The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wazimusa, 2021-04-19 00:11:14

PENYALAHGUNAAN DADAH

PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6

Apa itu Dadah?

Dadah ialah apa-apa bahan kimia sama ada yang asli atau yang tiruan apabila disuntik,
dihidu atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan, perasaan atau kelakuan
seseorang.
Dadah terbahagi kepada dua iaitu dadah asli dan dadah tiruan (sintetik).
Dadah asli dihasilkan daripada tumbuhan, manakala dadah tiruan dihasilkan daripada bahan
kimia.
Contoh dadah asli ialah opiat, ganja dan daun ketum. Manakala, contoh dadah tiruan
(sintetik) ialah amphetamine dan methamphetamine.

Adakah ubat-ubatan sejenis dadah?

Semua ubat-ubatan adalah dadah tetapi jika digunakan pada kadar yang
ditetapkan atau disyorkan oleh doktor, maka dadah ini tidak memudaratkan kepada
pengguna.
Contoh ubat-ubatan ialah paracetamol dan postan (ubat tahan sakit).

Jenis-jenis Dadah

Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti berikut :
 Opiat
 Stimulan
 Ganja

1. DADAH OPIAT

Dadah jenis opiat diperolehi daripada tumbuhan pokok popi. Getah yang dikeluarkan dari
buah pokok popi ini dijadikan dadah seperti candu, morfin dan heroin.

Getah buah popi

Gambar: buah pokok popi
Candu adalah sejenis dadah yang mempunyai fungsi memperlahankan aktiviti sistem saraf
tunjang bagi tujuan berkhayal. Candu dihasilkan daripada getah buah popi yang bertukar
daripada warna putih kepada coklat dan kehitaman. Dadah jenis candu ini menghasilkan
bau yang agak kuat.
Morfin adalah dadah jenis alkaloid yang diperolehi daripada candu mentah yang diproses.

Heroin pula adalah dadah yang dihasilkan dari morfin yang diproses. Ia adalah dadah
jalanan yang popular di Malaysia. Heroin adalah dalam bentuk serbuk putih dan mempunyai
kekuatan berkali-kali ganda morfin

2. DADAH STIMULAN

Stimulan merupakan dadah dari jenis bahan kimia psikoaktif yang merangsang aktiviti
sistem saraf pusat. Ia merupakan jenis dadah sintetik yang dihasilkan melalui tindakan
bahan-bahan kimia.

Dadah stimulan ada dua jenis iaitu:
1. Amphetamine (berbentuk pil) seperti pil kuda, pil WY, pil yaba, estacy.
2. Methamphetamine (berbentuk hablur kristal) seperti Ice dan syabu.

Kesan Dadah Stimulan
Kesan serta-merta pengambilan dadah ini menyebabkan khayal, tidak mengantuk, tidak
lapar, tidak letih malah menjadikan bertenaga sepanjang hari. Namun kesan jangka
panjangnya menyebabkan kehilangan berat badan yang mendadak, kerosakan saraf badan
dan saraf otak, bertingkahlaku ganas, muntah dan cirit birit, serangan jantung, sawan, dan
juga boleh menyebabkan halusinasi.

3. GANJA/KANABIS

Ganja atau Kanabis ialah istilah umum yang digunakan untuk semua jenis dadah yang
diperoleh daripada pokok ganja yang juga dikenali sebagai Cannabis Sativa.
Pokok ini berasal dari kawasan beriklim panas seperti Asia, Mexico, Afrika dan Timur
Tengah.
Cara ganja digunakan: daun-daun pokok ganja bersama bunga pokok ganja ini dikeringkan
kemudian dihancur-hancurkan. Ganja selalunya dihisap dalam rokok atau paip.

Daun Ganja Daun ganja kering yang dihancurkan dan
dipintal menjadi rokok

Antara faktor-faktor yang mendorong penyalahgunakan dadah adalah:

 Keseronokan dan ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba untuk
merasainya sendiri

 Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya setiap jenis dadah tersebut.
 Pengaruh rakan, kawan-kawan sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu

kumpulan yang sebaya dengannya.
 Mencari ketenangan jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan.
 Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.
 Untuk menghilangkan kerunsingan yang disebabkan oleh desakan ibu dan bapanya.
 Tidak menggunakan masa lapangnya dengan melakukan perkara-perkara yang

memberi manfaat dan berfaedah.

 Masalah dan tekanan rumah tangga
 Kurang perhatian dan kasih sayang antara ibu bapa dan anak-anak.
 Keinginan untuk berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu

olehnya dengan cara menjadi pengedar.
 Adanya dadah di persekitaran dan kecekapan pengedar-pengedar untuk mempengaruhi

pengguna baru.

 Kurangnya pengetahuan agama, penghayatan nilai-nilai serta amalan agama.

Akibat Penagihan Dadah

Kesan dadah boleh dilihat daripada empat sudut iaitu :
 kesan kepada diri sendiri (penagih)
 kesan kepada keluarga
 kesan kepada masyarakat
 kesan kepada Negara

1. Kesan Kepada Penagih
 Penagihan akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya
dengan kumpulan penagih, pengedar dan penjenayah.
 Tidak bertanggungjawab kepada persekolahan dan prestasi kerja.
 Dari segi fizikal, penagih akan menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan
seperti dalam khayalan.
 Pitam, pengsan, & berperasaan ganas
 Daya tahan penyakit akan menjadi lebih dan mudah dijangkiti seperti kancing gigi,
Hepatitis, Tibi, HIV/Aids dan maut.

2. Kesan Kepada Keluarga
 Menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga
 Membebankan keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga dan wang yang
banyak untuk merawatnya.
 Rumah tangga menjadi porak peranda.
 Berlaku perceraian dan keganasan rumah tangga di kalangan anggota keluarga.
 Anak-anak menjadi terabai & seterusnya mengundang masalah sosial kepada mereka.

3. Kesan Kepada Masyarakat
 Mengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah seperti rompakan & samun
 Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan
remaja dan belia dengan dadah
 Persengketaan dan perselisihan antara masyarakat berlaku akibat penglibatan anggota
masyarakat dengan dadah.

4. Kesan Kepada Negara
Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah
penyalahgunaan dadah yang berterusan.

Kos tersebut termasuklah :
 Kehilangan/kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran ekonomi.
 Kos bagi menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan penagih dadah
 Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan.
 Kos kerana kerugian akibat daripan aktiviti jenayah yang berlaku
 Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambah bilangan anggota
polis, kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya.
 Kos kerugian tenaga dan modal insan kerana kebanyakkan terlibat dalam penagihan
dadah terdiri daripada golongan remaja dan belia

Tanda dan Kesan-Kesan Penagihan Dadah
Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa perubahan
tertentu seperti paras rupa, sikap, tabiat dan tingkah laku. Beberapa tanda umum boleh
dilihat berkaitan dengan kegiatan penagihan dadah adalah :

 Kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat kerja, mutu kerja, disiplin dan hasil
kerja.

 Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya.
 Mengelakkan diri daripada tanggungjawab.
 Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri.
 Tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan atau dimiliki.
 Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau mata

yang redup dan kuyu.
 Parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar warna akibat

menghisap ganja.
 Berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah.
 Meminta wang secara berlebihan daripada keluarga.
 Suka meminjam daripada kawan-kawan atau mencuri barang-barang yang mudah

dijual dari rumah, sekolah, tempat kerja, saudara mara atau kaum keluarga.
 Terdesak menjual barang-barang peribadi seperti pakaian, telefon bimbit dan

sebagainya.
 Selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil tanpa sebab seperti stor, bilik kecil,

tingkat bawah bangunan dengan tujuan untuk mengambil dadah.

Latihan:

1. Apakah yang dimaksudkan dengan dadah?
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………

2. Dadah terbahagi kepada 2 jenis. Nyatakan
Dadah asli : ……………………………………………………………………………
Dadah tiruan: …………………………………………………………………………….

3. Jenis-jenis dadah
…………………………..
…………………………..
…………………………..

4. Jenis-jenis dadah Opiat
……………………………………………….

5. Apakah yang dimaksudkan dengan:
a) Candu
……………………………………..………………………………………………………………
………………………………………..……………………………………………………………

b. Morfin
……………………………………………………………………………………………………..
..……………………………………………………………………………………………………

c. Heroin
………………………………………………..……………………………………………………
………………………………………………..……………………………………………………

6. Apakah yang dimaksudkan dengan dadah Stimulan?
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………

7. Dadah Stimulan amphetamine berbentuk ______________ manakala
methamphetamine berbentuk _______________.

8. Berikan 2 contoh bagi dadah amphetamine dan 2 contoh dadah methamphetamine.

Amphethamine :…………………………………….

Mepthamphethamine:……………………………………..

9. Nyatakan 3 kesan akibat dari dadah Stimulan.
……………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………….

10. Pokok ganja juga dikenali sebagai ____________________

11. Bagaimanakah dadah ganja digunakan?
………………………………………………………………………………………………….……
……………………………………………………………………………………………………….

12. Berikan 3 faktor yang mendorong seseorang terlibat dengan penyalahgunaan dadah
…………………………………………………………………………………………………..……
………………………………………………………………………………………………..………
……………………………………………………………………………………………………..…

13. Nyatakan 2 kesan penyalahgunaan dadah pada:
a. Diri sendiri
……………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………….………………...

b. Keluarga
……………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………

c. Masyarakat
……………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………

d. Negara
……………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………

14. Nyatakan 3 tanda-tanda kesan akibat dari penyalahgunaan dadah
……………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………

15. Pada pendapat kamu, bagaimanakah masalah penyalahgunaan dadah di negara ini
dapat dikurangkan?
……………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………


Click to View FlipBook Version