Jendela Menghadap
Jalan
DISEDIAKAN OLEH: NURUL SYAFIQAH BINTI MOHD SHAFIE
4 SCIENTIST
WATAK PERWATAKAN
Lili Abang Che Jah
Seseorang individu yang Rashid
memaafkan kesalahan orang
Seseorang ind
ividu yang Seseorang individu yang
lain walaupun kesalahan menghormati tetamu .
tersebut merupakan sering membantu datuk dan
kesalahan yang berat. nenek .
WATAK PERWATAKAN
Nenek Datuk
Seseorang individu yang
pandai memasak dan dipuji Seseorang individu yang alim
dan rajin beribadat .
oleh cucunya Lili .
Jenis bab yang
dibentangkan
Bab Bab Bab
22 23 24
Abang Rashid memberitahu Lili, bahawa Haziq dan Rafiq telah ditangkap oleh
penduduk-penduduk kampung dan salah seorang daripadanya teruk dibelasah oleh
ayah mereka. Lili bercadang ke rumah Che Jah untuk mengetahui keadaan yang
sebenar dan kemudiannya merancang ke pekan bersama-sama dengan Abang
Rashid. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah Che Jah, Lili disambut dan dipersilakan
masuk ke dalam rumah. Che Jah menjelaskan Haziq teruk dibelasah dengan tali
pinggang oleh ayahnya. Menurut cerita Che Jah lagi, Haziq semasa alam persekolahan
dulu merupakan seorang pelajar yang pandai, tetapi telah dibuang sekolah kerana
selalu ponteng dan melawan guru. Haziq menjadi nakal kerana bergaul bebas dengan
budak-budak nakal sehingga perangainya tidak dapat dilentur. Che Jah memohon
maaf kepada Lili tentang apa yang dilakukan oleh anaknya terhadap Lili, tetapi Lili
secara ikhlas telah memaafkannya. Che Jah memuji-muji kebaikan hati Lili yang
sanggup datang menjenguk dan bertanya khabar. Che Jah mempelawa Lili untuk
makan tengah hari di rumahnya, dia tidak menolak pelawaan itu.
Nenek menegur Lili kerana mengambil tahu tentang hal keluarga
orang lain. Nenek juga memberitahu bahawa orang-orang
kampung memang suka bermuka-muka. Kadang-kadang boleh
mengumpat hanya melalui jendela sahaja. Lili menghampiri datuk
yang masih belum selesai dengan isu kubah surau dan herba-
herba ubatan tradisionalnya. Seman suami Che Jah merupakan
seorang bapa yang sangat garang. Seman bukan sahaja garang
terhadap anak-anaknya, tetapi juga terhadap orang-orang lain
yang berurusan dengannya. Kelakuan buruk Seman ialah suka
berjudi, berhutang, menipu, minum arak dan anak-anak serta
isterinya akan menjadi mangsa kekejamannya. Lili melahirkan rasa
tidak puas hatinya terhadap segala tindakan dan perbuatan
Seman yang tersalah mendidik anak-anak dalam membina
keluarga bahagia.
Menjelang waktu isyak, melalui jendela Lili ternampak sebuah lori
membawa kubah di puncaknya terdapat bulan sabit. Selepas jam
sepuluh malam, barulah Lili mendapat berita dari datuk bahawa
kubah surau akan dipasang dalam masa terdekat. Kini isu kubah
surau telah menjadi perbualan hangat dalam kalangan
penduduk-penduduk kampung. Abang Rashid lebih suka sebuah
masjid didirikan di kampung tersebut sebagai tanda
pembangunan, begitu juga dengan Lili. Bagi datuk pula tidak
kisah, sama ada kubah surau atau sebuah masjid, yang penting
ilmu-ilmu agama ditegakkan.
Persoalan tentang keikhlasan seseorang individu untuk
memaafkan kesalahan orang lain.
Contohnya, Lili memaafkan kesalahan Rafik dan Haziq yang telah
menculiknya dan meletakkannya di sebuah pondok buruk di Kampung
Sentosa.
Persoalan tentang sikap prihatin.
Lili begitu prihatin dengan Che Jah yang mengalami keganasan
rumah tangga. Walaupun Haziq dan Rafiq menculiknya tetapi Lili
memaafkan tindakan mereka kerana beranggapan keluarga tersebut
memerlukan bantuan pemulihan.
Persoalan tentang perhubungan kekeluargaan antara nenek dan cucunya.
Contohnya, nenek sentiasa mengawasi dan menjaga keselamatan
Lili sepanjang Lili menghabiskan cuti sekolahnya di kampung.
Persoalan tentang perhubungan kekeluargaan antara bapa saudara
dengan anak saudara
Contohnya, Rashid cuba mengembirakan hati Lili dengan menunaikan
hajatnya untuk bertandang ke rumah Che Jah secara sembunyi
kerana nenek Lili telah melarangnya untuk pergi ke sana.
Persoalan tentang permasalahan permuafakatan dalam
mencapai kata sepakat.
Contohnya, penduduk kampung Sentosa gagal mencapai kata
sepakat dalam menyelesaikan isu pemasangan kubah, iaitu sama
ada dipasang pada bumbung surau atau bumbung masjid yang
baru dicadangkan pembinaannya.
Persoalan tentang perbezaan pendapat antara golongan muda dan
golongan tua.
Golongan warga tua bersetuju agar kubah tersebut dipasang pada
bumbung surau sebaliknya generasi muda lelaki dewasa
mencadangkan agar kubah itu dipasang pada bumbung masjid
yang baharu yang mungkin akan dibina di kampung itu.
NILAI
HEMAH TINGGI TOLERANSI
Contohnya, Che Jah melayani Contohnya, datuk dan Lili berbincang mengenai kubah
kedatangan Lili dan Rashid ke yang bakal dipasang di bumbung surau usang di kampung.
rumahnya dengan begitu sopan dan Lili dan Abang Rashid merupakan golongan muda di
mesra. kampung tersebut menginginkan sebuah masjid yang
teguh dan cantik manakala datuk sebagai golongan tua
PRIHATIN kampung tersebut berpendapat bahawa tidak penting surau
atau masjid, yang penting ialah sebuah tempat beribadat
Contohnya, Lili dan datuk prihatin
terhadap masalah Rafiq dan Haziq KEGIGIHAN
yang dipukul teruk oleh bapa
mereka, iaitu Seman. Contohnya, Lili gigih membantu
menyelesaikan masalah kubah surau
KESABARAN dengan memberikan cadangan agar
sebuah masjid baharu dibina bagi
Che Jah sabar menghadapi karenah meletakkan kubah tersebut.
suaminya Seman yang tidak
bertanggungjawab terhadap keluarga.
Latar tempat
RUMAH CHE JAH
Contohnya, Lili dan Rashid berkunjung ke rumah Che Jah. Mereka
menikmati hidangan tengah hari sebelum pulang.
RUMAH DATUK
Contohnya, nenek memberitahu Lili bahawa Letchumi akan datang ke
rumahnya pada esok hari.
SURAU KAMPUNG SENTOSA
Contohnya, Lili melihat sebuah lori membawa kubah surau yang akan
dipasang di bumbung surau usang itu.
Latar masa
WAKTU PAGI
Contohnya, Lili meminta izin kepada nenek untuk keluar bersama abang
Rashid bertemu Che Jah.
WAKTU TENGAH HARI
Contohnya, Lili dan Rashid menikmati hidangan tengah hari di rumah Che
Jah.
WAKTU MAGHRIB
Contohnya, menjelang waktu isyak, Lili melihat sebuah lori membawa
kubah surau yang akan dipasang di bumbung surau usang itu.
Latar masyarakat
MASYARAKAT YANG MENGHORMATI TETAMU
Contohnya, Che Jah begitu baik melayan kunjungan kali pertama Lili dan
Rashid ke rumahnya.
MASYARAKAT YANG YANG SUKA MENGAMBIL TAHU HAL
KELUARGA ORANG LAIN
Contohnya, nenek memberi tahu bahawa orang kampung orang kampung
suka bermuka-muka dan suka mengumpat walaupun melalui jendela.
MASYARAKAT YANG PRIHATIN.
Contohnya, Lili prihatin dengan masalah yang menimpa keluarga Che
Jah atas sikap tidak bertanggungjawab Seman suami Che Jah
Latar masyarakat
MASYARAKAT YANG MEMPUNYAI MASALAH DALAM INSTITUSI KEKELUARGAAN
Contohnya, Suami Che Jah iaitu Seman, merupakan seorang yang suka
berjudi, berhutang, menipu, minum arak dan anak-anak serta isterinya
sering menjadi mangsa kekejamannya. Haziq anak Che Jah merupakan
seorang pelajar yang pandai semasa alam persekolahan dahulu, tetapi telah
dibuang sekolah kerana selalu ponteng dan melawan guru. Haziq menjadi
nakal kerana bergaul bebas dengan budak-budak nakal sehingga perangainya
tidak dapat dilentur. Kesannya anak-anak Che Jah juga terpengaruh untuk
melakukan masalah-masalah sosial
LATAR MASYARAKAT YANG BERSIMPATI TERHADAP ORANG LAIN.
Contohnya, Lili bersimpati terhadap dua beradik yang telah menculiknya kerana
ditangkap orang kampung dan salah seorang daripadanya teruk dibelasah.
Pengajaran
1 Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang walaupun dia melakukan kesalahan yang berat
supaya dapat mengelakkan perbalahan.
Contohnya, Lili memaafkan kesalahan Rafiq dan Haziq yang telah menculiknya dan meletakkannya
di sebuah pondok buruk di Kampung Sentosa.
2 Kita hendaklah prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh jiran kita supaya dapat membantu
mereka menangani masalah tersebut.
Contohnya, Lili dan datuk berbincang mengenai masalah Rafiq dan Haziq yang dipukul teruk oleh
bapa mereka, iaitu Seman.
3 Kita haruslah mengamalkan sikap bertoleransi dalam masyarakat agar dapat mengelakkan
percanggahan pendapat antara penduduk setempat.
Contohnya, datuk dan Lili berbincang mengenai kubah yang bakal dipasang di bumbung surau
usang di kampung. Lili dan Abang Rashid merupakan golongan muda di kampung tersebut
menginginkan sebuah masjid yang teguh dan cantik manakala datuk sebagai golongan tua kampung
tersebut berpendapat bahawa tidak penting surau atau masjid, yang penting ialah sebuah tempat
beribadat.
Pengajaran
4 Kita perlulah melayani tetamu dengan baik dan sopan.
Contohnya, Che Jah melayani kunjungan tetamunya, iaitu Lili dan Rashid dengan begitu baik dan
mesra
5 Kita hendaklah tabah menghadapi ujian yang menimpa.
Contohnya, Che Jah tabah atas ujian yang menimpa keluarganya yang berpunca daripada
keganasan rumah tangga.
6 Kita mestilah berusaha gigih untuk menyelesaikan masalah yang timbul.
Contohnya, Lili gigih membantu menyelesaikan masalah kubah surau dengan memberikan cadangan
agar sebuah masjid baharu dibina bagi meletakkan kubah tersebut.
Sekian terima
kasih!