The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-ipgp23240904, 2024-02-22 09:12:28

PUISI MELAYU TRADISIONAL

Tugasan 1 BMMB1104

Keywords: puisi tradisional

PUISI TRADISIONAL DIHASILKAN OLEH : KHUWARIZMIE ALIMAN 0-0-0-0-0-0-0-0-0-0-0-0-0 0-0-0-0-0-0-0-0-0-0-0-0-0


: KHUWARIZMIE BIN ALIMAN : A1 : BMMB 1104 : KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU : DR. NOR ANITA BINTI MAT ISA TUGASAN 1 PENGHASILAN PRODUK NAMA UNIT KOD KURSUS NAMA KURSUS PENSYARAH


ISI KANDUNGAN PENGENALAN PUISI TRADISIONAL PANTUN SYAIR GURINDAM SELOKA RUMUSAN RUJUKAN


Assalamualaikum wbt, Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana saya telah diberikan masa yang mencukupi untuk menyiapkan tugasan ini. Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk melaksanakan tugasan ini dari pengenalan hingga kesimpulan. Pertama sekali, saya ingin berterima kasih kepada pensyarah saya, Dr. Nor Anita Mat Isa kerana telah memberi peluang kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Saya juga sangat bersyukur kerana beliau telah memberikan bimbingan kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Semua ilmu yang diberikan sangat berguna bagi membantu saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Akhir sekali, saya berharap agar tugasan saya ini akan memuaskan semua pihak. Saya juga ingin memohon maaf jika ada berlaku kesilapan atau kesalahan dalam tugasan ini dan akan berusaha untuk memperbaiki di masa hadapan. PENGHARGAAN


Puisi tradisional merupakan susunan perkataan dalam bentuk karangan berangkap atau bentuk pengucapan mengikut susunan tersendiri yang istimewa dan kreatif. Ianya berbeza dengan pengucapan biasa yang lazimnya digunakan dalam pertuturan sehari-hari serta bahasa yang mementingkan kebenaran daya intelektual dan logika. Puisi tradisional juga dikenali sebagai puisi lisan yang berkembang dalam kesenian rakyat. Terdapat beberapa jenis puisi tradisional seperti pantun,seloka,gurindam,syair dan sebagainya. PENGENALAN


PANTUN


Pantun merupakan puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak zaman-berzaman lagi. Pantun terdiri daripada empat baris serangkap, empat perkataan sebaris, mempunyai rima a, b, a, b dengan beberapa variasi dan pengecual ian.Setiap rangkap terbahagi kepada dua, iaitu rangkap pembayang dan rangkap maksud. Harun Mat Piah (1989), telah memberikan definisi pantun berdasarkan aspek dalaman dan aspek luaran atau struktur visualnya. Aspek dalaman pantun mel iputi unsur estetik dan isi (tema dan persoalan). Unsur estetik pantun dapat di l ihat berdasarkan dua aspek. Pertama, yang berkaitan dengan penggunaan lambang-lambang tertentu yang terdapat dalam pantun mengikut tanggapan dan pandangan dunia masyarakat melayu. Kedua, berdasarkan hunbungan makna antara pasangan pembayang-pembayang dengan pasangan maksud sama ada secara konkrit atau abstrak. DEFINISI


PANTUN NASIHAT PANTUN AGAMA PANTUN JENAKA PANTUN PENDIDIKAN PANTUN KIASAN JENIS-JENIS PANTUN Sebuah pantun wujud dalam satu rangkap yang sempurna dari segi maknanya. Setiap rangkap pantun terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pembayang dan satu lagi bahagian maksud. Bagi pantun empat kerat, baris satu dan dua adalah pembayang, manakala baris tiga dan empat adalah maksud. Bagi pantun dua kerat pula, baris pertama adalah pembayang dan baris kedua adalah maksud. Rima atau bunyi akhir di hujung baris adalah sejajar. Bagi pantun dua kerat rima akhir dalam bentuk 'a,a'. Bagi pantun empat kerat pula, rima akhir berbentuk 'a,b,a,b'. BENTUK & CIRICIRI


FUNGSI PANTUN Pantun ini memi l iki tujuan memberikan nasihat atau pelajaran kepada pembaca. Pantun kiasan adalah suatu bentuk pantun yang menggunakan bahasa kiasan atau metafora untuk menyampaikan pesan atau makna tertentu. Pantun pendidikan mengajak untuk menghargai pentingnya pendidikan dan i lmu pengetahuan. PANTUN KIASAN PANTUN PENDIDIKAN PANTUN NASIHAT


CONTOH PANTUN & MANIFESTASI AKAL BUDI Puas sudah menanam ubi, Nanas juga dipandang orang. Puas sudah menanam budi, Emas juga dipandang orang. Aspek pemikiran pantun ini dapat dilihat melatul aspek tersirat latu pemilihan diksi bagi pembayang yang berkaitan dengan alam iaitu buah nanas dan ubi. Nanas berbau harum apabila masak. Oleh itu nanas cuba dibandingkan dengan emas yang akan menyebabkan masyarakat amat tertarik dan ingin memilikinya. Hal ini berbeza daripada ubi yang dikaitkan dengan sifat orang berbudi dan tidak suka menonjolkan kehebatan diri sama seperti ubi yang berisi tetapi tetap berada di dalam tanah. Kesimpulannya, akal budi dalam pantun ini mendidik masyarakat supaya jangan mengejar sesuatu yang nampak istimewa dari segi luaran semata mata seperti harta benda tetapi lebih mementingkan sifat orang yang berbudi dan merendah diri.


SYAIR


Syair merupakan sejenis puisi yang berlagu dan berangkap. Menurut Za’ba(1962),syair berasal daripada bahasa Arab “syir” yang bererti perasaan dan pendahuluan dengan pancaindera kerana karya syair sering menerbitkan perasaan dan pengalaman menerusi gambaran yang indah. Apa itu syair ?


JENIS-JENIS SYAIR BENTUK & CIRI-CIRI Syair pendidikan Syair agama Syair nasihat Syair alam sekitar Syair sejarah Syair puji-pujian Syair teka-teki Terdiri daripada empat baris dalam satu rangkap Rima akhir bagi syair ialah a,a,a,a Setiap baris terdiri daripada & hingga 14 suku kata Syair menggunakan bahasa kiasan Syair menekankan pemikiran, falsafah,cerita, kisah, sejarah, nasihat dan puji-pujian Keempat-empat baris syair membawa himpunan idea dan kisah


FUNGSI SYAIR Sebagai hiburan yang bersesuaian dengan sifatnya yang demikian maka syair sering dilagukan dalam majlismajlis tertentu seperti dalam pesta, sambutan maulud, kegiatan kesenian dan keramaian, dipertandingkan atau dalam upacara-upacara adat. Alat menyampaikan pengajaran melalui cerita dan lagu terutama dalam hal- hal yang menyentuh aspek pengajaran agama islam dari rukun iman, rukun sembahyang, zakat, puasa dan sebagainya. Kemerduan suara "tukang lagu dan kelembutan nada syair berupaya mengusik perasaan dan seterusnya meninggalkan kesan yang mendalam. Dinyayikan atau dilagukan sebagai mengiringi tarian-tarian tertentu seperti dalam dabus dan boria.


CONTOH SYAIR Dengarkan tuan ayahanda berperi, Kepada anakanda muda bestari, Nasihat kebajika ayahanda beri, Amalkan jangan malas dan ngeri, Ayuhai anakanda muda remaja, Jika anakanda menjadi raja, Hati yang betul hendak disahaja, Serta rajinpada bekerja. Kerja kebajikan janganlah malas, Zahir dan batin janganlah culas, Jernihkan hati hendaklah ikhlas, Sepertiair di dalam gelas. Menuntut ilmu janganlah segan, Ilmuyang benar jangan yang bukan, Iaitu ilmu yang kebajikan, Di kitab ini sudah disebutkan. Hendaklah anakanda mengaji selalu, Dari yang lain lebihkan dulu, Had syarak jangan dilalu, Tidaklah anakanda beroleh malu. Segala perbuatan dengan berilmu, Maka kebajikan boleh bertemu, Jika sebarang-barang diramu, Akhirnya anakanda jatuh tersemu. Ilmuitu besar faedahnya, Membezakan hak dengan batilnya, Mengetahui rakyat benar salahnya, Supaya dihukum dengan adilnya. Jika ilmu tidak diendah, Sebab anakanda capak permudah, Takyat datang membawa gundah, Anakanda tercengang tunduk terngadah. Penghujung Thamarat al-Muhimmah (Syair Nasihat)


MANIFESTASI AKAL BUDI Dalam syair penghujung "Thamarat al-Muhimmah" , Al- 'Imrani menyampaikan pesan moral dan spiritual yang mendalam melalui penggunaan bahasa yang indah dan metafora yang kaya. Syair ini menyoroti keindahan alam, keajaiban ciptaan Tuhan, serta perenungan akan makna kehidupan dan keabadian. Melalui bait-bait yang penuh dengan hikmah, Al- 'Imrani mengajak pembaca untuk merenungkan ni laini lai kebenaran, kesederhanaan, dan kebi jaksanaan dalam menjalani kehidupan. Syair ini merupakan perpaduan harmonis antara keindahan bahasa dan pesan moral yang mendalam, menjadi warisan yang berharga dalam tradisi sastera Arab.


GURINDAM


GURINDAM? Menurut Ahmad alAhmadi (1966), gurindam ialah bahasa ikatan yang terdiri daripada dua baris bersajak dengan irama yang boleh berubah. Secara umumnya, gurindam ialah suatu jenis syair melarat yang tidak mempunyai rangkap yang terhad dan mengandungi himpunan idea yang bernas untuk dinyanyikan.


JENIS & CONTOH GURINDAM GURINDAM SERANGKAP DUA BARIS GURINDAM BEBAS GURINDAM SERANGKAP 4 BARIS Orang yang rajin membaca buku, Banyak ilmu ia tahu Tiada siapa yang besar, Tiada siapa yang tinggi, Tetap sama sedasar, Tidaklah berbeza lagi. Jangan takut dan gentar, Mati hanya sekali, Jangan bertukar berkisar, Tetap di lapangan mengendali. Pangkalnya sama dipupuk, Pucuknya sama digentis, Buahnya sama ditarik, Ke bukit sama didaki, Ke lurah sama dituruni, Ke laut sama direnangkan.


BENTUK-BENTUK GURINDAM BENTUK BEBAS BENTUK TERIKAT Gurindam bentuk terikat meliputi dua baris yang berpasangan dan berima. Baris pertama sebagai syarat atau protasis manakala baris kedua sebagai akibat atau apodosis. Gurindam bentuk tidak terikat memiliki bentuk yang bebas. Gurindam berbentuk ini tidak mempunyai berpasangan atau berangkap, jumlah baris yang tidak tentu dalam setiap rangkap, jumlah perkataan dalam setiap baris tidak tentu dan rima yang digunakan berbeza pada bunyi hujung.


FUNGSI GURINDAM Menjadi bimbingan kepada manusia untuk menjadi insan al-kamil yang merendah diri dan menjaga agama. Meningkatkan tahap pemikiran masyarakat ketika membuat gambaran dalam gurindam. Memberi pendedahan kepada orang Melayu untuk meluahkan perasaan berbentuk puisi secara bebas.


MANIFESTASI AKAL BUDI Gurindam ini mengajarkan pentingnya menjaga keseimbangan dalam hidup, termasuk dalam hubungan sosial. Keadilan harus dijunjung tinggi dalam interaksi dengan sesama manusia. Gurindam ini juga menekankan bahwa kehidupan yang baik adalah kehidupan yang didasarkan pada nilai-nilai moral seperti kejujuran, kesederhanaan, dan kasih sayang. Selain itu,ia juga mengajak manusia untuk merenungkan diri sendiri, memahami kelebihan dan kekurangan, serta memperbaiki diri secara terus-menerus menuju kesempurnaan akhlak.


SELOKA


DEFINISI SELOKA Seloka merujuk kepada puisi Melayu bebas yang tidak mempunyai bentuk tertentu dari segi rangkap, jumlah baris, sama ada mempunyai irama atau tidak. Secara amnya, seloka terdiri daripada ungkapan sejajar yang melebihi daripada dua baris. Menurut Amir Hamzah (1959), seloka adalah pantun antara sampiran dan isi yang berhubung antara satu sama lain.


Jika hendak kamu melamar, Jangan banyak tulis dihapus, Jika siswa rajin belajar, Sudah tentu pasti lulus. Jika kita pegang kuas, Melukislah pada kertas, Jika anak bangsa cerdas, Bangsa pun berkualitas. Hendaklah melempar jangkar, Kalau ada perahu singgah, Kalau anak bangsa pintar, Negeri ini akan bangga. Kalau nak ikut nasihat ini, Jangan bertangguh ubahlah diri, Benda yang baik tak payah diuji, Akan terserlah akhlak terpuji. Sudahkah kita tanamkan iman, Menutup aurat seluruh badan, Ke sana sini dilindungi Tuhan, Keluarga menjadi contoh tauladan. Kalau nak ikut nasihat ini, Jangan bertangguh ubahlah diri, Benda yang baik tak payah diuji, Akan terserlah akhlak terpuji. Anak ayam turun sepuluh, Mati satu tinggal sembilan, Tuntulah ilmu dengan sungguhsungguh, Supaya engkau tidak ketinggalan. Anak ayam turun sembilan, Mati satu tinggal delapan, Ilmu boleh sedikit ketinggalan, Tapi jangan sampai putus harapan. Anak ayam turun delapan, Mati satu tinggal lah tujuh, Hidup harus penuh harapan, Jadikan itu jalan yang dituju. Candu bungkus daun talas, Makan dia mata bilas, Mandi segan kerja malas, Harta orang hendak digalas. Apa guna pergi ke pasar, Kalau tidak bawa keranjang, Apa guna berkereta besar, Kalau hutang keliling pinggang. Duduk di anjung makan kunci, Sarung kunci tersangkut di bahu Muncung-muncung kononnya benci, Tapi yang dibenci sikit tak tahu. Gurau Senda Nasihat Pendidikan Sindiran JENIS-JENIS & CONTOH SELOKA


CIRI-CIRI BENTUK Ditulis secara berangkapberangkap. Jumlah baris dalam serangkap dan jumlah perkataan dalam baris adalah tidak tentu serta tidak mempunyai rima yang sama. Tidak mempunyai pembayang Berbentuk naratif (cerita) Setiap baris seloka mengandungi 16 suku kata dan tersusun dalam empat unit. Seloka dianggap berbentuk bebas kerana tidak mempunyai rangkap yang tetap


Seloka digunakan untuk mengkritik semua kelakuan negatif masyarakat tanpa harus menyinggung perasaan individu yang bersangkutan. Seloka dijadikan sebagai panduan atau pengajaran bagi anggota masyarakat. Mendidik masyarakat untuk meluahkan isi hati melalui sumber yang betul. Mendedahkan masyarakat dalam menghasilkan penceritaan yang menarik melalui percakapan. FUNGSI SELOKA


Seloka Pak Kaduk bertujuan untuk memberi hiburan dan jenaka disamping menyelitkan pesanan serta makna seloka tersebut kepada pendengar. Pak Kaduk seorang yang tidak berfikir ketika membuat keputusan. Dia sanggup berjudi dengan mempertaruhkan ayamnya demi duit atau harta sehinggalah mengakibatkan kampungnya tergadai. Aspek akal budi juga dapat dilihat apabila pengarang sendiri mengkritik sikap kita yang tidak memberi faedah kepada orang. Keseluruhan isi seloka Pak Kaduk menyindir tentang sikap sebahagian daripada masyarakat Melayu yang bersikap negatif. Watak Pak Kaduk mempamerkan sikap keturunan Melayu yang perlu diberi teguran supaya mengubah sikap kepada yang lebih baik. Aduhai malang Pak Kaduk, Ayamnya menang kampung tergadai, Ada nasi dicurahkan, Awak pulang kebuluran, Mudik menongkah surut, Hilir menongkah pasang, Ada isteri dibunuh, Nyaris mati oleh tak makan, Masa belayar kematian angin, Sauh dilabuh bayu berpuput, Ada rumah bertandang duduk, Aduhai malang Pak Kaduk Seloka Pak Kaduk Manifestasi Akal Budi


RUMUSAN Sudah terang lagi bersuluh bahawa puisi tradisional seperti pantun, syair dan gurindam memberi kesan yang positif kepada masyarakat Selain daripada menghibur, puisi tradisional menjad medium untuk mendidik golongan masyarakat dan menyampaikan pengajaran serta tatasusila kehidupan bermasyarakat.


RUJUKAN Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu tradisional.Dewan Bahasa dan Pustaka. Zainal Abidin Ahmad (1962). Ilmu mengarang Melayu.Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Rahman al-Ahmadi (1966). Pengantara sastera. Penerbit PAP. Amir Hamzah (1959). Buah rindu. Pustaka Rakyat. PUISI MELAYU TRADISIONAL. (n.d.). https://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2010/12/puisi-melayu-tradisional.html


Click to View FlipBook Version