HAZWA FAHRINI BINTI HIRWAZI
4 UKM
[email protected]
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT DAHLIA (JBA1132)
PERSIARAN DAHLIA 1, TAMAN BUKIT DAHLIA
81700 PASIR GUDANG, JOHOR
PENDAHULUAN
Kejayaan sesebuah pemerintahan adalah bergantung kepada pemimpinnya. Seorang
pemimpin mestilah mempunyai ciri-ciri dan karektor yang lengkap seperti bijak,
berilmu, berpengetahuan, berkeyakinan, bertanggungjawab, berwawasan dan sentiasa
memikirkan kebajikan rakyatnya. Seorang pemimpin akan menjadi nadi dan contoh
kepada pembangunan modal insan setempat.
Mohamed Khaled bin Nordin merupakan Menteri Besar Johor yang ke-15 yang
dilantik berkuatkuasa 13 May 2013. Sepanjang beliau menjadi Menteri Besar Johor,
telah banyak sumbangan dan pembaharuan yang dilakukan demi menjadikan
kehidupan rakyat Johor lebih selesa, makmur dan bahagia.
Nama BIODATA TOKOH PEMIMPIN
Tarikh Lahir
Tempat Lahir : Datuk Mohamed Khaled bin Nordin
Pendidikan : 30 November 1958
: Muar, Johor
Isteri : Sekolah Rendah Ledang, Muar, High School Muar, English
College Johor Bahru dan Universiti Malaya (Ijazah Sarjana
Hobi Muda Undang-Undang) dengan kepujian.
: Datin Seri Rosni Omar tahun 1986 dan dikurniakan seorang
cahaya mata.
: Membaca dan amat meminati sukan renang.
PENDIDIKAN TOKOH PEMIMPIN
Mohamed Khaled bin Nordin dilahirkan di Muar, Johor pada 30 November 1958.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Ledang Muar. Anak kepada
pasangan Haji Nordin Johari dan Hajah Marina Shukri ini kemudiannya melanjutkan
pendidikan menengahnya di Sekolah Tinggi Muar sebelum meneruskan pengajian
ke Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru. Y.B. Dato' Seri kemudiannya melanjutkan
pengajian ke Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Undang-
Undang pada tahun 1982.
KERJAYA TOKOH PEMIMPIN
Datuk Mohamed Khaled bin Nordin merupakan seorang peguam bertauliah dan
memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Undang-Undang Petronas bermula pada 1982
hingga 1983.
Beliau mula bergiat aktif dalam arena politik pada tahun 1978 setelah menjadi ahli
UMNO Cawangan Wadihana, Johor Bahru. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ahli
Jawatankuasa UMNO cawangan tersebut.
Beliau juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia. Beliau turut memikul
tanggungjawab sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor
dan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang.
Selain itu, Y.B. Dato' Seri juga pernah dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Johor
Bahru (1993), Exco Pemuda UMNO Malaysia (1993), Ketua UMNO Bahagian Johor
Bahru (1995), Timbalan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru (1998) dan Ketua
Penerangan UMNO Negeri (1998).
YB. Dato' Seri turut bergiat aktif dalam sosial. Beliau merupakan Presiden Belia
Negeri Johor dan Presiden Persatuan Ragbi Johor. Beliau juga telah dilantik sebagai
Yang Di Pertua Koperasi Pemandu Teksi Johor dan Penaung, Badan Kebajikan Islam
Kampung Melayu Majidee dan Penaung Junior Chamber Johor Bahru.
Mohamed Khaled juga merupakan Setiausaha Politik kepada Datuk Shahrir Abd
Samad selama tiga tahun ketika Shahrir menjawat Jawatan Menteri Wilayah
Persekutuan (1984 hingga 1986) dan Menteri Kebajikan Masyarakat (1986 hingga
1987).
SUMBANGAN TOKOH PEMIMPIN
Terdapat banyak sumbangan yang telah dilaksanakan oleh mantan Menteri
Besar Johor, Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin sewaktu memerintah negeri
Johor. Negeri tersebut mencatatkan perkembangan ekonomi yang sangat
memberangsangkan dan menerima limpahan ekonomi ke seluruh negeri tersebut.
Berikut adalah antara sumbangan terbesar beliau sewaktu berkhidmat sebagai
Menteri Besar Johor;
1. Perkembangan ekonomi yang meningkat setiap tahun semenjak menjawat
jawatan Menteri Besar Johor pada tahun 2013. Ketika itu, nilai KDNK negeri
Johor adalah sebanyak RM 87.9 billion dan meningkat kepada RM 104.48
billion pada tahun 2016. Purata peningkatan KDNK sepanjang tempoh ini
adalah 5.9% dan nilai ini lebih besar daripada purata peningkatan KDNK
Negara Malaysia iaitu sebanyak 5.1% dalam tempoh yang sama.
2. Menjadikan Johor destinasi pelaburan terbesar dalam sektor pembuatan.
Nilai terkumpul dari tahun 2013 hingga 2017 adalah sebanyak RM 114.9
billion dalam sektor ini. Jumlah pelaburan terbesar pernah dicatatkan pada
tahun 2015 iaitu sebanyak RM 31.3 billion. Kesan ini memberi limpahan
ekonomi kepada rakyat Johor terutamanya dalam peluang pekerjaan dalam
sektor tersebut.
3. Menyediakan program Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ)
kepada rakyat Johor. Johor antara salah satu negeri yang menerima
pelaburan dalam sektor hartanah terutama di kawasan Iskandar Puteri.
Kebanyakan harga rumah di kawasan tersebut bersifat ‘mampu tengok’.
Justeru, Dato’ Khaled menyediakan pakej RMMJ kepada rakyat Johor.
Sebanyak 100,000 buah unit rumah disasarkan telah siap dibina pada tahun
2023 dan 16,010 buah rumah telah pun siap dibina. Baki sebanyak 83,990 buah
unit rumah akan disiapkan menjelang tahun 2023. RMMJ menawarkan 3
pakej rumah yang berharga dari RM 42,000 hingga RM 150,000.
4. Meningkatkan tanah rizab Melayu sehingga 30% daripada keluasan negeri
Johor. Pada tahun 2012, jumlah kawasan tanah rizab Melayu di Johor adalah
sebanyak 294,000 hektar atau 16% daripada keluar negeri tersebut. Pada
tahun 2017, keluasan tanah rizab Melayu telah ditingkat sebanyak 555,918
hektar atau 30% daripada kawasan negeri tersebut.
5. Mewujudkan konsep Muafakat Johor yang bertujuan untuk memastikan
persefahaman dan muafakat pelbagai kaum di negeri ini sentiasa berkekalan. Ia
diletakkan pada enam landasan utama, iaitu, Permuafakatan Ekonomi,
Permuafakatan Pendidikan, Permuafakatan Sosio Budaya, Permuafakatan
Keharmonian dan Persefahaman Antara Penganut Agama, Permuafakatan
Kesejahteraan dan Keselamatan Komuniti dan Permuafakatan Politik.
Pendekatan permufakatan secara holistik ini akan menyediakan satu ekosistem
kehidupan bermasyarakat dan bernegara lebih bermakna khususnya di Johor.
6. Menyediakan Perkhidmatan Bas Muafakat Johor (BMJ) iaitu perkhidmatan bas
percuma yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Johor dan Pihak Berkuasa
Tempatan. Perkhidmatan yang dikendalikan oleh PAJ ini, mula beroperasi pada
1 April 2016. Tujuan utama BMJ ini ialah mengurangkan kos sara hidup
warganeraga dan memberikan kemudahan kepada rakyat. Perkhidmatan BMJ ini
dilengkapi dengan sistem CCTV, GPS, Sistem Data Penumpang dan WIFI.
Selain itu, beliau juga sering menghulurkan bantuan kepada golongan -golongan
miskin dan berpendapatan rendah melalui yayasan-yayasan bantuan yang
diwujudkan. Seiring semangat Muafakat Johor, bantuan ini disampaikan kepada
semua tanpa mengira bangsa atau agama bagi membantu mengurangkan beban
mereka meneruskan kehidupan. Dalam masa yang sama, beliau juga sering
menyumbang bantuan samada berbentuk wang atau peralatan kepada sekolah-sekolah,
pelajar-pelajar, institusi-institusi pengajian, masjid-masjid dan surau-surau serta
komuniti-komuniti setempat.
NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI
Melihat kepada kepimpinan dan ketokohan yang ditunjukkan oleh mantan Menteri
Besar Johor ini, banyaklah nilai-nilai kepimpinan yang boleh dijadikan sebagai contoh
dan teladan kepada kita semua.
Antaranya sikap merendah diri yang dipamerkan kepada rakyat. Walaupun
mempunyai jawatan yang tinggi dalam kerajaan namun beliau tidak pernah sombong
dan sentiasa terbuka untuk bertemu dengan rakyat dan mendengar keluh kesah
mereka.
Selain itu sikap berjiwa rakyat yang dipamerkan beliau dapat mengeratkan lagi
silaturrahim dan hubungan antara pemimpin dan rakyat seterusnya menjadikan beliau
sentiasa dihormati dan dipercayai.
Nilai kepimpinan beliau yang sangat bertanggungjawab dan memahami juga
menjadikan setiap masalah yang dihadapi rakyat dapat diatasi dengan sebaiknya
seterusnya menjadikan hidup rakyat lebih makmur.
Sikap beliau yang adil juga menjadikan setiap bantuan dapat disampaikan kepada
semua lapisan rakyat tidak mengira kaum dan agama, jauh dan dekat yang akhirnya
menjadikan rakyat sentiasa bersyukur.
Kepimpinan beliau yang mengutamakan keperluan pendidikan juga dilihat dapat
melahirkan generasi pelajar yang berkualiti dan berkemahiran seterusnya memenuhi
aspirasi negara.
Sikap penyayang dan mengambil berat yang ditunjukkan pada keluarga, pekerja-
pekerja, generasi muda, generasi lama dan rakyat seluruhnya menjadikan beliau
sentiasa disanjung dan sentiasa berada di hati rakyat.
KESIMPULAN
Menjadi seorang pemimpin bukanlah mudah apatahlagi menjadi seorang pemimpin
yang disukai rakyat. Namun Datuk Mohamed Khaled bin Nordin telah membuktikan
bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang berjaya membawa tanggungjawab yang
besar ini dengan baik dan pada landasan yang betul. Jasa dan sumbangan beliau diakui
telah menambah kemakmuran dan kesejahteraan rakyat serta pembangunan negeri
Johor. Kepimpinan dan ketokohan beliau menjadikan beliau salah seorang pemimpin
yang dikagumi dan disayangi rakyat. Sementara keperibadian dan teladan baliau
menjadi contoh dan ikutan bagi generasi sekarang dan akan datang. Sekalung terima
kasih dan sanjungan tinggi buat para pemimpin kita yang berbakti kepada rakyat dan
negara.
RUJUKAN
1. https://en.wikipedia.org/wiki/Menteri_Besar_of_Johor
2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Mohamed_Khaled_Nordin#Kerjaya
3. https://mytwocents.asia/4-sumbangan-kerajaan-negeri-johor-sebelum-ini/
4. https://www.klik.com.my/konsep-muafakat-asas-bentuk-kerajaan-johor
5. https://gerakanmuafakat.blogspot.com/2016/04/apa-itu-muafakat-johor.html
6. https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/2646/2016/06/163143/300-
penduduk-pasir-gudang-terima-sumbangan
7. https://www.mpbp.gov.my/ms/pelawat/bas-muafakat-johor-bmj
8. https://www.google.com/search?q=muafakat+johor&tbm
SEKIAN
TERIMA KASIH
“ALLAH PELIHARA JOHOR”