The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NAJMIYAH BINTI IBRAHIM Moe, 2020-06-17 22:42:52

Pljrn 25_ Syukur Penyubur Iman

Pljrn 25_ Syukur Penyubur Iman

PELAJARAN SYUKUR PENYUBUR IMAN
25

(AKHLAK)

HARI : _______________ TARIKH : ______________

Bahasa PUJIAN
MENZAHIRKAN PUJIAN KEPADA ALLAH SWT TERHADAP
MAKSUD Istilah NIKMAT YANG DIKURNIAKAN SERTA MEMATUHI SEMUA
SYUKUR PERINTAHNYA

DALIL 1. Firman Allah SWT : ١٥٢َ‫َفٱ ۡذ ُك ُرو ِ يَنَأ ۡذ ُك ۡر ُك ۡمَوََٱ ۡش ُك ُروَاَِِلَوَلَت ۡك ُف ُرو ِن‬
NAQLI
)Surah Al-Baqarah, 2: ayat 152(
Maksud : Oleh itu, ingatlah kamu kepada-Ku supaya Aku membalaskanmu dengan kebaikan,
dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur.

2. Abu Hurairah r.a meriwa‫بِِر‬y‫ا‬a‫َّص‬tk‫ال‬a‫م‬nِِ‫ائ‬b‫َّص‬a‫ل‬hِ‫ل‬a‫ا‬w‫ مم‬aُ‫ل‬Rْ‫ِمث‬as‫ِر‬u‫ْج‬lu‫ْلم‬l‫ا‬la‫ْن‬h‫ِم‬S‫ر‬Aِِ‫ك‬W‫َّشا‬b‫ال‬er‫ِم‬s‫ِع‬a‫ا‬bّ‫ َط‬d‫لِل‬a:‫إِ َّن‬ (Riwayat al-Bukhari)

Maksudnya : Seseorang yang makan dan dia bersyukur atas nikmat itu, maka dia diberi pahala

sama seperti orang berpuasa yang sabar.

CONTOH SIFAT SYUKUR RASULULLAH SAW.
CONTOH 1
1. Baginda solat malam hingga kedua kaki baginda bengkak. Lalu isteri baginda Saidatina
Aisyah r.a bertanya: “Mengapa engkau melakukan hal ini wahai Rasulullah sedangkan
Allah telah mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan yang akan datang? Baginda pun
bersabda: yang bermaksud: “Tidak bolehkah aku menjadi hamba yang bersyukur?”

CONTOH 2
2. Rasulullah SAW sentiasa menyeru umatnya supaya sentiasa bersyukur sama ada
sesama makhluk atau kepada Pencipta. Usamah bin Zaid r.a meriwayatkan bahawa
Rasulullah bersabda: yang bermaksud: “Sesiapa yang diberikan sesuatu kebaikan, maka

katakan kepada orang yang berbuat baik itu " ‫( " جزاك اللُه خي ًرا‬Semoga Allah membalasmu

dengan kebaikan). Sesungguhnya hal tersebut membuktikan kesungguhan dalam
berterima kasih.”

SYUKUR DIBINA ATAS LIMA ASAS UTAMA:
✓ Merendah diri dan tunduk kepada Allah.
✓ Mengakui nikmat yang diterima.
✓ Cintakan Allah.
✓ Memuji Allah atas nikmat yang diberiNya.
✓ Tidak menggunakan nikmat ke jalan yang salah.

7

• Yakin bahawa nikmat yang diterima adalah daripada Allah SWT.

• Ingat dan memuji Allah SWT .

Bersyukur melalui • Bersikap baik dengan Allah SWT.
• Meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT.
HATI .

• Sebut dan memuji Allah SWT dengan berzikir .

• Berdoa agar Allah SWT mengurniakan sifat syukur.

Bersyukur melalui • Mengucapkan terima kasih kepada manusia.
• Bercakap perkara-perkara yang baik.
LISAN .

• Menunaikan amalan-amalan fardu dengan tekun dan istiqamah.

• Memperbanyak amalan bersedekah.

• Melakukan suruhan Allah SWT dan meninggalkan larangan-Nya.
Bersyukur melalui • Melakukan sujud syukur apabila mendapat nikmat atau terlepas
PERBUATAN . daripada musibah

Bersikap baik dengan Sentiasa berasa qanaah Menjadi seorang yang
kejayaan orang lain. dengan kurniaan Allah pemurah

SWT.

Rajin dan tekun CIRI ORANG Sentiasa bertawakal
beribadah. YANG kepada Allah.

BERSYUKUR

8

HIKMAH BERSYUKUR
✓ Hidup dalam keredaan dan rahmat Allah kerana sentiasa beramal soleh.
✓ Dikurniakan ganjaran pahala oleh Allah kerana kesungguhan menjalankan perintah

Allah.
✓ Dimurahkan rezeki dan bertambah nikmat kerana sentiasa reda dengan qada dan

qadar Allah.
✓ Selamat daripada azab Allah kerana bertambahnya keimanan dalam diri.

Contoh penggunaan nikmat sebagai tanda bersyukur :
Hati : Berusaha memahami kebaikan suruhan dan larangan Allah.
Mata : Melihat tanda-tanda kekuasaan Allah, melihat dan memahami ayat-ayat suci Al-
Quran.
Telinga : Mendengar ayat-ayat suci Al-Quran, mendengar nasihat-nasihat agama.
Kepandaian : Mengajar rakan yang kurang pandai.
Harta : Bersedekah dan berzakat.

Daripada Ibn Abbas r.a bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud : Sesiapa yang
ketika pada pagi hari membaca,

، ‫الَلُّه َّم مما أم ْصبم مح ِب ِم ْن نِْع ممٍة أمْو ِبم مح ٍد ِم ْن مخْلِق مك فمِمْن مك مو ْح مد مك لا مشِري مك لم مك‬
‫لم مك اْْلمْم ُد مولم مك ال ُّش ْكُر‬

Maksud: Maka sesungguhnya dia telah menunaikan kesyukurannya pada hari tersebut.
(Sahih Ibn Hibban)

9


Click to View FlipBook Version