SEMUA YANG ANDA PERLUKAN UNTUK MENJADI LEBIH SIHAT April 2024 KESIHATAN MENTAL DAN KESIHATAN FIZIKAL MANA LEBIH PENTING? MENTAL SIHAT FIZIKAL MANTAP ADAKAH SENAMAN MALAM BAIK UNTUK KESIHATAN PROGRAM MyBeras@Wilayah KESIHATAN Asas Kebahagiaan BAHAYA Microsleep
April 2024 Mental sihat fizikal mantap Kesihatan Mental Dan Fizikal. Mana Lebih penting? Bahaya Microsleep Program MyBeras@Wilayah
‘Kesihatan Saya Hak Saya’ Assalamualaikum W.B.T, Salam Sejahtera dan Salam Negaraku. Hari Kesihatan Sedunia disambut pada 7 April setiap tahun bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu utama kesihatan semasa. Tema Hari Kesihatan Sedunia tahun ini adalah Kesihatan Saya, Hak Saya. Semoga sambutan ini dapat meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dan kesejahteraan individu, masyarakat dan negara. Selamat melayari e-majalah Hari Kesihatan Sedunia! #HealthForAll #WorldHealthDay #myhealthkkm #sihatmilikku YANG BERHORMAT DATO SERI DR. DZULKFLY BIN AHMAD MENTERI KESIHATAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KESIHATAN SEDUNIA 2024 Sidang Pengarang Pasukan Kreatif Syed Mohd Hilman Bin Syed Zainal Abidin (267418)
Oleh Mohd Syed Hilman Bin Syed Zainal Abidin BERSENAM dapatmengurangkan mengurangkan mendapatpelbagai jenis penyakit seperti mengurangkan kemurungan.- Gambar hiasan KEMURUNGAN & PENYAKIT JANTUNG Di seluruh dunia dianggarkan 17 juta kematian setiap tahun akibat penyakit jantung. Di Malaysia 15.2 % kematian disebabkan penyakit jantung. Satu daripada 2 orang pesakit jantung akan mengalami kemurungan. Setiap serangan penyakit jantung akan menambahkan keterukan kemurungan dan ini akan meningkatkan risiko kematian. Kemurungan boleh memburukkan lagi keadaan penyakit jantung, ianya boleh menyebabkan: • Jantung berdenyut dengan laju. • Tekanan darah tinggi. • Darah menjadi bertambah pekat. • Tahap hormon stres meningkat. MENTAL & FIZIKAL
KEMURUNGAN & DIABETES Pesakit diabites mudah diserang anxiety dan kemurungan – Gambar Hiasan Di Malaysia 1 dari 7 orang dewasa menghidap diabetes. Pesakit diabetes mempunyai lebih 3 kali risiko untuk mendapat kemurungan berbanding dengan individu yang sihat. Bagaimana diabetes mempengaruhi Kesihatan Mental? Pesakit diabetes mungkin akan mengalami masalah kesihatan mental akibat: • Perasaan bimbang menghadapi masa hadapan. • Beban penjagaan kesihatan diri yang bertambah. • Gangguan imbangan semulajadi horman di dalam tubuh pesakit diabetes akan menyebabkan seseorang mudah mendapat kemurungan.
KEMURUNGAN & KANSER Salah satu rawatan berkesan pesakit kanser ialah menjaga emosi dan psikologi – Gambar Hiasan Di seluruh dunia terdapat 9 juta pesakit kanser. Di Malaysia 150 untuk setiap 100,000 penduduk menghidap kanser. Pesakit kanser berisiko menghidap gangguan kesihatan mental tetapi hanya 2% sahaja mendapat rawatan. Adalah penting bagi setiap individu untuk menyedari bahawa kanser dan kemurungan mempunyai gejala yang serupa seperti: • Penurunan berat badan. • Mudah letih. • Gangguan tidur. • Hilang selera makan.
KEMURUNGAN & HIV/AIDS Di seluruh dunia 40 juta orang dijangkiti HIV/AIDS. Di Malaysia lebih 60,000 orang dijangkiti HIV/AIDS. Satu pertiga pesakit HIV akan mengalami kemurungan yang biasa tidak dikesan. Kemurungan mengurangkan tenaga yang diperlukan untuk mengekalkan kesihatan dan juga menyebabkan penyakit HIV bertambah teruk. HIV/AIDS boleh menyebabkan masalah kesihatan mental melalui: • Kesan langsung penyakit kepada otak. • Stigma penyakit. • Diskriminasi. • Perasaan takut kepada kematian.
Oleh Mohd Syed Hilman Bin Syed Zainal Abidin (267418) Ramai orang yang menganggap kesihatan mental tidak mempunyai kaitan dengan kesihatan fizikal. Sebenarnya kesihatan mental juga sama penting dengan kesihatan fizikal kerana ianya membabitkan aspek tingkah laku dan emosi dalam diri individu tersebut yang banyak memberi kesan dalam kesejahteraan hidupnya dan hubungannya dengan individu lain. Kesedaran mengenai kesihatan mental semakin meningkat pada masa kni kerana ianya sangat penting untuk mewujudkan indiviu yang sejahtera dalam sesebuah keluarga dan masyarakat seterusnya akan melahirkan warga penduduk yang sihat serta produktif kepada negara. Dianggarkan lebih 450 juta individu di seluruh dunia telah mengalami masalah penyakit mental dalam kehidupan mereka (Sumber Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)). Menurut Profesor Dr Shukran Abd Rahman yang merupakan Presiden Persatuan Psikologi Malaysia (PSIMA), berdasarkan kajiannya mendapati banyak faktor yang boleh menjejaskan kesihatan mental termasuklah masalah peribadi yang mana boleh menyebabkan tekanan perasaan, keletihan dan kemurungan. Keadaan sekeliling juga menjadi faktor penyumbang masalah mental – Gambar Hiasan Profesor Dr Shukran
Menurutnya lagi, faktor sekeliling yang tidak memberi motivasi dan menjejaskan prestasi dalam bekerja dan kualiti dalam kehidupan memberi sumbangan terbesar kepada masalah kesihatan mental. Selain itu, faktor pandemik yang menyerang negara sejak 2019 telah memburukkan lagi kesusahan yang sedia ada. Banyak kesan-kesan negatif yang wujud sejak tularnya pandemik yang banyak mengganggu kesihatan mental individu. Peningkatan kemerosotan kesihatan mental juga adalah disebabkan oleh teknologi yang makin canggih. Pendedahan maklumat dari media sosial dan interaksi di skrin yang berpanjangan menyebabkan aktiviti sosial makin berkurangan. Tambahnya lagi, keadaan ekonomi semasa juga telah menyebabkan ramai individu yang berdepan dengan cabaran untuk bekerja dan mencari rezeki. Ramai yang kehilangan kerja dan juga kerugian dalam perniagaan memberi kesan negatif dan akan menyebabkan gejala tekanan perasaan, kekeliruan dan kemarahan. Peningkatan harga barang dan yuran perkhidmatan juga menyebabkan tekanan bagi mereka yang tidak mampu dan akan mengganggu kesejahteraan dalam kehidupan. Namun begitu masih terdapat stigma negatif masyarakat terhadap individu yang mengalami masalah kesihatan mental. Ramai yang memandang remeh mengenai masalah mental dan tidak perlu diambil perhatian dan rawatan. Sehubungan itu, beberapa inisiatif perlu diambil untuk mengatasi masalah mental ini demi meningkatkan kesejahteraan psikologi dengan mewujudkan polisi dan amalan yang khusus berkaitan kesihatan mental. Menurut Naib Presiden PSIMA, Profesor Madya Dr Shazli Ezzat Ghazali dianggarkan jumlah pesakit mental akan meningkat hampir 40 peratus di negara ini menjelang 2025 sekiranya tiada sebarang langkah yang proaktif diambil oleh pihak Kerajaan, pemimpin, masyarakat dan ahli keluarga.
Menurutnya lagi masih ada masyarakat yang mengaitkan kesihatan mental ini sebagai individu yang tidak waras atau gila. Sepatutnya masyarakat perlu mengambil tahu maksud sebenar kesihatan mental di mana situasi individu mengetahui potensinya untuk memberi tindak balas stress dalam hidupnya samada dirinya dapat diurus dengan dengan sempurna, boleh bekerja dengan baik dan menjadi penyumpang kepada masyarakat. Peranan ini perlu diambil tanggungjawab oleh semua golongan dalam masyarakat dan perlu dipandang serius. Oleh itu, jelaslah bahawa sekiranya seseorang individu mempunyai masalah kesihatan mental akan mengganggu kehidupan seharian. Tubuh badan akan tidak bermaya, malas bekerja dan badan akan sentiasa letih dan menyebabkan kesan terhadap tindakan yang diambil dalam hidupnya. Sehubungan itu, semua masyarat perlu berganding bahu membantu individu yang mempunyai masalah mental kerana mental yang sihat akan melahirkan fizikal yang mantap. PERANAN profesional kesihatan mental seperti ahli psikiatri, ahli psikologi dan kauselor adalah penting untuk mewujudkan tahap kesihatan mental yang baik dalam keluarga.
pa itu microsleep mengikut persepsi dalam perubatan di Malaysia ? Adakah ia merupakan faktor genetik atau kegagalan seseorang individu dalam mengawal sistem badan ? Siapa yang berisiko tinggi mengalami microsleep ? Menurut Pakar Perunding Perubatan dan Nefrologi Hospital Pakar Putra Melaka, Datuk Dr S.Ravih berkata microsleep terjadi tanpa amaran dan antara penyebab sering berlakunya kemalangan di jalan raya kerana apabila badan keletihan, otak akan tertidur selama beberapa saat, walaupun mata terbuka dan tangan memegang stereng. “Jangan paksa diri untuk terus memandu dalam keadaan badan letih dan mata mengantuk. Berhentilah di mana-mana tempat selamat dan lelapkan mata sebentar. Lima minit pun cukup atau berhenti setiap dua atau tiga jam jika pemanduan jarak jauh,” katanya. Lazimnya potensi menjadi mangsa microsleep adalah apabila memandu jarak jauh, ditambah faktor lain seperti waktu pemanduan, kondisi kesihatan dan kecergasan pemandu, bentuk dan permukaan jalan raya serta keadaan cuaca boleh menyebabkan A “Mangsa microsleep biasanya lambat bertindak balas terhadap sebarang maklumat, pandangan kosong, mata berkelip lebih kerap, menguap berlebihan dan tersentak secara tiba-tiba walaupun mata dalam keadaan terbuka.” Oleh : Syed Mohd Hilman bin Syed Zainal Abidin
mengantuk kerana ketika itu segala input daripada deria penglihatan dan pendengaran sudah tidak dapat diproses otak. Biasanya individu yang menjadi mangsa microsleep itu merasakan dia masih memandu sedangkan dia telah shut down dan ini boleh berlaku ketika mata masih terbuka,” katanya yang menyarankan agar pemandu mengelakkan dari memandu waktu puncak mengantuk iaitu antara jam 3 hingga 5 pagi dan antara 2 hingga 4 petang. Mengulas lanjut, Ravih berkata pekerja syif seperti pemandu lori dan bas amat berisiko menjadi mangsa microsleep yang lebih tinggi disebabkan perubahan corak pola tidur. “Gangguan corak tidur normal boleh menyebabkan keletihan, dan mengantuk siang hari. Mereka yang mengalaminya juga berisiko membuat keputusan yang salah, masalah dengan kewaspadaan dan sukar memberi tumpuan semasa memandu,” katanya. Di negara ini, kemalangan lori dan bas kerap kali terjadi terutama pada awal pagi dan rata-rata pemandu didapati memandu laju kononnya untuk terus berjaga. Mereka memaksa diri demi gaji dan mengejar trip. Ravih berkata ada yang berpendapat kononnya jika kenderaan dipandu laju akan dapat mengurangkan kesan mengantuk akibat kesan adrenalin manakala pemandu akan lebih fokus jika melalui kawasan bengkang-bengkok, sebenarnya hanyalah mitos dan boleh mengundang bahaya jika pemandu hilang kawalan. Tambah beliau lagi kesan segar dirasai itu hanya seketika dan selepas itu sistem badan akan burn out dan akhirnya akan menyebabkan microsleep lebih lama. Microsleep sebenarnya tidak hanya terjadi semasa memandu malah boleh terjadi semasa menonton televisyen, ketika berada di dalam kelas, menghadap komputer dalam jangka masa yang panjang dan sebagainya. Terdahulu, kisah insiden kemalangan maut yang meragut nyawa Pengasas Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad, 39, ada kaitan dengan microsleep berikutan pemandu kenderaan terbabit iaitu suaminya Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, mengakui mengantuk ketika memandu dari kediaman mereka di Tumpat, Kelantan menuju ke Pattani, Thailand. Tidak dilupakan insiden kemalangan bas pekerja berdekatan KLIA pada April menyebabkan 10 terbunuh dan 34 cedera, juga antara yang menjadi sorotan hangat.
Sementara itu, Ahli Majlis Keselamatan Jalan Raya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata majikan pemandu lori dan bas khususnya perlu memberi keutamaan mengenai aspek keselamatan para pemandu di bawah seliaan masing-masing kerana kemalangan perjalanan kini menjadi isu utama keselamatan dan kesihatan pekerjaan di negara ini apabila ia semakin meningkat saban hari. Ujarnya lagi, walaupun ada pihak mempersoalkan kesesuaian memandu bas atau lori pada waktu malam, kita perlu ingat perkhidmatan mereka diperlukan untuk menyokong operasi pelbagai kemudahan dan perkhidmatan orang ramai. Kitaran tidur tidak seimbang merupakan salah satu sebab dan microsleep sebenarnya boleh juga berlaku pada siang hari, seperti dalam beberapa kajian dan statistik yang kita dapati. Justeru itu, semua pengguna jalan raya perlu peka dan tidak mengambil enteng mengenai isu microsleep ini. Kitaran waktu tidur serta waktu pemanduan harus dititikberat bagi mengelak terjadinya microsleep selain mengamalkan gaya hidup yang sihat agar badan sentiasa segar serta mendapat rehat yang cukup.
Burung terbang di atas ranting Ranting itu bercabang tiga Tidur cukup sangatlah penting Bangun pagi lebih bertenaga Makan nasi berkuah kari Kari dimasak bersama santan Enam gelas air sehari Minumlah banyak demi kesihatan Pergi kedai membeli bawang Bawang dibeli bersama roti Makanan berkhasiat lagi seimbang Tubuh sempurna cegah obesiti Minum kopi kurang gula Kopi dibancuh sangat pekat Dapatkan rawatan secara berkala Hidup hebat terjamin sihat
Program MYBERAS@Wilayah kurangkan beban dan gangguan tekanan mental dalam kalangan golongan B-40 di Malaysia Oleh Syed Mohd Hilman bin Syed Zainal Abidin – April 20,2024@ 08:30am B40, M40 dan T20 masing-masing mewakili 40% bawah, 40% tengah, dan 20% teratas. Klasifikasi pendapatan ini digunakan untuk mengkategorikan rakyat Malaysia mengikut pendapatan isi rumah mereka. Akan tetapi, sebilangan besar perhatian akan diberikan kepada kumpulan B40 ini. Penyakit mental adalah masalah besar yang wujud di Malaysia terutamanya semasa pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) di mana rakyat terkandas dengan tekanan emosi di rumah kerana kehilangan sumber pendapatan dan mematuhi peraturan ketat.pihak berkuasa. Kuala Lumpur: Pelaksanaan program MYBERAS yang akan dilanjutkan sehingga Jun 2021 diharapkan dapat membantu mengurangkan peningkatan kes gangguan tekanan mental dalam kalangan golongan B40 ketika Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) 2.0 baru-baru ini.
Program ini telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Hj. Muhyiddin Bin Hj. Mohd. Yassin bersempana Sambutan Hari Wilayah Persekutuan. Para MPPWP di setiap parlimen akan bertanggungjawab menguruskan sumbangan MYBERAS. Golongan B40 ini telah dipengaruhi dengan kebimbangan, ketakutan, ketidakpastian masa depan dan tekanan yang berpunca dari perubahan norma kehidupan. Apabila mereka menghadapi cabaran hidup, mereka mengalami neurosis yang mempengaruhi fungsi peribadi mereka yang optimum. Mereka yang terjejas termasuk pekerja yang kehilangan pekerjaan dan mengalami kekangan kewangan untuk menjalankan kehidupan seharian. Sumbangan 1 kampit beras percuma kepada warga Wilayah Persekutuan yang layak pada setiap minggu sepanjang bulan Februari ini dijangka dapat membantu 30,000 buah keluarga bagi golongan berstatus miskin bandar dan golongan B40 yang terjejas akibat Covid-19.
Walaupun MCO bertujuan melindungi rakyat dari penyebaran Covid-19 yang berpotensi membawa maut, tetapi ia secara tidak sengaja menyebabkan individu menghadapi risiko gangguan kesihatan mental. Tekanan mental ini boleh dilihat dalam pelbagai reaksi emosi seperti keadaan tertekan atau keadaan pskiatri, tingkah laku yang tidak sihat, dan ketidakpatuhan arahan kesihatan awam. Pihak polis mendedahkan bahawa 266 individu telah meragut nyawa antara bulan Mac dan Oktober tahun lepas dengan 25% kes berkaitan hutang, diikuti oleh masalah keluarga (24%) dan masalah perkahwinan (23%) akibat daripada tekanan mental yang tinggi. Befrienders, Mercy Malaysia dan Talian Kasih adalah bahagian yang boleh dihubungi oleh orang yang mengalami tekanan dan kegelisahan. Ataupun, unit kecemasan di mana-mana kemudahan penjagaan kesihataan termasuk klinik atau hospital terdekat turut dibuka untuk membantu mereka yang berada dalam krisis bunuh diri. Badan korporat yang lain dan orang ramai juga boleh turut memberi sumbangan melalui program ini. Sumbangan dalam bentuk wang atau sumbangan beras serta barangan keperluan akan dikumpul dan disampaikan kepada penerima yang layak. Semua transaksi secara atas talian adalah dijamin selamat oleh Ansi Systems Sdn.Bhd bagi pihak Yayasan Wilayah Persekutuan. SOP yang ketat akan dilaksanakan sepanjang pelaksanaan program ini.
KESIHATAN ASAS KEBAHAGIAAN Kita sering mendengar ungkapan “Kesihatan Melambangkan Kekayaan” dan “Badan Sihat, Otak Cerdas”. Jelaslah bahawa kesihatan amat penting kepada kita dan kita wajar menjaganya dengan sempurna. Gaya hidup yang sihat merupakan kunci utama kepada kesejahteraan insan. Langkah pertama yang perlu kita amalkan untuk menjaga kesihatan adalah dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang setiap hari. Tubuh orang yang mengamalkan pemakanan seimbang ini akan mendapat khasiat dan vitamin yang diperlukan. Sebagai contohnya, seseorang itu perlu banyak mengambil makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta mengurangkan makanan yang berlemak atau mengandungi kolesterol yang tinggi. Dengan cara itu, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi dan diabetis akan dapat dielakkan kerana mencegah penyakit lebih baik daripada mengubatinya. Jadi, wajarlah bahawa pemakanan yang seimbang membolehkan kita semua mencapai satu kehidupan yang ceria dan sihat.
Kita harus memastikan bahawa kita hanya mengambil makanan yang berkualiti sahaja. Selain pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat, kita perlu beriadah dan melakukan senaman atau bersukan. Hal ini perlu ditekankan sekiranya kita jarang melakukan kerja berat. Dengan beriadah atau bersukan, kita dapat menggerakkan otot badan dan membolehkannya berfungsi dengan baik. Di samping itu, kita juga dapat membakar lemak yang berlebihan dan mengeluarkan peluh. Oleh itu, setiap orang hendaklah melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh iaitu sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Seseorang itu boleh bersukan seperti bermain badminton, bola sepak, menunggang basikal, berjoging, atau berenang. Jika badan seseorang itu sihat dan cergas, sudah pastilah daya pemikirannya juga cerdas kerana badan cergas, otak cerdas. Ini kerana aktiviti beriadah dan bersukan dapat menjamin kesihatan seseorang selain dapat melancarkan pengaliran darah dalam tubuh ke jantung dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
Pihak kerajaan menggalakkan masyarakat melakukan aktiviti sukan untuk mencegah seseorang daripada menghidapi kencing manis, sakit jantung, dan tekanan darah tinggi. Ini kerana ubat yang paling mujarab untuk mengekalkan kesihatan seseorang adalah dengan mempunyai rehat dan tidur yang mencukupi. Setiap orang digalakkan tidur tidak kurang daripada enam jam sehari. Kita juga harus berehat bagi mengekalkan kesihatan yang stabil. Orang yang tidak mempunyai rehat yang cukup tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja yang dilakukan dan melaksanakannya dengan baik. Malah mereka mudah berasa letih dan senang jatuh sakit. Oleh yang demikian, sekurangkurangnya lapan jam sehari diperuntukkan untuk berehat dan tidur amat perlu ditekankan.
Selain itu, setiap orang perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Hal ini bagi memastikan anggota dalaman tubuh seseorang itu seperti, jantung, hati, buah pinggang, dan pankreas berfungsi dengan baik. Melalui cara itu juga, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, diabetis, dan tekanan darah tinggi dapat dapat dikesan lebih awal melalui peralatan moden dalam bidang perubatan. Dengan cara itu, langkah pemulihan akan dapat dilakukan dengan segera kerana alat-alat perubatan moden dapat mengesan sesuatu penyakit lebih awal dan tidaklah sudah terhantuk baru tengadah. Ringkasnya, seseorang itu akan senantiasa memastikan dirinya sentiasa sihat dengan mendapatkan pemeriksaan doktor secara berjadual sebelum kudis menjadi tokak. Akhir sekali, setiap individu perlu menjauhi gaya hidup yang negatif dan tidak sihat seperti pengambilan alkohol yang banyak, ketagihan rokok dan juga pengambilan dadah atau pil-pil perangsang. Hal ini dikatakan demikian kerana amalan gaya hidup yang tidak sihat akan menjejaskan kesihatan dan mampu mengancam nyawa. Pengambilan alkohol dan dadah akan mendedahkan badan kepada pelbagai penyakit dan masalah kesihatan seperti obesiti, kencing manis dan kesihatan mental. Selain itu, setiap orang juga perlu menjauhi amalan mengunjungi rumah pelacuran atau tempat-tempat maksiat bagi mengelakkan diri daripada jangkitan penyakit kelamin dan HIV Aids. Tahap kesihatan rakyat yang baik dapat menjamin maruah diri dan meningkatkan produktiviti negara. Pendek kata, seseorang yang mengimpikan kehidupan yang sihat akan memastikan dirinya tidak terjebak dalam aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral. Secara keseluruhannya, amalan gaya hidup sihat dapat dipraktikkan dengan banyak cara. Amalan-amalan ini memang perlu dijadikan budaya untuk melahirkan rakyat yang sihat.
Jadi, Kementerian Kesihatan perlulah mengambil langkah yang proaktif untuk merealisasikan impian negara kita itu. Sekiranya langkah tersebut tidak diambil, sudah tentu hasrat untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas tidak akan menjadi kenyataan. Oleh itu, hasrat untuk melahirkan rakyat yang sihat dan cergas akan menjadi realiti jika semua pihak saling bekerjasama ibarat yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Kesimpulannya, kerajaan amat menitikberatkan kesihatan rakyat dengan menyediakan pelbagai kemudahan kesihatan di samping melancarkan kempen “Rakyat Sihat, Negara Maju”. Rakyat yang sihat dapat menyumbang kepada pembangunan negara dan menjadi pekerja yang produktif. Justeru, setiap rakyat harus bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan diri seperti kata cogan kata ‘Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati’.
HEALTHFREAK TIPS TIPS TURUN BERAT BADAN DENGAN CEPAT! Bersenam Walaupun senaman tidak semestinya diperlukan untuk mengurangkan berat badan, ia pasti dapat membantu. Hanya 30 minit sehari dalam seminggu cukup untuk meningkatkan metabolisme anda dan mencairkan lemak dengan cepat. Buat Perubahan Yang Betul Apabila anda ingin mengurangkan makanan tidak sihat dalam diet anda, sangatlah penting untuk anda menggantikan makanan tersebut dengan makanan yang lebih sihat. Anda bolehlah menggantikan lemak tidak tepu dengan lemak yang lebih sihat. Contohnya seperti menukar dari makan ayam goreng kepada ikan salmon yang dibakar atau panggang. Minum kopi hitam, menyekat selera Walaupun anda mungkin menikmat i gula dan krimer di dalam kopi, semasa berpuasa ia tidak dibenarkan. Minum kopi hitam pada waktu pagi, mengurangkan selera makan anda dan membawa anda ke makanan seterusnya dengan tenaga dan fokus ADA KE DIET YANG TIDAK MENGEKANG MAKANAN KURANG SIHAT? By Syamimi Aqila “Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.” (Riwayat ad-Dailami) Melalui hadis di atas, dapat kita simpulkan bahawa kunci untuk menjadi sihat adalah dengan menjaga perut. Maksudnya jaga pemakanan kita. Dan amalkanlah pemakanan yang betul. Ramai orang beranggapan bahawa kurus tu sihat. Jadi untuk dapatkan badan idaman, ramai yang telah merana dengan mencuba pelbagai diet yang melampau. Anda beranggapan bahawa tempoh diet merupakan tempoh yang menyukarkan anda. Ianya menghalang anda untuk menikmati makanan kegemaran anda. Anda berasa tidak gembira sepanjang tempoh tersebut dan tidak menikmati proses yang dilalui. Kesannya, selepas mendapat bentuk badan yang diingini, anda kembali makan dengan kadar seperti sediakala. Tahukah anda, ada sebenarnya diet yang tidak mengekang anda dari makan semua makanan yang anda inginkan? Fenomena yang disebut puasa berselang saat ini adalah salah satu trend kesihatan dan kecergasan yang paling popular di dunia. Ianya melibatkan kitaran berpuasa dan makan secara bergantian. Banyak kajian menunjukkan bahawa ini boleh menyebabkan penurunan berat badan, meningkatkan kesihatan metabolik, melindungi daripada penyakit dan mungkin membantu anda hidup lebih lama. 25APRIL 2024|ISSUE34
Apa itu Puasa Berselang? Puasa berselang ataupun Intermittent Fasting adalah pola makan di mana anda berpusing di antara tempoh makan dan puasa. Ia tidak mengatakan apa-apa mengenai makanan mana yang harus dimakan, melainkan bila anda harus memakannya. Terdapat beberapa kaedah puasa berselang yang berbeza, yang semuanya membelah hari atau minggu menjadi tempoh makan dan tempoh puasa. Kebanyakan orang sudah "puasa" setiap hari, semasa mereka tidur. Puasa sekejap boleh sesederhana memanjangkan puasa itu sedikit lebih lama. Anda boleh melakukan ini dengan melewatkan sarapan, makan makanan pertama anda pada tengah hari dan makanan terakhir anda pada jam 8 malam. Kemudian secara teknikal anda berpuasa selama 16 jam setiap hari, dan mengehadkan makan anda ke tingkap makan 8 jam. Ini adalah bentuk puasa berselang yang paling popular, yang dikenali sebagai kaedah 16/8. Di sebalik apa yang anda fikirkan, puasa sekejap sebenarnya agak mudah dilakukan. Ramai orang melaporkan berasa lebih baik dan mempunyai lebih banyak tenaga semasa berpuasa. Kelaparan biasanya tidak menjadi masalah besar, walaupun pada awalnya boleh menjadi masalah, sementara badan anda sudah biasa untuk tidak makan dalam jangka masa yang lama. Makanan tidak dibenarkan dalam tempoh puasa, tetapi anda boleh minum air, kopi, teh dan minuman bukan kalori yang lain. Sebilangan bentuk puasa berselang-seli membenarkan sejumlah kecil makanan rendah kalori dalam tempoh puasa. Mengambil makanan tambahan biasanya dibenarkan semasa berpuasa, selagi tidak ada kalori di dalamnya. Manusia sebenarnya telah berpuasa selama ribuan tahun. Kadang- kadang ia dilakukan kerana keperluan, ketika tidak ada makanan yang tersedia. Dalam keadaan lain, ia dilakukan atas sebab agama. Berbagai agama, termasuk Islam, Kristian dan Buddha, mewajibkan beberapa bentuk puasa. Manusia dan haiwan lain juga secara naluriah berpuasa ketika sakit. Jelas, tidak ada yang "tidak wajar" tentang puasa, dan badan kita sangat lengkap untuk menangani jangka masa tidak makan. Segala macam proses dalam tubuh berubah apabila kita tidak makan untuk sementara waktu, untuk membolehkan badan kita berkembang dalam tempoh kelaparan. Ia berkaitan dengan hormon, gen dan proses pembaikan selular yang penting. Apabila berpuasa, kita mendapat penurunan kadar gula darah dan insulin yang ketara, serta peningkatan hormon pertumbuhan manusia secara drastik. Ramai orang berpuasa sekejap-sekejap untuk menurunkan berat badan, kerana ini adalah kaedah yang sangat mudah dan berkesan untuk menyekat kalori dan membakar lemak. Yang lain melakukannya untuk faedah kesihatan metabolik, kerana dapat meningkatkan pelbagai faktor risiko dan penanda kesihatan. Terdapat juga beberapa bukti bahawa berpuasa sekejap dapat membantu anda hidup lebih lama. Kajian pada tikus menunjukkan bahawa ia dapat memperpanjang jangka hayat dengan sekatan kalori. Beberapa penyelidikan juga menunjukkan bahawa ia dapat membantu melindungi dari penyakit, termasuk penyakit jantung, diabetes jenis 2, barah, penyakit Alzheimer dan lain-lain. Orang lain hanya menyukai kemudahan berpuasa sekejap-sekejap. Ini adalah "peretasan hidup" yang berkesan yang menjadikan hidup anda lebih sederhana, sambil meningkatkan kesihatan anda pada masa yang sama. Semakin sedikit makanan yang perlu anda rancangkan, semakin mudah hidup anda. Tidak perlu makan 3-4 kali sehari (dengan persiapan dan pembersihan yang terlibat) juga menjimatkan masa. HEALTHFREAK Minum air dalam kadar yang banyak Air membantu menurunkan berat badan dengan pelbagai cara. Ini dapat menahan selera makan anda, meningkatkan metabolisme anda, dan membuat latihan lebih mudah dan lebih berkesan, semuanya dapat menyumbang kepada hasil pada skala. Menjilat secubit garam Lapar? Cuba tuangkan sedikit garam di pergelangan tangan anda dan jilat. Atas sebabsebab tertentu, ini benar-benar berfungsi untuk mengurangkan selera makan anda dan terus menahan masalah mengidam. Pelik kan? Tapi cubalah! Wujudkan Sebuah Jadual Walaupun tidak ada peraturan tentang bila harus berpuasa, selagi anda mencapai sasaran minimum, mungkin ada baiknya anda kekal konsisten dengan masa anda. Lebih baik jika anda pilih jadual biasa dan ikut dengan disiplin! Ia akan menjadikan diet ini lebih mudah dan menyenangkan kerja anda daripada berfikir dan menukar rutin setiap hari. 26APRIL 2024 | ISSUE 34
InfoKesihatan ADAKAH SENAMAN MALAM TIDAK BAIK UNTUK KESIHATAN? Oleh Syed Mohd Hilman bin Syed Zainal Abidin Malah banyak pihak menganjurkan aktiviti dan pertandingan sukan pada waktu malam seperti “night run” atau berlari sejauh 5km dengan pelbagai halangan. Ini kerana pada waktu siang telah dihabiskan dengan bekerja dan bagi mereka waktu malam ialah alternatif untuk mereka bersukan supaya dapat mengekalkan tubuh badan yang sihat. Namun ada dakwaan yang menyatakan bersukan pada waktu malam sebenarnya tidak sihat . Mengapa? Alasannya, apabila kita menghabiskan masa di pejabat pada waktu siang, maka badan memerlukan rehat yang cukup untuk menyiapkan tugas pada keesokan harinya. Jadi bagaimana otak dan tubuh badan ingin berfungsi jika tidak mendapat rehat yang secukupnya? Malah ada juga yang mengatakan bersukan pada waktu malam akan menyebabkan seseorang menghidap penyakit jantung. Sejauh mana kebenaran tentang fakta itu? Suhu badan kita, bermula dengan kadar yang rendah pada waktu pagi kemudian akan naik pada waktu siang dan akan menurun kembali pada waktu malam. Suhu badan yang menurun dan rendah ini, memberi signal kepada badan kita untuk tidur. Apabila kita bersenam dengan lasak melebihi 30 minit, suhu badan kita akan naik. Ini akan menyebabkan kita terpaksa menunggu suhu badan turun kembali ke paras yang rendah untuk membolehkan kita tidur, kebisaannya proses penurunan suhu ini akan mengambil masa 5 ke 6 jam. Satu kajian yang dibuat oleh Dr. Anne McTiernan daripada Fred Hutchinson Cancer Research
Center di Seattle mendapati wanita yang bersenam pada waktu pagi lebih mudah untuk mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti berbanding wanita yang bersenam pada waktu malam. Bagi mereka yang mengalami masalah insomnia, pakar perubatan mencadangkan mereka untuk mengelak dari melakukan senaman beberapa jam sebelum tidur. Sama seperti kita mengambil makanan yang berat sebelum tidur, senaman malam juga akan memberi kesan yang tidak baik untuk badan anda. Kesan Positif Kepada Badan Tetapi jangan susah hati, ada pendapat berbeza pula dengan Shawn Youngstedt, yang merupakan pembantu Professor Sains Senaman di University of South Carolina di Columbia yang mengkaji berkenaan tidur dan senaman. Katanya tiada bukti saintifik yang kukuh yang menyatakan senaman pada sebelah malam menjejaskan waktu tidur dan terdapat kajian yang menunjukkan mereka yang bersenam secara lasak sebelum tidur dapat tidur dengan baik. Senaman Siang VS Senaman Malam Waktu senaman yang paling sesuai bergantung pada cara hidup individu, bagi kesan yang terbaik – cuba melakukan senaman pada waktu pagi tetapi jika tiada kelapangan, senaman waktu malam tidak akan menjejaskan kesihatan dan yang paling penting lakukannya secara konsisten. Apa yang betul-betul terbukti bahaya untuk kesihatan badan anda ialah dengan langsung tidak bersenam. TIPS SEBELUM SENAMAN MALAM • Minum banyak air sebelum, smasa, dan selepas bersenam pada waktu malam. • Makan malam pada masa yang sesuai. Waktu yang tepat untuk bersenam adalah dua jam sehingga tiga jam selepas makan. • Ambil makanan yang betul. Apa yang kita makan sebelum dan selepas senaman mempunyai kesan besar terhadap keputusan yang dijangkakan selepas sukan malam. • Buat beberapa jam antara senaman dan tidur. Ini membantu menurunkan suhu badan kembali normal, memulihkan kadar jantung seperti ketika berehat, dan tahap Adrenalin yang menstabilkan. PERINGATAN! Apa-apa pilihan makanan selepas senaman anda, pastikan anda tidak makan terlalu banyak kerana anda akan tidur dalam masa terdekat.membantu menurunkan suhu badan kembali normal, memulihkan kadar jantung seperti ketika APRIL 2024 berehat, dan tahap Adrenalin yang menstabilkan. l SOLUSI
Kosongarak