MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
TOPIK 5 NO 2:
HUBUNGAN MANUSIA DENGAN PERSEIKTARAN GEOGRAFI
NAMA PENSYARAH :
PUAN HAYATI BIN TALIB @ WAHAB
KUMPULAN 5
NAMA NO PENDAFTARAN
1. MUHAMMAD DANIEL BIN CHE 02DEE21F2010
IZANI 02DEE21F2007
2. MUHAMMAD ZAIS HARITH BIN
02DTK21F1080
ISHAK
3. AHMAD FARHAN DANIAL BIN 02DEE21F2017
AHMAD FAROUK
4. MUHAMMAD AMIRUL IZUAN BIN
AHMAD
ISI KANDUNGAN
UNIT ISI KANDUNGAN
1.0
2.0 PENGENALAN
3.0 PERANAN GEOGRAFI EKONOMI DALAM
4.0 HUBUNGAN MANUSIA-ALAM SEKITAR
SEBAGAI ALAT PENGURUSAN SUMBER
GEOGRAFI EKONOMI DALAM TRADISI
HUBUNGAN MANUSIA-ALAM SEKITAR
KESIMPULAN
5.0 BUKU RUJUKAN
1.0 PENGENALAN
Dalam tradisi hubungan manusia dengan alam sekitar yang melibatkan ruang permukaan
bumi sebagai ruang aktiviti kehidupan yang mana Boehm(1996) menyatakan alam sekitar
merujuk pada ruang permukaan bumi yang mempunyai perkaitan dengan cuaca, tanah-
tanih, bentuk muka bumi, geomorfologi , hidrologi dan tumbuh-tumbuhan. Oleh yang
demikian, jelas menunjukkan bahawa manusia geografi telah wujud seiring dengan
persekitaran fizikal.
Dalam pada itu, susunan alam sekitar ini sedikit sebanyak memberi kesan terhadap aktiviti
manusia ekonomi khususnya kelompok manusia yang kurang memiliki teknologi dalam
peningkatan hasil di kawasan terpencil. Sehubungan dengan itu, United Nations
Development Programme (UNDP, 2001) menyebut bahawa satu usaha diperlukan untuk
membangunkan manusia untuk mengembangkan potensi mereka ke tahap maksimum dan
ke arah produktif dan kreatif mengikut keperluan dan minat masing-masing. Ini bermaksud
dalam kes tertentu manusia tidak mencapai potensi maksimum dalam aktiviti ekonomi
mereka tetapi pengkaji berpendapat ‘usaha’ yang dimaksudkan di sini mungkin sekali
merujuk pada geografi ekonomi.
Oleh yang demikian, jelas dalam aktiviti kehidupan manusia peranan geografi ekonomi
sangat penting untuk menentukan kejayaan hubungan manusia dengan alam sekitar dalam
konteks kemajuan ekonomi. Geografi ekonomi bukan sahaja memainkan peranan penting
dalam penentuan arah tuju ekonomi komuniti sesuatu kawasan tetapi juga penting kerana
peranannya sebagai alat mengkaji sumber ekonomi dalam ruangan permukaan bumi yang
diduduki oleh manusia.
Seperti kata Janmaat(2001), hubungan rapat dengan alam sekitar akan membawa kualiti
hidup yang tinggi. Ini menunjukkan perkataan ‘hubungan rapat’ di sini membawa makna
manusia menjalankan aktiviti kehidupan melalui interaksi dengan alam sekitar dengan
menggunakan geografi ekonomi sebagai alat komunikasi.
Dalam menjelaskan hubungan manusia-alam sekitar, pengkaji menggunakan ilustrasi yang
digambarkan melalui Rajah 1 di atas yang mana kelangsungan hubungan manusia ekonomi
dengan alam sekitar berlangsung dalam ruang permukaan bumi yang ditandai dengan
ruangan kekotak putus-putus, yakni manusia dan alam sekitar berada di atas permukaan
bumi yang ditunjukkan oleh anak panah. Hubungan langsung di antara manusia ekonomi
dengan alam sekitar sememangnya sudah wujud melalui ruang permukaan bumi tetapi
interaksi yang berkesan hanya wujud apabila manusia mempunyai pengetahuan dan
teknologi yang mencukupi untuk mencapai keperluan melalui aktiviti peringkat primer. Dalam
pada itu, sebagai manusia ekonomi yang selalu mementingkan keuntungan maka manusia
ekonomi tadi memerlukan pengetahuan tentang sumber dari alam sekitar yang boleh
dimanfaatkan.
Dengan itu, Geografi Ekonomi wujud di antara manusia ekonomi dengan alam sekitar.
kewujudan geografi ekonomi memainkan peranan penting dalam konteks interaksi ini maka
manusia bukan sahaja dapat memaksimumkan keuntungan tetapi juga dapat mengurus
sumber dengan berkesan melalui pengetahuan tentang sumber melalui peranan geografi
ekonomi.
2.0 PERANAN GEOGRAFI EKONOMI DALAM HUBUNGAN MANUSIA-ALAM SEKITAR
SEBAGAI ALAT PENGURUSAN SUMBER
Peranan geografi ekonomi seperti yang pengkaji nyatakan di atas tadi adalah sangat
penting sebagai alat pengurusan sumber yang mana pengetahuan dalam bidang ini dapat
membantu manusia memanfaatkan sumber di permukaan bumi untuk memenuhi keperluan
hidup.
Tanpa pengurusan sumber yang berkesan akan membawa kemerosotan dan pembaziran
sumber sekaligus akan merugikan manusia ekonomi itu sendiri. Ironisnya pertumbuhan
penduduk dunia yang semakin bertambah. United Nation(2021) mengunjurkan populasi
dunia akan mencapai 10 bilion menjelang tahun 2050 dan ini sudah tentu memberi bebanan
terhadap usaha penghasilan makanan. Dalam pada itu, sisa buangan hasil interaksi
manusia dengan alam sekitar juga bertambah maka untuk itu Goldsmith, Allen, Allaby,
Davoll & Lawrence(1972) mencadangkan supaya usaha diperlukan untuk menguruskan
sumber serta menguruskan pelupusan bahan buangan untuk menjamin kesejahteraan hidup
manusia.
Sehubungan dengan itu, dalam menerangkan peranan geografi ekonomi dalam hubungan
tradisi manusia dengan alam sekitar, pengkaji membincangkan peranan geografi ekonomi
dalam usaha manusia memanfaatkan sumber mengikut wilayah. Apa yang maksudkan
wilayah di sini ialah pembahagian ruang ekonomi mengikut daya kepekatan aktiviti ekonomi
seperti ilustrasi model di bawah.
Dalam menjelaskan peranan geografi ekonomi dalam hubungan manusia-alam sekitar
model Rajah 2 digunakan sebagai ilustrasi dengan mengandaikan kawasan pedalaman, luar
bandar dan zon peralihan dan bandar dan bandar besar sebagai wilayah ekonomi dalam
kajian geografi ekonomi. Melalui model ini diandaikan intensiti ekonomi semakin meningkat
ke arah pusat bandar. Walau bagaimanapun, apabila wilayah ekonomi berkenaan semakin
jauh dari pusat pembangunan seperti bandar dan bandar besar yakni semakin jauh ke
kawasan pedalaman maka akan berlaku difusi intensiti ekonomi secara relatif dan dengan
andaian semua pusat pertumbuhan ekonomi walaupun berada di kawasan pedalaman
menyerupai atau hampir pada model rekaan di atas.
Dalam wilayah ekonomi pedalaman, pengkaji mengandaikan pengetahuan dan teknologi
manusia adalah terbatas. Untuk itu, manusia dengan kemampuan yang ada berinteraksi
dengan alam sekitar secara langsung di mana kawasan ini penduduk menjalankan aktiviti
ekonomi primer seperti bercucuk tanam, mengutip hasil hutan. Walau bagaimanapun,
berdasarkan pertimbangan dan andaian perkembangan teknologi di kawasan ini boleh juga
didapati aktiviti sekunder yang mungkin melibatkan aktiviti pemprosesan hasil hutan seperti
kayu balak secara komersial dan juga perlombongan yang melibatkan pembinaan kilang
memproses kayu balak.
Dalam zon peralihan dan luar bandar pengkaji mengandaikan kawasan ini dapat dihubungi
dengan pengangkutan darat. Oleh yang demikian, intensiti ekonomi juga adalah lebih
banyak. Walau bagaimanapun, di kawasan ini masih ada aktiviti ekonomi peringkat primer
tetapi diandaikan bahawa pengurusan sumber di kawasan ini adalah lebih baik termasuk
teknologi yang lebih baik dalam aktiviti primer. Dalam pada itu, kawasan ini sudah wujud
industri sekunder kerana diandaikan industri primer diusahakan secara besar-besaran.
Dalam pada itu, wujud juga industri tertier yang bersangkut dengan perkhidmatan
pengangkutan dan juga pembelian hasil pertanian melalui orang tengah. Selain daripada itu,
aktiviti ekonomi tertier yang melibatkan penawaran barangan runcit, membaiki kereta motor
dan juga perkhidmatan makanan segera boleh didapati dengan banyak di kawasan ini.
Manakala, zon bandar dan bandar besar merupakan zon ekonomi yang paling penting
malahan pusat seperti zon ini boleh membawa penyebaran ekonomi ke kawasan zon
peralihan, luar bandar bahkan kawasan pedalaman. Kewujudan industri primer di dalam
wilayah ekonomi ini dengan mengambil kira lokasi bandar berkenaan khasnya bandar yang
terletak di kawasan pinggir pantai yang sudah tentu aktiviti primer seperti industri perikanan
merupakan aktiviti penting. Kewujudan industri sekunder juga mengandaikan bahawa ia
wujud selaras dengan kewujudan aktiviti industri primer. Perkhidmatan tertier dan kuaternari
merupakan aktiviti terpenting di kebanyakan bandar dan bandar besar seperti perkhidmatan
telekomunikasi, pengangkutan, perbankan dan juga perkhidmatan kepakaran.
Sebagai kesimpulan, peranan geografi ekonomi dalam konteks hubungan manusia-alam
sekitar adalah sangat penting. Bukan sekadar sebagai alat melihat sumber yang boleh
dimanfaatkan tetapi pengkaji juga berpendapat ia juga dijadikan sebagai alat pengurusan
sumber untuk menentukan sumber digunakan sepenuhnya.
3.0 GEOGRAFI EKONOMI DALAM TRADISI HUBUNGAN MANUSIA-ALAM SEKITAR
1] Zon Ekonomi Kawasan Pedalaman
Dari aspek alam sekitar boleh dikatakan kawasan pedalaman terdiri daripada bentuk muka
bumi yang berada pada aras ketinggian melebihi 100 meter dari aras laut dan boleh
dianggap 95% atau lebih merupakan kawasan hutan. Jumlah populasi adalah sangat kurang
dan tumpuan aktiviti ekonomi adalah sangat terhad. Pendapat sarjana yang menyatakan
bahawa alam sekitar menentukan aktiviti manusia seperti Frederich Ratzel (1892) yang
menyatakan manusia merupakan komuniti yang sama dengan haiwan dan tumbuhan
terpaksa bertungkus-lumus untuk hidup dalam konteks wilayah ekonomi ini mungkin ada
kebenaran berdasar aktiviti ekonomi primer yang melibatkan aktiviti pertanian dan
pengutipan hasil hutan seperti akar kayu, rotan dan buah-buahan hutan pada masa dahulu.
Contoh terbaik yang boleh menerangkan tentang kegiatan ekonomi peringkat ini boleh
dirujuk kepada kawasan pedalaman di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sararwak yang
melibatkan penduduk asli yang terlibat dalam kegiatan ekonomi primer secara tradisional.
Walau bagaimanapun, dalam konteks masa perkembangan geografi ekonomi yang dicapai
oleh manusia ekonomi dalam hubungan tradisinya dengan alam sekitar halangan alam
sekitar berjaya diatasi dan sedikit sebanyak kawasan ini juga wujud aktiviti ekonomi
sekunder yang melibatkan pengeluaran hasil hutan dan sumber mineral secara komersial
yang melibatkan pembinaan kilang-kilang memproses kayu balak dan juga kilang
membersihkan bahan mineral termasuk juga aktiviti perlombongan batu-batan.
Walaupun kegiatan aktiviti primer merupakan aktiviti terpenting di zon ekonomi pedalaman
tetapi peranan geografi ekonomi memainkan peranan penting. Pengetahuan dan
penggunaan teknologi semakin disedari kepentingan oleh manusia di kawasan ini dalam
usaha mereka memaksimumkan hasil pengeluaran. Dalam pada itu, aktiviti ekonomi primer
mengikut peredaran masa membawa kepada pengkomersialan khususnya dalam bidang
pertanian yang memanfaatkan peranan geografi ekonomi.
Dalam Gambar 3 di atas, menunjukkan hubungan interaksi manusia-alam sekitar semakin
matang mengikut masa dalam peranan geografi ekonomi dalam aktiviti primer. Pengetahuan
dan penggunaan teknologi berjaya membantu menaikkan taraf ekonomi penduduk di
kawasan pedalaman.
Selain daripada itu keupayaan manusia dan peranan geografi ekonomi telah membawa
impak besar kepada ekonomi di kawasan ini. Gambar 4 seperti yang ditunjukkan di atas
merupakan salah satu contoh aktiviti ekonomi tertier yang terdapat di kawasan pedalaman di
Taman Negara Resort Tembeling, Pahang yang mana geografi ekonomi memainkan
peranan penting dengan menjadikan alam sekitar sebagai produk.
2] Zon Ekonomi Kawasan Luar Bandar Dan Zon Peralihan
Dalam konteks perbincangan ini kawasan luar bandar yang pengkaji maksudkan ialah
kawasan lingkungan terjauh yang pengaruh bandar boleh sampai. Ini bermaksud kawasan
ini boleh dihubungi dengan pengangkutan darat dengan mudah. Manakala, zon peralihan
ialah kawasan pinggir bandar yang terletak dalam lingkungan pengaruh bandar yang
bersempadan dengan kawasan luar bandar.
Secara umum, alam sekitar di kawasan ini diandaikan mengalami banyak perubahan
disebabkan pembinaan penempatan, perindustrian dan guna tanah untuk tujuan yang lain.
Walau bagaimanapun, kawasan ini sudah mempunyai kegiatan ekonomi yang lebih banyak
berbanding dengan kawasan pedalaman. Sungguhpun begitu, kawasan ini khususnya
kawasan luar bandar masih terdapat kegiatan ekonomi primer yang mana penduduk terlibat
secara langsung dalam interaksi alam sekitar sama ada dalam bidang pertanian,
perlombongan atau pembalakan. Dalam kes tertentu khususnya kawasan yang mempunyai
sungai, tasik semula jadi, kolam dan sebagainya aktiviti perikanan juga dijalankan oleh
penduduk. Dalam Gambar 5 di bawah, jelas bahawa kawasan luar bandar dan juga zon
peralihan masih menjalankan aktiviti ekonomi primer tetapi peranan geografi ekonomi
merupakan kunci utama dalam aktiviti hubungan manusia – alam sekitar.
Dalam pada itu, aktiviti lain seperti aktiviti ekonomi sekunder dan tertier boleh didapati di
kawasan ini. Ini disebabkan oleh interaksi manusia-alam sekitar yang sangat aktif dan
dinamik membawa kepada kepelbagaian aktiviti ekonomi. Di kawasan ini diandaikan
bahawa manusia sudah mempunyai kepakaran, pengetahuan dan teknologi dalam usaha
memanfaatkan alam sekitar dan ini dikaitkan dengan peranan geografi ekonomi yang
memberikan maklum balas terhadap pandangan manusia terhadap persekitaran di kawasan
tempat tinggal mereka berhubung dengan sumber dan juga pengurusan sumber berkenaan
dengan berbalik kepada model hubungan manusia-alam sekitar seperti yang dijelaskan.
Dalam kawasan ini aktiviti tertier yang melibatkan perkhidmatan borong, runcit, komunikasi
dan juga perhubungan yang bukan sahaja penting untuk keselesaan manusia tetapi juga
penting dalam usaha manusia dalam memanfaatkan sumber.
Dalam konteks hubungan reruang dan penyebaran aktiviti ekonomi yang ada dan
pengetahuan seperti ini merupakan peranan penting geografi ekonomi seperti yang
dinyatakan oleh Department of Anthropology and Geography University Nebraska-Lincorn
(2003) yang menyatakan geografi ekonomi penting sebagai kajian tentang faktor pengaruh
lokasi aktiviti ekonomi, pengaruh ruang dan lokasi terhadap perkembangan dan
pembangunan sistem ekonomi serta corak aktiviti ekonomi dunia dan wilayah.
3] Zon Ekonomi Bandar/Bandar Besar
Secara visual keadaan alam sekitar di kawasan ini memperlihatkan keadaan bentuk muka
bumi yang telah diubah suai secara dramatik yang mengwujudkan pandangan lanskap
budaya dengan kepelbagaian aktiviti ekonomi. Walau bagaimanapun, sesetengah kawasan
masih juga terdapat bentuk muka bumi fizikal yang tidak mengalami perubahan seperti
kawasan yang terletak di kawasan pinggir pantai yakni kawasan yang menghadap laut dan
lautan.
Keadaan susunan alam sekitar seperti ini bukan sahaja mempengaruhi aktiviti ekonomi
tetapi juga mengujudkan sumber ekonomi kepada populasi bandar berkenaan. Dalam pada
itu, teknologi memainkan peranan penting dalam hubungan interaksi manusia – alam sekitar
di kawasan ini seperti yang dinyatakan ole Zen M.T (1979) yang menyatakan pada dasarnya
teknologilah yang memberikan nilai tambah bahan mentah yang diolah. Ini bermakna, di
kawasan zon ekonomi bandar memperlihatkan keupayaan manusia berinteraksi dengan
alam sekitar secara kreatif dengan mengadakan pelbagai teknologi hasil daripada interaksi
manusia-alam sekitar dengan memperalatkan geografi manusia sebagai alat menganalisis
dan menguruskan sumber yang ada.
Di dalam zon ekonomi bandar, pelbagai aktiviti ekonomi dijalankan bermula peringkat
ekonomi primer sehinggalah ke peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat kuaternari yang
melibatkan perkhidmatan kepakaran dan profesional. Aktiviti ekonomi primer melibatkan
perikanan, pertanian moden di pinggir bandar. Selain daripada itu, aktiviti ekonomi sekunder
juga boleh didapati seperti kilang pembuatan barangan pengguna seperti peralatan elektrik
dan peralatan harian. Perkhidmatan tertier yang semakin banyak malahan banyak
kemudahan-kemudahan awam yang telah diswastakan termasuklah tandas awam yang
memperlihatkan betapa geografi ekonomi bandar memperlihatkan perubahan corak ekonomi
mengikut masa.
Perkhidmatan lain seperti pengangkutan dan perhubungan di kawasan ini juga adalah
sangat penting dan mempunyai saling perkaitan di antara aktiviti ekonomi sama ada aktiviti
ekonomi bandar atau pun aktiviti ekonomi di kawasan luar bandar dan kawasan pedalaman.
Dalam aspek perkhidmatan kuaternari juga memainkan peranan penting dalam
perkembangan aktiviti manusia-alam sekitar.
Malahan sesetengah aktiviti pembangunan memerlukan khidmat pakar. Sebagai contoh,
dalam pembangunan Bandar Laguna Merbok, di Sungai Petani memperlihatkan bagaimana
perkhidmatan kepakaran penting untuk sesetengah pembangunan yang mana dalam kes ini
pemaju telah mendapatkan khidmat pakar daripada pandangan pakar Feng Shui Jeffery Tei
tentang lokasi kawasan Bandar Laguna Merbok yang telah memberikan khidmat
kepakarannya dengan memberi pandangan positif tentang lokasi bandar berkenaan yang
dianggap sebagai ‘lokasi yang terletak dalam lombong emas’ Petani Jaya Sdn. Bhd (2003).
Selain daripada itu, khidmat kepakaran dalam bidang lain juga mudah di dapati di kawasan
zon ekonomi bandar seperti perkhidmatan perundangan, perbankan dan sebagainya
malahan kewujudan kepelbagaian aktiviti di kawasan Bandar memberikan pandangan baru
kepada manusia dalam hubungannya dengan alam sekitar. Kewujudan sistem
pengangkutan dan perhubungan yang banyak mengubah
persekitaran fizikal kawasan ini telah membawa kepelbagaian aktiviti ekonomi dari kelas
yang terendah sehinggalah ke kelas yang lebih tinggi melibatkan perkhidmatan kuaternari.
Kewujudan dan perkembangan pesat sistem pengangkutan di kawasan bandar, luar bandar
dan juga kawasan pedalaman bukan sahaja memudahkan pergerakan manusia tetapi juga
telah mempercepatkan proses perkembangan hubungan manusia-alam sekitar. Malahan,
Colin J. Thomas dan Rosemary D.F Bromley (2003) menyatakan kewujudan sistem
pengangkutan mempengaruhi pergerakan manusia dalam mendapatkan perkhidmatan. Apa
yang dimaksudkan oleh mereka ialah perkhidmatan tertier yang melibatkan perdagangan
yang menawarkan barangan keperluan. Walau bagaimanapun, pengkaji berpendapat
bahawa kewujudan industri tertier seperti ini bukan sahaja telah mempercepatkan dominasi
manusia ke atas alam sekitar tetapi juga mempengaruhi penyebaran pengaruh kuasa
ekonomi bandar ke kawasan luar bandar.
Malahan konsep ini adalah seiring dengan geografi ekonomi yang mana World Resource
Institute (1999) menyatakan kebanyakan negara mengadakan dasar yang cuba
menumpukan keperluan hasil daripada peningkatan terhadap manusia di bandar-bandar di
samping mendapatkan faedah daripada pembangunan seperti perkembangan ekonomi dan
kecekapan sistem komunikasi. Ini menunjukkan bahawa hubungan manusia dengan alam
sekitar di kawasan bandar adalah sangat pantas akibat daripada perkembangan dan
pembangunan ekonomi hasil daripada peranan geografi ekonomi.
4.0 KESIMPULAN
Pengetahuan manusia tentang peranan geografi ekonomi sangat jelas apabila dilihat dari
aspek wilayah ekonomi kawasan pedalaman, luar bandar dan bandar. Malahan, aktiviti
ekonomi manusia yang menggambarkan hubungan manusia-alam sekitar menunjukkan
trend hubungan langsung dengan alam sekitar di kawasan luar bandar dan pedalaman
adalah lebih ketara walaupun aktiviti yang serupa boleh juga didapati di kawasan bandar
dan zon peralihan bandar yang mana aktiviti ekonomi primer di kawasan berkenaan adalah
sangat jelas walaupun hubungan manusia-alam sekitar berada pada tahap komersial tetapi
produk masih berteraskan pada alam sekitar semata-mata.
Walau bagaimanapun, kepentingan geografi ekonomi semakin jelas apabila dilihat intensiti
aktiviti ekonomi dengan merujuk model hubungan manusia-alam sekitar seperti yang telah
dijelaskan sebelum ini. Hubungan manusia-alam sekitar semakin jelas dengan
memperlihatkan kepelbagaian aktiviti manusia di kawasan bandar dan sub bandar yang
mana manusia terlibat dengan aktiviti bermula dengan aktiviti ekonomi primer dan wujud
pula ekonomi sekunder yang menyokong industri primer sehingga industri primer
diusahakan secara komersial. Dalam pada itu, untuk menyokong kedua-dua industri tadi
wujud pula industri tertier yang memberikan perkhidmatan kepada kedua-dua industri tadi
sama ada perkhidmatan pemasaran atau pengangkutan jelas bahawa hubungan manusia-
alam sekitar semakin jauh terurus.
Di samping itu juga, perkhidmatan industri kuaternari pula semakin penting khususnya di
bandar-bandar besar yang memperlihatkan usaha manusia-alam sekitar memanfaatkan
sepenuhnya sumber untuk kesejahteraan hidup. Pendek kata, peranan geografi ekonomi
adalah sangat penting dalam usaha manusia dalam urusan harian mereka untuk mencapai
kesejahteraan hidup. Dalam hubungannya dengan alam sekitar maka geografi ekonomi
seolah-olah sebagai alat pengolah, pentafsir dan pengurus sumber yang ada dan dengan
pengetahuan manusia tentang geografi ekonomi maka sudah tentu manusia dapat hidup
sejahtera serta dapat memanfaatkan sepenuhnya sumber yang ada.
5.0 Buku Rujukan
Colin J. Thomas dan Rosemary D.F Bromley.(2003). Retail revitalization and small town
centres: the contribution of shopping lingkages. Applied Geography ,23, 48 – 68.
Foster E.M.(1979). Aspek – aspek Novel. Kuala Lumpur:DBP
Fong C.T. (1994). Malaysia Wonders of The Heartland Pahang. Kuala Lumpur :
Country Editions Sdn. Bhd.
Friedrich Ratzel. (1926). Antropologie in geography. Annals of the Association of American
Geographers 53:429-40
Edward Goldsmith, Robert Allen, Micheal Allaby, John Davoll dan Sam Lawrence. (1972). A
Blueprint for Survival.The Ecologist Vol.2 1.
Petani Jaya Sdn. Bhd. (2003). “Sitting on a ‘Gold Mine’”.Berita Bandar Laguna Merbok The
Resort Township Vol. 15, KDN No: PP 9969/4/2004. Author.
United Nations Development Programme. (2001). Human Development Report
2001: Making new technologies work for human development. New York: Oxford University
Press.
Zen M.T. (Ed.). (1979). Menuju Kelestarian Lingkungan Hidup. Jakarta: PT Gramedia
Rujukan Dalam Talian ( Online References )
Boehm, R.G. (1996). Association of American Geographers : Cultural and
Human Geography. Diakses dari
http://www.aag.org/Careers/Cultural_Human_Geography.html
Department of Anthropology and Geography University Nebraska-Lincorn.(2003).
Human and Economic Geography. Diakses dari
http://www.unl.edu/ag/geography/human.htm
Janmaat, J. (2001, Februari 9). Re: [EP] Practices to reconnect. Mesej diperolehi
dari http://www.ises.abo.fi/tren/ecological/0397.htm
United Nation. (2021). UN/DESA Policy Brief #102: Population, food security, nutrition and
sustainable development. Diakses dari
https://www.un.org/development/desa/dpad/publication/un-desa-policy-brief-102- population-
food-security-nutrition-and-sustainable-development/
World Resource Institute. (1999). Population and Human Well-Being:
Urban Growth. Diakses dari http://www.wri.org/wri/wr-98-99/citygrow.htm