The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Memperjuangkan kesamaan jantina dalam semua aspek. Bagaimana kedudukan islam dan pandangan islam terhadapnya.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mushirahnazli, 2021-06-21 01:51:25

E-folio Kumpulan 3

Memperjuangkan kesamaan jantina dalam semua aspek. Bagaimana kedudukan islam dan pandangan islam terhadapnya.

PENGAJIAN ISLAM (MPU23012)

KUMPULAN 3

SESI DIS 2020

NAMA NO MATRIK

MUSHIRAH BINTI NAZLI 06DSK20F1041
NURUL AUDILIA BINTI ARIFIN
NUR SYAZALINA BINTI HELLMIDY 06DSK20F1017
NUR IWANI SYAHIRAH BINTI ABU HANAFIAH
NUR SYAHIDA BINTI ADDNAN 06DSK20F1008

06DSK20F1038

06DSK20F1005

Kelas : DSK 2A

Nama pensyarah: Ustazah Norzihan Binti Husain

PENGENALAN

Seperti yang kita ketahui bahawa kesamaan jantina telah menjadi perbualan ramai sejak
dulu lagi. Disini kami akan menerangkan tentang memperjuangkan kesamaan jantina dalam
semua aspek. Bagaimana kedudukan dan pandangan Islam terhadapnya. Sebelum kita
berbincang dengan lebih jauh tentang tajuk ini , saya akan menjelaskan definisi kesamaan
jantina. (Penulis Tugasan)

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat kesamaan ialah sama manakala dari segi bahasa
ialah kesatuan. Jantina pula bermaksud jenis kelamin atau kata lainnya ialah lelaki dan
perempuan. Apakah pula yang dimaskudkan dengan kesamaan jantina? Definisi kesamaan
jantina bermaksud lelaki dan perempuan bebas untuk membentuk peribadi mereka dan membuat
pilihan tanpa sebarang batasan (Prof Madya Dr. Harlina Halizah Siraj). Kedua-dua jantina
berhak melakukan atau memutuskan sesuatu untuk diri mereka tanpa menghiraukan stereotaip
yang sehingga kini masih diamalkan. (Prof Madya Dr. Harlina Halizah Siraj)

Mendalami konsep ini, kesamaan jantina mesti diwujudkan dengan membuang sikap dan
mentaliti yang prejudis terhadap, jantina lain, khususnya terhadap perempuan (Prof Madya Dr.
Harlina Halizah Siraj). Prejudis yang mengatakan bahawa perempuan itu lemah, manakala lelaki
itu kuat atau perempuan kurang rasional ketika membuat keputusan, manakala lelaki sebaliknya.
Mengimbau kembali sejarah atau cebisan lalu, lelaki memiliki hak istimewa yang lebih
berbanding perempuan. Hujah yang tidak dapat disangkal lagi apabila dikatakan bahawa

perempuan tidak diadili dan diberikan hak yang adil dan setaraf dengan kaum lelaki. Secara
umumnya, kesamaan jantina menjadi topik hangat yang sering diperdebatkan dan saban hari
menjadi perbualan (Penulis Tugasan). Perjuangan yang dilakukan oleh pihak yang sering
dibelenggu oleh stereotaip dan prejudis masih diteruskan demi mendapat tempat yang sepatutnya
mereka dapat (Pennulis Tugasan).

Sejurus itu, kesamaan jantina dapat dipelihara sekiranya kedua-dua belah pihak
mempertimbangkan, menghargai antara satu sama lain dan mengadili secara sama rata (Penulis
Tugasan)

ISU TENTANG KESAMAAN JANTINA

Menyentuh perihal kesamaan jantina ini boleh dikaitkan dengan beberapa isu yang dapat
dikemukakan di negara, bukan sahaja Malaysia bahkan juga terdapat di negara lain. Isu-isu yang
sering dibangkitkan oleh masyarakat sehingga kini ialah: (Penulis Tugasan)

1. Menerima gaji lebih rendah daripada lelaki walaupun mereka melakukan kerja
yang sama. (Rosa Lee)
Isu ini adalah salah satu keadaan di mana kebanyakkan majikan lebih memilih lelaki
sebagai dominan dalam perkerjaan (Penulis Tugasan). Hal ini kerana, majikan
beranggapan bahawan wanita kurang produktiviti dan bermobiliti rendah berbanding
lelaki. Mereka banyak menimbulkan masalah kepada institiusi tempat kerja kerana
perempuan lebih banyak bercuti seperti cuti bersalin (Noorazeela Zainol Abidin). Hal ini
menyusahkan majikan untuk mencari pekerja ganti dan banyak kerja tertunda serta tidak
dapat dilaksanakan. (Penulis Tugasan). Selain itu, pekerja lelaki beranggapan bahawa
wanita mempunyai peranan utama iaitu seorang isteri dan seorang ibu. Maka, lelaki
merasakan bahawa mereka bertanggungjawab dalam menyara keluarga (usahawan.com).
Hal inilah yang menyebabkan diskriminasi berlaku.

2. Hak untuk mendapatkan pendidikan yang baik dan peluang untuk belajar sejak
kecil (Jamaliah Jamaluddin)
Kita semua tahu bahawa pendidikan merupakan teras pembangunan sesebuah masyarakat
dan negara. Tanpa pendidikan, masyarakt akan hidup dalam kemunduran dan
menyebabkan keruntuhan moral yang berleluasa (Noranizah Yusuf). Walhal, Islam juga
mewajibkan umatnya menuntut ilmu. (Penulis Tugasan). Seperti yang diketahui bukan
semua wanita bertuah untuk mendapatkan pendidikan sejak kecil (Penulis Tugasan).
Masih ramai kanak-kanak tidak kira lelaki atau perempuang yang tidak dapat untuk
memegang buku, dan membaca buku dengan lancar (Jamaliah Jamaluddin). Hal ini
kerana, ketidakprihatian ibu bapa ataupun masalah kewangan (Penulis Tugasan). Namun
tidak dapat dinafikan bahawa kanak-kanak lelaki lebih beruntung dalam mendapatkan
pendidikan berbanding lelaki. Hal ini kerana, mereka masih beranggapan bahawa wanita

lebih sesuai berumah tangga. Terutamanya di negara dunia ketiga, kebanyakkan kanak-
kanak terpaksa meninggalkan impian mereka untuk mengahwini lelaki lain. (Jamaliah
Jamaluddin).

3. Gangguan Seksual
Kebanyakkan negara tidak akan lari dengan isu ini yang setiap tahun ada peningkatan dan
penurunannya terutama pada kaum wanita. Masalah ini perlu dipandang serius oleh
negara. Jika dilihat berita-berita terkini, kebanyakkan isu ini berlaku di tempat kerja.
Pelbagai cara gangguan seksual seperi melalui lisan, fizikal dan sebagainya. Ini
menyebabkan mangsa tersebut terasa terhina. Selain itu, perempuan lemah berbanding
lelaki dari segi fizikal. Ini menyebabkan lelaki lebih banyak peluang melakukan
gangguan seksual terhadap kaum wanita (Penulis Tugasan). Contohnya, di tempat kerja
di mana majikan mempunyai kuasa untuk mengambil dan memberhentikan kerja. Jika
pekerja itu mengikut kehendaknya maka pekerja itu akan mendapat kenaikkan pangkat
atau kenaikkan gaji yang lumayan (Dr Muzaffar Syah Mallow). Perempuan akan
merasakan bahawa mereka sangatlah rendah dan terhina hingga menyebabkan trauma
(Penulis Tugasan).

4. Perempuan senang dikawal
Ramai beranggapan perempuan sangat senang dikawal (Penulis Tugasan) dan boleh
melakukan kerja yang berulang dan membosankan. Kalau dilihat secara teliti majoriti
pekerjaan yang ada di negara mengupah wanita muda sebagai pekerja mereka dengan gaji
yang rendah (Rosa Lee). Strategi ini adalah untuk merendahkan kaum wanita dalam
memperjuangkan isu ini. Kaum lelaki tidak meletakkan kaum perempuan sama taraf atau
kedudukan dengan mereka. Kebanyakkan perempuan pula sering kali dipecat kerana
tidak dapat menanggung kerja atau beban yang berat (Penulis Tugsan) Disini dapat kita
lihat bahawa perempuan dilabel sebagai ‘pekerja bukan tetap’(Rosa Lee).

Pandangan Kesamarataan Jantina

Apabila dikatakan kepada pandangan, apakah yang dapat kita rungkaikan
tentang kesamarataan jantina terutama dalam islam? Oleh itu mari kita terangkan
dengan lebih lanjut.tentang kesamarataan jantina atau lebih dikenali sebagai
kesamarataan gender. Pada pandangan islam, ia meletakkan kedudukan seorang
wanita itu begitu tinggi dan mulia didalam masyarakat, dalam kata lain “wanita juga
boleh berjaya seperti lelaki”.

Nur Syazalina Binti Hellmidy

Pendekatan terhadap isu gender ini berbentuk penerimaan keseluruhan,
penolakan atau penerimaan bersyarat.

Keseluruhan:

Yang menerima secara menyeluruh terdiri daripada muslim, sama ada aktivis
atau ilmuwan, yang merasakan diri mereka reformis untuk meliberasikan islam dan ini
termasuk feminis muslim. Oleh kerana pemikiran mereka memang berasaskan
pemikiran kebaratan maka kelompok ini tidak berbeza sangat dengan mereka yang
memperjuangkan kesamaan gender di Barat. Namun demikian, mereka berusaha
untuk mengguna ayat- ayat al-quran dan kisah daripada sirah untuk mengukuhkan
hujah mereka.

Penolakan:

Bagi golongan yang islamik pula, satu kumpulan menolak terus teori gender.
Dalam menganalisis dan berhujah tentang isu pembangunan wanita, mereka
menegaskan pengguna istilah lelaki dan wanita serta peranan lelaki dan wanita
daripada menggunakan istilah gender. Pendirian ini diambil bukan kerana mereka tidak
peha tentang ada berlakunya kepincangan tertentu dalam keadaan hidup wanita tetapi
kerama wujudnya agenda tersirat dalam penggunaan istilah gender yang telah dikenal
pasti.

(a) Pengiktirafan kepada peranan gender yang berbeza daripada norma seperti
lesbian (perempuan suka perempuan), homoseksual (suka sejenis), mak ayah
dan lain- lain sebagai keadaan yang sah dan perlu dinobatkan dalam undang-
undang.

(b) Peranan seorang ibu yang tidak bekerja diluar rumah dianggap tidak ekonomik
kerana tidak menjana pendapatan. Begitu juga dengan peranan seorang isteri.
Ada yang merasakan ia satu diskriminasi kerana bekerja tanpa gaji.

(c) Peranan seorang ibu yang tidak bekerja di luar rumah dianggap tidak ekonomik
kerana tidak menjana pendapatan. Begitu juga dengan peranan seorang isteri.
Ada yang merasakan ia satu diskriminasi kerana bekerja tanpa gaji.

(d) ‘Perspektif gender’ digunakan secara meluas dalam dokumen-dokumen, polisi
dan pelan tindak tentang pembangunan wanita tetapi jika diteliti, definisi gender
agak kabur dan terlalu longgar sehingga boleh membawa sebarang maksud.
Berjayanya kesamaan gender dilaksanakan di negara Barat seperti New
Zealand, England, Sweden, Norway, Germany, USA dan lain-lain menunjukkan
satu perkembangan yang tidak sihat terhadap norma dan tata susila hidup
bermasyarakat. Setiap negara tersebut telah pun mengadakan undang-undang
membolehkan perkahwinan sama jantina dan membolehkan pasangan sama
jantina mengambil anak angkat atau melahirkan anak dengan cara-cara seperti
‘surrogate motherhood’ atau IVF atau lain-lain cara. Hanya beberapa negeri di
US yang masih bertahan dalam menolak undang-undang tersebut.

Penerimaan Bersyarat:

Bagi kumpulan yang menggunakan istilah gender pula, mereka mengambil
pendirian untuk mentakrifkan apakah yang dimaksudkan dengan gender tetapi dengan
meletakkannya dalam kerangka peranan wanita dan lelaki berpandukan ajaran Islam.
Oleh itu tumpuan mereka dalam membincangkan gender ialah apakah ‘sifat kelakian’
dan ‘sifat kewanitaan’ seperti yang dimaksudkan oleh ajaran Islam dengan penegasan
terhadap menunaikan hak-hak wanita yang telah dijanjikan oleh Allah swt. Pada
hakikatnya, mereka menggunakan istilah gender tetapi ia membawa makna ‘seks’ iaitu
lelaki dan wanita. Kaedah yang digunakan untuk menghapuskan diskriminasi,
penindasan dan kezaliman terhadap wanita ialah dengan meningkatkan kesedaran,
perlaksanaan ajaran dan hukum-hukum Islam yang sebenar.

Pendirian CIO Dan IICWC:

CIO (Coalition of Islamic Organisation) dan IICWC (International Islamic
Committee for Women and Child) merupakan organisasi yang menggabungkan
berbagai organisasi Islam di serata dunia. Sehingga kini, CIO mempunyai 90 ahli.
Penggerak utama CIO ialah International Islamic Committee for Dakwah and Relief.
Salah seorang ahli jawatankuasa IICDR ialah Yusuf Qardhawi. Wakil daripada kedua-
dua gagasan ini telah mengikuti persidangan-persidangan PBB (dari tahun 90-an) dan
berusaha untuk menyampaikan pendirian Islam dalam isu-isu penting yang
dibincangkan. Antara hasil penulisan yang telah mereka usahakan adalah:

(i) Critical Review of CEDAW

(ii) Islamic Charter of Children

(iii) Islamic Charter of the Family

CIO mengambil pendirian untuk menolak penggunaan istilah gender dan dalam
setiap persidangan akan mengemukakan cadangan-cadangan untuk menukar istilah
gender kepada istilah ‘lelaki dan wanita’.

https://helikmedia.wordpress.com/2009/09/14/pengenalan-ringkas-isu-gender/

Bukan itu sahaja pandangan dalam isu pekerjaan pula contohnya. Kalau kita
melihat keadaan sekeliling, situasi yang seringkali berlaku adalah pada aspek gaji. Kita
dapat membezakan jumlah gaji yang diterima bagi seorang lelaki dan seorang wanita.
Ada segelintir pihak yang berpendapat bahawa sumbangan yang dapat diberikan
wanita lebih kurang berbanding lelaki menyebabkan hasil gajinya kurang.Disini telah
menunjukkan bahawa konsep kesamarataan jantina pada pandangan islam tidak
diterapkan didalam masyarakat. Bukan itu sahaja wanita juga jarang mendapat
kenaikan pangkat dalam sesebuah organisasi. Masih ada organisasi yang lebih
memandang jantina berbanding kualiti kerja yang dipamerkan. Kebanyakan pekerja
wanita selalunya berada disektor perkhidmatan berbanding pengurusan. Ingin sekali
diingatkan bahawa kita perlulah membuang pemikiran negatif yang memikirkan wanita
hanya layak duduk dirumah dan lemah.

Nur Syazalina Binti Hellmidy

Pandangan Tentang Gender Dan Penggunaan Istilah Dalam Kertas Dasar Wanita
Negara:

Malaysia adalah salah satu negara yang telah mengambil tindakan yang konkrit
dalam isu pembangunan wanita dan telah menggubal Dasar Wanita Negara pada tahun
1989. Ia bertujuan untuk mengintegrasikan wanita sepenuhnya dalam proses
pembangunan negara. Ia diasaskan di atas CEDAW teatpi dengan ‘reservation’ bahawa
Malaysia tidak akan melaksanakan sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang
syariah Malaysia. Oleh itu, kefahaman gender dalam dokumen di Malaysia bermaksud
‘lelaki dan wanita’. Malaysia juga telah mengesahkan CEDAW pada tahun 1995. Tetapi
sebagai melahirkan komitmen Malaysia terhadap CEDAW, Art. 8 (2) dalam
Perlembagaan Federal telah dipinda pada Julai, 2001 untuk memasukkan gender
sebagai salah satu asas untuk penghapusan diskriminasi. Ini adalah hasil daripada lobi
beberapa kumpulan wanita yang mahu memasukkan kedua-dua istilah, seks dan
gender dalam artikel tersebut.

Pada bulan Mei 2007, suatu penilaian dan penggubalan semula kertas dasar dan pelan
tindak dilakukan dan dalam kertas Dasar Wanita Negara mukadimahnya berbunyi,
Berteraskan Perlembagaan Persekutuan, prinsip Rukun Negara, prinsip Islam Hadhari
dan Dasar Sosial Negara, Dasar Wanita Negara ini mendukung cita-cita untuk
mencapai kesaksamaan gender dan pemabgunan negara yang seimbang di antara
pembangunan fizikal dan pembangunan rohaniah”.

https://helikmedia.wordpress.com/2009/09/14/pengenalan-ringkas-isu-gender/

Akan tetapi masih ada segelintir pihak yang menanggap bahawa islam ini
menindas kaum wanita, Misalnya, masyarakat bukan islam. Tanggapan mereka

bertambah dengan sikap prejudis mereka apabila melihat kepada identiti wanita
muslim. Imej wanita Muslim seperti pemakaian tudung / purdah, dipaksa untuk duduk
di rumah sahaja, tidak dibenarkan memandu kenderaan, merupakan antara perkara-
perkara biasa yang dibangkitkan untuk menyerang Islam. Walaupun sesetengah
Negara Arab dan Negara yang majoriti rakyatnya Muslim mempunyai undang-undang
yang menindas wanita, sepatutnya perkara ini tidak dilihat datangnya dari Islam. Perlu
diketahui bahawa Islam tidak menindas golongan wanita. Malah wanita dijamin serta
diberikan hak-hak yang pelbagai. Kebanyakan Negara yang menindas wanita itu
bukannya menjalankan undang-undang shariah terhadap wanita, tetapi lebih kepada
undang-undang yang diperkenalkan sendiri berdasarkan budaya Negara mereka.
Negara-negara itu juga tidak mempunyai pandangan yang seimbang terhadap ekuiti
jantina.

file:///C:/Users/user/Downloads/Telegram%20Desktop/Roslan_WANITAMUSLIM.pdf

Kebenarannya, Islam sudah terang lagi bersuluh memberikan kesamarataan
terhadap lelaki dan perempuan walupun tanggungjawab mereka berbeza tetapi masih
dapat membantu antara satu sama lain. Seperti yang kita ketahui Islam mengangkat
wanita, sama ada bujang atau berkahwin sebagai individu yang mempunyai matlamat
tersendiri. Contohnya matlamat dalam pekerjaan, pendapatan serta harta benda.
Apabila melihat dari sudut perkahwinan, selalunya pihak lelaki akan memberikan
urusan pemberian mas kahwin kepada pihak wanita. Bukan itu sahaja wanita akan
menggunakan namanya sendiri tanpa perlu mengguna nama suami ketika berkahwin
sebagaimana orang-orang barat melakukannya. Dari sudut pakaian pula, kita
terutamanya sebagai wanita muslim perlu menjaga aurat kita seperti mana yang telah
diajarkan kepada kita dengan memakai pakaian yang menutup aurat. Dengan cara ini,
kita dapat melihat bahawa islam mengajar kita bukan sahaja untuk menutup aurat
malah menjaga akhlak kita sebagai seorang wanita muslim. Bagi lelaki selain
mengingatkan pakaian yang sesuai kepada isteri, mereka juga perlu berakhlak baik
kepada pasangan mereka.

Nur Syazalina Binti Hellmidy

Diriwayatkan daripada ‘Asiayah bahawa Nabi SAW bersabda:

‫َخ ْي ُر ُك ْم َخ ْي ُر ُك ْم أِلَ ْه أل أه‬

“Yang terbaik dikalangan kamu ialah yang terbaik akhlak terhadap isterinya.”

(Sunan Al- Tarmizi)

file:///C:/Users/user/Downloads/Telegram%20Desktop/Roslan_WANITAMUSLIM.pdf

“Wanita adalah Mutiara yang harus dijaga bukan ditindas”. Ayat ini menerangkan
bahawa penindasan seringkali berlaku kepada wanita. Contohnya dalam bentuk
paksaan, kekerasan dan kekejaman. Ia sememangnya jauh dari konsep islam yang
sebenar. Misalnya ibubapa tidak boleh memaksa anak perempuan mereka untuk
berkahwin dengan pilihan mereka sendiri tanpa persetujuan anak mereka dahulu.

Agama islam itu mudah dan tidak membebankan umatnya apatah lagi dalam isu
perkahwinan. Mana – mana pihak sama ada lelaki mahupun wanita layak menentukan
pasangan hidup sendiri. Seperti yang kita ketahui negara kita Malaysia, mempunyai
jabatan agama islam jika mempunyai masalah untuk dirujuk. Tidak timbul masalah
sekiranya adat ketika berkahwin itu berbeza selagi tidak melanggar hukum islam.

Nur Syazalina Binti Hellmidy

HAK DAN KEBEBASAN WANITA MENURUT ISLAM

Ramai masyarakat pada hari ini melihat bahawa agenda pembebasan wanita itu

dimulakan oleh barat. Ramai juga yang melihat bahawa perjuangan hak kesamarataan

dan kebebasan wanita hanya bermula pada abad yang ke 20. Sebenarnya, hak

kebebasan wanita itu telah bermula sejak kedatangan Islam. Ia berdasarkan kepada

wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW. Sumber rujukan
utama kepada hak-hak wanita dan kebebasan yang mereka miliki adalah al-Qur’ān dan
al-Hadīth. Ini merupakan sumber rujukan Islam terhadap isu-isu wanita.

Seterusnya, bab ini akan membincangkan hak-hak wanita seperti terkandung di
dalam dua sumber rujukan utama Islam ini.

i. Hak kemanusiaan

Semenjak zaman permulaan Islam 14 kurun yang lalu, kedudukan wanita telah
terbela. Islam mengangkat kedudukan wanita di mana mereka adalah sama dari
sudut tanggungjawab dengan lelaki, iaitu untuk mentauhidkan Allah dan
menyembah-Nya. Ini menunjukkan bahawa Islam tidak meletakkan limit kepada
wanita untuk meningkatkan kedudukan moral mereka di sisi agama. Dalam masa
yang sama, Islam turut mengiktiraf kedudukan ang setaraf di antara lelaki dan
wanita.

Allah berfirman didalam ayat pertama surah yang menyentuh khusus mengenai

wanita,Surah al- Nisa:

‫َك ِث ۡي ًرا‬ ‫َز ۡو َج َها َو َب َّث ِم ۡنه َما ِر َجا ًل‬ ‫ِتَم ۡ َسنآ َّنَۡءفلُ ۡوس َن َّوِباهِح َدَوةا ۡ َّلَو ۡرَخلَ َحاَق َم ِم ۡناِ َه َّنا‬ ‫ال َّناس َّوا ِنتَّق َۡسوآا ًء َۚر َّبَوكاتَّمقُا َّلواِذ ّۡلىٰل َا َخا َلّلَقَِذك ۡۡمى‬ ‫ٰۤيـاَ ُّي َها‬
‫ّل ٰل َا َكا َن َع َل ۡي ُك ۡم َر ِق ۡي ًبا‬

Maksud: “Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah
menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu Wanita Islam: Isu- Wanita Islam: Isu-isu
dan Pemerkasaan Hak isu dan Pemerkasaan Hak isu dan Pemerkasaan Hak 4 (Adam),
dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga
yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai.

Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut
namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana
sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.”

file:///C:/Users/user/Downloads/Telegram%20Desktop/Roslan_WANITAMUSLIM.pdf
Disini kita dapat rungkaikan bahawa kejadian lelaki dan wanita itu sama tiada

lebih dan kurang. Kedua-duanya berasal dari tanah juga, Oleh sebab itu mereka
mempunyai hak yang sama rata dari sudut kemanusiaan

Nur Syazalina Binti Hellmidy

ii. Hak kehidupan
Islam membenarkan seseorang wanita itu untuk mendapatkan hak sivil. Ini

termasuklah jaminan Islam terhadap hak kebebasan bersuara, kebebasan memilih,
kebebasan berpendapat, dan sebagainya, berdasarkan kepada pencapaian individu
wanita itu sendiri. Wanita juga mempunyai hak untuk memilih agamanya. Apabila dia
memilih Islam, maka kebebasannya adalah tertakluk kepada ajaran agama tersebut.
Allah berfirman:

‫َ الٓ ِإ ْك َرآَه ِفى ٱل ِدي ِٓن‬

Maksud: “Tidak ada paksaan di dalam agama.”
(Al-Baqarah,2: 256)

Di samping itu, wanita amat digalakkan untuk mengeluarkan pandangan serta
menyumbang idea dan buah fikiran mereka. Idea-idea yang bernas tidak semestinya
datang dari lelaki.

Antara contoh lain bagi hak sivil wanita ialah mengenai perkahwinan dan wanita
boleh memilih pasangannya. Mereka juga boleh menyatakan persetujuan atau tidak
bersetuju ke atas lamaran seorang lelaki. Berbeza dengan amalan di barat, wanita
Muslim yang berkahwin akan terus mengekalkan nama mereka tanpa perlu ditukar. Di
barat, apabila seseorang wanita berkahwin, nama mereka akan disandarkan kepada
nama suami mereka. Sebagai contoh,
Wanita Muslim juga boleh menjadi saksi di dalam kes-kes perundangan. Persaksian
mereka boleh diterima pakai. Malah, dalam perkara-perkara yang melibatkan urusan
wanita, persaksian mereka adalah lebih kuat dan konklusif.

iii. Hak sosial

Menuntut ilmu merupakan suatu kewajipan ke atas umat Islam sama ada lelaki
atau wanita. Ini termasuklah ilmu-ilmu yang berkaitan dengan al-Qur’ān, al-Hadīth serta
ilmu-ilmu agama dan sosial yang lain.Tidak dinafikan bahawa lelaki dan wanita itu
mepunyai kebolehan tertentu untuk belajar dan menuntut ilmu. Di atas kesedaran
bahawa wanita Muslim juga mempunyai tanggungjawab

Islam membenarkan wanita untuk bekerja demi untuk kebaikan agama,
masyarakat dan Negara. Bekerja di luar rumah dibenarkan selagi mereka tidak
mengabaikan tanggungjawab utama sebagai isteri, membantu menyediakan keperluan
suami, serta membesarkan dan memberi didikan kepada anak-anak. Dalam masa yang
sama, Islam mengiktiraf perbezaan lelaki dan perempuan, terutama dari segi kekuatan
fizikal. Justeru, sesetengah pekerjaan lebih sesuai untuk lelaki dan sesetengahnya lebih
sesuai untuk wanita. Sebagai contoh, pekerjaan sebagai buruh kasar membina
bangunan tinggi sudah tentu lebih sesuai untuk lelaki. Wanita boleh mengambil
bahagian dari sudut perencanaan plan dan struktur bangunan itu (jurutera), bukan
untuk menjadi pengikat batubata, pengendali kren atau pemasang cermin tebal
bangunan tersebut. Ini tidak bermakna Islam menafikan sumbangan lelaki mahupun
wanita di dalam pekerjaan.

Apa yang ditekankan ialah kesusaian sesuatu pekerjaan itu mengikut batasan
jantina. Sudah tentu Allah akan memberikan ganjaran yang setimpal di atas setiap
pekerjaan yang mereka lakukan, walaupun kedua-dua jantina mungkin mempunyai
pekerjaan yang sangat berbeza di antara satu sama lain. Yang penting ialah pekerjaan
itu dilakukan dengan niat yang ikhlas mencari rezeki yang halal dan untuk manfaat
agama, bangsa dan negara. Tetapi, pekerjaan yang haram tidak akan mendapat apa-
apa ganjaran dari sudut pahala, malah ia hanyalah menambah dosa semata-mata.
Pekerjaan seperti pelayan di kelab-kelab malam, pelacur, bekerja di kasino, kedai
nombor ekor, pelayan restoran di hotel yang terlibat menyediakan arak, dan
seumpamanya, perlulah dielakkan.

Mengenai status sebagai isteri dan ibu, Nabi Muhammad menyebut secara jelas
bahawa: Syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Dalam penafsiran yang tidak sempit, hadis
ini membawa maksud yang luas. Antaranya ia memberi gambaran bahawa kejayaan
seseorang dan kejayaan sesebuah masyarakat itu adalah bersandar kepada golongan
wanita dan ibu. Mereka merupakan orang yang pertama dan paling berpengaruh ke
atas seseorang dari pelbagai sudut, termasuklah keselamatan, budi pekerti dan latihan
yang diterima daripada golongan ibu.

file:///C:/Users/user/Downloads/Telegram%20Desktop/Roslan_WANITAMUSLIM.pdf

vi. Hak sebagai seorang isteri

Allah SWT berfirman:

‫َو ِمن ءآ ٰي ِت ِٓه أَن َخ َل َقٓ لَ ُكم ِمن أَنفُ ِس ُكم أَز ٰوجٓا ٓ ِلتَس ُكنوا ِإلَيها َو َجعَ َٓل َبينَ ُكم َّم َو َّدٓة َو َرح َم ٓة‬

Maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan
rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri
dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra
dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih
sayang dan belas kasihan.” (al-Rum, 30: 21)

Disini dapat diterangkan bahawa perkahwinan merupakan tanggungjawab yang
Allah berikan kepada makhluknya. Ia bukan setakat hanya kerana kemahuan fizikal
dan perasaan manusia semata-mata tetapi lebih kepada hubungan berdasarkan hak
dan tuntutan persefaman bersama-sama. Kita diciptakan oleh Allah tidak kira wanita
mahupun lelaki adalah untuk melengkapi antara satu sama lain. Ia dapat mengelakkan
dari berlakunya perkara yang tidak diigini seperti berzina. Perkahwinan adalah
hubungan yang dapat dihalalkan.

Nur Syazalina Binti Hellmidy

Allah berfirman:

ٓ‫ُه َّنٓ ِلباسٓ لَّ ُكم َوأَنتُم ِلبا ٓس َّل ُه َّن‬

Maksudnya: “Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu
pula sebagai pakaian bagi mereka.” (al-Baqarah, 2: 187)

Perkahwinan mengingatkan kita bahawa ada tanggungjawab yang besar yang
perlu dilakukan oleh pasangan suami isteri. Ini adalah disebabkan lelaki perlu
membimbing wanita sama ada ibu,adik perempuan atau isteri terutamanya, kearah
jalan yang benar. Misalnya dalam berpakaian, perempuan perlu menjaga tatatertib
dalam berpakaian. Mereka perlu menutupi diri mereka dari mendedahkan kecantikan
diri yang bertentangan dengan hukum shara’. Didalam perkahwinan, wanita
mempunyai hak sebagai seorang isteri iaitu menerima mahar (mas kahwin). Mahar
merupakan pemberian wajib daripada suami yang merupakan syarat kepada ikatan
perkahwinan mereka yang sah di sisi islam.

Selain itu, suami perlulah menyediakan keperluan asas kepada isteri mereka
seperti kelengkapan diri dan rumah. Sebagai contoh pakaian, tempat tinggal.dan
makanan. Ini termasuklah sekiranya isteri mempunyai harta juga. Menjadi
tanggungjawab suami memberi nafkah kepada isteri tetapi isteri tidak boleh meminta
sesuatu yang diluar kemampuan suami.

Allah SWT berfirman:

‫ِليُن ِف ْقٓ ذُو َس َع ٓة ِمن َس َعتِ ِٓه َو َمن قُ ِد َرٓ َعلَ ْي ِهٓ ِر ْزقُهُٓ فَ ْليُن ِف ْقٓ ِم َّما آتَآهُ ّل َّلآُ َلٓ يُ َك ِل ُٓف ّل َّلٓاُ َن ْفسا إِ َّٓل َما آتَا َها‬
‫َسيَ ْجعَ ُٓل ّل َّلآُ َب ْع َدٓ ُع ْس ٓر يُ ْسرا‬

Maksudnya: “Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut
kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia
memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu);
Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang
diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah
ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya
kesusahan.” (al-Talaq, 65: 7)

Ayat diatas Allah memberi tahu bahawa lelaki mesti menjaga wanita kerana
mereka merupakan ketua keluarga pada suatu hari nanti. Suami perlulah memastikan
diri mereka menyembah Allah agar menjadi ikutan kepada ahli keluarga mereka.
Menunjukkan contoh yang baik merupakan peranan yang besar dalam menjadi ketua
keluarga. Selain daripada itu, isteri berhak mendapat layanan yang terbaik daripada
suami. Rasullulah pernah mengatakan orang yang paling sempurna dikalangan kamu
ialah mereka yang terbaik akhlaknya. Dan yang terbaik dikalangan kamu ialah yang
paling akhlak terhadap isteri mereka.

KAEDAH UNTUK MEMPERJUANGKAN HAK
KESAMARATAAN JANTINA

Kaedah yang pertama ialah golongan ilmuwan boleh menghasilkan buku yang
mendedahkan konsep kesamarataan jantina menurut perspektif Islam. Pendedahan
tentang gerakan dan perjuangan golongan ini perlu dirancakkan menerusi penulisan.
(Habsah Binti Omar, https://efoliopiddtp2c.blogspot.com/) Hal ini akan dapat memberi
pencerahan kepada setiap generasi tidak kira tua atau muda dalam mengetahui
mengapa pentingnya kesamarataan jantina dalam kehidupan seharian. Mereka akan
mula mengaplikasikan konsep tersebut dalam kehidupan mereka agar tidak berlakunya
penindasan antara lelaki dan perempuan dari sudut pekerjaan, budaya dan sebagainya.
(Penulis Tugasan)

Kaedah yang kedua ialah membuat kesamarataan di tempat kerja. Terapkan
aturan untuk menyetarakan antara perempuan dengan lelaki dalam bidang
pekerjaannya. (Chintya Maretha, https://glints.com/) Contohnya, diberi tugasan oleh
pihak atasan dalam menyelesaikan tugasan tersebut bersama-sama dengan saling
bertukar pendapat antara satu sama lain. Hal ini kerana, dengan bekerjasama antara
satu sama lain mereka dapat menghasilkan sebuah hasil kerja yang terbaik untuk
syarikat mereka. Oleh itu, mereka perlulah menerapkan amalan kesamarataan agar
suasana di tempat kerja lebih menarik dan kondusif. (Penulis Tugasan)

Kaedah yang ketiga ialah pendidikan dan pendedahan kepada nilai
kesamarataan jantina harus dipupuk dari kecil. Ibu bapa perlulah mendidik anak-anak
lelaki dan perempuan mereka agar hidup seiring dan saling membantu serta mereka
diberi kemudahan yang sama tanpa pilih kasih. Ibu bapa pula menunjukkan contoh
baik dalam hubungan suami-isteri dengan saling menghormati dalam menangani hal
rumahtangga. (Pandangan Peribadi Penulis, https://www.astroawani.com/) Hal ini
kerana, anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya. Oleh itu,
pentingnya didikan dari kecil oleh ibu bapa kepada anak-anak agar mereka tidak saling
membandingi antara kaum lelaki dan perempuan. (Penulis Tugasan)

Kaedah yang keempat ialah media massa juga dapat berperanan sebagai
penyalur maklumat tentang isu kesamarataan jantina. (Habsah Binti Omar,
https://efoliopiddtp2c.blogspot.com/) Hal ini kerana, generasi muda lebih banyak
menghabiskan masa mereka dengan melayari internet. Ini kerana isu semasa lebih
mudah tersebar dengan begitu pantas dan cepat untuk mereka mendapat maklumat
tentang isu tersebut di mana sahaja mereka berada. Oleh itu, mereka akan mendapat
pengetahuan tentang isu kesamarataan jantina secara tidak langsung. (Penulis
Tugasan)

Kaedah yang terakhir ialah kaum lelaki dan perempuan perlu mengelakkan diri
daripada membanding antara satu sama lain. Hal ini kerana, ada antara kaum lelaki
yang merasakan dirinya lemah jika dibandingkan dengan kaum wanita dan begitu juga
sebaliknya. Mereka perlu berhenti mempunyai sifat ini kerana kaum lelaki dan
perempuan mempunyai peranan dan tanggungjawab mereka masing-masing. Jika kita
terus mempunyai pemikiran sebegitu ianya akan menyebabkan kita merasakan diri kita
ini lebih kurang daripada orang lain. Allah telah mencipta lelaki dan perempuan dengan
kelebihan dan kekurangan masing-masing tetapi yang membezakannya ialah dari sudut
ketaqwaan mereka kepada Allah. Oleh itu, kaum lelaki dan wanita perlulah
menggunakan kelebihan yang diberi dengan sebaiknya manakala memperbaiki segala
kekurangan yang ada agar menjadi yang lebih baik. (Penulis Tugasan)

KEPENTINGAN MEMPERJUANGKAN HAK
KESAMARATAAN JANTINA

Kepentingan yang pertama ialah supaya tiada penindasan berlaku ke atas kaum
wanita. Hal ini kerana perempuan selalu dianggap lemah serta sering dipukul oleh
kaum lelaki sehingga menyebabkan mereka mengalami gangguan emosi dan
sebagainya. Kaum lelaki seharusnya melindungi kaum wanita dari perkara yang
bahaya dan bukan yang sebaliknya. Ini disebabkan oleh tuhan telah menetapkan tugas
bagi lelaki supaya sentiasa melindungi kaum wanita kerana kudrat seorang perempuan
tidak setanding dengan kudrat seorang lelaki. (Penulis Tugasan) Selain itu, kaum lelaki
dan wanita ialah makhluk allah yang diciptakan dari unsur yang satu iaitu nafs wahidah.
(Musdah Mulia, https://books.google.com.my/) Oleh itu, tidak akan wujudnya kes-kes
yang tidak adil terhadap kaum wanita jika kaum lelaki mengamalkan amalan melindungi
tersebut. (Penulis Tugasan)

Kepentingan yang kedua ialah untuk mewujudkan masyarakat yang sejahtera.
Hal ini kerana apabila kaum lelaki dan wanita saling menghormati antara satu sama lain
dalam semua aspek akan menyebabkan soal tentang isu kesamarataan jantina tidak
akan terjadi. Selain itu, islam jugak menolak segala bentuk penindasan, ketidakadilan
dan sebagainya antara kaum lelaki dan wanita. Secara tidak langsung kehidupan
masyarakat di Malaysia akan lebih aman dan sejahtera dengan adanya rakyat yang
harmoni dan bahagia antara satu sama lain. Oleh itu, kita boleh lihat dengan adanya
rakyat yang sejahtera negara akan dapat berkembang dari pelbagai aspek seperti
ekonomi, budaya dan sebagainya. (Penulis Tugasan)

Kepentingan yang ketiga ialah dapat membantu kebajikan bagi lelaki atau wanita
yang sudah berkahwin. Tamsilnya, terdapat pasangan yang perlu berkerja walaupun
anak mereka sakit, isteri baru lepas bersalin dan sebagainya. Kita dapat melihat
bahawa ada sesetengah organisasi memandang remeh tentang perkara tersebut. Ini
kerana mereka lebih mementingkan keutungan syarikat mereka semata-mata tanpa
memikirkan hal kebajikan pekerja mereka. Dan disebabkan itu, mereka lagi suka
memilih pekerja yang masih belum berkahwin untuk bekerja dengan syarikat mereka
agar tidak berlakunya sitausi tersebut. (Penulis Tugasan) Mereka sepatutnya memberi
cuti bersalin yang mencukupi untuk wanita yang berkerja dan cuti khas untuk suami
pekerja wanita yang bersalin. (Pandangan Peribadi Penulis,
https://www.astroawani.com/) Ini akan dapat meringankan beban mereka dalam
memikirkan soal keluarga dan kerja mereka. Oleh itu, setiap usahawan perlu
mengambil kira tentang isu ini agar semua kaum lelaki mahupun wanita yang sudah
berkahwin deberi peluang untuk bekerja dan bercuti jika perlu. (Penulis Tugasan)

Kepentingan yang terakhir ialah dapat memberi peluang sama rata antara lelaki
dan wanita untuk menyumbang dan mengecapi manfaat daripada pembangunan
ekonomi, sosial, kebudayaan dan politik tanpa sebarang halangan atau batasan.
(Habsah Binti Omar, https://efoliopiddtp2c.blogspot.com/) Hal ini kerana, kaum lelaki
dan wanita mempunyai idea yang berbeza dalam menyuarakan pendapat mereka
tentang sesuatu isu dan secara tidak langsung dapat berkongsi idea mereka untuk
menyelesaikan sesuatu masalah itu. Selain itu, pihak atasan perlulah memberi
pengalaman bagi pekerja lelaki dan wanita untuk mendapatkan latihan atau kursus
yang berkaitan dengan skop pekerjaan mereka untuk meningkatkan kualiti kerja
mereka. Ini kerana kebiasaannya pihak atasan sering kali menghantar pekerja lelaki
sahaja untuk menghadiri sebarang kursus berbanding pekerja wanita. Oleh itu, pihak
atasan perlulah memberi peluang sama rata kepada pekerja lelaki dan wanita dalam
meningkatkan produktiviti kerja mereka tanpa mengira jantina. (Penulis Tugasan)

FAKTOR WUJUDNYA PERBEZAAN DAN
KETIDAKSAMAAN DIANTARA LELAKI

DAN PEREMPUAN

Kesamaan jantina merupakan perkara yang sudah saban tahun menjadi isu
dan sering dibahaskan sebagai topik perbincangan di kalangan para-para ilmuan
dan juga individu-individu yang berminat dalam mendalami aspek yang
melibatkan perbezaan di kalangan manusia di dunia ini. Namun, terdapat pelbagai
pandangan yang berbeza yang menyebabkan lama-kelamaan isu ini menjadi salah
satu isu sensitif dan sukar untuk dibincangkan secara terbuka kerana isu tersebut
pada masa yang sama menggariskan tentang kelebihan dan juga kekurangan yang
dimiliki oleh individu yang berjantina lelaki mahupun perempuan. Secara
umumnya, kedua-dua jantina tersebut memiliki kekurangan dan juga kelebihannya
yang tersendiri malah perbuatan yang dilakukan dalam kehidupan seharian mereka
juga amatlah berbeza. Oleh itu, permasalah ini perlulah dikaji dan dibincangkan
secara baik supaya tidak menimbulkan kefahaman mahupun kepercayaan bahawa
sesuatu kelompok jantina itu lebih baik daripada kelompok jantina yang sebaliknya
wujud di kalangan masyarat di serata dunia. Allah S.W.T. berfirman: “Wahai
manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki
dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan
bersuku-suku agar kamu saling mengenali. Sesungguhnya yang paling mulia di
antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui, lagi Maha Teliti”. (Surah Al-Hujurat : Ayat 13)
(Penulis Tugasan: Nur Iwani Syahirah Binti Abu Hanafiah-F1038)

Lelaki dan wanita, menurut perspektif Islam khususnya dan masyarakat
beragama umumnya, bukan sahaja berbeza kerana mereka memiliki alat kelamin
yang berbeza tetapi juga berbeza dari segi esensinya, kerana masing-masing
memiliki sifat, kecenderungan dan kemampuan yang berbeza. Perbezaan pada
aspek-aspek inilah yang disebut sebagai fitrah. Konsep kesetaraan gender oleh
kerana itu secara tidak langsung mengetepikan dan menolak wujudnya fitrah yang
berbeza antara lelaki dengan perempuan. Perbezaan sifat, perwatakan,
kecenderungan dan kemampuan ini wujud secara tabi’i (innate) dalam diri
manusia. Ia adalah sunnatullāh dan fitrah yang Allah tetapkan kepada
makhlukNya. Perbezaan fitrah antara lelaki dan perempuan ini berlaku secara

tabi'i, bukan dibentuk oleh masyarakat dan persekitaran dan ini bermakna konsep
gender yang diterima pakai oleh masyarakat Barat serta golongan feminis
khususnya, adalah salah, keliru dan berbahaya.

(Sumber:ٓٓKhalifٓMuaamarٓ&ٓAdibah,ٓ“KonsepٓKesetaraanٓGenderٓMenurutٓ
PerspektifٓIslamٓ&ٓBarat,”ٓAfkar Vol. 21 Issue 2 (2019): 33-74)

Oleh hal yang demikian, faktor mengapa wujudnya perbezaan dan
ketidaksamaan di antara lelaki dan perempuan wajarlah dibincangkan.
Faktor pertama secara umumnya adalah disebabkan oleh pemikiran individu yang
beranggapan itu sendiri. Hal ini boleh dikaitkan dengan cara atau masalah yang
diketengahkan oleh seseorang itu sebagai hujah dalam menegakkan kefahamannya.
Walaupun begitu, setiap individu berhak mempunyai pandangan dan kepercayaan
masing-masing kerana cara pemikiran setiap manusia adalah berbeza. Sebagai
contoh, terdapat segelintir individu yang beranggapan bahawa individu-individu
yang berjantina perempuan hanya perlu untuk duduk di rumah, menjaga kebajikan
anak-anak dan menguruskan segala urusan di rumah sahaja sementara individu
yang berjantina lelaki iaitu suami mereka keluar untuk pergi bekerja dan mencari
nafkah untuk keluarga. Sesungguhnya, pemikiran seperti ini amatlah cenderung
kepada wujudnya kepercayaan atau kebiasaan di mana wanita tidak boleh berusaha
untuk maju kehadapan dan menjadi seorang individu yang bertanggungjawab
kepada diri mereka sendiri. Pada masa yang sama wanita yang berkeinginan untuk
bekerjaya dan mencari hasil pendapatan sendiri turut tergolong dalam makhluk
ciptaan Allah S.W.T yang berjihad dalam kehidupan mereka. Oleh itu, cara
pemikiran seseorang hamba Allah itu hendaklah sentiasa diperbaiki agar tidak
mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya dan pada masa yang sama dapat
mempamerkan ajaran Islam yang indah dengan baik kepada individu di sekeliling
mereka serta membuktikan bahawa umat Islam saling bersatu-padu di antara satu
sama lain. Allah S.W.T berfirman “Dan taatilah kepada Allah dan rasulNya dan
janganlah kamu berbantah-bantah, maka itu menyebabkan kamu menjadi gentar
dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang yang
sabar”.
(Surah Al-Anfal: Ayat 46)
(Penulis Tugasan: Nur Iwani Syahirah Binti Abu Hanafiah-F1038)

Seterusnya, faktor mengapa wujudnya perbezaan dan ketidaksamaan di
antara lelaki dan perempuan daripada segi pekerjaan juga memainkan peranan
yang besar di dalam masyarakat di negara kita dan di seluruh dunia. Menurut teori

modal manusia sekiranya individu mempunyai tingkat pendidikan yang sama,
maka tingkat produktiviti mereka adalah sama dan sebarang perbezaan upah yang
wujud dalam kalangan mereka dirujuk sebagai diskriminasi majikan (Becker
1967). Dalam konteks jantina, diskriminasi berlaku apabila pekerja dari jantina
yang berbeza dibayar upah yang lebih tinggi, walaupun mereka mempunyai
produktiviti yang sama dengan wanita dan situasi yang sering berlaku pekerja
lelaki dibayar lebih tinggi. Oleh yang demikian, diskriminasi majikan merupakan
salah satu faktor berlakunya perbezaan upah dalam pasaran buruh. Banyak kajian
mendapati bahawa pekerja lelaki dibayar upah yang lebih tinggi daripada pekerja
wanita, walaupun mereka memiliki tahap pendidikan dan kemahiran yang sama.
Ini kerana majikan menganggap wanita sebagai kurang produktif, bermobiliti
rendah dan menimbulkan banyak masalah kepada institusi tempat bekerja kerana
kerap bercuti seperti cuti bersalin serta kurang keupayaan menjadi pemimpin
(Darity & Mason 1998). Sungguhpun arus modenisasi melingkari kehidupan
sekarang, namun masalah jurang pendapatan antara jantina masih lagi wujud di
negara membangun, mahupun negara maju. Kaum lelaki cenderung memperoleh
kadar upah yang lebih tinggi berbanding wanita. Didapati bahawa perbezaan upah
dipengaruhi oleh dua kategori faktor yang penting, iaitu perbezaan dalam ciri-ciri
individu yang dirujuk sebagai perbezaan upah yang dapat dijelaskan dan perbezaan
parameter dalam model upah yang dirujuk sebagai perbezaan yang tidak dapat
dijelaskan.

(Sumber: Jurnal Ekonomi Malaysia 50(1) 2016 53 – 66)
(Noorazeela Zainol Abidin;
Universiti Malaysia Perlis)
(Rahmah Ismail, Noorasiah Sulaiman
Universiti Kebangsaan Malaysia)

Akhir sekali, faktor mengapa wujudnya perbezaan dan ketidaksamaan di
antara lelaki dan perempuan adalah disebabkan faktor emosi. Hal ini boleh

dikaitkan pada peningkatan jumlah individu wanita yang mempunyai inisiatif
untuk berkerjaya yang mendadak dan meningkat sejak kebelakangan ini
mempamerkan jurang perbezaan yang agak besar diantara jumlah individu wanita
yang bekerjaya berbanding individu lelaki. Selain daripada itu, lahirlah juga
individu-individu wanita yang berjaya mengorak langkah dalam menceburi bidang
politik di seluruh dunia. Oleh itu secara tidak langsung pelbagai jenis pilihanraya
akan diadakan bagi memilih calon pemimpin yang layak untuk menyandang
jawatan tersebut. Pada masa yang sama wujudlah persaingan diantara calon
pemimpin wanita dan calon pemimpin lelaki yang akan menyebabkan terjadi juga
suatu situasi di mana jumlah pemimpin perempuan lebih ramai daripada pemimpin
lelaki. Sebagai contoh, ketika menjalankan kempen pilihanraya sebagai salah
seorang calon yang bertanding, segelintir individu turut mengambil kesempatan
dalam menyuarakan kepada masyarakat bahawa wanita tidak layak untuk menjadi
seorang pemimpin disebabkan oleh sifat dominan yang dimiliki oleh seorang
wanita adalah sentiasa fokus pada perasaan dan emosi mereka dalam kehidupan
harian. Perkara ini amatlah bertentangan dengan ajaran agama Islam di mana
Allah S.W.T menyeru umat-umatnya supaya sentiasa bekerjasama dan bersatu-
padu di antara satu sama lain dan turut bersikap adil terhadap orang lain. Hal ini
turut menekankan bahawa wanita wajar diberikan peluang yang sama dengan
peluang yang diberikan kepada lelaki secara adil supaya dapat mewujudkan
institusi Islam yang kukuh. Allah S.W.T berfirman “Sesungguhnya Allah
mencintai orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur, seolah-
olah mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.”
(Surah As-Saff: Ayat 4).
(Penulis Tugasan: Nur Iwani Syahirah Binti Abu Hanafiah-F1038)

KESAN MEMPERJUANGKAN
KESAMAAN JANTINA DALAM SEMUA

ASPEK

Sesuatu usaha sudah pasti akan membuahkan hasil sekiranya individu yang
memperjuangkannya tidak berputus asa di tengah jalan bak kata pepatah bagai
melepaskan batuk di tangga dan turut menyematkan di dalam hati bahawasanya
segala usaha yang dilakukan olehnya itu adalah kerana Allah S.W.T serta sentiasa
yakin dan tawakal bahawa setiap rezeki yang bakal atau telah diperolehinya
adalah daripada Allah S.W.T. Nabi Muhammad S.A.W bersabda “Seandainya
kamu semua benar-benar bertawakkal pada Allah, sungguh Allah akan
memberikan kamu rezeki sebagaimana burung mendapatkan rezeki. Burung
tersebut pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar dan kembali petang harinya
dalam keadaan kenyang.” {Riwayat Ahmad (1/30), al-Tirmizi (2344), Ibn Majah
(4164), Ibn Hibban (730) dan al-Hakim (7894)}. Oleh itu, sekiranya terdapat usaha
yang berterusan dalam memperjungkan hak kesamaan jantina dalam semua
aspek sudah pasti terdapat beberapa kesan yang akan wujud dan terjadi
disebabkan oleh perkara tersebut. Kesan yang lahir daripada inisiatif dalam diri
masyarakat untuk memperjuangkan hak kesamaan jantina dalam semua aspek ini
sudah tentunya tidak terdiri daripada kesan positif sahaja malah turut
merangkumi beberapa kesan negatif. Walaubagaimanapun, setiap manusia
perlulah bersyukur akan segala perkara yang telah dikurniakan Allah S.W.T
mahupun perkara itu baik atau buruk kerana Allah telah menjanjikan nikmat yang
lebih lumayan kepada hambanya sekiranya hamba tersebut sentiasa bersyukur
akan segala nikmat yang telah diperolehinya. Allah S.W.T berfirman “Dan
(ingatlah juga) tatkala Tuhanmu memaklumkan: “Sesungguhnya jika kamu
bersyukur, Kami pasti akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu
mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih.” (Surah
Ibrahim: Ayat 7).
(Penulis Tugasan: Nur Iwani Syahirah Binti Abu Hanafiah-F1038)

Antara kesan negatif sekiranya inisiatif dalam memperjuangkan kesamaan
jantina diteruskan secara berterusan adalah berlakunya proses pembubaran parti
politik atau kumpulan parlimen yang wujud di dalam negara.
Hal ini demikian kerana, sekiranya sebagai contoh, seorang calon pemimpin
wanita didapati layak untuk menjadi perdana menteri yang baharu bagi sebuah
negara yang selama ini telah dipimpin oleh perdana-perdana menteri lelaki pada
tahun-tahun sebelumnya, sudah pasti akan lahirnya pendapat-pendapat daripada
masyarakat yang mengatakan bahawa wanita tidak layak untuk menjadi seorang
pemimpin kepada sebuah institusi yang besar kerana dikhuatiri institusi tersebut
akan jatuh dan merudum pada masa hadapan. Berikutan daripada isu-isu dan
masalah yang timbul disebabkan oleh perkara tersebut sebagai seorang makhluk
cipataan Allah kita hendaklah kembali merujuk kepada ajaran-ajaran agama Islam
agar permasalahan tersebut dapat diselesaikan dengan baik tanpa mewujudkan
jurang permusuhan yang besar diantara manusia umumnya dan diantara umat
Islam khususnya. Sepertimana Allah S.W.T telah berfirman “Dan berpeganglah
kamu semuanya kepada (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai dan
ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliyah)
bermusuh-musuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan
kurniaNya kamu menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi
jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu darinya. Demikianlah Allah
menerangkan ayat-ayatNya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk.” (Surah
Ali ‘Imran: Ayat 103).
(Penulis Tugasan: Nur Iwani Syahirah Binti Abu Hanafiah-F1038)

Seterusnya, sebahagian ilmuwan Muslim berpendapat bahawa jawatan
Perdana Menteri adalah khas bagi lelaki sahaja. Relevannya, ia bersesuaian
dengan sifat fizikal mereka sebagai pemimpin. Padahal sebahagian ilmuwan lain
berpendapat bahawa wanita juga boleh menjadi Perdana Menteri, asalkan
mempunyai kelayakan dan memnuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Antara
ilmuwan Muslim yang mengatakan wanita boleh menjadi Perdana Menteri ialah
Syeikh Yusuf Qardhawi. Beliau berpandangan bahawa wanita boleh menjadi
Perdana Menteri jika memenuhi syarat-syarat untuk melayakkan dirinya dilantik
menjadi Perdana Menteri. Antara syarat-syarat tersebut ialah:

• Wanita tersebut berjaya mengurus keluarga dan mentadbir anak-anaknya
dengan baik. Wanita itu berumur 45 tahun ke atas, kerana pada umur

tersebut wanita tidak lagi melahirkan anak. Oleh yangdemikian, beliau
dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik.
• Tidak ada lelaki yang lebih berkelayakan untuk menjawat jawatan itu pada
masa tersebut kecuali beliau.
• Wanita itu mendapat kebenaran daripada suami untuk melakukan tugas
harian sebagai Perdana Menteri.
• Wanita tersebut dapat menjaga had pergaulan dalam melakukan aktiviti
dengan lelaki bukan mahram.
• Wanita tersebut tidak membuat keputusan secara peribadi tetapi dengan
melakukan mesyuarat sebelum membuat keputusan.

Penglibatan wanita dalam pentadbiran telah bermula sejak zaman dahulu
lagi. Ia dibuktikan dengan pengiktirafan pentadbiran Ratu Balqis di dalam
Al-Quran. Ratu Balqis memerintah kerajaan Saba’ seperti diterangkan dalam ayat
yang bemaksud: “Sesungguhnya aku menemui seorang wanita yang memerintahi
mereka, dan dia dianugerahi segala sesuatu serta mempunyai singgahsana yang
besar.” (Surah An-Naml: Ayat 23)

Ayat tersebut menjelaskan tentang Ratu Balqis yang mentadbir kerajaan
Saba'. Pada zaman sekarang, semakin ramai wanita yang memimpin sesebuah
organisasi. Ramai wanita yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kepakaran
dalam bidang tertentu seperti pendidikan, kebajikan dan kemasyarakatan. Oleh
itu, peranan mereka sangat diperlukan dalam mewujudkan masyarakat yang
berjaya.

Wanita yang mempunyai kelayakan dalam mentadbir sebuah organisasi juga
boleh mentadbir sebuah kerajaan. Jika pada zaman itu tidak ada lelaki yang lebih
berkelayakan daripada wanita itu, maka dia boleh dilantik menjadi Perdana
Menteri. Antara wanita yang pernah menjadi Presiden dan Perdana Menteri
ialah:

• Agatha Barbara, Presiden Malta pada tahun 1982.
• Agathe Uwilingiyimana, Perdana Menteri Rwanda pada tahun 1993.
• Angela Merkel, Canselor Jerman pada tahun 2005.
• Beatriz Merino, Perdana Menteri Peru pada tahun 2003.

• Benazir Bhutto, Perdana Menteri Pakistan pada tahun 1988 dan 1993.

(Sumber: Buku 25 Soal Jawab Martabat Wanita Dalam Islam oleh Faisal
Abdurrahman, Fizree Rashid, Farah Ruslin dan Rabiatul Adawiyah
Sulaiman-Tahun 2013)

Akhir sekali, kesan positif yang dapat diperolehi daripada memperjuangkan
hak kesamaan jantina dalam semua aspek adalah menyebabkan wujudnya banyak
peluang yang terbuka dan ditawarkan kepada kedua-dua jantina wanita dan lelaki
dan pada masa yang sama kedua-dua jantina dapat menjadi individu-individu
yang berbakti kepada agama, bangsa, negara dan juga masyarakat. Pada masa
yang sama, sesebuah institusi sama ada besar atau kecil sentiasa memperolehi
idea yang bernas hasil daripada pertukaran pendapat dan kajian yang dilakukan
oleh pekerja-pekerja yang terdiri daripada wanita dan lelaki. Selain itu, peluang
yang ditawarkan secara sama-rata dan adil kepada para pekerja turut dapat
memupuk semangat jati diri yang lebih tinggi malah bersemangat untuk berusaha
dengan lebih kuat lagi akan tersemat dalam diri setiap pekerja.
Walaubagaimanpun, sesebuah institusi juga wajar mempunyai matlamat yang
jelas terhadap moto dan visi yang perlu diamalkan oleh setiap pekerja tidak
mengira jantina supaya mewujudkan suasan persaingan yang sihat untuk lebih
maju kehadapan. Oleh itu, dapatlah dipastikan bahawa wanita dan lelaki kedua-
duanya mempunyai kemahiran dan kelebihan masing-masing. Perkara ini juga
membuktikan bahawa kejadian manusia yang berbeza jantina merupakan bukti
kewujudan Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T “ Wahai manusia! Bertakwa kepada
Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), dan (Allah)
menciptakan pasangannya (Hawa) dari (diri)nya; dan (lalu) dari keduanya Allah
mengembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Bertakwalah kepada
Allah dengan namaNya kamu saling meminta, dan (peliharalah) hubungan
kekeluargaan. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasimu.” (Surah
An-Nisa’: Ayat 1).
(Penulis Tugasan: Nur Iwani Syahirah Binti Abu Hanafiah-F1038)

Kesimpulannya, terdapat kesan yang positif dan juga negatif sekiranya hak
kesamaan jantina dalam semua aspek diperjuangkan dalam kehidupan setiap
manusia. Oleh itu, setiap individu perlulah mengambil inisiatif dalam
mewujudkan suasana di mana kedua-dua jantina tersebut berpeluang dalam
berbakti kepada negara, bangsa mahupun masyarakat di dalam kehidupan

mereka supaya kehidupan yang harmoni dan sejahtera dapat dipupuk di mana-
mana sahaja.
(Penulis Tugasan: Nur Iwani Syahirah Binti Abu Hanafiah-F1038)

HASIL TEMU BUAL YANG DAPAT DARIPADA
ORANG AWAM

“suami isteri haruslah tolong-menolong antara satu sama lain dalam melakukan aktiviti.”
(orang awam)

Hasil daripada temu bual tersebut sememangnya benar, dari aspek
kekeluargaan suami isteri haruslah tolong-menolong antara satu sama lain. Sebagai
contoh yang umum, seorang suami bukan sahaja bertanggungjawab dalam mencari
nafkah untuk keluarga malah seorang suami jugak bertanggungjawab dalam
menguruskan anak-anak dari segi memberi makan, memandikan anak-anak mereka,
memasak dan sebagainya yang selalu dilakukan oleh seorang isteri dalam menjaga
anak-anak mereka. (penulis tugasan)

Jelas sekali bahawasanya rumah tangga yang aman damai ialah gabungan di
antara tegapnya laki-laki dan halusnya perempuan. (Buya Hamka,
https://www.google.com/)

Bagi seorang isteri pula tiada masalah dalam mencari nafkah untuk keluarga.
Hal ini supaya tugas dalam keluarga sentiasa mempunyai kesamarataan walaupun
berlainan jantina. Janganlah golongan suami ini beranggapan bahawa tugas di dalam
rumah dari segi memasak, menguruskan anak-anak, membersihkan rumah dan dari
kata lain isteri sebagai suri rumah hanya dilakukan oleh golongan isteri sahaja
manakala bagi golongan isteri pula janganlah beranggapan bahawa hanya golongan
suami sahaja yang bertugas dalam mencari nafkah untuk keluarga. Tidak semestinya
golongan lelaki sahaja yang boleh mencari nafkah malah golongan perempuan juga
boleh . (penulis tugasan)

“pada pandangan saya dari sudut pandangan islam, lelaki dan perempuan
adalah sama walaupun mereka berbeza dari segi sudut bangsa, kaum, pendidikan ,dan

taraf hidup.” (orang awam)

Rumusan yang dapat dari temu bual, dalam islam telah menekankan bahawa
lelaki dan perempuan adalah sama di sisi Tuhan. Antara yang membezakan mereka
adalah dinilai melalui ketakwaan kepada Tuhan mereka (penulis tugasan) dalam
konteks penciptaan manusia surah an-Nisa 4:1 dikatakan bahawa manusia berasal dari
yang satu (nafs Wahidah ) sehingga tidak ada perbezaan diantara keduanya. (Rizkia
Permata Rabia Adawiyah)

“lelaki dan wanita tidak haruslah dibezakan dalam perkerjaan tertentu seperti
tentera” (orang awam)

Dari sudut pekerjaan pula, lelaki dan perempuan tidak seharusnya dibezakan
dari segi taraf atau kelayakan mengikut jantina mereka dalam sesuatu pekerjaan. Jika
kita lihat dunia kini, dunia kini beranggapan bahawa wanita adalah sebagai seorang

insan yang lemah berbanding lelaki. Sebagai contohnya sector pekerjaan yang
memerlukan kekuatan fizikal seperti pekerjaan tentera dinominasikan oleh para lelaki
sahaja. Hal ini kerana dunia kini beranggapan bahawa wanita tidak standing dengan
lelaki malah pekerjaan berasaskan kecantikan pula jugak tertumpu kepada wanita
sahaja. (penulis tugasan)

PANDANGAN DARI SUDUT ORANG YANG
MENGKAJI ISU KESAMARATAAN JANTINA.

Dr Nina Nurmila dari Universitas Islam Negeri Bandung mengungkapkan
islam adalah agama yang mengajarkan sekaligus paling kuat mendukung keadilan
gender. Menurutnya, kudrat merupakan anugerah Tuhan yang tidak bias dibuat
sementara gender adalah buatan menusia yang diubah. (Fathiyah Wardah,
https://www.voaindonesia.com/)

"Karena kebanyakan relasi laki-laki dan perempuan itu memposisikan laki-
laki di atas, perempuan di bawah. Seolah-olah menjadikan perempuan itu nggak boleh
bisa lebih daripada laki-laki, padahal nggak seperti itu. Kalau perempuan berusaha, dia
bisa. Laki-laki tidak berusaha, dia tidak bisa," ujar Nina. (Fathiyah Wardah,
https://www.voaindonesia.com/)

Nina juga membahas beberapa surat dan ayat Al-Quran dalam perspektif
keadilan gender antara lain Surat An-Nisa ayat 34 mengenai kaum adam merupakan
pemimpin untuk kaum hawa. Ayat ini ditafsirkan memberi tugas ketua rumah tangga
kepada lelaki sedangkan perempuan menjadi ibu rumah tangga. (Fathiyah Wardah,
https://www.voaindonesia.com/)

Padahal, lanjut Nina, ada dua syarat dalam dua ayat tersebut yang membuat
seseorang menjadi kepala keluarga, yakni memiliki kelebihan dibanding pasangannya.
Kalau zaman sekarang, indikator kelebihan itu adalah pendidikan atau pendapatan
yang lebih tinggi. Syarat kedua adalah mengeluarkan sebagian hartanya untuk
kepentingan keluarganya. (Fathiyah Wardah, https://www.voaindonesia.com/)

Islam menegaskan, semua manusia sama ada lelaki dan perempuan diciptakan
dari unsur yang satu (nafs wahidah). Islam sangat tegas menempatkan perempuan
sebagai mitra sejajar laki-laki. Keduanya diciptakan untuk mengelola kehidupan di bumi.
Keduanya di harap menjadi manusia yang bertakwa dengan beban tugas yang sama
demi mewujudkan masyarakat yang sejahtera. (Siti Musdah Mulia,
https://scholar.google.com.my/

Islam merupakan agama yang sangat menghormati dan menghargai laki-laki dan
perempuan dihadapan Tuhan secara mutlak. Namun demikian, mayoritas umat Islam
memiliki cara pandang yang kurang fair terhadap perempuan atas laki-laki. terutama
dalam memahami hadis-hadis misogini. Hal ini mengundang banyak kritik dari berbagai
feminis, salah satunya yaitu Siti Musdah Mulia. (Rizkia Permata Rabia Adawiyah,
http://repository.uinjkt.ac.id/)

Dalam gagasannya, Musdah mengharuskan adanya kesetaraan di antara laki-
laki dan perempuan sesuai dengan ajaran Islam. Berdasarkan uraian tersebut

penelitian ini bermaksud untuk mengetahui bagaimana pemikiran Musdah Mulia tentang
kedudukan perempuan dalam Islam dan apa faktor penyebab terjadinya perbedaan
dalam penafsiran gender. Penelitian ini merupakan jenis penelitian perpustakaan
(library research). Sumber-sumber data primernya diperoleh dari buku-buku karya Siti
Musdah Mulia dan wawancara ; kemuliaan perempuan dalam Islam, indahnya Islam
menuarakan kesetaraan dan keadilan gender, serta karya-karya yang memuat
pemikirannya dan pemikiran lain yang berkaitan dengan penelitian ini diposisikan
sebagai data pendukung. (Rizkia Permata Rabia Adawiyah,
http://repository.uinjkt.ac.id/)

Hasil analisis, pemikiran Siti Musdah Mulia mengungkapkan bahwa kedudukan
perempuan dalam Islam memiliki kedudukan yang sama seperti yang dimiliki oleh laki-
laki tidak ada pembeda di antara keduanya melainkan kualitas iman dan ketakwaannya.
Esensi dalam ajaran Islam yakni tauhid, adalah sebuah pengakuan bahwa hanya
Tuhan yang harus disembah. Hal ini meniscayakan bahwa tidak ada makhluk yang
setara dengan Tuhan, oleh karenanya semua makhluk adalah sama baik laki-laki
maupun perempuan. Dan lelaki mahupun perempuan memiliki hak yang sama. (Rizkia
Permata Rabia Adawiyah, http://repository.uinjkt.ac.id/)

Rumusan

Kesimpulannya, kesedaran dan penguasaan terhadap isu gender dan kesamaan
gender ini tidak meluas di kalangan ilmuwan dan ulama muslim. Oleh kerana berbagai
isu dan perkara yang dianggap sangat penting dalam menangani pergolakan dalam
perkembangan umat, isu gender tidak diberikan fokus kerana ia dianggap sebahagian
daripada isu pembangunan sosial dan penumpuan lebih diberikan kepada masalah
akidah dan kerosakan akhlak dan sebagainya.

Namun realitinya, kebanyakan negara Islam mempunyai pelan tindak
pembangunan wanita yang meletakkan ‘perspektif gender’ sebagai asas penting.
Walaupun begitu, negara-negara Islam tersebut telah meletakkan ‘reservation’ bahawa
mereka tidak akan melaksanakan CEDAW yang bertentangan dengan sama ada ajaran
Islam atau syariah atau undang-undang negara masing-masing. Setiap negara ini juga
meletakkan peranan keluarga dengan pentakrifan tradisional sebagai asas
pembangunan masyarakat. Ini merupakan keadaan yang positif tetapi pada hakikatnya
wujud terlalu banyak penyelewengan lain dalam aspek melaksanakan dan menghayati
Islam termasuklah dalam isu peranan wanita.

Kita juga sepatutnya memberi satu tumpuan yang serius terhadap isu gender ini
dalam beberapa aspek lain iaitu meningkatkan kefahaman aktivis Muslim (lelaki dan
perempuan) pembangunan wanita tentang kekaburan dan agenda tersirat dalam isu
‘gender’; kefahaman tentang peranan dan kedudukan wanita dalam Islam serta satu
usaha sepakat dalam mengemukakan penambahbaikan terhadap layanan dan
santunan terhadap wanita dalam sistem undang-undang syariah di Malaysia, usaha giat
untuk meningkatkan rasa tanggung jawab kaum lelaki dalam menghormati dan
melindungi hak-hak wanita khususnya ahli keluarga mereka atau dalam masyarakat
secara amnya.

https://helikmedia.wordpress.com/2009/09/14/pengenalan-ringkas-isu-gender/

Allah SWT berfirman:

ٓ‫َو َما َكا َٓن ِل ُم ۡؤ ِم ٓن َّو َلٓ ُم ۡؤ ِم َنةٓ اِيَّذَۡعا َقِصٓ َضّل ٰلىآَّلَ ٰلوآَُر َو ُس َۡرو َل ُس ۡهٓولُفَقَهٓ ۡٓداَ ۡم َرضا َّٓلاَ ۡنٓ َض ٰيَّل ُكٓۡلو ُّمَنٓبِ ۡيَلن ُاه ُٓم ا ۡل ِخيَ َرٓةُ ِم ۡٓن اَ ۡم ِر ِه ۡٓم ٓ َو َم ۡن‬

Maksudnya: “Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan
perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai
sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan
sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum
Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang

jelas nyata.” (al-Ahzab, 33: 36)

Apa yang dapat kita peroleh dari ayat diatas ialah agama islam telah berkembang
maju walaupun pada abad dulunya ada sesetengah pihak yang merasakan wanita tidak
mendapat hak kebebasan dan kedudukan mereka tidak diendahkan. Sebenarnya
kedudukan wanita dan hak mereka telah diberikan sejak awal kedatangan islam lagi,
cuma tidak diwarwarkan sahaja. Disebabkan ramai yang tidak mengetahui kebenaran
disebaliknya, maka mereka mempercayai berita yang disebarkan oleh musuh islam
dengan menyatakan wanita islam dikongkong dan tidak memiliki hak kebebasan. Disini
menunjukkan keistimewaan agama islam yang adil dengan memberi kedudukan
kepada wanita didalam masyarakat.

Nur Syazalina Binti Hellmidy

SUMBER-SUMBER RUJUKAN

https://scholar.google.com.my/scholar?q=Kedudukan+lelaki+dalam+islam
&hl=en&as_sdt=0&as_vis=1&oi=scholart#d=gs_qabs&u=%23p%3Dwojs8r8
5JrAJ
https://scholar.google.com.my/scholar?q=Kedudukan+lelaki+dalam+islam
&hl=en&as_sdt=0&as_vis=1&oi=scholart#d=gs_qabs&u=%23p%3DpWZVxfj
sQlEJ
https://scholar.google.com.my/scholar?cites=18091215033650251985&as_s
dt=2005&sciodt=0,5&hl=en#d=gs_qabs&u=%23p%3Dq3meEF7D568J
https://scholar.google.com.my/scholar?cites=18091215033650251985&as_s
dt=2005&sciodt=0,5&hl=en#d=gs_qabs&u=%23p%3DH5VqBfqTVo0J
https://images.app.goo.gl/VVN5QcxBEM2AUz9p6

https://glints.com/id/lowongan/tips-menghadapi-diskriminasi-
gender/#.YGVJzFUzbIX
https://efoliopiddtp2c.blogspot.com/2020/03/memperjuangkan-kesamaan-
jantina-dalam_19.html
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/menyedarkan-kaum-lelaki-
memperkasakan-kaum-wanita-200747
https://books.google.com.my/books?id=7ExJDwAAQBAJ&printsec=frontco
ver&dq=siti+musdah+mulia+kemuliaan+perempuan+dalam+islam&hl=en&s
a=X&ved=2ahUKEwjyyozToNzvAhULyzgGHawvDREQ6AEwAHoECAEQAg#
v=onepage&q=siti%20musdah%20mulia%20kemuliaan%20perempuan%20d
alam%20islam&f=false

Khalif Muaamar & Adibah, “Konsep Kesetaraan Gender Menurut Perspektif
Islam & Barat,” Afkar Vol. 21 Issue 2 (2019): 33-74

o https://www.researchgate.net/publication/338621739_Konsep_Keseta
raan_Gender_Menurut_Perspektif_Islam_Barat

Jurnal Ekonomi Malaysia 50(1) 2016 53 – 66
o http://dx.doi.org/10.17576/JEM-2016-5001-05

Kitab Suci Al-Quran.

Buku 25 Soal Jawab Martabat Wanita Islam oleh Faisal Abdurrahman,
Fizree Rashid, Farah Ruslin dan Rabiatul Adawiyah Sulaiman – Tahun
2013.

Buku Soalan Latih Tubi Pendidikan Syariah Islamiah oleh Puan Nuridah
Binti Ibrahim.

Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
o https://muftiwp.gov.my/artikel/tashih-al-mafahim/4224-tashih-al-
mafahim-16-bolehkah-bertawakkal-tanpa-berusaha

Kitab Suci Al-Quran.

Kamus Peribahasa dan Simpulan Bahasa Melayu
o https://maksudperibahasa.com/bagai-melepaskan-batuk-di-tangga/

https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=kesamaan
https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=jantina
https://www.academia.edu/34213633/Isu_Gender
https://www.malaysiakini.com/news/6138
https://www.usahawan.com/uncategorized/diskriminasi-terhadap-wanita-dalam-kerjaya.html/
http://journalarticle.ukm.my/10769/1/jeko_50%281%29-5.pdf
https://www.sinarharian.com.my/article/16899/KHAS/Pendapat/Hak-pendidikan-wanita-
belum-setara
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/masalah-gangguan-seksual-perlu-dipandang-
serius-211577
https://helikmedia.wordpress.com/2009/09/14/pengenalan-ringkas-isu-gender/
https://helikmedia.wordpress.com/2009/09/14/pengenalan-ringkas-isu-gender/
file:///C:/Users/user/Downloads/Telegram%20Desktop/Roslan_WANITAMUSLIM.pd
f
file:///C:/Users/user/Downloads/Telegram%20Desktop/Roslan_WANITAMUSLIM.pd
f
file:///C:/Users/user/Downloads/Telegram%20Desktop/Roslan_WANITAMUSLIM.pd
f
file:///C:/Users/user/Downloads/Telegram%20Desktop/Roslan_WANITAMUSLIM.pd
f
https://helikmedia.wordpress.com/2009/09/14/pengenalan-ringkas-isu-gender/


Click to View FlipBook Version