SERIGALA DENGAN
ANAK BIRI-BIRI
Pada suatu hari, seekor anak biri-biri sedang meragut rumput dengan sekawan
biri-biri yang lain. Tiba-tiba anak biri-biri ternampak rumput yang segar di tengah
padang.Ia pergi ke arah rumput tersebut untuk dimakan.
Ia pun meragut rumput itu.Semakin lama,
ia semakin jauh daripada biri-biri lain.
Ketika anak biri-biri sedang makan rumput,
ia tidak sedar seekor serigala datang
semakin hampir dengannya.
Apabila serigala itu menerkam anak biri-biri, ia cepat-cepat
merayu kepada serigala.
“Tolong, jangan makan saya. Sekarang
perut saya penuh dengan rumput. Jika
kamu tunggu sekejap, saya bertambah
sedap untuk dimakan.”
Serigala fikir itu perkara yang baik “Tolong ambil loceng pada leher saya.
dan ia duduk untuk menunggu. Tiba- Jika kamu bunyikan loceng itu sekuat
tiba anak biri-biri mendapat satu akal. mungkin, makanan di dalam perut saya
lebih cepat untuk dihadam.” kata si
Wah tak
sabarnya nak anak biri-biri.
makan
Serigala mengambil loceng, lalu membunyikannya sekuat mungkin
kerana tidak sabar untuk memakan hidangan yang di depan mata.
Pengembala biri-biri mendengar bunyi loceng, lalu menyuruh
anjingnya mencari anak biri-biri yang hilang itu.
Salakan anjing menakutkan serigala. Dengan sekuat hati,
serigala melarikan diri dan anak biri-biri pun selamat
PENGAJARAN
Bertubuh kecil bukanlah sesuatu halangan
untuk seseorang berfikiran bijak.
TAMAT