The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by akmanabilahsaleh, 2021-08-23 21:28:58

Bacaan Tahun 2

Bacaan Tahun 2

Petikan
1

Ini gajah. Gajah mempunyai badan
yang besar. Gajah juga mempunyai
sepasang telinga yang besar. Gajah
mempunyai dua pasang kaki yang
besar. Kulit gajah sangat tebal dan
keras. Ekornya pula pendek. Gajah
makan tebu dan buah-buahan. Gajah
mengambil makanan menggunakan
belalai.

Petikan
2

Nama saya Mei Mei. Saya belajar di
tadika Mesra. Saya dapat ramai kawan-
kawan yang baik. Nama kawan-kawan saya
ialah Upin, Ipin, Farid, Ismail, Shanti, Fizi dan
Jarjit. Setiap hari kami berkumpul dan bermain
bersama-sama. Selepas itu saya akan balik
mandi dan makan bersama keluarga.

Petikan
3

Nama saya Ramu Saya sangat
meminati komputer.. Pada ulang tahun
kelahiran saya, ibu saya telah
menghadiahkan saya sebuah komputer
meja. Saya berasa gembira dan bangga
mendapat komputer peribadi. Banyak
perkara yang dapat saya lakukan
menggunakan komputer tersebut.

Petikan
4

Ini kereta bapa saya. Kereta bapa saya
berwarna merah. Setiap hari bapa
memandu keretanya tempat kerja. Pada
setiap hari Ahad, bapa akan membawa
kami sekeluarga bersiar-siar ke tempat yang
berhampiran. Setiap kali cuti sekolah ayah
akan membawa kami ke kampung di Pulau
Pinang.

Petikan
5

Singa merupakan haiwan yang cergas.
Singa hidup di hutan. Makanan singa ialah
haiwan lain seperti rusa, kerbau, kuda
belang. Singa berburu untuk mendapat
makanannya. Dalam cerita dongeng
kanak-kanak singa digelar sebagai raja di
hutan kerana keberanian serta
ketangkasannya.

Petikan
6

Pokok pisang adalah sejenis pokok
yang sangat berguna kepada manusia.
Buah pisang sangat sedap dimakan
Jantung pisang pula boleh digunakan . untuk
masakan begitu juga tandan pisang dan
dikatakan amat baik untuk kesihatan. Daun
pisang boleh digunakan sebagai alas
makanan serta pembungkus makanan. Selain
itu batang pisang boleh diproses
membuat tali dan guni.


Click to View FlipBook Version