PELAJARAN BERIMAN KEPADA RASUL.
12
(AQIDAH)
HARI : _______________ TARIKH : ______________
UNIT 1 : KONSEP KENABIAN.
BERIMAN Meyakini bahawa Allah SWT mengutuskan para nabi dan rasul kepada
KEPADA umat manusia dan meyakini pengutusan 25 orang rasul yang
RASUL disebutkan dalam al-Quran secara khusus.
DALIL NAKLI KEWAJIPAN BERIMAN KEPADA RASUL.
Allah SWT berfirman :
ﲇﲈﲉﲊﲋﲌﲍ ﲏﲎﲐﲑﲒﲓﲔﲕﲖﲗﲘﲙﲚ ﲜﲛﲝﲞﲟﲠﭐ
(285ََاية:2َ،)سورةَالبقرة ﲡﲢﲣﲤﲥ
Maksudnya : Rasulullah SAW telah beriman kepada apa-apa yang diturunkan kepadanya daripada
Tuhannya, dan juga orang yang beriman. Semua beriman kepada Allah, malaikatNya, kitab-kitabNya dan
para rasulNya. (Katakan) “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain daripada rasul-
rasulNya”…
Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Umar bin al-Khattab
RA : أ ْنَتُْؤِمنَِبللِهَومَلئِكتِِهَوُكتُبِِهَوُر ُسلِِهَوالْي ْوِمَاْل ِخ ِرَوتُْؤِمنَِبلْقد ِرَخِْْيِهَوش ِرَِه...
(متفقَعليه.)
Maksudnya : …bahawa kamu beriman kepada Allah, malaikatNya, para rasulNya, hari akhirat dan kamu
beriman kepada qadar Allah terhadap perkara baik dan buruk.
PENGERTIAN RASUL PENGERTIAN NABI
Seorang lelaki yang dipilih oleh Allah Seorang lelaki yang dipilih oleh Allah
SWT dan dikurniakan wahyu kepadanya SWT dan dikurniakan wahyu kepadanya
tetapi diperintah untuk serta tidak diperintah untuk
menyampaikannya kepada umat. menyampaikannya kepada orang lain.
HIKMAH RASUL DIPILIH DALAM KALANGAN MANUSIA
Rasul dapat menunjukkan contoh ikutan yang sempurna kerana rasul lebih
1 mengetahui keperluan manusia. Manusia tidak boleh menolaknya dengan alasan
di luar kemampuan mereka.
2 Menunjukkan kemuliaan manusia yang dipilih menjadi khalifah di bumi
berbanding dengan makhluk yang lain.
3 Manusia lebih mudah beriman kepada rasul apabila dapat membuktikan
kerasulannya dengan mukjizat.
4 Menjadi ujian kepada manusia sama ada mengakui kebenaran rasul yang
diutuskan kepada mereka atau mendustakannya.
4
SIFAT WAJIB, MUSTAHIL & HARUS BAGI RASUL.
SIFAT HARUS SIFAT MUSTAHIL SIFAT WAJIB
البشَِرّية َك ِذ ٌب ٌِص ْدق
Harus bagi para rasul Berbohong sama ada Para rasul bersifat benar
memiliki sifat manusia dalam percakapan atau dalam percakapan dan
biasa yang tidak perbuatan. perbuatan.
menjejaskan martabat
kenabian dan kerasulan ِخ َيا َن ٌة ٌَأ َما َنة
mereka seperti makan,
minum, tidur, berkahwin, Melakukan larangan Para rasul bersifat
suka, duka, sihat, letih dan Allah SWT. amanah, jujur serta
terpelihara daripada
sakit. melakukan sesuatu yang
dilarang oleh Allah SWT.
ِك ْت َما ٌن ٌَت ْبِليغ
Menyembunyikan wahyu Para rasul bersifat
walaupun sedikit. menyampaikan semua
ajaran Allah SWT yang
diwahyukan kepada
mereka.
ٌَف َطا َنةٌ َب ََل َدة
Bodoh. Para rasul bersifat
bijaksana semasa
berdakwah dan
memberikan keterangan
dan hujah.
5