The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NAJMIYAH BINTI IBRAHIM Moe, 2020-04-29 21:46:00

Pljrn 2: Al- Quran Petunjuk Kebenaran

Pljrn 2: Al- Quran Petunjuk Kebenaran

PELAJARAN AL-QURAN PETUNJUK KEBENARAN
2
Surah Al-Kahfi, ayat 1-10
(AL-QURAN) (Ayat Bacaan & Ayat Hafazan)

HARI : _______________ TARIKH : ______________

UNIT 1 : MESEJ AL-QURAN (Surah Al-Kahfi, ayat 1-5)

AYAT DAN MAKSUD

‫ﲭ ﲮ ﲯ ﲰ ﲱ ﲲ ﲳ ﲴ ﲵ ﲶ ﲷﲸ‬

Segala puji bagi Allah SWT yang telah menurunkan kepada hambaNya kitab suci a-Quran dan tidak
menjadikannya sesuatu yang bengkok.

‫ﲺﲻﲼﲽﲾﲿ‬

(bahkan keadaannya) tetap benar untuk memberi peringatan dengan azab yang sangat dahsyat
disisi Allah SWT

‫ﳀﳁﳂ ﳃﳄﳅﳆﳇﳈ‬

dan memberikan berita gembira kepada orang yang beriman yang melakukan ama-amal soleh,
bahawa mereka akan mendapat balasan yang baik.

‫ﳊ ﳋﳌ‬

Mereka tetap tinggal dalam balasan yang baik itu selama-lamanya.

‫ﳎﳏﳐﳑﳒﳓ‬

Dan juga al-Quran itu memberi amaran kepada orang yang berkata “Allah mempunyai anak”.

‫ﱁ ﱂ ﱃ ﱄ ﱅ ﱆ ﱇﱈ‬

Mereka tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, dan tiada juga datuk nenek mereka

‫ﱉ ﱊ ﱋ ﱌ ﱍﱎ ﱏ ﱐ ﱑ ﱒ‬

besar sungguh perkataan syirik yang keluar daripada mulut mereka, mereka hanya mengatakan
perkara yang dusta.

Intisari Ayat Allah SWT menjadikan al-Quran sebuah kitab yang benar dan sebagai
petunjuk kepada manusia.

Al-Quran memberikan peringatan tentang balasan neraka kepada
orang yang melakukan syirik.

Al-Quran membawa gembira kepada orang yang beriman dan
melakukan amal soleh.

Perbuatan syirik berpunca daripada kejahilan dan mengikut
ajaran nenek moyang secara membuta tuli.

Lafaz syirik merupakan suatu pembohongan terhadap Allah SWT.

3

Intisari AyatUNIT 2 : BIMBINGAN KEJAYAAN (Surah Al-Kahfi, ayat 6-10)
AYAT DAN MAKSUD

‫ﱔﱕﱖﱗﱘﱙﱚﱛﱜﱝﱞ‬

Maka janganlah kamu membinasakan dirimu kerana berdukacita terhadap perbuatan mereka, jika
mereka enggan beriman kepada keterangan al-Quran ini.

‫ﱠﱡﱢﱣﱤﱥﱦﱧﱨﱩﱪ‬

Sesungguhnya Kami jadikan apa-apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, kerana Kami
hendak menguji mereka, siapakah antaranya yang lebih baik amalannya.

‫ﱬﱭﱮﱯﱰﱱ‬

Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa-apa yang ada di bumi itu sebagai tanah yang tandus.

‫ﱳﱴﱵﱶﱷﱸﱹﱺﱻﱼ‬

Adakah kamu menyangka kisah Ashabul Kahfi dan ar-Raqim itu sahaja yang menakjubkan antara
tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami.

‫ﱾﱿﲀﲁﲂ‬

(Ingatkanlah peristiwa) ketika sekumpulan pemuda mencari tempat perlindungan ke gua.

‫ﲃﲄﲅﲆﲇﲈﲉﲊﲋﲌﲍ‬

Lalu mereka berdoa, “Wahai Tuhan Kami ! Kurniakanlah rahmat dari sisiMu, dan berilah petunjuk
yang benar dalam urusan kami.

Allah SWT memujuk Rasulullah SAW supaya tidak berdukacita
terhadap keingkaran Musyrikin.

Allah SWT menjadikan perhiasan dunia seperti harta benda dan
anak pinak sebagai suatu ujian kepada manusia.

Ujian Allah SWT adalah untuk memilih orang yang terbaik
amalannya.

Orang beriman berasa bahagia melakukan ketaatan sekalipun
menghadapi kerumitan hidup.

4


Click to View FlipBook Version