BAHASA
MELAYU
TINGKATAN TIGA
Karangan Jenis
Berita
Tips Penulisan
1.Fahami kehendak soalan secara menyeluruh.
2.Isi berita yang paling penting perlu didahulukan, manakala isi
berita yang kurang penting dikemudiankan.
3.Bahasa yang digunakan mestilah mudah dan padat dan
elakkan menggunakan ayat yang panjang.
4.Sebelum menulis karangan tersebut, murid perlu mengetahui
6 persoalan iaitu:
i) Apa- Apakah peristiwa yang berlaku dan menjadi tema atau
intipati berita atau maklumat utama kepada keseluruhan
berita.
ii) Bila- Bilakah masa sesuatu peristiwa itu berlaku dan tarikh
serta hari kejadian berlaku perlu ditulis dengan jelas.
iii) Di mana- Dimanakah tempat di mana berlakunya sesuatu
peristiwa tersebut dan perlu ditulis dengan jelas dan penuh.
iv) Siapa- Siapakah nama-nama yang terlibat dalam peristiwa
tersebut dan nama-nama perlu ditulis dengan lengkap.
v) Mengapa- Mengapa sebab-sebab peristiwa itu berlaku perlu
ditulis dengan lengkap.
vi) Bagaimana- Bagaimana cara peristiwa itu berlaku dan
urutan perkembangan sesuatu peristiwa perlu diterangkan.
1 Tajuk
Tajuk berita perlu diletakkan di
tengah kertas karangan bahagian
atas.
2 Nama tempat
Nama tempat ditulis di sebelah kiri
perenggan pertama dengan
menggunakan huruf besar
sepenuhnya dan diikuti dengan tanda
koma.
Format 3 Hari
Hari ditulis selepas nama tempat dan
Karangan Berita dibubuh tanda sempang sebelum
memulakan perenggan pertama.
Contoh Karangan
Berita
Soalan 1:
Pada minggu lalu,
beberapa orang murid di
sekolah kamu telah
mengalami keracunan
makanan. Tulis berita
tentang kejadian itu.
Contoh Karangan
Berita
Soalan 2
Kamu berpeluang mengunjungi pameran
buku yang telah diadakan di tempat kamu.
Sebagai wartawan majalah sekolah, kamu
ditugaskan menulis satu berita tentang
pameran buku tersebut untuk dimuatkan
ke dalam majalah sekolah.
Sediakan berita kamu itu selengkapnya.
Latihan
Sila buat latihan karangan berita
bertajuk 'Penganjuran Pameran
Halal Antarabangsa Malaysia
(MIHAS)' berdasarkan isi yang
telah diberi dalam buku Modul
Aktiviti Mesra Digital pada muka
surat 124.
Selamat Mengarang
Terima Kasih
kerana hadir ke dalam kelas pada hari ini.
Cikgu sayang kamu semua.