The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NAJMIYAH BINTI IBRAHIM Moe, 2020-04-15 22:19:43

Pemaaf Melunakkan hati

Pemaaf Melunakkan hati

PELAJARAN PEMAAF MELUNAKKAN HATI
23
HARI : _______________ TARIKH : ______________
(AKHLAK)

Bahasa Melepaskan atau membebaskan. MAKSUD
PEMAAF
Istilah Melepaskan seseorang daripada kesalahan dan
membebaskannya daripada hukuman.

... ‫ ﳄ ﳅ ﳆ ﳈﳇ‬...

Maksud : …dan perbuatan kamu memberi kemaafan itu lebih hampir kepada takwa….
(Surah al-Baqarah, ayat 237)

‫ﱎ ﱏ ﱐ ﱑ ﱒ ﱓ ﱔ ﱕ ﱖ ﱘﱗ ﱙ ﱚ ﱛ ﱜ‬

DALIL Maksud : Iaitu orang yang mendermakan (hartanya) pada masa senang dan susah dan orang
NAQLI
yang menahan kemarahannya serta orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan Allah

menyayangi orang yang melakukan kebaikan.

(‫)رواية أَحد‬ ...‫ِ(ر الله لم ُك ْم‬S‫ِف‬u‫ْغ‬r‫م‬a‫ ي‬h‫وا‬a‫ُر‬l‫ِف‬i‫ْغ‬Im‫موا‬ra‫وا‬nُ‫ح‬,‫َم‬a‫ْر‬yُ‫ت‬at‫وا‬1ُ‫ح‬3‫رَم‬4ْ)‫ا‬

Maksud : Kasihilah sesama kamu, nescaya kamu akan dikasihi, dan maafkanlah (kesalahan

manusia) nescaya kamu akan diampunkan Allah SWT….

Tuliskan semula petikan berikut dalam tulisan rumi.
CONTOH SIFAT PEMAAF RASULULLAH SAW
Usaha dakwah Rasulullah SAW ke negeri

Taif telah ditolak secara terang oleh

pemimpin kabilah Thaqif yang menghuni

Kota Taif. Baginda telah dihina dan

dilontar dengan batu sehingga berdarah

dan luka teruk.
Allah SWT telah mengutus malaikat Jibril
AS dan malaikat penjaga gunung untuk
menimpakan gunung ke atas penduduk
Taif. Lantas baginda menjawab “Wahai
Jibril, jangan lakukannya! Biarlah aku
Bersabar terhadap kaumku. Semoga Allah
SWT akan melahirkan daripada zuriat
Mereka orang-orang yang beriman kepada
Allah SWT”. Baginda lantas mendoakan
penduduk Taif “Ya Allah, berilah petunjuk
kepada kaumku, sesungguhnya mereka
tidak mengetahui”.
Rasulullah SAW sentiasa berlapang dada
memaafkan kesalahan orang lain.

2

Tuliskan semula petikan berikut dalam tulisan rumi.
CONTOH SIFAT PEMAAF RASULULLAH SAW
Habbar telah memanah unta yang
dinaiki oleh Saidatina Zainab RA semasa
dalam perjalanan ke Madinah sehingga
menyebabkan unta itu jatuh.
Saidatina Zainab RA terhumban dari atas
unta hingga gugur kandungannya. Habbar
datang menemui Rasulullah SAW di
Madinah untuk memohon maaf, lalu
Baginda memaafkannya. Habbar kemudian
memeluk Islam.

Adab dan cara MEMOHON kemaafan Adab dan cara MEMBERI kemaafan

Bersegera memohon maaf. Memaafkan kesalahan tanpa
diminta.

Bertemu muka dan bersalaman. Melupakan kesalahan orang
terhadapnya.
Mengakui kesalahan tanpa alasan.
Berdoa memohon hidayah dan
Memulangkan hak atau barang yang keampunan untuk orang yang
diambil.
melakukan kesalahan.

Bersangka baik terhadap orang yang
memohon kemaafan.

Berazam tidak mengulangi kesalahan. Mengelakkan diri bersifat dendam.

Ikhlas memohon kemaafan. Ikhlas memberi kemaafan.
3

HIKMAH BERSIFAT PEMAAF

INDIVIDU MASYARAKAT
✓ Memberi ketenangan jiwa. ➢ Hidup dalam suasana harmoni.

✓ Disenangi oleh orang lain. ➢ Mengangkat imej umat Islam.

✓ Menzahirkan keunggulan peribadi ➢ Menarik minat orang bukan muslim
muslim. untuk mendalami Islam.

✓ Mendapat rahmat dan keampunan ➢ Mewujudkan sikap toleransi dalam
Allah SWT. kalangan masyarakat.

Tips mengawal kemarahan. Berbaring jika sedang duduk.

Melafazkan isti'azah. Duduk jika sedang berdiri.

Berdiam diri. Berwuduk.

Amir sering dibuli oleh rakan-rakannya. Namun dia tidak sedikit pun Cadangan Isi
menyimpan dendam terhadap mereka.
Huraikan pendapat anda. Kita hendaklah
Sikap amir itu merupakan sifat terpuji kerana Rasulullah juga sering mencontohi sifat
memaafkan. Ini akan menyebabkan diri sentiasa disenangi oleh rakan- pemaaf.
rakan. Kesimpulannya, kita hendaklah mengamalkan sifat pemaaf
kerana dapat meningkatkan imej orang Islam. Sifat dendam
tidak seharusnya
ada dalam diri.

Sikap amir itu
merupakan sifat
terpuji kerana
Rasulullah juga
sering
memaafkan.

4


Click to View FlipBook Version