The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tksanjeevganth10, 2023-05-11 01:46:59

pdf_20230511_134555_0000

pdf_20230511_134555_0000

NILAI MASYARAKAT MALAYSIA PENSYARAH: PUAN DINA BINTI ABDUL KHALIK MPU23042 SESI II 2022/2023


AHLI KUMPULAN: THARAN KUMAR A/L S SANJEEVGANTH (26DRT22F1005) TAN CHUN EIK (26DRT22F1009)


ISI KANDUNGAN: 01 DEFINISI BUDAYA HEDONISME CONTOH-CONTOH BUDAYA HEDONISME 02 KESAN-KESAN BUDAYA HEDONISME 03 KESIMPULAN 04 05 06 LATAR BELAKANG HEDONISME FAKTOR-FAKTOR MENYEBABKAN BUDAYA HEDONISME STATISTIK BAGI PIHAK MANA YANG PENTING UNTUK MENANGANI MASALAH BUDAYA HEDONISME 07 09 PENGHARGAAN 08 LAMPIRAN RUJUKAN 10


TAJUK: BUDAYA HEDONISME DAN KESANNYA


APA ITU BUDAYA HEDONISME? Budaya Hedonisme merupakan suatu pola pemikiran yang menyatakan bahawa memaksimumkan keseronokan adalah perkara terbaik dan amat disukai dalam kehidupan manusia di alam ini. Perkataan hedonisme diertikan sebagai suatu pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup.


Istilah Hedonisme ialah cantuman daripada dua perkataan iaitu ‘hedone’ dan ‘isme’. Perkataan ‘hedone’ merupakan istilah Greek (Yunani) yang bererti kesenangan atau keseronokan. Perkataan ‘isme’ pula dijelaskan dalam Kamus Dewan sebagai akhiran asing kepercayaan, gerakan politik atau keagamaan, sikap serta perlakuan. Perkataan hedonisme diertikan sebagai suatu pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. Mereka yang mengamalkan budaya tersebut menganggap bahawa kesenangan dan kenikmatan merupakan tujuan hidup tetapi budaya hedonisme hanya mengutamakan hiburan dan pergaulan bebas semata-mata. Hedonisme juga diertikan sebagai kepuasan rasa dan kenikmatan yang menjadi ukuran tingkah laku sesuatu perbuatan yang baik. Penganut fahaman ini dikenali sebagai hedonis dan sifat golongan ini yang mementingkan keseronokan disebut sebagai hedonistik.


LATAR BELAKANG BUDAYA HEDONISME Hedonisme sering dikaitkan dengan pemikiran Yunani purba. Ahli-ahli falsafah Yunani mempelopori percubaan membuat penyelidikan mengenai konsep keseronokan dan kesengsaraan. Antara mereka yang menghasilkan penulisan mengenai konsep ini termasuklah Democritus, Plato, Aristotle, Socrates.Beberapa orang tokoh hedonis Yunani telah membahaskan mengenai keseronokan dan kesengsaraan atau kesakitan. Antaranya ialah Democritus, Aristippus, Epicurus, Jeremy Bentham, James Mill. Aristippus dan Epicurus merupakan pengetua sekolah pemikiran falsafah iaitu Cyrenaics dan Epicureans. Mereka telah menggariskan keseronokan dan kesengsaraan sebagai konsep penting dalam sistem pengajian mereka. Kedua-dua orang tokoh ini merupakan perintis kepada fahaman hedonisme.Aristippus of Cyrene (435-356 S.M.) telah mendakwa bahawa berdasarkan konsep keseronokan, pergerakan licin digambarkan sebagai suatu unsur yang menghasilkan kepuasan jasad iaitu kesenangan dan pergerakan kasar mengakibatkan kesakitan badan. Walaupun kesakitan merupakan suatu pengalaman yang kurang menyenangkan, beliau tidak menafikan keberadaan sakit dalam mencapai keseronokan tetapi pendapat beliau ini berbeza dengan pandangan Epicurus yang menafikan kewujudan kesakitan bagi mencapai keseronokan. Epicurus (341-270 S.M.), keseronokan merupakan peringkat mula dan akhir sesebuah kehidupan yang diredai. Ketiadaan kesakitan dalam badan dan kesulitan kejiwaan merupakan satu keseronokan. Beliau juga bercanggah pendapat dengan sebahagian ahli falsafah hedonis mengenai perbezaan antara keseronokan aktif dengan keseronokan pasif, keseronokan dinamik dengan keseronokan statik. Keseronokan aktif atau dinamik melibatkan pencapaian sesuatu tujuan yang diingini sebelumnya disertai dengan kesakitan manakala keseronokan pasif atau statik tertakluk kepada suatu keadaan keseimbangan yang berlaku disebabkan oleh kehadiran sesuatu keadaaan yang akan menjadi keinginan sekiranya ia tiada. Beliau berpandangan bahawa pilihan terbaik adalah mengikuti jenis kedua kerana ia tidak terikat dengan rasa sakit sebagai dorongan kepada keinginan.Epicurus juga menyatakan bahawa keadaan jiwa keseluruhannya berubah secara automatik. Sekiranya ia pernah melakukan kebaikan, maka ia akan memperoleh kegembiraan. Jika ia pernah membuat kejahatan, maka ia akan memperoleh kesedihan dan kesengsaraan. Demikian juga kesedihan dan kesengsaraannya disebabkan oleh jiwa-jiwa yang lain bersesuaian dengan kadar perbuatan yang zahir daripada individu tersebut.


Plato (428/427-348/347 S.M.) dan Aristotle (384-322 S.M.) bersepakat mengenai tiga perkara iaitu semua manusia berhasrat mencapai kebahagiaan, kebaikan merupakan unsur utama bagi mencapai kebahagiaan, dan peribadi serta pemikiran yang ideal dan sempurna mencetuskan kebahagiaan. Kebahagiaan merupakan matlamat akhir, kepuasan diri, dan kesudahan sesuatu tindakan. Uskup Butler pula menyatakan bahawa disebabkan oleh kepuasan nafsu adalah kenikmatan, maka matlamat segala tindakan yang dilakukan adalah kenikmatan. Sekiranya manusia bertindak apabila digerakkan oleh nafsu dan kenikmatan merupakan matlamat utama untuk memenuhi kepuasan nafsu, ini tidak bermaksud bahawa nafsu itu sentiasa bermatlamatkan untuk mencari kenikmatan. Hedonisme menyamakan semua nafsu dengan keinginan yang muncul secara spontan. James Stuart Mill (1806-1873) beranggapan bahawa keseronokan merupakan kebaikan, kesakitan adalah kejahatan. Pendapat James Stuart Mill ini mempunyai persamaan dengan pandangan Jeremy Bentham iaitu sesuatu perkara yang baik adalah keseronokan atau kebahagiaan, perkara yang tidak baik adalah kesakitan. Sesuatu keadaan itu dianggap lebih baik sekiranya keseronokan melebihi kesakitan.


CONTOH-CONTOH BUDAYA HEDONISME


CONTOH-CONTOH BUDAYA HEDONISME HIBURAN DAN PERGAULAN BEBAS KONSERT MALAM SELEPAS PUKUL 12 IKUT ARAH ALIR TERKINI TIDAK MEMPERCAYAI AJARAN AGAMA


FAKTOR-FAKTOR MENYEBABKAN BUDAYA HEDONISME


1. PENGARUH MEDIA MASSA. Melalui perkembangan media massa, pengaruh budaya hedonisme dapat menular ke negara ini dengan mudah. Secara umumnya, hedonisme boleh dianggap neokolonialisme yang dikhususkan serangan kepada generasi muda oleh pihak barat. Pelbagai konsep dan cara hidup seperti minum arak, melepak, mengunjungi pesta hiburan, seks bebas, parti liar dan sebagainya. Secara jelasnya, konsep yang dikemukakan itu hanya mementingkan kepuasan nafsu semata-mata tanpa wujudnya sebarang panduan atau batasan tertentu terutamanya ajaran agama. Melihat kepada situasi masyarakat pada hari ini dapat disimpulkan bahawa budaya ini telah berjaya mempengaruhi kehidupan masyarakat pada hari ini terutamanya golongan remaja.


2. WUJUDNYA PELBAGAI PUSAT HIBURAN DAN PUSAT PERJUDIAN. Budaya hedonisme cepat menular dalam kalangan remaja yang mudah terpengaruh dengan keseronokan dan aktiviti yang dianggap dapat menghilangkan rasa bosan terutama remaja di bandar besar. Dengan kemunculan pelbagai pusat hiburan dan pusat perjudian di seluruh pelusuk negara bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan telah menyebabkan budaya hedonisme merebak dengan pantas tanpa disedari. Pihak berkuasa telah memainkan peranan yang penting dalam membanteras gejala ini tetapi masih banyak lagi pusat hiburan seperti ini. Keadaan bertambah buruk apabila penyalahgunaan dadah begitu berleluasa sekarang.


3. KERUNTUHAN INSTITUSI KEKELUARGAAN. Keruntuhan institusi keluarga dan permasalahan rumah tangga yang berpunca daripada perceraian, poligami dan sebagainya juga memberi tekanan kepada jiwa para remaja dan anak-anak sekali gus menyebabkan mereka bertindak mencari ketenangan di luar rumah dengan menghabiskan masa bergaul dengan rakan-rakan yang memahami perasaan dan masalah mereka. Para remaja berpendapat bahawa ibu bapa mereka sudah tidak mempedulikan mereka dan mengambil keputusan untuk tidak lagi menghabiskan masa bersama ibu bapa. Dengan cara itu, mereka dapat melupakan masalah yang mereka hadapi seterusnya lena dibuai dalam keseronokan bersama kawan-kawan.


4. KURANG PENGAWALAN ATAU PENGAWASAN IBU BAPA. Sikap ibu bapa yang kurang memberikan pengawasan kepada anak-anak juga memberi peluang kepada remaja-remaja untuk keluar bersiar-siar dan menghabiskan masa terluang dengan aktiviti yang tidak bermanfaat yang boleh merosakkan akhlak para remaja. Kebanyakan ibu bapa pada hari ini lebih mengejar kemewahan duniawi dan kepentingan materialistik semata-mata sehingga mengabaikan kebajikan anak-anak. Ekoran daripada sikap ibu bapa tersebut, anak-anak pastinya terbiar, tidak mendapat perhatian dan kasih sayang yang sepenuhnya malah lebih teruk lagi, terdapat juga anak-anak merasakan bahawa diri mereka tidak diperlukan lagi. Sehubungan dengan itu, mereka mencari ketenangan serta keseronokan di luar dan bercampur dengan rakan-rakan yang mengalami nasib yang sama.


5. KURANG PEGANGAN AGAMA. Apabila pegangan agama masyarakat khususnya golongan muda tidak teguh, mereka tidak akan mendapat ketenangan jiwa. Inilah menyebabkan mereka mudah terjerumus dalam kancah budaya hedonisme ini. Kesan globalisasi dunia tanpa sempadan menjadi punca kepada budaya keterlaluan hedonisme sehingga ada yang menghalalkan cara hidup barat yang sekali gus bertentangan dengan ajaran agama islam. Oleh itu, para remaja haruslah memupuk nilai-nilai murni agar mendapat ketenangan hidup dalam usaha mengelakkan diri daripada budaya hedonisme.


KESAN-KESAN BUDAYA HEDONISME


KESAN-KESAN KEPADA: INDIVIDU MASYARAKAT KELUARGA NEGARA LAIN-LAIN


INDIVIDU Individu yang terlibat dengan budaya hedonisme akan menghilangkan imej diri. Ini disebabkan individu yang melakukan perbuatan tidak elok akan membina persepsi negatif tentang diri sendiri daripada pandangan orang lain. Oleh itu, masyarakat akan pandang rendah pada individu tersebut. Walaupun individu tersebut cemerlang dalam pembelajaran tetapi lemah tingkah laku masih dianggap sebagai pelajar tidak cemerlang. Dengan ini, keperibadian individu tersebut akan merosot apabila tidak mempunyai disiplin dan tingkah laku yang baik. Individu yang telah terpengaruh dengan budaya asing, tidak bersedia menerima pengajaran agama. Jika individu tersebut adalah remaja, mereka mungkin menganggap pegangan agama itu tidak beberapa penting bagi arah alir mereka. Oleh itu, pegangan agama akan diabaikan oleh individu tersebut.


KELUARGA Apabila ahli keluarga melibat dengan budaya hedonisme biasanya membawa konflik dalam keluarga. Jika konflik tersebut dikembangkan sampai pergaduhan ataupun orang lain lapor kepada ahli keluarga akan mencipta persekitaran negatif di kawasan kejiranan. Oleh itu, penduduk kawasan perumahan setempat akan memandang rendah pada keluarga tersebut. Seterusnya, ketua rumah bagi keluarga yang ada masalah akan menghilangkan kehormatan daripada orang lain. Dengan ini, harga diri terjejas kepada ketua rumah dan juga ahli keluarga. Oleh itu, ahli keluarga akan berasa malu untuk keluar daripada rumah.


MASYARAKAT Masyarakat akan mengabaikan nilai-nilai murni yang perlu mematuhi. Tanpa nilai-nilai murni kehidupan masyarakat akan menjadi tidak teratur. Dengan ini, masyarakat akan tidak bertindak dan berfikir dari segi pertimbangan nilai-nilai murni. Seterusnya, pergaulan bebas antara perempuan dan lelaki meningkat. Pergaulan tanpa batasan antara lelaki dan perempuan akan mewujudkan masalah seksual dalam negara. Justeru, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan akan membawa penyakit-penyakit yang berbahaya. Wabak penyakit membinasakan kehidupan. Akhlak dalam kalangan masyarakat juga diruntuh serta ketiadaan disiplin.


NEGARA Jika budaya hedonisme meningkat dalam kalangan masyarakat, kadar kes jenayah akan meningkat. Kes-kes jenayah seperti rogol, culik, ragut, samun dan lain-lain Apabila negara sedang ada dalam keadaan masalah, negara lain akan pandang rendah serta imej negara menurun. Apabila budaya hedonisme berkembang dengan pesat dalam kalangan masyarakat, undangundang negara yang telah dikuatkuasakan akan diabaikan. Seterusnya, kemasukan kuasa asing akan berlaku akibat ketiadaan kuasa pada undang-undang. Akibat ketidakstabilan pentadbiran negara akan menyebabkan ekonomi negara menurun kepada tahap yang rendah.


LAIN-LAIN Kadar kesihatan masyarakat dalam negara semakin terjejas apabila terlibat dengan budaya hedonisme. Masyarakat akan membazirkan kehidupannya dengan merawatkan diri daripada penyakit walaupun remaja. Tambahan pula, ramai akan menghilangkan nyawa. Kelahiran generasi muda yang tidak mempunyai matlamat hidup juga meningkat. Masyarakat yang tidak mempunyai matlamat, tidak akan mencapai makna kehidupan. Oleh itu, budaya hedonisme akan meningkat dalam kalangan masyarakat.


CARA MENGATASI BUDAYA HEDONISME


PERANAN IBU BAPA Ibu bapa perlulah menjadi suri teladan yang menunjukkan contoh baik kepada anak-anak. Apabila anak-anaknya sedang melakukan perbuatan negatif ibu bapa terus menegur dengan kuat. Tambahan pula, memberikan ajaran agama.


PERANAN AGENSI KERAJAAN DAN BADAN BUKAN KERAJAAN(NGO) Menyediakan program dan insiatif yang menyokong nilai-nilai murni serta mengalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat bagi mengubah keadaan remaja masa kini yang tersekat dalam budaya hedonisme. Boleh menganjurkan kempen kesedaran budaya hedonisme.


PERANAN PENDIDIKAN Pihak sekolah perlu mendidikan murid-murid tentang pendidikan moral serta nilai-nilai murni. Perlu menekankan murid-murid agar menghargai kepentingan nilai-nilai murni dan tidak melibatkan diri dalam gejala negatif.


STASTISTIK BAGI PIHAK MANA YANG PENTING UNTUK MENANGANI MASALAH BUDAYA HEDONISME


KAJIAN YANG TELAH DILAKUKAN UNTUK MENGENALPASTI PIHAK YANG PENTING BAGI MENANGANI MASALAH BUDAYA HEDONISME PADA 2020


Carta di atas menunjukkan bahawa kesemua pihak perlu memainkan peranan. Namun pilihan jawapan yang tertinggi seramai 56 orang bersamaan 93.3% mengatakan bahawa diri sendiri adalah pihak yang paling penting bagi mengatasi masalah budaya ini. Hal ini kerana, hanya diri kita sahaja yang boleh mengubah diri sendiri dalam mengatasi masalah ini dengan mengawal nafsu dari tersilap langkah. Tugas ibu bapa, guru-guru hanyalah penasihat dan pembimbing dalam hidup kita, namun hanya kita sendiri yang dapat mengemudikan kehidupan kita sendiri. Seterusnya, seramai 47 orang bersamaan 78.3% mengatakan ibubapa berperanan penting. Hal ini kerana, tugas ibubapa dalam memantau anak-anak dengan lebih ketat dan memberi kasih sayang sepenuhnya sangat digalakkan. Manakala, 35 orang bersamaan 58.3% mengatakan kerajaan lebih berperanan penting dalam mengatasi masalah ini dengan mengawal bentuk-bentuk hiburan.


LAMPIRAN


1 0 5 Sp e c ia l Is s u e : Vo l 1 8 . N o . 2 (2 0 2 1) . 9 8 - 1 0 8 . ISSN : 1 8 2 3 - 8 8 4x Th e m e : S o c ie ty, S o c ia l Ch a n ge a n d D e ve l op m e n t Sik a p b o r o s d a n s u k a b e r m e w a h 4 4 3 2 2 0 2 I n divid u s e m a kin m a l a s 3 6 4 2 1 2 8 K a d a r p e n g a n g g u r a n s e m a kin 2 8 2 8 3 0 8 m e nin g k a t 226 D a p a t a n k a jia n m e n d a p a ti b a h a w a m e j o riti r e s p o n d e n b e r s e t u j u b a h a w a t e r d a p a t e n a m k e s a n u t a m a s e kir a n y a h e d o nis m e ini t e r u s b e r k e m b a n g d a n ia n y a a k a n m e m b e ri implikasi kepada negara, masalah sosial dan ekonomi. Pernyataan pertama iaitu “budaya hedonisme akan menyebabkan kemakmuran dan kesejahteraan negara semakin tergugat” menunjukkan 72% responden bersetuju dan sangat bersetuju manakala 18% tidak pasti dan 10% tidak besetuju. Ini boleh berlaku kerana sekiranya setiap individu turut mengamalkan budaya hedonisme, ianya akan menyebabkan mereka bersikap kemewahan. Kemewahan ini menjadikan hati manusia menjadi kasar, hilang kepekaan dan merosakkan fitrah manusia. Apabila mereka berfikir cara yang salah semasa mengejar kemewahan ini, mereka turut akan melibatkan diri dalam jenayah untuk mendapatkan wang. Secara tidak langsung ini akan menyebabkan kemakmuran dan kesejahteraan negara terjejas. Dapatan bagi pernyataan kedua pula iaitu “statistik jenayah sosial dalam kalangan remaja dan belia akan meningkat sekiranya budaya hedonisme semakin menular” pula menunjukkan 84% setuju dan sangat bersetuju, 12% tidak pasti dan 4% tidak bersetuju. Golongan remaja mudah terdedah kerana tidak dapat mengawal nafsu dengan baik. Untuk mendapatkan apa yang diingini, mereka sanggup melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sah untuk mencari wang seperti penipuan, kecurian maklumat, judi siber, skim cepat kaya dan sebagainya. Hal ini akan berlaku sekiranya budaya hedonisme semakin menular. Kebanyakan responden menyatakan bahawa mereka sangat setuju budaya hedonisme akan menyebabkan generasi muda pada masa kini lupa akan matlamat hidup yang sebenar. Seramai 84% responden setuju dan 10% responden tidak pasti sama ada budaya hedonisme akan menyebabkan generasi muda pada masa kini akan lupa akan matlamat hidup yang sebenar atau tidak. Tidak ada responden yang tidak setuju tetapi terdapat 2% responden sangat tidak setuju dengan pernyataan tersebut. Budaya hedonisme ini diertikan sebagai kepuasan rasa dan kenikmatan dijadikan sebagai ukuran tingkah laku sesuatu perbuatan. Hedonisme ini menilai kebaikan hanya berdasarkan kepada keseronokan semata-mata. Hal ini akan menyebabkan penganut budaya ini turut lupa akan matlamat hidup yang sebenar. Matlamat hidup mereka hanyalah terus mengejar kehidupan yang memfokuskan kepada kemewahan dan menyebabkan mereka kehilangan diri mereka sendiri, keluarga dan rakan mereka. Berdasarkan analisis yang dijalankan terhadap pernyataan 4 menunjukkan, sebanyak 76% sangat setuju dan setuju bahawa sikap boros dan suka bermewah merupakan kesan budaya hedonisme, 20% responden berasa tidak pasti dan 4% berasa sangat tidak setuju behawa sikap boros dan suka bermewah merupakan kesan budaya hedonisme. Dapatan pernyataan lima menunjukkan sebanyak 78% sangat setuju dan setuju, 12% berasa tidak pasti dan 10% berasa tidak bersetuju dan sangat tidak bersetuju bahawa budaya hedonisme akan menyebabkan individu semakin malas. Berdasarkan analisis di atas, bilangan responden yang sangat setuju dan setuju bahawa budaya hedonisme menyebabkan kadar pengangguran semakin meningkat adalah KAJIAN KES HEDONISME DI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA, KAMPUS PAGOH


ARTIKEL DARIPADA AKHBAR HARIAN


KESIMPULAN Budaya hedonisme yang merupakan cara dan gaya hidup masyarakat barat telah dikongsi dan dipraktiskan dalam kehidupan harian masyarakat kita pada masa kini. Fenomena hedonisme merupakan salah satu cabaran besar terhadap pembentukan pembangunan tamadun ummah. Penglibatan umat manusia dengan fenomena hedonisme mengakibatkan pelbagai masalah, jenayah dan penyakit sosial yang boleh membawa kepada kemusnahan. Pendekatan holistik dan efektif perlu segera dilaksanakan untuk membendung bahana gejala budaya hedonisme ini. Pembangunan spiritual perlu diberi keutamaan kerana kekosongan rohani mencetuskan pelbagai penyakit sosial yang sukar untuk dibendung. Individu, institusi keluarga, masyarakat dan pemimpin masing-masing berperanan untuk menangani gejala hedonisme ini dan berganding bahu dalam membangun sebuah tamadun ummah yang unggul.


RUJUKAN: BUKU Esteem Academic Journal (2010) (Budaya Hedonisme dan Cabarannya Terhadap Pembangunan Tamadun Ummah) (Halipah Hamzah) Abdul Ghafar Don & Zaleha Mohd Ali (2008) Dakwah Dan Cabaran De-Islamisasi Di Malaysia, Selangor: Karisma Publications Abdul Rahman Haji .Abdullah (1992) Pemikiran Islam Masa Kini: Sejahrah Dan Aliran.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Abdul Rahman Md. Aroff (1999), Pendidikan Moral: Teori Etika Dan Amalan Moral Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.


RUJUKAN: INTERNET http://utpdaily.blogspot.com/2011/06/klik-pada-imej-untukbesarkan-surat.html?m=1 http://commonrepo.um.edu.my/ http://hmkar.blogspot.com/2018/03/blog-post.html?m=1 https://www.studocu.com/my/document/universiti-teknologimara/values-and-civilization/artikel-budaya-hedonisme-danlatar-belakangnya/29494850- http://commonrepo.um.edu.my/12613/4/Page%2049-58.pdf - http://missthreetower.blogspot.com/2017/07/punca-berlakubudaya-hedonisme.html


PENGHARGAAN Kami mengucapkan berterima kasih kepada pensyarah kami supaya beliau membantu kami dengan sepenuhnya. Seterusnya, kepada rakanrakan penulis yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan kajian ini, Kami ucapkan berbanyak terima kasih dan setinggi penghargaan kepada mereka yang terlibat. Sekian terima kasih.


TERIMA KASIH!!! JANGAN BERHENTI SAMPAI BERJAYA.


Click to View FlipBook Version