The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

GARIS PANDUAN PEPERIKSAAN SEMESTER II SECARA ONLINE MRSM PENDANG

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ispazli ishak, 2020-12-11 06:21:08

GARIS PANDUAN PEPERIKSAAN ONLINE MRSM PENDANG

GARIS PANDUAN PEPERIKSAAN SEMESTER II SECARA ONLINE MRSM PENDANG

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN
PEPERIKSAAN SEMESTER II
2020 SECARA DALAM TALIAN

MRSM PENDANG

Disediakan oleh

Unit Peperiksaan & Penilaian Maktab
(UPPM)

MRSM Pendang

Garis panduan pelaksanaan ujian/peperiksaan dalam talian di MRSM Pendang

1. PENGENALAN

1.1 Garis panduan ini disediakan bagi tujuan pelaksanaan Peperiksaan
Semester II secara dalam talian bagi Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4
yang akan berkuat kuasa bermula pada 13 Disember hingga 17 Disember
2020

1.2 Garis panduan ini meliputi beberapa fasa iaitu sebelum, semasa dan selepas
Peperiksaan dijalankan.

2. LATAR BELAKANG

2.1 Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
(PKPB) pada 9 November hingga 6 Disember 2020 dan seterusnya
penutupan sekolah dilanjutkan sehingga cuti persekolahan semester 2 yang
bermula pada 17 Disember 2020. Sepanjang tempoh ini, pelajar telah kembali
ke rumah masing-masing dan menjalani pembelajaran di rumah (PdPR).

2.2 Mesyuarat yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Menengah MARA
bersama TPKA, Ketua Ketua Jabatan dan KUPPM pada 24 November 2020 telah
menetapkan bahawa Peperiksaan Akhir Semester 2 2020, boleh diadakan
secara dalam talian mengikut kesesuaian unit subjek masing masing.

3. OBJEKTIF

Objektif garis panduan ini adalah untuk:

3.1 memastikan ujian/peperiksaan secara dalam talian dapat diuruskan dengan
lebih teratur dan lancar.

3.2 memberikan panduan kepada guru-guru dalam mengendalikan ujian/
peperiksaan secara dalam talian.

3.3 menerapkan budaya integriti bagi ujian/peperiksaan secara dalam talian
dalam kalangan pelajar.

TEMPOH PELAKSANAAN
13 Disember 2020 hingga 17 Disember 2020

Garis panduan pelaksanaan ujian/peperiksaan dalam talian di MRSM Pendang

4. FASA SEBELUM UJIAN/PEPERIKSAAN

4.1 Platform Ujian/Peperiksaan Dalam Talian

4.1.1 Guru boleh menggunakan sebarang bentuk platform dalam talian yang
bersesuaian seperti Microsoft Form, Google Form, Google Classroom,
Quiz Apps dan lain-lain yang sesuai.

4.1.2 Ujian/peperiksaan yang dijalankan secara selaras (synchronous) dan
real-time, penggunaan aplikasi seperti Microsoft Teams, Zoom,
Webex, Google Meet, Skype dan lain-lain adalah digalakkan bagi
memudahkan guru-guru untuk memantau secara langsung perjalanan
ujian/peperiksaan.

4.1.3 Guru digalakkan untuk membuat sesi percubaan bersama pelajar
menggunakan platform yang dipilih sebelum tarikh ujian/peperiksaan
subjek berkenaan bagi menguji keberkesanan dan membiasakan diri
dengan sistem yang ingin digunakan.

4.2 Soalan Peperiksaan Secara Dalam Talian

4.2.1 UPPM bertanggungjawab untuk menentukan subjek yang akan
melaksanakan ujian/peperiksaan secara dalam talian.

4.2.2 Soalan ujian/peperiksaan perlu disediakan sekurang-kurangnya dalam
dua (2) set yang berbeza dan melalui proses semakan di peringkat
Jabatan berdasarkan prosedur sedia ada.

4.2.3 Soalan-soalan boleh disusun secara rawak dan setiap pelajar akan
mendapat set soalan yang berbeza.

4.2.4 Antara bentuk soalan yang boleh dibina adalah seperti berikut:
(a) objektif
(b) subjektif pendek
(c) esei
(d) pengiraan
(e) lain-lain bentuk yang bersesuaian

4.2.5 Bagi mengelakkan berlaku ketidakpatuhan kepada integriti PdP
semasa ujian/peperiksaan dijalankan, para guru digalakkan untuk
membina soalan yang berbentuk peperiksaan buka buku (open-book
examination), senario, kajian kes, kajian aplikasi dan lain-lain yang
bersesuaian yang dapat menguji tahap kemahiran berfikir aras tinggi
setiap pelajar.

3

Garis panduan pelaksanaan ujian/peperiksaan dalam talian di MRSM Pendang

4.2.6 Setiap guru subjek hendaklah menggunakan Borang Akujanji Integriti
Pelajar yang menyatakan bahawa jawapan yang dikemukakan adalah
hasil kerja sendiri dan bukannya hasil plagiat daripada rakan atau
sebarang sumber lain.

4.3 Proses Semakan Format Soalan Peperiksaan

4.3.1 Proses semakan format soalan Peperiksaan oleh UPPM tidak
diperlukan memandangkan setiap guru akan menggunakan platform
dalam talian yang berbeza.

4.4 Cetakan Soalan Peperiksaan Semester II 2020

4.4.1 Cetakan soalan ujian/peperiksaan bagi peperiksaan secara dalam
talian adalah tidak diperlukan.

4.5 Pengurusan Jadual Peperiksaan Semester II 2020

4.5.1 Jadual Peperiksaan Semester II secara dalam talian berdasarkan
Jadual PdPR Online yang telah ditetapkan oleh Pihak Pengurusan
MRSM Pendang mengikut tempoh pelaksanaan yang ditetapkan oleh
Bahagian Pendidikan Menengah MARA

4.5.2 Penyelaras subjek/guru subjek perlu memberi maklumat berkaitan
masa dan tempoh peperiksaan, bilangan pelajar dan bentuk platform
(Microsoft form, Google Form, dll) yang ditetapkan.

4.5.3 Peperiksaan secara dalam talian akan dijalankan dalam tiga sesi
peperiksaan (Rujuk Jadual 1). Tempoh masa ujian ini adalah termasuk
tempoh persediaan dan penghantaran jawapan. Penyelaras subjek
hendaklah memaklumkan kepada UPPM tempoh sebenar masa
menjawab:

Jadual 1: Sesi Peperiksaan Akhir Secara Dalam Talian

Sesi Hari Tempoh Peperiksaan
Sesi 1 ( pagi ) Ahad - Khamis 9.00 pagi – 11.00 pagi
Sesi 2 ( pagi ) 11.30 pagi – 1.30 tengahari
3.00 ptg – 5.00 ptg
Sesi 3 ( petang )

4

Garis panduan pelaksanaan ujian/peperiksaan dalam talian di MRSM Pendang

4.6 Pengurusan Jadual Pengawas Peperiksaan Akhir

4.6.1 Tiada lantikan Pengawas Ujian/Peperiksaan bagi ujian/peperiksaan
secara dalam talian. Walau bagaimanapun, guru/penyelaras subjek
bertanggungjawab dalam memantau perjalanan ujian/peperiksaan
bagi subjek masing-masing.

4.6.2 Setiap guru/penyelaras subjek hendaklah bersedia sepanjang tempoh
ujian/peperiksaan yang dijadualkan berlangsung. Segala persoalan
berkaitan soalan ujian/peperiksaan adalah secara terus kepada
guru/penyelaras subjek yang berkaitan.

4.7 Tempoh Peperiksaan

4.7.1 Peruntukan masa yang sesuai perlu diberikan kepada pelajar untuk
menjawab soalan, memuat turun dokumen, mengimbas, memuat naik
dokumen dan lain-lain. Cadangan peruntukan masa adalah seperti
berikut:

(a) Tempoh pengisian maklumat dan pengakuan yang berkaitan: 15
minit

(b) Tempoh menjawab soalan: bergantung kepada bentuk soalan
subjek yang berkenaan

(c) Tempoh penghantaran jawapan: 15 minit

4.8 Pelajar yang mempunyai halangan untuk menduduki ujian/peperiksaan

4.8.1 Pelajar yang mendapat kebenaran cuti sakit dari klinik/hospital yang
berkaitan. Pelajar hendaklah mengemukakan bukti sijil cuti sakit
berkenaan.

4.8.2 Pelajar yang mempunyai hal-hal kecemasan atau kematian tertakluk
kepada peraturan peperiksaan sebenar dengan mengemukakan bukti
atau dokumen yang berkaitan.

4.8.3 Pelajar yang mempunyai masalah penggunaan gajet dan capaian
internet ketika ujian/peperiksaan berlangsung dengan mengemukakan
bukti dan surat pengesahan yang ditandatangani oleh
ibu/bapa/penjaga.

Garis panduan pelaksanaan ujian/peperiksaan dalam talian di MRSM Pendang

4.8.4 Pelajar yang tidak dapat mengemukakan sebarang bukti TIDAK
HADIR ketika ujian/peperiksaan akan diberikan markah 0 dan tidak
boleh mengulang subjek berkenaan.

4.8.5 Pelajar yang mempunyai bukti yang jelas TIDAK HADIR akan
menduduki ujian/peperiksaan pada tarikh baharu yang akan ditetapkan
oleh penyelaras subjek dalam tempoh yang ditetapkan dalam takwim
maktab dengan menggunakan set soalan yang berbeza.

5 FASA SEMASA UJIAN/PEPERIKSAAN

5.1 Peranan Guru/Penyelaras Subjek

5.1.1 Bersedia secara dalam talian sekurang-kurangnya 30 minit sebelum
ujian/peperiksaan bermula jika menggunakan mana-mana platform
dalam talian.

5.1.2 Memantau perjalanan ujian/peperiksaan secara dalam talian dan
sentiasa bersedia dihubungi pelajar sepanjang ujian/peperiksaan
secara dalam talian berlangsung.

5.1.3 Memastikan pelajar mengisi Borang Akujanji Integriti Pelajar terlebih
dahulu sebelum ujian/peperiksaan bermula.

5.1.4 Sekiranya terdapat pelajar yang tidak hadir, guru boleh menghubungi
pelajar berkenaan untuk memastikan masalah sebenar yang dihadapi
oleh pelajar berkenaan.

5.1.5 Memastikan semua pelajar telah menghantar jawapan dalam masa
yang ditetapkan. Guru perlu menghubungi pelajar yang terlibat
sekiranya jawapan tidak diterima dalam tempoh yang ditetapkan.

5.2 Peranan ibu/bapa/penjaga
5.2.1 Memastikan anak tuan/puan menduduki ujian/peperiksaan mengikut
jadual yang ditetapkan.

5.2.2 Memastikan anak tuan/puan mempunyai kemudahan untuk
menduduki ujian/peperiksaan tersebut.

5.2.3 Memastikan integriti dan kepatuhan kepada tatacara
ujian/peperiksaan dipatuhi sepanjang menjalani ujian/peperiksaan
tersebut.

Garis panduan pelaksanaan ujian/peperiksaan dalam talian di MRSM Pendang

5.3 Peranan pelajar

5.3.1 Bersedia secara dalam talian sekurang-kurangnya 30 minit sebelum
ujian/peperiksaan bermula.

5.3.2 Pelajar hendaklah mengisi Borang Akujanji Integriti Pelajar terlebih
dahulu sebelum ujian/peperiksaan bermula dalam tempoh yang
ditetapkan oleh UPPM.

5.3.3 Pelajar hendaklah menghantar jawapan dalam masa yang ditetapkan
untuk mengelakkan sebarang masalah.

5.3.4 Sekiranya terdapat masalah berkenaan capaian internet, akses dan
gangguan elektrik:

(a) Pelajar hendaklah memaklumkan kepada guru dengan kadar
segera.

(b) Sekiranya, masalah capaian/akses dapat diselesaikan dalam
tempoh tiga puluh (30) minit atau kurang daripada tempoh
ujian/peperiksaan, pelajar dibenarkan untuk meneruskan
ujian/peperiksaan tersebut dengan masa tambahan diberikan
selama tempoh gangguan yang berlaku.

(c) Sekiranya masalah tersebut tidak dapat diselesaikan dalam tempoh
tiga (30) minit atau lebih setelah ujian/peperiksaan bermula, pelajar
perlu memaklumkan kepada guru subjek dan membuat permohonan
ujian/peperiksaan khas kepada pihak UPPM.

5.3.5 Pelajar yang lewat hadir tetapi tidak melebihi 30 minit daripada
waktu ujian/peperiksaan dimulakan, dibenarkan mengambil
ujian/peperiksaan, tetapi waktu tamat peperiksaan bagi subjek
tersebut adalah sama dengan pelajar lain. Walau bagaimanapun,
sekiranya pelajar hadir melebihi 30 minit daripada waktu
peperiksaan dimulakan, ianya adalah atas budi bicara guru sama
ada ingin membenarkan pelajar menduduki ujian/peperiksaan atau
tidak.

5.4 Kaedah Penghantaran Jawapan

5.4.1 Para pelajar perlu menggunakan platform dalam talian yang digunakan
semasa ujian/peperiksaan untuk memuat naik jawapan atau kaedah-
kaedah lain yang dibenarkan oleh pihak maktab seperti emel atau
Microsoft Form.

Garis panduan pelaksanaan ujian/peperiksaan dalam talian di MRSM Pendang

5.4.2 Tempoh masa dan kaedah penghantaran jawapan adalah seperti yang
ditetapkan oleh UPPM.

5.4.3 Guru subjek hendaklah menyimpan semua dokumen yang berkaitan
setiap kali selesai sesi ujian/peperiksaan secara dalam talian.

5.5 Pengisian Borang Perjalanan Ujian/peperiksaan Secara Dalam Talian

5.5.1 Apabila selesai sesi ujian/peperiksaan secara dalam talian, guru
subjek hendaklah mengisi Borang Perjalanan Ujian/peperiksaan
Secara Dalam Talian (Rujuk Pautan 1).

5.5.2 Guru perlu memberikan laporan berkaitan perjalanan
ujian/peperiksaan secara dalam talian bagi subjek berkenaan serta
cadangan penambahbaikan (jika ada).

5.6 Ujian/Peperiksaan Khas

5.6.1 Tertakluk kepada Buku Peraturan dan Panduan Peperiksaan UPPM,
Ujian/Peperiksaan Khas boleh diadakan untuk kes-kes berikut:

(a) Pelajar yang tidak dapat menduduki ujian/peperiksaan kerana
disahkan sakit oleh pegawai perubatan Swasta atau Kerajaan;
atau

(b) Pelajar yang kematian ibu/bapa/penjaga; atau
(c) Pelajar yang perlu memberi penjagaan rapi kepada ibu/bapa

/penjaga yang mengalami sakit tenat; atau
(d) Sebab-sebab lain yang boleh diterima pihak maktab.

5.6.2 Pelajar yang gagal menduduki ujian/peperiksaan seperti yang telah
ditetapkan hendaklah membuat permohonan secara rasmi untuk
menduduki Peperiksaan Khas kepada UPPM melalui emel/surat dalam
tempoh tiga (3) hari dari hari pelajar tidak hadir ke peperiksaan subjek
tersebut dengan melampirkan Sijil Cuti Sakit dan dokumen sokongan
yang berkaitan. Sekiranya tiada pemakluman diterima dalam tempoh
yang ditetapkan mengenai kes di atas, pelajar dianggap Gagal dalam
peperiksaan tersebut.

5.6.3 Tarikh Ujian/Peperiksaan Khas akan ditetapkan oleh UPPM

5.6.4 Peperiksaan Khas bagi kes pada perkara 5.5.1 hendaklah diadakan
dalam minggu ujian/peperiksaan kecuali kes-kes yang mendapat
kelulusan Pengetua/ Timbalan Pengetua

5.7 Ketidakpatuhan Akademik

5.7.1 Ketidakpatuhan Akademik semasa ujian/peperiksaan secara dalam
talian boleh dielakkan sekiranya soalan ujian/peperiksaan disediakan

Garis panduan pelaksanaan ujian/peperiksaan dalam talian di MRSM Pendang

dalam bentuk Peperiksaan Buka Buku (Open-Book Examination)
dengan menggunakan bentuk soalan yang menguji tahap kemahiran
berfikir aras tinggi bagi menyelesaikan masalah yang kompleks.

5.7.2 Memberi tempoh masa yang bersesuaian juga mampu untuk
mengelakkan berlakunya ketidakpatuhan akademik semasa
ujian/peperiksaan dalam talian dijalankan.

5.7.3 Di samping itu, ujian/peperiksaan yang dijalankan secara selaras
(synchronous) juga dapat mengelakkan berlakunya ketidakpatuhan
akademik.

5.7.4 Amalan tidak beretika oleh pelajar seperti meniru, menipu atau
berkelakuan mengikut cara yang boleh ditafsirkan sebagai meniru atau
menipu dan sebagainya semasa ujian/peperiksaan secara dalam
talian dijalankan adalah TIDAK DIBENARKAN dan akan dikenakan
tindakan berdasarkan Peraturan Disiplin Maktab Rendah Sains MARA
dan Panduan Unit Peperiksaan dan Penilaian Maktab

5.7.5 Sekiranya guru subjek mendapati terdapat mana-mana pelajar yang
cuba meniru, menipu atau berkelakuan mengikut cara yang boleh
ditafsirkan sebagai meniru atau menipu dan sebagainya semasa
ujian/peperiksaan secara dalam talian dijalankan, guru subjek boleh
membuat laporan kepada UPPM berserta dengan bukti dan dokumen
sokongan yang berkaitan.

5.7.6 Guru subjek juga perlu menyediakan Borang Akujanji Integriti Pelajar
untuk diisi oleh pelajar sebelum ujian/peperiksaan bermula.

6 FASA SELEPAS UJIAN/PEPERIKSAAN

6.1 Sistem Pemarkahan Ujian/peperiksaan Secara Dalam Talian

6.1.1 Sistem pemarkahan bagi ujian/peperiksaan secara dalam talian
adalah berdasarkan sistem gred yang digunakan dalam eSPPNG

6.2 Pengisian Markah

6.2.1 Pengisian markah ujian/peperiksaan secara dalam talian masih
menggunakan sistem eSPPNG sama seperti proses kerja bagi
ujian/peperiksaan secara bersemuka.

6.2.2 Tempoh pengisian markah adalah berdasarkan tempoh yang
ditetapkan oleh UPPM.

Garis panduan pelaksanaan ujian/peperiksaan dalam talian di MRSM Pendang

6.3 Pengesahan Keputusan

6.3.1 Proses pengesahan keputusan ujian/peperiksaan secara dalam talian
adalah sama seperti proses pengesahan keputusan ujian/peperiksaan
secara bersemuka iaitu keputusan ujian/peperiksaan perlu diluluskan di
peringkat Mesyuarat Senat maktab.

6.4 Pengumuman Keputusan

6.4.1 Keputusan ujian/peperiksaan rasmi boleh disemak melalui e-pelajar
selewat-lewatnya tiga (3) hari bekerja selepas Mesyuarat Senat
maktab bersidang.

Garis panduan pelaksanaan ujian/peperiksaan dalam talian di MRSM Pendang

PAUTAN BORANG DALAM TALIAN :

Pautan 1 : Borang Perjalanan Peperiksaan Semester II

https://bit.ly/3gFHidV


Click to View FlipBook Version