The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NAJMIYAH BINTI IBRAHIM Moe, 2020-06-23 21:23:11

Pelajaran 5: Zikir Penenang Hati

Pelajaran 5: Zikir Penenang Hati

PELAJARAN ZIKIR PENENANG HATI
5
Surah Al-‘Aaraf, ayat 205-206
(AL-QURAN) (Ayat Bacaan)

HARI : _______________ TARIKH : ______________

AYAT DAN MAKSUD

Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu ‫ﭐﲱﲲﲳﲴ‬

dengan merendah diri dan rasa takut serta tidak ‫ﲵﲶﲷﲸﲹﲺ‬
menyaringkan suara

pada waktu pagi dan petang ‫ﲻﲼ‬

serta janganlah engkau termasuk orang yang lalai. ‫ﲽﲾﲿﳀﳁ‬
‫ﳂﳃﳄﳅ‬
Sesungguhnya mereka (malaikat) yang ada di sisi
Tuhanmu ‫ﳆﳇﳈﳉ‬

Tidak ingkar daripada beribadah kepada-Nya.

Mereka sentiasa bertasbih bagi-Nya ‫ﳊ‬

serta kepada-Nya mereka bersujud. ‫ﳋﳌﳍﳎﳏ‬

Menurut Al-Imam Ibnu Kathir, Allah SWT memerintahkan manusia
untuk memperbanyakkan zikir kepada-Nya.

Perintah Zikir hendaklah sentiasa diucapkan agar manusia tidak tergolong
Allah SWT dalam kalangan orang yang lalai.

Allah SWT memotivasikan manusia dengan memuji malaikat dan
menjadikan malaikat sebagai contoh.

Malaikat sentiasa berzikir kepada Allah SWT tanpa henti.

12

Bahasa : Ingatan.
Maksud

Istilah : Mengingati Allah SWT sama ada melalui hati atau lisan.

1. Menimbulkan rasa syukur kepada Allah SWT.
Zikir

2. Menjauhkan diri daripada melakukan maksiat.

Peranan 3. Menjadikan perisai peribadi daripada gangguan syaitan.

4. Memberi petunjuk ke jalan yang benar.

5. Menenteramkan hati.

Zikir yang terbaik ialah zikir yang ma’thur seperti : ‫• بِ ْسِم اللِه الَّرْْحَ ِن الَّرِحيِم‬
ُ‫• لاَ إِٰلهَ إِلَاّ الله‬
‫• لاَ َحْوَل َو قَُّوةَ إَِلّا ِبلِل‬
‫• أَ ْستَغِْفُر الله‬ ‫• ُسْب َحا َن الله‬
‫• اْْلَْم ُد اللِه‬
‫• َما َشاءَ اللهُ لا قَُّوةَ إَِّلا ِبلِل‬
‫• َح ْسَِِب اللهُ َونِْع َم الَْوكِيل‬ ‫• اللهُ أَ ْكَُب‬

ADAB BERZIKIR

Sentiasa Berzikir dengan Berzikir dengan Berzikir dengan
mengingati Allah penuh merendah penuh takut kepada suara yang lembut.
SWT dalam hati.
diri. Allah SWT.

13

Para ulama menyatakan bahawa adab berzikir yang lain termasuklah :
1 Membersihkan mulut daripada kekotoran dan menyucikan diri daripada hadas.
2 Memastikan tempat zikir bersih daripada kekotoran dan suci daripada najis.
3 Menghadap kiblat ketika berada di dalam majlis zikir.
4 Berzikir dengan tenang dan khusyuk.
5 Berusaha untuk memahami maksud lafaz zikir.
6 Berzikir bersama-sama imam seperti selepas solat berjemaah.
7 Memilih waktu yang afdhal seperti selepas solat fardu.
8 Mengelakkan berzikir dalam keadaan-keadaan yang tidak sesuai seperti ketika

sedang qada hajat.

Kepatuhan Malaikat Dalam Berzikir Kepada Allah SWT.

Menurut As-Syeikh Wahbah az-Zuhaili, dalam Kitab at-Tafsir al-Munir, para malaikat
sangat dekat dengan Allah SWT. Mereka tidak sombong untuk menyembah Allah SWT dan
berzikir memuliakanNya. Para malaikat juga sentiasa patuh kepada perintah Allah SWT.

Hal ini dibuktikan melalui firman Allah SWT :

(164 – 166 ‫ اية‬: 37 ،‫)سورةَال َّصافات‬
‫ دان تياد سسيافا فون درفد كالغن كامي ملاءينكن اد باضيث درجت كدودوقن يغ‬: ‫مقصود‬
‫ دان‬.‫ دان سسوغضوهث كاميله يغ سنتياس برباريس منجونجوغ فرينته دان برعبادة‬.‫ترتنتو‬
.‫سسوغضوهث كاميله يغ سنتياس برتسبيح مثوخيكن الله درفد سبارغ صيفت ككورغن‬

Abu Dzar RA meriwayatkan bahawa ketika Rasulullah SAW ditanya tentang ucapan yang

paling afdhal, Baginda SAW menjawab :

: ‫ اوخفن يغ دفيليه اوليه الله اونتوق ملائكة اتاو همباث‬: ‫مقصود‬

(.‫سُبْ َحانَ اللهِ وَبِحَمْ ِدِه )مها سوخي الله دان سضالا فوجي باضيث‬

14

Pengajaran ayat :

1. Sebagai umat Islam, kita hendaklah sentiasa berzikir kepada Allah SWT sepanjang
masa agar hidup kita lebih tenang.

2. Sebagai umat Islam, kita hendaklah melembutkan suara ketika berzikir agar dapat
mendatangkan rasa khusyuk, takut dan rendah diri kepada Allah SWT.

3. Sebagai umat Islam, kita hendaklah mengelakkan diri daripada menyaringkan suara
ketika berzikir kerana Allah SWT Maha Mendengar.

4. Sebagai umat Islam, kita hendaklah mencontohi kepatuhan para malaikat yang
sentiasa berzikir agar tidak lalai dan sombong.

Sujud Tilawah

✓ Umat Islam disunatkan untuk melaksanakan sujud tilawah apabila membaca atau

mendengar ayat – ayat al-Quran yang mempunyai tanda ‫ ﳎ‬.

✓ Orang yang sedang solat perlu berniat untuk sujud di dalam hati, lalu sujud sekali
seperti sujud biasa. Kemudian bangun untuk meneruskan solat seperti biasa.

✓ Bagi orang yang berada di luar solat, hendaklah berniat untuk sujud, takbiratul ihram,
sujud sekali, duduk selepas sujud dan memberikan salam.

✓ Bacaan ketika sujud ialah :

َ‫وصَّورهَُ وش َّقََسْعهَُوبصرهَُِِبْولِِهَوقَُّوتِِه‬.َ‫فتسباجردكََوالْلجهُِهَأيْحَلَِلّسِذُنَايَْْلاخلِلِققيهَُن‬

Maksud : Wajahku bersujud kepada Allah Yang Maha Mencipta, Maha Membentuk
pelbagai rupa, Yang Membuka pendengaran dan penglihatan dengan daya dan
kekuatan-Nya. Maka nyatalah Allah sebagai sebaik-baik pencipta.

15


Click to View FlipBook Version