The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Leong Pui Yoke, 2020-03-04 21:45:15

MESYUARAT AGUNG PIBG SKBTeK 2020

07 MAC 2020

SK BANDAR TEKNOLOGI KAJANG

JALAN 3/12, SEKSYEN 3
BANDAR TEKNOLOGI KAJANG

43500 SEMENYIH
SELANGOR DARUL EHSAN.

MESYUARAT AGUNG

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
KALI KE- 17
TAHUN 2020

ENCIK SHASHIM SHAH BIN HARUN 07 MAC 2020

SABTUTIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR

8.00 PAGI HINGGA 12.30 TENGAH HARI

ANJUNG TEKNOLOGI SKBTeK

PERASMIAN OLEH:
PUAN HASNIZAR BINTI HAJI KHARUDDIN

GURU BESAR SKBTeK

ENCIK SHASHIM SHAH BIN HARUN No. Pendaftaran : SEL 1031

Kod Sek : BBA 4053

TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR 03-87248380 

03-87248907 

Facebook : PIBG-SKBTK 

MESYUARAT AGUNG PIBG SK BANDAR TEKNOLOGI KAJANG KALI KE-17 / TAHUN 2020

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1. ATURCARA MESYUARAT AGUNG PIBG :1
:2
2. NOTIS PANGGILAN MESYUARAT AGUNG PIBG : 3 - 11
: 12 - 14
3. MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-16 TAHUN 2019 : 15 - 29
: 30 - 38
4. TINDAKAN YANG TELAH DIAMBIL OLEH PIHAK PIBG : 39
: 40
5. SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG : 41 - 42
: 43 - 44
6. PENYATA KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2019 : 45
: 46
7. PEMBENTUKAN BIRO DALAM PIBG : 47
: 48 - 52
8. KEHADIRAN MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2019/2020 : 53
: 54 - 56
9. AKTIVITI DAN SUMBANGAN PIBG TAHUN 2019 : 57
: 58 - 61
10. JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG 2020 : 62- 65
: 66
11. SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2020/2021

12. ANALISA KEPUTUSAN UPSR BAGI TAHUN 2019

13. PENCAPAIAN TERBAIK DALAM UPSR TAHUN 2019

14. PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI UPSR UNTUK TAHUN 2020

15. AKTIVITI TAHUNAN UNIT KURIKULUM TAHUN 2020

16. AKTIVITI TAHUNAN UNIT HEM TAHUN 2020

17. AKTIVITI TAHUNAN UNIT KOKURIKULUM TAHUN 2020

18. PENYERTAAN DAN PENCAPAIAN KOKURIKULUM BAGI TEMPOH
JANUARI HINGGA DISEMBER 2019

19. USUL – USUL PIBG PADA TAHUN 2020

20. PENGHARGAAN

0

ATURCARA

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-17
TAHUN 2020

SK BANDAR TEKNOLOGI KAJANG

7.30 pagi : Pendaftaran

8.00 pagi : Ketibaan Tetamu Jemputan

8.30 pagi : MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG

: Nyanyian Lagu Negaraku

: Persembahan murid

: Ucapan alu-aluan pengerusi majlis

: Bacaan Doa

: Ucapan Puan Zarina binti Daud
Yang Dipertua PIBG SK Bandar Teknologi Kajang

: Ucapan perasmian oleh Puan Hasnizar binti Haji Kharuddin
Guru Besar SK Bandar Teknologi Kajang

: Gimik perasmian

: Penyampaian sijil penghargaan kepada ahli jawatankuasa PIBG

- Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2019/2020

- Anugerah Khas PIBG

9.30 pagi : MESYUARAT AGUNG PIBG BERMULA

: Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-16

: Membentang dan menerima Laporan Tahunan 2019

: Membentang, menerima dan meluluskan penyata kewangan yang
berakhir pada 31 Disember 2019.

: Membentangdan membahaskan usul-usul.

: Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2019/2020

: Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2020/2021

: Hal-hal Lain

12.00 tengah hari : Ucapan Penangguhan

: Cabutan Bertuah

: Majlis Bersurai

1

‫سكوله كبغساءن باندر تيكنولوضي كاجغ‬ No. Pendaftaran : SEL 1031

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) KodSek : BBA 4053
Sk Bandar TeknologiKajang 03-87248380 

Jalan 3/12, Bandar TeknologiKajang, 03-87248907 

_________________4_3_5_0_0__S_e_m__e_n_y_i_h_, _S_e_la_n__g_o_r_D_a__ru_l_E_h_s_a_n________________________F_a_c_e_b_o_o_k_:_P_IB_G_-_S_K_B_T_K_

Ruj. Kami : SKBTK.100-7/1/6 Jld. 2 (22 )

Tarikh : 12 Februari 2020

Kepada,
Semua Ibu Bapa/Penjaga Murid dan Guru,
SK Bandar Teknologi Kajang.

Dato’/Datin/Tuan/Puan,

NOTIS PANGGILAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK BANDAR TEKNOLOGI KAJANG KALI KE-17/2020

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Bandar
Teknologi Kajang Kali Ke-17/2020 akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 07 Mac 2020 bersamaan hari Sabtu
Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
Tempat : Anjung Teknologi, SK Bandar Teknologi Kajang

3. Agenda mesyuarat agung adalah seperti berikut ;

2.1 Ucapan Penasihat (Guru Besar SK Bandar Teknologi Kajang)
2.2 Ucapan Pengerusi (Yang Dipertua PIBG)
2.3 Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung yang lalu.
2.4 Membentang dan menerima Laporan Tahunan.
2.5 Membentang, menerima dan meluluskan penyata kewangan berakhir pada 31 Disember 2019.
2.6 Membahaskan usul-usul.
2.7 Pembubaran Jawatankuasa PIBG sesi 2019/2020.
2.8 Pemilihan Jawatankuasa PIBG sesi 2020/2021.
2.9 Pemilihan Juru Audit Dalaman (2 orang)
2.10 Hal-hal Lain
2.11 Ucapan Penangguhan.

4. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa PIBG dan seluruh warga sekolah dengan hormat dan sukacitanya
menjemput Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk turut hadir ke mesyuarat tersebut.

5. Bersama-sama ini Borang Jawapan Kehadiran Dato’/Datin/Tuan/Puan ke majlis tersebut. Sebarang usul
daripada pihak Dato’/Datin/Tuan/Puan bolehlah ditulis pada Borang Usul yang disediakan. Usul yang ditulis
mestilah relevan dan sesuai serta dapat memberi impak yang berkesan kepada perkembangan dan kemajuan
sekolah. Sila kembalikan borang pernyataan usul dan kehadiran kepada guru kelas anak masing-masing pada
atau sebelum 18 Februari 2020 bersamaan hari Selasa.

6. Sebarang pertanyaan mengenai perkara di atas, Dato’/Datin/Tuan/Puan boleh berhubung dengan
Encik Shahrul Nizam bin Muhamad, Setiausaha Kehormat PIBG di talian 013-9754402. Segala kerjasama dan
sokongan yang diberikan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,

(SHAHRUL NIZAM BIN MUHAMAD)
Setiausaha Kehormat,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG),
SK Bandar Teknologi Kajang.
s.k Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat

Guru Besar SK Bandar Teknologi Kajang.

2

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) No. Pendaftaran : SEL 1031
SK Bandar Teknologi Kajang
Jalan 3/12, Bandar Teknologi Kajang, Kod Sek : BBA 4053
43500 Semenyih, 03-87248380 
Selangor Darul Ehsan. 03-87248907 

Facebook : PIBG-SKBTK 

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TEKNOLOGI KAJANG

KALI KE- 16 TAHUN 2019

Tarikh : 26 Januari 2019 bersamaan hari Sabtu
Masa
Tempat : 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
Pengerusi
: Anjung Teknologi SK Bandar Teknologi Kajang
Kehadiran
: Encik Mohd Shukri bin Haji Shaari

Yang Dipertua PIBG SK Bandar Teknologi Kajang

: Ibu Bapa : 150 orang

Guru : 102 orang

Jumlah : 252 orang

(Rujuk lampiran)

1.0 Perutusan Pengerusi

1.1 Encik Mohd Shukri bin Shaari selaku Yang Pertua PIBG sesi 2018/2019 telah
mempengerusikan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-16 ini. Beliau memulakan mesyuarat
dengan bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah dan ditujukan juga khas buat ibu kepada Encik
Md Saberi bin Md Kasim yang telah meninggal dunia baru-baru ini.

1.2 Beliau telah mengalu-alukan kehadiran dan mengucapkan terima kasih di atas
kehadiran guru besar, barisan pentadbir, Ahli Jawatankuasa PIBG 2018/2019, ibu bapa,
guru dan kakitangan SK Bandar Teknologi Kajang pada mesyuarat kali ini.

1.3 PIBG perlu sokongan padu daripada ibu bapa demi kecemerlangan sekolah dan PIBG
juga perlu lebih berusaha untuk membantu pihak sekolah merealisasikan hasrat
sekolah.

2.0 Menerima dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali Ke-16.

Pencadang : Tuan Mohd Hassan bin Tuan Muda
Penyokong : Puan Nazura binti Mohd Fauzi

3.0 Perkara-perkara berbangkit
- Tiada –

4.0 Membentangkan dan menerima laporan tahunan PIBG 2018.

4.1 Encik Daud bin Aris selaku Setiausaha Kehormat PIBG sesi 2018/2019 telah
membentangkan laporan tahunan aktiviti PIBG. Terdapat 54 aktiviti dan sumbangan
yang telah dijalankan sepanjang tahun 2018.

3

Aktiviti PIBG yang telah dijalankan sepanjang tahun 2018 ialah :

BIL AKTIVITI CATATAN
1. Kempen 1 Keluarga 1 Rim Kertas A4 Januari - Disember
2. Kempen Wakaf Buku Program NILAM Januari - Disember
3. Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-15
4. Baik Pulih Pagar Januari
5. Kursus Kepimpinan Fasa 1 Januari
6. Sumbangan Langganan Didik Tahun 6 Januari
7. Ceramah Transformasi Diri Tahap 2 Januari
8. Pelancaran Amalan Guru Penyayang & Jom Ke Sekolah Januari
9. Motivasi Ibu Bapa Tahun 6 Januari
10. Kursus Kepimpinan Pengawas dan Pengawas PSS Februari
11. Bengkel Teknik Menjawab Fasa 1 Februari
12. Gotong Royong Perdana Februari
13. Gotong Royong Keceriaan Pra Sekolah Februari
14. Program Permuafakatan ibu bapa/penjaga murid LINUS Februari
15. Projek keceriaan sudut LINUS Februari
16. Program Mentor Mentee Tahun 6 Februari
17. Projek penyediaan parking kereta di hadapan sekolah Februari
18. Pembelian Rak Buku dan Fail (Bilik Pemulihan) Februari
19. Projek penyelenggaraan tandas dan pembaikpulihan pam air
20. Program Menggapai Bintang Tahun 6 Mac
21. Kem Kepimpinan Murid Mac
22. Kelab Doktor Muda Mac
23. Pandu Puteri Tunas Mac
24. Program Motivasi Tahun 6 April
25. Kejohanan Sukan Tahunan April
26. Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yaasin Murid Tahun 6 April
27. Perjumpaan ibu bapa/penjaga bagi murid-murid Tahun 6 April
28. Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Mei
29. Agihan Sumbangan Kepada Anak Yatim dan Miskin Sempena Hari Raya Aidilfitri Mei
30. Iftar Jamaie Mei
31. Jamuan Hari Raya Peringkat Sekolah Jun
32. Majlis Permuafakatan Ibu Bapa PPKI Julai
33. Program Motivasi Tahun 6 Julai
34. Bengkel Teknik Menjawab Fasa 2 Ogos
35. Program Penarafan Tandas Ogos
36. Alat Tulis Persediaan UPSR Ogos
37. Penyediaan sarapan pagi kepada murid-murid yang mengambil peperiksaan UPSR Ogos
38. Majlis Solat Hajat Dan Bacaan Yassin Perdana UPSR 2018 September
39. Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Sekolah September
40. Program Jaringan Antarabangsa KDM di Batam September
41. Ubahsuai Laluan Foyer September
42. Karnival PIBG 2018 September
43. Majlis Persaraan Puan Norhayati Oktober
44. Majlis Persaraan Hajah Razita Oktober
45. Kem Mencari Pemimpin Oktober
46. Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Sekolah Oktober
47. Majlis Anugerah Kokurikulum Oktober
48. Lawatan Tahun 6 November
49. Majlis Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) November
50. Hari Keluarga Pra Sekolah November
51. Hari Anugerah Cemerlang November
52. Meraikan Murid UPSR 6A November
53. Jamuan Akhir Tahun BKGK November
54. Sumbangan Kematian dan Kebakaran November
November
Disember

4

4.2 Cadangan pengesahan

Pencadang : Puan Siti Zuraidah binti Mohd Mustafa
(cadang menerima laporan tahunan)

Penyokong : Puan Rosmaliza binti Alias

4.3 Pengerusi memaklumkan dua daripada program yang dilaksanakan sepanjang tahun
iaitu Kempen 1 Keluarga 1 Rim Kertas A4 dan Kempen Wakaf Buku Program Nilam.

5.0 Pembentangan Laporan Kewangan PIBG berakhir 31 Disember 2018

5.1 Puan Hasniza Akma binti Hakimi selaku Bendahari PIBG sesi 2018/2019 telah
membentangkan laporan kewangan tahunan PIBG berakhir pada 31 Disember 2018.

5.1.1 Penyata Kewangan Tahun 2018 berakhir 31 Disember 2018 :

Jumlah Penerimaan : RM 74,727.72
RM 61,716.80
Perbelanjaan : RM 13,010.92

Baki :

5.1.2 Penyata Kewangan Program 1 Keluarga 1 Rim Kertas A4 :

Jumlah Penerimaan : RM 1,343.50
RM 983.00
Perbelanjaan : RM 360.50

Baki :

5.1.3 Penyata Kewangan Tabung Kebajikan PIBG :

Penerimaan : : RM 2,067.59
Perbelanjaan : RM 1,220.90
Baki RM 846.69

5.2 Encik Mohd Haszoor bin Mohamed Muaidi mohon penjelasan tentang perbelanjaan
karnival PIBG yang mencecah lebih 50% dari jumlah kutipan.
Pengerusi menjelaskan itu adalah hasil jualan kupon dan tidak menggunakan sebarang
dana PIBG.

5.3 Cadangan Pengesahan :
Pencadang : Mejar Adlee bin Mustafa TUDM (Bersara)
Penyokong : Puan Siti Suriana binti Abd Aziz

6.0 Membahaskan Usul-usul

6.1 Encik Nur Airil bin Mohd Sharif membawa usul petak parkir dan nombor plat van-van
sekolah dicat di atas jalan supaya van-van sekolah ada tempat parkir yang lebih
sistematik. Seorang pegawal keselamatan perlu mengawal lalu lintas di pagar B pada
setiap waktu murid habis waktu persekolahan.

5

Pengerusi menjelaskan bahawa nombor plat van telah ditampal tetapi telah dikoyak
oleh kanak-kanak. Justeru itu, pihak sekolah bersama PIBG telah mengecat petak
meletak van dan beliau memohon supaya ibu bapa tidak berkumpul di hadapan pintu
pagar.

Tuan Haji Abd Shukor bin Haji Ujang memaklumkan bahawa pengawal keselamatan
mempunyai had bertugas hanya dalam kawasan sekolah sahaja. Sehubungan dengan
itu, pihak sekolah dan PIBG tidak boleh mengarahkan pengawal bertugas mengawal
lalu lintas. Ibu bapa perlu memainkan peranan dengan cara mengikut peraturan yang
telah ditetapkan dan bertanggungjawab bersama dalam perkara ini.

6.2 Melalui usul supaya guru kelas mewujudkan ‘group whatsapp’ atau medium
komunikasi yang bersesuaian untuk ibu bapa murid. Ini bertujuan supaya guru kelas
senang menyampaikan maklumat kepada ibu bapa/penjaga.

Tuan Haji Abd Shukor bin Haji Ujang memaklumkan setakat hari ini hanya kelas
Tahun 6 sahaja yang diwujudkan “group whatsapp”. Sambutan yang diberikan oleh
ibu bapa begitu positif. Bagi kelas Tahun Satu hingga Tahun LIma “group whatsapp”
akan dibuka mulai 28 Januari 2019. Beliau mengingatkan supaya ibu bapa tidak
memasukkan iklan niaga, perbalahan dan video yang tidak sepatutnya.

6.3 Melalui usul supaya guru memaklumkan kepada murid-murid muka surat dan subjek
dalam pemberian kerja rumah semasa cuti persekolahan.

Tuan Haji Abd Shukor bin Haji Ujang menjelaskan bahawa pihak sekolah telah
membuat ketetapan melalui edaran surat pemberian kerja rumah kepada murid.

6.4 Puan Suhada binti Salamun membawa usul mengenai kedai buku menjual pelekat-
pelekat yang tidak mendatangkan faedah kepada murid-murid.

Tuan Haji Abd Shukor bin Haji Ujang memaklumkan bahawa pihak sekolah akan
menyiasat perkara ini dan jika ianya terbukti benar, pihak sekolah akan melarang
kedai buku untuk menjual pelekat dan barangan yang tidak berfaedah.

6.5 Puan Norhidawani binti Sulaiman membawa usul mengenai jualan air bergas dalam
kawasan sekolah.

Tuan Haji Abd Shukor bin Haji Ujang memaklumkan bahawa kantin sekolah tiada
menjual air bergas dan kantin SK Bandar Teknologi Kajang telah mendapat Gred A
dari Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat.

6.6 Encik Mohd Haszoor bin Mohamed Muaidi membawa usul supaya guru
membenarkan murid-murid untuk keluar menunaikan solat Zohor dan Asar.

Tuan Haji Abd Shukor bin Haji Ujang menjelaskan tiada ketetapan waktu khusus yang
diberikan oleh pihak sekolah. Namun demikian, guru boleh membenarkan murid
untuk menunaikan solat mengikut giliran supaya pembelajaran murid dalam kelas
tidak terganggu.

6

6.7 Cadangan usul daripada Puan Siti Nur Syuraya binti Yahaya adalah supaya murid
Tahun Satu sepatutnya ditempatkan di kelas bawah bukannya di tingkat 2. Murid
perlu membawa beg yang agak berat untuk ke kelas dan jauh dari kantin ketika
waktu rehat.

Puan Nur Syahidah Aisyah Somchit, Penolong Kanan Pentadbiran memaklumkan
bahawa kelas murid Tahun Satu akan berkongsi dengan murid Tahun Empat, Tahun
Dua bersama Tahun Lima dan Tahun Tiga bersama Tahun Enam. Oleh itu, pihak
sekolah telah menyusun kelas mengikut lokasi dan fizikal tinggi rendah meja.

6.8 Mengenai cadangan usul daripada Encik Nariman bin Masruom adalah supaya pihak
sekolah menyediakan air bersih bagi menggalakkan murid untuk minum.

Pengerusi memaklumkan bahawa pihak PIBG telah memasang mesin air mineral di
hadapan bilik wuduk untuk kegunaan murid-murid SK Bandar Teknologi Kajang.

6.9 Cadangan usul daripada Encik Abdul Rashid bin Abdul Muluk adalah supaya pihak
sekolah mengadakan gotong royong untuk menghias kelas bersama ibu bapa.

Tuan Haji Abd Shukor bin Haji Ujang memaklumkan bahawa pihak sekolah dan PIBG
akan menetapkan tarikh yang sesuai untuk diadakan gotong royong menghias kelas
bersama ibu bapa murid. Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) kelas mesti
diwujudkan untuk membincangkan hal ehwal anak-anak dan keceriaan bilik darjah.
Setiap minggu akan diumumkan pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas.

6.10 Encik Mohd Suhaimi bin Abd Halim mencadangkan supaya sumbangan PIBG dikutip
awal di dalam kelas semasa pendaftaran Tahun Satu.

Tuan Haji Abd Shukor bin Haji Ujang memaklumkan bahawa cadangan yang dibawa
oleh Encik Mohd Suhaimi adalah amat baik tetapi PIBG tidak boleh mengutip
sumbangan pada hari pertama sehingga diputuskan dalam mesyuarat agung. Oleh
itu, ibu bapa boleh mula menjelaskan sumbangan PIBG bermula 28 Januari 2019.

Pengerusi bercadang untuk membuka kaunter pembayaran sumbangan PIBG kerana
pihak sekolah tidak boleh membuat kutipan. Beliau memohon supaya pihak sekolah
berbincang dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk kutipan awal. Namun
demikian, Tuan Guru Besar tetap berpegang pada Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) dan
juga Standard Operating Procedure (SOP) tentang prosedur mengutip sumbangan
PIBG.

Pihak sekolah tiada halangan jika kutipan tersebut diuruskan sepenuhnya oleh pihak
PIBG, tetapi guru kelas tidak dibenarkan untuk mengutip sumbangan PIBG pada hari
pertama persekolahan.

Ibu bapa bersetuju untuk pihak PIBG membuat kutipan pada hari pertama
persekolahan dan pendaftaran Tahun Satu.

7

6.11 Puan Norhayati binti Abdul Hamid mencadangkan supaya pihak kantin sekolah perlu
mengikuti sepenuhnya kriteria kesihatan yang telah digariskan oleh pihak berwajib.
Pandangan ini diutarakan disebabkan kebanyakan daripada usul yang dibuat adalah
terdiri dari ibu bapa murid-murid Tahun Satu. Beliau memohon supaya pihak kantin
dan guru memantau kriteria kesihatan.

Tuan Haji Abd Shukor bin Haji Ujang memohon supaya ibu bapa melapor terus
kepada pihak sekolah melalui Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) jika mereka
tidak berpuas hati atau sebarang isu yang timbul. ‘Spek Kesihatan’ bukan pihak
sekolah yang menetapkannya tetapi dari Jabatan Kesihatan.

6.12 Cadangan usul daripada Puan Noraziati binti Hamid adalah supaya pelaksanaan
aktiviti ko-kurikulum setiap minggu bagi murid Tahun Tiga dikaji semula. Ibu bapa
menyatakan masa agak padat bagi murid yang bersekolah agama. Sehubungan
dengan itu, beliau menyarankan supaya pihak sekolah melaksanakan aktiviti
kokurikulum pada waktu persekolahan seperti murid tahap 2.

Encik Mohamad Faizal bin Tukijan, Penolong Kanan Ko-kurikulum menjelaskan
bahawa pelaksanaan ko-kurikulum bagi murid Tahun Tiga adalah 1 jam seminggu
berbanding murid Tahap 2 bagi tempoh 2 jam seminggu. Pelaksanaan ko-kurikulum
dalam waktu persekolahan tidak dapat dilaksanakan kerana kerana melibatkan
ketiadaan guru untuk menguruskan murid Tahun Satu dan Tahun Dua. Pihak sekolah
telah memaklumkan kepada sekolah agama supaya mereka tidak boleh
membenarkan murid untuk keluar awal. Walaupun murid lewat tetap dikira hadir
dalam perjumpaan ko-kurikulum.

6.13 Encik Mohd Farhan bin Ahmad memaklumkan bahawa ibu bapa murid-murid PPKI
tidak dimaklumkan tentang Mesyuarat Agung PIBG yang berlangsung pada hari ini.
Rentetan itu, tiada usul yang dikemukakan oleh ibu bapa murid-murid PPKI dalam
mesyuarat kali ini. Beliau juga menyatakan bahawa kelas PPKI tiada meja dan kerusi
yang mencukupi menyebabkan ada segelintir murid terpaksa duduk di atas lantai.
Sehubungan dengan itu, beliau mengusulkan supaya pihak sekolah dapat
menyediakan meja dan kerusi kepada murid-murid PPKI untuk keselesaan mereka
untuk belajar.

Tuan Haji Abd Shukor bin Haji Ujang memaklumkan bahawa pihak sekolah telah
melakukan usaha sebaik mungkin untuk mendapatkan peruntukan kelas PPKI.
Misalnya, pihak sekolah telah mengenalpasti bilik khas untuk dijadikan kelas PPKI.
Beliau memohon supaya ibu bapa murid PPKI sepakat dan hadir dalam program
gotong royong mengemas bilik PPKI.

Cik Rohana binti Lat, Penolong Kanan PPKI menjelaskan bahawa Program PPKI
mempunyai Ahli Jawatankuasa Mesyuarat PIBG PPKI sendiri iaitu mesyuarat
permuafakatan untuk berbincang tentang masalah dan mesyuarat ini hanya berfokus
kepada hal ehwal PPKI sahaja. Beliau mempelawa semua ibu bapa murid PPKI untuk
turut serta dalam mesyuarat tersebut.

8

Beliau memaklumkan juga, murid Tahun 1 PPKI yang telah mendaftar masuk seramai
14 orang. Sehubungan dengan itu, guru dan pembantu murid tidak mampu untuk
menempatkan 14 orang murid dalam bilik PPKI yang mempunyai ruang yang agak
terbatas. Dari segi keselamatan, ada segelintir murid yang suka memanjat, mengigit
dan melakukan perkara yang agak berbahaya. Guru dan pembantu murid tidak
mampu untuk mengawal 58 orang murid dengan keterbatasan kelas dan sumber
tenaga.

6.14 Cadangan usul daripada Puan Nor Azianti biti Hamidi adalah supaya pembayaran
sumbangan PIBG boleh dibuat secara online. Pengerusi memaklumkan bahawa pihak
PIBG telah melaksanakan pembayaran melalui online dan resit pembayaran boleh
dikemukakan kepada guru kelas melalui whatsapp sebagai bukti pembayaran.

7.0 Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2019/2020

Yang Dipertua : Puan Zarina binti Daud
Naib Yang Dipertua : Encik Mohamad Shaiful Hizam bin Othman
Setiausaha Kehormat : Encik Shahrul Nizam bin Muhamad
Bendahari Kehormat : Puan Hasniza Akma binti Hakimi
AJK Ibu bapa : 1. Encik Ahmad Farid bin Mohammed
2. Mejar Adlee bin Mustafa TUDM (Bersara)
AJK Guru : 3. Encik Mohamed Hussain bin Ibrahim
Juru Audit : 4. Encik Mohd Haszoor bin Mohamed Muaidi
5. Dr. Ermi Noor binti Emjah
6. Puan Hazmarizal binti Che Abd Hamid
1. Encik Daud bin Aris
2. Encik Mohammad Syafiq bin Abdul Halim
3. Encik Muhammad Syafiq bin Mahfol
4. Puan Farena Haneda binti Nasri
5. Puan Siti Nazariah binti A.Kadir
1. Puan Siti Aishah binti Ahmad (Ibu bapa)
2. Puan Siti Qatrunnada Hanis binti Shariff (Guru)

8.0 Hal-Hal Lain

8.1 Encik Mohd Shukri bin Shaari selaku Yang Dipertua PIBG mencadangkan agar PIBG
menubuhkan tabung khairat kematian untuk kematian ahli keluarga murid. Bayaran
adalah sebanyak RM 2.00 setahun bagi setiap orang murid.
Puan Rosmaliza mengucapkan tahniah atas usul yang dikemukakan oleh PIBG. Beliau
berpandangan bahawa kutipan sebanyak RM 2.00 setahun bagi seorang murid
adalah agak berpatutan bagi keluarga yang berpendapatan serderhana.

Semua ibu bapa/penjaga bersetuju dengan cadangan untuk mewujudkan tabung
khairat kematian sebanyak RM 2.00 setahun bermula tahun hadapan.

9

8.2 Yang Dipertua PIBG memohon persetujuan ibu bapa/penjaga untuk bayaran
sumbangan RM 90.00 (wajib) dan RM 1,020.00 (pilihan) setahun bagi Program
Peningkatan Prestasi Tahun UPSR.

8.3 Yang Dipertua PIBG mengusulkan untuk membuat perluasan foyer SK Bandar
Teknologi Kajang.

Cadangan ini telah dipersetujui oleh ahli mesyuarat.

8.4 Yang Dipertua PIBG mengusulkan untuk PIBG mengekalkan kadar sumbangan PIBG
untuk tahun 2019 adalah sebanyak RM 50.00. Beliau memohon persetujuan ahli
mesyuarat sama ada bersetuju dengan usul pengekalan kadar sumbangan tersebut.
Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk mengekalkan kadar sumbangan PIBG
sebanyak RM 50.00 bagi tahun 2019.

8.5 Yang Dipertua PIBG mengusulkan untuk PIBG melaksanakan Program Ceriathon bagi
tahun 2019 sebagai salah satu kaedah untuk menambahkan dana PIBG. Beliau
memohon persetujuan ahli mesyuarat sama ada bersetuju dengan cadangan
pelaksanaan Program Ceriathon bagi pada tahun ini.

Cadangan ini telah dipersetujui sebulat suara oleh ahli mesyuarat untuk PIBG
mengadakan Program Ceriathon pada tahun 2019.

8.6 Yang Dipertua PIBG mengusulkan untuk kutipan ahli Pakaian Seragam sekolah
sebanyak RM 7.00.
Cadangan ini telah dipersetujui sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

8.7 Yang Dipertua PIBG mengusulkan untuk kutipan bagi lawatan-lawatan melibatkan
murid yang akan dianjurkan oleh pihak sekolah.
Cadangan ini telah dipersetujui sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

8.8 YDP meminta persetujuan ibu bapa/penjaga agar nama-nama dibawah diberi kuasa
sebagai pemegang amanah dan boleh menandatangani cek PIBG.

Cadangan ini telah dipersetujui sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

Berikut adalah nama yang dipertanggungjawabkan sebagai pemegang amanah iaitu

Yang Dipertua : Puan Zarina binti Daud

Naib Yang Dipertua : Encik Mohamad Shaiful Hizam bin Othman

Setiausaha Kehormat : Encik Shahrul Nizam bin Muhamad

Bendahari Kehormat : Puan Hasniza Akma binti Hakimi

8.9 Encik Mohamed Sham bin Ahmad mencadangkan untuk menubuhkan Kumpulan
Sokongan Ibu Bapa (KSIB) Tahun 6. Sumbangan KSIB adalah berbentuk kewangan dan
tenaga. Beliau memohon supaya ibu bapa/penjaga murid Tahun Enam menyokong
dan menyertai KSIB Tahun 6 nanti.
Cadangan ini telah dipersetujui sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

10

9.0 Ucapan Penangguhan
9.1 Puan Zarina binti Daud merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Besar,
barisan pentadbir, Ahli Jawatankuasa PIBG dan para guru yang dikasihi serta sahabat
ibu bapa atas kerjasama sehingga perjalanan mesyuarat agung PIBG pada tahun ini
tampak begitu lancar. Beliau berharap Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2019/2020 yang
akan dilantik nanti dapat bekerjasama dengan baik. Semoga ibu bapa dapat
menyokong apa jua program yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
9.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa/penjaga, barisan
pentadbir, guru-guru dan kakitangan yang hadir dalam Mesyuarat Agung PIBG kali
ini.
9.3 Pengerusi menasihati supaya ibu bapa yang ada sebarang permasalahan terus
membuat aduan kepada pihak PIBG dan sekolah.
9.4 Pengerusi memohon supaya ibu bapa Tahun 6 dapat menghantar anak-anak mereka
menghadiri apa jua program yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
9.5 Pengerusi memohon kemaafan sekiranya berlaku kesalahan dan kesilapan
sepanjang mempengerusikan mesyuarat kali ini.
9.6 Usul yang dibawa akan dibincangkan dengan lebih lanjut pada Mesyuarat AJK PIBG
nanti. Mesyuarat AJK PIBG kali pertama akan diadakan dalam masa terdekat .
9.7 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.20 tengah hari.

11

TINDAKAN YANG TELAH DIAMBIL HASIL DARIPADA USUL YANG TELAH
DIBENTANGKAN DALAM MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-16 TAHUN 2019

BIL PARA PERKARA TINDAKAN/ PERKEMBANGAN/ ULASAN

1. 6.1 Encik Nur Airil bin Mohd Sharif Telah dilaksanakan
membawa usul petak parkir dan
nombor plat van-van sekolah dicat di
atas jalan supaya van-van sekolah ada
tempat parkir yang lebih sistematik.
Seorang pegawal keselamatan perlu
mengawal lalu lintas di pagar B pada
setiap waktu murid habis waktu
persekolahan.

2. 6.2 Melalui usul supaya guru kelas Telah dilaksanakan
mewujudkan ‘group whatsapp’ atau
medium komunikasi yang bersesuaian
untuk ibu bapa murid. Ini bertujuan
supaya guru kelas senang
menyampaikan maklumat kepada ibu
bapa/penjaga.

3. 6.3 Melalui usul supaya guru Telah dilaksanakan
memaklumkan kepada murid-murid
muka surat dan subjek dalam
pemberian kerja rumah semasa cuti
persekolahan.

4. 6.4 Puan Suhada binti Salamun membawa Selesai

usul mengenai kedai buku menjual

pelekat-pelekat yang tidak

mendatangkan faedah kepada murid-

murid.

5. 6.5 Puan Norhidawani binti Sulaiman Selesai
membawa usul mengenai jualan air
bergas dalam kawasan sekolah.

7. 6.6 Encik Mohd Haszoor bin Mohamed Telah dilaksanakan
Muaidi membawa usul supaya guru
membenarkan murid-murid untuk
keluar menunaikan solat Zohor dan
Asar.

8. 6.7 Cadangan usul daripada Puan Siti Nur Tidak sesuai untuk dilaksanakan kerana pihak
Syuraya binti Yahaya adalah supaya sekolah telah menyusun kelas mengikut lokasi
murid Tahun Satu sepatutnya dan fizikal tinggi rendah meja.
ditempatkan di kelas bawah bukannya
di tingkat 2. Murid perlu membawa beg
yang agak berat untuk ke kelas dan jauh
dari kantin ketika waktu rehat.

9. 6.8 Mengenai cadangan usul daripada Telah dilaksanakan.
Encik Nariman bin Masruom adalah
supaya pihak sekolah menyediakan air
bersih bagi menggalakkan murid untuk
minum.

12

10. 6.9 Cadangan usul daripada Encik Abdul Pihak sekolah dan PIBG mengadakan gotong

Rashid bin Abdul Muluk adalah supaya royong menghias kelas bersama ibu

pihak sekolah mengadakan gotong bapa/penjaga murid setiap tahun. Setiap kelas

royong untuk menghias kelas bersama akan mendapat peruntukan daripada pihak

ibu bapa. PIBG.

11. 6.10 Encik Mohd Suhaimi bin Abd Halim Tidak dapat dilaksanakan kerana pihak sekolah

mencadangkan supaya sumbangan tertakluk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI)

PIBG dikutip awal di dalam kelas dan juga Standard Operating Procedure (SOP)

semasa pendaftaran Tahun Satu. tentang prosedur mengutip sumbangan PIBG.

12. 6.11 Puan Norhayati binti Abdul Hamid Kantin sekolah telah mendapat Gred A :
mencadangkan supaya pihak kantin Cemerlang (Gred Kebersihan Premis Makanan)
sekolah perlu mengikuti sepenuhnya dan Sijil Pengiktirafan BeSS (Bersih, Selamat dan
kriteria kesihatan yang telah digariskan Sihat) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
oleh pihak berwajib. Pandangan ini
diutarakan disebabkan kebanyakan
daripada usul yang dibuat adalah terdiri
dari ibu bapa murid-murid Tahun Satu.
Beliau memohon supaya pihak kantin
dan guru memantau kriteria kesihatan.

13. 6.12 Cadangan usul daripada Puan Noraziati Aktiviti kokurikulum diadakan kepada Tahun
binti Hamid adalah supaya pelaksanaan Tiga adalah untuk memberikan pendedahan
aktiviti ko-kurikulum setiap minggu bagi awal kepada mereka.
murid Tahun Tiga dikaji semula. Ibu
bapa menyatakan masa agak padat bagi
murid yang bersekolah agama.
Sehubungan dengan itu, beliau
menyarankan supaya pihak sekolah
melaksanakan aktiviti kokurikulum
pada waktu persekolahan seperti murid
Tahap 2.

14. 6.13 Encik Mohd Farhan bin Ahmad Telah dilaksanakan
memaklumkan bahawa ibu bapa murid-
murid PPKI tidak dimaklumkan tentang
Mesyuarat Agung PIBG yang
berlangsung pada hari ini. Rentetan itu,
tiada usul yang dikemukakan oleh ibu
bapa murid-murid PPKI dalam
mesyuarat kali ini. Beliau juga
menyatakan bahawa kelas PPKI tiada
meja dan kerusi yang mencukupi
menyebabkan ada segelintir murid
terpaksa duduk di atas lantai.
Sehubungan dengan itu, beliau
mengusulkan supaya pihak sekolah
dapat menyediakan meja dan kerusi
kepada murid-murid PPKI untuk
keselesaan mereka untuk belajar.

13

15. 6.14 Cadangan usul daripada Puan Nor Telah dilaksanakan.
Azianti biti Hamidi adalah supaya
pembayaran sumbangan PIBG boleh
dibuat secara online.

16. 8.1 Encik Mohd Shukri bin Shaari selaku Tidak dapat dilaksanakan tetapi jika berlaku
Yang Dipertua PIBG mencadangkan kematian pihak sekolah akan memaklumkan
agar PIBG menubuhkan tabung khairat awal kepada murid untuk diadakan kutipan
kematian untuk kematian ahli keluarga derma kilat.
murid. Bayaran adalah sebanyak RM
2.00 setahun bagi setiap orang murid.

17. 8.3 Yang Dipertua PIBG mengusulkan untuk Dalam proses pelaksanaan melalui Wakaf Foyer.
membuat perluasan foyer SK Bandar
Teknologi Kajang.

18. 8.4 Yang Dipertua PIBG mengusulkan untuk Telah dilaksanakan.
PIBG melaksanakan Program Ceriathon
bagi tahun 2019 sebagai salah satu
kaedah untuk menambahkan dana
PIBG. Beliau memohon persetujuan ahli
mesyuarat untuk sama ada bersetuju
dengan cadangan pelaksanaan Program
Ceriathon bagi pada tahun ini.

19. 8.5 Yang Dipertua PIBG mengusulkan untuk Yuran pendaftaran keahlian bagi setiap unit

kutipan ahli Pakaian Seragam sekolah beruniform adalah berbeza tertakluk kepada

sebanyak RM 7.00. persatuan di peringkat kebangsaan atau negeri.

20. 8.6 Yang Dipertua PIBG mengusulkan untuk Telah dilaksanakan.
kutipan bagi lawatan-lawatan
melibatkan murid yang akan dianjurkan
oleh pihak sekolah.

21. 8.8 Encik Mohamed Sham bin Ahmad Pihak PIBG dan sekolah telah mewujudkan
mencadangkan untuk menubuhkan group WhatsApp setiap kelas Tahun Enam
Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) sebagai landasan KSIB.
Tahun 6. Sumbangan KSIB adalah
berbentuk kewangan dan tenaga.
Beliau memohon supaya ibu
bapa/penjaga murid Tahun Enam
menyokong dan menyertai KSIB Tahun
6 nanti.

Disediakan oleh:

Urus Setia
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-16 Tahun 2019

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

29

PENYATA
KEWANGAN

30

3

31

3

32

3

33

3

34

3

35

3

36

3

37

3

38

PEMBENTUKAN BIRO DALAM JAWATANKUASA PIBG

Penasihat : Tuan Haji Abd Shukor Bin Haji UjangPPT
Guru Besar Cemerlang SK Bandar Teknologi Kajang
Yang Dipertua : Puan Zarina binti Daud
Encik Mohamad Shaiful Hizam bin Othman
Naib Yang Dipertua : Encik Shahrul Nizam bin Muhamad
Puan Hasniza Akma Binti Hakimi
Setiausaha Kehormat :

Bendahari Kehormat :

BIL. BIRO BIDANG TUGAS AJK

1. Akademik dan  Berhubung dan bekerjasama rapat 1. Encik Ahmad Shukri bin Mohamed

Kecemerlangan dengan pihak pentadbiran sekolah Hariri
Pelajar melalui GPK Kurikulum. 2. Puan Siti Nazariah binti A.Kadir
 Membantu dan merancang program Pentadbir : Puan Nur Syahidah Aisyah
berkaitan akademik untuk merealisasikan Somchit, Penolong Kanan Pentadbiran

PPP SKBTeK 2016-2019.

2. Biro  Mengurus aktiviti berkaitan keselamatan 1. Mejar (B) Adlee bin Mustafa TUDM

Keselamatan murid dan sekolah – Program 3K. 2. Encik Daud bin Aris

dan Kesihatan  Berhubung dan bekerjasama rapat Pentadbir : Encik Md Saberi bin Md
dengan pihak pentadbiran sekolah Kasim, Penolong Kanan HEM

melalui GPK HEM.

3. Biro Kebajikan  Berhubung dan bekerjasama rapat 1. Dr. Ermi Noor binti Emjah

dan Bina Insan dengan pihak pentadbiran sekolah 2. Puan Qatrunnada Hanis binti Sharif

melalui GPK HEM. 3. Puan Hasniza Akma binti Hakimi

 Merancang dan mengatur aktiviti Pentadbir : Encik Md Saberi bin Md

berkaitan kebajikan dan bantuan kepada Kasim, Penolong Kanan HEM
murid yang layak.

4. Biro  Berhubung dan bekerjasama rapat 1. Encik Mohd Haszoor bin Mohamed

Pembangunan dengan pihak pentadbiran sekolah Muaidi

dan Keceriaan melalui GPK Kokurikulum. 2. Encik Mohammad Syafiq bin Abdul

 Bertanggungjawab dalam Halim

penyelengaraan prasarana sekolah. Pentadbir : Encik Mohamad Faizal bin

 Merancang naik taraf prasarana sekolah. Tukijan, Penolong Kanan Kokurikulum

5. Biro Maklumat  Bertindak sebagai juruhebah utama PIBG 1. Encik Ahmad Farid bin Mohammed

dan di antara sekolah dan ibu bapa melalui 2. Puan Farena Heneda binti Nasri

Perhubungan sebaran maklumat. Pentadbir : Cik Rohana binti Lat,
 Coordinator laman sesawang PIBG Penolong Kanan PPKI

6. Ekonomi  Berhubung dan bekerjasama rapat 1. Encik Mohamed Hussain bin Ibrahim

dengan pihak pentadbiran sekolah 2. Puan Norazlin binti Azemi

melalui GPK Petang. 3. Encik Muhammad Syafiq bin Mahfol

 Merancang dan mengatur aktiviti untuk Pentadbir : Puan Badriah binti Jaafar,
menambahkan dana PIBG. Penolong Kanan Petang

39

KEHADIRAN AJK DALAM MESYUAR

BIL NAMA AHLI JAWATANKUASA PIBG BIL. M
1. Tuan Haji Abd Shukor Bin Haji Ujang PPT
JA
Penasih

2. Puan Hasnizar binti Haji Kharuddin Penasih

3. Puan Zarina Bint Daud Yang D

4. Encik Muhamad Shaiful Hizam bin Othman Naib Y

5. Encik Shahrul Nizam bin Muhamad Setiaus

6. Puan Hasniza Akma binti Hakimi Bendah

7. Encik Ahmad Farid bin Mohammed AJK (I

8. Encik Muhammed Hussien bin Ibrahim AJK (I

9. Mejar Adlee bin Mustafa TUDM (Bersara) AJK (I

10. Encik Mohd Haszoor bin Mohamed Muaidi AJK (I

11. Encik Ahmad Shukri bin Mohamed Hariri(dilantik semula) AJK (I

12. Puan Hazmarizal binti Che Abd Hamid AJK (I

13. Dr. Ermi Noor binti Emjah AJK (I

14. Encik Daud bin Aris AJK (G

15. Encik Mohammad Syafiq bin Abdul Halim AJK (G

16. Encik Muhammad Syafiq bin Mahfol AJK (G

17. Puan Farena Hanida binti Nasri AJK (G

18. Puan Siti Nazariah binti A.Kadir AJK (G

19. Puan Siti Aishah binti Ahmad Juruau

20. Puan Norazlin Binti Azemi(dilantik semula) Juruau

21/ Puan Siti Qatrunnada Hanis Binti Shariff Juruau

Nota : √ (hadir) / O* (Tidak Hadir Berse

40


Click to View FlipBook Version