GARIS PANDUAN PELAKSANAAN
UJIAN 2 & PRA SPMRSM
SEMESTER 2 2021 SECARA ATAS TALIAN
MRSM PENDANG
Disediakan oleh
Unit Peperiksaan & Penilaian Maktab
(UPPM)
MRSM Pendang
Garis panduan pelaksanaan ujian/peperiksaan dalam talian di MRSM Pendang
1. PENGENALAN
1.1 Garis panduan ini disediakan bagi tujuan pelaksanaan Ujian 2 dan PRA
SPMRSM Semester II 2021 secara dalam talian bagi Tingkatan 1
hingga Tingkatan 5 yang akan berkuat kuasa bermula pada 5 September
hingga 9 September 2021.
1.2 Garis panduan ini meliputi beberapa fasa iaitu sebelum, semasa dan selepas
Peperiksaan dijalankan.
2. LATAR BELAKANG
2.1 Kerajaan masih mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan
seterusnya penutupan sekolah dilanjutkan sehingga awal bulan Oktober
2021. Sepanjang tempoh ini, para pelajar masih menjalani pembelajaran secara
atas talian di rumah (PdPR).
2.2 Pengurusan Maktab Rendah Sains MARA Pendang telah menetapkan bahawa
Ujian 2 Semester 2 dan PRA SPMRSM 2021 diadakan secara dalam talian
mengikut Takwim Ujian & Peperiksaan Semester 2 2021 MRSM Pendang.
3. OBJEKTIF
Objektif garis panduan ini adalah untuk:
3.1 memastikan ujian/peperiksaan secara dalam talian dapat diuruskan dengan
lebih teratur dan lancar.
3.2 memberikan panduan kepada guru-guru dalam mengendalikan ujian/
peperiksaan secara dalam talian.
3.3 menerapkan budaya integriti bagi ujian/peperiksaan secara dalam talian
dalam kalangan pelajar.
TEMPOH PELAKSANAAN
05 September 2021 hingga 09 September 2021
Garis panduan pelaksanaan ujian/peperiksaan dalam talian di MRSM Pendang
4. FASA SEBELUM UJIAN/PEPERIKSAAN
4.1 Platform Ujian/Peperiksaan Dalam Talian
4.1.1 Guru boleh menggunakan sebarang bentuk platform dalam talian yang
bersesuaian seperti Microsoft Form, Google Form, Google Classroom,
Quiz Apps dan lain-lain yang sesuai.
4.1.2 Ujian/peperiksaan yang dijalankan secara selaras (synchronous) dan
real-time, penggunaan aplikasi seperti Microsoft Teams, Zoom,
Webex, Google Meet, Skype dan lain-lain adalah digalakkan bagi
memudahkan guru-guru untuk memantau secara langsung perjalanan
ujian/peperiksaan.
4.1.3 Guru digalakkan untuk membuat sesi percubaan bersama pelajar
menggunakan platform yang dipilih sebelum tarikh ujian/peperiksaan
subjek berkenaan bagi menguji keberkesanan dan membiasakan diri
dengan sistem yang ingin digunakan.
4.2 Soalan Peperiksaan Secara Dalam Talian
4.2.1 UPPM bertanggungjawab untuk menentukan subjek yang akan
melaksanakan ujian/peperiksaan secara dalam talian.
4.2.2 Soalan ujian/peperiksaan perlu disediakan sekurang-kurangnya dalam
dua (2) set yang berbeza dan melalui proses semakan di peringkat
Jabatan berdasarkan prosedur sedia ada.
4.2.3 Soalan-soalan boleh disusun secara rawak dan setiap pelajar akan
mendapat set soalan yang berbeza.
4.2.4 Antara bentuk soalan yang boleh dibina adalah seperti berikut:
(a) objektif
(b) subjektif pendek
(c) esei
(d) pengiraan
(e) lain-lain bentuk yang bersesuaian
4.2.5 Bagi mengelakkan berlaku ketidakpatuhan kepada integriti PdP
semasa ujian/peperiksaan dijalankan, para guru digalakkan untuk
membina soalan yang berbentuk peperiksaan buka buku (open-book
examination), senario, kajian kes, kajian aplikasi dan lain-lain yang
bersesuaian yang dapat menguji tahap kemahiran berfikir aras tinggi
setiap pelajar.
3
Garis panduan pelaksanaan ujian/peperiksaan dalam talian di MRSM Pendang
4.2.6 Setiap guru subjek hendaklah menggunakan Borang Akujanji Integriti
Pelajar yang menyatakan bahawa jawapan yang dikemukakan adalah
hasil kerja sendiri dan bukannya hasil plagiat daripada rakan atau
sebarang sumber lain.
4.3 Proses Semakan Format Soalan Peperiksaan
4.3.1 Proses semakan format soalan Peperiksaan oleh UPPM tidak
diperlukan memandangkan setiap guru akan menggunakan platform
dalam talian yang berbeza.
4.4 Cetakan Soalan Ujian 2 & PRA SPMRSM 2021
4.4.1 Cetakan soalan ujian/peperiksaan bagi peperiksaan secara dalam
talian adalah tidak diperlukan.
4.5 Pengurusan Jadual Ujian 2 & PRA SPMRSM 2021
4.5.1 Jadual Ujian 2 dan PRA SPMRSM Semester 2 2021 secara dalam
talian berdasarkan Jadual Ujian dan Peperiksaan yang telah
ditetapkan dan dikeluarkan oleh Unit Penilaian dan Peperiksaan
Maktab (UPPM).
4.5.2 Penyelaras subjek/guru subjek perlu memberi maklumat berkaitan
masa dan tempoh peperiksaan, bilangan pelajar dan bentuk platform
(Microsoft form, Google Form, dll) yang ditetapkan.
4.5.3 Peperiksaan secara dalam talian akan dijalankan dalam dua sesi
peperiksaan (Rujuk Jadual 1). Tempoh masa ujian ini adalah termasuk
tempoh persediaan dan penghantaran jawapan. Penyelaras subjek
hendaklah memaklumkan kepada UPPM tempoh sebenar masa
menjawab:
Jadual 1: Sesi Ujian 2 & PRA SPMRSM Secara Dalam Talian
Sesi Hari Tempoh Peperiksaan
Sesi 1 ( pagi ) Ahad - Khamis 8.30 pagi – 11.00 pagi
Sesi 2 ( pagi ) 11.30 pagi – 2.00 petang
Sesi 3 ( petang ) Tiada sesi ketiga
4
Garis panduan pelaksanaan ujian/peperiksaan dalam talian di MRSM Pendang
Garis panduan pelaksanaan ujian/peperiksaan dalam talian di MRSM Pendang
Garis panduan pelaksanaan ujian/peperiksaan dalam talian di MRSM Pendang
Garis panduan pelaksanaan ujian/peperiksaan dalam talian di MRSM Pendang
4.6 Pengurusan Jadual Pengawas Ujian 2 & PRA SPMRSM 2021
4.6.1 Tiada lantikan Pengawas Ujian/Peperiksaan bagi ujian/peperiksaan
secara dalam talian. Walau bagaimanapun, guru/penyelaras subjek
bertanggungjawab dalam memantau perjalanan ujian/peperiksaan
bagi subjek masing-masing.
4.6.2 Setiap guru/penyelaras subjek hendaklah bersedia sepanjang tempoh
ujian/peperiksaan yang dijadualkan berlangsung. Segala persoalan
berkaitan soalan ujian/peperiksaan adalah secara terus kepada
guru/penyelaras subjek yang berkaitan.
4.7 Tempoh Peperiksaan
4.7.1 Peruntukan masa yang sesuai perlu diberikan kepada pelajar untuk
menjawab soalan, memuat turun dokumen, mengimbas, memuat naik
dokumen dan lain-lain. Cadangan peruntukan masa adalah seperti
berikut:
(a) Tempoh pengisian maklumat dan pengakuan yang berkaitan: 15
minit
(b) Tempoh menjawab soalan: bergantung kepada bentuk soalan
subjek yang berkenaan
(c) Tempoh penghantaran jawapan: 15 minit
4.8 Pelajar yang mempunyai halangan untuk menduduki ujian/peperiksaan
4.8.1 Pelajar yang mendapat kebenaran cuti sakit dari klinik/hospital yang
berkaitan. Pelajar hendaklah mengemukakan bukti sijil cuti sakit
berkenaan.
4.8.2 Pelajar yang mempunyai hal-hal kecemasan atau kematian tertakluk
kepada peraturan peperiksaan sebenar dengan mengemukakan bukti
atau dokumen yang berkaitan.
4.8.3 Pelajar yang mempunyai masalah penggunaan gajet dan capaian
internet ketika ujian/peperiksaan berlangsung dengan mengemukakan
bukti dan surat pengesahan yang ditandatangani oleh
ibu/bapa/penjaga.
Garis panduan pelaksanaan ujian/peperiksaan dalam talian di MRSM Pendang
4.8.4 Pelajar yang tidak dapat mengemukakan sebarang bukti TIDAK
HADIR ketika ujian/peperiksaan akan diberikan markah 0 dan tidak
boleh mengulang subjek berkenaan.
4.8.5 Pelajar yang mempunyai bukti yang jelas TIDAK HADIR akan
menduduki ujian/peperiksaan pada tarikh baharu yang akan ditetapkan
oleh penyelaras subjek dalam tempoh yang ditetapkan dalam takwim
maktab dengan menggunakan set soalan yang berbeza.
5 FASA SEMASA UJIAN/PEPERIKSAAN
5.1 Peranan Guru/Penyelaras Subjek
5.1.1 Bersedia secara dalam talian sekurang-kurangnya 30 minit sebelum
ujian/peperiksaan bermula jika menggunakan mana-mana platform
dalam talian.
5.1.2 Memantau perjalanan ujian/peperiksaan secara dalam talian dan
sentiasa bersedia dihubungi pelajar sepanjang ujian/peperiksaan
secara dalam talian berlangsung.
5.1.3 Memastikan pelajar mengisi Borang Akujanji Integriti Pelajar
terlebih dahulu sebelum ujian/peperiksaan bermula.
5.1.4 Sekiranya terdapat pelajar yang tidak hadir, guru boleh menghubungi
pelajar berkenaan untuk memastikan masalah sebenar yang dihadapi
oleh pelajar berkenaan.
5.1.5 Memastikan semua pelajar telah menghantar jawapan dalam masa
yang ditetapkan. Guru perlu menghubungi pelajar yang terlibat
sekiranya jawapan tidak diterima dalam tempoh yang ditetapkan.
5.2 Peranan ibu/bapa/penjaga
5.2.1 Memastikan anak tuan/puan menduduki ujian/peperiksaan mengikut
jadual yang ditetapkan.
5.2.2 Memastikan anak tuan/puan mempunyai kemudahan untuk
menduduki ujian/peperiksaan tersebut.
5.2.3 Ibu bapa perlu memastikan integriti dan kepatuhan kepada
tatacara ujian/peperiksaan dipatuhi oleh pelajar sepanjang
menjalani ujian/peperiksaan tersebut.
Garis panduan pelaksanaan ujian/peperiksaan dalam talian di MRSM Pendang
5.3 Peranan pelajar
5.3.1 Bersedia secara dalam talian sekurang-kurangnya 30 minit sebelum
ujian/peperiksaan bermula.
5.3.2 Pelajar hendaklah mengisi Borang Akujanji Integriti Pelajar
terlebih dahulu sebelum ujian/peperiksaan bermula dalam
tempoh yang ditetapkan oleh UPPM.
5.3.3 Pelajar hendaklah menghantar jawapan dalam masa yang ditetapkan
untuk mengelakkan sebarang masalah.
5.3.4 Sekiranya terdapat masalah berkenaan capaian internet, akses dan
gangguan elektrik:
(a) Pelajar hendaklah memaklumkan kepada guru dengan kadar
segera.
(b) Sekiranya, masalah capaian/akses dapat diselesaikan dalam
tempoh tiga puluh (30) minit atau kurang daripada tempoh
ujian/peperiksaan, pelajar dibenarkan untuk meneruskan
ujian/peperiksaan tersebut dengan masa tambahan diberikan
selama tempoh gangguan yang berlaku.
(c) Sekiranya masalah tersebut tidak dapat diselesaikan dalam tempoh
tiga (30) minit atau lebih setelah ujian/peperiksaan bermula, pelajar
perlu memaklumkan kepada guru subjek dan membuat permohonan
ujian/peperiksaan khas kepada pihak UPPM.
5.3.5 Pelajar yang lewat hadir tetapi tidak melebihi 30 minit daripada waktu
ujian/peperiksaan dimulakan, dibenarkan mengambil
ujian/peperiksaan, tetapi waktu tamat peperiksaan bagi subjek
tersebut adalah sama dengan pelajar lain. Walau bagaimanapun,
sekiranya pelajar hadir melebihi 30 minit daripada waktu
peperiksaan dimulakan, ianya adalah atas budi bicara guru sama
ada ingin membenarkan pelajar menduduki ujian/peperiksaan atau
tidak.
5.4 Kaedah Penghantaran Jawapan
5.4.1 Para pelajar perlu menggunakan platform dalam talian yang digunakan
semasa ujian/peperiksaan untuk memuat naik jawapan atau kaedah-
kaedah lain yang dibenarkan oleh pihak maktab seperti emel atau
Microsoft Form.
Garis panduan pelaksanaan ujian/peperiksaan dalam talian di MRSM Pendang
5.4.2 Tempoh masa dan kaedah penghantaran jawapan adalah seperti yang
ditetapkan oleh UPPM.
5.4.3 Guru subjek hendaklah menyimpan semua dokumen yang berkaitan
setiap kali selesai sesi ujian/peperiksaan secara dalam talian.
5.5 Pengisian Borang Perjalanan Ujian/peperiksaan Secara Dalam Talian
5.5.1 Apabila selesai sesi ujian/peperiksaan secara dalam talian, guru
subjek hendaklah mengisi Borang Perjalanan Ujian/peperiksaan
Secara Dalam Talian.
5.5.2 Guru perlu memberikan laporan berkaitan perjalanan
ujian/peperiksaan secara dalam talian bagi subjek berkenaan serta
cadangan penambahbaikan (jika ada).
5.6 Ujian/Peperiksaan Khas
5.6.1 Tertakluk kepada Buku Peraturan dan Panduan Peperiksaan UPPM,
Ujian/Peperiksaan Khas boleh diadakan untuk kes-kes berikut:
(a) Pelajar yang tidak dapat menduduki ujian/peperiksaan kerana
disahkan sakit oleh pegawai perubatan Swasta atau Kerajaan;
atau
(b) Pelajar yang kematian ibu/bapa/penjaga; atau
(c) Pelajar yang perlu memberi penjagaan rapi kepada ibu/bapa
/penjaga yang mengalami sakit tenat; atau
(d) Sebab-sebab lain yang boleh diterima pihak maktab.
5.6.2 Pelajar yang gagal menduduki ujian/peperiksaan seperti yang telah
ditetapkan hendaklah membuat permohonan secara rasmi untuk
menduduki Peperiksaan Khas kepada UPPM melalui emel/surat dalam
tempoh tiga (3) hari dari hari pelajar tidak hadir ke peperiksaan subjek
tersebut dengan melampirkan Sijil Cuti Sakit dan dokumen sokongan
yang berkaitan. Sekiranya tiada pemakluman diterima dalam tempoh
yang ditetapkan mengenai kes di atas, pelajar dianggap Gagal dalam
peperiksaan tersebut.
5.6.3 Tarikh Ujian/Peperiksaan Khas akan ditetapkan oleh UPPM
5.6.4 Peperiksaan Khas bagi kes pada perkara 5.6.1 hendaklah diadakan
dalam minggu ujian/peperiksaan kecuali kes-kes yang mendapat
kelulusan Pengetua/ Timbalan Pengetua
5.7 Ketidakpatuhan Akademik
5.7.1 Ketidakpatuhan Akademik semasa ujian/peperiksaan secara dalam
talian boleh dielakkan sekiranya soalan ujian/peperiksaan disediakan
Garis panduan pelaksanaan ujian/peperiksaan dalam talian di MRSM Pendang
dalam bentuk Peperiksaan Buka Buku (Open-Book Examination)
dengan menggunakan bentuk soalan yang menguji tahap kemahiran
berfikir aras tinggi bagi menyelesaikan masalah yang kompleks.
5.7.2 Memberi tempoh masa yang bersesuaian juga mampu untuk
mengelakkan berlakunya ketidakpatuhan akademik semasa
ujian/peperiksaan dalam talian dijalankan.
5.7.3 Di samping itu, ujian/peperiksaan yang dijalankan secara selaras
(synchronous) juga dapat mengelakkan berlakunya ketidakpatuhan
akademik.
5.7.4 Amalan tidak beretika oleh pelajar seperti meniru, menipu atau
berkelakuan mengikut cara yang boleh ditafsirkan sebagai meniru atau
menipu dan sebagainya semasa ujian/peperiksaan secara dalam
talian dijalankan adalah TIDAK DIBENARKAN dan akan dikenakan
tindakan berdasarkan Peraturan Disiplin Maktab Rendah Sains MARA
dan Panduan Unit Peperiksaan dan Penilaian Maktab
5.7.5 Sekiranya guru subjek mendapati terdapat mana-mana pelajar yang
cuba meniru, menipu atau berkelakuan mengikut cara yang boleh
ditafsirkan sebagai meniru atau menipu dan sebagainya semasa
ujian/peperiksaan secara dalam talian dijalankan, guru subjek boleh
membuat laporan kepada UPPM berserta dengan bukti dan dokumen
sokongan yang berkaitan.
5.7.6 Guru subjek juga perlu menyediakan Borang Akujanji Integriti Pelajar
untuk diisi oleh pelajar sebelum ujian/peperiksaan bermula.
6 FASA SELEPAS UJIAN/PEPERIKSAAN
6.1 Sistem Pemarkahan Ujian/peperiksaan Secara Dalam Talian
6.1.1 Sistem pemarkahan bagi ujian/peperiksaan secara dalam talian adalah
berdasarkan sistem gred yang digunakan dalam eSPPNG
6.2 Pengisian Markah
6.2.1 Pengisian markah ujian/peperiksaan secara dalam talian masih
menggunakan sistem eSPPNG sama seperti proses kerja bagi
ujian/peperiksaan secara bersemuka.
6.2.2 Tempoh pengisian markah adalah berdasarkan tempoh yang
ditetapkan oleh UPPM.
Garis panduan pelaksanaan ujian/peperiksaan dalam talian di MRSM Pendang
6.3 Pengesahan Keputusan
6.3.1 Proses pengesahan keputusan ujian/peperiksaan secara dalam talian
adalah sama seperti proses pengesahan keputusan ujian/peperiksaan
secara bersemuka iaitu keputusan ujian/peperiksaan perlu diluluskan di
peringkat Mesyuarat Senat maktab.
6.4 Pengumuman Keputusan
6.4.1 Keputusan ujian/peperiksaan rasmi boleh disemak melalui e-pelajar
selewat-lewatnya tiga (3) hari bekerja selepas Mesyuarat Senat
maktab bersidang.
Garis panduan pelaksanaan ujian/peperiksaan dalam talian di MRSM Pendang
BORANG AKUJANJI INTEGRITI PELAJAR
MAKTAB RENDAH SAINS MARA PENDANG
Borang ini merupakan dokumen akujanji integriti antara PELAJAR dan GURU.
Saya sesungguhnya berjanji akan mematuhi Peraturan dan Panduan Ujian dan Peperiksaan
Maktab, sebagaimana yang dikehendaki dan saya faham bahawasanya:
Sila tandakan pada setiap kotak di bawah setelah anda memahami setiap pernyataan tersebut.
Bil. Peraturan dan panduan Ujian/Peperiksaan Tandakan
(/)
1 Soalan ujian & Peperiksaan ini adalah sulit dan merupakan hak milik
mutlak MRSM Pendang. Saya sama sekali tidak boleh berkongsi
soalan-soalan ini dengan sesiapa pun, atau memuat naik soalan-
soalan ini di dalam mana-mana pelantar media social.
2 Ujian & Peperiksaan ini hendaklah diduduki oleh saya berseorangan
sahaja. Saya tidak dibenarkan untuk memohon pertolongan
daripada individu lain seperti rakan-rakan, ahli keluarga dan
sebagainya.
3 Saya dilarang merujuk buku teks dan buku rujukan serta
menggunakan apa sahaja bentuk carian internet (Google, Bing,
Yahoo, dan lain-lain) untuk mencari jawapan kepada soalan-soalan
yang diberikan.
4 Segala jawapan yang diberikan semasa menduduki ujian &
peperiksaan adalah hasil usaha saya sendiri tanpa mendapatkan
atau menerima pertolongan daripada mana-mana pihak atau
sumber lain yang tidak dibenarkan.
5 Saya faham sebarang komunikasi, perbincangan atau berhubung
dengan pelajar lain semasa Ujian & Peperiksaan adalah dilarang.
6 Saya faham menipu atau cuba untuk menipu dan meniru atau
berkelakuan mengikut cara yang boleh ditafsirkan sebagai menipu
dalam Ujian & Peperiksaan adalah melanggar peraturan
Peperiksaan.
Saya sesungguhnya faham bahawa jika saya disabitkan kesalahan kerana telah melanggar
Akujanji ini, saya boleh dikenakan Tindakan tatatertib berdasarkan Peraturan Disiplin Maktab
Rendah Sains MARA dan Buku Panduan Unit Peperiksaan dan Penilaian Maktab.
Nama Pelajar:
No.Maktab:
Kelas:
Tandatangan
Garis panduan pelaksanaan ujian/peperiksaan dalam talian di MRSM Pendang
PAUTAN BORANG DALAM TALIAN :
Pautan 1 : Borang Perjalanan Ujian 2 Semester II &
PRA SPMRSM 2021
https://bit.ly/2Wwy52b