The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pljrn 21_ Perjanjian Hudaibiyah dan Pembukaan Kota Mekah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NAJMIYAH BINTI IBRAHIM Moe, 2020-05-06 23:17:19

Pljrn 21_ Perjanjian Hudaibiyah dan Pembukaan Kota Mekah

Pljrn 21_ Perjanjian Hudaibiyah dan Pembukaan Kota Mekah

PELAJARAN PERJANJIAN HUDAIBIYYAH DAN PEMBUKAAN KOTA
21 MEKAH

(SIRAH)

HARI : _______________ TARIKH : ______________

UNIT 1 : PERJANJIAN HUDAIBIYYAH

MULA KRONOLOGI PERJANJIAN HUDAIBIYYAH

1. Rasulullah SAW bermimpi bahawa 2. Pada hari Isnin, awal bulan Zulkaedah
Baginda memasuki Masjidil Haram, tahun ke-6 hijrah, Rasulullah SAW
mengambil kunci Kaabah serta bertolak ke Mekah bersama dengan
melaksanakan umrah bersama-sama 1400 orang sahabat dengan pedang
dengan para sahabat. Para sahabat yang bersarung.
berasa gembira dan menyambut baik
mimpi Rasulullah SAW itu.

4. Kedatangan rombongan Rasulullah 3. Rasulullah SAW dan para sahabat
SAW diketahui oleh Musyrikin Mekah. berhenti di Zulhulaifah untuk berniat
Mereka tidak membenarkan umrah. Mereka turut membawa
rombongan ini memasuki Mekah. binatang korban bagi menzahirkan niat
mereka untuk melaksanakan umrah.

5. Khalid Bin Al-Walid bersama dengan 6. Rasulullah SAW berhenti di
tenteranya berjumlah 200 orang cuba Hudaibiyyah. Baginda dikunjungi oleh
untuk menghalang Rasulullah SAW Budail Bin Warqa'. Beliau menjadi
daripada memasuki Mekah di Kura' al- perantara Rasulullah SAW dengan
Ghamim. Namun, Rasulullah SAW Musyrikin Quraisy.
melalui jalan lain untuk mengelakkan
pertembungan dengan tentera Khalid. 7. Musyrikin Quraisy mengutuskan Al-
Hulais Bin 'Alqomah diikuti 'Urwah Bin
8. Rasulullah SAW mengutus Uthman Mas'ud menemui Rasulullah SAW bagi
Bin Affan RA menemui Musyrikin memastikan niat sebenar rombongan
Mekah untuk menerangkan tujuan itu. Kedua-duanya berjaya diyakinkan
kedatangan mereka. Uthman Bin Affan bahawa kedatangan Rasulullah SAW dan
ditahan beberapa ketika sehingga para sahabat untuk menunaikan umrah.
tersebar berita kematiaannya.
TAMAT
9. Rasulullah SAW dan para sahabat
membuat bai'ah untuk setia bersama 10. Musyrikin Mekah mengetahui
dengan Rasulullah SAW dan tidak tentang Bai'atur Ridhwan. Lantas
meninggalkan Baginda. Bai'ah ini mereka menghantar Suhail Bin Amru
dikenali sebagai Bai'atur Ridhwan. untuk membuat perjanjian dengan
Rasulullah SAW. lalu, termeterailah
Perjanjian Hudaibiyyah.

2

ISI KANDUNGAN Rasulullah SAW dan para sahabat tidak boleh memasuki Mekah
PERJANJIAN pada tahun ini, iaitu tahun ke-6 hijrah. Mereka dibenarkan masuk ke
HUDAIBIYYAH Mekah pada tahun hadapan, iaitu tahun ke-7 hijrah dan dibenarkan

antara isi berada di Mekah selama 3 hari sahaja. Mereka tidak boleh
kandungan membawa senjata kecuali pedang bersarung. Orang Quraisy tidak
Perjanjian
Hudaibiyyah boleh mengganggu mereka.
termasuklah :
Tiada peperangan antara kedua-dua belah pihak selama 10
tahun.

Mana - mana kabilah yang mengikat perjanjian dengan Rasulullah
SAW turut tertakluk dengan Perjanjian Hudaibiyyah. Mana - mana
kabilah yang mengikat perjanjian dengan Musyrikin Mekah, mereka

juga terikat dengan Perjanjian Hudaibiyyah.

Orang Mekah yang lari ke Madinah perlu dikembalikan ke
Mekah. Sebaliknya, sesiapa yang lari daripada Madinah ke

Mekah tidak perlu dikembalikan.

HIKMAH PERJANJIAN HUDAIBIYYAH

Perkembangan • Musyrikin Mekah tidak lagi mengganggu usaha dakwah Rasulullah SAW.
Dakwah Islam • Ramai orang arab memeluk Islam secara terang-terangan seperti ‘Amru

Bin al-‘As, Khalid Bin al-Walid dan Uthman Bin Talhah.
• Rasulullah SAW membuka ruang dakwah Islam dengan menghantar

surat kepada kerajaan lain di Semenanjung Tanah Arab seperti Bahrain
dan Oman serta kerajaan di luar Semenanjung Tanah Arab seperti Rom
dan Parsi.

Perkembangan Politik • Musyrikin Mekah secara langsung mengiktiraf kerajaan Islam Madinah
Islam serta Rasulullah SAW sebagai pemimpinnya.

• Rasulullah SAW mengikat perjanjian dengan kabilah-kabilah di sekitar
Madinah, antaranya termasuklah Bani Khuza’ah.

• Rasulullah SAW mula menghantar surat kepada pemimpin dalam dan
luar Semenanjung Tanah Arab dan mendapat jawapan daripada mereka.
Hal ini menunjukkan pengiktirafan pemimpin lain terhadap kerajaan
Islam Madinah.

• Selepas Perjanjian Hudaibiyyah, Rasulullah SAW menumpukan perhatian
kepada Yahudi di Khaibar kerana Musyrikin Mekah bukan lagi menjadi
ancaman besar kepada kerajaan Islam Madinah.

Perkembangan • Kekuatan ketenteraan Islam bertambah daripada 3 000 orang kepada 10
Ketenteraan Islam 000 orang hanya dalam tempoh 2 tahun selepas Perjanjian Hudaibiyyah.

• Mewujudkan suasana aman antara kerajaan Islam di Madinah dan
Musyrikin Mekah.

3

‫‪UNIT 2 : PEMBUKAAN KOTA MEKAH‬‬
‫‪PERISTIWA PEMBUKAAN KOTA MEKAH‬‬

‫‪Arahan : Tuliskan semula petikan di bawah dengan tulisan rumi.‬‬

‫كجادين يغ منختوسكن فمبوكاءن كوتا مكة‬ ‫‪Kejadian yang mencetuskan Pembukaan Kota‬‬
‫‪Mekah‬‬

‫قبيله بني بكر دان قبيله بني ُخَزاعَة تله برموسوهن‬ ‫‪Kabilah Bani Bakr dan Kabilah Bani‬‬
‫‪Khuzaah telah bermusuhan sejak zaman‬‬

‫سجق زمان جاهيلية لاضي‪ .‬قبيله بني ُخَزاعَة تله‬ ‫‪jahiliyyah lagi. Kabilah Bani Khuzaah telah‬‬
‫مغيكت جنجي دغن رسول الله ﷺ‪ ،‬ماناكالا قبيله‬ ‫‪mengikat janji setia dengan Rasulullah,‬‬
‫‪manakala Kabilah Bani Bakr pula mengikat‬‬

‫‪janji dengan Musyrikin Mekah.‬‬

‫بني بَكر فولا مغيكت جنجي دغن مشركين مكة‪.‬‬

‫برداسركن فرجنجين حديبية‪ ،‬كدوا‪-‬دوا قبيله اين‬

‫تيدق بوليه برفرغ سلاما ‪ 10‬تاهون‪.‬‬

‫فد سواتو مالم دبولن شعبان تاهون ك‪ 8 -‬هجرة‪،‬‬

‫نَْوفَل بْن ُمَعاوِية مغتواءي سكومفولن درفد قبيله بني بكر‬
‫دان مشركين مكة تله مثرغ بني ُخَزاعَة يغ سدغ براد‬

‫دالْوَتِير‪ .‬ببراف اورغ درفد قبيلة بني ُخَزا َعة تله دبونوه‪.‬‬
‫بهكن‪ ،‬سبهاضين مريك دبونوه دكاوسن تانه حرام‪.‬‬

‫عَمْرو بْن سَالِم اْْلَُزا ِعي سضرا منوجو كمدينة‬

‫اونتوق ممعلومكن كجادين ايت كفد رسول الله ﷺ‪.‬‬

‫دغن برلاكوث فريستيوا ايت‪ ،‬مشركين مكة تله ملغضر‬

‫ايسي فرجنجين حديبية‪ .‬مك‪ ،‬رسول الله ﷺ سضرا‬

‫مرانخغ ستراتيضي اونتوق ممبوك كوتا مكة‪.‬‬

‫‪4‬‬

KRONOLOGI PERISTIWA PEMBUKAAN KOTA MEKAH

(1) Madinah. (2) Mar Dzahran.

Pada 10 Ramadan tahun ke-8 hijrah, Pasukan tentera Islam berhenti di
Rasulullah SAW bergerak ke Mekah Mar Dzahran.
bersama dengan 10 000 tentera. Abu
Rahm al-Ghifari dilantik sebagai ketua Rasulullah SAW memerintahkan

sementara di Madinah. 10 000 tentera untuk menyalakan
10 000 unggun api.

(3) Abu Sufian meninjau pasukan (4) Pada pagi hari Rabu, 17 Ramadan
tentera Islam. Kemudian beliau tahun ke -8 hijrah, Rasulullah SAW
terserempak dengan al-'Abas, lalu al- meneruskan perjalanan menuju ke
'Abas membawanya menemui Mekah. Ketika itu Musyrikin Mekah
Rasulullah SAW. Akhirnya, beliau terkejut dengan kedatangan tentera
memeluk Islam. Rasulullah SAW Islam.
menghargai pengislamannya dengan
memberi jaminan keselamatan kepada
sesiapa yang berlindung di rumahnya.

(5) (6) Apabila sampai di Dzu Thuwa,
Rasulullah SAW membahagikan
Abu Sufian mengumumkan kepada tentera Islam kepada 4 pasukan, di
Musyrikin Mekah agar berlindung di bawah 4 orang panglima, iaitu
Rasulullah SAW sendiri, Khalid Bin al-
rumahnya, rumah masing-masing Walid, Az-Zubair Bin al-Awwam dan
atau dalam Masjidil Haram. Abu 'Ubaidah al-Jarrah. Setiap
pasukan masuk ke Kota Mekah melalui

arah yang berbeza.

(7) Tiada sebarang tentangan yang (8) Mekah.
diterima oleh tentera Islam kecuali Mekah berjaya dibuka pada tahun
pasukan Khalid Bin al-Walid. Mereka
dihalang oleh sekumpulan Musyrikin ke-8 hijrah (630 Masihi).
Mekah yang menyebabkan 2 sahabat
gugur syahid dan 12 Musyrikin Mekah

pula terbunuh.

5

1. Petunjuk Allah SWT. 2. Strategi Rasulullah SAW.

• Mimpi Rasulullah SAW sebelum • Perancangan Pembukaan Kota Mekah
Perjanjian Hudaibiyyah menjadi tanda secara rahsia tidak diketahui oleh pihak
Pembukaan Kota Mekah semakin Musyrikin Mekah.
hampir.
• Menyalakan 10 000 unggun api pada
waktu malam untuk menimbulkan rasa
gerun pihak musuh.

• Membahagikan pasukan tentera
kepada 4 pasukan yang masuk ke
Mekah mengikut arah berbeza.

FAKTOR KEJAYAAN
PEMBUKAAN KOTA MEKAH

3. Tentera Islam mempunyai semangat 4. Musyrikin Mekah yang bertambah
jihad yang tinggi dan berdisiplin. lemah.

• Kesatuan tentera di bawah panji Islam • Banyak pemimpin Quraisy telah
tanpa mengira perbezaan suku kaum memeluk Islam sebelum Pembukaan
dan kabilah. Kota Mekah seperti Khalid Bin al-Walid
dan Abu Sufian.
• Kepatuhan tentera kepada arahan
Rasulullah SAW tanpa bantahan seperti • Sebahagian pembesar Mekah telah
pasukan az-Zubair bin al-Awwam yang mati sebelum pembukaan Kota Mekah
masuk ke Mekah melalui dataran tinggi seperti Abu Jahal.
dan berhenti di al-Hujun. Mereka tidak
boleh meninggalkan tempat itu • Tidak semua Musyrikin Mekah bangkit
sehingga Rasulullah SAW sampai menentang kemaraan tentera Islam.
kepada mereka.

6

Mengakkan Syiar Islam. Amar Makruf dan Nahi Mungkar.

* Menunaikan tawaf dan mengucup * Menyeru Musyrikin Mekah untuk
Hajarul Aswad serta memusnahkan 360 memeluk Islam.
berhala yang berada di sekeliling Kaabah
* Berbai'ah dengan penduduk Mekah di
dengan menggunakan busurnya. Bukit Safa agar tidak melakukan syirik
kepada Allah SWT, tidak mencuri, berzina
* Mengarahkan Bilal Bin Rabah
melaungkan azan di atas Kaabah. dan membunuh anak.

* Menghantar beberapa pasukan ke
sekitar Mekah untuk menghapuskan
berhala disana seperti berhala 'Uzza di
Nakhlah, berhala Suwa' di Rihath dan

berhala Manah di al-Musyallal.

LANGKAH YANG DIAMBIL RASULULLAH
SAW SELEPAS PEMBUKAAN KOTA
MEKAH

Menguruskan Pentadbiran Mekah. Memaafkan kesalahan penduduk
Mekah.
* Mengekalkan pengurus kunci Kaabah
kepada Uthman Bin Talhah. * Rasulullah SAW telah mengisytiharkan
kemaafan kepada Musyrikin Mekah yang
* Memerintahkan Abu Usaid al-Khuza'ie
untuk memperbaiki beberapa bahagian pernah mengingkari Baginda. Mereka
dibenarkan pulang ke rumah masing-
Masjidil Haram.
masing.

IKTIBAR DARIPADA PEMBUKAAN KOTA MEKAH
Kita hendaklah mengamalkan ciri-ciri kepimpinan berdasarkan syariat Islam supaya
agama Islam dihormati.

Kita hendaklah melakukan sesuatu tugasan secara terancang untuk menjamin kejayaan
tugasan tersebut.

Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain kerana semua manusia berhak
mendapat kemaafan.

7


Click to View FlipBook Version