The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NAJMIYAH BINTI IBRAHIM Moe, 2020-06-29 01:21:03

Pelajaran 19: Suci Daripada Najis

Pelajaran 19: Suci Daripada Najis

PELAJARAN BERSUCI DARIPADA NAJIS
19

(FEQAH)

HARI : _______________ TARIKH : ______________
SUCI DARIPADA NAJIS

Maksud Bahasa :
Najis Semua benda yang kotor.

Istilah :
Benda kotor yang menyebabkan solat tidak sah.

LENGKAPKAN BERKENAAN JENIS NAJIS BERIKUT

JENIS NAJIS MAKSUD CARA MENYUCIKAN

NAJIS Najis ringan iaitu air kencing ✓ Buang najis pada tempat
MUKHAFFAFAH kanak-kanak lelaki berumur ✓ Renjis air
kurang dua tahun yang hanya
minum susu ibunya. yang terkena najis

✓ Buang najis,

Najis pertengahan seperti darah, ✓ Basuh tempat yang
muntah, nanah, tahi, air kencing
NAJIS dan bangkai terkena najis dengan
MUTAWASSITAH
mengalirkan air ,

✓ Pastikan hilang dan suci

daripada warna , bau, rasa.

NAJIS Najis berat, iaitu anjing dan ✓ Buang najis,
MUGHALLAZAH khinzir dan kacukkan keduanya ✓ Sediakan satu bekas air tanah
serta yang ada kaitan dengannya
seperti tahi, darah, kulit, daging, dan satu bekas air mutlak,
bulu dan lainnya. ✓ Basuh tempat yang kena najis

dengan satu kali basuhan air

tanah,
✓ Basuh tempat yang terkena

najis dengan enam kali air

mutlak,
✓ Pastikan hilang dan suci dari

bau , rasa dan warna

8

CARA MENYUCIKAN KULIT HAIWAN
✓ Manusia banyak menggunakan kulit haiwan untuk tujuan tertentu.
✓ Contohnya, baju kulit dipakai untuk memanaskan badan ketika musim sejuk.
✓ Selain itu, kulit haiwan dijadikan bahan untuk beg tangan, tali pinggang, kasut dan

dompet.
✓ Semua kulit haiwan boleh dimanfaatkan kecuali kulit anjing dan khinzir.
✓ Kulit tersebut perlu disucikan sebelum digunakan.
✓ Proses menyucikan kulit haiwan disebut sebagai samak.
✓ Samak ialah proses menghilangkan segala lendir, daging dan kelembapan yang

melekat pada kulit.
Cara menyucikan kulit haiwan adalah seperti yang berikut:
✓ Sediakan bahan yang menghakis untuk untuk menyamak seperti:

Daun akasia, kulit delima, tawas, tahi merpati, bahan kimia.
✓ Buang lendir, lemak dan darah yang melekat pada kulit tersebut.
✓ Gosok kulit dengan bahan yang disediakan (samak).
✓ Bilas kulit dengan air mutlak.
✓ Jemur kulit hingga kering.

• Ubat-ubatan yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut bukan najis dan
diharuskan sekiranya alkohol tersebut tidak diproses seperti arak.

• Basuhan menggunakan mesin basuh hendaklah dicucikan terlebih dahulu pakaian
bernajis sebelum dicampurkan dengan pakaian yang tidak terkena najis.

• Produk berasaskan kulit seperti beg tangan, kasut kulit dan tali pinggang yang dibuat
dengan kulit khinzir boleh dikesan dengan melihat bintik-bintik segi tiga yang ada
pada produk tersebut.

9


Click to View FlipBook Version