The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku ini mengisahkan tentang seekor rusa bernama Nini yang mencari jalan untuk mengalahkan musuh mereka iaitu Sang Harimau.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ayunikhasim4, 2024-03-22 10:25:57

Nini Pahlawan Rimba

Buku ini mengisahkan tentang seekor rusa bernama Nini yang mencari jalan untuk mengalahkan musuh mereka iaitu Sang Harimau.

Keywords: Rusa,Rimba,Harimau,Kanak-kanak

Nini pahlawan rimba siti nur ayuni khasim


watak nini sang ratu ketua askar


Pada pagi yang indah di sebuah desa rimba, terdapat seekor rusa yang terlewat untuk bekerja bersama kumpulannya bagi mengumpul makanan. Amboi Nini, awalnya datang hari ini. Tapi… Maaf, aku terlewat kerana ada hal yang perlu selesaikan. Ah, itu hanya alasan untuk kau lari daripada bekerja, bukan? Aku akan lapor kepada ratu rusa tentang sikap kau ini. Ah, tiada tapi-tapi. Pandai-pandailah kau menjelaskannya kepada Sang Ratu. Aduh, macam mana aku nak jelaskan kepada ratu supaya tidak kena marah?


Nini, mengapa kamu datang lewat untuk bekerja pagi tadi? Perkara apa itu Nini? Pada lewat petang… Ampun tuanku, patik mahu melaporkan bahawa Nini telah lewat datang bekerja. Mohon tindakan daripada tuanku. Ampun tuanku, sebenarnya patik terlewat kerana ada hal yang perlu diselesaikan. Sang ratu yang baik hati kemudiannya bertanya kepada Nini sebab kelewatannya,


Baiklah bila dah bersedia, kamu ceritalah kepada beta dan pastikan kamu tidak mengulangi kesilapan ini lagi. Baik tuanku, patik berjanji untuk tidak mengulangi kesilapan itu lagi. Maafkan patik tuanku, patik tidak dapat beritahu hal tersebut kerana ingin menyiasat dengan lebih mendalam. Mereka semua bersurai pulang ke rumah masing-masing namun, ketua askar masih tidak berpuas hati dengan Nini. Tidak boleh jadi ni, aku perlu ikut Nini untuk tahu apakah yang dirancang olehnya. Tetapi, dalam tidak sedar dia telah kehilangan jejak Nini.


Jangan risau, aku ada jalan untuk menjerat harimau tersebut. Sang Harimau ada di kawasan ini, hati-hati semua! Aduhai, mana Nini ni? Lajunya dia lari, hm. Ketua askar mengeluh dengan nada kecewa kerana gagal mengekori Nini dan terus pulang ke rumah. Keesokan harinya, semasa mereka bekerja, mereka diserang oleh seekor harimau yang merupakan musuh mereka. Apa yang engkau rancang Nini? Kita hanya rusa yang lemah, mustahil kita dapat kalahkan Sang Harimau. Sahutan ketua askar tersebut telah menyebabkan rusa lain berbisik-bisik sesama sendiri.


Jangan risau... jika kita bekerjasama sebagai satu kumpulan, pasti kita mampu kalahkan Sang Harimau. Baiklah! Apakah rancangan engkau? Rakan-rakan, lakukan seperti mana yang Nini rancang! Nini pun terangkan strateginya satu persatu. Tanpa membuang masa, ketua askar mengarahkan rusa-rusa yang lain untuk melaksanakan tugas seperti yang diberitahu oleh Nini. Begini… Akhirnya, mereka berjaya mengalahkan Sang Harimau . Semua rusa kembali ke tempat mereka dengan gembira dan ketua askar melaporkan hal tersebut kepada Sang Ratu. Keberanian Nini mendapat pujian semua rusa di situ.


Tahniah Nini kerana telah menyelamatkan kita daripada Sang Harimau. Bagaimanakah kamu boleh merancang strategi seperti itu? Ampun tuanku, sebenarnya sejak kejadian Sang Harimau menyerang kawasan ini, patik telah bertekad mencari jalan penyelesaian untuk menghapuskan Sang Harimau. Patik datang lewat kerana patik mencari kawasan strategik untuk melaksanakan rancangan patik. Pertanyaan itu telah mendorong Nini untuk menceritakan hal sebenar di sebalik kelewatannya untuk datang bekerja. Oh begitu. Terima kasih Nini kerana mampu melakukan sesuatu perkara yang rusa-rusa lain tidak dapat lakukan. Beta bangga mempunyai rakyat seperti kamu.


Benar itu Nini. Aku juga bangga ada anggota rusa yang berani seperti engkau. Aku juga ingin meminta maaf kerana selama ini aku telah bersangka buruk dengan engkau. Tidak mengapa ketua. Aku harap daripada peristiwa ini, kita dapat mengambil pengajaran dan sama-sama berusaha untuk kita perbaiki diri kita ya. -tamat-


Click to View FlipBook Version