The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SURAT PANGGILAN MESYUARAT, MINIT MESYUARAT BIL 1/2022 & MAKLUM BALAS by Ckgu Rini

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ckgu Rini, 2022-04-01 19:52:17

MINIT MESYUARAT PANITIA FIZIK SDBL

SURAT PANGGILAN MESYUARAT, MINIT MESYUARAT BIL 1/2022 & MAKLUM BALAS by Ckgu Rini

SMK DATO’ BENTARA LUAR, BATU PAHAT
SURAT PANGGILAN MESYUARAT

Ruj. Kami : JEA0010/600-3/4/2( )
Tarikh : 13.3.2022

Kepada
Guru Mata pelajaran Fizik
Tingkatan 4 dan 5
SMK Dato Bentara Luar,
Batu Pahat,
Johor.

Tuan,

MESYUARAT PANITIA FIZIK BIL 1 (2022/2023)

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketentuan berikut :

Tarikh/Hari : 14.3.2022 (Isnin)

Masa : 2 .00 - 3 .00 petang

Tempat : Secara dalam talian Google Meet

Pengerusi : Pn Rini binti Marsono

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut;

3.1 Perutusan Pengerusi
3.2 Bacaan Doa
3.3 Pengesahan Minit Mesyuarat Panitia kali ke 4/2021
3.4 Perkara berbangkit
3.5 Fokus Mesyuarat

3.5.1 Agihan tugasan ahli panitia
3.5.2 Agihan belanja mengurus/kewangan panitia
3.5.3 Pascanilai Peperiksaan Akhir Tahun / PSS / PBD / Headcount
3.5.4 Perancangan strategik panitia
3.5.5 Penggubalan RPT
3.5.6 Buku rekod Mengajar
3.5.7 Penulisan RPH
3.5.8 Penetapan jumlah buku latihan / buku nota
3.5.9 Agihan latihan
3.5.10 Semakan latihan dan buku latihan
3.5.11 Penggubalan soalan peperiksaan
3.5.12 Pencerapan
3.5.13 Amali Sains / ULBS(UBBM/UBBI)/PBS/PLBS
3.5.14 PLC / peningkatan profesionalisme guru dalam panitia
3.6 Hal-hal Lain
3.7 Penutup

Kehadiran dan kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

”SEHATI SEJIWA”
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menjalankan tugas,

........................................................
(RINI BINTI MARSONO)
Ketua Panitia Fizik

PK 07/3

MINIT MESYUARAT
SMK DATO’ BENTARA LUAR, BATU PAHAT
MINIT MESYUARAT PANITIA FIZIK BIL. 1/2022

Tarikh : 14 Mac 2022

Masa : 2.00 - 3.00 petang

Tempat : Secara dalam talian (ZOOM)

https://us02web.zoom.us/j/5738268374?pwd=R2REaTBkUm10b1UyVmlTWnJxcE52QT09

Pengerusi : Pn Rini binti Marsono, Ketua Panita Fizik

Kehadiran (Bilangan) : 2/2 – (Rujuk Lampiran Kehadiran)

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan rasa kesyukuran kerana diberikan kesihatan yang baik
untuk menjalankan mesyuarat awal tahun 2022 dan mengalu-alukan kehadiran guru
ke mesyuarat pada hari ini serta mengucapkan terima kasih kepada guru atas
kerjasama yang diberikan.

Tindakan: Makluman semua guru

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2.1 Minit Mesyuarat Kurikulum Bil 4/2021 telah dicadangkan oleh Pn Nor Fuza binti Esa
dan disahkan oleh Pn Rini binti Marsono.

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada perkara berbangkit.

4 FOKUS MESYUARAT
4.1 Agihan tugas (Rujuk lampiran)

4.2 Agihan belanja mengurus / kewangan panitia

4.2.1 Anggaran belanja mengurus (ABM) bagi tahun 2022 masih belum dapat dibuat
kerana guru perlu mengkaji kemungkinan radas yang perlu disediakan dalam UAS
SPM 2022. Langkah ini perlu diambil bagi mengelakkan masalah ketidakcukupan
wang dalam pembelian radas.

Tindakan: makluman semua guru

4.3 Pascanilai Peperiksaan Akhir Tahun / PSS / PBD / HC (Rujuk Fail Panitia Fizik, 2021)

4.3.1 Peperiksaan Akhir Tahun 2021 akan dijalankan pada awal bulan April. Hasil
keputusan PAT 2021 akan dijadikan sebagai TOV 2022.

4.3.2 Headcount (HC) 2022 masih lagi menggunapakai HC 2021. Pengubahsuaian
HC hanya akan dibuat sebaik keputusan peperiksaan SPM 2021 diumumkan.

4.3.3 Berikut adalah penilaian PBD bagi penggal 3 dibuat berlandaskan modul yang
telah diedarkan pada murid-murid mengikut kesesuaian tahap mereka.

KELAS BIL MURID MENGIKUT TP (PENGGAL 3)

TP 6 5 4 3 2 1 0 JUM TH

4 MAWAR 21 6 1 0 0 0 0 28 0
25 0
4 MELUR 7 18 0 0 0 0 0 29 0
82 0
4 MELATI 9 13 7 0 0 0 0

JUMLAH 30 19 8 0 0 0 0
MENGIKUT TP

Hasil daripada analisis PBD penggal 3 mendapati latihan mengikut format
peperiksaan SPM sebenar perlu diteruskan supaya dapat mengekalkan momentum
murid serta pendedahan awal terhadap peperiksaan SPM sebenar.

4.3.4 Turut diingatkan bahawa PBD akan dijalankan sebanyak 2 kali setahun iaitu
penilaian pada pertengahan tahun dan akhir tahun. Guru diminta menyimpan dan
merekod eviden dengan sistematik bagi tujuan pemantauan.

Tindakan: makluman semua guru

4.4 Perancangan strategik mata pelajaran (RPS) (Rujuk Fail Panitia Fizik, 2021)

4.4.1 RPS Panitia Fizik 2021 masih lagi digunapakai pada tahun 2022. Perubahan
RPS tahun 2022 hanya akan dibuat sebaik sahaja keputusan peperiksaan SPM 2021
diumumkan.

4.4.2 Semua program yang telah dirancang untuk tempoh 5 tahun (2021-2026) akan
diteruskan malah akan ada sedikit penambahan program iaitu Program SeREA bagi
pemantapan murid dalam mengendalikan amali (4531/3).

4.5 Penggubalan RPT, penulisan RPH dan Fail Rekod Mengajar

4.5.1 Fail rekod mengajar perlu dilengkapkan dengan memastikan semua item
(Dinas ms 151) dilampirkan di dalam fail dan penghantaran untuk semakan oleh tuan
pengetua adalah pada 7/4/2022 (Khamis). Manakala fail rekod mengajar mingguan
pula perlu dihantar setiap Khamis kepada pegawai penilai yang telah ditetapkan
oleh pihak sekolah.

4.5.2 RPT Fizik bagi tingkatan 4 dan 5 telah digubal oleh ketua panitia. Pengerusi
mengingatkan guru supaya mengajar mengikut RPT yang telah ditetapkan supaya
semua topik dapat dihabiskan sebelum tamat sesi persekolahan 2022.

4.5.3 Penulisan RPH telah diselaraskan dalam panitia Fizik (rujuk lampiran) bagi
tujuan penyeragaman, penyeliaan dan pemantauan.

Tindakan: makluman semua guru

4.6 Penetapan jumlah buku latihan/buku nota

4.6.1 Pengerusi memutuskan supaya semua murid menggunakan Modul Fizik serta
menyediakan satu buah buku latihan kecil. Penggunaan Modul adalah bertujuan
untuk keseragaman, memudahkan penyimpanan rekod PBD serta penyeliaan dan
pemantauan.

4.7 Agihan latihan

4.7.1 Penetapan jumlah latihan pada murid telah ditetapkan bagi memastikan
momentum murid dapat dikekalkan sehingga peperiksaan SPM sebenar. Selain itu,
dapat memantapkan lagi penguasaan murid terhadap konsep Fizik.

LATIHAN TINGKATAN 4 TINGKATAN 5
OBJEKTIF (TOPIKAL) (sebulan) (sebulan)

40 50

STRUKTUR (BHG A) 6 6

ESEI (BHG B) 3 3

ESEI (BHG C) 2 2

PROJEK STEM 2 2

4.8 Semakan latihan dan buku latihan

4.8.1 Pengerusi mengingatkan guru agar menyemak semua latihan murid bagi
mengenalpasti kelemahan dan kekuatan murid terhadap pembelajaran. Buku-buku
latihan ini seterusnya perlu dihantar untuk pencerapan.

4.8.2 Jadual penyemakan buku latihan boleh dirujuk di Dinas ms 116. Turut
diingatkan bahawa guru perlu mengisi borang PK06/1 sebanyak 2 salinan bersama
dengan buku latihan.

4.9 Penggubalan soalan peperiksaan

4.9.1 Pemuafakatan Fizik Daerah Batu Pahat telah menyediakan set soalan
peperiksaan. Set soalan akan diberikan dalam bentuk ‘softcopy’ melalui MPSM.
Namun urusan pencetakan adalah di bawah tanggungan pihak sekolah.

4.9.2 Berikut adalah agihan dalam menguruskan pencetakan kertas soalan serta
penggubal soalan di peringkat dalaman.

Tindakan: Pn Rini binti Marsono dan Pn Nor Fuza binti Esa

4.10 Pencerapan

4.10.1 Pengerusi mengingatkan guru supaya memahirkan diri dengan instrumen
SKPMg2 standard 4 supaya dapat meningkatkan keberkesanan pengurusan kelas
dan meningkatkan prestasi kemenjadian murid. Penilaian kendiri juga perlu dibuat
bagi mengenal pasti kelemahan dan kekuatan guru seterusnya penambahbaikan
boleh dibuat.

4.11 Amali Sains / ULBS(UBBM/UBBI)/PBS/PLBS

4.11.1 Satu program khas berkenaan amali Sains telah diwujudkan bagi memastikan
semua murid Fizik dapat mengendalikan eksperimen dengan baik. Program SeREA
bertujuan mendedahkan murid tentang penggunaan radas dengan betul,
menjalankan eksperimen mengikut soalan yang diberikan serta mampu menganalisis
hasil keputusan eksperimen dengan baik.

4.11.2 Guru perlu memastikan sekurang-kurangnya 6 eksperimen dijalankan setiap
tahun serta murid perlu dibimbing dalam mengendalikan eksperimen samada secara
individu atau berpasangan (Rujuk lampiran).

4.12 PLC / peningkatan profesionalisme guru dalam panitia

4.12.1 Bengkel pengendalian eksperimen akan dijalankan di peringkat dalaman bagi
memberi pendedahan kepada guru baru.

4.12.2 Pengerusi turut memaklumkan dari masa ke semasa PLC atau bengkel akan
dibuat mengikut keperluan berdasarkan dari pencapaian semasa murid pada tahun
ini.

Tindakan: makluman semua guru

5 HAL-HAL LAIN

5.1 Pengerusi mengingatkan guru supaya mengajar mengikut kreativiti bagi menarik
minat murid dalam mempelajari Fizik.

5.2 Pengerusi turut menggalakkan guru membuat kajian tindakan untuk membantu guru
dalam penambahbaikan secara profesional dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kajian tindakan juga dapat meningkatkan kemahiran memerhati, memperbaiki
komunikasi dengan pelajar serta meningkatkan ‘self-esteem’ dan ‘empowerment’
dalam kalangan guru.

Tindakan: makluman semua guru

6 PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

..........................................……… ……...............................……….
(Pn Hjh Rini binti Hj Marsono)
Ketua Panitia Fizik
SMK Dato Bentara Luar

Amali Sains SPM : PROGRAM SeREA
SENARAI EKSPERIMEN FIZIK TINGKATAN 4
BAB 1: Pengukuran

Eksp 1.1 Hubungan antara tempoh ayunan & panjang bandul

BAB 2: Daya & Gerakan
Eksp 2.2 Hubungan antara jisim dan inersia
Eksp 2.4 Hubungan antara pecutan dengan daya untuk jisim tetap

BAB 4: Haba
Eksp 4.1 Menentukan muatan haba tentu air
Eksp 4.2 Menentukan haba pendam tentu pelakuran ais
Eksp 4.3 Menentukan haba pendam tentu pengewapan ais
Eksp 4.4 Hubungan antara tekanan dengan isipadu gas

BAB 6: Cahaya & Optik
Eksp 6.1 Hubungan antara sudut tuju dengan sudut biasan
Eksp 6.2 Hubungan antara dalam nyata dengan dalam ketara
Eksp 6.3 Hubungan antara u, v dan f

*Catatan :
1. Radas & bahan perlu ditempah sekurangnya 3 hari sebelum tarikh menjalankan

eksperimen pada pembantu makmal.
(1 eksperimen 2-3 pelajar sahaja)
2. Pelajar perlu melengkapkan data & melukis graf dalam Modul Fizik Tingkatan 4.

SENARAI EKSPERIMEN FIZIK TINGKATAN 5
BAB 1: Daya & Gerakan II
Eksp 1.1 Daya & pemanjangan spring

BAB 2: Tekanan
Eksp 2.1 Faktor kedalaman mempengaruhi tekanan cecair
Eksp 2.2 Faktor ketumpatan mempengaruhi tekanan cecair

BAB 3: Elektrik
Eksp 3.1 Hubungan antara beza keupayaan & arus yang mengalir

melalui konduktor logam
Eksp 3.2 Hubungan antara rintangan dan panjang wayar konduktor
Eksp 3.3 Hubungan antara rintangan dan luas keratan rentas
Eksp 3.4 Hubungan antara rintangan dan jenis bahan
Eksp 3.5 Menentukan daya gerak elektrik (d.g.e) sel kering

BAB 4: Elektromagnet
Eksp 4.1 Hubungan antara magnitud arus dengan magnitud daya

pada konduktor pembawa arus dalam medan magent kekal
Eksp 4.2 Hubungan antara kekuatan medan magnet magnadur

dengan tindakan pada konduktor pembawa arus dalam medan
magnet kekal

* Catatan :
1. Radas & bahan perlu ditempah sekurangnya 3 hari sebelum tarikh menjalankan

eksperimen pada pembantu makmal.(1 eksperimen 2-3 pelajar sahaja)
2. Pelajar perlu melengkapkan data & melukis graf dalam Modul Fizik Tingkatan 5.

Pengagihan Tugas

Contoh : Penulisan RPH bagi Panitia Fizik

EVIDEN MESYUARAT PANITIA FIZIK BIL 1/2022

PK07/ 5

MAKLUM BALAS MINIT MESYUARAT BIL 1 /(2022)

Nama Mesyuarat : Mesyuarat Panitia Fizik Bil 1/2022
Tarikh
Tempat : 14 Mac 2022

: Secara dalam talian ZOOM
https://us02web.zoom.us/j/5738268374?pwd=R2REaTBkUm10b1UyVmlTWnJxcE52QT09

MUKA PARA PERKARA TINDAKAN MAKLUM BALAS
SURAT 4.9 Penggubalan soalan peperiksaan
Pn Rini bt Marsono Akan menguruskan pencetakan &
3 Pn Nor Fuza Esa penggubalan kertas soalan.

Disediakan oleh : Tarikh :14.3.2022

PN RINI BINTI MARSONO
Ketua Panitia Fizik


Click to View FlipBook Version
Previous Book
April 2, 2022
Next Book
CONTOH SURAT PENGAGIHAN TINGKATAN 1 2022