SEKOLAH KEBANGSAAN BUGAYA
PETI SURAT 299, 91308 SEMPORNA, SABAH, MALAYSIA.
TARIKH : 06 APRIL 2019
HARI : SABTU
MASA : 10:00 PAGI
TEMPAT : DEWAN TERBUKA SK BUGAYA,
KEHADIRAN SEMPORNA.
: RUJUK LAMPIRAN.
1.0. UCAPAN YANG DIPERTUA PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU.
1.1 Encik Ismail Bin Haji Ibrahim mengucapkan selamat datang kepada
semua ahli Persatuan Ibubapa & Guru (PIBG) SK Bugaya diatas
kehadiran pada Mesyuarat Agung Tahunan kali ini.
1.2 Dikesempatan ini, Yang Dipertua (YDP) Persatuan merakamkan sekali
lagi setinggi – tinggi penghargaan kepada semua Ahli Jawatan kuasa
Tertinggi persatuan sama ada di kalangan Ibubapa mahupun dikalangan
Guru diatas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan sepanjang
berada di dalam AJK Tertinggi untuk tempoh sesi 2018 – 2019.
1.3 Selain daripada menegaskan peranan ibubapa ketika di rumah, Yang
Dipertua mengingatkan kepada semua hadirin agar menekankan
pendidikan kerohanian dan pendidikan agama dalam aspek kehidupan
khususnya dalam mendidik anak. Ibubapa yang mendahulukan
pembentukan sahsiah anak melalui pendidikan agama ini sebenarnya
berada dilandasan yang tepat kerana jika pendidikan agama sempurna,
maka sempurnalah pendidikan yang lainnya terutamanya dari aspek
akademik anak tersebut.
1.4 Encik Ismail Bin Haji Ibrahim memaklumkan kepada semua sidang
mesyuarat bahawa, hari ini Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi PIBG SK
Bugaya sesi 2018 – 2019 akan dibubarkan. Oleh itu, YDP menyarankan
agar ibubapa hendaklah buatlah pemilihan secara sihat, terbuka dan
buatlah pilihan dengan bijak supaya persatuan ini terus bergerak seiring
dengan kehendak semasa.
1.5 Yang Dipertua juga mengharapkan agar semua pihak atau individu
terbuka berkaitan siapa yang ingin dicadangkan untuk mana - mana
jawatan dalam PIBG ini. Oleh yang demikian, jika ada dikalangan sidang
mesyuarat dicadang atau dilantik maka anggaplah itu sebagai amanah
dan balaslah kepercayaan tersebut dengan sebaiknya.
1.6 Untuk yang terakhir, Encik Ismail Bin Haji Ibrahim selaku Yang Di Pertua
PIBG Sesi 2018 - 2019 menjelaskan, politik mempunyai pengaruh yang
amat kuat dalam mana – mana institusi, oleh yang demikian beliau
berharap kepada semua yang hadir agar meninggalkan fahaman politik
sekiranya berada di kawasan sekolah. Focus kepada kecemerlangan
sekolah, bantu apa yang perlu untuk sekolah, wujudkan hubungan yang
harmoni dengan warga sekolah.
Tindakan : Makluman
2.0. UCAPAN ALU - ALUAN MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBUBAPA
DAN GURU SK BUGAYA SESI 2018 - 2019.
2.1. Puan Hajah Nurun Nihar Binti Haji Sebly selaku Penolong Kanan Hal -
Ehwal (HEM) SK Bugaya merangkap wakil penasihat PIBG SK Bugaya
(Guru Besar) merakamkan setinggi – tinggi terima kasih kepada semua
jemputan yang hadir, semua ibubapa dan penjaga murid yang dapat
bersama pada mesyuarat kali ini. Sebenarnya dengan kehadiran tuan /
puan ini adalah sebagai tanda sokongkan semua kepada persatuan dan
kepada SK Bugaya secara keseluruhannya.
Tindakan : Makluman
2.2. Wakil Penasihat Persatuan juga merakamkan sejuta penghargaan diatas
komiten dan kerjasama yang telah diberikan kepada SK Bugaya oleh
barisan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Persatuan bagi sesi 2018 - 2019
yang diketuai oleh saudara Encik Ismail Bin Haji Ibrahim selaku Yang
Dipertua yang disifatkan sebagai satu pasukan yang mantap dan
cemerlang.
Tindakan : Makluman
2.3. Puan Hajah Nuru Nihar Binti Hj. Sebly menyatakan untuk melahirkan
pemimpin di masa akan datang, perlulah berpusatkan pendidikan awal
kanak- kanak lagi. Untuk itu, usaha murni ini memerlukan kerjasama
antara pihak sekolah dan ibubapa serta penjaga.
2.4. Wakil Penasihat juga mengingatkan kepada semua hadirin bahawa,
pendaftaran untuk murid tahun 1 bagi sesi persekolahan 2020 akan
bermula tidak lama lagi. Oleh itu, adalah amat diharapkan semua ahli
PIBG (ibubapa & penjaga murid) dapat mengambil tindakan yang
sewajarnya dan elakkan mengambil sikap sambil lewa sehingga berlaku
keciciran maklumat yang akan mengakibatkan kerugaian (anak tidak
terdaftar) khususnya ibubapa yang mempunyai anak berusia 6 tahun
pada tahun ini.
2.5. Wakil Penasihat juga menyentuh berkaitan fizikal bangunan sekolah.
Dimana, keadaan fizikal SK Bugaya ketika ini masih seperti sebelum ini,
bangunan sekolah yang rosak, kelas - kelas yang kurang kondusif,
dengan jumlah murid yang semakin bertambah. Pihak sekolah dan
persatuan telah sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah ini, dan
harus difahami isu berkaitan fizikal sekolah - sekolah adalah diperingkat
Kementerian. Dan perkara ini telah sampai ke peringkat Kementerian
Pendidikan untuk tindakan selanjutnya.
2.6. Pn. Hajah Nurun Nihar Binti Hj. Sebly memaklumkan kepada sidang
mesyuarat bahawa, pencapaian Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
yang (tahun 2018) telah mencatatkan keputusan yang
memberansangkan (ramai yang lulus). Seterusnya, Wakil Penasihat
Persatuan juga memaklumkan pencapaian SK Bugaya dalam penglibatan
Ko-Kurikulum diperingkat daerah. Diantaranya pasukan Perbarisan
sekolah walaupun tidak menekalkan kejuaraan, namun masih berada di
kedudukan yang membanggakan dalam pertandingan perbarisan
sempena MSSD 2019.
2.7. Yang terakhir, Puan Hajah Nurun Nihar Binti Haji Sebly (Wakil Penasihat
Persatuan) memaklumkan maksud sebenar Mesyuarat Agung Persatuan
Ibu Bapa dan Guru Sesi 2018 – 2019 ini adalah untuk tujuan
pembubaran dan seterusnya pemilihan Ahli Jawatankuasa Persatuan
yang baru bagi sesi 2019 - 2020.Untuk itu, Beliau mengingatkan kepada
sidang mesyuarat agung kali ini, sidang hadirin hendaklah bijak dalam
membuat pemilihan kerana semua individu yang hadir adalah layak
untuk jadi pemimpin.
Tindakan : Makluman /
Pengerusi Sementara /
Setiausaha
.
3.0. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU.
3.1. Encik Ismail Bin Haji Ibrahim selaku Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa
dan Guru SK Bugaya Sesi 2018 – 2019 (YDP) meminta kepada semua
sidang hadirin untuk membaca minit mesyuarat yang telah diedarkan
dan membangkitkan sekiranya terdapat perkara yang perlu
dibangkitkan.
Tindakan : Makluman
3.2. Encik Amir Baha Bin Penggagah mencadang supaya Minit Mesyuarat
Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Bugaya sesi 2018 – 2019
disahkan.
3.3. Encik Nahar Bin Malistuain menyokong cadangan supaya Minit
Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Bugaya sesi 2018 –
2019 disahkan.
Tindakan : Makluman /
Setiausaha
4.0. PERKARA BERBANGKIT.
4.1. Pn. Zakiah Binti Haji Punding meminta agar Laporan Kewangan
Persatuan hendaklah disahkan (ditandatangan) oleh Penasihat
Persatuan sebelum ditandatangani oleh Juruaudit PIBG.
Tindakan : Makluman /
Bendahari.
4.2. Encik Nahar Bin Malistuain memohon pencerahan berkaitan aliran
agihan Bantuan Kewangan Kerajaan Negeri sebanyak RM 5000.00 yang
telah diberikan kepada pihak Persatuan.
Tindakan : Makluman /
AJK Tertinggi PIBG.
4.3. Encik Ismail Bin Haji Ibrahim (YDP) menjelaskan bahawa, kewangan
tersebut telah dibelanjakan hasil dari perbincangan bersama pihak
pentadbir sekolah. Dimana, RM 3000.00 telah dibelanjakan untuk
membeli meja murid, RM 1000.00 lagi untuk perbelanjaan Program
Kecemerlangan murid Tahun 6 dan baki dari bantuan kewangan tersebut
adalah sebanyak RM 1000.00.
Tindakan : Makluman
4.4. Encik Yunus Bin Hassim meminta agar minit mesyuarat dipaparkan
dilayar LCD agar ibubapa & penjaga murid yang tidak mendapat salinan
minit mesyuarat dapat mengikuti Mesyuarat Agung Tahunan ini.
Tindakan : AJK Teknikal /
Setiausaha
5.0. LAPORAN AKTIVITI DAN LAPORAN KEWANGAN PERSATUAN
IBUBAPA DAN GURU SK BUGAYA SESI 2018 – 2019.
5.1. En. Mohd Hanif Bin Burin sebagai Setiausaha Persatuan Ibubapa dan
Guru SK Bugaya Sesi 2018 - 2019 mengucapkan selamat datang kepada
semua ahli PIBG yang datang ke mesyuarat kali ini, dan tidak dilupakan
kepada kesemua barisan AJK Tertinggi PIBG untuk sesi 2018 - 2019
diatas komitmen dan kerjasama yang diberikan.
5.2. Setiausaha memaklumkan bahwa, semua aktiviti PIBG SK Bugaya Sesi
2018 – 2019 adalah aktiviti bersama Persatuan dan pihak Sekolah. Rujuk
lampiran 2.
Tindakan : Makluman
5.3. Bendahari Persatuan Ibubapa Dan Guru SK Bugaya Sesi 2018 – 2019 Cik
Permata Binti Haji Jalbi membentangkan laporan kewangan Persatuan.
Rujuk Lampiran 3.
Tindakan : Makluman
6.0. PEMBUBARAN AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2018 – 2019.
6.1. Encik Ismail Bin Haji Ismail selaku Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa
dan Guru SK Bugaya sesi 2018 – 2019 sekali lagi memohon maaf
sekiranya berlaku kesilapan dan kekurangan kepada semua sidang
Mesyuarat Agung pada kali ini dan umumnya kepada semua ibu bapa
serta penjaga murid SK Bugaya sepanjang beliau menerajui Persatuan
ini.
6.2. Beliau juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak sekolah
yang banyak memberikan kerjasama dalam perlaksanaan aktiviti –
aktiviti yang telah dilaksanakan. Amat diharapkan agar kerjasama dan
komitmen seperti ini dapat diteruskan kepada Ahli Jawatankuasa yang
akan dilantik nanti.
6.3. Yang Dipertua Persatuan dengan rasminya membubarkan Ahli
Jawatankuasa Persatuan IbuBapa dan Guru Sesi 2018 – 2019.
Tindakan : Makluman
7.0. PERLANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA PIBG SK BUGAYA.
7.1. Wakil Penasihat Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Bugaya, Puan Zakiah
Binti Haji Punding (Penolong Kanan Pentadbiran) mempersilakan
Setiausaha Sekolah iaitu Encik Azmi @ Banua Bin Haji Siratal sebagai
pengerusi sementara dan dibantu oleh Puan Anang Sinto Binti Manado,
Encik Absal Bin Haji Madjahara serta Encik Sudirman Bin Haji Paisal serta
Encik Mohd Hanif Bin Burin untuk mempengerusikan sesi pemilihan Ahli
Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Bugaya sesi 2019 –
2020.
Tindakan : Makluman.
8.0. PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI9– 2020.
8.1. Pengerusi sementara (Encik Azmi @ Banua Bin Haji Siratal)
memaklumkan bahawa, pada sesi pelantikan kali ini, dua (2) perkara
perlu dititikberatkan, pertama adalah setiap jawatan pencadang dan
hendaklah perlu ada penyokong. Yang kedua, tiada sesi debat untuk
jawatan yang dipertandingkan (jawatan Yang Dipertua persatuan).
Tindakan : Makluman.
8.2. Tatacara pencalonan adalah seperti yang berikut, berdiri, pencadang
perlu menyebut nama sendiri dan seterusnya menyebut nama calon
yang dicadangkan. Demikian juga untuk tatacara penyokong cadangan.
Tindakan : Makluman.
8.3. Antara jawatan yang perlu dipilih pada Mesyuarat Agung kali ini adalah
seperti biasa, iaitu jawatan Yang DIpertua Persatuan (YDP), Naid Yang
Dipertua Persatuan (NYDP), dan sepuluh (10) jawatan untuk Ahli
Jawatankuasa Tertinggi yang perlu diwakili oleh ibubapa atau penjaga
murid dan 10 oleh guru.
Tindakan : Makluman.
8.4. Untuk jawatan Setiausaha dan Bendahari Persatuan serta sepuluh (10)
Ahli Jawatankuasa mewakili sekolah, jawatan tersebut adalah lantikan
khas dari pihak sekolah dan akan dimaklumkan pada mesyuarat Ahli
Jawatankuasa Bilangan 1 yang akan dilaksanakan pada satu ketetapan
yang dipersetujui oleh Yang Dipertua Persatuan yang baru bersama AJK
Tertinggi baru yang lain (AJK mewakili ibubapa dan penjaga murid).
8.5. Jawatan Yang Dipertua PIBG Sesi 2018 - 2019 ;
Calon No. 1 : Puan Hajah Jumratiaah Binti Haji Jaani
Pencadang : Encik Abdul Nahar Bin Malistuain
Penyokong : Encik Tanjung Imam Biara
Calon No. 2 : Encik Fakir Salleh Bin Ladjahindu
Pencadang : Puan Hajah Jumratiaah Binti Haji Jaani
Penyokong : Puan Helmah Binti Haji Hajih
Calon No. 3 : Encik Yunus Bin Hassim (IPD Pulau Bum - Bum)
Pencadang : Puan Zakiah Binti Haji Punding
Penyokong : Puan Masfirah
Calon No. 4 : Encik Amir Baha Bin Penggaga
Pencadang : Encik Japrih Bin Abd. Basi
Penyokong : Encik Md. Romzi Bin Marala
Tindakan : Makluman
8.6. Encik Hassan Bin Ab. Rahim mencadang pencalonan untuk jawatan Yang
Dipertua (YDP) untuk sesi pemilihan kali ini ditutup.
8.7. Keputusan pemilihan jawatan Yang Dipertua PIBG Sesi 2019 - 2020
adalah seperti berikut :
Bil Nama Calon Undian Kedudukan
1 Puan Hajah Jumratiaah Binti Haji Jaani 8 4
2 Encik Fakir Salleh Bin Ladjahindu 12 3
3 Encik Yunus Bin Hassim 1
4 Encik Amir Baha Bin Penggaga 124 2
18
Tindakan : Makluman/
Setiausaha
8.8. Tuan Haji Ahmad Bin Amat (Penolong Kanan Ko-Kurikulum SK Bugaya)
mencadangkan agar calon yang mendapat tempat kedua secara tidak
lansung menjawat jawatan Naib Yang Dipertua (NYDP).
8.9. Puan Zakiah Binti Haji Punding (Penolong Kanan Pentadbiran)
menyatakan bahawa jawatan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua
PIBG perlu dipertandingkan dan tiada jawatan secara automatik. Ini
adalah seperti mana yang telah ditaklimatkan diperingkat sekolah untuk
pelaksanaan mesyuarat agung kali ini.
Tindakan : Makluman
8.10. Encik Hassan Bin Haji Ab. Rahim mencadangkan Puan Ardiah @ Helen
Binti Abd. Gaib untuk jawatan Naib Yang Dipertua Persatuan dan
memohon supaya pencalonan tersebut agar ditutup.
Tindakan : Makluman
8.11. Pencalonan Siti Arabiah Binti Abdul Gaib untuk jawatan Naib Yang
Dipertua (NYDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru bagi sesi 2019 – 2020
diterima sebulat suara oleh hadirin yang hadir dan tanpa sebarang
bantahan.
Tindakan : Makluman
8.12. Encik Azmi @ Banua Bin Haji Siratal selaku pengerusi sementara
memaklumkan secara rasmi keputusan sesi pemilihan untuk jawatan
Yang Dipertua (YDP) dan jawatan Yang Dipertua (YDP) dan Naib Yang
Dipertua (NYDP) PIBG SK Bugaya Sesi 2019 – 2020 adalah seperti
berikut :
Bil Nama Jawatan
1 Encik Yunus Bin Hassim Yang Dipertua
2 Siti Arabiah Binti Abdul Gaib Naib Yang Dipertua
Tindakan : Makluman.
9.0. UCAPAN YANG DIPERTUA PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU
SESI 2019 – 2020.
9.1. Encik Mohd Yunus Bin Hassim merakamkan setinggi - tinggi
penghargaan kepada semua pihak khususnya kepada pencadang untuk
beliau menjawatan jawatan Yang Dipertua Persatuan IbuBapa dan Guru
bagi sesi 2019 – 2020. Dengan kepercayaan yang diberikan, beliau akan
berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang
diberikan ini dengan sebaiknya sebagai Yang Dipertua (YDP) PIBG SK
Bugaya.
9.2. Encik Mohd Yunus Bin Hassim sedaya upaya akan menerajui persatuan
ini dengan sebaiknya dan akan berganding bahu sesama semua pihak
untuk kebaikan semua khususnya kepada SK Bugaya.
9.3. YDP juga memaklumkan, senarai atau Ahli Jawatan Kuasa (AJK)
Tertinggi akan dilantik kemudian (perbincangan bersama pihak sekolah)
dan akan dimaklumkan pada tarikh lain (Mesyuarat AJK Tertinggi Kali
Pertama Sesi 2019 - 2020).
Tindakan : Makluman
10.0. PEMBENTANGAN USUL PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU
SESI 2019 – 2020.
10.1. Encik Ismail Bin Haji Ibrahim mengusulkan agar, sumbangan ibubapa &
penjaga murid kepada pihak sekolah dinaikkan dan boleh dibayar dua
(2) kali. Ini adalah kerana sumbangan tersebut sebenarnya adalah untuk
anak - anak hali persatuan yang bersekolah di sekolah ini.
Tindakan : Makluman /
AJK Tertinggi PIBG
10.2. Encik Abd. Jala Bin Haji Ujoh mengusulkan, pihak sekolah hendaklah
tempat letak kereta khas untuk ibubapa dan memohon agar ibubapa
mematuhi peraturan sekolah (tidak boleh meletak kenderaan di tempat
letak kenderaan guru). Beliau juga menambah, pihak yang berkaitan
sebaiknya memaparkan senarai nama ahli PIBG SK Bugaya yang telah
menjelaskan sumbangan kepada persatuan untuk menarik ahli yang lain
berbuat demikian (member sumbangan).
Tindakan : Makluman
10.3. Encik Hassan Bin Ab. Rahim mengusulkan nama SK Bugaya ditukarkan
kepada Sekolah Kebangsaan Panglima Dara.
10.4. Puan Helma Binti Haji Hajih mengusulkan, ahli persatuan (Ibubapa)
hendaklah bekerjasama untuk mencetuskan idea - idea yang terbaik
untuk kebaikan sekolah. Contoh, isu bangunan sekolah yang perlu
disegerakan untuk dibaiki.
Tindakan : Makluman /
AJK Tertinggi PIBG
10.5. Encik Mohd Yunus Bin Hassim menegaskan, semua usul yang diutarakan
oleh ibubapa dan penjaga murid akan diambil perhatian, dan perkara -
perkara (usul) ini akan dibincangkan bersama pihak sekolah dan AJK
yang dilantik pada Mesyuarat AJK Tertinggi Kali Pertama Sesi 2019 -
2020 untuk mencari mekanisme terbaik bagi menyelesaikan isu yang
diusulkan.
Tindakan : Makluman /
AJK Tertinggi PIBG
11.0. HAL – HAL LAIN.
11.1. Tiada hal – hal lain yang dibincangkan.
12.0. UCAPAN PENANGGUHAN.
12.1. Encik Mohd Yunus Bin Hassim mengucapkan terima kasih sekali lagi
kepada semua hadirin yang masih bersama dalam Mesyuarat Agung
PIBG kali ini. Beliau sebagai Yang Dipertua (YDP) Persatuan dengan ini
menangguhkan Mesyuarat Agung Sesi 2018 – 2019 pada jam 11.37
pagi.
Tindakan : Makluman /
AJK Tertinggi PIBG.
13.0. UCAPAN PERASMIAN DAN PENANGGUHAN.
13.1. Encik Ibnu Haji Jaani selaku wakil Pegawai Pendidikan Daerah
merakamkan ucapan terima kasih khususnya kepada pihak Persatuan
Ibubapa & Guru (PIBG) dan kepada pihak SK Bugaya kerana telah
Berjaya melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Sesi 2018 -
2019.
13.2. Encik Ibnu Bin Haji Jaani juga mengucapkan penghargaan kepada
semua ibubapa atas sokongan yang diberikan khususnya kepada pihak
sekolah dan juga kepada Pejabat Pendidikan Daerah Semporna. Beliau
menambah bahawa, sokongan ibubapa adalah amat penting untuk
kemajuan sekolah.
13.3. Encik Ibnu Bin Haji Jaani juga menyatakan, ibubapa dan pihak sekolah
hendaklah mempunyai kerjasama yang kukuh dan saling hormat -
menghormati (saling memahami) untuk mewujudkan kepercayaan
antara satu sama lain. Konsep seperti inilah yang akan mengukuhkan
lagi tanggungjawab semua pihak khususnya konsep mendidk anak
bukan hanya berlaku di sekolah tetapi juga berlaku di rumah
(tanggungjawab semua).
13.4. Encik Ibnu Bin Haji Jaani mengucapkan selamat maju jaya kepada
barisan Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibubapa & Guru (PIBG) yang baru
terpilih. Semoga dengan lantikan ini menjadi motivasi kepada Yang
Dipertua (YDP) Persatuan dan AJK Tertinggi yang lain untuk terus
berbakti kepada warga SK Bugaya secara keseluruhannya.
Pencatat Minit :
1. Puan Julia Binti Masal
2. Puan Jumatiah Binti Onggong
3. Puan Siti Rubiah Binti Abd. Hamid
Disediakan Oleh :
(Mohd Hanif Bin Burin)
Setiausaha PIBG Sesi 2019 – 2020
Disemak Oleh :
(Mohd Yunus Bin Hassim)
Yang Dipertua,
Persatuan Ibubapa dan Guru SK Bugaya,
Sesi 2019 – 2020.