Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 5 Oleh: Cikgu Azlizah Ab Rahman
Tema 1: Anda Bersih, Anda Sihat SENARAI PERIBAHASA MENGIKUT TEMA B U K U T EKS T I N G K A T A N 5 DUIT TEPI. (HAL. 32) Maksud: Pendapatan sampingan atau wang tambahan BELUKAR SUDAH MENJADI RIMBA. (HAL. 9) Maksud: Kesalahan yang tidak dapat diperbaiki lagi. By: CikguAz Creation Tema 2 - Sukan dan Rekreas MALANG TAK BERBAU. (HAL. 17) Maksud: kecelakaan yang tidak dapat diketahui sebelumnya. Tema 3 - Kerjaya Meniti Jaya Tema 4- Bersatu Kita Teguh DUDUK SAMA RENDAH BERDIRI SAMA TINGGI. (HAL. 46) Maksud: orang yang sama darjat.
SENARAI PERIBAHASA MENGIKUT TEMA B U K U T EKS T I N G K A T A N 5 By: CikguAz Creation SUDAH TERHANTUK BARU TENGADAH. (HAL. 68) Maksud: Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringatingat. Tema 5- Pendidikan untuk Semua INGAT SEBELUM KENA JIMAT SEBELUM HABIS. Maksud: Selalu berhati-hati supaya tidak tertipu atau kehabisan harta. SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA. Maksud: Sebelum mengerjakan atau melakukan sesuatu hendaklah difikir habis-habis. / Fikir masak-masak sebelum berbuat sesuatu supaya jangan menyesal. NASI SUDAH MENJADI BUBUR Maksud: Sudah terlanjur, tidak dapat diubah lagi. MASA ITU UMPAMA EMAS / MASA ITU EMAS. (HAL. 61) Maksud: Masa itu sangat berharga.
SENARAI PERIBAHASA MENGIKUT TEMA B U K U T EKS T I N G K A T A N 5 By: CikguAz Creation Tema 6-Sains, Teknologi dan Inovasi SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN. (HAL. 106) Maksud: Berwaspada sebelum ditimpa kesusahan. GADING MANA YANG TIDAK RETAK / TAK ADA GADING YANG TAK RETAK. Maksud: Tidak ada sesuatu yang betul-betul sempurna Tema 7 - Pertanian, Penternakan dan Perikanan Tema 8- Melancong Mencari Makna BUMI MANA YANG TIDAK DITIMPA HUJAN. (HAL. 107) Maksud: Setiap orang pasti pernah melakukan kesilapan. Tema 9- Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan GULUNG TIKAR. (HAL. 120) Maksud: Muflis Tema 10- Alam Sekitar dan Teknologi Hijau
SENARAI PERIBAHASA MENGIKUT TEMA B U K U T EKS T I N G K A T A N 5 By: CikguAz Creation Tema 11 - Dunia Selamat Milik Kita BERSEKUTU BERTAMBAH MUTU. (HAL. 144) Maksud: Bekerjasama antara satu sama lain akan menghasilkan kecemerlangan. UMPAMA SIRIH, MENJALAR DULU KEMUDIAN MELILIT, BARULAH MEMANJAT PUNCAK JUNJUNG. Maksud: Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dikerjakan mengikut aturannya. BERTAKUK DITEBANG, YANG BERGARIS DIPAHAT. Maksud: Mengikut peraturan (adat, resam) yang lazim IBARAT TELUR SESANGKAK, PECAH SEBIJI, PECAH SEMUA Maksud: Kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain menerima akibatnya. ANAK BUAH. (HAL.144) Maksud: Pekerja di bawah jagaan kita. SAKIT SAMA MENGADUH, LUKA SAMA MENYIUK. Maksud: Sama-sama bertanggungjawab.
SENARAI PERIBAHASA MENGIKUT TEMA B U K U T EKS T I N G K A T A N 5 By: CikguAz Creation ADAT DIKELEK, HUKUM DIJUNJUNG. (HAL.160) Maksud: Adat dikuatkuasakan dan undang-undang ditegakkan. Tema 12- Kebudayaan, Kesenian dan Estetika AIR TANGAN. (HAL. 157) Maksud: Masakan seseorang ADAT SEPANJANG JALAN, CUPAK SEPANJANG BETUNG. (HAL. 161) Maksud: Tiap-tiap perbuatan ada peraturannya, tiap-tiap negeri mempunyai kebiasaannya. DISURUH PERGI, DIPANGGIL DATANG. Maksud: Perihal seseorang yang patuh menurut perintah. TAK LAPUK DIHUJAN, TAK LEKANG DIPANAS. Maksud: Adat yang tidak berubah, sesuatu yang sudah utuh. DICABUT LAYU, DIUBAH MATI. Maksud; Tidak dapat diubah lagi (keputusan) LANGKAH BENDUL. Maksud: Adik berkahwin lebih dahulu dari kakaknya. Tema 13- Jati Diri, Warganegara Patriotik JONG PECAH YU YANG KENYANG Maksud: Jika ada kerusuhan tentu ada orang yang mendapat keuntungan daripada kerusuhan itu; kerugian bagi seseorang, keuntungan bagi orang yang lain
SENARAI PERIBAHASA MENGIKUT TEMA B U K U T EKS T I N G K A T A N 5 By: CikguAz Creation CELIK HURUF. (HAL. 185) Maksud: Orang yang tahu membaca dan menulis. Tema 14 - Citra Bahasa dan Sastera Kita BAHASA IBUNDA. (HAL. 182) Maksud: Bahasa yang dituturkan oleh sesuatu kaum. IKUT RESMI PADI, MAKIN BERISI MAKIN TUNDUK. (HAL. 188) Maksud: Makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat makin merendah diri. MELENTUR BULUH BIARLAH DARIPADA REBUNGNYA. (HAL. 189) Maksud: Mendidik anak-anak biarlah ketika anak itu masih kecil. MEMBACA MEMBUKA MINDA. (HAL. 186) Maksud: Dengan membaca memudahkan kita berfikir. NAMA PENA. (HAL. 190) Maksud: Nama yang digunakan oleh penulis pada karyanya. BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA. (HAL. 191) Maksud: Bahasa ialah ciri pengenalan atau identiti bangsa. JANGAN IKUT RESMI AYAM, BERTELUR SEBIJI RIUH SEKAMPUNG, IKUTLAH RESMI PENYU, TELUR BERIBU TAK SIAPA TAHU. / PENYU BERTELUR BERATUS-RATUS SENYAP, AYAM BERTELUR SEBIJI RIUH SEKAMPUNG. Maksud: Orang yang berusaha dalam senyap beroleh banyak hasil berbanding yang sedikit diperoleh tetapi diheboh-hebohkan.
SENARAI PERIBAHASA MENGIKUT TEMA B U K U T EKS T I N G K A T A N 5 By: CikguAz Creation DI MANA AIR BERTAKUNG, DI SITU IKAN BERKAMPUNG. Maksud: Di mana-mana tempat berpeluang mencari rezeki orang akan bertumpu. Tema 15-Industri Cemerlang, Negara Gemilang DUDUK SAMA RENDAH, BERDIRI SAMA TINGGI Maksud: Orang yang sama sedarjat. SENDUK BESAR TAK MENGENYANG. Maksud: Janji sahaja yang banyak dibuat tetapi tidak ditepati. DARIPADA SEGENGGAM, JADI SEGANTANG. (HAL. 205) Maksud: Bernasib baik. BAK CENDAWAN TUMBUH SELEPAS HUJAN. (HAL. 198) Maksud: Terlalu banyak pada sesuatu masa.
SENARAI PERIBAHASA MENGIKUT TEMA B U K U T EKS T I N G K A T A N 5 By: CikguAz Creation BUKIT SAMA DIDAKI, LURAH SAMA DITURUNI. (HAL. 221) Maksud: Sepakat Tema 16- (seia sekata) BA Integriti IK HATI. (HAL. 217) Maksud: Bersikap baik dan penyayang (suka menolong) MEMBALAS BUDI. Maksud: Balas jasa dan berterima kasih KETAM MENGAJAR ANAKNYA BERJALAN BETUL Maksud: Orang yang hanya tahu memberi nasihat tetapi dia sendiri tidak melakukan sedemikian. HUTANG BUDI / BERHUTANG BUDI. (HAL. 208) Maksud: Kebaikan yang diperoleh dan wajar dibalas. MALANG TIDAK BERBAU. Maksud: Kecelakaan yang tidak dapat diketahui sebelumnya. ANAK AYAM KEHILANGAN IBU. Maksud: Kesusahan yang dialami oleh seseorang apabila dirinya kehilangan tempat bergantung. KURANG AJAR. (HAL. 209) Maksud: Tidak bersopan, kurang adab, kurang beradab ORANG TUA. Maksud: Ibu bapa BUAH TANGAN. (HAL. 210) Maksud: 1. Barang yang dibawa dari perjalanan. 2. Hasil pekerjaan. DARAH DAGING. (HAL. 212) Maksud: Anak dan saudara-mara dari keturunan sendiri.
Terima Kasih