bawah.
7. Selepas digunakan, bendera hendaklah dilipat dan disimpan dengan baik di tempat yang tertentu.
8. Bendera tidak seharusnya digunakan untuk mengalas meja atau menutup sesuatu melainkan digunakan dalam upacara
Pemakaman/ Pemgkebumian Negara.
9. Bendera yang koyak dan bertukar warna adalah dianggap bendera yang uzur dan tidak sepatutnya dikibarkan. Ia hendaklah
dimusnahkan dengan cara yang sopan. Caranya ialah membakar bendera tersebut secara tertutup tanpa menunjukkan rasa
tidak hormat kepada bendera tersebut.
TATACARA MELIPAT BENDERA
1. Dua orang petugas diperlukan semasa melipat satu bendera.
2. Ikat tali bendera pada tali tiang bendera dengan kemas, pastikan bendera tidak
terbalik.
3. Lipat dua atau lipat empat bendera tersebut (saiz lipatan perlu sesuai dengan
bendera).
4. Kemudian, bentukkan lipatan bendera dalam bentuk zip-zap. Belitkan tali tiang
bendera melilit bendera. Seterusnya selitkan tali bahagian bawah ke dalam lipatan
tersebut.
5. Naikkan bendera yang diikat ke puncak tiang bendera.
TATACARA SEMASA ISTIADAT MENGIBAR
BENDERA
1. Pemimpin berdiri satu barisan di bahagian belakang tiang bendera dan ahli pengakap berada dalam bentuk
tapak kuda.
2. Pemimpin bertugas akan memberi hukuman “sedia” kepada ahli pengakap.
3. Pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya dan akan menyebut perkataan “bendera”, ketua patrol
bertugas bergerak ke hadapan tiang bendera dan menarik tali bendera bahagian yang dikendurkan. Bendera
akan berkibar.
4. Ketua patrol bertugas melangkah selangkah ke belakang, kemudian memberi tabik hormat kepada bendera
dan diikuti oleh semua pemimpin serta pengakap lain.
5. Ketua patrol bertugas bergerak ke tempat asalnya.
6. Pemimpin bertugas akan menyebut perkataan “Negaraku”, semua ahli pengakap dikehendaki menyanyi lagu
Negaraku.
7. Pemimpin bertugas akan menyebut perkataan “doa”. Ahli patrol bertugas melangkah selangkah ke
hadapan dan mengangkat tangan sambil menyebut perkataan “AP”. Semua ahli akan mengangkat tangan
mengaminkan doa.
8. Selesai membaca doa, ahli patrol bertugas akan menyebut sekali lagi perkataan “AP”, semua ahli akan
menjatuhkan tangan dalam kedudukan sedia.
9. Pemimpin bertugas akan menyebut perkataan “Persetiaan”, ahli patrol bertugas melangkah selangkah
ke hadapan dan menyebut perkataan “AP”. Semua ahli akan mengangkat tangan untuk memperbaharui
persetiaan pengakap. Persetiaan pengakap ini dilafazkan oleh ahli patrol bertugas dan diikuti oleh semua
ahli.
10. Selesai membaca persetiaan, ahli patrol bertugas akan menyebut sekali lagi perkataan “AP”. Semua
ahli akan menjatuhkan tangan dalam kedudukan sedia.
11. Patrol bertugas memberi arahan kepada ahli “senang diri”. Seterusnya pemimpin kumpulan memberi
taklimat dan ucapan.
12. Selesai pemimpin kumpulan memberi ucapan, ketua patrol bertugas memberi hukuman “sedia”.
Apabila pemimpin keluar baris, baharulah ketua patrol bertugas memberi arahan keluar baris.