The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KERTAS TEKNIKAL 10PIN BOWLING MSSDJJ 2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by akmanabilahsaleh, 2024-05-20 21:51:34

TEKNIKAL TENPIN BOLING MSSD JEMPOL

KERTAS TEKNIKAL 10PIN BOWLING MSSDJJ 2024

UNDANG UNDANG DAN PERATURAN KEJOHANAN BOLING TENPIN MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH NEGERI SEMBILAN 2024 MSSD JEMPOL Disediakan oleh : Noridah binti Abdur Rehiman Pengerusi Teknik Permainan Tenpin Boling 019 3345229


UNDANG UNDANG DAN PERATURAN PERMAINAN TENPIN BOLING MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH ( DAERAH JEMPOL ) 1 UNDANG-UNDANG PERMAINAN 1.1. Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, maka pertandingan ini akan dijalankan mengikut Peraturan Pertandingan Kongres Tenpin Bowling Malaysia (MTBC). 1.2. Sekiranya timbul perselisihan dari segi pentafsirannya, undang-undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi. 1.3. Kejadian di luar dugaan dan tidak terdapat dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut: 1.3.1 Semua peraturan am akan diputuskan berasas kepada PERATURAN AM MSSM. 1.3.2 Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan berasas kepada Peraturan MTBC. 1.3.3 Semua keputusan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan MSSDJJ. 2 JENIS DIPERTANDINGKAN 2.1 Lelaki / Perempuan 2.2 Perseorangan dan Berkumpulan 2.3 Had Umur 2.3.1 12 tahun dan ke bawah 2.3.2 15 tahun dan ke bawah 2.3.3 18 tahun dan ke bawah 3 PENDAFTARAN PEMAIN / PEMBENTUKAN PASUKAN 3.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua pasukan sekolah dalam daerah Jempol Negeri Sembilan. 3.2 Setiap sekolah hanya boleh mendaftarkan MINIMUM 4 atau MAKSIMUM 10 pemain lelaki dan perempuan bagi setiap kategori. 3.3 Senarai nama peserta yang mengambil bahagian hendaklah ditandatangani oleh Pengurus Pasukan dalam borang pendaftaran dan R02. Salinan surat beranak / MyKid yang lengkap semasa pendaftaran. (Gambar tidak diperlukan) 3.4Pelajar mesti berdaftar dengan sekolah tersebut dan dikepilkan sekali Borang Pengesahan Kesihatan bagi setiap pelajar


3.5 Jumlah pegawai ke peringkat negeri dan kebangsaan. P L18 P18 L15 P15 L12 P12 JUM Ketua Kontingen 1 1 Pengerusi Teknik 1 1 Pengurus 3 3 Jurulatih 1 1 1 1 1 1 6 Peserta 4 4 4 4 4 4 24 Jumlah 5 5 5 5 5 5 5 35 4 SISTEM PERTANDINGAN 4.1 Peserta-peserta kategori 18 tahun dan 15 tahun ke bawah akan bermain empat (4) “games” manakala peserta-peserta kategori 12 tahun dan ke bawah akan bermain tiga (3) “games” dengan peserta dengan jumlah jatuhan pin keseluruhan tertinggi adalahpemenang. 4.2 Hadiah disediakan bagi tempat pertama hingga keempat bagi acara individu dan juga berkumpulan 4.3 Penyertaan adalah terbuka kepada semua pasukan sekolah dalam Daerah Jempol 4.4 Individu yang membuat jatuhan pin terbanyak/tertinggi dikira sebagai pemenang. 4.5 Sekiranya seri, maka keputusan ditentukan berdasarkan jumlah jatuhan pin permainan terakhir. Jika masih seri jatuhan pin permainan kedua terakhir diambilkira dan seterusnya. 4.7 Undian lorong akan dilakukan pada hari pertandingan.


5 DISIPLIN / PAKAIAN PEMAIN 5.1 Semua pasukan mesti memakai pakaian seragam atau baju T sekolah masing-masing. 5.2 Peserta-peserta dikehendaki memakai seluar panjang sekolah atau seluar hitam slack (jeans tidak dibenarkan) dan baju atau ‘T’ shirt berkolar (tuck in) dan kemas. Seluar yang banyak poket,seluar paraslutut dan seluar pendek tidak dibenarkan sama sekali. 5.3 Pelajar perempuan dibenarkan menggunakan seluar trek hitam (tidak ketat) manakala pelajar sekolah rendah dibenarkan menggunakan baju berkolar bulat. 5.4 Baju dan seluar sesuatu pasukan haruslah mempunyai warna yang seragam 5.5 Peraturan berpakaian pelajar sekolah perlu dipatuhi oleh setiap peserta sepanjang kejohanan. 5.6 Pemain yang gagal mematuhi Peraturan Berpakaian tidak dibenarkan meneruskan permainan. 5.7 Pelajar yang berambut ’punk’ , mewarnakan rambut dan memakai topi, bersubang tidak dibenarkan sama sekali menyertai pertandingan. 5.8 Pelajar dikehendaki mematuhi semua peraturan sebagai seorang pelajar dan peraturan pertandingan. 6 MELAPOR DIRI 6.1 Semua pelajar mesti melapor diri selewat-lewatnya 30 minit sebelum sesuatu acara bermula. 6.2 Peserta yang lewat akan kehilangan kelayakan dalam sesuatu acara. Peraturan ini berkuatkuasa dalam acara yang dipertandingkan.


7 MENARIK DIRI. 7.1 Pemain yang ’walk over’ atau menarik diri atas sebab yang dibenarkan akan diberi “blind score” seperti berikut : KATEGORI LELAKI PEREMPUAN B 12 50 40 B 15 50 40 B 18 50 40 8 GANGGUAN PERMAINAN 8.1 Pengerusi Teknik Pertandingan mempunyai kuasa muktamad untuk membuat arahan permainan yang terganggu disambung pada sepasang lorong baru sekiranya lorong di mana permainan itu berlangsung mengalami kerosakan mesin. 8.2 Permainan (game) yang terganggu itu mesti disambung dari frame di mana gangguan itu berlaku. 9 BERMAIN DI ATAS LORONG YANG SALAH 9.1 Bila seseorang pemain bermain di atas lorong yang salah dan kesalahan ini ditemui sebelum peserta lain membuat balingannya, maka balingan itu dianggap sebagai “Bola Mati” (Dead Ball) dan pemain tersebut dikehendaki bermain frame yang kemudiannya pada lorong yang salah tadi. 9.2 Sekiranya kesalahannya itu hanya ditemui selepas pemain kemudian membaling bolanya, maka mata yang diperolehi itu akan diambil kira dan pemain tersebut dikehendaki bermain semula frame yang kemudiannya pada lorong yang salah tadi. 9.3 Sekiranya kesalahan itu hanya ditemui sebelum pemain kedua membaling, skor akan dibatalkan dan pemain tersebut dikehendaki membaling semula pada lorong yang sebenar.


10 MEMPERLAHANKAN PERMAINAN ( SLOW BOLING ) 10.1 Seseorang peserta yang bersedia untuk mmbaling bolanya harus mengetahui tentang hak dan obligasinya seperti berikut:- 10.1.1 Seseorang peserta untuk bermain terlebih dahulu (right of way) terhadap pemain yang berada di atas lorong sebelah kirinya 10.1.2 Mereka harus memberi laluan kepada pemain yang berada di atas lorong sebelah kananannya. 10.1.3 Semua pemain harus bersedia untuk bermain bila sampai gilirannya dan tidak harus melambatkan permainan itu. 10.1.4 Sekiranya didapati ada pemain yang tidak mematuhi peraturan di atas, dia akan diberi amaran dengan isyarat Kad Putih untuk kesalahan pertama (tiada penalti) dan Kad Kuning atas kesalahan kedua (tiada penalti). Untuk kesalahan ketiga dan berikutnya dalam sesuatu blok permainan, pemain tersebut akan diberi kad Merah dan dan sifar (0) mata untuk frame tersebut. 11 KEHILANGAN SKOR KETIKA GANGGUAN LETRIK 11.1 Sekiranya berlaku sebarang black out dalam tv monitor di mana skor sesuatu permainan yang sedang berlangsung itu hilang dan tidak dapat dipulihkan, maka pemain-pemain yang berkenaan dikehendaki bermain semula game tersebut. Akan tetapi jika skor telah dicatatkan, maka permainan akan bersambung dari frame di mana permainan tersebut berhenti sebelum ini. 11.2 Games yang mana skornya telah direkodkan itu akan dikekalkan. 11.3 Pasukan dan pemain tidak boleh mengambil kesempatan ini untuk meminta sesuatu permainan itu dibatalkan atau dimainkan semula pada waktu black out seumpama ini.


12 LARANGAN (PROHIBITION) 13.1 Pemain - pemain adalah dilarang merokok , minum minuman keras atau di bawah pengaruh alkohol atau dadah . Jika didapati ada pelajar terlibat maka penyertaannya dibatalkan. 13.2 Pengerusi teknik pertandingan akan membawa kes ini kepada jawatankuasa teknikal supaya peserta ini digantung daripada seluruh pertandingan. Pemain tersebut akan dikenakan tindakan disiplin dan akan memaklumkan secara bertulis kepada pengurus pasukan , pengetua sekolah dan pengarah pendidikan negeri. 13 BANTAHAN 14.1 Sebarang bantahan bertulis hendaklah dibuat selepas 15 minit sesuatu kategori selesai dipertandingkan. Bantahan lisan tidak akan diambil kira. Surat bantahan hendaklah ditandatangani oleh pengurus pasukan dan diserahkan kepada pengarah kejohanan. 14.2 Sebarang bantahan mestilah diiringi dengan yuran RM100.00 untuk satu bantahan. Wang bantahan tidak akan dikembalikan jika sebab bantahan tidak berasas. 14 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN 14.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusan adalah muktamad.


JADUAL KEJOHANAN BOLING TENPIN MSSD JEMPOL TARIKH PENGESAHAN PENDAFTARAN MASA BLOK KATEGORI SELASA 26.6.2023 9:00 pg 9:30 pg 1 BAWAH 12 THN LELAKI 9:30 pg 2 BAWAH 12 THN PEREMPUAN 11:00 pg 11:30 pg 1 BAWAH 15 THN LELAKI 11:30 pg 2 BAWAH 15 THN PEREMPUAN 1:30 tgh 2:00 tgh 1 BAWAH 18 THN LELAKI 2:00 tgh 2 BAWAH 18 THN PEREMPUAN PENYAMPAIAN HADIAH


Click to View FlipBook Version