The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by JiaChen Khew, 2020-04-30 00:17:13

Modul Versatil BM Tahun 5 Buku A

Modul Versatil BM Tahun 5 Buku A

Bahasa Melayu Tahun 5 Kertas 1 (Pemahaman)

KANDUNGAN

Imbas di sini
untuk nota dan
tips istimewa
daripada penulis

Unit 1 : Kata Nama Am dan Kata Nama Khas 1
Unit 2 : Kata Ganti Nama Diri 3
Unit 3 : Kata Tanya 5
Unit 4 : Kata Adjektif 8
Unit 5 : Kata Keterangan 10
Unit 6 : Kata Pemeri 12
Unit 7 : Kata Hubung 13
Unit 8 : Kata Sendi 15
Unit 9 : Penanda Wacana 18
Unit 10 : Kata Seru 20
Unit 11 : Penjodoh Bilangan 21
Unit 12 : Imbuhan 23
Unit 13 : Kata Ganda 25
Unit 14 : Ayat Aktif dan Ayat Pasif 27
Unit 15 : Simpulan Bahasa 29
Unit 16 : Peribahasa 31
Unit 17 : Sinonim 33
Unit 18 : Antonim 34
Unit 19 : Cakap Ajuk dan Cakap Pindah 35
Unit 20 : Ayat Majmuk 37
Unit 21 : Kesalahan Umum Tatabahasa 39
Unit 22 : Petikan 42
Unit 23 : Dialog 46
Unit 24 : Bahan Grafik 48
Latihan Berformat UPSR Set 1 52
Latihan Berformat UPSR Set 2 61
Jawapan i – iv

Editor: Wani © Nilam Publication Sdn. Bhd.

Bahasa Melayu Tahun 5 Buku A (Pemahaman)

Unit Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

1

LATIHAN 1
Gariskan kata nama am yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah.

1 Seniman dan seniwati tersohor negara menghadiri majlis pelancaran filem terbaru itu.
2 Harimau Malaya antara spesies haiwan terancam yang mesti dipelihara dengan baik.
3 Penglihatannya semakin kabur apabila meningkat usia.
4 Azan berkumandang menandakan masuknya waktu solat.
5 Anjing-anjing liar di bawah jagaan Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan

(SPCA) boleh diadopsi oleh mereka yang berminat.
6 Khemah yang kami bina runtuh dipukul angin kencang.
7 Kebanyakan petani moden telah menggunakan baja dan racun organik.
8 Hanif sering menonton filem pendek dan video klip lagu di laman Youtube.
9 Dengan gaji yang tidak seberapa, dia belum mampu membeli kereta.
10 Rumah yang dibina di kawasan lereng bukit berdepan risiko tanah runtuh.

1 © Nilam Publication Sdn. Bhd.

Bahasa Melayu Tahun 5 Buku A (Pemahaman)

LATIHAN 2
Gariskan kata nama khas yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah.

1 Sebagai penolong kanan di Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal, Encik Jeganath
bertanggungjawab membantu guru besar dalam menguruskan pentadbiran sekolah.

2 Novel Diari Arissa karya penulis baharu itu diulang cetak kerana habis terjual.

3 Laksa Johor yang disediakan oleh Mak Cik Fazlin sangat enak.

4 Taman Negara Bako terletak 40 km dari Bandar Raya Kuching.

5 Trafik sesak dari Bulatan Kayangan sehinggalah ke susur keluar Seksyen 9, Shah
Alam.

6 Dia meraih pingat gangsa dalam acara lempar cakera dalam Majlis Sukan Sekolah
Malaysia 2018.

7 Ketua Pengakap Negara, Datuk Seri Dr Shafie Mohd Salleh menyeru ahli pengakap
supaya berdisiplin dan menjaga sahsiah diri.

8 Taman rekreasi yang terletak di kaki Gunung Stong itu tidak diuruskan dengan baik.

9 Makmal sains dan komputer sekolah kami akan dinaik taraf melalui bantuan yang
diterima daripada Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu.

10 Klinik Osman dibuka pada setiap hari kecuali hari Ahad dan cuti umum.

© Nilam Publication Sdn. Bhd. 2

Bahasa Melayu Tahun 5 Buku A (Pemahaman)

Unit Kata Ganti Nama Diri

2

LATIHAN 1
Tandakan (✓) bagi ayat yang menggunakan kata ganti nama diri yang betul dan (✗) bagi ayat
yang menggunakan kata ganti nama diri yang salah.
1 Basikal tua yang tersandar di bangsal itu milik datuk. Ianya sudah

berkarat dan tidak boleh digunakan lagi.

2 Atap bumbung yang bocor itu mereka baiki.

3 “Hamba bukan orang yang layak untuk membicarakan soal tanah dan
ufti,” ujar Datuk Bendahara kepada Syahbandar.

4 Periuk tembaga itu saya sental sehingga berkilat.

5 Janji yang dia tabur tidak boleh dipercayai.

6 Kata Aniq kepada tetamu-tetamu di rumahnya, “Kalian jangan malu-
malu. Makanlah sampai kenyang.”

7 “Syarikat kita tidak terjejas oleh kemelesatan ekonomi,” kata pengarah
urusan kepada wartawan.

8 “Aku akan menuntut bela atas kematian Tuah!” bentak Hang Jebat.

9 Parit besar yang tersumbat itu dibersihkan oleh kami dan beberapa
jiran tetangga yang prihatin.

10 Sebagai insan biasa, ia mempunyai hati dan perasaan yang halus.

3 © Nilam Publication Sdn. Bhd.

Bahasa Melayu Tahun 5 Buku A (Pemahaman)

LATIHAN 2

Tandakan (✓) pada kata ganti nama diri yang paling tepat dalam ayat-ayat di bawah.

1 “Sila turunkan cap jari ______ di sini,” kata peguam kepada wanita itu.

encik anda engkau

2 “Adakah ______ sedar bahawa ______ telah tersesat?” tanya Eunice kepada rakan-rakannya.

kamu, kami kalian, kita awak, kalian

3 Teks ucapan itu ______ siapkan sejam sebelum majlis berlangsung.

patik saya beta

4 “Titah perintah ______ terjunjung di atas batu jemala _________,” kata Laksamana Ali
kepada Sultan.

tuanku, patik beta, tuan hamba baginda, hamba

5 Majlis rumah terbuka tersebut dirancang dengan teliti oleh _________.

kami kita mereka

6 Usahawan muda itu terkenal oleh sikapnya yang pemurah. Baru-baru ini, _________
mendermakan RM1 juta untuk pembinaan perpustakaan.

dia ia beliau

7 “ _________ akan berangkat ke Bangkahulu apakala matahari menjengahkan dirinya esok,”
titah Sultan Melaka.

Tuanku Beta Baginda

8 “Siapakah antara _________ yang membuli kamu?” tanya Iriawan kepada adiknya sambil
menjeling ke arah Huda dan teman-temannya.

kalian kita mereka

9 “Kertas kerja yang _________ bentangkan mendapat pujian daripada ahli lembaga pengarah,”
kata Wei Wei kepada ibunya sambil mengukir senyum buat rakan-rakan dalam pasukannya.

kita kami saya

10 Walaupun penat, pengalaman mendaki Gunung Korbu tidak akan _________ lupakan.

mereka kami dia

© Nilam Publication Sdn. Bhd. 4

Bahasa Melayu Tahun 5 Buku A (Pemahaman)

Unit Kata Tanya

3

LATIHAN 1
Bina ayat tanya berdasarkan jawapan yang diberikan di bawah.
1 Semangkuk mee rebus berharga RM5.50.


2 Biskut itu lemau kerana dibiarkan terdedah kepada udara.


3 Maaf, saya tidak tahu-menahu tentang khabar angin itu.


4 Taman tema itu ditutup sekitar tahun 1980-an.


5 Abang lebih mahir bertukang berbanding ayah.


6 Kerani itu diberi amaran oleh majikannya kerana sering ponteng kerja.


7 Perpaduan dapat dicapai apabila setiap anggota masyarakat saling memahami dan bertoleransi.



8 Kerja rumah akan saya siapkan sebelum keluar bermain.


9 Bawang besar perlu dimayang halus, manakala halia dihiris nipis-nipis.


10 Majlis persaraan guru besar berlangsung dalam suasana sayu.


5 © Nilam Publication Sdn. Bhd.

Bahasa Melayu Tahun 5 Buku A (Pemahaman)

LATIHAN 2
Tuliskan ayat tanya yang sesuai berdasarkan situasi yang diberikan di bawah.
1

Dialog gadis:

Dialog posmen: Mungkin bungkusan yang saudari
tunggu-tunggu itu akan sampai esok.

2
Dialog lelaki 1:

Dialog lelaki 2: Selalunya, saya berjoging dua kali
seminggu untuk mengekalkan kecergasan tubuh.

3
Dialog anak:

Dialog emak: Buah-buahan tempatan kita bukan sahaja
harganya jauh lebih murah, malah buah-buahan ini
sangat berkhasiat.

4
Dialog pelancong 1:

Dialog pelancong 2: Penerbangan ke Delhi tergendala
selama 45 minit.

5
Dialog polis:

Dialog pemuda: Beberapa remaja warga asing
menconteng dinding apartment dan memecahkan pasu
bunga di blok saya.

© Nilam Publication Sdn. Bhd. 6

6 Bahasa Melayu Tahun 5 Buku A (Pemahaman)

Dialog wanita:

Dialog penjual: Ya, ikan di sini segar-segar belaka.

7
Dialog hulubalang:
Dialog temenggung: Penderhaka ini selayaknya
dibuang sahaja dari negeri!

8
Dialog pekerja:
Dialog majikan: Laporan ini mesti disiapkan sebelum
waktu makan tengah hari.

9
Dialog isteri:
Dialog suami: Kopi yang kamu hidangkan ini terlalu
manis.

10
Dialog kanak-kanak:
Dialog ibu: Mereka sedang bermain bola tampar pantai.

7 © Nilam Publication Sdn. Bhd.

Bahasa Melayu Tahun 5 Buku A (Pemahaman)

Unit Kata Adjektif

4

LATIHAN 1
Gariskan kata adjektif yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah.

1 Pendapatnya yang bernas diterima dengan baik oleh pihak pengurusan.

2 Bukan mudah untuk mencapai taraf negara maju yang dihormati di peringkat global.

3 Dalam masa yang singkat, air sungai melimpah dan menenggelami jalan raya.

4 Gadis yang naif itu menjadi mangsa sindiket penipuan yang licik.

5 Kanak-kanak itu berlari riang di padang ragut yang menghijau.

6 Walaupun matahari telah meninggi, dia masih lagi tidur nyenyak di katil empuknya.

7 Sesuatu masalah tidak kira kecil atau besar mestilah diselesaikan dengan sebaik
mungkin.

8 Para petani membanting tulang empat kerat di bawah terik mentari demi kelangsungan
hidup.

9 Majlis hari lahirnya di hotel empat bintang itu berlangsung gilang-gemilang dan
meriah.

10 Tasik yang dahulunya bersih dan jernih itu kini dicemari dengan longgokan sampah
sarap dan bangkai haiwan.

© Nilam Publication Sdn. Bhd. 8

Bahasa Melayu Tahun 5 Buku A (Pemahaman)

LATIHAN 2

Kenal pasti kesalahan penggunaan adjektif dalam ayat-ayat di bawah dengan menandakan sama
ada A, B atau C. Jika tiada kesalahan, bulatkan D.

1 Buku-buku yang tersusun dengan rapi dan kemas di dalam rak itu membantu pelajar
AB

mencarinya dengan mudah. Tiada kesalahan.
CD

2 Meskipun dibina tanpa paku, Istana Seri Menanti tetap utuh dan berdiri mapan hingga ke
AB

hari ini. Perkara ini membuktikan seni bina zaman dahulu sungguh hebat. Tiada kesalahan.
CD

3 Dengan langkah yang berat, dia membawa hati yang lara meninggalkan kampung halaman
AB

yang banyak mengajarnya erti kehidupan. Tiada kesalahan.
CD

4 Dalam situasi yang meruncing, kebiasaannya kita cepat panik lalu membuat tindakan melulu.

AB C

Tiada kesalahan.
D

5 Hembusan bayu yang lembut dan pasir pantai Perhentian yang gebu seolah-olah mengalu-
AB

alukan kami yang baharu tiba. Tiada kesalahan.
CD

6 Kesesakan teruk dilaporkan berlaku seawal pagi tadi disebabkan sebuah lori panjang terbalik
AB C

merentangi jalan. Tiada kesalahan.
D

7 Biskut yang rangup dan berkrim hancur jika dikendalikan dengan kasar. Tiada kesalahan.
AB CD

8 Sup itu tidak boleh dibiarkan merenih dengan api yang garang kerana lama-kelamaan kuahnya
A

akan kering dan melekat di dasar periuk. Tiada kesalahan.
B CD

9 Wanita yang bermulut becok itu sangat gemar mengambil tahu hal orang lain. Dia sering
AB

menyebar berita palsu sehingga menimbulkan fitnah. Tiada kesalahan.
CD

10 Pemuda yang kelihatan tidak bermaya dan terurus itu disoal siasat oleh polis disebabkan
AB

oleh tingkah lakunya yang mencurigakan. Tiada kesalahan.
CD

9 © Nilam Publication Sdn. Bhd.

Bahasa Melayu Tahun 5 Buku A (Pemahaman)

Unit Kata Keterangan

5

LATIHAN 1
Isikan tempat kosong dengan kata keterangan “tidak” atau “bukan”.

Bukan Tidak

1 semua orang percaya akan hantu dan makhluk halus.

2 Mempelajari dan menguasai beberapa bahasa satu perkara yang mudah.

3 Meskipun rumah yang didiami mereka sebesar mana, namun mereka bahagia.

4 Anak-anak Datuk Hidir fasih berbahasa Melayu kerana membesar di London.

5 Pasangan suami isteri itu sering bertengkar kerana mereka sehaluan.

6 Mendengar suara-suara halus dan melihat imej yang tidak wujud perkara
normal.

7 Kakak memilih untuk belajar di luar negara, sebaliknya keputusan itu dibuat
oleh ayah.

8 Fitnah yang dilemparkan terhadap Mahsuri berasas.

9 Pelakon itu sahaja cantik, malah berbakat.

10 takdir yang perlu dipersalahkan sekiranya rancangan yang kita rencanakan
berjaya.

© Nilam Publication Sdn. Bhd. 10

Bahasa Melayu Tahun 5 Buku A (Pemahaman)

LATIHAN 2
Isi tempat-tempat kosong di bawah dengan kata keterangan yang paling tepat.

sudah masih agak jarang mengapa

barangkali pernah bila akan nian

1 Rekha musykil anaknya belum bercakap meskipun sudah berusia tiga
tahun.

2 Dia keberatan untuk berkongsi bilik dengan orang yang tidak dikenali.

3 Peluang keemasan seperti ini ditemukan. Rebutlah kesempatan ini sebelum
terlambat.

4 Entah kita dapat bersua lagi.

5 Saya melapor diri di kem esok.

6 Menara Burj Khalifa di Dubai tinggi .

7 Safira terlupa akan temu janji yang diaturnya dengan teman-teman
seuniversiti dahulu.

8 Tidak terlintas di benakku untuk mengkhianati dirimu.

9 Wei Kang ragu-ragu sama ada mahu mengambil alih perniagaan ayahnya
atau bekerja makan gaji.

10 Berita yang basi itu usahlah dijaja lagi.

11 © Nilam Publication Sdn. Bhd.

Bahasa Melayu Tahun 5 Buku A (Pemahaman)

Unit Kata Pemeri

6

LATIHAN
Isi tempat kosong dengan kata pemeri yang tepat.

ialah adalah

1 Tekatan benang emas tersebut halus dan begitu mewah.

2 Perhiasan kristal ini ditempah khas untuk majlis santapan diraja.

3 Bakal isterinya dari negara seberang.

4 Kedai dobi itu di antara restoran mamak dan kafe siber.

5 Menghirup teh o panas di Ladang Teh Bharatt satu kemestian setiap kali anda
berkunjung ke Cameron Highlands.

6 Ciri-ciri pelajar yang berdisiplin menepati masa dan merancang sesuatu
pekerjaan dengan teratur.

7 Anak benih tumbuhan yang dipencar melalui angin ringan dan bersayap.

8 Membunuh salah satu daripada dosa besar.

9 Baju sejuknya daripada bulu biri-biri.

10 Yang saya impikan kehidupan yang sederhana di samping orang tersayang.

© Nilam Publication Sdn. Bhd. 12

Bahasa Melayu Tahun 5 Buku A (Pemahaman)

Unit Kata Hubung

7

LATIHAN 1
Gantikan kata hubung yang bergaris dalam ayat-ayat berikut dengan kata hubung yang tepat.

1 Supaya mengelakkan masalah sakit gigi, pastikan gigi diberus
sekurang-kurangnya dua kali sehari.

2 Krim pemutih itu merawat kulit bermasalah sambil menjadikan
kulit lebih cerah.

3 Tiket pertunjukan bunga api itu hanya tinggal beberapa keping
sahaja. Andai kata jika tiada sesiapa membelinya.

4 Dia mengaku yang dia kurang memberikan perhatian kepada
keluarga.

5 Setelah dengan meningkatnya usia, semakin matang pemikiran
kamu.

6 Sementara Eliza yang berbakat itu pun tidak terpilih dalam
sesi uji bakat, apatah lagi kamu yang bersuara sumbang.

7 Walaupun sudah mengulang kaji, bagaimanapun Soo Li masih
risau tidak dapat menjawab soalan kuiz dengan baik.

8 Cecair berubah menjadi pepejal bila dibekukan.

9 Mak Cik Saodah asyik mencari kesalahan orang lain, padahal
anak-anaknya sendiri tidak terjaga.

10 Baik lelaki atau perempuan, pengorbanan kalian terhadap
tanah air sangat diperlukan.

13 © Nilam Publication Sdn. Bhd.

Bahasa Melayu Tahun 5 Buku A (Pemahaman)

LATIHAN 2
Padankan kata hubung bagi melengkapkan ayat-ayat di bawah dengan tepat.

1 Rentap berjuang habis-habisan ______ semenjak
mempertahankan hak kaumnya daripada
dicabuli.

2 Dia sering bermurung ______ berpindah sementara
ke tempat baharu ini.

3 Pesakit itu kelihatan ceria ______ dia demi
menahan kesakitan dalam diam.

4 Ambil kain dari ampaian ______ langit padahal
mulai mendung.

5 Setiap pekerja dikehendaki

menandatangani kontrak itu ______ jikalau

suka ______ tidak.

6 Kami tekun mencari pepahat di pesisir sama ada...
pantai ______ air belum pasang. atau

7 Abang mencapai baju Melayunya lantas
______ disarungkan ke tubuh.

8 ______ Murali petah berkata-kata, bahkan

______ dia tidak mempunyai keyakinan
untuk berdepan dengan orang ramai.

9 Datuk bukan sahaja tidak boleh membaca Sungguhpun...
______ menulis juga. tetapi

10 Ular haiwan vertebrata ______ cacing manakala
pula haiwan invertebrata.

© Nilam Publication Sdn. Bhd. 14

Bahasa Melayu Tahun 5 Buku A (Pemahaman)

Unit Kata Sendi

8

LATIHAN 1
Gantikan kata sendi yang bergaris dalam ayat-ayat berikut dengan kata hubung yang tepat.

1 Sila laporkan aduan anda pada pegawai di kaunter
sebelah.

2 Bagi mengelakkan terperangkap di dalam kesesakan
lalu lintas, kami memulakan perjalanan di pagi hari.

3 Penyakit psikosis daripada sudut psikologi boleh dirawat
jika dikesan di peringkat awal.

4 Kami kagum oleh keberanian perajurit yang
memperjuangkan kemerdekaan negara.

5 Kita mestilah berbuat baik dengan jiran kerana
merekalah yang akan membantu kita di waktu
kecemasan.

6 Anak-anak digalakkan memohon kemaafan dari orang
tua mereka.

7 Tanggapan negatif pada sesuatu kaum perlu dihapuskan
daripada minda masyarakat.

8 Daripada siang hingga ke malam, dia menanti kepulangan
suami tercinta bak pungguk rindu terhadap bulan.

9 Dia enggan bercakap dan disentuh sejak dari kejadian
itu.

10 Hubungan di antara adik-beradik mesti dipelihara
dengan baik.

15 © Nilam Publication Sdn. Bhd.

Bahasa Melayu Tahun 5 Buku A (Pemahaman)

LATIHAN 2
Kenal pasti kesalahan dalam ayat-ayat di bawah dengan menandakan sama ada A, B atau C. Jika
tiada kesalahan, bulatkan D.

1 Hukuman yang dikenakan pada penjenayah mestilah setimpal dengan kesalahan yang
AB

dilakukan dan tidak di luar batas perikemanusiaan. Tiada kesalahan.
CD

2 Pendakian ke puncak gunung hanya berpandukan kepada peta yang kami ambil dari pihak
A BC

urus setia. Tiada kesalahan.
D

3 Ceramah tentang pencegahan denggi pada petang ini bakal disampaikan oleh pegawai
AB

daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Tiada kesalahan.
CD

4 Pembabitannya dalam dunia seni sejak 35 tahun yang lalu menjadikannya seniman yang
AB

disegani di kalangan penggiat muzik. Tiada kesalahan.
CD

5 Baju yang diperbuat daripada sutera asli itu dijual dengan harga yang mahal dan hanya
AB

boleh dibeli secara eksklusif di sebuah butik di Pavillion. Tiada kesalahan.
CD

© Nilam Publication Sdn. Bhd. 16

Bahasa Melayu Tahun 5 Buku A (Pemahaman)

6 Sekumpulan saintis itu membuat pemerhatian terhadap kehidupan orang utan dari semasa
AB

ke semasa. Tiada kesalahan.
CD

7 Untuk menyokong kempen Kibarkan Jalur Gemilang yang dilancarkan oleh kerajaan, guru
AB

besar menggalakkan setiap murid menghiasi bilik darjah dengan bendera. Tiada kesalahan.
CD

8 Semangat cinta kepada negara mesti dipupuk dalam diri anak-anak sejak kecil. Tiada
A BC

kesalahan.
D

9 Dari hanya membuang waktu berpeleseran, lebih baik kamu mendaftar dengan mana-mana
AB

persatuan untuk beraktiviti. Tiada kesalahan.
CD

10 Dalam kebanyakan kes, pembunuh bersiri mempunyai zaman kanak-kanak yang sukar dan
A

hal ini menyebabkan mereka menyisihkan diri dari keluarga serta orang di sekeliling. Tiada
BC

kesalahan.
D

17 © Nilam Publication Sdn. Bhd.

Bahasa Melayu Tahun 5 Buku A (Pemahaman)

Unit Penanda Wacana

9

LATIHAN 1
Gariskan penanda wacana yang tepat dalam ayat-ayat di bawah.

1 Pasangan kembar seiras itu mempunyai rupa dan fizikal yang sama ( Sebaliknya,
Sungguhpun begitu ), personaliti mereka jauh berbeza.

2 Ramai orang gemar berbelanja di pasar malam disebabkan variasi barangan yang dijual.
( Lebih- lebih lagi, Dalam pada itu ) pengguna juga dapat tawar-menawar harga.

3 Teruskan pemanduan sehingga kamu menemukan sebuah kedai runcit. ( Selanjutnya, Justeru )
belok ke kanan.

4 Kegiatan ko-kurikulum membolehkan pelajar mengisi masa lapang dengan berfaedah.
( Selain itu, Selain daripada itu ) para pelajar dapat mengasah kemahiran insaniah seperti
kemahiran berkomunikasi dan kepimpinan.

5 Dia masih membohongi kedua-dua orang tuanya ( meskipun, meskipun begitu ) maklum
perbuatan tersebut salah.

6 Penjenayah itu kejam dan sadis. ( Sebaliknya, Namun demikian ) dia tetap mempunyai sisi
baiknya.

7 Masalah sosial dalam kalangan remaja kian meningkat ( malah, sekali gus ) membimbangkan
semua pihak.

8 Masih kedapatan individu-individu yang merokok di tempat awam. ( Oleh itu, Di samping itu )
hukuman yang lebih berat perlu dikuatkuasakan.

9 Pemakanan yang seimbang mesti dipraktikkan oleh semua orang. ( Selain, Lebih-lebih lagi )
membekalkan tubuh dengan zat yang diperlukan, sistem pencernaan juga dapat berfungsi
dengan lancar.

10 Pengerusi majlis menjemput wakil rakyat untuk merasmikan majlis. ( Sebelum itu, Oleh hal
yang demikian ) beliau diminta untuk menyampaikan ucapan.

© Nilam Publication Sdn. Bhd. 18

Bahasa Melayu Tahun 5 Buku A (Pemahaman)

LATIHAN 2

Gariskan penanda wacana yang tepat dalam petikan-petikan di bawah.

Petikan 1
Penyalahgunaan internet bagi tujuan mempersenda dan membuli orang lain semakin

menjadi-jadi belakangan ini. (i) ( Sungguhpun demikian, Walaupun ) masyarakat seolah-olah
tidak ambil berat tentang hal ini. Rata-rata masyarakat menganggap perkara itu remeh atau tidak
penting. (ii) ( Selain daripada itu, Di samping itu ) ada dalam kalangan mereka yang menanggapi
perbuatan mempersenda orang lain di laman sosial sebagai satu perbuatan yang melucukan.

Mangsa buli siber bukan sahaja mengalami tekanan perasaan (iii) ( malah, tambahan pula
) merasakan tidak ada tempat untuk mengadu. (iv) ( Oleh itu, Sungguhpun demikian ) kempen
kesedaran tentang bahaya buli siber perlu dilancarkan oleh pihak media. Masalah mental emosi
yang berpunca daripada penyalahgunaan internet perlu ditangani segara.

Petikan 2
Apabila menyebut tentang kuih-muih tradisional, majoriti anak-anak muda tidak

menggemarinya. Mereka memberikan alasan kuih tersebut terlalu manis, lemak dan tidak baik
untuk kesihatan. (i) ( Disebabkan itu, Namun demikian ) mereka memilih untuk menikmati
hidangan barat yang konon-kononnya jauh lebih berkhasiat. Situasi ini menyebabkan kuih-muih
tradisional tidak popular dan semakin dilupakan. (ii) ( Namun begitu, Dalam pada itu ) terdapat
usahawan yang inovatif dalam mengubah suai kuih- muih tradisional agar menjadi lebih moden
dan menepati selera anak-anak muda.

Sebagai contoh, bahulu yang pada asalnya manis dan diperbuat daripada telur yang
banyak kini ditambah perisa seperti coklat, kopi, pandan dan sebagainya dengan rasa manis
yang dikurangkan. (iii) ( Di samping itu, Secara tidak langsung ) anak-anak muda tertarik untuk
mencubanya. Mereka bukan sahaja menyukainya (iv) ( tambahan pula, malah ) menganggap
inovasi itu sesuatu yang unik dan perlu diperluas.

Petikan 3
Tidak semua orang selesa dengan pengucapan awam. Berdepan dengan orang ramai di

dalam dewan yang besar boleh mengundang rasa gugup dan cemas. (i) ( Di samping itu, Selain )
keyakinan diri yang tinggi diperlukan untuk meyakinkan penonton tentang apa yang kita sampaikan.
(ii) ( Oleh hal yang demikian, Selepas itu ) persiapan yang rapi amat penting bagi mempersiapkan
diri secara mental dan fizikal.

Antara langkah yang boleh diambil ialah dengan membuat latihan demi latihan di depan
cermin. (iii) ( Meskipun, Justeru ) agak kekok dan kelihatan janggal pada mulanya, lama-kelamaan
kita dapat membaiki kelemahan yang ada. Merakam diri sendiri ketika berucap juga satu idea yang
bernas. Kita dapat melihat gaya pengucapan kita berulang-ulang kali dan mengenal pasti mana-
mana bahagian yang perlu diperbaiki. Ilmu tentang pengucapan awam boleh diperoleh melalui
buku dan juga kelas. Kita mestilah melengkapkan diri dengan kemahiran ini kerana pengucapan
awam sangat penting (iv) ( lebih-lebih lagi, malah ) apabila kita mula bekerja kelak.

19 © Nilam Publication Sdn. Bhd.

Bahasa Melayu Tahun 5 Buku A (Pemahaman)

Unit Kata Seru

10

LATIHAN Oh Amboi
Isi tempat kosong dengan kata seru yang tepat. Aduh Wah

Hai Nah Aduhai
Eh Cis Wahai

1 , rupa-rupanya selama ini aku tertipu oleh lakonannya!

2 , terimalah buku limaku ini!

3 , semakin langsing Cik Norjiba sejak mengamalkan jamu!

4 , bukankah dia yang mengotorkan kasut kamu kelmarin?

5 , berdenyut-denyut kepala ini!

6 , dinda yang cantik rupawan, sudikah kiranya menemani kanda mengambil
angin di taman?

7 , sudah lama kita tidak bertemu!

8 , lembut sungguh kek yang kamu bakar ini!

9 , saya terlupa hendak menjemput kakak dari lapangan terbang!

10 , sayunya hati melihat keluarga Pak Mud yang daif!

© Nilam Publication Sdn. Bhd. 20

Bahasa Melayu Tahun 5 Buku A (Pemahaman)

Unit Penjodoh Bilangan

11

LATIHAN 1
Tandakan (✓) pada penjodoh bilangan yang betul berdasarkan ayat di bawah.

1 Ibu menggunting beberapa ______ cili kering lalu dikisar halus.

kepal kaki tangkai

2 Ibu sedang menghiris se______ bawang besar dan se______ kunyit hidup.

butir, tongkol ulas, ketul labu, kaki

3 Sementara menunggu makanan dihidangkan, ayah menyalakan se______ rokok.

puntung batang kotak

4 Ibu memesan kepada abang supaya membeli se______ sabun mandi dan se______ penyapu

lidi di Kedai Mini Wawasan.

butir, ikat buah, batang buku, berkas

5 Se______ rantai mutiara asli boleh mencecah harga ribuan ringgit.

utas untai urat

6 Kami mengumpul beberapa ______ ranting dan dahan kayu kering untuk dijadikan unggun

api pada waktu malam.

ikat berkas papan

7 Dia menggunakan se______ kertas untuk menulis se______ surat buat abang angkatnya di

Pontian.

lembar, pucuk helai, keping kajang, rangkap

8 Beberapa ______ bom dan 150 ______ senapang cuba diseludup masuk ke sempadan Pakistan.

butir, laras biji, pucuk ketul, bilah

9 Filipina terbentuk daripada gabungan beberapa ______ pulau.

deret longgok gugus

10 Kami memerlukan tiga ______ kain putih untuk dijadikan layar bagi pementasan teater itu.

kajang lembar relung

21 © Nilam Publication Sdn. Bhd.

Bahasa Melayu Tahun 5 Buku A (Pemahaman)

LATIHAN 2
Gantikan penjodoh bilangan yang digaris dalam ayat-ayat di bawah dengan penjodoh bilangan
yang tepat.

1 Ayah menempah 200 batang sate sebagai juadah
sampingan rumah terbuka.

2 Ibu memasukkan beberapa lembar majalah lama ke
dalam kotak untuk dikitar semula.

3 Tukang jahit itu membeli beberapa urat benang emas
untuk membuat tekat pada sarung bantal baldu.

4 Datuk mengamanahkan sebentuk keris pusaka untuk
dijaga oleh abang.

5 Segerombolan tentera udara sedang menjalani latihan
payung terjun.

6 Matahari terlindung oleh segumpal awan hitam.

7 Adik melemparkan sekepal beras ke arah ayam-ayam
peliharaannya.

8 Sekumpulan anggota bomba dikerahkan untuk
membantu mangsa kemalangan ngeri yang membabitkan
tiga biji kereta dan sebuah lori.

9 Ibu merebus beberapa tongkol tulang untuk dibuat sup.

10 Kak Odah membeli seruas rebung dan sejambak sayur
sawi di pasar tani.

© Nilam Publication Sdn. Bhd. 22

Bahasa Melayu Tahun 5 Buku A (Pemahaman)

Unit Imbuhan

12

LATIHAN 1

Bina ayat berdasarkan pasangan kata berimbuhan di bawah bagi menunjukkan perbezaan
penggunaannya.

1 melepasi, melepaskan

(a)



(b)

2 mengetatkan, memperketat
(a)
(b)


3 pedalaman, pendalaman
(a)
(b)

4 menasihatkan, menasihati
(a)
(b)

5 penempatan, petempatan
(a)
(b)

6 menakuti, menakutkan
(a)

(b)

23 © Nilam Publication Sdn. Bhd.

Bahasa Melayu Tahun 5 Buku A (Pemahaman)

LATIHAN 2
Tandakan (✓) pada kata berimbuhan yang betul berdasarkan ayat di bawah.

1 Kadang-kadang, kita tidak sedar kata-kata yang diluahkan dapat ______ hati seseorang.

melukakan melukai terluka

2 Kegiatan ______ bijih besi di Terengganu bermula sejak tahun 1975.

berlombong melombong perlombongan

3 Askar-askar Potugis ______ serangan terhadap kubu pertahanan Melaka.

menghebatkan memperhebat memperhebatkan

4 Saya ______ teknik penulisan novel kepada graduan universiti.

mengajar mengajari mengajarkan

5 Guruh dan kilat ______ hujan bakal membasahi bumi.

menandai menanda petanda

6 ______ salur darah boleh berlaku disebabkan oleh penyakit kencing manis.

Penyempitan Kesempitan Menyempitkan

7 Kaedah ______ bengkak yang betul adalah dengan menggunakan tuaman sejuk.

rawatan perawatan merawat

8 Percutian ke Pulau Perhentian itu tidak ______ dari awal.

terancang dirancang dirancangkan

9 Pelbagai barangan harian dapat dibeli di pusat ______ itu.

perhentian hentian sehenti

10 Jangan ______ urusan orang lain tanpa sebab.

campuri mencampuri bercampur

11 Selama ini, Mak Jah tidak pernah ______ kesenangan hidup.

berasa merasakan merasai

12 Sistem ______ tubuh akan menjadi lemah apabila diserang virus atau bakteria.

penahanan pertahanan ketahanan

© Nilam Publication Sdn. Bhd. 24

Bahasa Melayu Tahun 5 Buku A (Pemahaman)

Unit Kata Ganda

13

LATIHAN 1
Bina ayat dengan menggunakan kata ganda yang diberikan.
1 tunggang-langgang

2 awak-awak

3 tersengguk-sengguk


4 terus-menerus

5 berselang-seli

6 lelabah © Nilam Publication Sdn. Bhd.

7 bermusuh-musuhan


8 teragak-agak

9 tersedu-sedan

10 terang-benderang


25

Bahasa Melayu Tahun 5 Buku A (Pemahaman)

LATIHAN 2
Tandakan (✓) pada kata ganda yang betul berdasarkan ayat di bawah.

1 Sampan usang itu ______ dibadai ombak.

tergoyang-goyang teroleng-oleng terumbang-ambing

2 Termometer itu tidak boleh digunakan lagi kerana ______ nya telah pecah.

bebola bebuli rerambut

3 Puan Ivy menyusun atur pasu antik dari China di ______ ruang tamu rumahnya.

pepenjuru kekisi sesendal

4 Usulannya ditolak ______ oleh ahli lembaga pengarah.

terang-terang mentah-mentah hidup-hidup

5 Pelakon terkenal itu tidak sempat untuk ______ dengan peminatnya kerana dia telah terlewat

untuk ke lapangan terbang.

berbasa-basi bersenda-senda beramah-tamah

6 Abang ______ di depan bilik bedah, khuatir akan kondisi isterinya.

ulang-alik bolak-balik mundar-mandir

7 ______ kedengaran azan Subuh dilaungkan oleh tok bilal.

Ilam-ilam Sayup-sayup Balam-balam

8 Muhaimin tidak perasan telefon bimbitnya berdering disebabkan nada deringnya ditenggelami

oleh ______ para penonton di stadium.

jerit-pekik hingar-bingar sorak-sorai

9 Strategi pertahanan mereka ______ setelah pihak musuh dapat membacanya dengan mudah.

kacau-bilau haru-biru kucar-kacir

10 Dia ______, tidak dapat memejamkan mata sepanjang malam kerana bunyi kuat yang terhasil

oleh projek naik taraf jejambat di depan apartmennya.

terkelap-kelip termanggu-manggu terpisat-pisat

© Nilam Publication Sdn. Bhd. 26

Bahasa Melayu Tahun 5 Buku A (Pemahaman)

Unit Ayat Aktif dan Ayat Pasif

14

LATIHAN 1

Tukarkan ayat-ayat aktif di bawah kepada ayat-ayat pasif.

1 Saya membantu seorang wanita buta menyeberangi jalan yang sibuk.


2 Dia menjemput anaknya dari tadika setiap petang.


3 Penculik itu mengikat tangan dan kaki mangsanya agar tidak melarikan diri.


4 Mereka menyenaraikan dan membahagikan tugas sebelum menjalankan aktiviti gotong-royong.



5 Walaupun sukar, kami berjaya menakluki puncak Gunung Tabur.


6 Saya cuba meminda skrip drama itu tanpa mengubah jalan cerita asalnya.


7 Kami sukar membezakan kedua-dua beradik itu kerana wajah mereka sangat mirip.


8 Setelah hampir lemas di pantai beberapa bulan lepas, dia menyertai kelas renang.


9 Apabila menghidangkan makanan kepada pelanggan, kita mestilah berhemah dan bersopan
santun.



10 Pihak polis berjaya menumpaskan sindiket wang palsu.


27 © Nilam Publication Sdn. Bhd.

Bahasa Melayu Tahun 5 Buku A (Pemahaman)

LATIHAN 2

Tukarkan ayat-ayat pasif di bawah kepada ayat-ayat aktif.

1 Lantai kayu yang basah dilap oleh pembantu rumah.


2 Ayam dipotong dan dibersihkan sebelum saya masukkan ke dalam peti sejuk.


3 Buah-buahan yang dibeli kami rendam di dalam besen terlebih dahulu sebelum dijamah.


4 Helikopter yang dikendalikan oleh juruterbang itu hilang kawalan lalu terhempas di kawasan
hutan tebal.





5 Permohonan cutinya belum diluluskan oleh majikan.


6 Proses suntingan akhir filem itu ditunda oleh pihak produksi.


7 Syarat-syarat utama penyertaan pertandingan itu mesti anda penuhi sebelum anda membuat
pembayaran.





8 Kerugian yang besar terpaksa kami tanggung dalam insiden kebakaran tersebut.


9 Dinding bangunan itu diconteng oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab.


10 Teman lama cuba saya hubungi, namun gagal.


© Nilam Publication Sdn. Bhd. 28

Bahasa Melayu Tahun 5 Buku A (Pemahaman)

Unit Simpulan Bahasa

15

LATIHAN 1
Bina ayat dengan menggunakan simpulan bahasa yang diberikan.
1 atas angin

2 bulat hati

3 malu-malu kucing

4 tin kosong


5 otak cair

6 harga diri © Nilam Publication Sdn. Bhd.

7 hidung belang

8 alas perut

9 batu loncatan


10 puteri lilin


29

Bahasa Melayu Tahun 5 Buku A (Pemahaman)

LATIHAN 2
Tandakan (✓) pada simpulan bahasa yang betul berdasarkan ayat di bawah.

1 Nelly ______ sama ada hendak mengambil aliran sastera atau sains.

berat hati berbelah bagi beralih akal

2 Kami berasa ______ dijemput ke majlis perkahwinan anak hartawan itu.

langkah kanan besar hati bulat hati

3 Tidak seperti abangnya yang ______, Alief agak lembab dalam pelajaran.

terang hati otak udang putih hati

4 Didorong oleh perasaan dan emosi, anak muda mudah ______ oleh isu-isu yang menyentuh
soal sosioekonomi.

gelap mata panas hati hilang akal

5 Dia ______ dengan rakan-rakannya yang ______ itu. Di depannya, mereka memuji-mujinya,
manakala di belakangnya, mereka mengumpat yang bukan-bukan.

jauh hati, tawar hati, makan hati,
lidah bercabang bermuka dua mengadu domba

6 “Kamu jangan ______ tanpa bukti yang kukuh,” kata Pei Jun kepada budak lelaki yang
menuduhnya mencuri.

membabi buta berat sebelah serkap jarang

7 Kejayaan sudah ______ apabila ______ pasukan kami menjaringkan tiga gol berbalas satu.

dalam tangan, buka jalan, atas pagar,
ayam tambatan orang harapan bintang hati

8 Janganlah menjadi seperti ______ yang bercakap sahaja pandai, tetapi sering mengelak
apabila disuruh mengerjakan sesuatu.

senapang bambu tin kosong mulut murai

9 ______ yang terjadi antara Jihan dan jirannya itu berpunca daripada salah faham.

Tegang leher Tikam lidah Perang mulut

10 Pejuang yang sejati lebih rela ber______, daripada membiarkan tanah air tercinta dijajah
bangsa asing.

gadai bergolok putih tulang putih mata

© Nilam Publication Sdn. Bhd. 30

Bahasa Melayu Tahun 5 Buku A (Pemahaman)

Unit Peribahasa

16

LATIHAN 1
Bina ayat berdasarkan peribahasa yang diberikan di bawah.
1 yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang





2 kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai





3 seperti lembu dicucuk hidung





4 tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas





31 © Nilam Publication Sdn. Bhd.

Bahasa Melayu Tahun 5 Buku A (Pemahaman)

LATIHAN 2
Isikan tempat kosong dengan peribahasa yang tepat.

indah khabar dari rupa anjing dengan kucing kalau asal benih yang baik,
nasi sudah menjadi bubur jatuh ke laut menjadi pulau
hati gajah sama dilapah,
hati kuman sama dicecah ayam dengan itik

1 Adik-beradik tiri itu tidak pernah sehaluan dan asyik bertengkar. Mereka tidak ubah seperti
.

2 Penduduk kampung itu saling bermuafakat dan bekerjasama dalam melakukan
sesuatu pekerjaan. Hal ini sesuai dengan peribahasa
.

3 Murugan tidak menjaga pemakanannya dan malas bersenam. Dia gemar mengambil makanan

yang manis-manis. Walaupun sering dileteri oleh isterinya, dia degil dan enggan berubah.

Satu hari, doktor mengesahkannya menghidap kencing manis. Penyesalan Murugan tidak

berguna lagi kerana .

4 Pelancong asing itu menanyakan Pak Agus jalan pintas untuk ke jeti. Namun, Pak Agus tidak

memahami bahasa Inggeris. Dia meminta pelancong asing itu bercakap dalam bahasa Melayu.

Mereka berdua ibarat .

5 Ayam goreng yang dijual oleh restoran itu sama sekali berbeza daripada apa yang
diiklankan. Ternyata promosi mereka hanya
.

6 merupakan peribahasa
yang paling cocok untuk menggambarkan seseorang yang berguna, walau ke mana jua ia
berada, ia akan melakukan kebaikan dan memberi manfaat kepada semua.

© Nilam Publication Sdn. Bhd. 32

Bahasa Melayu Tahun 5 Buku A (Pemahaman)

Unit Sinonim (Kata Seerti)

17

LATIHAN

Tandakan (✓) pada kata sinonim yang betul bagi perkataan yang ditebalkan berdasarkan ayat
di bawah.

1 Personalitinya yang polos membuatkan dia mudah mempercayai orang.

jujur sederhana lurus

2 Cuaca panas dan sejuk yang melampau boleh mengancam kesihatan manusia.

keterlaluan, ekstrem, teruk,
membahayakan merosakkan membinasakan

3 Projek yang terbengkalai itu akan diambil alih oleh kerajaan dalam masa terdekat.

tersadai tergendala terganggu

4 Sebarang saranan yang positif akan diutarakan kepada pihak atasan.

pendapat, pandangan, usulan,
diuarkan disalurkan disampaikan

5 Esok genap lima tahun kes kanak-kanak perempuan malang yang hilang tanpa kesan itu.

lengkap, tanda cukup, jejak sempurna, jawapan

6 Padi yang hampa itu dibuangnya.

rosak mentah kosong

7 Apakah kaedah yang paling berkesan untuk mendisiplinkan anak-anak?

cara, mustajab jalan, bagus strategi, terbaik

8 Adunan telur, gula dan tepung pulut itu hendaklah dipukul sehingga kental.

sebati pekat bersatu

9 Pelopor syarikat kesihatan berasaskan daun lidah buaya itu mempunyai prinsip perniagaan
yang wajar dicontohi.

Pengasas, pegangan Perintis, dasar Pewaris, polisi

10 Pihak kerajaan giat menjalankan kempen kesedaran tentang bahaya merokok.

kerap gigih aktif

33 © Nilam Publication Sdn. Bhd.

Bahasa Melayu Tahun 5 Buku A (Pemahaman)

Unit Antonim (Kata Berlawan Erti)

18

LATIHAN

Tandakan (✓) pada kata antonim yang betul bagi perkataan yang ditebalkan berdasarkan ayat
di bawah.

1 Permukaan jubin yang licin sesuai dengan ruang tersebut.

kasar kesat kusam

2 Adakah kita bebas untuk bersuara dalam persidangan ini?

terbelenggu terikat terkongkong

3 Pokok bunga itu memerlukan tanah yang peroi untuk tumbuh dengan sempurna.

subur kejap padat

4 Dia mengetatkan skru itu dengan menggunakan spanar.

melonggarkan menanggalkan mencabut

5 Abdul tidak pernah mengingkari arahan yang diberikan oleh pengurusnya.

menghormati mengiyakan mematuhi

6 Saya syak lelaki itu mempunyai masalah mental. Dia kelihatan tidak terurus dan sering
bercakap sendiri.

yakin sedar duga

7 Momen-momen yang membanggakan dalam kehidupan biasanya akan kita kenang seumur
hidup.

mengecewakan memalukan menyedihkan

8 Sejak akhir-akhir ini, fikiran ayah agak kusut.

tenteram bahagia lancar

9 Saya jahil dalam ilmu geografi.

pintar arif prihatin

10 Kesihatan datuk semakin merosot sejak beberapa bulan yang lalu.

memberangsangkan membanggakan menurun

© Nilam Publication Sdn. Bhd. 34

Bahasa Melayu Tahun 5 Buku A (Pemahaman)

Unit Cakap Ajuk dan Cakap Pindah

19

LATIHAN 1

Tulis ayat cakap pindah yang paling sesuai berdasarkan ayat yang diberi.

1 “Bagaimanakah kamu mendapat ilham untuk mencipta robot itu?” tanya Tim kepada rakan
sekelasnya, Ben.





2 “Saya tidak setuju dengan cadangan Zahir merombak kertas cadangan itu,” kata Helen kepada
ketua kumpulannya.





3 “Bukan saya yang menghantar surat berantai ini,” kata lelaki itu kepada polis.



4 “Kita perlu meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak,” kata Yaya kepada suaminya.





5 “Jangan sesekali ambil kesempatan atas kebaikan orang lain,” kata Encik Sudir kepada anak
bongsunya.





6 “Adakah anda ingin duduk di sini?” tanya Ursula kepada delegasi asing itu.



35 © Nilam Publication Sdn. Bhd.

Bahasa Melayu Tahun 5 Buku A (Pemahaman)

LATIHAN 2
Tulis ayat cakap ajuk yang paling sesuai berdasarkan ayat yang diberi.

1 Pengawal pantai melarang pengunjung daripada mandi kerana laut dipenuhi ubur-ubur.



2 Dia menafikan keterlibatannya dalam kes penyebaran berita palsu itu kepada wartawan.



3 Mereka ditegur oleh jiran sebelah kerana memasang radio terlalu kuat.



4 Ayah bertanya kepada kakak tentang identiti pemuda yang kerap menghubunginya.



5 Sambil tercungap-cungap, Estelle menjelaskan kepada temannya dia lari lintang-pukang
setelah dikejar oleh sekumpulan anjing.





6 Lakshman dinasihati oleh ibunya supaya tidak terlalu boros berbelanja.


7 Ibu melaung dari dapur menanyakan sama ada kami hendak makan ayam panggang atau
ayam goreng malam ini.





8 Guru besar mengumumkan bahawa sekolah akan ditutup selama tiga hari bagi menjalankan
kerja-kerja pembersihan akibat banjir.





© Nilam Publication Sdn. Bhd. 36

Bahasa Melayu Tahun 5 Buku A (Pemahaman)

Unit Ayat Majmuk

20

LATIHAN 1

Tuliskan ayat majmuk berdasarkan ayat-ayat yang diberi.

1 Abang mengumpulkan daun-daun kering di satu tempat.
Abang membakar daun-daun kering itu.


2 Dia muntah dan batuk-batuk.
Dia tetap ke tempat kerja.


3 Lantai kayu rumah nenek berkeriut.
Rumah nenek sudah usang.


4 Isma menyertai kelas jahitan.
Kelas jahitan itu bermula pada jam 8 malam.
Kelas jahitan itu berakhir pada jam 10 malam.


5 Saya menggemari muzik jazz.
Saya menggemari muzik pop.
Saya tidak menggemari muzik rock.


6 Encik Dani keluar dari rumah lebih awal.
Encik Dani perlu menghadiri menyuarat penting.


7 Langkawi terkenal oleh lagenda Mahsuri.
Langkawi turut dikenali dengan lokasi pelancongan yang menarik.




8 Suhu terus turun dengan mendadak.
Ribut salji mungkin berlaku.



37 © Nilam Publication Sdn. Bhd.

Bahasa Melayu Tahun 5 Buku A (Pemahaman)

LATIHAN 2

Tuliskan ayat-ayat tunggal berdasarkan ayat-ayat majmuk yang diberi.

1 Dia menggunting rambut untuk menghadiri temu duga.



2 Walaupun kakinya masih sakit, namun Arjun tetap berkeras untuk bermain futsal.



3 Kacang hijau itu perlu direbus sehingga empuk.



4 Jika kuah kari ini terlalu pekat, tambahkan air.



5 Pantai Barat Semenanjung Malaysia panas terik, manakala Pantai Timur Semenanjung

Malaysia hujan setiap hari.





6 Penduduk kampung diarah pindah ke tempat tinggi setelah amaran tsunami dikeluarkan.



7 Pokok yang condong ke jalan itu ditebang lalu dipotong kepada beberapa bahagian yang lebih

kecil.





8 Dia digelar kera sumbang kerana tidak pandai bergaul.



9 Mayat lelaki yang terapung di sungai itu belum dapat dikenal pasti.



10 Kegiatan ko-kurikulum dan sukan mesti disertai oleh murid.



© Nilam Publication Sdn. Bhd. 38

Bahasa Melayu Tahun 5 Buku A (Pemahaman)

Unit Kesalahan Umum Tatabahasa

21

LATIHAN 1

Garis kesalahan-kesalahan dalam ayat-ayat di bawah dan betulkannya dengan menulis ayat baru
yang gramatis.

1 Adelle menjadi kebanggaan kedua orang tuanya setelah dia memperoleh keputusan yang
cemerlang di dalam peperiksaan.





2 Perhubungan di antara kaum berbilang agama di negara ini mesti diperkukuhkan.


3 Sebaris rumah kedai hangus terbakar dalam kebakaran tengahari tadi.


4 Lagu itu mereka gubah bersama-sama.


5 Saya kagum dengan keindahan bandaraya Munich di mana masyarakatnya sangat
mementingkan kebersihan.





6 Aktiviti gunung berapi itu dipantau daripada masa ke semasa dan ianya dilaporkan pada media
massa.





7 Dia diusir keluar dari rumah oleh kerana gagal membayar sewa selama lima bulan.


8 Guru menasihatkan Almy fokus pada pelajaran dan tidak terlalu menghabiskan masa di balapan.




9 Semangatnya berkobar-kobar sejak dari mengikuti kem motivasi itu.



10 Tidak ada siapa yang tahu apa yang terjadi kepada gadis malang itu.


39 © Nilam Publication Sdn. Bhd.

Bahasa Melayu Tahun 5 Buku A (Pemahaman)

LATIHAN 2

Tandakan ayat atau ayat-ayat yang betul di bawah.

1 I Pelukis itu berkarya berdasarkan 4 I Tiap-tiap individu mempunyai cara
ilham yang diperolehnya dari alam tersendiri untuk menangani tekanan
semula jadi. perasaan.

II Di antara kesemua anak Pak Uthman, II Bandar-bandar raya utama pusat
Razali yang paling berjaya. pentadbiran dan ekonomi.

III Gan dengan Murthy rakan sekerja III Tidak semua orang dilahirkan bertuah.
sewaktu bertugas di Qatar. IV Ashraf tidak ingat bila kali terakhir dia

IV Mereka saling berbalas-balas surat menonton wayang.
sejak berkenalan lima bulan yang lalu. A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
A I dan III sahaja C II dan IV sahaja
B I dan IV sahaja D III dan IV sahaja
C III dan IV sahaja
D I, II dan III sahaja 5 I Pengantin lelaki itu mengenakan
sepersalinan songket pada hari
2 I Ekspedisi itu terpaksa dihentikan persandingannya.
kerana ianya terlalu berbahaya.
II Wang daripada sumber haram
II Kita berdoa agar sentiasa berada di mengakibatkan rezeki tidak suci.
bawah keredhaanNya.
III Dia menemukan sebilah cucuk
III Apakah sebab utama graduan sanggul kepunyaan arwah neneknya
universiti menganggur? di dalam laci.

IV Ayah menghadiahi ibu sebentuk cincin IV Lawatan ke perkampungan Orang
dan sepasang anting-anting berlian. Asli ditunda ke tarikh baru yang akan
dimaklumkan kelak.
A I dan III sahaja
B I dan IV sahaja A I dan II sahaja
C III dan IV sahaja B I dan III sahaja
D I, II dan III sahaja C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja
3 I Semua murid-murid diminta
mendapatkan tanda tangan ibu bapa 6 I Kuning dan ungu adalah warna diraja.
masing-masing untuk menyertai II Pembabitannya dalam bidang
rombongan sekolah ke Muzium Negara.
peragaan mendapat tentangan daripada
II Pekerja asing tanpa permit itu keluarga.
melarikan diri bila menyedari gerak- III Dia rindukan zaman kanak-kanak
geri mereka diperhatikan oleh polis. yang penuh keriangan.
IV Sepucuk meriam lama ditemukan oleh
III Dia ke hulu ke hilir mencari sekumpulan arkeologis.
dompetnya yang hilang. A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
IV Saya berserta abang menyaksikan C II dan IV sahaja
perarakan kereta berhias di Putrajaya. D III dan IV sahaja

A I dan III sahaja 40
B I dan IV sahaja
C III dan IV sahaja
D I, II dan III sahaja

© Nilam Publication Sdn. Bhd.

7 I Pengaruh Moore dapat dilihat pada Bahasa Melayu Tahun 5 Buku A (Pemahaman)
struktur binaan Bangunan Sultan
Abdul Samad. 9 I Oleh kerana bermata biru, Huzairy
sering dianggap warganegara asing.
II Bebotol kaca yang berwarna-warni
itu disusun rapi di atas rak. II Abang bukan sahaja mahir berpidato,
tetapi juga hebat bernyanyi.
III Dengan cuaca yang panas sekarang,
penghawa dingin pun tidak III Dalam beberapa hari lagi, ayah akan
membantu menyejukkan ruang. berangkat ke Jepun.

IV Cis, beraninya dia mencuri IV Dia mengecap kejayaan yang luar
mempelam dari pokokku! biasa pada usia yang sangat muda.

A I dan II sahaja A I dan II sahaja
B I dan III sahaja B I dan III sahaja
C II dan IV sahaja C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja D III dan IV sahaja

8 I Orang ramai lalu-lalang tanpa 10 I Kami menghabiskan dua gugus anggur
mengendahkan pengemis itu. yang masam-masam manis itu.

II Kenderaan tanpa pelekat tidak II Kadang-kala dia terkenangkan
dibenarkan masuk ke pekarangan memori membesar di pulau kecil yang
kondominium mewah berkenaan. mendamaikan itu.

III Dia membandingkan harga di antara III Penghuni kota melarikan diri dari
kedua-dua kedai serbaneka itu hiruk-pikuk kota dengan pulang ke
sebelum membuat pembelian. kampung.

IV Pada saya, sukan melaga lembu IV Pemanasan global memberi impak
sangat kejam. yang besar pada iklim dunia.

A I dan II sahaja A I dan II sahaja
B I dan III sahaja B I dan III sahaja
C II dan IV sahaja C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja D III dan IV sahaja

41 © Nilam Publication Sdn. Bhd.

Bahasa Melayu Tahun 5 Buku A (Pemahaman)

Unit Petikan

22

LATIHAN 1
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Aktiviti sukan sangat baik untuk kecergasan murid-murid. Murid-murid dapat
mengeluarkan peluh dan dapat melakukan aktiviti bersukan dengan teknik yang betul.
Apabila badan cergas, pasti murid-murid dapat menimba ilmu dengan baik.

Selain itu, bersukan juga dapat meredakan tekanan belajar. Apabila murid-murid
menyertai aktiviti bersukan, mereka akan melupakan pelajaran buat seketika dan mampu
mengelak diri mereka daripada menghadapi tekanan belajar.

Aktiviti sukan juga dapat merapatkan hubungan antara murid. Mereka akan mendapat
ramai kawan dan hubungan juga lebih akrab. Contohnya dengan menyertai pertandingan
sukan, semangat berkumpulan dan saling bekerjasama untuk merangkul kemenangan akan
lebih membara.

Di samping itu, pihak sekolah juga boleh mencungkil bakat-bakat baharu dalam bidang
sukan. Bakat- bakat ini perlu digilap untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah seterusnya
ke peringkat negeri. Secara tidak langsung, aktiviti sukan juga dapat mengharumkan nama
sekolah ke seluruh negara.

Kesimpulannya, sukan sangat penting kepada murid-murid untuk mencapai
kecemerlangan dalam kokurikulum mahupun kurikulum. Pihak sekolah dan PIBG haruslah
berganding bahu menyokong aktiviti sukan agar mencapai matlamatnya.

(Dipetik dan disesuaikan daripada laman sesawang
http://cikgusalmi.blogspot.com)

© Nilam Publication Sdn. Bhd. 42

Bahasa Melayu Tahun 5 Buku A (Pemahaman)

( a) Perkataan meredakan dalam petikan sinonim dengan .

(b) Bagaimanakah aktiviti sukan dapat mengharumkan nama sekolah?






( c) Bagaimanakah aktiviti sukan dapat merapatkan hubungan antara murid?






( d) Apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak sekolah untuk menggalakkan murid-
murid menyertai aktiviti sukan?











43 © Nilam Publication Sdn. Bhd.

Bahasa Melayu Tahun 5 Buku A (Pemahaman)

LATIHAN 2
Baca petikan berita di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

PETALING JAYA: Kes keracunan makanan menunjukkan peningkatan sebanyak 23.69
peratus iaitu 401 kes kepada 496 berbanding tahun lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata sehingga Mei lalu sebanyak
213 kejadian keracunan makanan dilaporkan membabitkan 68 kejadian di sekolah di
bawah seliaan Kementerian Pendidikan. Manakala 26 lagi kejadian di sekolah bukan di
bawah Kementerian Pendidikan, 19 kejadian di institusi, 55 kejadian keracunan di rumah
persendirian dan 45 kejadian di tempat-tempat lain.

Menyedari hakikat ini, tegasnya kerajaan bertanggungjawab mengambil langkah bagi
mengawal punca pencemaran di sepanjang rantaian bekalan makanan bermula dari bahan
mentah sehingga ke peringkat hidangan makanan.

“Murid-murid perlu memilih premis makanan yang bersih untuk membeli makanan, serta
mengamalkan konsep ‘lihat, hidu dan rasa’ sebelum makan untuk mengelak makanan rosak.

“Saya juga ingin tekankan supaya pengusaha dan pengendali makanan dapat menjaga
tahap kebersihan premis makanan disamping mempraktikkan dan memperkukuh amalan-
amalan yang baik dalam pengendalian makanan bagi menangani keracunan makanan,” kata
Dr Dzulkefly ketika berucap pada majlis perasmian Sambutan Hari Keselamatan Makanan
Sedunia 2019 bertemakan ‘Keselamatan Makanan Tanggungjawab Setiap Individu” di sini,
hari ini.

(Dipetik dan disesuaikan daripada laman sesawang
https://www.bharian.com.my)

© Nilam Publication Sdn. Bhd. 44

Bahasa Melayu Tahun 5 Buku A (Pemahaman)

( a) Perkataan mempraktikkan dapat digantikan dengan .

(b) Apakah yang perlu dilakukan oleh murid sebelum membeli makanan?






(c) Bagaimanakah kerajaan akan bertindak untuk mengatasi masalah keracunan makanan?






(d) Apakah amalan-amalan yang baik dalam pengendalian makanan?






45 © Nilam Publication Sdn. Bhd.

Bahasa Melayu Tahun 5 Buku A (Pemahaman)

Unit Isi Dialog

23

LATIHAN 1

Pelajar: Bagaimanakah caranya untuk kita
memastikan haiwan-haiwan di sini terjaga dengan
baik?
Penjaga zoo:

LATIHAN 2

Lelaki 1: Tidakkah kamu sedar pemakanan kamu
tidak sihat dan boleh membahayakan kesihatan?

Lelaki 2:

© Nilam Publication Sdn. Bhd. 46

LATIHAN 3 Bahasa Melayu Tahun 5 Buku A (Pemahaman)
LATIHAN 4
LATIHAN 5 Lelaki 1: Bagaimana kalau kita anjurkan
pertandingan wau ini di sekolah?
Lelaki 2:

Pelajar 1: Saya tidak sangka awak ingat akan hari
lahir saya!
Pelajar 2:

IBU: Syahmi, sudah-sudahlah menghadap
komputer itu! Cuba ambil angin luar pula.
ANAK:

47 © Nilam Publication Sdn. Bhd.

Bahasa Melayu Tahun 5 Buku A (Pemahaman)

Unit Bahan Grafik

24

LATIHAN 1
Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan poster yang diberikan.

CARA MENGELAKKAN DIABETES

HARI DIABETES SEDUNIA
14 NOVEMBER 2020

Melakukan aktiviti Mencapai dan
fizikal tahap mengekalkan berat
badan yang ideal.
sederhana dan tinggi
minimum 5 hari

seminggu, 30 minit
untuk setiap sesi.

Mengelakkan penggunaan
tembakau dan pendedahan

kepada asap rokok
(perokok pasif) kerana
boleh meningkatkan risiko
penyakit kardiovaskular.

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

© Nilam Publication Sdn. Bhd. 48

Bahasa Melayu Tahun 5 Buku A (Pemahaman)

(a) Apakah yang perlu dilakukan untuk mengatasi diabetes?











(b) Apakah yang dimaksudkan dengan perokok pasif?




( c) Tandakan (✓) pada pernyataan yang BETUL dan (✗) pada pernyataan yang SALAH.
i Poster ini diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
ii Hari Diabetes Sedunia disambut pada 14 November setiap tahun.
iii Bagi mendapatkan berat badan unggul, kita mestilah bersenam 30 minit setiap hari.

(d) Selain poster, apakah langkah-langkah lain yang boleh diambil oleh pihak kerajaan untuk
menyampaikan mesej di atas kepada rakyat?











49 © Nilam Publication Sdn. Bhd.


Click to View FlipBook Version