The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rafiz irfan, 2020-04-22 10:59:51

ahmad rafiz irfan bin azhar

RLI-W

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SIJIL PENILAIAN HARTA
TANAH SESI 2018/2019

AHMAD RAFIZ IRFAN BIN AZHAR
(SPHT 15-18-001)

Peyelia JPPH Kuantan
En Arman Hadi bin Othman

Peyelia INSPEN
Puan Marliyana binti Saharan

ISI KANDUNGAN

BIL. KANDUNGAN MUKA
SURAT
1. PENGHARGAAN
1
BAHAGIAN A 2
3-5
2. 1.0 LATIHAN INDUSTRI
6
2.0 JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA 7

3. (JPPH) 8
9
2.1 Latar Belakang JPPH 10
2.2 Visi 11
2.3 Misi 12-23
2.4 Objektif JPPH
2.5 Peranan JPPH

4. 3.0 PEJABAT JPPH PAHANG (JPPH)

4.0 FUNGSI JPPH

5.

4.1 Duti Setem
4.2 Harta Pusaka Kecil
4.3 Pinjaman Perumahan
4.4 Sewaan/ Pajakan

6. 5.0 PROSES PENILAIAN

5.1 Sebelum Proses Penilaian
5.2 Semasa Proses Penilaian
5.3 Selepas Proses Penilaian

BAHAGIAN B

7. LAPORAN

8. LAMPIRAN

PENGHARGAAN

Bersyukurnya saya ke hadrat ilahi kerana kerana dengan limpah dan kunianya dapat saya
menyiapkan tugasan laporan latihan industri ini dengan sempurna. Saya menjulang sepenuh
penghargaan kepada Insitut Penilaian Negara (INSPEN) kerana menerima saya sebagai pelajar
dan pensyarah yang mempunyai pengalaman yang mahir mengajar tentang penilaian harta
tanah.

Seterusnya, saya ingin juga megucapkan terima kasih juga kepada Jabatan Penilaian Dan
Perkhidmatan Harta (JPPH) Kuantan kerana membenarkan saya peluang untuk menjalani
latihan industri di JPPH Kuantan. Selain itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada
Pegawai Penyelia di JPPH iaitu Encik Arman selaku pegawai penilaian cawangan JPPH
Kuantan kerana mengajarkan serba sedikit dalam melakukan kerja penilaian di JPPH.

Bukan itu saja saya juga ingin memberi ucapan terima kasih bagi staf-staf iaitu sama ada
Penolong Pegawai mahupun Pembantu Penilaian yang sudi mengajar ilmu dalam bidang
penilaian kepada saya.

Akhir sekali, harapan saya agar tugasan yang saya siapkan dapat diterima oleh pihak JPPH
Kuantan serta Institut Penilaian Negara (INSPEN) bagi saya sambung untuk semester akhir
bagi sesi 2017/2018. Sekian terima kasih.

1.0 LATIHAN INDUSTRI

Latihan industri adalah salah satu mata pelajaran yang wajib diambil dan wajib lulus
oleh semua pelajar yang berlajar di INSPEN. Tempoh masa latihan industri yang perlu
dijalankan adalah dalam jangka masa 3 bulan yang bermula pada 25/12/2019 hingga
29/2/2020.

Tujuan latihan industri adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar dalam
memasuki alam perkerjaan pada suatu hari nanti iaitu apabila menamatkan pelajaran di
INSPEN ataupun apabila sudah mendapat diploma atau ijazah. Dengan ini dapat
membuktikan dan mengukuhkan lagi identiti pelajar dalam bidang penilaian hartanah.
Di antara objektif latihan industri adalah:-

i. Membolehkan pelajar menggunakan teori yang telah dipelajari di Inspen dengan
praktikal di JPPH

ii. Menanam semangat kerja berpasukan dan hubungan baik sesama pekerja di
JPPH

iii. Dapat mencapai sifat amanah, bertanggungjawab dan berkeyakinan semasa
menjalankan kerja di JPPH

iv. Mengikut peraturan yang ada di JPPH Kuantan
v. Dapat menyediakan laporan tugasan apabila latihan industri dan buku log

Akhir sekali, pelajar dapat menggunakan pengalaman dan kemahiran yang diperolehi
semasa tempoh latihan sebagai panduan untuk diguna pakai pada masa akan datang dan
segala susah payah akan menjadi diri sebagai seseorang yang berdedikasi dan amanah.

2.0 JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA (JPPH)

2.1 Latar Belakang JPPH

Pada 1 Jun 1957, bahagian penilaian telah ditubuhkan berdasarkan kepada
kelulusan perbendaharaan (negeri-negeri bersekutu) perenggan 5 yang
menyatakan:

“adalah diputuskan di dalam Majlis Tindakan bahawa tertakluk kepada
persetujuan D.Y.M.M Sultan-Sultan menurut Fasal 72(2) dalam perjanjian
persekutuan Tanah Melayu, kelulusan hendaklah diperolehi dengan merujuk
perkara ini kepada Jawatankuasa bertugas Kewangan:

a. supaya ditubuhkan satu Cawangan Penilaian di Perbendaharaan dengan
jawatan seperti berikut:

● 5 jawatan bahagian 1 pegawai penilaian termasuk 2 jawatan yang sedia ada
yang akan ditarafkan tingkatan tertinggi

● 10 jawatan pelatih
● Kakitangan lain yang boleh dipersetujui oleh Perbendaharaan dan Pejabat

Perjawatan Persekutuan jika perlu dan
● Untuk pembekalan apa-apa wang tambahan bagi bayaran lain seperti yang

dianggap perlu oleh Perbendaharaan.
● Jawatan Pegawai Penilaian telah diisi oleh pegawai kontrak dari United

Kingdom. Pengambilan pegawai tempatan hanya dapat dibuat dalam tahun
1963 setelah mereka mendapat latihan profesional di United Kingdom.”

Pada 1 Januari 1987, bahagian ini dinaik taraf kepada status Jabatan dan dikenali
sebagai Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Kementerian
Kewangan Malaysia.

2.2 Visi
Peneraju penilaian, perkhidmatan harta, latihan dan informasi harta tanah
bertaraf dunia secara berterusan

2.3 Misi
Menyediakan perkhidmatan penilaian, perundangan, pengurusan harta, latihan,
penyelidikan dan informasi harta tanah yang profesional serta relevan.

2.4 Objektif JPPH
Bagi mencapai visi dan misi jabatan, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta
(JPPH) telah mengenal pasti objektif berikut:
● Memberi perkhidmatan penilaian, informasi dan penyelidikan yang
berkualiti secara berterusan.
● Memperluaskan perkhidmatan penilaian dan perkhidmatan harta di agensi
kerajaan.
● Menjadikan JPPH bertanggungjawab ke atas pengurusan aset kerajaan.
● Mewujudkan pusat kajian lanjutan harta tanah yang diiktiraf.

2.5 Peranan JPPH
a) Penasihat
Kami menasihati kerajaan dan agensinya dalam semua perkara berkaitan
harta tanah seperti penilaian, perundangan dan perkhidmatan penilaian.
b) Perunding
Kami merupakan perunding kepada kerajaan dan agensi dalam
menyediakan perkhidmatan perundingan harta tanah khususnya
berkaitan kajian kemungkinan, pengurusan harta tanah dan agensi harta
tanah.
c) Penggubalan Polisi
Kami membantu Kementerian Kewangan dalam pelaksanaan polisi
berkaitan harta tanah.
d) Penyebaran Maklumat
Kami mengumpul, menerbit dan menyebarkan maklumat harta tanah.
e) Pelatih
Kami menyediakan latihan dalam bidang berkaitan penilaian harta tanah
dan perkhidmatan harta.
f) Penyelidik Dan Pembangunan
Kami melaksanakan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang harta
tanah.

3.0 PEJABAT JPPH PAHANG

Pejabat JPPH Malaysia Negeri Pahang bertanggungjawab terhadap melaksanakan
polisi, kerja-kerja yang dijalan oleh Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta dalam
kawasan kawal selia masing-masing.

Cawangan JPPH Malaysia Negeri Pahang terbahagi kepada 3 cawangan daerah iaitu
JPPH Temerloh, JPPH Kuantan dan JPPH Raub. JPPH Malaysia Kuantan
bertanggungjawab ke atas empat kawasan iaitu Rompin, Kuantan, Pekan, dan Maran.
Setiap kawasan disediakan oleh 2 ke 3 orang pegawai. Tetapi di bahagian bandar
memerlukan lebih ramai pegawai disebabkan kawasan yang aktif.

Jumlah pekerja JPPH Malaysia Kuantan adalah sebanyak 38 dan mempunyai 4 unit
bahagian iaitu Pentadbiran, Pelan, Napic dan Teknikal dengan setiap unit mempunyai 4
ke 6 orang pekerja. Bahagian teknikal melibatkan jumlah staf yang lebih daripada 6
kerana mempunyai kes dan kerja yang perlu disiapkan dengan segera.

JPPH Kuantan mempunyai cara susunan fail kes yang tersendiri iaitu susunan mengikut
mukim. Kes sulit disimpan di dalam bilik fail khas yang boleh diambil pegawai peyelia
bilik sulit.

Struktur JPPH Kuantan ada di Lampiran 1.

4.0 FUNGSI JPPH

Fungsi utama JPPH ialah untuk memberi perkhidmatan penilaian harta tanah bagi
maksud Kadar Cukai Harta Tanah, Pinjaman Perumahan, Insurans, Sewaan, Guaman
Sivil, Nilaian Am dan tentukan Pampasan untuk maksud pengambilan tanah.

`4.1 Duti Setem

Duti setem dikenakan oleh Kerajaan Persekutuan. LHDN Memungut hasil dan
boleh memilih untuk memilih pegawai penilai awam atau persendirian dan JPPH
menentukan nilai pasaran bagi mana-mana harta dan memberi nasihat tentang
nilai pasaran harta tanah.

4.2 Harta Pusaka Kecil

Pentadbiran Tanah Daerah/ Unit Pembahagian Pusaka Kecil, JKPTG adalah
bertanggungjawab menghantar permohonan ke JPPH untuk menentukan nilai
pasaran pada tarikh permohonan dan tarikh mati.

4.3 Pinjaman Perumahan

Pegawai kerajaan layak memohon pinjaman perumahan kerajaan membuatkan
pegawai awam membuat skim pinjaman perumahan kerajaan bagi membuat
pinjaman dengan kerajaan dan dibayar dengan potong gaji pegawai yang
membuat pinjaman tersebut. Peranan JPPH adalah bagi menentukan nilai
pasaran yang berpatutan untuk dilaporkan kepada Lembaga Pembiayaan
Perumahan Sektor Awam (LPPSA)

4.4 Sewaan/ Pajakan

Mejalankan perundingan dengan tuan punya bangunan bagi menetapkan sewa
yang berpatutan dan syarat sewaan.

5.0 PROSES PENILAIAN

5.1 Sebelum Proses Penilaian

 Pastikan semua fail mengandungi borang JPPH/T/3/B, pelan lokasi, pelan
tapak ataupun peta piawaian (RSS) yang menunjukkan kedudukan harta
tanah.

 Jika perbandingan perlu dilawat periksa, pastikan maklumat dan pelan
perbandingan terdapat di dalam fail.

 Tentukan kaedah penilaian yang akan digunakan. Maklumat yang akan
dikutip mestilah sesuai dengan kaedah tersebut. Misalnya jika kaedah
pelaburan digunakan, ukuran ruang pejabat mesti dibuat berasaskan kepada
ukuran luas lantai bersih.

 Bagi harta tanah yang agak sukar diukur periksa, dapatkan pelan arkitek
contohnya bagi bangunan hotel dan kondominium bertingkat.

 Bagi harta tanah yang sukar ditentukan lokasi atau tidak boleh dimasuki,
hubungi tuan tanah untuk lawat periksa bersama.

 Peralatan yang perlu dibawa:
a) Papan tulis dengan kertas kosong yang mencukupi
b) Pita ukur 30 meter
c) Pensil grafit dan pensil merah
d) Pembaris berskala
e) Kad kuasa
f) Kamera
g) Kalkulator
h) Kad temujanji lawat periksa, jika berkenaan

5.2 Semasa Proses Penilaian

 Sediakan borang JPPH/T/3 akan digunakan untuk lawat periksa. Borang
JPPH/T/3/A digunakan untuk kes nilaian modal manakala borang
JPPH/T/3/B digunakan untuk sewa.

 Borang JPPH/T/3 megandungi 6 bahagian seperti berikut:
Bahagian A - Maklumat Asas
Bahagian B - Keterangan Harta Tanah
Bahagian C - Perancangan
Bahagian D - Perbandingan/Pelan Lokasi
Bahagian E - Faktor Yang Dipertimbangkan
Bahagian F - Nilaian

 Sebelum memasuki kawasan harta tanah, dapatkan kebenaran daripada
pemilik atau penghuni dengan menunjukkan kad kuasa, jika perlu.

 Melawat bahagian luar bangunan sebelum bahagian dalam bangunan
 Mulakan ukuran dari kiri ke kanan seterusnya dari depan ke belakang

1. Pastikan ukuran diambil dimulakan dari bacaan 0.
2. Ambil bacaan ukuran kepada 0.05m yang terdekat.
3. Pastikan pita ukur adalah lurus dan tegang
4. Pastikan pita ukur digulung semula dengan kemas
 Naik dari tingkat bawah ke tingkat atas, kemudian turun ke tingkat bawah
tanah
 Mencatat ukuran dan melukis pelan kasar dalam kertas kasar dahulu.
 Jika ukuran disalin daripada pelan arkitek, ukuran tersebut hendaklah
disemak semula di tapak dan disahkan betul

5.3 Selepas Proses Penilaian

1. Lukisan lakar yang dibuat semasa lawat periksa hendaklah dilukis semula
dengan kemas sekembali ke pejabat. Jenis kemasan bagi lantai dan siling
perlu dicatat dalam pelan bangunan dengan menggunakan istilah
kependekan.

2. Tiga jenis perlu disediakan bagi setiap kes seperti berikut:
i. Pelan tapak
Pelan ini menunjukkan harta tanah terlibat dan kedudukan bangunan jika
ada serta menandakan perihal lot bersebelahan harta tanah tersebut dan
lot-lot perbandingan.
ii. Pelan lokasi
Pelan ini memberi gambaran tentang kedudukan tapak yang dinilai dan
kegunaan serta pembangunan di sekitarnya. Ia boleh dilukis mengikut
skala atau tanpa skala.

iii. Pelan bangunan
 Pelan bangunan menunjukkan bentuk dan luas lantai bangunan dan
semua kawasan bangunan ibu dan bangunan ansilari
 Pengenalan kepada harta tanah seperti nombor lot, alamat dan skala
perlu dicatat
 Keterangan secara ringkas terhadap jenis bangunan dan kemasannya
perlu dicatat di bahagian bawah sebelah kiri pelan bangunan.
 Perkiraan luas lantai perlu dicatat di bahagian bawah sebelah kanan
pelan bangunan.

BAHAGIAN B

LAPORAN DAN NILAIAN
LOT PT 14534 HSD 7456
MUKIM KUALA KUANTAN

DAERAH KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR
BAGI MAKSUD NILAIAN AM

1.0 PENDAHULUAN
Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Kuantan, Pahang telah telah diminta oleh Ibu
Pejabat, Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta Malaysia, Kementerian Kewangan
Malaysia melalui surat rujukan JPPH: IPT175/35/103/409/3-2/C0 bertarikh 08
November 2019 untuk menentukan Nilai Pasaran yang berpatutan dan munasabah bagi
harta tanah PT 14534, HSD 7456, Mukim Kuala Kuantan, Daerah Kuantan, Pahang
Darul Makmur (selepas ini disebut sebagai ‘harta tanah berkenaan’) bagi maksud
Nilaian Am.

2.0 TARIKH NILAIAN
Tarikh nilaian adalah berdasarkan tarikh lawat periksa iaitu 23 Disember 2019.

3.0 TARIKH LAWAT PERIKSA
Harta tanah berkenaan dan kawasan sekitar telah dilawat periksa oleh Encik Danial Bin
Mamat (Penolong Pegawai Penilaian Tinggi) dan Puan Encik Abdillah Bin Daud
(Pembantu Penilaian) kedua-duanya dari jabatan ini pada 23 Disember 2019.

4.0 KETERANGAN HAKMILIK

Semakan hakmilik harta tanah berkenaan telah dibuat di Pejabat Tanah Dan Galian

Negeri Pahang 24 Disember 2019. Keterangan hakmilik adalah seperti di bawah :-

No. Lot PT 14535

No. Hakmilik HSD 7456

Mukim Kuala Kuantan

Daerah Kuantan

Keluasan 8,559 meter persegi

Taraf Pengangan Pajakan 66 tahun tamat pada 20 November 2050

Cukai Tanah RM 2,838.00

Kategori Kegunaan Perusahaan/Perindustrian

Syarat Nyata Tanah ini hendaklah digunakan untuk Tapak Industri
sahaja

Tanah ini tidak boleh dipindahmilik dipajak, digadai

Sekatan Kepentingan melainkan dengan kebenaran bertulis daripada YAB

Menteri Besar Pahang

Pemilikan dan Alamat LEMBAGA TOTALISATOR MALAYSIA, 1/1 bahagian.

No, Perserahan: 248/2000 Perletakhakan kepada

Danaharta melibatkan Gadaian No. Perserahan :

Tanggungan dan 6300/1997

endosan-endosan lain Daripada BANK BUMIPUTRA MALAYSIA BERHAD

kepada DANAHARTA URUS SDN BHD., 476326-T

Didaftarkan pada 02 Februari 2000

Sila rujuk Hakmilik di Lampiran A.

5.0 KEDUDUKAN HARTA TANAH
Harta tanah berkenaan terletak di Lot 143, Jalan Industri Semambu 10, Kawasan Industri
Semambu, 25000 Kuantan. Ianya terletak lebih kurang 5 kilometer ke arah utara Bandar
Kuantan.

Harta tanah berkenaan boleh dihubungi dari Bandar Kuantan melalui Jalan Haji Ahmad
yang bersambung dengan Jalan Industri Semambu 5, Jalan Industri Semambu 9 dan
seterusnya Jalan Industri Semambu 10.

Sila rujuk Pelan Lokasi harta tanah berkenaan di Lampiran B yang bertanda merah.

6.0 KETERANGAN HARTA TANAH
6.1 Tanah
Harta tanah berkenaan pada amnya berbentuk empat segi bujur dengan keluasan tanah
8,559.00 meter persegi. Rupabumi adalah rata dan separas dengan Jalan Industri
Semambu 10. Keseluruhan tanah didapati dengan dawai rangkai setinggi 1.83 meter.
6.2 Bangunan
Di atas lot berkenaan terdapat sebuah bangunan 3 tingkat yang dijadikan sebagai pejabat
yang bersambung dengan bekas gudang yang telah diubahsuiai menjadi ‘Off Course
Center’ untuk aktiviti permainan lumba kuda. Selain daripada itu terdapat juga sebuah
bangunan pondok pengawal diatas lot berkenaan.

Bangunan-bangunan ini telah dibina pada tahun 1992. Pengubahsuaian pada bangunan
telah dibuat sekitar tahun 2004/2005.

Keterangan bangunan adalah seperti berikut:

Bil. Kegunaan Keterangan Bangunan Luas (mp)
Bangunan BU : 664.82
BA : 43.48
1 Pejabat 3/Tingkat Struktur: Konkrit bertetulang
BU : 1,339.66
Bbg: Konkrit rata BA : 104.05

Siling: Asbestos BU : 9.29

Dinding: Batu lepaan

Lantai: Seramik, karpet

Keadaan Bgn: Baik
2 ‘Off Course Centre’ Struktur: Palang besi ‘H’

(OCC) Bbg: Metal Deck

Siling: Asbestos

Dinding: Batu lepaan

Lantai: Seramik

Keadaan Bgn: Baik

3 Pondok Pengawal Struktur: Konkrit bertetulang

Bbg: Genting

Siling: Asbestos

Dinding: Batu lepaan

Lantai: Simen

Keadaan Bgn: Baik

Semasa lawatperiksa, bangunan dalam keadaan baik.

Sila Lihat Pelan Tapak di PELAN II, Pelan Bangunan di Pelan III dan Gambar Harta
Tanah di LAPIRAN B.
7.0 KETERANGAN PERSEKITARAN
Secara umumnya, kawasan sekitar merupakan kawasan perindustrian. Aktiviti
perindustrian utama di Kawasan Perindustrian Semambu adalah berasaskan industri
berat, serdehana dan ringan seperti industri perabut, makanan, elektronik, gudang dan
bengkel.

8.0 KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN AWAM
Kemudahan asas seperti bekalan air, telefon, elektrik telah disediakan dan boleh
disambungkan terus ke harta tanah berkenaan. Kemudahan pengangkutan awam boleh
didapati di sepanjang jalan utama dalam Kawasan Perindustrian Semambu.

9.0 MAKLUMAT PERANCANGAN
Harta tanah berkenaan terletak di kawasan Majlis Perbadanan Kuantan yang dizonkan
untuk perindustrian.

10.0 ASAS NILAIAN
Asas nilaian adalah berdasarkan Nilai Pasaran harta tanah berkenaan.
Nilai Pasaran didefinisikan berdasarkan Malaysian Valuation Standard (MVS) sebagai
amaun yang dianggarkan untuk pertukaran sesuatu hartanah pada tarikh nilaian bagi
sesuatu transaksi yang tulen, diantara penjual yang rela dan pembeli yang rela, setelah
hartanah berkenaan dipasarkan di pasaran terbuka dalam tempoh berpatutan, di mana
semua pihak telah bertindak dengan berpengetahuan, bijak dan tanpa paksaan.

11.0 KAEDAH NILAIAN
Dalam menentukan nilai pasaran harta tanah berkenaan, kaedah yang digunakan adalah
Kaedah Perbandingan (nilai tanah) dan Kaedah Kos (nilai bangunan).

Dalam Kaedah Perbandingan, harga dari jual-beli atau nilaian harta tanah di kawasan
sekitar dijadikan bukti sebagai asas nilaian. Bukti tersebut hendaklah terdiri daripada
harta tanah yang mempunyai ciri yang sama atau sebanding dengan harta tanah subjek.
Pelarasan akan dibuat ke atas kelebihan dan kekurangan yang memberi kesan kepada
nilai harta tanah subjek dengan harta tanah perbandingan dan seterusnya menentukan
nilai pasaran harta tanah subjek.

Kaedah Kos berasaskan konsep bahawa seorang pelabur tidak akan membeli sesuatu
harta tanah pada harga yang lebih tinggi daripada kos untuk membeli suatu tapak lain
yang sebanding dan membina bangunan yang serupa.

Kaedah ini merujuk kepada kos perolehan tapak dan kos membina bangunan yang
terdapat di natas tapak tersebut. Nilaian tapak dan bangunan yang telah dinilai secara
berasingan dicampur untuk mendapat nilai pasaran. Sekiranya bangunan tersebut telah
lama dibina, peruntukan susut nilai perlu diberi. Susut nilai terdiri daripada keusangan
fizikal, fugsi dan ekonomi.
Sila rujuk Kaedah Perbandingan dan Kaedah Kos di Lampiran H dan Lampiran I.

12.0 FAKTOR-FAKTOR DIPERTIMBANGKAN

Dalam menentukan nilai pasaran harta tanah subjek, faktor-faktor yang diambilkira
berkenaan adalah seperti berikut:-

i. Tarikh nilaian pada 23 Disember 2019;
ii. Asas nilaian adalah pegangan pajakan;
iii. Kepentingan yang dinilai adalah kepentingan baki tempoh pajakan 31 tahun

berdasarkan hakmilik (tanah dan bangunan);
iv. Kategori tanah sebagai Perusahaan/Perindustrian;
v. Syarat nyata: Tanah ini hendaklah digunakan untuk Tapak Industri sahaja
vi. Di Luar Kawasan Rezab Melayu;
vii. Terdapat pemajuan ke atas tanah iaitu binaan jalan dan binaan struktur bangunan;
viii. Luas tanah keseluruhan seluas 8,559.00 meter persegi
ix. Tanah berbentuk segi empat serta berada di lapisan pertama dan boleh diakses

melalui jalan tar;
x. Rupabuminya yang hampir rata dan separas jalan

13.0 SEJARAH NILAIAN

Berdasarkan rekod jabatan didapati harta tanah berkenaan sejarah nilaian harta tanah

berkenaan adalah seperti berikut:

TARIKH MAKSUD NILAIAN CACATAN
BIL. NILAIAN (RM)

NILAIAN

1 24.07.1990 Duti Setem 316,700.00 Tanah Kosong

2 14.04.2003 Pembelian 2,088,000.00 Tanah dan Bangunan

3 21.10.2003 Duti Setem 2,770,000.00 Tanah dan Bangunan

4 16.05.2011 Nilaian Am 3,790,000.00 Tanah dan Bangunan

5 16.06.2016 Nilaian Am 6,000,000.00 Tanah dan Bangunan

14.0 PERBANDINGAN
Perbandingan-perbandingan yang digunakan dalam menentukan Nilai Pasaran harta
tanah berkenaan adalah berasaskan bukti-bukti jualbeli tanah-tanah kegunaan
perindustrian di dalam kawasan perindustrian Semambu iaitu:

14.1 Lot 153238 PN 25315, Mukim Kuala Kuantan, Kuantan

Harta tanah berkenaan merupakan tanah kosong kategori industri. Terletak di
dalam Kawasan Perindustrian Semambu. Dipindahmilik pada 02.04.2019
dengan balasan RM1,700,028.00 mp. Pegangan pajakan 99 tahun berakhir pada
02.04.2074.

14.2 Lot 153242 PN 25319, Mukim Kuala Kuantan, Kuantan

Harta tanah berkenaan merupakan tanah kosong kategori industri. Teletak di
dalam Kawasan Perindustrian Semambu. Dipindahmilik pada 02.04.2019
dengan balasan RM1,596,784.00 @ RM570.48 smp untuk 1/1 bahagian.
Keluasan tanah adalah 2,799 mp. Pegangan pajakan 99 tahun berakhir pada
02.04.2074.

14.3 Lot 32959, PN 19495, Mukim Kuala Kuantan, Kuantan

Harta tanah berkenaan merupakan kilang sesebuah. Terletak di dalam Kawasan
Perindustrian Semambu. Dipindahmilik pada 01.11.2017 dengan balasan
RM4,800,000.00 untuk 1/1 bahagian. Keluasan tanah adalah 7,819 meter
persegi. Luas bangunan utama 803.52 mp dan luas bangunan ansilari 4,720.17
mp. Pegangan pajakan 66 tahun berakhir pada 24.08.2041.

14.4 Lot PT 122366 HSD 44603, Mukim Kuala Kuantan, Kuantan

Harta tanah berkenaan merupakan kilang sesebuah. Terletak di dalam Kawasan
Perindustrian Semambu. Dipindahmilik pada 01.10.2018 dengan balasan
RM2,470,000.00 untuk 1/1 bahagian. Keluasan tanah adalah 1,854 meter
persegi. Luas bangunan utama 1,000.82 mp dan luas bangunan ansilari 34.78
mp. Pengangan pajakan 66 tahun berakhir pada 02.04.2074.

14.5 Lot PT 10672 HSD 15109, Mukim Kuala Kuantan, Kuantan

Harta tanah berkenaan merupakan tanah kosong kategori industri. Terletak di
dalam Kawasan Perindustrian Semambu. Dipindahmilik pada 01.02.2018
dengan balasan RM10,000,000.00 @ RM358.00 smp untuk 1/1 bahagian.
Keluasan tanah adalah 27,923 mp. Pegangan pajakan 66 tahun berakhir pada
26.12.2046.

Sila rujuk Pelan Perbandingan di Lampiran G.

15.0 PENDAPAT NILAIAN
15.1 Asas Nilaian Pegangan Kekal
Untuk menentukan Nilai Pasaran yang munasabah dan berpatutan bagi harta
tanah subjek, bukti-bukti jual beli yang sebanding telah dijadikan asas nilaian.
Perbezaan ciri-ciri harta tanah di antara lot-lot perbandingan dengan harta tanah
subjek perlu diselaraskan. Setelah pelarasan menggunakan kaedah perbandingan
dibuat, kadar terlaras adalah antara RM540.00 hingga RM860.00 smp.
Dicadangkan harta tanah subjek dinilai untuk pegangan kekal adalah pada kadar
RM860.00 smp.

15.2 Nilaian Keseluruhan (Baki Tempoh Pajakan 31 tahun Berdasarkan Hakmilik)
Setelah diambilkira nilaian pengangan kekal @ RM 680.00 smp, nilaian harta
tanah subjek untuk baki tempoh pajakan berdasarkan hakmilik (Baki 31 tahun)
adalah RM 538.00 smp.

15.3 Nilaian Bangunan
Nilaian bangunan setelah mengambil kira baki tempoh pajakan berdasarkan
hakmilik (Baki 31 tahun) adalah RM 1,877,000.00.

16.0 NILAIAN
Setelah mengambilkira segala faktor yang mempengaruhi nilai dan mempertimbangkan
keadaan pasaran semasa, saya berpendapat bahawa Nilai Pasaran yang munasabah dan
berpatutan bagi harta tanah berkenaan berdasarkan Kaedah Kos pada 23 Disember
2019 adalah RM 6,482,000.00 (Ringgit Malaysia: Enam Juta Empat Ratus Lapan
Puluh Dua Ribu Sahaja).

Perincian nilaian adalah seperti berikut:
16.1 Nilaian Tanah

Nilai Pasaran: RM 4,605,000.00
(Ringgit Malaysia: Empat Juta Enam Ratus Lima Ribu Sahaja)

16.2 Nilaian Bangunan
Nilai Pasaran: RM 1,877,000.00
(Ringgit Malaysia: Satu Juta Lapan Ratus Tujuh Puluh Tujuh Ribu Sahaja)

Laporan Disediakan oleh:

________________________________
(DANIAL BIN MAMAT)

Penolong Pegawai Penilaian W-36
Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan
Harta Kuantan
Kementerian Kewangan Malaysia
Tarikh: 16 Januari 2020

LAMPIRAN
















































Click to View FlipBook Version