The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-50027184, 2021-08-22 23:07:46

Kupasan Novel Hempasan Ombak

Kelas BM Cikgu Az

KUPASAN NOVEL HEMPASAN OMBAK

TEMA

Tema novel ialah kegigihan remaja dalam usaha untuk memajukan syarikat.

Apabila Haji Badrul meninggal dunia akibat barah dalam perut, Farid yang baru berusia 19 tahun terpaksa menerajui Perusahaan Batik
Nusantara. Ketika Farid menerima tanggungjawab tersebut, aliran tunai syarikat dalam keadaan mencemaskan. Untuk mengatasi masalah
tersebut, ibunya Hajah Zaoyah terpaksa menggadai tanah dan barang kemas. Seterusnya Farid belajar ilmu perniagaan menerusi bekas
pekerja ayahnya, Mokhsein. Bengkel baharu dibina dan batik corak moden dikeluarkan. Kedudukan syarikat kembali stabil. Namun,
kemajuan syarikatnya tidak disenangi oleh Mukhtar. Atas arahan Mukhtar, samseng telah membakar bengkel Farid. Farid reda atas
ketentuan Allah SWT dan berazam mahu membangunkan semula syarikat dengan mendirikan semula bengkel baharu.

Persoalan

Ketabahan dalam Cabaran dalam Kasih sayang Kepentingan ilmu Sikap manusia yang Persaingan dalam Sikap suka
dunia perniagaan. dunia perniagaan sesama ahli dalam kehidupan sanggup menolong dunia perniagaan memandang
rendah terhadap
keluarga. orang lain. orang lain

Contohnya: Farid Contohnya: Farid Farid juga sanggup Contohnya: Zuraida Contohnya: Contohnya: Contohnya:
tabah menempuh menghadapi menggalas menyambung Mokhsein menjadi Mukhtar telah Mukhtar
pelbagai cabaran sabotaj Syarikat
pelbagai cabaran tanggungjawab pelajarannya pada mentor kepada Batik Nusantara memandang
demi dalam mengambil alih hujung minggu Farid dalam usaha dengan pelbagai rendah terhadap
mengembangkan syarikat arwah manakala Farid membangunkan
menguruskan ayahnya kerana menghadiri cara untuk kemampuan Farid
Syarikat Batik perniagaan batik adik-beradiknya pelbagai kursus semula Syarikat memastikan menguruskan
Nusantara milik keluarganya yang lain tidak yang dianjurkan Batik Nusantara. Syarikat Batik
Mokhsein sering Rajawali bertahan syarikat batiknya.
mempunyai oleh MIDA, MARA memberi motivasi dalam industri
keupayaan dalam bagi meningkatkan kepada Farid.Dia
juga membantu batik.
menguruskan kemahiran
syarikat tersebut pengurusan dan Farid mendapatkan
pengedar dari
Contohnya: Hajah pentadbiran Singapura dan
Zaoyah sangat syarikat.
Kuala Lumpur bagi
menyayangi anak- memasarkan batik
anaknya dan dia
milik keluarga
sanggup Farid.
menggadai tanah
dan barang kemas
demi membantu
Farid memajukan

perusahaan
warisan arwah

suaminya.

Binaan Plot PERKEMBANGAN Plot Hempasan Ombak KLIMAKS PELERAIAN

PERMULAAN • Zuraida PERUMITAN • Berlaku • Tiga hari

• Farid berjanji mahu • Pemilik kebakaran di selepas peristiwa
membantu Farid bengkel tempat kebakaran
yang baru berusia dengan Syarikat Batik pengeluaran batik bengkel, Mokhsein
19 tahun terpaksa menjualkan batik Rajawali, Mukhtar moden. Farid datang ke bengkel
menerajui di gerainya tanpa begitu marah apabila menerima dugaan Farid
Perusahaan Batik mengenakan batik keluaran yang menimpanya sekembalinya dari
Nusantara yang sebarang syarikatnya tidak sebagai takdir. Singapura.
telah diusahakan komisen, namun mendapat sambutan Pihak polis yakin Mokhsein berjanji
selama 20 tahun. dia dengan alasan batik kebakaran itu akan membantu
Ibunya, Hajah mencadangkan keluarannya bercorak bermotifkan Farid menjadi
Zaoyah Farid lama. Mukhtar yakin, jenayah lalu pembekal pakaian
menyerahkan mengeluarkan batik pilihan meminta Farid siap. Kata-kata itu
tanggungjawab batik bercorak pengguna sekarang mengikutnya ke memberi
tersebut kepada baharu untuk adalah keluaran balai polis untuk semangat semula
Farid. Farid menarik pesaingnya, Syarikat diambil ke dalam jiwa
mengadakan perhatian Batik Nusantara. keterangan. Di Farid iailah
mesyuarat pembeli. Farid Mukhtar memberi balai polis, Mukhtar kini
syarikat buat kali bertemu amaran agar Zuraida Inspektor berada di Penjara
yang pertama Mokhsein untuk tidak menjual batik Rusman Marang dan
dengan pekerja- meminta itu dan jika masih menjelaskan, dijatuhi hukuman
pekerjanya. pandangannya. degil, dia akan pihaknya telah penjara selama
Mokhsein merobohkan gerai memberkas tiga tahun.
diundang untuk Zuraida. Farid pula Mahmood di Kemudian Farid
merasmikan menerima amaran sebuah klinik dan Zuraida
bangunan bengkel keras dalam bentuk ketika lelaki itu mengikuti
batik moden. surat layang agar sedang menerima Mokhsein serta
Pada hari memutuskan rawatan kerana isterinya
tersebut, Hartini hubungannya dengan tersiram lilin menghadiri majlis
Noor, jurulukis Zuraida dan batik. Mahmood perkahwinan
batik datang. memastikan batik mempunyai rekod Hartini Noor di
Zuraida keluarannya tidak jenayah dan
melahirkan rasa menguasai pasaran. merupakan Kuantan
cemburu Di bengkel membuat pekerja Syarikat
terhadap batik moden Batik Rajawali.
kehadiran Hartini kepunyaan Farid, Pemilik syarikat
Noor. Farid Mahmood, pekerja tersebut ialah
mengunjungi Mukhtar mencari Mukhtar bin
Zuraida di Azmi dan Masri. Yusof dan kini
gerainya untuk Berlaku pertengkaran pihak polis
menjelaskan antara mereka berusaha untuk
kd
bk

Teknik Plot

Pemerian Imbas kembali Dialog Monolog Kejutan Saspens Imbas muka

Contohnya, Contohnya, Farid Contohnya, Contohnya, Farid Contohnya, Contohnya, Contohnya,
pengarang teringat kembali perbualan antara bermonolog pembaca terkejut pembaca tertanya- Mukhtar
menggambarkan akan kata- kata
aktiviti yang bapanya bahawa Farid dengan sendirian apabila dan tidak tanya dan ingin membayangkan
dilakukan oleh dunia perniagaan Tomsiah memikirkan menyangka Masri mengetahui wajah Farid yang
keluarga Hajah tidak ubah seperti mengenai hanya menangis
Zaoyah pada tanggungjawab akan bertindak pemilik nombor ketika berdepan
waktu malam. gelanggang kedudukan besar yang perlu menerpa ke arah telefon yang dengan masalah
persilatan yang kewangan diberikan oleh
dipenuhi dengan Syarikat Batik dilaksanakan Mahmood dan kurangnya
sepak terajang Nusantara yang setelah dia mencurahkan lilin Tomsiah kepada pengalaman dan
dan dipenuhi bergerak perlahan panas dari canting Farid. Pembaca ilmu pengurusan
faktor politik dan kurang dilantik untuk juga tertanya- perniagaan dalam
dalam mengaut memberangsangk menerajui batik ke muka
Mahmood yang tanya sebab menguruskan
laba. an. Syarikat Batik sedang mencekik Tomsiah perniagaan batik
Nusantara yang leher baju Azmi milik keluarganya
memberikan
sedang untuk nombor telefon itu itu
berhadapan membenamkan
dengan masalah kepada Farid
kewangan. kepalanya ke
dalam kawah lilin

yang panas itu

Watak dan Perwatakan Hempasan Ombak

Berani dalam membuat
tindakan

Berusia 19 tahun dan Rajin berusaha untuk
bertubuh sederhana. memajukan syarikat.

Bertanggungjawab Farid Bersifat tabah dan
menerajui Syarikat penyabar
Batik Nusantara.
Mengamalkan semangat
Taat pada ajaran agama. bermasyarakat

Bersikap sederhana. Bersikap rasional dalam
mengambil tindakan.

Penyayang terhadap
ahli keluarga dan rakan

baik.

Pemilik Syarikat Bertubuh gelap, Bijak dalam
Nadi Zaman. berwajah bulat dan menyusun strategi

tampan. pemasaran
perniagaan
Mokhsein

Mengenang budi. Baik hati dan
berhemah tinggi.

Seorang yang bijak dan
rasional dalam membuat

tindakan

Hajah Zaoyah berusia 56 Seorang ibu yang
tahun dan balu kepada sanggup berkorban
Allahyarham Haji Badrul, untuk memajukan
pemilik Syarikat Batik
perniagaan.
Nusantara.
Seorang yang berani
Hajah Zaoyah menanggung risiko
dalam menguruskan
Dia mempunyai enam
orang anak. perniagaan.

Seorang ibu yang Seorang yang gigih dalam
penyayang. mengharungi cabaran
dan masalah dalam
perniagaan.

Seorang yang gigih dalam Zuraida berusia 19 tahun Dia berniaga pakaian di
perniagaan. dan merupakan rakan bazar MARA di Jalan

sekelas Farid dari tingkatan Banggol sejak tujuh tahun
satu hingga tingkatan lima lalu dengan dibantu oleh
di Sekolah Menengah Seri
adik-adiknya
Budiman.

Zuraida

Seorang yang Seorang yang mudah
berpandangan jauh dalam cemburu.

mencorak masa depan

Pengasas dan
pengusaha

Syarikat Batik
Nusantara

Meninggal Haji Seorang yang
dunia akibat Badrul bijak dalam
barah dalam merancang

perut strategi
pemasaran

Seorang yang bijak Pemilik Syarikat Batik Seorang yang busuk hati
mengambil kesempatan Rajawali
Seorang yang gemar
Seorang yang Mukhtar memeras ugut
mementingkan
keuntungan dalam Dijatuhi hukuman
penjara selama tiga
perniagaan
tahun

Seorang yang kreatif dan
gigih bekerja

Bekerja selama sebulan di Hartini Noor Tunang keypads pereka
Syarikat Batik Nusantara bentuk dalaman

Berusia 25 tahun, berasal
dari Kelantan

LATAR TEMPAT

Rumah Farid Mahkamah UITM Balai Polis Bangsal batik Pantai Batu Bazaar Mara Firma Nadi Pejabat Farid Kampung
Rendah (Universiti Daerah Kuala moden Buruk Jalan Bonggol Zaman Tanjung
Kuala Teknologi Terengganu

Terengganu Mara)

Tempat Farid Tempat Tempat Farid Tempat Tempat Tempat Farid Tempat Farid Rumah
makan Zuraida memberi Zuraida Zuraida bertemu bekerja Zuraida
malam menyambung kenyataan memberitahu berniaga Mokhsein sebagai
bersama Tempat pelajaran tentang Tempat Farid Farid bahawa pakaian. bagi
Mukhtar dalam bidang peristiwa berbual-bual dia sedang meminta pengurus di
keluarganya dibicarakan Pentadbiran kebakaran melanjutkan syarikat
Perniagaan bangsal dengan pelajaran di nasihat dan milik
dan Hartini UiTM dalam tunjuk ajar
dijatuhkan moden milik berkaitan jurusan dalam dunia keluarganya
hukuman syarikatnya. dengan pentadbiran perniagaan.
terhadap kes penghasilan perniagaan. Tempat Farid
kesalahan batik moden dan
membakar
dan pekerjanya
bangsal kebakaran mengadakan
moden Farid. yang berlaku mesyuarat

pertama.

Latar Masa

Waktu Malam Akhir tahun Sebulan 9.00 pagi Tiga hari 15 minit 2.00 pagi Pagi Sabtu
60-an

Pada waktu Syarikat Batik Hartini Mesyuarat kali Selepas tiga Bunyi letupan Bangsal Farid
malam, Farid Nusantara menjadi pertama hari kedengaran moden berkunjung ke
ditubuhkan tenaga dan orang Syarikat Batik kedai Zuraida
dan pengajar batik diadakan oleh berlakunya kampung Nusantara
keluarganya moden kepada Farid dan peristiwa tersedar akan terbakar
makan malam pekerja Farid. pekerjanya. kebakaran itu, kebakaran
Mokhsein
bersama. mengunjungi bangsal
Farid di tersebut.
pejabatnya

Latar Masyarakat

Masyarakat Masyarakat yang Masyarakat yang Masyarakat yang Masyarakat yang Masyarakat hidup Masyarakat yang
peniaga gigih berusaha kreatif dan dengki sanggup saling membantu mementingkan
inovatif berkorban
ilmu.

Farid, Zuraida, Farid berusaha Hartini Mukhtar yang Hajah Zaoyah Mokhsein dan Moksein
Mokhsein dan dengan gigih menggunakan dengki kepada sanggup Zuraida sering menyarankan
Mukhtar seorang daya kreativitinya Farid sanggup membantu Farid
yang terlibat untuk menggadaikan dalam urusan agar Farid
dalam perniagaan mebangunkan untuk sabotaj barang-barang mengikuti kursus
syrikat batik menghasilkan perusahaan Farid kemas miliknya perniagaan – kursus dalam
batik. warisan milik corak batik dan untuk dijadikan seperti
keluarganya. mempelbagaikan agar dapat modal dalam perniagaan
kegunaan batik menyingkirkan membangunkan memberikan supaya dapat
sebagai pakaian, pesaingnya di perusahaan batik cadangan yang meningkatkan
perabot dan dalam pasaran yang diwarisi pengetahuan
penghias dinding. membina.
batik. anaknya. dalam
pengurusan

syarikat.
Zuraidah
melanjutkan
pelajaran dalam
bidang
Pentadbiran
Perniagaan di
UiTM Dungun
walaupun dia
sudah memiliki

kedai.

Nilai

Kegigihan Ketabahan Ketaatan Keberanian Tanggungjaw Baik hati Hormat- Kasih sayang Semangat
ab menghormat bermasyarak

i at

Farid gigih Contohnya, ontohnya, Contohnya, Contohnya, Contohnya, Contohnya, Contohnya, Contohnya, .
berusaha Farid tabah sebagai Farid berani Farid Mokhsein Farid selaku Hajah Zaoyah Farid telah
menerima seorang menanggung bersikap mengundang
untuk risiko untuk menjalankan murah hati pengurus amat 200 orang
mengembang dugaan muslim yang mengembang tanggung- Syarikat Batik menyayangi penduduk
kebakaran taat akan jawabnya apabila anak-anaknya. kampung
kan bengkel batik kan bersedia Nusantara Sebagai ibu,
perusahaan ajaran agama pemasaran menguruskan membantu dan para dia sanggup untuk
moden Islam, Farid Syarikat Batik pekerjanya berkorban merapatkan
batiknya baharu itu tidak pernah syarikat Farid seramai 57 hubungan
sehingga dia mengabaikan batiknya Nusantara memajukan orang saling menjaga silaturahim
dan solat lima dengan dengan begitu Syarikat Batik menghormati anaknya, Lotfi
berjaya menganggapn membina baik setelah Nusantara antara satu dengan
membangunk waktu. bengkel ibunya, Hajah dengan yang yang sudah masyarakat
ya sebagai baharu yang dan lain ketika 10 tahun setempat
an bengkel takdir. bermodalkan Zaoyah menerangkan sama-sama
batik moden RM75 ribu. meletakkan memajukan hidup di atas ketika
kepercayaan perlunya perniagaan kerusi roda perasmian
kepadanya Farid batik di bengkel batik
syarikatnya kerana
untuk menjalankan lumpuh dari moden
menguruskan “strategi itu. baharu.
paras
syarikat terkunci” jika pinggang ke
tersebut mahu bawah setelah
selepas terlibat dalam
kematian syarikatnya kemalangan
bapa mereka. kukuh jalan raya.
kembali.

Pengajaran

Kita perlulah bersikap sederhana dalam menjalani kehidupan.

o Contohnya, Farid bersederhana dalam menjalani kehidupannya walaupun dia memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Syarikat
Batik Nusantara.

Kita hendaklah mencurahkan kasih sayang terhadap ahli keluarga.

o Contohnya, sebagai seorang ibu, Hajah Zaoyah sanggup berkorban menjaga anaknya, Lotfi yang sudah 10 tahun hidup di atas kerusi
roda kerana lumpuh dari paras pinggang ke bawah setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Kita mestilah bersikap baik hati dengan membantu orang yang memerlukan.

o Contohnya, Mokhsein bersikap baik hati apabila bersedia membantu Farid untuk memajukan Syarikat Batik Nusantara. Dia
menyarankan agar Farid melaksanakan ‘strategi terkunci’ untuk membaik pulih keadaan syarikatnya.

Kita mestilah mengamalkan semangat bermasyarakat.

o Contohnya, Farid telah mengundang 200 orang penduduk kampung semasa majlis perasmian bengkel batik moden yang baharu bagi
merapatkan hubungan silaturahim dengan masyarakat setempat.

Kita hendaklah tabah apabila diuji dengan musibah dan masalah.

o Contohnya, Farid tabah menerima dugaan apabila bengkel batik moden baharunya terbakar dan menganggapnya sebagai takdir Tuhan.

Kita hendaklah bersabar apabila berdepan dengan pelanggan yang berbagai-bagai ragam.

o Contohnya, Farid kagum akan kesabaran Zuraida melayani pelanggan yang pelbagai kerenah ketika berurus niaga di gerai pakaiannya
di bazar MARA, Jalan Banggol.

Gaya Bahasa

Bahasa Arab Bahasa Hiperbola. Personifikasi. Repetisi. Simile. Sinkope. Peribahasa.
Inggeris

Contohnya, Contohnya, Contohnya, Contohnya, Contohnya, Contohnya, Contohnya, Contohnya,
Assalamualaik window Lidah api Rasa serba “Kerja, kerja. Syarikat yang “Tak kisahlah putih mata;
shopping; menjilat ganas salah mula ditubuhkan tu,” tangkis gulung tikar;
um; classmate. apa-apa sahaja mencekik Makan, sejak hujung genggam bara
Astaghfirullah yang tercapai makan,” ujar 60-an itu bagai Farid,
dirinya Hajah Zaoyah tersenyum. api biar
pelita yang sampai jadi
tegas. meliuk-liuk arang; diluah
mati emak,
apinya. ditelan mati
bapa; kalau

tidak
dipecahkan

ruyung
manakan
dapat sagunya.

Sinopsis Novel Hempasan Ombak

Farid yang baru berusia 19 tahun terpaksa menerajui Perusahaan Syarikat Batik Nusantara yang telah diusahakan selama 20 tahun apabila
pemiliknya, Haji Badrul meninggal dunia akibat barah dalam perut. Ibunya, Hajah Zaoyah terpaksa menyerahkan tanggungjawab tersebut
kepada Farid kerana anak-anaknya yang lain tidak mampu memikul tugas tersebut. Farid menerima tugas itu dengan penuh
tanggungjawab. Sebagai tugasan pertama, Farid melawat bengkel untuk melihat kerja-kerja mengecap batik. Pak Nik, pekerja syarikat itu
menerangkan keadaan syarikat, iaitu batik keluaran syarikat tidak laku dan wujudnya sebuah syarikat yang mahu menggerhanakan
syarikat mereka. Untuk mengukuhkan kewangan syarikat, Hajah Zaoyah bercadang mahu menggadaikan emas dan tanah miliknya.
Seterusnya, Farid meluahkan keinginannya untuk membesarkan bengkel sekiranya kewangan syarikat semakin kukuh.

Farid mengadakan mesyuarat syarikat buat kali yang pertama dengan pekerja-pekerjanya. Dalam mesyuarat tersebut, Farid mahu syarikat
menjual batik dalam bentuk pakaian siap dengan jenama tersendiri dan Farid mencadangkan bengkel diperbesar dan mesin baharu perlu
dibeli. Pada satu hari, Farid mengunjungi pejabat pemborong binaan Nadi Zaman kepunyaan Mokhsein, bekas pekerja ayahnya satu
ketika dahulu. Mokhsein memaklumkan, terdapat sebuah syarikat pesaing di Kuala Terengganu yang mahu memonopoli pengeluaran
batik dengan menjual batik dengan harga yang murah untuk memastikan syarikat yang sedia ada muflis. Mokhsein kemudian
menerangkan akan perlunya Farid menjalankan “strategi terkunci” jika mahu syarikatnya kukuh kembali.

Zuraida berniaga pakaian di bazar MARA di Jalan Banggol sejak tujuh tahun lalu. Farid, rakan sekelasnya ketika berada di tingkatan satu
hingga tingkatan lima di Sekolah Menengah Seri Budiman datang berkunjung untuk bertanya khabar. Dalam pertemuan yang lain, Zuraida
berjanji mahu membantu Farid dengan menjualkan batik di gerainya tanpa mengenakan sebarang komisen, namun dia mencadangkan
Farid mengeluarkan batik corak baharu untuk menarik perhatian pembeli. Farid bertemu Mokhsein ntuk mendapatkan pandangannya.
Hasilnya dia dapat menyiapkan kertas kerja “Projek Pembesaran Keupayaan Pengeluaran Batik Cap dan Perintis Batik Lukis Syarikat Batik
Nusantara” dan seterusnya, Farid membina bengkel tambahan dengan modal sebanyak RM75 ribu. Hal berkaitan tenaga pengajar batik
moden akan diuruskan oleh Mokhsein. Sebagai seorang usahawan yang berjaya, Mokhsein diundang untuk merasmikan bangunan
bengkel batik moden. Pada hari tersebut, Hartini Noor, adik sepupu Mokhsein datang. Zuraida melahirkan rasa cemburu terhadap
kehadiran Hartini Noor. Farid mengunjungi Zuraida di gerainya. Farid menjelaskan bahawa Hartini Noor sudah bertunang dengan pereka
bentuk dalaman dan bekerja selama sebulan sahaja di syarikatnya. Zuraida melihat kerja-kerja mencanting di bengkel.

Selanjutnya, pemilik Syarikat Batik Rajawali, Mukhtar begitu marah apabila batik keluaran syarikatnya tidak mendapat sambutan dengan
alasan batik keluarannya bercorak lama. Mukhtar yakin, batik pilihan pengguna sekarang adalah keluaran syarikat pesaingnya, Syarikat
Batik Nusantara. Mukhtar kemudiannya pergi ke gerai anak saudaranya, Zuraida dan mendapati batik bercorak baharu dijual di gerai
Zuraida. Mukhtar memberi amaran agar Zuraida tidak menjual batik itu dan jika masih degil, dia akan merobohkan gerai Zuraida. Farid
pula menerima amaran keras dalam bentuk surat layang. Dia diingatkan agar memutuskan hubungannya dengan Zuraida dan memastikan
batik keluarannya tidak menguasai pasaran. Jika amaran tersebut tidak dipandang serius, padah yang lebih besar akan menanti. Hajah
Zaoyah mahu perkara itu dilaporkan kepada pihak polis.

Farid mendapat panggilan telefon daripada Zuraida. Zuraida menjelaskan akan larangan bapa saudaranya agar tidak menjual batik moden
yang dikeluarkan oleh syarikat Farid. Di bengkel membuat batik moden kepunyaan Farid, Mahmood, pekerja Mukhtar mencari Azmi dan
Masri. Mahmood tidak berpuas hati kerana dua-dua lelaki itu telah meninggalkan Syarikat Batik Rajawali. Azmi dan Masri memberi alasan
meninggalkan syarikat kerana tidak dibayar gaji walaupun sudah bekerja selama dua bulan. Berlaku pertengkaran. Mahmood yang hilang
sabar kemudiannya mencekik leher baju Azmi. Disebabkan Masri tiada pilihan lain untuk menyelamatkan Azmi, dia menerpa ke arah
Mahmood lalu mencurahkan lilin panas dari canting ke muka Mahmood.

Ketika jam menunjukkan pukul 2:00 pagi, seisi rumah Hajah Zaoyah dikejutkan dengan bunyi letupan yang kuat. Alangkah terkejutnya
mereka apabila mendapati bengkel tempat pengeluaran batik moden dijilat api. Bengkel tersebut tinggal rangka. Lebih 75 peratus
peralatan dan bahan mentah untuk membuat batik musnah. Farid menerima dugaan yang menimpanya sebagai takdir. Pihak polis yakin
kebakaran bermotifkan jenayah lalu meminta Farid mengikutnya ke balai polis untuk diambil keterangan. Di balai polis, Inspektor Rusman
menjelaskan, pihaknya telah memberkas Mahmood di sebuah klinik ketika lelaki itu sedang menerima rawatan kerana tersiram lilin batik.
Mahmood mempunyai rekod jenayah dan merupakan pekerja Syarikat Batik Rajawali. Pemilik syarikat tersebut ialah Mukhtar bin Yusof
dan kini pihak polis berusaha untuk memberkasnya.

Tiga hari selepas peristiwa kebakaran bengkel, Mokhsein datang ke bengkel Farid sekembalinya dari Singapura. Mokhsein berjanji akan
membantu Farid menjadi pembekal pakaian siap. Kata-kata itu memberi semangat semula ke dalam jiwa Farid. Zuraida pula menjelaskan,
kerana kekurangan ilmu dalam bidang perniagaan, dia mengikuti kursus luar kampus dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di UiTM.
Zuraida mencadangkan Farid menimba ilmu lagi kerana terdapat banyak kolej di Kuala Terengganu. Mukhtar kini berada di Penjara
Marang dan dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun atas kesalahannya mengupah tiga orang samseng untuk membakar bengkel
perusahaan batik Farid. Kemudian Farid dan Zuraida mengikuti Mokhsein serta isterinya menghadiri majlis perkahwinan Hartini Noor di
Kuantan.

BAB 1 WARISAN?

Kematian ayahnya Haji Badrul telah melemahkan perniagaan batik keluarga. Farid kerap mengingati pesan arwah bapanya, bahawa
perniagaan ibarat roda yang penuh cabaran. Farid tetap berfikir mampukan yang cetek ilmu perniagaan mewarisi dan meneruskan
perusahaan batik ayahnya yang kian malap dengan hutang yang banyak. Takkan ibunya, Hajah Zaoyah (56 tahun) yang menanggung
beban itu, abangnya Lotfi lebih 10 tahun berada di kerusi roda. Manakala abangnya Farhan telah meninggal dunia ketika tahun akhir di
UKM. Adik-adiknya Hanisyah dan Hisyam masih mentah. Farid terpaksa mengambil alih perniagaan keluarganya. Tomsiah merupakan
kerani yang berdedikasi telah membantu Farid. Menurut Kak Tom, hutang ayahnya bukan dengan pihak bank tetapi hutang runcit dengan
pembekal. Selain itu, Kak Tom memberikan gambaran kedudukan perniagaan keluarganya kepada Farid. Kak Tom memberikan nombor
telefon Encik Mokhsein yang dapat membantu Farid dalam selok-belok perniagaan.

BAB 2 MENGGAPAI AWAM

Punca kematian ayahnya dibangkitkan semula. Kata doktor ayahnya mengalami barah dalam perut (Hypertension). Walaupun ada yang
menyatakan ayahnya disantau Farid menerima sebagai takdir Allah. Farid menyakinkan dirinya bahawa orang muda sepertinya perlu
mencari ilmu dan sabar dalam perniagaan. Perniagaan batik ayahnya masih beroperasi seperti biasa tetapi ada sebilangan ejen yang
mengambil kesempatan tidak membayar hutang. Farid berbual-bual dengan Pak Nik (pekerja batik), menurut Pak Nik kuota pengeluaran
dikecilkan kerana bekalan bahan mentah menghasilkan batik makin kurang. Manakala batik keluaran mereka kurang laris di pasaran. Pak
Nik menasihati Farid bahawa dalam perniagaan ada pelbagai watak mesti diwarisi. Kak Tom menunjukkan Farid fail hutang dan meminta
Farid meminta bayaran kepada ejen yang masih berhutang lagi.

BAB 3 TITIAN NAGA

Suatu malam, keluarga Hajah Zaoyah makan malam bersama. Mereka bercerita banyak perkara. Ibunya menyedari bahawa Farid semakin
kurus dan masa bersosialnya kurang kerana sibuk menguruskan perniagaan keluarga. Ibu dan abangnya mendesak Farid menceritakan
masalah yang dialami semasa menguruskan perniagaan batik keluarga. Malam itu, Farid meluahkan masalahnya. Farid merasa malu
kepada diri sendiri kerana bangsa lain yang seusia dengannya mampu mengendalikan perniagaan. Ibunya berpesan bahawa dia tidak

mahu syarikat ayahnya dibubarkan kerana tinggalan ayahnya. Ibunya ingin menggadaikan barang kemas dan tanah untuk menyelamatkan
syarikat. Farid terfikir sebelum tidur tentang cadangan ibunya. Dia baru teringat cakap Kak Tom supaya berjumpa seseorang.

BAB 4 AZAM USAHAWAN MUDA

Farid pagi-pagi lagi ke tapak bangsal batik perusahaannya. Dia memikirkan prospek meluaskan perusahaan batiknya berasaskan keluasan
saiz tapak sedia ada. Pak Nik melihat Farid dan bangga kerana sifat kerja keras Haji Badrul ada pada Farid. Farid merupakan anak muda
mempunyai keazaman yang tinggi. Farid ingin mencontohi kawannya Abdul Kaber berketurunan India Malabor yang mempunyai kedai
kain kecil di Jalan Banggol dan Chew Teck Heng dari Kampung Cina yang menjual mi. Kawan Farid berniaga kecil-kecilan tetapi berjaya
kerana berkat kesabaran dan kecekapan dalam bidang perniagaan. Semangat kawannya itu menyebabkan Farid semakin yakin untuk
bersama dengan industri batiknya. Dalam mesyuarat Farid melontarkan idea bernas iaitu membincangkan usaha meningkatkan kualiti
batik perusahaannya di samping promosi efektif. Masalah kos turut dibincangkan. Kak Tom mencadangkan aset kurang produktif
hendaklah dijual sekali gus mengurangkan beban syarikat.

BAB 5 LANGKAH PERTAMA

Farid ke Jalan Tok Lam untuk berjumpa dengan Encik Mokhsein. Farid mendapat layanan yang baik daripada Encik Mokhsein yang suka
merendah diri dan gaya hidup sederhana. Encik Mokhsein amat tertarik dengan sikap Farid, anak muda yang berjiwa besar, inovatif dan
berpandangan jauh. Mereka berbincang tentang ilmu perniagaan dan peluang serta penglibatan orang Melayu khususnya dalam DEB.
Encik Mokhsein berterus-terang bahawa Haji Badrul banyak mengajarnya selok-belok dalam perniagaan ketika dia bekerja di Syarikat
Batik Nusantara milik keluarga Farid. Pendapat Encik Mokhsein sama dengan Pak Nik bahawa masalah perniagaan batik Haji Badrul kerana
khianat sesetengah syarikat lain akan kejayaan Haji Badrul. Bagi mengatasi pesaingan perusahaan batik yang lain dan kejam, Encik
Mokhsein mencadangkan kepada Farid berani mencari pasaran baharu dan idea-idea yang baik untuk dilakukan oleh Farid.

BAB 6 ILHAM DARIPADA ZURAIDA

Zuraida terkejut kedatangan Farid ke kedainya. Farid kagum dengan kegigihan Zuraida setelah sepuluh tahun mengusahaan perniagaan,
rakan sekelasnya sejak tingkatan satu membantu keluarganya mengusahakan kedai pakaian di bazar MARA, Jalan Bonggol dekat dengan
stesen bas lama. Ketika zaman persekolahan Zuraidah mencuri-curi untuk belajar ketika membantu ibunya berniaga di kedainya
sementara menunggu pelanggan datang membeli. Zuraida tetap merendah diri dan mengatakan perniagaannya kecil di kaki lima tidak
sehebat perusahaan Farid. Zuraida memberikan pandangan dalam perniagaan bahawa dia banyak bermodalkan petua ibunya supaya
sabar dan manis muka melayan pelanggan. Walaupun Zuraida sibuk melayan pelanggan yang tidak putus-putus, dia tetap berbual-bual

dengan Farid. Farid telah balik ke pejabatnya dan bercerita dengan Kak Tom bahawa dia semalam berjumpa dengan Encik Mokhsein dan
hari ini dengan Zuraida. Bagi Farid, dia kagum dengan Zuraida dan Encik Mokhsein merupakan usahawaan yang gigih dan perlu
dicontohi.

BAB 7 BATIK, CINTA

Farid telah mempelawa Zuraida makan tengah hari di Restoran Mail, seberang Jalan Bonggol. Zuraida memuji kehebatan Farid, bahawa
dia tidak menyangka pelajar 5 Sastera 1, Sekolah Menengah Seri Budiman sudah berjaya menjadi tauke besar. Farid merendah diri sambil
mengatakan dia menghadapi krisis dan perlukan bantuan seseorang. Zuraida sedia membantu Farid tanpa mengharapkan balasan.
Zuraida mencadangkan batik Farid dijual di kedainya. Farid menceritakan syarikatnya tidak dapat pusing modal kerana ada ejen yang
tidak jujur dan liat membayar hutang selepas batik dijual. Zuraida mencadangkan Farid memodenkan batik keluarannya agar pasaran
luas, mampu bersaing dan menenuhi cita rasa pelanggan terkini. Zuraida memberikan pelbagai idea dan perubahan untuk Faird supaya
melaku-lakukan perlahan-lahan demi menarik pelanggan khasnya pelancong yang semakin ramai berkat Tahun Melawat Malaysia. Selesai
makan dan menuju ke kedai Zuraida, Farid merasakan hatinya ada bibit-bibit cinta dengan Zuraida.

BAB 8 CORAK BAHARU

Di pejabat, Farid rancak memikirkan batik corak baharu yang agak moden. Zuraida mencadangkan batik canting yang agak moden
mengikut minat pelanggan. Kak Tom bersetuju dengan cadangan Farid supaya memodenkan batik perusahaan. Farid bercadang meminta
bantuan Encik Mokhsein bagi memberikan pandangan tentang projek memodenkan pengeluaran batiknya. Ketika berbincang dengan
Encik Mokhsein petang itu, Encik Mokhsein telah memuji Farid kerana contoh usahawaan yang hendak dilahirkan oleh DEB iaitu berdaya
saing untuk memajukan perusahaannya kerana ramai usahawaan Melayu muflis ekoran masalah-masalah peribadi yang remeh-temeh.
Encik Mokhsein bersetuju projek “Pembesaran Keupayaan Pengeluaran Batik Cap dan Perintis Batik Lukis Syarikat Batik Nusantara”
dilaksanakan segera. Menurut Encik Mokhsein, Farid masih muda walaupun lepasan SPM tetapi berpotensi untuk berjaya dalam
perniagaan. Encik Mokhsein yakin projek Farid bakal menaikkan maruah bangsa dan martabat industri kampung. Farid perlu mendalami
ilmu perniagaan jangka pendek oleh MARA dan MIDA. Encik Mokhsein berjanji akan membantu aspek pasaran agar produk Farid tidak
jatuh ke tangan ejen yang tidak bertanggungjawab. Selepas itu, Encik Mokhsein kerap bertanyakan perkembangan projek Farid. Farid
tidak bercadang menamatkan pengeluaran batik tradisi cuma dimodenkan untuk pasaran sekarang.

BAB 9 BATIK SUMBER REZEKI

Encik Mokhsein telah merasmikan bangsal yang baru dibina. Perasmian agak sederhana dan lebih kepada kenduri kesyukuran ekoran
tertegaknya bangsal baharu. Encik Mokhsein membawa sepupunya, Hartini Noor, graduan seni reka fabrik lepasan UITM kemudian
melanjutkan pelajaran di sebuah adademik seni tampak di Australia. Kehadiran Hartini Noor menimbulkan perasan cemburu Zuraida dan
dia meninggalkan majlis. Encik Mokhsein mencadangkan Farid mengambil belia tempatan sahaja sebagai pekerja bagi mengurangkan
kos. Dengan bantuan Atan, tujuh orang pekerja sudah disenaraikan namanya oleh Farid. Hartini meminta Farid memanggilnya kakak.
Hartini Noor menceritakan kepada Farid tentang kaedah, corak dan sejarah batik asli (sarung) serta pengalamannya belajar. Farid yakin
batik modennya mampu bersaing dengan syarikat batik lain dan tidak lupa janjinya hendak meletakkan batiknya dijual di gerai Zuraida.

BAB 10 MAAFKAN AKU, EDA

Zuraida terkejut bila farid muncul di gerainya pada pukul 10.15 pagi. Dia tidak menyangka Farida ada masa berjumpa dengannya
walaupun ada primadona batik modennya. Farid kurang senang dengan perasaan cemburu Zuraida. Akhirnya Farid menjelaskan Hartini
Noor bekerja secara kontrak sebulan sahaja dan dia telah bertunang sertanya umurnya 25 tahun menyebabkan Farid memanggilnya
kakak. Hartini Noor telah berjaya membimbing pekerja-pekerja kilang batik Farid dengan baik. Kerja mencanting batik atas kain sutera
yang dilakukan oleeh Hartini sangat halus. Farid mengajak Zuraida mengelilingi Semanjung sebagai strategi promosi dan yakin dengan
sifat semula jadi keperempuannya. Petang itu, Zuraida ke bengkel syarikat Farid dan dia terpukau melihat hasil kerja Hartini. Namun
Hartini merendah diri dan dia tidak mahu dianggap primadona malah upahpun dia tidak ambil kerana percubaan untuk mengangkat
martabat batik.

BAB 11 BARA DENDAM

Mukhtar marah jualan batiknya merosot walaupun komisen diberi 35%. Dia puas hati apabila melihat perniagaan batik Haji Badrul musnah
selepas kematian Haji Badrul. Namun Mukhtar amat marah apabila mendapat tahu batik keluaran syarikat Rajawali miliknya susah laku
kerana batik moden kini menambat hati pengguna. Mokhtar mengganggap Farid, budak mentah tidak mampu berbuat apa-apa
meyelesaikan masalah syarikat awrah bapanya. Bagaimanapun Mukhtar mula risau apabila mendapat tahu Farid pernah datang ke pejabat
Mokhsein dan berbaik dengan Zuraida, anak saudaranya. Mukhtar datang ke gerai Zuraida dan memarahinya kerana menjual batik moden
milik syarikat Farid. Zuraida mempertahankan haknya, tetapi Mukhtar mengugutnya jika terus menjual batik moden keluaran syarikat
Farid. Zuraida mula terpikir, mungkin Mukhtar dalang kepada kemusnahan syarikat milik keluarga Farid pada masa dahulu. Farid pula
telah mendapat surat layang. Hal ini membimbangkan keluarga Farid tetapi dia tidak takut kerana menyedari ugutan tersebut kerana

cemburu dengan bengkel baharunya berupaya menghasilkan corak lebih moden, namun ibunya berazam melaporkan surat layang
kepada pihak polis.

BAB 12 SAMSENG

Pagi-pagi sebelum ke tempat kerja, Farid mendapat panggilan daripada Zuraida. Zuraida ingin berjumpa dengan Farid kerana ada perkara
penting. Farid tergesa-gesa berjumpa dengan Zuraida. Zuraida memberitahu Farid kerana ada orangg mengugut gerainya akan
dirobohkan sekiranya menjual batik moden syarikat Farid. Oleh itu, Zuraida terpaksa menutup gerainya dan mengajak Farid ke rumahnya
di Kampung Tanjung untuk menceritakan perkara rahsia. Ibu Zuraida suka Farid berkawan dengan anaknya dan berharap Mukhtar, bapa
saudara Zuraida tidak mengganggu hubungan anaknya. Farid risau dan berasa bersalah kerana hubungannya dengan Zuraida
menimbulkan kemarahan Mukhtar dan bunyinya hampir sama dengan surat layang. Manakala di bengkel Farid pula, Mahmood membuat
kekacauan kononnya sebelum ini Masri dan Azmi merupakan bekas pekerja syarikat majikannya yang dirampas olrh Syarikat Batik
Nusantara. Hartini Noor yang ketakutan meminta bantuan Pak Nik. Melihat Azmi diperlakukan kasar oleh Mahmood menyebabkan Masri
ingin membantu tetapi Mahmood mencurahkan lilin panas ke muka Masri. Mahmood lari dan Pak Nik bercadang ingin melaporkan
kepada pihak polis. Kepulangan Farid ke syarikatnya disambut dengan aduan kekacauan tersebut.

BAB 13 API

Jam 2 pagi, keluarga Hajah Zaoyah terjaga kerana berlaku kebakaran di bangsal batik baharunya. Tiga lembaga berlari meninggalkan
kawasan itu dan menuju ke keretanya lalu memecut. Farid berusaha memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api tetapi
gagal. Jiran-jirannya membantu sebelum pasukan bomba datang. Farid merasa sedih melihat bengsal batik modennya yang dibinanya
tidak sampai sebulan musah dan sebahagian besarnya tinggal rangka . Siasatan mendapati 75% harta benda musnah. Dalam kesedihan
Farid menyakinkan abangnya bahawa kebakaran bengsal batik modennya ada kaitan dengan ugutan surat layang yang diterimanya.
Ibunya telah menyerahkan surat layang tersebut kepada Pak Nik untuk dilaporkan kepada pihak polis. Ibu dan abangnya menasihati Farid
menerima takdir Tuhan selepas solat subuh. Keesokan paginya, kawasan kebakaran menjadi tumpuan. Masing-masing terkejut. Pekerja
bahagian batik asli diminta bekerja seperti biasa. Hartini Noor terkejut tetapi kagum dengan ketenangan dan kesabaran Farid. Pihak polis
mengesahkan kebakaran berkaitan dengan surat layang dan kekacauan oleh Mahmood. Tengah hari Zuraida datang melawat Keluarga
Farid dan bersimpati. Inspektor Ruzman menjelaskan bahawa Mukhtar, pemilik Syarikat Batik Rajawali punca segalanya.

BAB 14 OMBAK

Mukhtar ditahan di lokap Balai polis Daerah Kuala Terengganu. Dia didakwa mengupah tiga samseng membakar bangsal batik moden
syarikat Farid. Tiga hari kemudian, Encik Mokhsein yang baru balik dari Singapura. Menurut Encik Mokhsein punca segalanya berlaku
kerana sifat hasat dengki, dia juga menerima ugutan sejak berbaik-baik dengan Farid. Encik Mokhsein menyampaikan berita baik kepada
Farid bahawa butik dari Singapura dan Kuala Lumpur ingin melanggan batik moden keluaran perniagaan Farid. Selain itu, Encik Mokhsein
merancang mencarikan Farid peluang mengadakan pertunjukan kesenian anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Farid
terhutang budi dengan Encik Mokhsein, Zuraida dan Hartini Noor yang banyak membantu. Zuraida pula melanjutkan pelajaran di Dungun
dalam bidang pertadbiran perniagaan. Mahkamah Rendah Terengganu menjatuhkan hukuman bahawa Mukhtar didapati bersalah dan
akan meringkuk tiga tahun dalam penjara di Marang. Mukhtar berbuat jahat kerana kemerosotan jualan batik dan hutang syarikatnya.
Farid bermimpi Mukhtar datang meminta maaf dan insaf. Mokhsein datang mengajak Farid dan Zuraida ke majlis perkahwinan Hartini
Noor di Kuantan. Ibu Farid mengusik anaknya tetapi Farid menjelaskan bahawa dia masih muda untuk berkahwin kerana hendak
menyambung pelajaran dahulu.


Click to View FlipBook Version